Thursday, 26 September 2013

INILAH WAJAH YANG BERI CEK TENDANG RM300,000 KEPADA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) SEMPENA PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK ANATARA MALAYSIA DENGAN FC BARCELONA!!!!!!


Nama mamat ini ialah Effendi Jagan b Abdullah .. Pengarah Urusan BSC Soccer (M) Sdn Bhd ...
Mantan  ahli majlis penuh Persatuan Bola Sepak Selangor sejak tahun 1992 hingga 1999 .. pernah dilantik menjadi Penolong Pengurus Pasukan Bolasepak Selangor dari tahun 1998 hingga 2000.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM322,471 berikutan penganjur perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dengan FC Barcelona menggunakan cek tendang.Cek itu adalah bayaran penyewaan Stadium Shah Alam daripada penganjur BSC Soccer (M) Sdn Bhd pada perlawanan 10 Ogos lalu.


Hal itu disedari 20 Ogos lalu apabila bank memaklumkan cek yang dideposit MBSA tidak boleh ditunaikan kerana memerlukan tandatangan pihak kedua dari penganjur.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata MBSA sudah membuat laporan polis selain membawa perkara itu kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MBSA hari ini, beliau berkata, penganjur juga boleh disenarai hitam dari menganjurkan sebarang acara khususnya membabitkan sukan bola sepak di Selangor.

“Penganjur dikenakan bayaran sewaan penggunaan Stadium Shah Alam RM300,000 untuk perlawanan sebenar dan RM42,471 untuk latihan pasukan Barcelona.

“Penganjur hanya bayar RM20,000 untuk penyewaan stadium untuk latihan dan cek tendang bernilai RM300,000 pula diberi kepada MBSA sebaik sahaja perlawanan persahabatan berakhir,” katanya

Selain kerugian hasil sewaan, Mohd Jaafar berkata, MBSA juga terpaksa menanggung kos kerja pembersihan dan lampu sorot stadium.

3 comments:

  1. Apa tindakan susulan? Kalau tidak ada ibi bermakna 2 5 sama jua 5 x 2 . Ada yang tidak kena

    ReplyDelete
  2. Ini mesti ahli omno. Omno memang suka tipu sampai yg ni pun nak tipu. Atupun perkara ni ada pakatan dgn orng2 omno untuk kasi jahanam selangor. Hehe. Macam2 cara untuk dapat untong orng2 omno ni terutama menipu. Tengok je pru 13 banyak menipu membohong dari big bos sampai ke bawah semua menipu untuk dapat untong. Memang tipu bohong jenayah semuanya adalah perkerjaan puak2 omno laknatullah.

    ReplyDelete
  3. Mereka ini tidak berasa bedosa ke mendapatkan wang atau gaji dengan cara menipu,putar belit dan sebagainya. Pendapatan itu bagi anak bini makan jadi darah daging dan keturunan. Patutlah suku sakat spisis ini baik pak,anak,bini dan cucu mereka ripe haramjadah shj perangainya. Ada pepatah mengatakan kalau kawan dengan orang alim belum pasti jadi alim tapi kslau berkawan dengan penjahat komfom akan jadi jahat. Tingkatkan pengentahuan dan pengajian dalam bab agama dan hukum untuk bekalan diakhirat nanti sbb harta yg kita kompol diatas dunia ini akan ditinggalkan sebaik shj Allah mencabut nyawa kita. Wallah huallam

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...