Sunday 22 September 2013

WARTAWAN KENA KEJAR OLEH WARGA ASING KETIKA MEMBUAT LIPUTAN!!!!! ... SYUKUR NEGARA MASIH AMAN DAN SELAMAT!!!!

KUALA LUMPUR - Paparan sisipan X-klusif mengenai kebanjiran warga asing mendominasi kawasan-kawasan tertentu di Lembah Klang yang disiarkan Rabu lalu, mendapat pelbagai reaksi pembaca.

Pejabat operasi Sinar Harian di Shah Alam, dihujani panggilan telefon daripada pembaca yang rata-ratanya memuji usaha meninjau kawasan terbabit.

Semalam, sekali lagi wartawan dan jurufoto Sinar Harian melakukan tinjauan di Jalan Silang, sebaik menerima maklumat terdapat aktiviti perjudian di kalangan warga asing di salah sebuah kedai makan di situ.

Bagi mendapatkan kesahihan itu, kami menyelinap masuk ke dalam kedai makan dimaksudkan oleh orang yang memberi maklumat.

Selepas hampir satu jam menunggu, sekumpulan lelaki warga Bangladesh berusia antara awal 30-an dan 40-an muncul dan duduk di meja berhampiran.

Kumpulan itu dilihat bersembang selama beberapa minit sebelum salah seorang daripada mereka menyusun buah dam.

Gerak-geri mereka diperhatikan oleh wartawan Sinar Harian. Ternyata sangkaan mereka mahu bermain dam meleset apabila salah seorang daripada warga Bangladesh yang agak tua mula mengeluarkan wang secara sembunyi-sembunyi dari bawah meja.

Jurufoto Sinar Harian cuba merakamkan gerak-geri kumpulan warga Bangladesh itu, namun tidak berjaya kerana mereka bijak menyembunyikan wang terbabit, namun selepas beberapa ketika, kehadiran kami mula disedari mereka.

Ketika itu wartawan, Ahmad Ismadi Ismail dan jurufoto, Zulfadhli Ahmad Zaki berhadapan detik cemas apabila kumpulan terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh itu bangun dari kerusi dan berkata sesuatu dalam bahasa mereka, sebelum bertindak mengejar kedua-dua mereka.

Mereka terpaksa melarikan diri sejauh kira-kira 100 meter dan bersembunyi di salah sebuah restoran makanan segera selepas melihat kelima-lima lelaki Bangladesh itu memegang senjata seperti pisau lipat.

Selepas keadaan reda, wartawan dan jurufoto bergegas keluar dari kawasan berkenaan.

Sementara itu, jejambat di Kampung Pandan Dalam dekat sini turut menjadi lokasi tumpuan warga asing berkumpul.

Seperti di Jalan Silang, kawasan bawah jejambat itu turut dijadikan 'port' bermain judi secara terbuka selain aktiviti tidak sihat lain.-Sinar Harian

6 comments:

  1. Ramah mesra dgn wsrtawan kot

    ReplyDelete
  2. Lebih baik memaparkan kesusahan rakyat dari terus memperjuangkan pemimpin politik. Rakyat dah lama menderita dek kebanjiran pekerja asing. Tak guna juangkan org politik. Mrk dah kaya dan senang. Lingkungan hidup mrk adalah politik saja dan bukannya susah rakyat. Kalau cakap ttg jkesusahan rakyat itu cuma nak kaburkan pandangan rakyat utk melindungi nafsu serakah mrk terhadap kuasa dan kekayaan. Tak kira kerajaan atau pembangkang sama saja. Jadi teruskan pendedahan ttg apa yg rakyat inginkan.

    ReplyDelete
  3. Ni semua pengundi umno..bersepah tmpt mcm ni kat lembah klang..binawe pnya umno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENYOKONG TOTOK ANWAR. APA ANWAR KATA WALAUPUN SALAH TETAP DI TURUTNYA. KEWARASAN AKAL DIKURNIA ALLAH DICAMPAK KELONGKANG. KALAU NAK KOMEN BERILAH KOMEN YG MEMBINA WALAUPUN KRITIKKAN YG KERAS. ANDA TELAH MELETAK DIRI ANDA PADA TAHAP SPT ORANG YG TAK BOLEH FIKIR. MEMALUKAN SAJA.

      Delete
  4. Cer bagitau yg mana anwar kata salah ? Yg kamu tu percaya dgn penyamun boleh aje ye...curi 250juta, beli cincin 24juta ok aje ye...bengong betul la kamu ni...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...