Monday, 30 September 2013
PEMILIHAN UMNO 2013-2016 .... AMALAN WANG POLITIK DAN POLITIK WANG!!!!!
PEMILIHAN UMNO: ANTARA WANG POLITIK DAN POLITIK WANG ..PROF DATO' DR AGUS.
Setiap kali menjelangnya pemilihan UMNO, maka muncullah istilah politik wang. Anehnya, apabila menjelang pilihan raya, istilah ini tidak kedengaran pula. Saya timbulkan persoalan ini kerana saya lihat semasa pilihan raya, bukan hanya politik wang yang berleluasa tetapi juga rasuah politik berlaku di mana-mana. Tetapi mengapa kita diam? Mengapa politik wang dan rasuah politik tidak dijadikan isu?
Saya betul-betul tidak faham tentang hal ini. Lebih-lebih lagi tadi petang seorang kawan datang ke rumah saya dan mengeluh tentang berleluasanya politik wang. Saya tanya beliau, apakah bentuk politik wang yang berlaku itu? Apakah bakal perwakilan disogokkan wang untuk mendapatkan undi?
Kawan saya menjawab mudah. Di hotel-hotel katanya, ramai calon 'menggunakan wang' berbelanja pengikut mereka minum dan makan. Aduh! Itu bukan politik wang. Itu adalah wang politik atau kos politik yang perlu digunakan oleh calon untuk bersama dengan penyokong masing-masing.
Takkanlah dalam politik calon tidak boleh mendekati penyokong dan belanja mereka makan dan minum? Jika soal ini pun ditafsirkan sebagai politik wang, maka hambarlah persaingan untuk apapun jawatan dalam politik negara. Jika ini pun dikira sebagai politik wang, maka lesulah politik negara kerana calon yang bertanding sama sekali tidak boleh mengeluarkan kos untuk bersama penyokong mereka sambil makan dan minum untuk merancang strategi dan gerak kerja bagi mencari sokongan.
Jika ini pun dikira politik wang, maka bagaimana kempen boleh dilakukan oleh calon yang bertanding? Dan tanpa kempen, bagaimana perwakilan boleh tahu seseorang calon itu mempunyai wibawa atau sebaliknya? Aduh! Jika begini, ertinya masih jauhlah UMNO dari mencapai transformasi yang diharapkan oleh ahlinya. Jika beginilah sekatan kempen dalam pemilihan parti UMNO, ertinya masih jauhlah untuk UMNO berubah ke arah 'transformasi' yang sesuai dengan tuntutan politik semasa.
Hairannya lagi, apabila musim pilihan raya parti yang berbelanja besar memberikan kain sarung, rokok dan wang tambang pulang mengundi tidak pula dikatakan sebagai politik wang, jauh sekali untuk menyatakannya sebagai rasuah politik. Inilah yang peliknya pada saya. Ingatlah, dalam pemilihan tanpa kempen dan kos politik, maka itu adalah pertandingan yang sakit. Sakitnya bukan ringan, tetapi sakit yang tenat kerana pemilihan diadakan tanpa perwakilan mempunyai maklumat yang mencukupi tentang wibawa calon yang bertanding.
Politik wang bukan soal calon berbelanja untuk meraikan pengikut mereka. Politik wang ialah menggunakan wang untuk membeli kuasa politik, dan menggunakan kuasa politik untuk mendapat wang. Misalnya, terdapat seramai 269 calon menarik diri dari bertanding dalam pemilihan UMNO Oktober ini setelah mendaftarkan diri untuk bertanding jawatan tertentu.
Persoalannya, adakah mereka ini ikhlas menarik diri atau berbuat demikian kerana didesak supaya menarik diri atau ada ganjaran tertentu? Hal ini ‘mungkin sesuai’ untuk disiasat atas andaian calon yang menarik diri tersebut ‘mungkin’ didesak atau diberi ganjaran. Saya tidak menuduh, cuma memberi contohnya sahaja untuk memahami konteks politik wang yang sesuai.
Tetapi jika calon sekadar berbelanja dan memberikan wang kepada penyokong mereka untuk bekerja dan berkempen bagi mendapatkan sokongan, maka itu adalah wang politik. Di negara maju, wang politik ini dipanggil kos politik atau ‘political financing’ yang dibenarkan.
Jadi, mengapa kita perlu terlalu takut dengan politik wang ini sehingga menyekat kreativiti calon yang bertanding untuk berkempen secara bebas dan sihat? Bilakah politik kita boleh maju jika definisi politik wang kita masih belum jelas sehingga kini? Atau apakah politik wang ini hanya terpakai untuk calon yang tidak ada jawatan sahaja kerana bagi calon yang ada jawatan dalam kerajaan atau parti, mereka boleh berselindung di sebalik jawatan mereka untuk mengadakan pertemuan dengan ahli atau perwakilan atas alasan menjalankan tugas rasmi kerajaan dan parti? Saya tidak mengerti tentang hal ini.
Selepas pemilihan UMNO kali ini, sudah sampai masanya kita melihat semula definisi politik wang untuk membezakannya dengan istilah wang politik. Ingatlah, dalam sebuah sistem demokrasi, politik tidak boleh maju jika semua peraturannya dikawal oleh mereka yang berkuasa sahaja.
UMNO, berubahlah ke arah membenarkan kempen yang sihat dalam pemilihan, bukannya mengenakan sekatan kempen yang ketat! Itulah sebenarnya semangat pindaan peraturan pemilihan parti yang dibuat empat tahun lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Ptoffff.....itu bangamesia pun mau makan juga ada.....ini javstan tinggi vana vule tarak makan.....itu ayam pun makan ini orang pun lagi mau makan....Prof tarak makan ka? !!!!...verak pun bayar kasi mari ooi
ReplyDeleteBukan politik wang atau wang politik tapi rasuah duit dan duit rasuah dlam apa2 juga pemilihan omno. Omno memang kaki pembohong kata nak sekat rasuah untuk pemilihan. Bila kena batang hidung pemimpin omno yg rasuah untuk dapat jawatan dah tak jadi lah pulak serang rasuah duit najib sendiri kata sikit2 beri duit tak apa. Inilah kepala hotak omno baghal. Rasuah duit untuk lebih manis dikatakanlah sebagai politik wang khaaak putuiiii bagang babi laknatullah punya omno kafif zindiq.
ReplyDeleteSaya rasa tak perlu blog ni sibuk hal parti lain terutamanya UMNO. yg penting dlm PKR seharusnya kita berubah. Pimpinan baru dibawah Sdr Azmin Ali akan menjadikan PKR lebih kuat dan dihormati oleh PAS dan DAP. Kita tukar kali ni!
ReplyDeletePKR Gombak
Azmin ganti anwar??? Tak lama la umur PKR
ReplyDeletekincin sama vera pun mau wang bayar......
ReplyDelete