Thursday 26 September 2013

BERITA PALING MENGEMBIRAKAN RAKYAT HASIL TINDAKAN BIJAK PARA PENYOKONG UMNO/BN!!! ... HARGA PETROL RON95 BAKAL DINAIKKAN LAGI!!!!



Pagi tadi Omak Kau secara tidak sengaja terdengar berita di corong radio mengatakan yang harga minyak petrol RON95 bakal dinaikkan lagi.

Sebelum ini harga minyak petrol RON95 telah dinaikkan sebanyak 20sen dari RM1.90 menjadi RM2.10 di atas sebab terlalu banyak kes penyeludupan minyak ke negara jiran.

Jadi orang ramai boleh menjangkakan kenaikan  harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api di negara ini.

Berita yang dipetik dari Astro Awani juga ada menyebut mengenai kenyataan  Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman bahawa subsidi itu akan meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana supaya mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan kenaikan harga tersebut.

Antara alasan untuk kaburkan hati dan jiwa rakyat ialah ungkapan-ungkapan berikut kedengaran tadi:-

"Walaupun usaha-usaha kerajaan untuk membantu orang ramai mengurangkan beban mereka melalui subsidi, beliau kesal bahawa terdapat segelintir pihak yang telah mengambil kesempatan daripada mereka".

Dan kenyataan lain juga ada menyebut
harga baru masih dianggap murah berbanding negara-negara lain seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA DARI LUAR BANDAR, RANCANGAN FELDA, PENDALAMAN, PENGUNDI POS DAN PENGUNDI AWAL .... KERANA ANDA KALIAN KAMI RAKYAT MALAYSIA DAPAT HADIAH TERISTIMEWA DARI KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK.

PILIHAN ANDA MEMANG BIJAK DAN TEPAT!!!!


WE LOVE PM!!!!! .. WE LOVE BN!!!

7 comments:

  1. aku suka minyak naik lagi..klu boleh rm100000000 seliter...sbb boleh tlg org miskin kan....

    ReplyDelete
  2. Mana macai omno bongok? Padan ngan muka. Terutama orng2 felda pendalaman dan pengundi2 awal yg sokong sangat omno bn. Hehe sekali lagi betul2 kena tang muka hang. Inilah sedekah KERA JAAN omno. Ni omno penyamun negara nak bersidang untuk macam mana nak samun duit dan harta rakyat. Tujuan lain persidangan pau tu bagaimana nak tekan rakyat nak ajar rakyat yg sokong tu biar mampos ko ambiklah habuan ko. Rakyat msia kebanyakan bengap memang senang untuk diperdaya oleh kepala2 penyamun negara. Penyamun2 bertepok tangan gembira sorak ria sebab dapat samun. Wa nasihatkan nanti pry 14 ko semua undi lagi omno bn nanti biar omno bn tipu ko lagi wahai rakyat mesia bengap. Hehehihihohoho.

    ReplyDelete
  3. Naik jgn xnaik..kami rela hdup merempat bwh jambatan asalkan bik mama dpt beli ccin berlian byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik, jangan tak naik, naik sehingga 100% , jika tak naik awek cabut lari ha!haha!

      Delete
  4. hmmmmmmmm...musibah bin musibat

    ReplyDelete
  5. inilah akibatnya kepada yg mengundi be end pda p'raya 13 lalu . be end ni tidak tahu lagi apa itu dikata the legends of suffercation .kepada macai2 be end yg dibawah tahniah kepada kalian kerna kalianlah digelar macai forever...hu..huh..garcias lah kat pm tiga suku kesayangan kalian tu..huh..he.

    ReplyDelete
  6. oiiiii bongokkkkk....kau tak sekolah ke penyokong pembangkang......kau tahu tak malaysia nie sertai OPEC.....kita merupakan negara ke 26 pengeluar minyak.....kalau negara besar macam US tuh naik minyak....kita pon kene naik harga minyak.....petroleum mewakili 47 peratus hasil keluaran negara......kalau dh turun ko nk makan aper......ko x belajar ke petroleum yg diimport ke malaysia nie lebih banyak dari yg dieksport....kalau x nak naik duduk kat Indon jer.....ko tahu x gaji mak bapak ko pon termasuk dalam nilai keluaran petroleum yg menyokong pertumbuhan negara nie.....kenaper x min x jer gaji mak bapak ko tu turun.....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...