Saturday 20 September 2014

ADA PIHAK TERTENTU MENCADANGKAN AGAR AZMIN ALI DIPECAT JIKA TERIMA JAWATAN DATO' MENTERI BESAR SELANGOR?????



Perdebatan hangat kini berlaku dalam PKR berikutan khabar angin Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru pada Selasa.

Sumber dalam parti itu memberitahu terdapat cubaan menyekatnya ketika penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu menyusun pasukan kerjanya di pejabat menteri besar.

"Ada yang cadangkan supaya Azmin didesak menolak jika dilantik untuk memastikan istana hanya melantik Kak Wan," kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber berkata, cadangan desakan itu bertujuan menguji kesetiaan Azmin kepada parti, yang hanya menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon jawatan tertinggi di Selangor itu.

Terdapat juga pandangan ekstrem mencadangkan agar Azmin dipecat jika beliau menerima jawatan menteri besar.

"Kalau Tan Sri Khalid boleh dipecat kerana tidak memberikan laluan kepada Kak Wan, kenapa Azmin tidak boleh dipecat kerana menyekat Kak Wan daripada dilantik?" kata sumber itu, merujuk kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Istana Selangor sudah menetapkan hari Selasa untuk upacara mengangkat sumpah menteri besar baru di Istana Alam Shah, Klang. Bagaimanapun mereka tidak memberitahu siapakah yang akan dilantik.

Sehingga kini, semua pihak masih berteka-teki siapakah menteri besar Selangor yang terpilih.

Sumber pejabat menteri besar Selangor juga tidak mengetahui siapa yang bakal dilantik menggantikan Khalid.

"Nampaknya orang yang paling sibuk melobi para penasihat Sultan adalah Azmin. Boleh jadi dia, mungkin," kata sumber itu.

Kebanyakan media arus perdana meletakkan nama Azmin atau Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebagai calon popular.

Dewan Diraja Selangor dikatakan akan bermesyuarat pada Ahad, 21 September ini untuk membuat keputusan akhir berkenaan calon menteri besar. Mereka merupakan badan yang menasihatkan Sultan Selangor.

Khamis lepas, selepas berita keluar tentang majlis mengangkat sumpah pada Selasa tersebar, PKR mengatakan “janggal” jika Azmin dilantik sebagai menteri besar kerana namanya tidak dicalonkan.

PKR dan DAP tetap teguh dengan Dr Wan Azizah untuk jawatan itu disokong 30 Adun yang menandatangani akuan bersumpah menyokongnya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menghantar tiga nama untuk dipilih Istana Selangor, iaitu dua Adun PKR dan satu Adun PAS.

Ketiga-tiga mereka dikatakan adalah Dr Idris Ahmad (PKR - Ijok), Yaakob Sapari (PKR - Kota Anggerik) dan Iskandar (PAS - Chempaka).

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 7 September lalu memutuskan akan menolak kerusi itu jika ia diberikan kepada Adun mereka.

Namun, Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang berlangsung di Batu Pahat, Johor panas dengan perbahasan mengenainya.

Sebahagian besar perwakilan tidak mahu menolaknya manakala golongan yang setia dengan semangat setiakawan Pakatan Rakyat (PR) mahu ia ditolak
.

21 comments:

  1. Yang penting dibwh lembayung keadilan raya Sdr Azmin akan ditabalkan sbg MB Selangor. Aku dh ckp, kpd ahli pkr jgn lawan pemimpin berjiwa rakyat.. Azmin Ali! Kpd ahli pkr yg dulunya menentang, otak kecik hangpa tu kasi besor sikit. Tolak azmin bermakna nahas utk pkr. Kita tak perlukan nepotisme demi keadilanraya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Tan Sri Khalid boleh dipecat kerana tidak memberikan laluan kepada Kak Wan, kenapa Azmin tidak boleh dipecat kerana menyekat Kak Wan daripada dilantik?

      Delete
    2. Pecat wawi pulak..... Azmin boleh pecat wawi....

      Delete
  2. ABU = AZMIN BERSAMA ULAMAK
    ABU = AZMIN BERSAMA UMNO
    ABU = AZMIN BERSAMA ULAMA
    ABU = AZMIN BUDAK UMNO
    ABU = AZMIN BALACI ULAMA
    ABU = AZMIN BALACI UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin diterima PAS, DAP Dan PKR.
      Maslahnya gang ciba@ kajang move mahu meluaskan pengaruh
      DSAI pun mangkuk layan ajaran strategi Mamat buT@h ni.

      Qoii Pijie. Balik Pandan la

      Delete
  3. Kenapa la ahli politik ni busuk hati sangat. Biarlah orang yang berkelayakan jadi mb.
    Jijah memang tak boleh jadi mb. Sebab fatwa pas dari dulu lagi perempuan tak boleh lantik jadi ketua. Haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa. bagila kat azmin. dia dr dulu memang da bekenan jawatan tu. azmin kena pecat besok baru wan jijah naik pulak.

      Delete
  4. Sudah2lah letih dah layan.....siapa dilantik tak kisahlah

    ReplyDelete
  5. Pecat aje semua ahli pkr yg di lantik smpai lh tingal kak wan di plih tuk jd bm

    ReplyDelete
  6. Pkr nie gilalah, mcm nielahh senang ajer....bubarkan dun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama sgt cerita nih
      lantik ler sesapa. asal bukan noh sudah la

      Delete
    2. Apa pulak bubar DUN. Bubar PKR baru aman donia.

      Delete
  7. pkr semakin serabut dn kusut masai

    ReplyDelete
  8. Gadoh buat apa yang jadi MB adalah Ahmad Yunus ADUN PKR. Azmin tak jadi MB dia dah tolak awal lagi. Iskandar Samad juga dah tolak dia ADUN PAS. Kerana PAS masih mahu kekal dalam PR Iskanda tolak jadi MB. Wan Azizah dah out Sultan tak mahu. PKr pun tak hantar nama WAWI untuk calun MB. DAP hanya calunkan dua nama Ahmad Yunus dan WAWI hanya PAS calunkan tiga nama dua PKR dan satu PAS. PKR calun 3 nama WAWI Azmin dan Ahmad Yunus. Kalau Sultan nak bagi kecoh dia tolak dua calun PKR dan bsgi calun PAS jadi MB. Ini semua kuasa Sultan untuk lantek MB. Kita tunggu lah hari selasa nak ribut ke nak kemarau ke selepas pengumum siapa kah MB Selangor olrh DYMM Sultan. Manusia merancang Allah juga merancang tapi mahu ingat lah perancangan Allah lebih sumpurna. Wallahuallam

    ReplyDelete
  9. Jalan terakhir nak kenakan sotan pemegang mohon botol besar tu bubar dun.tapi yg jadi persoalan adakah sotan akan lantik kak wan jadi mb sgor jika pr menang sekali lagi..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Ngah Jah boleh balik cherok took kun. Sebab dia laki dia Selangor kacau.
      Lahanat Dah la durhaka kurang ajar plak tu

      Delete
    2. Sultn x blh dgr ckp org yg suke buat batu api n sultn msti la ikut suara majoriti adun

      Delete
    3. Pati pas pati tamak haloba, kedah n terengganu pati pas dh hncur, d sabah n sarawak pati pas dh x d sukai bila masa pilihnrya, klu adun dr pati pas jd mb s'gor, ekonomi nye akn hncur musnah n bnyk pelabur cabut lari

      Delete
  10. Pecatlah sultan selangor sekali...kalu berani!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...