Wednesday 24 September 2014

AKHBAR UTUSAN SUDAH MULA MENJALANKAN TUGAS HAKIKI ABADINYA ... AMBIL HUJUNG PANGKAL LESAP.


Peranan dan tanggung jawab untuk adu domba agar penyokong dan rakyat dibawah keliru dan marah sudah mula dijalankan oleh Utusan Malaysia nampaknya.

Dijadikan tajuk muka hadapan AZMIN KRITIK KHALID  ... mau agar para penyokong TSKI berang dengan Azmin Ali .. sedangkan kenyataan beliau hanya berkisar mengenai tindakan MBI pecat DSAI sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang dibayar gaji RM1 sebulan.

Tetapi akhbar Sinar Harian yang agak non partisan ketika ini, menerbitkan cerita "Azmin puji Khalid Ibrahim" pula dalam gerak kerjanya.

Jadi kalau rakyat masih percaya dan terpengaruh dengan Utusan maka amat malang sekali kerana perkara yang begitu jelas dan asas pun sanggup diputarnya.

Pemimpin yang berjiwa besar dan biasa bergelumang dengan pelbagai fitnah dilontarkan tidak akan mengeluarkan kata-kata yang merendahkan martabat dirinya mau pun pemegang jawatan lama.


KUALA LUMPUR  - Mohamed Azmin Ali mula menunjukkan belang pada hari pertama beliau menjadi Menteri Besar Selangor dengan mengkritik tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pemecatan itu menimbulkan persoalan memandangkan ia dilakukan pada hari terakhir Abdul Khalid menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Sudah tentu ini menimbulkan persoalan mengapa pemecatan ini berlaku pada hari terakhir pentadbiran Abdul Khalid.

"Anwar telah memegang jawatan tersebut sejak enam tahun lalu, tiada isu apa pun. Mengapa beliau disingkirkan?" katanya dalam sidang akhbar di kediaman ibunya, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, dekat sini hari ini.

Azmin mengadakan kenduri kesyukuran di kediaman ibunya sempena pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor, Faekah Husin dalam kenyataan malam tadi mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkuat kuasa serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri....

Jelas Faekah, pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.....  UTUSAN


KLANG - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memuji gerak kerja bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beliau berjanji untuk meneruskan dasar peduli rakyat seperti amalan sebelum ini.

“Saya terlibat secara langsung ketika pentadbiran Abdul Khalid dan beliau telah letakkan asas yang baik dalam mentadbir sebuah kerajaan negeri.

“Sudah tentulah menjadi tanggungjawab saya untuk meneruskan dasar-dasar demi rakyat yang memberikan penekanan kepada soal pentadbiran yang adil dan memastikan kerajaan negeri ini benar-benar bersih, bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor,” katanya.

Mohamed Azmin dalam sidang media pertamanya selepas Majlis Angkat Sumpah jawatan Menteri Besar berkata, beliau akan mencorakkan pentadbiran negeri dengan melaksanakan konsep Negeri Pembangunan yang berlandaskan amalan tata kelola yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban dengan memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menjamin pengagihan kekayaan secara adil kepada rakyat.

Sementara itu, Mohamed Azmin turut menafikan akan wujudnya jawatan timbalan menteri besar.

“Tidak... setakat ini perkara itu tidak berbangkit,” katanya.

Ketika diminta mengulas berhubung kelangsungan Perjanjian Utama Air, Mohamed Azmin berkata, beliau tidak maklum perincian kandungan perjanjian.

“Perjanjian air kita tak tahu kandungan. Bagaimanapun kita akan adakan perbincangan dengan pihak berkuasa dan Setiausaha Kerajaan Negeri berikan taklimat terperinci untuk lihat semua perjanjian air.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menegaskan pentadbiran kerajaan negeri akan berpandukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, bukannya dikawal oleh mana-mana pihak.

“Saya tidak dikawal parti mahupun mana-mana pihak,” katanya.

Ketika diminta mengulas berhubung penyertaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selaku Exco, Mohamed Azmin berkata, penyertaan Wan Azizah dalam barisan Exco dibincangkan petang semalam.

“Kita akan mengadakan perbincangan pada petang ini (semalam) untuk melihat komposisi Exco PR dan Tuanku menitahkan supaya perkara ini dapat diselesaikan segera, " katanya. ... SINAR HARIAN.

12 comments:

  1. http://sarawakia.blogspot.com/2014/09/rafizi-ramli-adalah-trojan-horse-dalam.html

    Rafizi Ramli adalah Trojan Horse dalam Pakatan Rakyat?
    Rasanya sekarang kita dah boleh agak kenapa Anwar dan Wan Azizah tidak hadir pada majlis angkat sumpah Azmin sebelum ini. Mungkin jika Anwar ke penjara Kajang, Azmin akan menjadi orang nombor satu dalam Pakatan Rakyat. Siapa lagi selepas Anwar?

    Jika difikirkan secara logik, mengapa Anwar perlu menghancurkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat dengan membunuh kepercayaan PAS semata-mata nak naikkan Azmin menjadi MB? Siapa Azmin, isteri kedua Anwar ke?

    Jadi spekulasi mengatakan rancangan sebenar Anwar nak jadikan Azmin dengan menggunakan Wan Azizah sebagai umpan bolehlah disangkal.. Kalau Anwar sangat bijak dengan strategi Kajang Move, sudah tentu Pakatan Rakyat tidak akan bergaduh sesama sendiri sampai memboikot kempen PRK yang dibuat PAS di Pengkalan Kubor sekarang..

    Di bawah adalah luahan hati seorang totok Pakatan yang sangat kecewa dengan Rafizi akibat strategi Kajang Move yang dibuatnya..

    Mari baca apa yang blog Ameno World tulis, moga jadi keinsafan pada mereka yang nak menyokong PR selepas ini..

    Rafizi Dari Strategi Kepada Tragedi - Terima Kasih Kerana Cemarkan Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah banyak kali tulis kat Omak Kau sini, gang2 Kajang Move tu jahat sebenarnya.

      Gang2 tu dah berjaya malukan Anwar, Berjaya menaikkan amarah ustaz hadi dan sikap curiga PAS.

      Dinasihatkan Azmin supaya kasi perati sikit gang kajang move ni. Paling baik convince Anwar supaya mereka ini dicantas siap2

      Delete
    2. Usha jgn tak usha, macam belut deme ni. Kome tau penyakit ni ada dalam PAS dan PKR.

      Deme Kongkang Move ni, cakap macam salesman MLM.
      Jaga2 YB Azmin, bahayee khabo kat kome tau. juak2 ni. Kira Lahabau jugak lahh

      Lupa pulak cakap Syabas YB Azmin, TSKI dah buat Selangor bagus. Kamu teruskanlah yeeeee

      Ahli Biasa Kinta Perak

      Delete
  2. Macam tulah. Akhbar harakah dan keadilan buat berita semua kerajaan buat tak betul. Pkr, pas dan dap saja betul. Lain semua salah.
    Begitu jugaklah sebaliknya dengan utusan.
    Kesimpulannya semuanya tak betul. Semuanya berat sebelah.
    Yang terbaik kita tengok dan ketawakan mereka. Seperti kata TSKI semuanya pak lawak. Cuma belum boleh masuk maharaja lawak mega.

    ReplyDelete
  3. Otak letak tumit blogger in.

    Weh nyah. Apa makna kritik?? Kritik boleh jd puji..hentam dll.

    Lagipun apa ko pdulik nk baca paper yg ko benci. Yg blogger menulis sembrono fitnah penuh hasad bleh plak. Udah LA.. Jaga cipap tu la

    ReplyDelete
  4. Haaa.. omakkau yang ngajar dan ngajat Utusan niiih.. tu sebab macam ni. Tak gitu ?

    ReplyDelete
  5. itu bukan masalahnya saudara ku.yg pastinya anwar berangin satu badan sbb cita2nya tak kesampaian.pasti anwar panas punggung sbb azmin jd mb selangor.secara peribadi saya tetap kasihankan kak wan azizah sbb beliau dimalukan oleh suaminya sendiri gara2 kerakusan kuasa utk jadi pm

    ReplyDelete
  6. Biasa lh lidah biawak rasmi umno tu lh keje bye ...

    ReplyDelete
  7. Perbuatan double standard sudah lama diamalkan kerajaan umno bn. Contohnya, orang biasa nak ambil degree terpaksa bersusah payah belajar untuk skor spm. Tetapi penjawat awam nak ambil degree 2A SPM dan ada yang lansung tak ada A pun boleh buat?

    Anak orang kampung nak masuk kerja kerajaan perlu lalui pelbagai tapisan meskipun result membanggakan. Manakala anak dan saudara penjawat awam hanya perlu bawa surat sokongan. Bila dapat kerja dikatakan rezeki walhal cable atau cara tidak adil jelas fitnah Allah yang menyuruh kepada keadilan.

    Begitu juga dgn contract siapa yg besar lobi maka dia lah dapat, tender x keluar lagi dah bank in cash untuk melobi, lepas tu bila dah dapat kata rezeki. Pada hal terang2 amalan rasuah berlaku. Ini lah minda sonsang mereka sekarang menganggap cara rasuah sebagai REZEKI.

    ما يؤدي إلى الحرام فهو حرام

    Ertinya : Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adaah haram ( Majma Al-Anhar, 4/251 ; Rujuk perincian dalam ‘Ilam Al-Muwaqqi'ien, Ibn Qayyim, 3/137 )

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
  8. Utusan ni kitab umnu kalo tak pecaya masuk neraka la jawapnye.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah spesis penadah dan pelahap kencing omakkau dan KETUM. ..sian

      Delete
  9. Semalam dlm Berita Harian aku tengok ada muka omakkau. Betepek tepi khalid. Kih kih kih.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...