Monday 22 September 2014

PENGURUS BESAR PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT) MENINGGAL DUNIA BEBERAPA JAM SELEPAS DIRAIKAN DALAM MAJLIS PERSARAANNYA.



Selepas beberapa jam diraikan dalam majlis persaraannya selaku pengurus besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Datuk Wan Zahari Wan Ngah meninggal dunia di kediamannya petang semalam.
  
Allahyarham Wan Zahari meninggal dunia di kediamannya di Taman KP Perdana, Kubang Parit pada jam 4.30 petang.
  
Difahamkan, bekas pengarah Jabatan Bekalan Air Terengganu yang baru tiga bulan memegang jawatan sebagai pengurus besar PMINT itu dipercayai meninggal dunia akibat penyakit lelah.
  
Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan dan Pembangunan PMINT, M. Harith Hassan berkata Allahyarham kelihatan tidak bermaya ketika berucap sempena majlis persaraan itu, tengah hari semalam.
  
"Saya dimaklumkan beliau sudah lama menghidap penyakit tersebut," katanya dan menambah Allahyarham akan menyambut ulang tahun ke-60 selepas tengah malam tadi.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Parit berhampiran kediamannya dekat Kuala Terengganu.

4 comments:

  1. Antara pegawai kanan kerajaan Trg yang dimasukkan dalam peti sejuk kerana dikatakan mesra PR...al Fatihah..aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. engkau kalau xkenal arwah, xpayah la nk buat2 cerita tak betul.. aku kenal baik ngan arwah lama dah.. hanya kerana arwah xnak terlibat dengan politik maka dituduh begitu begini.. hanya kerana arwah laksanakan tugas dia dgn baik, xamik rasuah atau ape2 y tak beretika maka dituduh org PR.. tahniah la ko berjaya sebar fitnah..

      Delete
  2. kalau dah tau diri tu tak kenal siapa arwah, tak payah nak reka cerita la... aku kenal siapa arwah, aku tau perangai arwah.. kalau lah betul kerana mesra PR, dalam Islam ada ajar ke kena pilih kawan yang sokong kerajaan je, yang tak sokong kena buang, jangan berkawan??? Islam ajar camtu ke?? mesra dengan semua orang ni tuntutan Islam, tak kira siapa dia, sekali kita mengikat ikatan silaturrahim selagi tu kita kena jaga hubungan tu... alhamdulillah, arwah memang seorang yang berjaya, sehingga ramai mana yang dengki dengan kehebatan dia... sehinggakan ada juga yang kat sini sebar fitnah tentang dia... sudah2 la... sedar2 la diri tu... aku kagum ngan arwah, walaupun dia pernah diugut berhenti kerja, tapi langsung tak takut ugutan, malah tak kisah kalau orang nak buat jahat pada dia, sebab dia tahu, ALLAH ITU ADA... ALLAH MAHA KUASA.....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...