Tuesday 23 September 2014

RAKAMAN BEBERAPA GAMBAR PELANTIKAN YAB AZMIN ALI SEBAGAI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR KE-15 YANG DISEDUT DARI SIARAN LANGSUNG TV3.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mohamed Azmin, 50, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah sekitar jam 10.40 pagi.

Beliau turut membacakan sepuluh ikrar Aku Janji yang antaranya memelihara serta menjunjung prinsip Rukun Negara; memelihara dan melindungi kesucian agama Islam serta menghormati hak agama lain; memelihara kedaulatan institusi DiRaja; mematuhi segala arahan dan ketetapan oleh DYMM Sultan Selangor; memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu; melaksana tugas dengan integriti tinggi; mendahulukan rakyat; memastikan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara jawatan yang dipegang dari perkara yang menyalahi undang-undang; dan memastikan perpaduan antara kaum.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan melantik Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, berkuatkuasa hari ini (Isnin).

Perkara itu terkandung dalam surat pemberitahuan pelantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, kepada Timbalan Presiden PKR itu.

Mohamed Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak, mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid yang telah memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008.

13 comments:

  1. Alhamdulillah. Dgn pelantikan YB Azmin sebagai MB Selangor yang baharu maka terhapuslah prasangka yg mengatakan PAS tikam belakang PKR.

    ReplyDelete
  2. Tahniah YAN Tuan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru..

    ReplyDelete
  3. Tahniah kat sotan azmi adalah calon sesuai untuk projet2 kroni ikut pintu belakang.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ni..suka2 sebut pintu belakang kaitkn ngan asmin...benci I...

      Delete
  4. Tahniah YB Azmin, harap yb menjalankan tugas dengan amanah, susah payah tuan dari Anwar dipecat, bergelumang dng kepedihan jiwa dan harta benda, ramai ahli PKR dari zaman refomasi telah lari dari PKR, tapi tuan masih tetap istiqamah dalam perjuangan, maka tuan adalah orang yang paling layak menjadi orang nombor 1 dalam Selangor ini, maka kami rakyat menyokong atas kepimpinan tuan, maka tuan bersyukurlah dan jalankan tugas tuan dengan penuh tangungjawab, selamat menjalankan tugas

    ReplyDelete
  5. Mana pergi sang ketum dng sang kipas....membawa hati yg duka lara...angkara sank ketum maka sang icekrim jadi mb....jaga jaga makna ketidakhadiran kedua dua sang ketum dan sang kipas akan bermula langkah lain menanti sang icekrim.....tempat beradu sang ketum hampir siap di istana sg buloh........

    ReplyDelete
  6. Apa yang anonymous 11.58 tulis adalah menepati apa yang di perjuangakan azmin selama ini.dan di harapkan Omak Kau jangan mendakai azmin seperti Omak kau mendampingi Khalid Ibrahim.nanti kau mengampu azmin pulak.

    ReplyDelete
  7. Penjara sg buloh tu lagi selesa jika nak bandingkan tempat bagi golongan kafir dan munafik yg kekal dlm neraka paling bawah.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn ckp camtu sbb dlm pkr paling ramai kafir dan munafik...org yg beria2 mnhulur salam reformasi atas prjuangan menentang kronisma dan nopotisma, akhirnya mnhalalkn kronisma dan nopotisma atas kpntngn diri...tu bkn ciri2 munafik ke cai...

      Delete
  8. Lupa kan kes lalu..semuga mb baru terus mendahului rakyat SGOR.. buktikan yang sdra..boleh buat yg terbaik..

    ReplyDelete
  9. Melompong lagi UMNO......he3

    ReplyDelete
  10. Betul la.bagi peluang kat mb baru dulu.tp kalau nak ikut perangai khalid memang kena sepak masuk longkang la jawabnya.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke cai...kenapa tk disepak dari pnggal pertama 2008/2013...nko lak bila nk kena sepak..he he he

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...