Friday 19 September 2014

PENGARAH KASTAM NEGERI PERAK DIHERET KE MAHKAMAH DENGAN LAPAN PERTUDUHAN RASUAH WANG TUNAI RM80,000.



Pengarah Kastam Negeri Perak, Datuk Mohd Nasir Said, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM80,000 dua tahun lalu.

Mohd Nasir, 58, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dihadapan hakim Rosbiahanin Arifin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Nasir yang juga bekas Pengarah Kastam Melaka didakwa menerima suapan daripada dua individu yang juga warganegara Malaysia sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan atas kesalahan di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 melibatkan barangan tidak berkastam iaitu liquor (arak).

Mohd Nasir didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari hingga Julai 2014 dan Oktober 2012 di Pasaraya Tesco Taman Midah, Cheras disini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24  akta yang sama.

16 comments:

  1. Kah Kah Kah Tukar Topic Plakkk

    Meiii sini cerita MB Selangor. Dengar Katerrrr ada nyonya kipas berayooo mata.
    Kome percayela cakap teman, Jangan harepppp Mahligai Segambut dapat menguasai kerusi ekesekutif Selangor.

    Silap mikerrr semue laaaa bagi pakar strategi tak tau math. More than 2 equal to one.

    Yop Perak
    Ahli Seumur Hidup
    Menglembu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkat doa suci kami lepas Solat Jumaat InshaAllah penyakit Nepotism akan hilang dari PKR. Alhamdulillah doa kami akan dimakbulkan.

      Menghina orang amanah itu kerja kejam. Memecat, menghina, mencerca TSKI, the best MB in Selangor amat memang tidak patut

      Delete
    2. Yeahhhhh Reformist and justice for all.

      Say nay to Nepotism. Starting with our party

      Delete
    3. Dinasihatkan semua, patuh kepada titah. Patuh kepada keputusan pemerintah.

      Delete
    4. Salam,
      Tiada yg hairan dgn rasuah sebab memang byk pun rasuah bukan ni sj cuma tak semuanya di siasat.

      Delete
    5. Anon 15.11 lari topik hangat semasa. Kah Kah Kah

      Delete
    6. Anon 1514 bukan saja bodoh. Bangang lak tu. Tak mau mengaku lagi..Kalau tak tau baca head story, jgn menyampuk..dok diam-diam aje

      Delete
    7. Sebenonye pegawe kastam tu sedaghe aku, pase itu le aku tuko Tajik. Jangan komer tak tahu, ni le aku kabokan..

      Yop Perak
      Ahli Seumur Hidup
      Menglembu

      Delete
    8. Telupe edit tadi, bukannya Tajik tapi tajuk.

      Yop Perak
      Ahli Seumur Hidup
      Menglembu

      Delete
  2. MB Selangor: Azmin Ali ‘Hilangkan Diri’ Elak Jawab Soalan Media

    Berita Azmin Ali MB Selangor

    Shah Alam – TImbalan Presiden PKR, Azmin Ali sehingga kini masih membisu berhubung desas-desus yang mengatakan beliau bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.



    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu sebelum ini yang dilihat ‘mesra media’ dilihat ‘menghilangkan diri’ walaupun SuaraTV telah cuba menghubungi beliau berkali-kali bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara tersebut.

    Menurut sumber SuaraTV sebelum ini Azmin dikatakan bakal mengangkat sumpah sebagai menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah hilang sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

    Malah Bernama, dalam laporannya mengenai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar baru Selasa depan, juga menyebut Azmin mungkin pilihan istana tetapi setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengesahkan perkara itu.

    Walaupun tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa yang akan bakal dilantik menerajui negeri ini, seorang pemerhati politik veteran yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana, bersetuju bahawa Azmin mungkin calon terbaik untuk tugas tersebut.

    “Satu perkara yang pasti, Wan Azizah tidak akan menjadi menteri Besar itu,” katanya.

    Istana Selangor sebelum ini mengesahkan Majlis Angkat Sumpah akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini.

    Kenyataan daripada Istana Selangor itu bakal menandakan berakhirnya krisis berpanjangan jawatan Menteri Besar Selangor.

    Beberapa blog sebelum ini mendakwa Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor, Sallehen Mokhyi antara calon yang disebut-sebut bakal dilantik menjawat jawatan tersebut.

    Namun beliau yang dikerumuni wartawan sebaik sahaja selesai berucap membahaskan ucapan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja, hari ini menafikan perkara tersebut.

    “Bukan, bukan (saya). Kita tidak tahu lagi (nama Menteri Besar Selangor yang baharu). Saya tidak ada maklumat lagi. Isnin pagi atau Selasa akan dimaklumkan. Yang pasti bukan saya,” katanya.

    Sallehen juga berkata pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu diharap menjadi jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi kemelut jawatan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

    “Kita berharap ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik, sebab kita tiada forum atau ruang yang terbaik kecuali rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terima pilihan Istana (Selangor),” katanya.

    Selain beliau, turut dinamakan sebagai calon pilihan PAS untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar ialah Dr Ahmad Yunus Hairi dan Iskandar Abdul Samad, kedua-duanya exco negeri.

    Iskandar juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

    Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

    Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

    PKR dan DAP bagaimanapun kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.

    Tindakan kedua-dua parti berkenaan menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita.

    ReplyDelete
  3. Aku sayang bini aku jugak tapi takder la aku pecat Kerani Syarikat , lantik bini aku.
    Anak aku pun tak lerr cakap, Mama Saya lagi best dari Kerani terdahulu.

    Setakat kata Mak Saya best, Netanyahu kata mak dia paling baeeekkk didunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada mamat tu siap hantar bini dia melawat luar negeri guna jet peribadinya...terbayeek bro

      Delete
  4. Satayyyyyy Kajanggggggggg memang simbol kelazatan
    Kajang Move memang simbol kegagalan tak tau kira.



    ReplyDelete
  5. Kajang move adalah untuk mengelak pertembunggan antaraTSKI dgn Azmin kerana ini boleh merosakkan PKR tapi sengaja ada pihak buat2 tak tahu pula. Kalau Azmin naik puak TSKI akan cuba jatuhkan AZmin pula kerana integriti Azmin boleh dipertikai

    ReplyDelete
  6. banyak lagi ikan paus dan jerung yg tak ditangkap....
    ibu lembu kondo... dah beranak pinak penuh kandang..pun tak.tangkap

    ReplyDelete
  7. ibu lembu kondo dh selamat..OKU (Orang Kuat Umno) ni untouchables.dh terang lg bersuluh,masih x tau malu...nama je islam,kbnykn x de integriti..parti lain pun sama je..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...