Tuesday 23 September 2014

YAB AZMIN ALI KINI SAH BERGELAR DATO' MENTERI BESAR SELANGOR KE-15



Adun Bukit Antarabangsa merangkap Timbalan Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali, 50, sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 setelah Istiadat Angkat Sumpah di Balairong Seri Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.42 pagi tadi.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan istiadat lantikan Menteri Besar Selangor.

Mohamed Azmin tiba di istana bersama isterinya, Shamsidar Taharin pada jam 8.30 pagi bagi menjalankan raptai penuh sebelum majlis angkat sumpah.

Lantikan Mohamed Azmin, merungkai kemelut politik berpanjangan di Selangor selepas PKR menyingkirkan keahlian bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mohamed Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek telah menghadap Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu.

Selain Mohamed Azmin, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

5 comments:

  1. Sah Sah Sah

    Mcm akad nikah pulak omak kau ni.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Azmin........yes

    ReplyDelete
  3. Tahniah semoga menjalankan amanah dengan sejujur-jujurnya..Apa tunggu lagi Mat Arip TIBAI dedahla nama 2 Tan Sri yang awak nak dedah tu ....kami tungguuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Noh Omar terliur tgk azmin sign watikah perlantikan kat tv3-takpe Noh, usaha lagi-penuhkan dgn agenda fitnah lagi-mana tau next election leh dpt jadi MB-buat masa skrgni cari2 la projek baiki longkang kat sabak bernam ker-ajak macai2 umno selangor tanam pokok kelapa ker-pegi ziarah umah2 penduduk kawasan ker-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...siannya dgn cai 1352 yg msh lg memujuk hati dgn kaitkn umno dgn kebngngan KETUM dlm mncipta langkah kajang@kejang...

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...