Monday 22 September 2014

MENTERI UMNO BELASAH KAW-KAW BLOGGER PRO MAHATHIR KERANA FITNAH NAJIB RAZAK .... SIAPAKAH BLOGGER OTAI TERSEBUT??????



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan.menyelar dakwaan Blogger terbabit kononnya satu perjumpaan telah diadakan melibatkan YAB Perdana Menteri @ Presiden UMNO Dato' Sri Najib Tun Razak bersama-sama Ketua UMNO Bahagian seluruh negara dan hanya 70 orang saja hadir daripada jumlah keseluruhan 191 orang / bahagian.

"Bukan 70 orang Ketua Bahagian yang hadir seperti yang didakwa oleh Blogger tersebut. Yang hadir 180 dari 191 Ketua UMNO Bahagian", katanya.

Beliau turut menjelaskan lagi baki 11 orang Ketua UMNO Bahagian yang tidak hadir kerana mempunyai urusan peribadi yang tak dapat dielakkan, mempunyai aturcara kenduri kahwin dan berada di luar negara.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini secara tradisinya perjumpaan yang diadakan bukan pertama kali tetapi ia merupakan tradisi yang diamalkan oleh Presiden UMNO bagi menerangkan serta membincangkan isu-isu semasa.

"Blogger tersebut kata PM nak jumpa tapi Ketua UMNO Bahagian tak nak datang. Lalu Blogger itu buat kesimpulan PM tidak dapat sokongan.

"Saya rasa Blogger ini dah terlebih imaginasi. Fakta semua berterabur", kata beliau dalam account twitternya, @mpkotabelud.

Beliau kesal dengan tanggapan pihak Blogger yang tidak bertanggungjawab ini kerana maklumat yang disampaikan tidak tepat dan boleh menyebabkan ahli-ahli UMNO berantakan sesama sendiri.

SIAPAKAH BLOGGER OTAI UMNO YANG KENA TIBAI KAW-KAW DENGAN RAHMAN DAHLAN INI????


Berikut ialah petikan dari blog Syed Akhbar

    Yesterday I received this sms :

    “The meeting on 28th (Aug), UMNO HQ. It seems dari 191 about 90 came…”

    This was talk going around that Najib as president of UMNO had called for a meeting with 191 Ketua Bahagian UMNO. However only 90 Ketua Bahagian turned up for the meeting. This was a big slap in the face for Najib. It means it is time for him to leave.

    Then this morning I heard the same thing from yet another person. And my source this morning got it from a Cabinet Minister ! !

    And this morning’s news was that yes Najib did call for a meeting with 191 Ketua Bahagian. But only about 70 turned up. Not 90.

    And out of the 70 or so who turned up, not all were Ketua Bahagian. Some were just AJK Bahagian on a junkie trip to KL.

    This means less than 70 Ketua Bahagian turned up for a meeting with the party president.

    I wish I could divulge the name of the Cabinet Minister but I cant. If this is true, it means that not only Tun Dr Mahathir has pulled back his support for Najib but 121 or more Ketua Bahagian UMNO have also pulled the plug on the UMNO president.

3 comments:

  1. Blogger guna google translation ke....hehe

    ReplyDelete
  2. Baru tadi rehearsal pertabalan azmin di istana....anwar ibrahim kempunan lagi....sg buloh resort dah mula terbuka utk dihuni bang non. ...apa yg hebat ssgt anwwr ibrahim nih.? Lawan tun dr m dah lama tegolek dig..lawan pak tidor pak lah pun tewas...lawan najib pun kecundang..lawan tski si gagap pun ko....lwan azmin menyungkur makan tanah...kikiki....pada macai anwar ibrahim udah udah le tu...mengabih kan boreh ...kah kah kah...dia tu skolah pun x abis.....bodoh orgnya..akidah dan moral pun haramjadah....20 tahun ko jadi macai bang non apa yg ko org dapat..? Kah kah kah.

    ReplyDelete
  3. Blogger blah najib ke blah madey ke 2 x 5 je, kaki fitnah lwn kaki fitnah biar smpai bernanah ... hi hi hi

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...