Wednesday 26 February 2014

PERLU PENDEKATAN BARU DALAM MENANGANI MASALAH WABAK DENGGI TEGAS ADUN KOTA ANGGERIK





KENYATAAN MEDIA


Y.B. DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) KOTA ANGGERIK

26hb FEBUARI 2014


DENGGI PERLU PENDEKATAN BARU

“Penyelesaian masalah wabak denggi perlu pendekatan baru” Y.B. Dr. Haji  Yaakob Bin Sapari berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Bandar Shah Alam  Y. Bhg Dato' Hj Mohd Jaafar bin Mohd Atan yang akan mengambil tindakan serius dalam menangani permasalahan denggi. Tambah beliau pendekatan sekarang adalah dengan menggunakan semburan asap ternyata tidak berkesan. Kata beliau lagi “Sudah lama kita sembur asap tetapi jumlah wabak denggi terus meningkat”


Y.B. Dr Haji Yaakob Bin Sapari yang juga merupakan ADUN Kota Anggerik menyatakan rasa bimbang dengan jumlah peningkatan wabak denggi dia di Shah Alam bahkan sudah ada kematian di seksyen 8 baru-baru ini. “Saya melihat seperti ada toleransi di antara musim panas dan wabak denggi” tambah beliau lagi. Beliau mencadangkan supaya ini dilihat dari aspek kejuruteraan seperti longkang-longkang di seluruh Shah Alam.


Beliau mendapati banyak longkang-longkang yang telah pecah dipenuhi daun-daun dan saluran sementara kawasan penangkap pasir menakung air. “Saya bersetuju agar peruntukan di bawah peruntukan MARRIS yang diperuntukkan untuk DUN Kota Anggerik sebanyak sebanyak RM 2.25 juta diberi keutamaan untuk memperbaiki longkang-longkang di kawasan Bandar Shah Alam” tambah beliau lagi.


Y.B. Dr Haji Yaakob Bin Sapari yang juga baru-baru sembuh dari dijangkiti demam denggi menggesa orang ramai untuk terus bergotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah dan sentiasa mengawasi takungan air di dalam rumah kerana wabak demam denggi perlu ditangani secara kolektif dan bukannya sekadar berharap kepada jabatan kesihatan, pihak berkuasa dan wakil rakyat sahaja, masyarakat juga memainkan peranan besar dalam memastikan langkah-langkah pencegahan awal dapat dilaksanakan. Sementara itu pengawasan juga hendaklah diberi bagi rumah-rumah kosong, kawasan pembangunan, rumah-rumah tinggal pekerja kontrak dan kawasan Hot Spot yang berpotensi menjadi tempat pembiakan denggi.


“Selangor mempunyai 5.6 juta penduduk dan ini merupakan salah satu sebab Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi di negara ini,” katanya lagi, beliau melahirkan kebimbangan kerana sehingga 22 Februari 2014, Selangor mencatatkan 11 kematian akibat denggi sementara daerah Petaling mencatatkan kes tertinggi iaitu 8, 936 kes, empat daerah utama yang menunjukkan beban kes denggi tertinggi adalah daerah Petaling dengan 2738 kes, Hulu Langat (1784 kes), Gombak (644 kes) dan Klang (775 kes).


Sama-sama lah kita mencegah wabak denggi dengan memastikan nyamuk aedes tidak membiak.


TIADA AEDES TIADA DENGGI.


Sekian,


Y.B. DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) KOTA ANGGERIK




2 comments:

  1. Nyamuk pun suka kat negeri paling maju.melayu hutan ada 500 org 1 tempat.dok sorg2 pun ada.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  2. IKLAN.

    APAPUN iklan tetap iklan. promo tetap promo demi perjuangan dan jihad parti kita PKR di kajang!

    PERINGATAN!!Kepada Melayu yg liat bab bab nak sponsor ni.

    DAP akan mengadakan Jamuan Makan Malam "Dari Kajang Ke Putrajaya" pada 21 Mac 2014 bertempat di Tempat Letak Kereta Pasar Sg. Chua, Kajang.

    Harga tiket untuk satu meja adalah seperti berikut: * RM500 (atau RM50/tiket individu) * RM1000 (gold sponsorship) * RM2000 (platinum sponsorship)

    Pertanyaan: 012-7325558 (KC Chan). Bayaran boleh dibuat kepada akaun bank DAP Selangor (Maybank 014178129598).


    Kepada sesiapa ahli parti PKR yang telah hanyut tergoda menerima BRIM, atau tak sengaja mohon brim sila pastikan duit yg anda dpt tu beli table sempena jamuan mkn diatas.
    Jgn sesekali gunakan duit tu demi perjuangan kita ke putrajaya.Haram hukumnya. Kita yg boikot apa juga tindakan kerajaan BN.

    apalah sangat dgn duit sbyk 650 hengget tu.
    baik kita ahli PKR berkorban dan masukkan ke akaun diatas. Ingat perjuangan kita!


    akhr sekali. Sila kamu para melayu pejuang pkr bagi sokongan dan hantar duit ke akaun di atas.

    DAP CAWANGAN KAJANG

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...