Wednesday 26 February 2014

KERANA PENDEDAHAN EMEL INI OLEH RAFIZI MAKA TEMBELANG SEBENAR ZAID IBRAHIM LONDEH TERBURAI!!!!!



Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang, Datuk Zaid Ibrahim melontarkan pelbagai tuduhan terhadap Keadilan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa Keadilan.

Kebelakangan ini, Datuk Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga atas alasan ketelusan dan integriti.


Saya pada mulanya tidak mahu memberi maklum balas tetapi selepas ditanya berkali-kali terutamanya oleh FreeMalaysiaToday yang ghairah membawa berita ini, saya akhirnya membuat keputusan melontarkan kembali beberapa perkara berhubung kredibiliti yang perlu juga dijawab oleh Datuk Zaid Ibrahim.


Malangnya, keadaannya tidak sebegitu.


Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota Keadilan beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.


Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Datuk Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.


Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).


Pada 25 Jun 2010, dalam satu e-mel yang saya sertakan bersama, Datuk Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.


Datuk Zaid Ibrahim juga ada menyebut secara lisan kepada saya untuk membantu mendapatkan tanah PT70 dan PT71 iaitu dua lot tanah premium di Petaling Jaya juga bagi tujuan untuk dibangunkan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.


Saya memaklumkan perkara ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam.


Oleh itu, pada 13 Julai 2010, saya membalas e-mel Datuk Zaid Ibrahim untuk memaklumkan kepada beliau prosedur yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan kerajaan negeri dalam menangani permohonan pembangunan bersama harta kerajaan Selangor.


Budaya melobi dan menggunakan kedudukan politik di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan adalah budaya Umno/Barisan Nasional (BN) yang tidak telus. Budaya ini bertentangan sepenuhnya dengan hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk mengehadkan pengaruh politik di dalam perkara-perkara bersabit dasar dan maklum balas pelaksanaan dasar.


Keputusan melibatkan harta dan tender diserahkan kepada jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengikut prosedur yang termaktub.


Jelas bahawa kelantangan Datuk Seri Zaid Ibrahim mengenai ketelusan, integriti dan budaya politik bebas rasuah hanyalah lantang dengan suara, tetapi tidak dicerminkan oleh tindak tanduk beliau.


Ini soal kredibiliti sebenar. Sebelum beliau terus lantang mencabar orang lain, wajarlah Datuk Zaid menjelaskan kenapa beliau kekal dengan budaya Umno/BN setelah meninggalkan Umno/BN?

APABILA HIDUP DALAM BALANG KACA JANGAN TERLALU GHAIRAH MELONTAR ... SEBAB DIBALING DARI DALAM PUN PECAH KALAU DI LONTAR DARI LUAR LAGILAH PARAH.

10 comments:

  1. Patut la keluar pkr tak dapat projet rupanya.ada hati nak ajak debat.najib pun kecot telo bila ajak debat.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  2. ORANG YG BARU MASUK PKR PUN BOLEH MINTAK TANAH, INIKAN PULA ORANG YG DAH LAMA MASUK PKR. BERAPA BANYAK TANAH YG DAH LESAP PUN TAK TAHU LA.

    ReplyDelete
  3. Walau camne pun aku PKR nak tengok jugak DSAI berdebat dgn Zaid ni bagi menguji sapa yg bagus. Kita PKR berfikiran terbuka.
    Kami mahukan dsai berdebat sekaligus tanam zaid ni.

    Harap pemimpin kami jgn bengkak telur lari menikus demi membuktikan perjuangan kpd rakyat.
    Yeahh..kita serang zaid melalui debat!!

    Bukan melalui bukak email bongkar masalah seseorang mcm parti umngok. Kita PKR lain dari yg lain.

    PKR parti yg pasti menang di Kajang tak kan gentar seakat berdebat. Kami PKR kuat dan diajar berani kedepan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong cai...aku sbgi ahli akar umbi pkr hrpkn pemimpin kita gentleman utk brdebat...awat abg non kalut...

      Delete
  4. Org pkr mintak tanah ingat najib nak lepas mcm tu je ke..

    kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Banyak cai uuuukkkkmmmmnnoookkk kat sini

    ReplyDelete
  6. pencalonan zaid - supaya orang umno undi melayu/ islam
    pencalonan mei fern - cina mca undi mei fern
    pencalonan anwar - pkr dan pas akan undi.

    siapa rugi????
    undi parti mana akan pecah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai dap tak ujud ke dkt kajang...

      Delete
  7. Zaid tu mangkok upahan najib je.kalau berani kenapa tak letak calon umno.beza melayu dgn cina bukan jauh pun.kat pekan pun harap undi pos je yg boleh menang.melayu kuantan pun tk sokong jit tuya.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  8. zaid ni nak carik publisiti jer.. janji nama dia keluar kat news. Badut betul lah. Dah kaya, nak kuasa, dah dapat kuasa lak, nak jadi popular...Aku ingat Big Shot Lawyer nih bijak rupanya bangang . fak u ah zaid.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...