Saturday 15 February 2014

KERAJAAN PR PULAU PINANG PANGGIL PEMAJU PERUMAHAN YANG NAIKKAN HARGA RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH BERLIPAT KALI GANDA.


Ini baru betul kerajaan berjiwa rakyat .. tidak gentar tidak memihak ... siapa yang cuba nak cekik darah darah akan kena cekik terlebih dahulu dengan kerajaan.

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri sekali lagi memanggil pemaju Centrio Aveneu untuk memberi penjelasan mengenai rungutan kira-kira 20 pembeli yang terpaksa membayar antara RM160,000 hingga RM180,000 bagi seunit rumah kos sederhana rendah di dua blok pangsapuri 31 tingkat dekat Bukit Gambir, Batu Uban.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, rumah-rumah kos sederhana rendah itu sepatutnya dijual dengan harga RM72,500 seunit, sebagaimana digariskan oleh Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri tidak akan bertolak-ansur dengan pemaju walau sebesar mana mereka ini.

“Mereka (pembeli yang layak) boleh beli dengan rela hati, tetapi, tidak boleh dipaksa oleh pemaju kerana harga rumah kos sederhana rendah itu RM72,500 sahaja.

“Saya akan panggil pemaju untuk beri tunjuk sebab, mengapa mereka tidak boleh patuh dengan polisi Kerajaan Negeri ini,” tegas Jagdeep pagi tadi di sini.

Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan dan dua pegawai lain dari Jabatan Perumahan Negeri turut serta dalam sidang media tersebut.

Jagdeep berkata, isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit lagi kerana pemaju sebelum ini telahpun bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri dalam pertemuan tertutup kedua-dua pihak pada 6 dan 12 Januari lepas.

Semalam, satu laporan media online dipetik memberitahu, pembeli-pembeli rumah terbabit merungut selepas menerima notis daripada pemuju pada 29 November tahun lepas bahawa rumah yang dibeli oleh mereka berharga antara RM160,000 hingga RM180,000.

Mereka menuntut Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sendiri campur tangan mewakili mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pemaju.

Pengubahsuaian pada rumah tersebut, tidak termasuk RM28,500 kos lot parkir antara punca pemaju menaikkan harga jualan rumah kos sederhana rendah tersebut.

8 comments:

  1. Macam biasa, berita ni takkan keluar kat rangkaian media prima & rtm.

    Harap Maklum.

    ReplyDelete
  2. Ya brita buduh...patutnya pemaju trus akur ni tak d main main kan sbb cino.ngan cino deal fuckatan pula pemimpin mlayunya buduh buduh bgsat...tmasuk la umngok bahalol cibao tu....pi rah pi bagi tanah melayu pd cino babi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal....... Laen kali ko jgn la ikut perangai datok & bapak ko jual tanah kat cina sbb nak beli kereta baru. Yg susah bukan org lain tapi ko dan anak cucu ko. Bila dah tak ada tanah, ko mengemis balik kat cina mintak rumah murah. Bila tak dpt ko salahkan guan eng. Bapak & datok ko yg jual tanah tu tak pulak ko salahkan.....

      Delete
  3. anaksungaiderhaka@gmail.com

    Rakyat dah demo sampai Komtar baru EXCO nak bersuara?

    dalam banyak2 blogger parti2 samada dari PR atau BN.. kdgkala ada jugak dibantainya pemimpin parti..

    sekarangni aku lihat omakkau lah paling taksub dan paling penipu..orang lain ada jugak menegur kepimpinan.. apa kau ingat kepimpinan PR ni maksum ke..??? kau layak mendapat tempat pertama dalam PEMBODEK NO.1...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hal marah2 ni 1423? Tak kena pil kuda ker? Cuba ko baca parpukary ngan papagomy..... Pembodek no berapa diorang turrr?

      Delete
    2. Buto la. Blogger umno mana yg pernah menegur kepimpinan bini bini rosmah? Cium tangan ada la

      Delete
    3. anon 15:00 dan 15:06

      cuba lu orang belek belakang page omakkau ni.. pasti korang jumpa isu omakkau wat satu ulasan yang papagomo dah belasah kepimpinan najib.. ke korang tak baca blog omakkau yang belakang2?!

      Delete
  4. Sy stuju dgn anak sg derhaka..kite perlu tegur juge kalo pmpinan pr bt salah sbb kite hnya mnusia biasa..



    pemuda prihatin

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...