Tuesday 18 February 2014

STATISTIK YANG TIDAK DIHEBOHKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA .. JUMLAH RAKYAT BERGELAR MUFLIS BAKAL MENINGKAT DISEBABKAN KESEMPITAN HIDUP.



Peningkatan Jumlah Muflis dan Pinjaman Peribadi, Manifestasi Kesempitan Hidup Rakyat


Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia terkini menunjukkan bahawa semenjak bulan Januari hingga September 2013, seramai 16,306 orang telah diisytiharkan muflis atau purata 1,812 orang setiap bulan. Pada tempoh yang sama juga, sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahkamah. Statistik selebihnya, iaitu untuk Oktober hingga Disember 2013 bakal dikeluarkan pihak Jabatan sekitar bulan Mac 2014 nanti.

Pada tahun 2012, sejumlah 19,575 orang telah diisytiharkan muflis atau purata sebanyak 1,631 orang telah muflis setiap bulan sepanjang 2012. Jelas, kadar purata bilangan muflis bulanan pada Januari hingga September 2013 sebanyak 1,812 adalah 11% lebih tinggi berbanding kadar purata bulanan 2012 sebanyak 1,631. Sekiranya data untuk keseluruhan 2013 dikeluarkan nanti, saya menjangkakan bahawa lebih daripada 20,000 kes muflis akan dilaporkan untuk 2013 akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kesan daripada pengurangan subsidi.


Fenomena muflis ini bukan sahaja tertumpu kepada Semenanjung Malaysia, bahkan telah menular ke seluruh negara, terutama sekali di kawasan bandar. Merujuk kepada kenyataan akhbar (Utusan Malaysia 2 Disember 2014), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hjh Nancy Shukri; Kuching, Miri dan Sibu, masing-masing telah mencatatkan sebanyak 6,925 , 4,058 dan 2,557 kes-kes muflis.


Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia untuk 2012 juga menyebut bahawa daripada jumlah muflis tersebut, 48.4% adalah berbangsa Melayu, 33.2% Cina dan 14.1% India. Mengejutkan juga bahawa sebanyak 4,100 (21%) adalah berumur di bawah 34 tahun. Antara penyebab utama muflis yang dilaporkan adalah kegagalan membayar pinjaman kenderaan, perumahan dan kad kredit.


Angka Bank Negara juga menyatakan bahawa pada tahun 2013, bank-bank di Malaysia telah mencatatkan jumlah tertinggi (semenjak 2006) untuk pinjaman peribadi dan kad kredit iaitu pada jumlah RM 139 billion berbanding RM 124 billion (2012) dan RM 67 billion (2006).


Boleh dirumuskan bahawa rakyat terbanyak, terutama sekali bangsa Melayu, sedang berhadapan dengan kesempitan kewangan akibat kadar kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan. Akibatnya, rakyat terpaksa menampung perbelanjaan harian samada melalui penambahan pinjaman peribadi ataupun kad kredit yang akhirnya mendedahkan mereka kepada risiko untuk menjadi muflis kerana terdedah kepada kadar faedah yang tinggi.


Penambahan pinjaman sebegini adalah disebakan oleh penyusutan pendapatan lebihan akibat kenaikan kos sara hidup dan bukannya semata-mata disebabkan oleh kegagalan rakyat menguruskan kewangan peribadi.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.

12 comments:

  1. sendiri cari pasal wat loan... guna kad kredit lagi mau salah kerajaan??????

    ReplyDelete
  2. Omak kau - blogger spesis kelas bawahan, kuat menabur fitnah - cerita tanpa fakta

    ReplyDelete
    Replies
    1. macai bn ok je,1 post rm1.duit haram bg mkn anak bini.

      Delete
    2. kau fitnah macai BN tak haram ke???? kau ada bukti ke 1 post RM1... dah kau dapat RM2 ke????

      Delete
  3. Ketua Pemuda PAS (YB Ustaz Nashruddin Hassan Tantawi) menulis dalam statusnya baru-baru ini, ”Namun pendedahan itu tidak menyenaraikan secara penuh individu yang terlibat. Iaitu nama Saifudin Nasution sengaja dicicirkan dari berita tersebut sedangkan sebelum tiba individu yang disenaraikan olehTMI, Sdr Saifudin Nasution telah sedia berada di dalam bilik hotel tersebut bersama Dato’ Zahid Hamidi di London. Saya difahamkan pada mulanya Tuan Guru Presiden turut disarankan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar pergi bertemu Dato Zahid Hamidi di London kerana menurut Dato Seri Anwar, ada beberapa perkara yang akan diperkatakan oleh Dato Zahid Hamidi. Namun Tuan Guru Presiden menguzurkan diri dari menghadiri pertemuan tersebut dan saya jangka ini adalah langkah Tuan Guru Presiden yang sangat berhati – hati setelah menelan pengalaman getir menangani isu Unity Government sebelum ini”.

    Selanjutnya Ketua Pemuda PAS menambah,”Saya tidak mahu ianya ditolak mentah – mentah sebagaimana berlaku penolakan terhadap Unity Government pada 5 tahun yang lalu. Sementelah saya juga tidak mahu ianya diterima bulat – bulat hanya kerana ia datang dari Dato Seri Anwar Ibrahim tanpa melalui proses kajian, penelitian, perbahasan dan konsensus sesama parti – parti kompenan Pakatan Rakyat terlebih dahulu” .

    Bagi saya, PKR perlu mendedahkan butir-butir perjanjian (penawaran dan permintaan) jika ada, atau konsensus yang dibicarakan ketika perjumpaan di London itu, memandangkan Presiden PAS Tuan Guru HJ. Hadi Awang telah menyuarakan dengan ikhlas supaya terma-terma konsensus nasional itu diperincikan.

    Pertemuan di London itu adalah sangat penting kerana di pihak PAS idea “Unity Goverment” yang dibawa oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang telah ditolak awal. Kini atas nama ‘konsensus nasional’ pula didatangkan oleh DS Anwar Ibrahim dengan matlamat yang hampir-hampir serupa.


    * cibai punya Pemuda PAS yg dulu. Nasib baik sudah tukar.Woi PAS. Ko jaga hal masjid, unit amal bagi bantuan dah la. jgn nak bz kacau PKR parti utama dlm pakatan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gud bro......tapi ko ni main lontar kote sembunyi konek errrr

      Delete
  4. Bagus la ramai melayu yg muflis.cpt2 la berdoa supaya malaysia pun muflis sama.dh sama2 muflis lepas ni tak ada la rekod kat mana2 bank.hutang malaysia pun dah sampai limit tak mustahil akan malaysia akan melingkup dalam masa yg terdekat.kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai...lu kerja kt jabatan kewangan negara ke yg ckp cam akaun negara kt tangan lu je..sekadar brtanya...

      Delete
  5. Puak umngok setiap hari semakin meningkat tabungan duit dari sejak kecil manakala rakyat muflis makin bertambah setiap tahun.

    ReplyDelete
  6. Ala wak setakat keje nelayan kt parit sulong baik dok diam je.spesis jawa hutan mcm wak wat malaysia tak maju maju sampai sekarang.kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya nelayan di negeri kelantan sahaja yang maju... sekian harap maklum

      Delete
  7. namanya nelayan wak xde yg senangnya.mari keje kt negeri paling maju ni.air pun pcuma wak.bil pun 5 bulan sekali bru bayar.kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...