Tuesday 25 February 2014

LAGI SEKALI MEDIA ARUS PERDANA MILIK UMNO KALAH SAMAN FITNAH .. BEKAS MB PERAK DS NIZAR MENANG SAMAN FITNAH TERHADAP TV3.



Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.


Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.


"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.


Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.


"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.

Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.

Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau.


Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan kedua-dua belah pihak.


"Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang," katanya dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat.


Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.


Menggunakan ujian kemunasabahan yang digariskan dalam kes di United Kingdom, Reynolds melawan Times Akhbar Ltd, Yeoh berkata, TV3 tidak mengamalkan amalan kewartawanan yang dipertanggungjawabkan kerana ia tidak mengesahkan tweet berkenaan dengan Nizar atau meminta sebarang komen daripadanya.


Beliau sebelum itu berkata, adalah jelas bahawa laporan berita TV3 itu mempunyai kepentingan awam dan bertanggungjawab untuk menyiarkannya.


Pada Julai 2012, Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit TV3 Rohani Ngah di atas berita laporan 30 Mei 2012 yang didakwa boleh ditafsirkan dalam beberapa maksud, termasuk beliau melakukan hasutan, pengkhianat kepada Sultan Johor dan mengbangkitkan kebencian orang ramai kepada pemerintah Johor.


Nizar juga memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad ke atas laporan mengenai tweet, di mana saksi daripada kedua-dua pihak telah memberi keterangan minggu ini, penghujahan lisan akan didengar di mahkamah pada 7 Jun.

28 comments:

  1. Confirm x masuk berita tv ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa........aaaaaaaa.......haaaaa dah terbukti sudah terang lagi bersuluh BAPAK segala fitnah datang dari puak puak dan sekutu jAM BaNo............

      Delete
    2. Padan dengan muka TV3suku buatlah lagi banyak banyak fitnah dapatlah bayar lagi saman saman yg akan datang.

      Delete
    3. Kalau keluar TV3 habislah UMNO/BN. Sape lagi yg nak sokong UMNO/BN.

      Delete
  2. EDISI MOHON PENCERAHAN DARI PAKAR AHLI PKR. Saya ahli akar umbi nak penjelasan.Benarkah DSAI takut berdebat menikus bila Zaid Ibrahim ni ajak debat? Saya ahli bwhan percaya zaid ni bukan level anuwar la. Patutnya kita hantar Samsul matamin atau Ramlann Mat tak pun Samm ketot dah cukup setakat nak berdebat dgn mat todi ni ye tak?

    DEBAT-ZAID CABAR ANWAR

    Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan melayan cabaran bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu berdebat dengannya.

    “Ia bukan dalam program saya, “kata Anwar ketika diajukan pertanyaan oleh FMT, selepas Anwar melancarkan jentera pilihan raya sayap Pemuda PKR di Taman Delima, Kajang, 21 Feb.

    Zaid mencabar Anwar berdebat di Kajang. Beliau mahu tahu mengapa Anwar mendakwa dirinya lebih baik untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang kini dipegang oleh Tan Sri Khalid Khalid Ibrahim.

    “Saya mahu berdebat untuk menutup segala-galanya. Personaliti. Dasar. Konsisten. Integriti. Mari kita meneliti. Supaya kita boleh selesaikan perkara ini, ” cabar Zaid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ni pun satu. Betulkah hang ni ahli PKR? Buat apa DSAI nak layan Zahid? Lebih baik tumpu perhatian pada PR Kajang ni. Kau ni PKR celop @ UMNO piang. Jangan dok menyamar le.

      Delete
  3. Jadi jantan mcm noh udang la.cabar debat dah sampai masa dia cabut lari.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Nak cerita tentang apa dalam debat itu sedangkan Zaid tidak berupaya mengubah apa-apa jika menang kerana beliau hanyalah individu tanpa parti yang suka mencuri kesempatan.... Jika Anwar layan kerenah Zaid sudah pasti membazir masa dan tenaga.

    Adalah lebih baik Anwar memberi penerangan pada pengundi Kajang yang masih keliru wujudnya pilihanraya itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah pndinya macai pkr mncari alasan utk tutup kebaculan anwar...debat je lah dan biar pngundi yg tentukn misi dan visi siapa yg lbh baik...kah kah kah ada benda yg anwar tak nak rakyat tahu...itu je cai punca sebenar anwar mnjd bacul...

      Delete
    2. Ko jangan sebut bacul bacul tersedak noh udang nanti.....hihihihihi

      Delete
  5. Sape zaid? Perdana Menteri negara mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai sape anwar? Perdana menteri negara mana? Ptt lah umno tak layan anwar yg cabar utk berdebat...anwar ckp tak serupa bikin cai...

      Delete
  6. jAM BaNo dan sekutu kutunya mmng kaki fitnah dulu kini dan selamanyaaaa......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai...yg kena saman umno ke tv3 cai...yg pasti presiden pas kalah saman dgn ahli pkr...ketua umum pkr tak berani saman dato eskay, saiful dan dato nalla

      Delete
  7. Sapa UMNGOK cai? Pati kalah saman sebab terlalu ashik buat fitnah jer cai oiiii...

    ReplyDelete
  8. saya memang benci dengan PKR dari dulu lagi...tapi kerana pimpinan PAS saya akur..tapi sekarang saya berpatah arang dengan PKR ...kerana sangat sangat bermasaalah ..beri kesan buruk pada PAS...harap kan MB selangor PAS ambil semula dripada lepas ke Anwar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh......ye ke.....la tak tau langsung.........elok jugak tu dari dpt ke puak puak jAM BaNo........nnti dok mengketedarah harta rakyat ....yg tak boleh tahan tu siap buat harta rakyat mcm harta mak bapak kepala atok dia yg punya........

      Delete
    2. Cai...harta mak bapak kepala atok lu yg mana yg umno dah rembat...

      Delete
    3. YESSSS...........caiii jAM BaNo dah marah dah...ni yg shokk ni..... ..Kura kura dlm perahu,Pura pura cai jAM BaNo buat tak tau.....google sendiri .......kahhh....kahhhhhh......kahhhh....

      Delete
  9. Nampak ramai lidah bercabang kat sini. Begitu juga batu api.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan itu jer..ada macai UMNO/BN yg buta maklumat...cuber nak menyampuk.....jd komen pun mcm komen kangkung jer...malas nak layan jenis ketinggalan keretapi.....jenis baru keluar dari hutan.....

      Delete
  10. Harapan kami kepada PR, Kembalikan degree berasaskan kepandaian.

    SPM 5A > degree dan guru
    4A - 3A diploma 
    2A - 1A sijil
    0A buruh, pembantu rumah dan pekerja am

    siapa2 yang sudah terlepas SPM & nak ambil degree kne ambil spm calon persendirian & wajibkan skor 5A, 

    Dengan ini tiada lagi perebutan jawatan degree dan kurang kebergantungan kepada PATI untuk kerja buruh dan pembantu rumah. Degree juga akan kembali dihormati. Adil buat semua.

    Biar bodo buat kerja bodo pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, Allah sentiasa bersama-sama dengan Orang yang benar. Kepada pihak UTUSAN dan TV3, jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran supaya janganlah sewenang- wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang belum pasti kebenarannya. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada pihak UTUSAN dan TV3 yang telah bermurah hati membayar wang saman fitnah yang sebegitu banyak kepada Dato'Seri Nizar yang mana akan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat dan pada PRU ke-14 yang akan datang. Jadi kepada pihak atasan dan para penyokong UMNO dan BN janganlah mempersoalkan dan meminta SPRM siasat dari mana datangnya dana yang bakal digunakan oleh PR dalam PRU ke-14 akan datang. Kalau nak tanya juga, tanyalah kepada UTUSAN dan TV3 ya. Kepada pihak UTUSAN dan TV3, jangan lah tersalah jawab lagi ye.. Nanti bertambah lagilah dana PAKATAN RAKYAT. KOME juge yang rugi nanti..:-)

    ReplyDelete
  12. Oh kesah fuckatan bodoh bin bahlul.

    ReplyDelete
  13. Haluuuuuuu. .......

    Jln terbaik kmbali kpda alquran dan sunnah...elakn fitnah...bina politik mtang dan cri kredahan Illahi...ada brani..

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuuu....

      Gua lupa nk tulis beb....lu org jgn macam2 dgn gua...gua tau beb lu org msti nak gua komen kes tgha kena bayar 2 juta...gua no komen beb sbb gua pasti beb tuhan dah ampunkn tgha...lu brani gua tak brani beb..

      Khak tuih

      Delete
  14. Kenapa Media Umno disuruh bayar 30 ribu saja tatapi TGHA di arah bayar 2juta?

    ReplyDelete
  15. mangkuk halu coming back!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...