Sunday 23 February 2014

FILEM KELUARAN ANAK LELAKI ROSMAH KINI SEDANG BERDEPAN DENGAN TINDAKAN SAMAN MALU USD 25JUTA.

Heboh satu dunia sana sini bercerita betapa filem keluaran/terbitan anak lelaki Rosmah Mansor dengan suami pertamanya kini sedang berdepan dengan tindakan saman malu USD 25 juta.

Selepas The Wolf of Wall Street mendapat perhatian ramai malah berjaya memenangi anugerah di Golden Globe, kini filem tersebut berdepan kesulitan atas beberapa dakwaan.

Menurut laporan Contact Music, beberapa studio yang terlibat dengan penggambaran filem ini bakal disaman sebanyak USD25 juta oleh bekas pekerja Stratton Oakmont, Andrew Greene yang kisahnya turut dipaparkan di dalam filem berkenaan menerusi watak Nicky ‘Rugrat’ Koskoff.

Andrew mendakwa Paramount Pictures, syarikat produksi Red Granite dan penerbit yang lain tidak pernah meminta persetujuan darinya untuk menonjolkan watak tersebut.

Lebih dasyat lagi, Andrew kesal imejnya kini terjejas kerana karakter ‘Rugrat’ di dalam filem berkenaan digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan mengalami ketagihan teruk terhadap dadah, parti serta perempuan.

Untuk makluman, The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio itu merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar mengenai broker saham bernama Jordan Belfort melibatkan bekas rakan kongsinya, Andrew Greene dan beberapa orang lagi rakan lain.

Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese manakala anak Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik, pula menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

Bagi yang tidak tahu, Riza Aziz adalah CEO syarikat produksi Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan diedarkan oleh Paramount Pictures

.

10 comments:

  1. Kembalikan degree berasaskan kepandaian.

    SPM 5A > degree dan guru
    4A - 3A diploma 
    2A - 1A sijil
    0A buruh, pembantu rumah dan pekerja am

    siapa2 yang sudah terlepas SPM & nak ambil degree kne ambil spm calon persendirian & wajibkan skor 5A, 

    Dengan ini tiada lagi perebutan jawatan degree dan kurang kebergantungan kepada PATI untuk kerja buruh dan pembantu rumah. Degree juga akan kembali dihormati. Adil buat semua.

    Biar bodo buat kerja bodo pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  2. Duit siapalah yang akan dipakai untuk membayar saman tu.Harap2 orang Amerika ada simpan duit banyak sejak dari kecil.

    ReplyDelete
  3. Itu ler gunanya duit brim buleh buat apa saja....luaskan pniagaan...byr yuran....byr ssman....kami macai fuckatan hamjadah menolak BRIM......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat ke?? dgr citer anak2 / keturunan macai UMNO tolak hadis pun xdapat..ape citer..mana pergi..macai fuckatan pun tolak BR1M..anak ROSMAH ke dapat bayar saman..

      Delete
    2. Bagi yg masih belum mendapat BR1M,terutama mereka yg pernah menerima sebelum ini diminta anda memohon rayuan.

      Delete
    3. hehe kalau xdapat boleh minta semasa PRU akan datang terus dari calon2 UMNO/BN yg dicalonkan di kawasan masing2 semasa mereka membuat rayuan undi dari anda. BR1M semua org akan dapat,peningkatan kos hidup hanya kerajaan UMBO/BN yg terpilih shj dapat. Hahaha..

      Delete
  4. ini kes perlukan 2-3 bentuk cencen yang blip-blip menyilaukan mata rakyat.

    ReplyDelete
  5. Itu la ruginya tak menabung dari kecil.kalau tak kurang2 dah ada rm4bilion sekarang ni.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  6. Buat baik dapat pahala, buat jahat dapat api neraka..... Saman USD25juta sikit saja. Boleh diatur pak. Mak depa kaya nanti naik NR2 kejap sampai..... Tetapi nanti didalam kubur, mak pun tak berani hantar wang... Malaikat yg tidak dikenali akan datang dan tanya macam2 soalan...mak hang pun tak boleh jawab....Dia pun lari kalau nampak sebab tak bertudung sampai tua.....Pak hang pun tak kata apa pun....Relak je...mak hang akan datang punya...lu caya la....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...