Thursday 20 February 2014

KEJAYAAN LANGKAH KAJANG BAKAL MENYAKSIKAN UMNO BERKUBUR PRU 14.



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Plihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini penting bagi mengakhiri legasi Umno dan Barisan Nasional (BN).


Beliau yang juga calon Pakatan Rakyat (PR) dalam PRK itu menyifatkan kemenangan pembangkang nanti akan menjawab segala tohmahan pelbagai pihak terhadap pemilihannya sebagai calon di kawasan DUN tersebut dan mencerminkan sebuah kerajaan negeri yang ideal.


“Kalau Selangor ini betul-betul berjaya, maju dan khidmat baik kepada rakyat, dengan sendirinya terjawab semua serangan dan itu tanda berakhirnya sejarah Umno BN di seluruh negara.


Anwar sebelum ini berdepan dengan pelbagai kritikan termasuk daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang sekiranya ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadi menteri besar Selangor.


Katanya, Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan atas dasar itulah ketua pembangkang itu menubuhkan parti bagi membolehkan dirinya menjadi perdana menteri.


“Di mana sahaja perjuangan Anwar, beliau mahukan cita-citanya menjadi perdana menteri tercapai. Anwar menukar warnanya mengikut persekitaran,” katanya merujuk kepada ucapan Anwar di gereja hujung minggu lalu.


Dalam majlis yang turut dihadiri Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Anwar menyifatkan dirinya sebagai seorang yang amanah dan tidak mengambil harta orang lain.


Katanya, dengan sifat itulah penyokong masih setia memberikan sokongan biarpun pelbagai halangan yang terpaksa ditempuh dalam kerjaya politiknya.


“Soal pegang amanah ini penting. Orang sanggup sokong saya walaupun dimaki, dicerca dan dipenjara sebab mereka rasa saya boleh pegang amanah dan tidak curi harta orang. Sebab itu mereka (Dr Mahathir dan rakan-rakan) takut saya ambil alih.


“Kelantan bukan negeri kaya tetapi rakyat kasih Tok guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas menteri besar Kelantan) kerana rakyat tahu beliau menjadi menteri besar tidak memperkayakan keluarga dan tak ambil satu saham negeri pun. Bagi tahu saya Dr Mahathir, dia tak ambil ke? Anak bilionair,” katanya.


Majalah perniagaan, Malaysian Business semalam melaporkan anak bekas perdana menteri yang paling lama menerajui negara itu, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai sebagai 10 individu terkaya di Malaysia.

Mokhzani berada di tangga ke-9 dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lalu menerusi syarikatnya, Sapura Kencana Petroleum.

Beliau berada pada tangga ke-13 pada 2013 dengan jumlah kekayaan RM2.63 bilion, menurut majalah tersebut.


Anwar yang selesa mengenakan kemeja putih dan berseluar hitam pada malam tadi memuji pengundi di Kajang yang lebih celik internet berbanding pengundi di kawasannya di Permatang Pauh.


Katanya, disebabkan faktor itu, pengundi di Kajang lebih cenderung mengikuti berita semasa menerusi internet berbanding media cetak dan elektronik.


“Keistimewaan di Kajang, penembusan internet cukup kuat malah orang Kajang yang mengikuti berita melalui internet itu lebih daripada yang mengikuti berita RTM, TV3 dan suratkhabar. Saya ucapkan tahniah kepada pengundi Kajang.


“Hebat Kajang daripada Permatang Pauh kerana mungkin di bandar, pusat pengajian tinggi, mahasiswa dan graduan. Saya minta segerakan laman web khas agar kita dapat sampaikan berita dengan lebih baik,” katanya kepada jentera parti PRK Kajang.


Pada kesempatan itu juga, Anwar menjawab sindiran pihak tertentu yang melabelkannya daripada seorang bekas timbalan perdana menteri kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).


“Kalau diminta khidmat, berkhidmatlah. Ada masa memangku menteri dan ada masa duduk dalam penjara. Tidak berubah sedikit pun,”

11 comments:

  1. Salute bakal Perdana Menteri Malaysia! BRAVO!-Kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong perjuangan anda-Kita mara ke putrajaya!

    ReplyDelete
  2. DSAI tak payah risau menang mesti menang punya.kajang tmpt melayu bandar tak baca surat khabar yg dah banyak kena saman fitnah.bukanya bodoh mcm melayu hutan,makcik felda dan jawa tempe tepi parit.kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Nak kata apa kata lahh....janji ABU.....haram jadah punya UMNO.

    ReplyDelete
  4. jangan mimpilah nak jadi pm...muka putar alam no 1 ptuiiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju 100% bro...tunggang langgang negara klu penipu ni jdi pm...selisih malaikat 44 aminnn

      Delete
  5. Mat telo tu bagus sgt ke.kahkahkah

    ReplyDelete
  6. Semua org ada kesilapan. Kalau Anuar jadi PM dia tentu lebih baik dari PM sekarang dan sbelumnya.

    ReplyDelete
  7. Kalu joki n dh tethulih jgn risau dapek kat ekau nuar....sian den nenguk azab d bhuruk an....moga ado joki..tp ingat urang melayu d hino jgn tanah d gadai jgn...kalu idak samo la ngan puak puak umngokk...oh ya lupo ekau dhulu dhulu umngok gak kan ......maruah kasi tebus nuar.....ado joki x kemano bguih trus usaho....

    ReplyDelete
  8. DSAI ....InsyaALLAH akan menang.

    ReplyDelete
  9. aik? nak menang kat Kajang sanggup memandang rendah orang kampung sendiri kat Permatang Pauh? Walau org Permatang Pauh tak celik IT bersyukur masih sokong kamu Anwar Ibrahim. Agak-agak kalau dah dapat kuasa lebih tinggi sapa plak dia pandang rendah. Sekadar menegur.

    ReplyDelete
  10. Ramai yg terlupa bhw Pakatan memang dah menang kat kajang pd pru lepas.
    Majoriti besar pulak tu.

    Apa masalahnya pulak kali ni kalau nak menang lagi?
    Apa beza menang yg lepas dan AKAN menang kali ni?

    Siapa yg halang dia nak bertanding?
    Setakat kena kutuk kpd calon calon yg bertanding tu adatlah.

    Kalau org lain yg jadi calon pun kena serang dari dua pihak.

    Rakyat sekrg dah celik internet la..
    isu pergaduhan antara azmin dan khalid ke sbnrnya trpaksa prk diadakan?

    Nak ke Putrajaya? Nak jadi MB ke utk ke putrajaya?

    Isu apa sebenarnya ni....
    Kena ingat..orang PAS pun terdiri dari cerdik pandai. Jgn pusing pusing cakap.Makin lama makin kami lebih kenal seseorang ni..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...