Wednesday 26 February 2014

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBARAI ... PUNCA KLIA2 LAMBAT DI BUKA KERANA LANDASAN RETAK ?????



Kebimbangan mengenai keselamatan lapangan terbang tambang murah klia2 dibangkitkan lagi selepas penemuan keretakan di jalan rayap, kawasan apron dan sekurang-kurangnya satu tempat parkir pesawat, seminggu selepas bangunan terminal gagal pemeriksaan bagi piawaian kebakaran dan keselamatan.

Satu set gambar yang diambil baru-baru ini menunjukkan keretakan dan permukaan beralun di jalan rayap membawa ke landasan sepanjang 3.96 km, selain keretakan di kawasan apron dan tempat parkir pesawat yang boleh menyebabkan pembukaan lapangan tambang murah itu yang dijadualkan pada 2 Mei ditangguhkan lagi.

"Jalan rayap ini penting kerana lebih 300 pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang tambang murah pada ketika ini dengan pesawat yang penuh. Sebarang keretakan akan menyebabkan kebimbangan keselamatan kepada syarikat penerbangan untuk mendarat di sini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Di antara syarikat penerbangan bakal menggunakan terminal ini adalah AirAsia, AirAsia X, Cebu Pacific dan Malindo Air yang kebanyakannya akan menggunakan pesawat kecil seperti Boeing 737 dan Airbus 320. Bagaimanapun, AirAsia X menggunakan pesawat besar A330 dan A340 yang boleh membawa beban lebih berat.

"Pihak berkuasa sudah diberitahu mengenai keretakan dan kerja baik pulih akan mengambil masa, lebih lama daripada tarikh pembukaan pada 2 Mei ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan," tambah sumber tersebut.

Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengadakan ujian landasan Oktober lepas menggunakan pesawat Boeing 737-900ER Malindo Air di Landasan 3 dan menganggapnya sebagai satu kejayaan kerana pesawat tidak melantun semasa mendarat.

KUB Builders, anak syarikat KUB Malaysia adalah kontraktor landasan lapangan terbang bernilai RM268.8 juta yang menghubungkan jalan rayap ke terminal lapangan terbang.

Sumber mengatakan syarikat pesawat tambang murah akan berwaspada menggunakan klia2 sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dengan salah seorang mengatakan.

"Ini boleh menjejaskan rekod keselamatan 100% mereka, jadi syarikat seperti AirAsia dan Malindo Air mahukan jaminan penuh kerana sebarang kemalangan akan menjejaskan perniagaan mereka."

"Sesetengah syarikat tambang murah masih belum membuat keputusan sama ada mahu berpindah operasi ke lapangan tambang murah itu pada 2 Mei sehingga pihak berkuasa menyelesaikan isu keselamatan," kata sumber lain.

Awal bulan ini MAHB mengesahkan pembukaan klia2 mungkin ditangguhkan kerana dua pertiga daripada bangunan terminal utama lapangan terbangan itu tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran selepas pemeriksaan dijalankan bulan lepas.

Menurut satu kenyataan dari MAHB, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan terhadap bangunan itu pada minggu terakhir Januari lalu dan mendapati 65% daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.

Terdapat keretakan dalam paip pembetungan di luar terminal, dan bahagian-bahagian jalan dan perparitan tidak sesuai untuk digunakan. Perakuan pihak berkuasa itu penting bagi pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) untuk lapangan terbang yang menelan belanja RM4 bilion itu.

Malaysia Airports Holdings Bhd, dalam kenyataan tersebut turut berkata mereka gagal untuk menerima CCC bagi bangunan terminal klia2 daripada UEMC-Bina Puri.

Kontraktor utama UEMC-Bina Puri Joint Venture sebelum ini sudah memberi jaminan ia akan menyerahkan bangunan terminal atau menyerahkan CCC kepada pengendali lapangan terbang itu pada 31 Januari.

Dalam satu kenyataan berasingan, UEM-Bina Puri mengesahkan ia tidak boleh mendapatkan CCC pada 31 Januari dan mendakwa ini disebabkan oleh "isu yang tidak dijangka" berlaku baru-baru ini semasa pemeriksaan susulan.

Akhbar The Star melaporkan awal bulan ini kerja-kerja pembaikan akan mengambil kira-kira tiga hingga empat minggu untuk melengkapkannya dan walaupun kontraktor dijadualkan akan melalui satu lagi ujian yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam masa dua minggu lagi, namun sebarang kelewatan dalam mendapatkan pengesahan kelayakan untuk bangunan beroperasi akan memberi kesan kepada pembukaan lapangan terbang.

"Begitu banyak janji dan jaminan yang diberikan oleh kontraktor, namun gagal untuk mendapatkan CCC. Kini terdapat kebimbangan adakah mereka boleh mendapatkan CCC pada akhir Februari," kata sumber dalam industri kepada The Star.

Kelewatan pembukaan klia2 selama hampir setahun menyebabkan perang mulut diantara pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata pada hujung minggu pihak berkepentingan usah menunding jari atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mengutamakan kepentingan nasional dan rakyat terlebih dahulu untuk mematuhi tarikh operasi yang ditetapkan iaitu pada 2 Mei ini.

"Tarikh yang dijanjikan itu ditetapkan oleh mereka sendiri bukan dari kerajaan kerana ia merupakan 'private commercial venture'. Jadi mereka kena bertanggungjawab kalau mereka tidak sehaluan sekalipun.

"Saya sebagai menteri bertanggungjawab mahu tarikh yang ditangguhkan dahulu, dan sudah dijanjikan akan beroperasi pada 2 Mei itu dapat ditunaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kajang pada Ahad.

Sehari sebelum itu Fernandes menggunakan akaun Twitternya untuk menyerang MAHB dan Hishammuddin kerana peningkatan kos dan cukai klia2.

Fernandes berkata di Twitternya: "Kita harus jelas. Lapangan Terbang Malaysia adalah monopoli. Kebimbangan saya adalah mereka perlu pastikan kos dikurangkan untuk orang awam Malaysia.

"Kita cipta penerbangan tambang murah. Kita tidak minta lapangan terbang 4 bilion (ringgit) yang lewat selama 3 tahun. LCCT sekarang hanya berkos RM250 juta.

Sebagai respon kepada Fernandes, Hishammuddin mempertahankan kelewatan klia2 selama lebih dua tahun:

"KLIA2: Peningkatan kos&Kelewatan-Orang ramai akan tahu kenapa/siapa selepas dibuka 2 Mei = Fokus kerajaan @jayadylan @tonyfernandes."

Klia2 sudah beberapa kali ditangguhkan pembukaannya dengan terakhir seharusnya dibuka pada 30 April sebelum ditunda lagi ke 2 Mei.

21 comments:

  1. saaatuuuu,saaaatuuuu,saaaatuuu malaysia26 February 2014 at 08:08

    kenapa?mengapa?bagaimana?siapa?intergriti,ketelusan,kejujuran dan amanah?standard pembinaan di Malaysia cukup sinonim dgn 50% kos dan 50% kroni.itu sebab jaminan keselamatan pada pembinaan tiada.bosan dgn kerenah kerajaan korup.nyawa rakyat tiada nilai.janji siap dan kualiti hancus.apa pun yg penting malaysia bole!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg mapus ....yg untung......yg kaya....yg rugi ???????

      Delete
  2. X guna ckp ngn mentri lembap tu,ape pn x boleh...

    ReplyDelete
  3. ... jalan susur masuk yang baru bena ke LTM2 KLIA pun turut retak ...

    ReplyDelete
  4. Haluuuuuuu. .........

    Sinonim dgn keretakan pemikiran pimpinan umnongok yg ngok. janji yg retak mndatangkn keuntungan pda kroni. Nyawa rakyat snggup dprjudikan gra2 nafsu syaitan yg braja dimata brdultan dhati persis syaitan yg diknali.

    Retak snonim jgk dgn situasi prti monopous umnongok yg ngok yg pnuh dng msalah kronimisme....rasuah...dn pnyalhgunaan kuasa ibarat retaknya kpla jit tuya memikirkn kueh badak brendam yg sntiasa ada diprut...

    Lu jgn igt airport je yg retak...lu lihat serdang hospital..retak beb...trengganu bapak sgala retak dn runtuh....smuanyer bikin gua panas dn mahu gua hentak smpai retak kpala ktua lu dan lu...pueee

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kapla hotak lu...26 February 2014 at 09:46

      Lu sembang bnyk besar maaa...lu panas sudah bnyk kali wolffff wolfff... tp lu smbang je maa...wa tngu maa lu hentak kepala jib maa...lu ingt lu sapa maaa...dlm kl ganster lu blh cerita maaa tetak sana tetak sini...lu pnya bunyi selupa anjing maaa...angkt batu lu lari tak cukup tanah...gua tngu rakyat malaysia tngu maa lu pnya hentak...khak tuih smbng kasi bimbang...

      Delete
  5. Haluuuuuuu. .....

    Insaf lh whai mnusia

    Khak tuih

    ReplyDelete
  6. Dubur pun retak . Macai pkr suko. Izzah pun retak..spenda bosar n khalwatan binian uranggan jo x rotak...

    ReplyDelete
  7. INI SEMUA SALAH UMNO....HUJAN TAK TURUN KAT KEDAH SALAHKAN UMNO...AIR TAKDE KAT JENGKA SALAHKAN UMNO....EMPANG KAT SELANGOR MAKIN KERING SALAHKAN UMNO....LANDASAN RETAKPUN SALAHKAN UMNO GAK....LEPAS NI APA LA LAGI SALAH UMNO....

    ReplyDelete
  8. Projet rm250juta jadi rm4bilion.sama dgn kes hospital shah alam..
    Hidup melayu!!.
    melayu mana?.
    Melayu kroni.
    patut la hutang malaysia dah sampai limit.
    Jawa juga yg masih tinggal tepi parit.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  9. Yg penting Khalid sila blah. faekah..macai2 blogger, org2 khalid sila bungkus kain baju.
    Azmin dan anuwar akan ambil alih teraju selangor.

    HIDUP PKR!
    Perjuangan PKR gombak berjaya dgn strategi melangkah ke putra jaya!

    ReplyDelete
  10. Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. ~hadis riwayat bukhari, muslim, abu daud

    ReplyDelete
  11. Cai 10.11.nak mengata org tak tengok kiri kanan dulu.Dr mashitah ada phd bekas pensyarah UIA pun cukur bulu kening,cium tangan pak lah.kata boleh melacur jika darurat.try tunjuk hadis tu kat dia,asal masuk umno mesti bodoh walau belajar sampai phd..

    kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai...klu lu terror dlm ilmu agama knp lu tak brhujah secara ilmiah utk menafikn atau menidakkn hukum yg dato mashitah perkatakn...cai itu bezanya hujah seorg yg berilmu dgn org yg brstatus cai politik cam lu...cai cai hati lu keras cai..kah kah kah

      Delete
  12. Kat mana lagi nak berhujah cai.hukum tetap hukum.nk kata darurat boleh.tp yg tinggal kt zimbabwe,somalia,uganda.itu baru betoi darurat cai.

    kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai...lu rasa kt malaysia ni darurat ke cai...dato mashitah ada kaitkn dgn malaysia darurat ke...hukum ttp hukum cai...bngang jgn ttp bangang cai...dia ckp darurat bkn skrg kt sini dia kata lu blh jd pelacur cai...dan ini hukum cai bkn dari ckp2 kosong dato mashitah...

      Delete
  13. Cai jawa parit memang itu nak cakap malaysia bukan darurat tp mashitah yg ckp darurat.keje jilat najib pun dapat byk gaji.ni bukan main2.soal jawab kat metro.gogle la cai,mcm org bodoh je nak ckap 1,1..

    kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai...bangang nya lu cai smpi tak tahu apa makna darurat dan bgmana yg dikatakn darurat ...tnya kawan2 tnya mak pak tnya adik beradik cai... apa dan bgmana yg dikatakn darurat

      Delete
  14. Cai..yg ckap darurat tu sape..byk mndi parit ke apa..

    kahkahkah

    ReplyDelete
  15. Maaf...Ada lagi besar kat dalam sana yang tidak dapat di selesaikan, kontraktor2 tgh main tolak-menolak sebab tak nak tanggung kos. kalau dibuka juga pada waktu yang dijanjikan...MEMANG 1Malaysia Boleh. kalau tak silap ada bahagian wajib dibuat semula...ataupun plan...! untuk tambah kos..tggu semasa keadaan tgh panas masa tu menyelinap minta bos sign direct...no isu!

    ReplyDelete
  16. This is What Women Really Like !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...