Monday 16 June 2014

KES CULIK WARGA FILIPINA DI SEMPORNA ... NAJIB KATA TIADA WANG TEBUSAN DIBAYAR BAGI PEMBEBASAN TETAPI AKHBAR DAILY EXPRESS KATA WANG TEBUSAN SEBANYAK RM2.2MILLION DIBAYAR KEPADA MILITAN ABU SAYYAF .. SIAPA BERKATA BENAR DAN SIAPA YANG MENIPU NI??????



KUALA LUMPUR 30hb Mei 2014- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan seorang wanita warganegara China dan seorang wanita warganegara Filipina yang diculik dari Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Sabah awal April lepas.

"Saya baru sahaja diberi taklimat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bahawa dua wanita yang diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas, telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.

"Tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan mereka," kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.
Justeru itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara di atas usaha mereka membebaskan kedua-dua mangsa culik itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang berusaha menghantar pulang wanita China itu ke negaranya secepat mungkin. Najib berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina.

Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata telah menculik pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, kira-kira 10.30 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya turut merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina yang bekerjasama rapat dalam pembebasan kedua-dua mangsa.

"Berbanyak-banyak terima kasih kepada Pasukan Keselamatan Filipina di atas bantuan dan kerja keras mereka bagi membebaskan dua mangsa culik di Semporna, Sabah.

"Syabas Cawangan Khas @PDRMsia, di atas kerja keras berterusan berjaya membebaskan 2 tebusan itu. Mangsa dalam keadaan sihat," katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengesahkan pembebasan mangsa culik itu adalah hasil kerjasama polis Malaysia dan Filipina.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan lokasi kedua-dua mangsa itu kini. - Bernama

Tapi akhbar Daily Express memberitahu wang tebusan sebanyak RM2.2 million telah dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf bagi pembebasan kedua mereka.

Jadi persoalan yang timbul .. siapa yang berkata benar dan siapa yang menipu??????? .. Rakyat kini sudah keliru dan bercelaru dengan dua kenyataan yang amat jauh berbeza ini.


Perlu penjelasan yang menyakinkan dari pihak berwajib demi pencerahan dan kebenaran.

17 comments:

  1. Haluuuuuuu. ..........

    Gua lbih percayakn kkm dri jib jebon...almaklumlah sblm pru lidah biawaknya bilang minyak x naik tpi lps tu brdesup naik. Takrif elektrik x naik tpi lps tu mncanak naik....hrga kreta diturunkn tup2 lu tgk sndri mkin naik hrganya....sgala cukai barua ni kenakn pda rakyat..brim brom brem dblang 1200 tup2 hampeh dkncingkn nyer lgi...bhasa mudah baik prcayakn setan dri prcaya jib jebon...pueee

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaya ler ah jib ghor lepas nie.bole ler saman plak daily express.kayo.kayo.kayo.jgn kayo menipu udah ler

      Delete
    2. Kalau yang kena culik tu ahli keluarga ko camner...orang tolong bayo salah,tak tolong bayo pun salah...lagipun itu bukan duit tok jib..tu duit kita sumer...selamatkan nyawa orang yang tak bersalah kira ok la tuh hehehe

      Delete
  2. Aku pun sama juga lebih percaya kat setan dr mat mongol ni.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin Islam suka bercakap bohong macam najib ni pasal tu Mesia ni negara Islam tarafnya lebih rendah dari Singapura dan Ireland Dari segi Islamik buat malu je duduk tempat ke 33. Mana peginya Brahim Pekasa, Hasan Jati, Pukida dan mufti harusanasini mengapa tak pertahankan Islam di Mesia ni?

    ReplyDelete
  4. Alamat kena tarik let permit penerbitan Daily Express ... biking malu aje sama Najis

    ReplyDelete
  5. MALAYSIA SEMAKIN JAHANAM..AKIBAT DARI PEMERINTAH BANGSAT..CORRUPT..RASUAH..MENIPU..FITNAH..MENYELEWENG..BANGANG..BODO..BARU..BENAK..BENGAP..SEDARLAH WAHAI RAKYAT YG MASIH LEKA..LALAI..BANGANG..BANGUN MELAWAN JGN JADI PONDAN..!!!

    ReplyDelete
  6. Tok Jib akn saman daily express...sebab mnyebarkn berita berunsur menipu & krg mnyakinkan. Sepatutnya berita yg kluar adlh kmpulan trsbut yg mbayar 2.2M sbb tkutkn kata2 tok jib "kalo k/trbang blh d hlangkn, korg semo ni kangkung je. Lgpn...C4 msih byk dlm stok"...

    ReplyDelete
  7. Yeaayy..!! Thun dpn msih dpt BR1M lg. Pdulik apa dr mana RM2.2 million tu dtg...duit big mama yg perihatin ler tu

    ReplyDelete
  8. Comel plk tgk PM dlm gmbr kt ats tu. Hahaha

    ReplyDelete
  9. Betullah tu...dia bayar bukan pakai duit dia.......

    ReplyDelete
  10. baiknya penculik tu ye, lepas free je tak penat ke???

    ReplyDelete
  11. bugimak haram jadah x hbs2 nk menipu rakyat

    ReplyDelete
  12. apa pnya stetmen......tipu lh selagi blh tipu....di sana xlh korner baring dh....mereka2 yng jdi ulul amri xbtl nereka jahanam tmpt nya 20000%...wallahualam bilsawab

    ReplyDelete
  13. Anjing skalau tak makan taik ia akan cium juga!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...