Saturday, 21 June 2014

TAN SRI KHALID IBRAHIM LAGI SEKALI MENEGASKAN AKAN TERUS MENJADI MB SELANGOR SAMPAI TAMAT TEMPUH UMUR PRU 13.


Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak akan layan sebarang provokasi baik daripada rakan PR mahupun BN selagi belum tamat tempoh penggal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) pada 2018 nanti.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak risau dengan desas-desus penolakan PAS Selangor terhadap kepimpinannya.

Menurutnya, beliau maklum tugas sebagai menteri besar Selangor adalah "mencabar dan penuh tanggungjawab"  dan ia tidak seselamat seperti tugasnya sewaktu berada dalam sektor korporat.

"Jaminan kerjaya saya ini - setahu saya dalam arena politik ini tidak dapat dipastikan seperti sewaktu saya berada dalam sektor korporat.

"Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan satu tanggungjawab.

"Saya tidak risau tentangnya," kata Khalid dalam satu sidang media di Shah Alam, tengah hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas laporan yang mendakwa PAS  Selangor menolak kepimpinannya apabila mengambil kira cara beliau menangani beberapa isu mutakhir ini.

7 comments:

  1. Anak menantu najib kot harta bapa sendiri berpuluh juta pun dia sanggup menipu.

    kikiki

    ReplyDelete
  2. News – 21/6/14 – Ahli Parlimen DAP Puchong meramalkan Pakatan Rakyat (PR) bakal kehilangan Selangor sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, sekaligus melupuskan cita-cita PR untuk menawan Putrajaya.

    Bercakap pada forum Lebuh Raya Kidex, Gobind dilaporkan FMT berkata pentadbiran Selangor sekarang ini seumpama stail kerajaan Barisan Nasional (BN).

    “Saya memberitahu PR, kita akan kehilangan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang jika kerajaan Selangor meneruskan stail yang sama dengan kerajaan BN, di mana kerajaan lebih tahu yang terbaik untuk rakyat.

    “Dan kita pastinya tidak akan menang Putrajaya,”katanya dalam forum yang diadakan di Perpustakaan Petaling Jaya, dianjurkan oleh satu gerakan SNTK (Say No To Kidex).

    Hadirin menjerit “Tidak” secara serentak apabila Gobind bertanya sama ada Abdul Khalid telah melakukan tugasnya berkhidmat kepada rakyat.


    * Hanya Azmin akan meletakkan PKR dan selangor gah dlm PR

    ReplyDelete
  3. Masing-masing dah macam CELAKA berebut jawatan, tamakkan kuasa dan harta. Itulah resam politik di Malaysia, tak kira bendera, tak kira aliran mana...Siasah Islam yg diajar Nabi junjungan dibuang jauh...Siasah Yahudi laknatullah diambil sebagai pedoman, baik parti yg perjuangkan Islam, parti perikatan antara kaum ataupun parti yg berjuang atas nama rakyat mahupun keadilan...pegi jahanam dgn stail berpolitik yg begini..kami mahukan pemimpin dikalangan ulamak bukannya ular sawa!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. So far so good tan sri..KEEP UP THE GOOD WORK...ups and down biase tan sri..lebih2 kt negara yg bernama malaysia ni..hehe!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...