Thursday, 19 June 2014

LAGI PENDEDAHAN KONSESI PENSWASTAAN UiTM BERNILAI RM1.5 BILION DI SAPU HABIS OLEH PARA PEMIMPIN UMNO SEDANGKAN MACAI-MACAI UMNO HIDUP KHAYAL SYOK SENDIRI GIGIT JARI.



Pemberian konsesi penswastaan UiTM Jasin yang diberikan kepada syarikat yang dikawal oleh dua orang bekas wakil rakyat Umno Selangor membuktikan bahawa keputusan lantikan syarikat pemegang konsesi dibuat secara rundingan terus.

Malah, saya berpendapat bahawa keputusan untuk membina kampus-kampus cawangan UiTM ini lebih dipengaruhi kepada lobi dan rundingan dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi, bukannya berdasarkan perancangan jangka panjang UiTM sendiri.


Konsesi penswastaan UiTM Jasin diberikan kepada YBK Usahasama Sdn Bhd yang dikawal oleh dua orang tokoh Umno Selangor yang juga bekas wakil rakyat iaitu:


1. Dato’ Zainal Abidin Sakom, bekas ADUN Batang Kali, dan
2. Dato’ Dr Hj Mat Yasir Ikhsan, bekas ADUN Sg Air Tawar, Sabak Bernam (1999-2004) dan bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam (2004-2008)


Sebelum ini, yayasan yang dikawal oleh Dato’ Zainal Abidin Sakom iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah terlibat dalam satu kontroversi iaitu cadangan pembinaan UiTM Cawangan Serendah di atas tanah yang pernah dianugerahkan oleh pentadbiran Umno kepada yayasan tersebut.

Tanah tersebut diambil balik oleh pentadbiran Pakatan Rakyat apabila YBK melanggar beberapa syarat yang ditetapkan Kerajaan Selangor.


Selepas kegagalan membina UiTM Cawangan Serendah, syarikat yang dikawal oleh kedua-dua mereka melalui YBK terlibat pula di dalam konsesi penswastaan UiTM Cawangan Jasin. YBK bukanlah sebuah entiti yang terlibat di dalam projek pembinaan dan pengurusan aset besar, malah pemegang konsesi iaitu YBK Usahasama Sdn Bhd hanya ditubuhkan dalam tahun 2010 iaitu selepas usaha membuka UiTM Cawangan Serendah gagal.


Ini memberi gambaran seolah-olah keputusan untuk memberikan satu konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM kepada kedua-dua tokoh ini dibuat terlebih dahulu sebelum keputusan membangunkan kampus-kampus cawangan UiTM.


Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa YBK Usahasama Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Serendah Heights Sdn Bhd. Serendah Heights Sdn Bhd pula dimiliki oleh 3 entiti iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan, Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan Just Wisdom Sdn Bhd.


Dato’ Zainal Abidin Sakom adalah pengerusi YBK dan pengarah di dalam Serendah Heights Sdn Bhd dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd sementara Dato’ Dr Hj Mat Yasir Ikhsan adalah pengarah kepada Serendah Heights Sdn Bhd dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd.


Isteri kepada Dato’ Zainal Abidin Sakom iaitu Datin Hartini @ Gayah Osman juga adalah pengarah Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.


Susunatur pegangan syarikat-syarikat ini menunjukkan bagaimana YBK Usahama Sdn Bhd iaitu pemegang konsesi 23 tahun UiTM Cawangan Jasin yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion ini dikuasai dan dikawal oleh tokoh-tokoh Umno Selangor iaitu Dato’ Zainal Abidin Sakom dan Dato’ Dr Hj Mat Yasir Ikhsan.


Bukti-bukti yang saya tampilkan setakat ini sudah cukup menunjukkan bagaimana UiTM digunakan oleh Umno untuk menanggung bebanan bayaran kepada syarikat konsesi yang semuanya milik pimpinan Umno.

Ini adalah bukti yang sudah nyata dan kenyataan Menteri Pendidikan II bahawa bukti yang saya kemukakan tidak lengkap (dan menyerang peribadi saya tanpa menyangkal bukti-bukti ini) menunjukkan bahawa Umno tidak bersedia untuk berdepan dengan isu ini.


RAFIZI RAMLI

Ahli Parlimen Pandan

19 Jun 2014


19 comments:

  1. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat ya keturunan nabi adam...
      haktuihhhh la sbnyak mana yg kamu mau semasa hidup mu... haktuihhh laa sesuka hti kamu... kelak usia emas mu.. hnga kau mati.. pasti..org akn haktuihhh_kn kamu...!!
      selamat ber_haktuihhh dulu kini & selamanya.. haktuihhh!!!

      Delete
    2. Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad bersetuju Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR diganti dari menjadi MB Selangor

      "Kita sudah membuat keputusan sebelum ini, Khalid Ibrahim perlu ditukar dengan pemimpin lain yang bagi saya perlu diterima oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.

      "Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," kata Khalid Samad (PAS) ketika kepada The Malaysian Insider.

      Ketika ditanya mengapa isu ini bergema kembali, Khalid berkata, ia senyap seketika kerana pemilihan PKR sedang berjalan dan bukan kerana sudah selesai.

      "Ramai senyap kerana bimbang jika serangan ke atas Khalid diteruskan, ia ditafsirkan sebagai kempen negatif ke atas beliau yang bertanding timbalan presiden PKR," katanya yang sebelum ini adalah penyokong utama Khalid Ibrahim di Selangor.

      Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman berkata, masalah besar Khalid adalah beliau tidak mendengar dan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya dalam PR.

      - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-pkr-dan-dap-giliran-pas-selangor-tolak-khalid-ibrahim#sthash.remOWpEv.dpuf

      Delete
  2. He he....macai2 sume REDHA!!!!! :D

    ReplyDelete
  3. Betoi2 UITM kena kerja dgn UMNO

    ReplyDelete
  4. Mana pergi semua macai upahan umno ni ke dah mampos xnak bela kroni munafik ni ke.ke upah lambat masuk tu semua pakat diam je.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  5. huih....tak sangka aku dato md yasir dpt gak projek tuh......dulu dia dtg kedai aku mengelepek je.....siap ajak join lg ada bab projek kecik2....aku jual mahai....klu tak kayo den....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuuuuu. ..........

      Tu tandanya Allah masih syg lu...klau lu trlibat dgn malaun tu nasib bdn ler beb...kdlam neraka Allah nanti....

      Delete
    2. yela jit tontoya....semua yg berlaku ketentuan Allah bukan manusia....

      Delete
  6. Asal melayu meniaga je kena balun asal melayu meniaga je kena balun. Kalau cina buat duit secara haram semua senyap sunyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa benda engko cakap ni hoi!!.. meroyan betol la!!

      Delete
  7. blog kamu saya sudah print screen, ip address pun kami dah dapat. ok kalau ada apa surat dari lawyer, sila minta duit guaman dari YB Rafizi ya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ..... meroyan dah nampaknya!!

      Delete
  8. WOW !! What A Surprise ….
    This Thing Is Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete
  9. Penyokong, pengampu, pembodek, tukang pasang poster, tukang pukul, tukang kacau DAPAT APE? ABUK pun tarak!!Padan muka korang. Setakat kerja sekuriti ke drebar kat Uitm bolehlah. Yang teruknye pembodek Melaka lu orang ape dapat. Orang tak laku kat Selangor boleh merampas hak orang Melaka.!!! Padan muke deme!!

    ReplyDelete
  10. Tak dapat kerja sekuriti dapat tukang ludah pun jadilah. Tokey melayu lagi percaya kat orang Nepal daripada percaya kat Melayu bingai!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...