Tuesday, 24 June 2014

PDRM MEMBERI AMARAN KJEPADA PENYEBAR MAKLUMAT PALSU DI ALAM MAYA BERHUBUNG KONONNYA SEBUAH VAN PUTIH BERKELIARAN UNTUK CULIK KANAK-KANAK SEBAGAI MANGSA ORGAN.



SABAK BERNAM – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu berhubung khabar angin terdapat van putih menggunakan nombor pendaftaran kenderaan negara jiran berkeliaran dan menculik kanak-kanak sebagai mangsa organ.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, pihak yang didapati masih meneruskan penyebaran berita palsu itu menerusi laman sosial akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Menurutnya, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


“Polis memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak lagi menyebarkan berita palsu yang bertujuan menakut-nakutkan orang awam terutama pelajar sekolah tentang sindiket menculik dan menjual organ menggunakan van berwarna putih,” katanya kepada Sinar Harian.


Noor Mushar berkata, penyebaran maklumat menerusi Facebook (FB), WhatsApp dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) itu dipercayai menular sejak seminggu lalu hingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.


“Sehingga kini polis masih tidak menerima apa-apa laporan daripada orang awam berhubung perkara ini dan hasil siasatan kita juga mendapati tiada sebarang kes dilaporkan berlaku di daerah ini,” katanya.


Beliau berkata, beberapa individu turut dipanggil bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat palsu itu ekoran terdapat dakwaan kononnya mereka terserempak dengan van terbabit.


“Hasil siasatan polis juga mendapati gambar pada van terbabit telah disunting pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menakut-nakutkan orang awam terutama pelajar sekolah,” katanya.


Menurutnya, orang awam diminta merujuk terlebih dahulu kepada polis sebelum menyebarkan sesuatu perkara itu bagi mengesahkan maklumat yang diterima itu benar atau sebaliknya kerana ia memberi kesan kepada masyarakat.


“Jangan bertindak sendiri dan orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sabak Bernam (0332242222) atau melalui Bahagian Hal Ehwal Awam IPD Sabak Bernam, Asisten Superintendan, Iek Ren Chong (0192825748),” katanya.

11 comments:

  1. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lerr berita tu. Tenkiu sama Omak Kau.

      Kita berita kena open, share ramei ramei.

      Jangan jadi empunya blog Malaysia Waves@ Deramang @Macbeth@TB@Tulang Besi. Jumud lagi menjumudkan Ha Ha Ha

      Mehhhh baca article tiga suku ibnu retard dari Malaysia Waves dan kita gelak ramai2

      http://www.malaysiawaves.net/2014/06/haji-hadi-bakal-serah-selangor-pada-bn.html

      Dalam Article TB d Malaysia Waves dikatakan yang Khalid MB bertahan dalam jawatan MB sebab support Ustaz Hadi.

      Woiii TB kau ni fius betullah. Dalam blog tiga suku kau tu dah lah ada 3 elemen sajerrrrrr. i.e. UG (Unity Govenment tak wujudpun), Alphard dan satu lagi Khalid MB

      La ni dia nak kaitkan UG dgn Khalid MB. Dahlahh UG tak wujud lagi mau kaitkan dengan orang politik.

      Next phase aku rasa mamat bengong ni nak buat ada link antara UG dan Khalid MB sebab nak beli Alphard. Kahhh Kahh Kahhh BODOOOO

      Macam ni la, boleh tak aku kaitkan Bigfoot dengan T-Shirt Hijau Lengan Putih dan Nepal. Kah Kah Kah.

      Jalan cerita sudah jadi = Mamat Nepal cari bigfoot pakai t-shirt hijau lengan putih

      Kah Kah Kah

      Terbuktilah Malaysia Waves otak 3 dimensi - Alphard, UG (Hanya Rekaan) dgn Khalid MB

      Balikkkk Laaaaaaaaaaaa TB cakap macam UG (Urang Gilerrrrrrrrrrrr)

      Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah

      Delete
    2. Reply Kepada Deramang@TB@Deramang.................The believer of UG yang tak wujud kah Kah Kah. UG dan Bigfoot memang tak wujud hanya dalam khayalan orang tak centre. Kah Kah Kah. Baca article kat bawah ni la Deramang. Aparaaaaaaaa

      http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/10/kenapa-tan-sri-khalid-ibrahim-kedekut.html

      Kerajaan Selangor pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) sangat mementingkan kestabilan kewangan negeri dalam usaha meneruskan kecemerlangan pentadbiran negeri.

      TSKI juga telah menyediakan beberapa perancangan terperinci untuk menggunakan wang rizab negeri yang dikumpul sejak menerajui Selangor hasil dari amalan berbelanja secara berhemah dan tertib. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan gagal menghormati semangat federalisme lantas banyak pembangunan prasarana di Selangor tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Persekutuan.

      Meskipun Negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dari segi kutipan hasil cukai iaitu melebihi 23% pada 2012, namun agihan peruntukan untuk pembangunan ke negeri ini tidak setimpal. Tanggungjawab menyediakan prasarana di negeri ini sentiasa diabaikan walaupun tanggungjawab itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang bermewah mengutip pelbagai bentuk cukai.

      Selaku sebuah kerajaan negeri yang bermaruah, Kerajaan Selangor tidak akan meminta sedekah untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini tetapi telah sedaya upaya bersiap sedia dengan menyediakan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh.

      Walaupun Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk membina jambatan ketiga di Klang bagi mengurangkan kesesakan lalulintas, apatah lagi upacara memecah tanah bagi projek tersebut telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang, namun setelah kalah dalam PRU12 pada 2008 yang lalu satu batang cerucuk pun tidak kelihatan hingga ke hari ini.

      Kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan sekurang-kurangnya RM300 juta wang rizab negeri untuk menunaikan janji yang tidak ditepati Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Selangor.

      Delete
    3. Wehhhh Deramang Tulang Besi where are you????? Malaysia Waves la ni tak laku???
      Cerita la UG banyak2. Benda yang diada-adakan memeng macam tu. Satu hari kantoi jugak klentong Hayam tu. Kah Kah Kah

      Delete
  2. Article Terencat otak dari Malaysia Waves

    Article level loji kumbahan ni link dgn header dia aku letak kat bawah sekali. Kalau boleh, Print dekat kertas, lepas tu buat Istinja'. Minima 3 kali calit

    Kita musti tanya Malaysiawaves TB. mesti tak boleh jawab soalan diabawah, Suara jadi sengau macam trajedi reporter kena marah tak jauh dari Tropicana 2013. Kah Kah Kah.

    1. Siapa kata?
    2. Bila orang kata?
    3. Di Mana ?
    4. Biar betul? Biar Betul? Biar Betul?
    5. Konspirasi Teori kerr. Segitiga TB kah kah kah ALphard, UG dgn ahli politik, Sewel punya TB.
    6. Tulang Besi ni ahli ka atau hanya ahli MLM?
    7. Orang Selangor Suppor Khalid MB. Kau tak support. Apasal? Lu jealous ka?????
    8.Nepal boleh pakai T-SHirt hijau lengan putihhh kerrr? Wauuu Hensemm ooooooooooo

    Nahh article jumud lagi menjumudkan, Header, Link kat bawah ni. PiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHhhh

    http://www.malaysiawaves.net/2014/06/kalau-tak-buang-khalid-ibrahim-pr.html

    FRIDAY, JUNE 20, 2014
    Kalau Tak Buang Khalid Ibrahim, PR Bungkus di Selangor
    Setelah berbulan2 TUlang Besi buat pendedahan, akhirnya ketiga2 parti dalam Pakatan Rakyat telah membuat persetujuan bahawa Khalid Ibrahim wajib ditukar.

    ReplyDelete
  3. Ni sumer power...TB pengsan Haisehhhhh

    ReplyDelete
  4. BN Umno..2 senjata...RASUAH atau UGUT blogger pro PR...kerana MACAI UMNO..manalah reti nak tulis blog...

    ReplyDelete
  5. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete
  6. BODOH betul manusia jenis "mohon share" ni....dah la maklumat tak betul, eja dan sebut nombor "plate" pun boleh jadi "flat"....aku rasa ramai org kita yg bangang sebutan sebut "nombor flat" yg sepatutnya disebut "nombor plate" .....termasuklah budak2 kolej dan universiti yg slalu join demo sana sini....benda basic macam ni. pun korang gagal, macam mana la boleh tunjuk pandai kononnya rakyat prihatin...macam ni ke nak mewarisi pemimpin masing-masing? alamat lingkuplah Malaysia......buat malu melayu je..

    ReplyDelete
  7. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete
  8. apa nak jadi pada malaysia kini dan akan datang! adakah akan gelap segala hati dan pedoman. rakyat semakin lemah dan keliru dgn informasi dan tak sanggup terima kenyataan malah cuba hendak putarbelitkan keadaan, yg mana kita sdr juga akan hancurkan malaysia pada masa depan menuju zaman yg mana kita tak mampu nak menghadapinya pada masa itu. dan negara akan bertukar milik utk rakyat miskin dan bodoh di negara sdr.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...