Friday, 20 June 2014

PEMILIHAN KEADILAN 2014 ADALAH PEMILIHAN PERUBAHAN JIKA MAU PUTRAJAYA DIUBAH.


Omak Kau melihat antara Cabang KeADILan yang perlu kepimpinannya dirombak dan diubah ialah Cabang Kota Raja.

Cabang Kota Raja memerlukan darah baru bersemangat waja dan jitu untuk membantu pucuk pimpinan parti dalam misi menawan Putrajaya.

Kepimpinan yang sedia ada Omak Kau lihat amat lemau, lemah dan tidak bermaya langsung .. Cabang Kota Raja perlukan muka segar bugar yang memiliki semangat juang tinggi dengan idea-idea yang sentiasa relevan serta tiada bagasi politik yang membolehkan pihak lawan jadikan modal menyerang.

Perlukan pemimpin yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat bukannya tidur dalam Dewan Undangan Negeri ketika persidangan sedang rancak berjalan .. bukannya jenis berkampung di rumah Ketua Umum apabila tidak dilantik semula menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri... bukannya menghalang dan cantas pemimpin-pemimpin yang berkaliber untuk naik semata-mata takut pada bayang-bayang sendiri akan kedudukannya akan ditukar ganti... bukannya portal pro PR pun sanggup saman atas isu yang masih dalam siasatan .. bukannya jenis dilihat sebagai pembuli enggan terima pandangan akar umbi.

Pemimpin yang meletakkan kepentingan rakyat mendahului segala-segalanya .. tidak bersikap biadap dan munafik berpura-pura bila berdepan dengan pimpinan tertinggi parti.

Oleh itu anggota Cabang Kota Raja perlu berani melakukan perubahan demi kebaikkan bersama .. Yang lama sudah diberi peluang untuk sekian lama namun hasilnya amat mengecewakan sekali .. cakap gegarnya amat lebih tapi hasilnya amat mengecewakan.

Ahad ini 22hb Jun 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Klang Jaya, Klang, Selangor antara jam 10 pagi hingga 5.00 petang akan berlangsung pemilihan semula PKR untuk Cabang Kota Raja yang ditangguhkan.

Harap berjalan dengan licin bebas dari ganggu kacau pihak luar .. Menang Biar Bergaya Kalah Biar Bermaruah.

Berilah sokongan kepada pasukan Kota Raja Movers .. Saf Kepimpinan yang dinamik, segar dan bersih untuk menerajui parti untuk membolehkan tenaga dan buah fikiran mereka tidak dipersia-siakan.

Buangkan yang keruh .. ambillah yang jernih ... PRU 14 ialah PRU anak-anak muda maka mau tidak mau terpaksa dilantik anak-anak muda yang berkaliber untuk menerajui parti di peringkat Cabang .. Yang lama wajar beri laluan jika mereka ada sifat sayang dan melebehi parti dari kepentingan diri sendiri.

Ayuh!!! nobatkan Pasukan Kota Raja Movers Demi Rakyat Untuk Rakyat Dari Rakyat.

13 comments:

  1. UBAH DULU PKR SEBELUM KAMU DI UBAH RAKYAT SERTA BERMIMPI UNTUK MENGUBAH PUTRAJAYA.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan2 dan Puan2.Attention!!! Attention !!!! Article Tiga suku terbaru dari Malaysia Waves

      http://www.malaysiawaves.net/2014/06/kesah-nabi-nuh-diguna-sebar-ajaran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+malaysiawaves%2FzpEb+%28Malaysia+Waves%29

      Jawapan aku simple saja.

      1. Sapa cakap????? Kah Kah Kah musti tak dapat jawab. Tak dak rerence boleii blahhhh la. Aku bolei tulis dengaq kata TB beli T-Shirt hijau kat Batu Road. Kah Kah Kah
      2. Ajaran UG - Woi mangkuk satu planet dah tau dah UG tak wujud macam tak wujudnya bigfoot Kah Kah Kah
      3. Apa plakkkk kau kata PAS PAS ni. Kao ahli kerr atau ahli MLM sajeeerrrrrrr. Setau aku ahli PAS neutral pemilihan PKR. Mana ada maki mana- mana calun. Dah Kantoiii, Kau ahli apa???? Ahlul Sufi tak kutt sebab mulut busuk dok mengata orang.

      Dah terbuktilah Malaysia Waves otak 3 dimensi. Tau kutuk - Alphard, UG (Tak Wujud) dgn Khalid MB (Best MB ever. Bodoh piangg tahap gaban punya blog. Pembaca elakkan baca, nanti hilang ilmu ha ha ha

      Ha Ha keh keh keh

      Yang Benerrrrrrrrr

      TiBi (Tinta Biru)
      Malacca Waves
      Umbai mareiiii

      (Tulisan aku disahkan tiada benda-benda yang tak wujud macam UG atau Bigfoot. UG kalau wujudpun Urang Gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr)

      Delete
  2. Berapa umur TSKI?

    ReplyDelete
  3. Ketua Umum tu yg patut diubah. Dah tak relevan. Beban pada parti. Yg lain pemimpin silih berganti. Yg dicaci pun dah lama undur diri. Namun masih ada yg tak SEDAR DIRI!

    ReplyDelete
  4. Omakkau pun dah mcm taknak sokong mb khalid. Takpalah..

    ReplyDelete
  5. KHALID SAMAD DAH AJAK TUKAR MB KHALID.

    APE CERITA??

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. TUKAR JER KHALID SAMAD YANG BANYAK SONGGEH TU..BARU CERITA ABIS HIHIHI

      Delete
  6. Yup no coment pandii


    ReplyDelete
  7. Baru jaga 1 negeri dah berebut...camner nak jaga putrajaya yang kontrol berbelas negeri hihihi

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...