Thursday 19 June 2014

SEBUAH FIRMA KEPUNYAAN AHLI-AHLI UMNO SAMAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO, KU NAN KERANA MUNGKIRI JANJI.



Sekumpulan usahawan Bumiputera hari ini memperolehi injunksi terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor serta dua yang lain, daripada terlibat dalam usahasama dalam urusan tanah seluas lima hektar di Bukit Kiara.

Minggu lepas, Damai Kiaramas Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli Umno, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Tengku Adnan, yang juga dikenali sebagai Ku Nan, kerana didakwa melanggar kontrak.

Syarikat itu mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk membangunkan tanah itu, termasuk mendapatkan persetujuan mereka yang tinggal di rumah panjang di situ sejak 32 tahun untuk ditempatkan dalam projek pembangunan bercampur di atas tanah tersebut.

Bagaimanapun, syarikat itu mendakwa Tengku Adnan mahu projek itu diberikan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura.

Injunksi hari ini dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Kamaluddin Md Said.

KALAU DAH ALI UMNO SENDIRI SUDAH TIDAK PERCAYAKAN PEMIMPIN UMNO BERTARAF SETIAUSAHA AGUNG UMNO KERANA MERASAKAN DIRI MEREKA DI TIPU ... TIADA SEBAB RAKYAT LAIN NAK TERUS BERIKAN SOKONGAN KEPADA UMNO.

10 comments:

  1. Nampak terang lagi jelas umno memperkaya kan kroni tapi sekarang kroni pun dah pandai lawan tokey balik kalau projek tak dapat.

    ReplyDelete
  2. Ghimau-ghimau berebutkan daging-daging rusa, semut dan langau dapat cium kesan-kesan darah cukuplah!! itulah nasib semut dan langau!!! Kejap lagi adalah langau berbunyi!!

    ReplyDelete
  3. Haluuuuuuu. ..........


    Kah....kah.....kah.....lgi2 prcaya pda biawak....padahnya ke ank cucu....umno ngok yg ngok umpama setan di dunia ini...skali percaya trgelincir hingga ke neraka...faham!!!!!!!!!!!!!

    Khak tuih

    ReplyDelete
  4. darling,help me!!!oteeee ocaaak2 aaak aaa aaan....

    ReplyDelete
  5. Rkyat dpt BR1M cukup laa. Yeaayy..!!thun dpn dpt BR1M lg

    ReplyDelete
  6. Bahasa Inggeris yg betul ialah " The Thing That is Beyond Your Imagination " bukan The Thing That Beyond Your Imagine " Jauh sangat tahap BI ni. Ah.. tulis je dlm BM kalau tidak org akan tahu betapa teruknya BI kamu.

    ReplyDelete
  7. Macai dapat brim RM500 kroni dapat projet RM500 juta..hidup melayu..

    ReplyDelete
  8. Anon 19.01, its not big deal..

    ReplyDelete
  9. hidup melayuuuuuu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...