Sunday 22 June 2014

KEPERLUAN DAN KEBAJIKAN WARIS DAN KELUARGA BEKAS IMAM BESAR MASJID NEGERI SELANGOR AKAN DIJAGA JANJI KERAJAAN PR NEGERI SELANGOR.



SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM10,000 kepada keluarga Imam Besar Masjid Negeri, Allahyarham Ahmad Mustafa Al-Muqri yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.

Sumbangan disampaikan Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail kepada isteri Allahyarham, Nurazira Ahmad Bashir.

Rodziah berkata, sumbangan itu sebagai tanda prihatin Kerajaan Negeri terhadap Allahyarham yang banyak meninggalkan jasa kepada Kerajaan Negeri mahupun rakyat Selangor.

Katanya, pihaknya juga akan melihat keperluan balu Allahyarham dan anak-anaknya dari masa ke semasa.

“Kerajaan negeri mengiktiraf peranan individu yang meninggalkan jasa  besar kepada Selangor. Kita akan lihat keperluan mereka dan cuba membantu dari segi pendidikan anak-anak dan sebagainya,” katanya memetik laporan SelangorKini.

Rodziah berkata, kerajaan negeri juga sudah mengarahkan Jais supaya membuat pembayaran penuh kos rawatan Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak RM130,000.

Sementara itu, Nurazira berkata, beliau terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan keluarganya.

“Sangat berterima kasih dengan sumbangan ini dan  gembira mendengar apabila sudi membantu mendapatkan pekerjaan, tempat tinggal dan pendidikan anak-anak,” katanya.

6 comments:

  1. Kejam sungguh kerajaan negeri slgr ni...x macam kg chubadak sentul....org melayu dibela...haahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!22 June 2014 at 15:20

      "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!

      Delete
  2. Tuduh lah parri apa sekali pun terhadap PKR/PR asal kebajikan rakyat dijaga. Tak macam BN Parti Barang Naik nyusahkan rakyat dulu kini dan selamanya itu pun rakyat 47% yg berlagak kaya tetap memberi sokongan padu dan membabi buta. Suruh makan babi depa makan asalkan yg suroh makan UMNO/BN

    ReplyDelete
  3. kalau BN kasi bantuan, mau dicanangnya dgn poster2 besar alam, masuk tb suku 7 hari 7 mlm..

    hassan tiger

    ReplyDelete
  4. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...