Wednesday 18 June 2014

EDISI RAFIZI KASI BONGKAR SAMPAI TERBURAI ... KONSESI PENSWASTAAN UiTM KAMPUS CAWANGAN PUNCAK ALAM ... CEO SYABAS KEBAS!!!! ... MACAI-MACAI UMNO SEKADAR SERONOK SYOK SENDIRI GIGIT JARI!!!!



Konsesi penswastaan UiTM Kampus Cawangan Puncak Alam telah dianugerahkan kepada TRIplc Ventures Sdn Bhd, sebuah syarikat 100% milik penuh TRIplc Berhad seperti yang disahkan oleh Perdana Menteri di dalam jawapan Parlimennya kepada saya bertarikh 10 April 2014.

TRIplc adalah sebuah syarikat awam yang saham-sahamnya secara majoriti dikuasai oleh Tan Sri Rozali Ismail, keluarga beliau serta individu-individu yang berkait rapat dengan beliau. Hubungan beliau dengan individu-individe lain yang memegang saham minoriti di dalam TRIplc adalah seperti berikut:

1. Individu-individu itu mengawal syarikat-syarikat yang menjadi kontraktor utama kepada syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail seperti Puncak Niaga atau Syabas; atau

2. Individu-individu itu merupakan pemegang jawatan atau penggerak utama di dalam NGO-NGO Felda yang dinaungi atau ditubuhkan oleh Tan Sri Rozali Ismail

Saya menganggarkan sekurang-kurang Tan Sri Rozali Ismail mengawal sekurang-kurangnya 43% pegangan di dalam TRIplc melalui syarikat-syarikat milik beliau dan keluarga beliau serta syarikat-syarikat yang berkaitan dengan beliau seperti yang saya terangkan di atas. Ini menjadikan Tan Sri Rozali Ismail sebagai pemegang saham terbesar di dalam TRIplc dan pemegang konsesi penswastaan UiTM Puncak Alam iaitu TRIplc Ventures Sdn Bhd.

Semakan saya dengan Laporan Tahunan TRIplc Berhad 2013 (boleh didapati di laman web) menunjukkan pegangan Tan Sri Rozali Ismail dan individu-individu yang berkaitan dengan beliau yang dianggarkan sekurang-kurangnya 43% itu adalah melalui syarikat-syarikat berikut:

1. 12.31% pegangan peribadi atas nama beliau sendiri

2. 5.15% melalui Central Plus (M) Sdn Bhd yang dimiliki beliau dan anak-anak beliau iaitu Nur Dayana, Azlan Shah dan Nur Natasha

3. 4.93% melalui Corporate Line (M) Sdn Bhd yang dimiliki beliau dan anak-anak beliau iaitu Nur Dayana, Azlan Shah dan Nur Natasha

4. 0.77% pegangan peribadi atas nama anak lelaki beliau iaitu Azlan Shah Rozali

5. 5.5% pegangan peribadi atas nama adik beliau iaitu Dato’ Mat Hairi Ismail

6. 6.25% melalui Minat Bakti Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh kontraktor utama beliau (diterangkan di bawah)

7. 4.69% melalui Formasi Simbolik Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh individu yang memegang jawatan di dalam NGO yang dinaungi beliau (diterangkan di bawah)

8. 4.35% melalui Embun Edar Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh individu yang memegang jawatan di dalam NGO yang dinaungi beliau (diterangkan di bawah)


Minat Bakti Sdn Bhd adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Aidil Abdul Aziz dan Ruzlan Rahmat. Mereka adalah pengarah di dalam MRPI Pipes Sdn Bhd dan Jalur Cahaya Sdn Bhd iaitu syarikat-syarikat pembekal utama kepada Syabas dan Kumpulan Puncak Niaga yang dikawal oleh Tan Sri Rozali Ismail.

Aidil Abdul Aziz juga adalah anak kepada Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, Pengerusi SPR yang secara kebetulannya merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor semasa proses penswastaan industri air kepada Tan Sri Rozali Ismail berjalan.

Formasi Simbolik adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Borhanuddin Ramli dan Datuk Abdullah Abu Bakar. Datuk Abdullah Abu Bakar adalah Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sementara Borhanuddin Ramli adalah Bendahari GWGF. Pengerusi GWGF adalah Tan Sri Rozali Ismail sendiri.

Embun Edar Sdn Bhd adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Mohd Roshidi Hassan dan Amran Mohamad. Mohd Roshidi Hassan adalah Pengerusi, Dewan Perniagaan Generasi Baru Felda Malaysia sementara Amran Mohamad adalah Pengerusi, Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda. Kedua-dua NGO dinaungi oleh Tan Sri Rozali Ismail.


Pegangan-pegangan melalui pelbagai syarikat ini menguatkan pendirian saya bahawa UiTM Puncak Alam telah diswastakan kepada syarikat yang dikuasi oleh Tan Sri Rozali Ismail, seorang ahli perniagaan yang memegang jawatan di dalam Umno dan terkenal sebagai antara orang yang paling mendapat manfaat dari Umno.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

18 Jun 2014

26 comments:

  1. syarikat tiga penyamun...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut le si pengerusi SPR bukan main mempertahankan BN/UMNO rupanya jadi kaldai BN dalam setiap pilihanraya rupa rupanya ada masyuuuuk dan terhutang budi rupenye....sampai kiamat kalau mcm ni pilihanraya tak kan adil.

      Delete
    2. Pemilihan Parti PKR terok nak salahkan Umno pulak. Macamana perintah negara dgn baik jika begini.

      Delete
  2. Kroni 69
    Bila masa pulak dia org duduk tanah rancangan . cuma ada sorg anak felda yg jd jutawan sbb menang gameshow satu masa dulu dan memiliki kedai basikal Tp skg tak pulak dengar nama dia dlm bidang bisness.

    ReplyDelete
  3. Bila dah mcm ni Bagi projek pd kroni Harga kos main letak ikut suka

    apa macai dpt dr pembahagian pengswastaan uitm ini?

    mana dia Tabung Angakatan Tentera Tabung Haji KWSP Angkasaraya Persatuan Guru Guru dll ?
    Kerana 43 % utk kroni yg bahagian utk lain lain semakin kecil

    ReplyDelete
  4. Mmg betul lah hny UMNO yg boleh jdkan melayu kaya (baca kroni)

    TETAPI sayang macai tetap macai . Celah gigi pun tak dapat. Yg ada sisa sisa cokelat cadbury

    ReplyDelete
  5. Masa ni la nak bagi melayu kaya. Nnt kalau si mata sepet dan keling botoi berkuasa...habuk pun tarak. Dua orang natang ni lagi lanun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bape ekor je melayu yg kaya bang oii. Dahla bodoh sombong pulak. Dahla sombong ego pulak. Dahla ego eksyen pulak. Dahla eksyen berlagak pulak. Dahla berlagak bengis pulak. Dahla bengis rasis pulak.... Hahahaha

      Delete
  6. Modal RM2.00 saja tapi keuntongannya trlalu hebat didunia ni lu special la di mahsyar nanti boleh ke jawab...munkin pada mereka tiada hari keadilan agaknya...nauzubillahminzalik...

    ReplyDelete
  7. Elok la tu modal nak buka syarikat rm2... nak beli ayam rm1... kak kah...najib tipu

    ReplyDelete
  8. Biasalah tu,,,you help me..i help you..what you give, you get back...kalau dorang comply dengan Islam boleh bayo zakat lebih...atau bayo cukai lebih pada kera jaan atau paling tidak terlebih masuk poket amno..teman pun tak pernah mintak mana mana parti tolong...kalau parti datang mintak supaya teman tolong ada laa hohoho

    ReplyDelete
  9. HASIL DARI PEMERINTAH BANGSAT..UMNO/BN CELAKA DULU KINI DAN SELAMANYA..LAWAN TETAP LAWAN..SELAMATKAN MALAYSIA!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawan kat teluk intan kalah....hahahahajaha

      Delete
  10. macai kalau bagi point point fakta otak diaorang krem sikit...tunggu la 2 3 hari karang.. lol

    ReplyDelete
  11. Tiada istilah sakit hati/dengki kepada melayu umno sekiranya kekayaan /kontrak/perniagaan diperolehi secara betul dan sihat yang jelas mereka PEROMPAK berlesen berskala besar

    ReplyDelete
  12. Poyo kepala bpak ko bodo la kterunan nabi adam sekor ni.amik kahak ijau ni kt muka ko yg buruk tu khaaaaarrrtuuuiiiihhhh!!!

    ReplyDelete
  13. Harap penduduk kg chubadak yg telah teraniaya bersabar dan ramai2 berdoa biarlaa dato bandar kl diberi musibah atas kekejaman dia-manusia yg terlalu sombong tanpa memikirkan kesusahan org-biar di masyhar nanti dipangil penduduk kmpg utk diadili-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik nk biar shj buat pe?!pilihnraya nnti tukar la krajaan umno bodo,korup,celaka & haram jadah ni.kalo dok biar smpai bila2 dia mnyusahkn,mmbodohkn,menipu & mncelakakn org mlayu & islam yg lain.ingt!!pilihnraya nnti kerjaan,jgn dh bg brim 3.0 la,4.0 la,5.0 la nnti trus lupa umno & bn khianat org mlayu ni ha.jgn jd bodo,kesian anak cucu kita yg skrng ni.slmtkn org mlayu & islm kita ni utk ms dpn nnti.tumbngkn krajaan zalim ni secepatny.

      Delete
    2. bila nak tumbangnya kerajaan zalim ni....dh bape kali pilihanraya...tak tumbangpun...teluk intan korang kalah....apa yg korang wat...korang macai macai pr ni reti ke brpolitik....kalo asyik kutuk je...maki je...asyik salahkan umno je...smpai kiamatpun umno tak tumbang....wat la keje btul skit...asyik fitnah je....org dh muak ngan semua tu....aku dr sokong pr dh mnyampah ngan stail politik korang...takde yg baiknya ke org umno ni...korang tu pemimpin n macai pr baik sgt ke...btul la kata mamat tu...ni semua poyo je.....

      Delete
    3. Hehehe...orang poyo spesis IQ otak lombu jer yang kata amno tu baik...contoh terdekat , sekor spesis biawak KNA yang meludah dalam blok ok

      Delete
  14. Bagus melayu kaya..dan kita doakan melayu yg kaya ini agar menginfak kan harta nya ke jalan Agama Islam..Kita doakan ke sejahteraan sesama muslim dan rezeki kita pula insyallah menyusul

    ReplyDelete
  15. So why are you jealous, Rafizi? Ini lah Melayu yg selalu ade PHD sesama bangsa sendiri. Kalau bangsa lain yg dpt contract takde pulak nak buat kecoh. Nasib baik dpt ke Melayu. Sekurang-kurangnya ade 'Malay Representation'. Depa nih masih tak sedar ker? Byk bisnes lain, non-Bumi dah sapu..renung-renungkan wahai Rafizi. FYI - I AM NOT AN UMNO NOR A PKR MEMBER. NOT EVEN PERKASA. I am just a law abiding citizen. Hidup Melayu!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...