Tuesday, 22 May 2012
DARI SEORANG PENDAWARAYA MENJADI PEGUAMBELA....JOM KITA KENALI LEBIH RAPAT PENDAKWARAYA DAN PEGUAMBELA DSAI....
Siapa Datuk Yusuf Zainal Abidin dari Pendakwaraya ke Peguambela?....Pendakwaraya utama kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berubah tempat dan kem dan kini menjadi peguambela utama kepada DSAI dalam kes Bersih 3.0...
Belum pernah terjadi didalam mana-mana proses keadilan dinegara kita.. Adakah ini bercanggah kepentingan ( conflict of interest)?.. Adakah diizinkan mengikut perlembagaan kita?....Atau ianya bakal mengemparkan dunia perundangan dan sistem keadilan dinegara kita..
Saya cukup yakin... amat-amat yakin pihak pendakwaraya yang diketuai TS Gani Patail akan membuat bantahan secara rasmi pada hari sebutan semula kes DSAI pada bulan Julai nanti bila kes ini disebut semula di Mahkamah Majistret Jalan Duta Kuala Lumpur...sepatutnya kes ini ditetapkan untuk perbicaraan, mungkin Majistret yang mendengar kes ini pun turut rasa terkejut maka ditetapkan untuk tarikh sebutan semula.
Penglibatan Datuk Yusuf Zainal Abidin dalam mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1998 lagi, ketika itu DSAI dituduh buat pertama kalinya setelah keluar dari lokap polis dengan mata lebam, dengan pertuduhan rasuah yang langsung tidak melibatkan wang ringgit dan harta bernilai megikut kelaziman dalam kes-kes rasuah..
Ketika itu yang mengetuai barisan Pendakwaraya ialah Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah, dibantu oleh TS Gani Patail ( Peguam Negara kini ) ketika berjawatan sebagai Ketua Bahagian Sivil Jabatan Peguam Negara, Datuk Azhar Mohamad ( kini Hakim Mahkamah Tinggi) Ketua Bahagian Pendakwaan dan Jenayah dan Datuk Yusuf sendiri Timbalan kepada Datuk Azhar Mohamad dan beberapa lagi Timbalan-Timbalan Pendakwaraya ( DPP )..
Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu yang popular dengan istilan irrelevant tak lain tak bukan Augustine Paul atau nama glamernya Hakim Hacks..
Barisan peguambela DSAI pula diketuai oleh Aziz Adrusse, Christopher Fernando, Gurbachan Singh, Sankara Nair....Zulkifli Noordin ketika itu banyak bertindak sebagai pencukup korum..
Dalam sepanjang perbicaraan pelbagai keputusan pelik dan luar biasa diperkenalkan.. Tiada jaminan dibenar kepada DSAI walaupun mengikut undang-undang jaminan mesti diizinkan...setiap permohonan peguambela akan sentiasa ditolak oleh Hakim Hacks atas alasan tidak relevan.
Pernah dalam soal balas dari peguam bela Christopher Frenando, saksi utama ketika itu Azizan Bakar, akui yang beliau tidak pernah diliwat oleh DSAI.. jawapan yang sama diberikan bila diajukan beberapa kali termasuk dari Hakim sendiri..
Paling lawaknya, tilam yang dikatakan berlakunya liwat antara DSAI dan Azizan dengan kesan 14 tompok "air mani" diusung setiap hari...bebrapa anggota polis dan sebuah trak polis disediakan khas untuk menjalankan tugas anih dan jadi bahan ketawa dunia itu.
Pegawai penyiasatnya pula ialah Musa Hassan yang ketika itu hanya berpangkat ACP dan dibantau oleh ASP Rodwan Yusof dan ASP Mazlan Mansor.
Dalam perbicaraan pertama dan kedua iaitu LiwatI, Datuk Yusuf lebih banyak memainkan peranan sebagai rujukan kepada Akta Kesaksian (Evidence Act) sehingga beliau diberi ucap tahniah oleh Hakim Hacks sebagai yang cukup ahli dalam undang-undang berkenaan. Keputusan perbicaraan sudah pun diketahui umum..DSAI dihukum penjara 6 tahun..
Kes liwat I, hakim yang mengendalikan kes tersebut ialah Arwah Arifin Jaka...jatuhkan hukuman selama 9 tahun berkuatkuasa selepas hukuman rasuah DSAI tamat.
Akhirnya keputusan kes Liwat I diterbalikkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Pada tahun 2007, dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Datuk Yusuf Zainal Abidin telah mengemukakan perletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan dan Jenayah Jabatan Peguam Negara, tetapi permohanan beliau ditolak dan beliau dinaikkan pangkat sebagai Peguam Cara Negara II..
Sebab penolakkan tersebut dipercayai ialah beliau diberikan tugas khas sebagai Pendakwaraya Utama dalam kes Liwat II...selepas selesai kes tersebut perletakkan jawatan beliau akan diluluskan.
Beliau terkenal sebagai seorang yang cukup garang bila membawa satu-satu kes..kadang kala bertindak seolah-olah sebagai askar upahan..tetapi bersikap gentleman dan profesional..garang, tegas , dan berhemah dengan kakitangan dibawah jagaannya.
Sebab itu apabila DSAI dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari...beliau secara lantang dan tegas memohon supaya kes tersebut dibuat rayuan..
Sebab itu beliau dengan jelas mengatakan.. "Kamu boleh arah saya apa yang perlu saya lakukan, tetapi jangan nak cuba ajar saya melakukan tugas kerja saya"....ini mungkin ditujukan khas kepada bosnya..
Kini sejarah perundangan dan sistem keadilan negara sudah tercipta dan terbina.
Saya yakin beberapa lagi siri kejutan bakal berlaku dan tercetus selepas ini
JOM KITA LIHAT LEBIH DEKAT DAN BERKENALAN LEBIH RAPAT PENGERUSI PENJUAL NASI LEMAK JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN YANG KERUGIAN DISEBABKAN BERSIH 3.0 BARU BARU INI... KESIAN DAN SUNGGUH MENYAYAT DAN MENGGURIS HATI BILA LIHAT FOTO-FOTO INI....SOB SOB SOB SOB!!!!!!!!!!! SORI KERANA TERLALU EMOSI BEB!!!!
"Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Saya menjual nasi lemak. Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?"..DATO' JAMAL PENGERUSI BERSIH 4.0
Selamat menyambut hari lahir kepada Dato' Jamal, kami doakan supaya Dato' dipanjangkan umur, murah rezeki, diberikan kesihatan, gembira disamping org tersayang
Majlis diadakan pada 4 Ogos yg lepas di Concorde Hotel KL, Kawan-kawan Dato' dari M'sia Ferrari owner Club turut sama meraikan majlis
Majlis dikendalikan oleh Roslan Shah, antara artis&selebriti yg hadir ialah Ekin Mawi, Nur syela, Datin Noniswara, Pian cecupak, shahera (halimah jongang),Nurul Syuhada (majalah3), Teh Shuhaida (MHI)

SOB SOB SOB SOB......SEDIH TERAMAT BEB!!!!... KESIAN MAMAT NI BEB!!!.. MAKLUMLAH PENJUAL NASI LEMAK DIKAKI LIMA JALAN TUNKU ABD RAHMAN...KAIS PAGI MAKAN PAGI.. KAIS PETANG KADANG-KADANG TAK MAKAN BEB!!!!.....MEMANG PATUTLAH DIA MENGAMUK SAMPAI NAK DIRIKAN 60 GERAI DEPAN RUMAH DATUK AMBIGA....IDEA YANG CUKUP BERNAS DARI PEMIKIRAN ORANG YANG WARAS.....SUDAHLAH DIA MISKIN.. KERANA BERSIH 3.0 TERUS PAPA KEDANA DIBUATNYA....
PSSTTT.... HARAP-HARAP TULISAN SAYA INI AKAN MENDAPAT SANJUNGAN, PUJIAN DAN JULANGAN YANG AMAT TINGGI DARI PARA PEMIMPIN DAN JUAK-JUAK UMNO, KERANA SAYA BERKATA BENAR BERFAKTA SIAP DISOKONG DAN GEMBAR-GAMBAR..
NAK TAHU BAGAIMANA RAIS YATIM KATA JUMLAH KEHADIRAN DI HIMPUNAN BERSIH 3.0 22,270 ORANG?.....RUPA-RUPANYA BERNAMA GUNA TEKNIK INI DARI FOTO-FOTO YANG CUBA MENYEJUKKAN HATI PARA PEMIMPIN UMNO....MOTONYA IALAH... BIAR KELIHATAN JELAS KEBANGGANGAN JANJI HATI BOS SENANG!!
BERSIH – Gambar Dari Tujuh Lokasi Tentukan Jumlah Di Perhimpunan
KIRA PESERTA... Kaedah plot dilakukan petugas grafik Bernama pada gambar asal yang dirakam oleh jurufoto Bernama dari helikopter pada 28 April lalu untuk mengetahui Jumlah manusia di dalamnya. Taburan plot mendapati peserta BERSIH 3.0 di Jalan Silang adalah seramai 4,474 orang
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengumpulkan gambar-gambar dari tujuh lokasi sekitar bandar raya ini dan menggunakan sistem memblok foto untuk memutuskan anggaran 22,000 peserta pada perhimpunan 28 April lalu.
Semasa memberi penjelasan teknik yang digunakan, Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan berkata ia menggabungkan perisian grafik mudah yang mana gambar-gambar diperbesar sebelum petak dimasukkan untuk memudahkan pengiraan bilangan orang.
Beliau berkata 10 peratus margin kesilapan ditambah kepada bilangan peserta untuk menggantikan mereka yang mungkin tersorok atau dilindungi di dalam gambar-gambar itu.
Katanya anggaran jumlah, tidak termasuk anggota keselamatan dan polis yang bertugas.
“Gambar-gambar itu diambil dari pukul 11.53 pagi hingga 12.52 tengah hari pada 28 April oleh jurufoto-jurufoto kami yang berada di dalam helikopter polis.
“Gambar-gambar peserta diambil sebelum mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kemudian gambar-gambar itu diperbesar sebesar saiz skrin komputer, iaitu tujuh inci kali tujuh inci, sehingga bilangan orang boleh dikira,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-44 agensi berita itu di Wisma Bernama di sini.
Hasnul berkata gambar-gambar itu diambil dari tujuh lokasi iaitu Jalan Tun Perak, simpang Jalan Tun Perak/Jalan Silang; simpang Jalan Sultan/Jalan Jebat; kawasan Pasar Seni; Jalan Pasar Besar; Jalan Kinabalu dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa bilangan yang menyertai perhimpunan awam di ibu negara bulan lepas ialah 22,270 dan bukan beratus ribu seperti yang didakwa pembangkang.
“Kaedah pengiraan kami mungkin bukan yang terbaik, tetapi jumlah yang dikira adalah munasabah. Ia hampir sama dengan konfigurasi BBC (25,000),” kata Hasnul.
Walaupun sesetengah orang mungkin mempertikai anggaran jumlah Bernama ini, katanya, jumlah peserta memang tidak mungkin lebih daripada 100,000 atau 300,000 seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Kami alu-alukan mereka yang mahu tahu mengenai kaedah ini. Ia bukan kaedah yang terbaik, tetapi ia menepati tujuannya,” katanya sambil berkata unit foto Bernama mengambil masa dua hari untuk meletakkan petak-petak itu dan membuat pengiraan.
SESUDAH PECAHKAN RAHSIA BESAR PARA PEMIMPIN UMNO PERAK YANG KAKI RASUAH, KARAOKE DAN PENGEMAR PEREMPUAN SIAM.. KINI NAIB KETUA PEMUDA UMNO KAMPAR BUAT PUSINGAN "U"....NASI SUDAH MENJADI BUBUR BASI....RAHSIA YANG DIPECAHKAN TETAP KEKAL DALAM KEPALA SEHINGGA ABADI...
Eksklusif: Naib Pemuda UMNO Kampar Mohon Maaf
“Saya memohon maaf kepada Menteri Besar dan semua ahli UMNO di Malaysia dan saya berasa amat kesal dengan kejadian itu”.
Demikian luahan Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar, Zamhuri Md Zin dalam satu temubual khas bersama PerakToday.com bagi merungkai kejadian tergempar yang menyebabkan beliau sanggup mengeluarkan kenyataan keluar UMNO.
Menurut Zamhuri, ketika kejadian beliau mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk sehingga bertindak seperti manusia yang hilang kewarasan akal.
Ketika ditanya oleh wartawan tentang apa yang sebenarnya berlaku ketika itu, lantas Zamhuri menjawab dalam keadaan tenang di mana beliau merasakan telah dipermainkan oleh pegawai dan pentadbiran di Pejabat Tanah dan Galian Kinta di Batu Gajah. “Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli Umno di Malaysia kerana saya telah berjuang dengan UMNO selama 27 tahun, jadi tak mungkin dalam keadaan normal saya akan memburukkan kerajaan… sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada parti.
“Saya ingin tegaskan bahawa dalam jiwa dan perjuangan saya dalam UMNO tidak pernah terpadam malah saya sanggup berkorban serta berjuang demi bangsa dan tanah air. “Saya tak sanggup nak tinggalkan parti yang mempertahan bangsa dan agama saya, apa yang berlaku cuma saya merasakan saya tidak mendapat pembelaan dalam usaha mencari rezeki,” katanya. Tambah Zamhuri lagi, ketika kejadian, beliau seolah-olah diselubungi perasaan marah yang keterlaluan dan langsung tidak menyedari setiap pertuturan yang dilakukannya.
Malah katanya, akibat marah yang keterlaluan itulah yang menyebabkan beliau sanggup mengatakan akan menyertai DAP. “Saya begitu marah sangat ketika itu hingga sanggup mengatakan bahawa saya nak masuk DAP sebab saya marah… namun ia sebenarnya bukanlah niat saya nak menyertai DAP.
“Saya berasa kesal atas kejadian ini kerana pihak pembangkang mengambil kesempatan manakala ahli UMNO lain membuat tohmahan terhadap saya. “Malah, ada pihak yang mengatakan bahawa saya membuat panggilan telefon dan meminta mereka (Nizar dan Sivakumar) supaya datang ….di sini saya tegaskan bahawa saya tidak sesekali memanggil mereka datang ketika itu,” katanya. Katanya, jika dilihat melalui paparan video juga membuktikan bahawa beliau langsung tidak membuat panggilan kepada mana-mana pihak apatah lagi Nizar Jamaluddin.
Jelas Zamhuri, diakui ketika kejadian beliau ada menerima panggilan yang pertama daripada Ketua Umno Bahagian Kampar, iaitu Datuk Mohd Radzi Manan manakala selepas itu panggilan daripada pihak lain. “Pada masa itu, Datuk Radzi Manan memang ada membuat panggilan sebanyak tiga kali dan saya juga ada menunjukkan di video itu bahawa memang beliau menelefon saya. “Selepas itu, tidak sampai beberapa saat memang ada panggilan kedua masuk dan ia bermula dengan huruf ‘M’ dan satu perkataan lagi huruf ‘B’, ia ada jarak dan disebabkan saya dalam keadaan tidak waras dan sangat marah maka saya nampak M di hadapan dan B dihujung… saya ingatkan MB. “Jadi, hari ini saya tegaskan ini adalah satu kesilapan diri dan saya ingin memohon maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di atas kejadian ini,” katanya.
Zamhuri yang telah mula mengenal erti perjuangan bersama UMNO sejak 27 tahun lalu turut mengatakan bahawa beliau tidak mungkin akan berkelakuan sedemikian rupa ketika dalam keadaan normal dan waras.
Beliau turut menegaskan bahawa perjuanggannya dalam UMNO sentiasa wujud di jiwa, malah Zamhuri juga sanggup berkorban demi sebuah parti yang membela bangsa dan tanah air. “Saya memang tak sanggup nak tinggalkan parti apatah lagi memasuki parti DAP yang sememangnya sebuah parti yang paling teruk,” jelas beliau lagi.
DIA PUNYA KONER BARING DAN BUAT PUSINGAN U LEBIH HEBAT DAN LAJU DARI MICHAEL SHUMACHER.....LEBIH TERER DARI VELENTINO ROSSI...
YANG DIA LUPA BAHAWA DIA DAH PECAHKAN RAHSIA SEBENARNYA GELAGAT DAN PERANGAI PARA PEMIMPIN UMNO PERAK YANG DIKETUAI OLEH ZAMBRY KADIR...
KAKI RASUAH, KAKI SUKA AMOI SIAM.. KAKI KARAOKE..
KEROSKAN TERUK SUDAH DILAKUKAN.. ALASAN PICISAN SEBAGAI TUTUP KESILAPAN KECELUPARAN TIDAK BOLEH MEMPERBAIKI KEADAAN...
NASI SUDAH MENJADI BUBUR BASI....
Berita gempar campur pelik bin aneh tetapi benar!!!!.. dulu mengetuai pasukan Pendakwaraya menuduh DSAI dalam kes Liwat II... kini sebaris dengan pasukan peguambela membela DSAI pula!!!!... Itulah dia Datuk Yusuf Zainal Abidin, mantan Peguam Cara Negara II bersama-sama dengan YB Karpal Singh menjadi peguambela kes himpuan aman Bersih 3.0 yang dikenakan keatas DSAI!!!
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan, di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.
Bekas peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden - yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Liwat 11 terhadap Anwar - kali ini bersama peguam kanan Karpal Singh dalam pasukan peguambela ketua pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes liwat tersebut.
Anwar memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa pertuduhan tersebut adalah satu lagi kempen "politik" terhadapnya, dan dia tidak mengaku bersalah.
Peguam Karpal dan Yusof, meminta Anwar dibenarkan bon peribadi tetapi ia dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad.
Hakim mengarahkan ikatjamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut.
Sementara itu, Azmin yang diwakili oleh peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan Singh, dan Badrul Hisham, yang diwakili oleh peguam Latheefa Koya, juga telah dikenakan ikatjamin RM500 jamin setiap.
Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.
Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.
DUNIA-DUNIA... AKHIRNYA KEBENARAN JUA MEMIHAK KEPADA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM...
Pasca Bersih 3.0!!!!... kini giliran rakyat Sarawak pula tolak politik yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim...gambar sebagai bukti... bukan cakap pakai air liur basi!!!!... ceramah DSAI di Kuching Sarawak kosong, lengang, hambar dan sunyi sepi...Tak percaya tengoklah sendiri.. Kesian sungguh..alamatnya hasrat PR nak tawan Putrajaya dengan bantuan Sarawak hanyalah mimpi ngeri!!!!
Setelah himpunan Bersih 3.0 pengaruh dan sokongan yang diberikan oleh rakyat kepada DSAI dan Pakatan Rakyat semakin merudum malahan telah sampai keperingkat kronik..
Kubu kuat Barisan Nasional malahan digelar "safe deposit" BN, Sarawak, akan tetap kekal sebegitu jenamanya sehingga kiamat.
Terbaru bila DSAI membuat ceramah dan kunjung hormat dengan penduduk tempatan Kuching Sarawak, jelas menunjukkan betapa kepimpinannya sudah ditolak...rakyat tempatan sudah muak dan jelak dengan politik yang dibawa oleh beliau..
Lihat saja foto-foto berkenaan sebagai bukti...
Mana ada orang yang hadir datang...tempat dan kawasan ceramah kosong, sunyi sepi, lengang dan hambar..
Cukup menyedih dan menyayatkan hati.
Kesian kepada PR.. hasrat parti itu nak tawan Putrajaya tidak kesampaian.
PSSTT... JUAK-JUAK DAN PARA PEMIMPIN UMNO...APA MACAM?.. OK TAK APA YANG SAYA TULIS INI....BOLEH TAHAN JUGA BODEK SAYA BUKAN?.. HARAP-HARAP APA YANG DITULISKAN INI AKAN MENYEJUKKAN HATI ANDA SEMUA..
Monday, 21 May 2012
BERITA GEMPAR, PELIK TAPI BENAR... PERKASA SUDAH BUANG TEBIAT!!!!!!... MARAHKAN PENYANGAK UMNO YANG SERANG CERAMAH DATUK AMBIGA DI MELAKA....BIAR BETUL BEB!!!!
PERKASA anggap serang ADUN DAP perbuatan jenayah
"Saya tidak bersetuju. Kalau nak tunjuk protes, bukan dengan cara macam tu. Kita sudah matang, sepatutnya tindakan itu tidak berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysikini pagi ini.
Abdul Rahim mengulas insiden serangan oleh sekumpulan pengacau terhadap ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew sewaktu mereka mahu meninggalkan tempat acara tersebut.
Dalam insiden itu, selain dibaling telur dan batu, salah satu tayar kenderaan Tey dipancitkan dan badan kereta kemik, manakala cermin sisi pula pecah. Beliau juga telah membuat laporan polis.
"Kita tidak ada mengeluarkan arahan apa-apa sama ada merosakkan kereta atau melakukan apa-apa kerosakan... Kita berkumpul secara aman dan menghargai keamanan," katanya.
KATA ORANG TUA-TUA...KALAU MEREKA YANG DAH BUANG TEBIAT ATAU BERKELAKUAN AGAK ANIH DAN BERLAINAN DARI BIASA ALAMATNYA UMURNYA TAK PANJANG.....PALING LAMA BERTAHAN SEKADAR 40 HARI.....AGAK-AGAKNYA PETANDA PERKASA NAK KIOK KOT...
MAJLIS PELANCARAN SISMEP 3.0 DAN PENYERAHAN BAHAN KEMPEN PRU 13 PKR PERINGKAT NEGERI SELANGOR.....GENDANG TEMPUR PRU SUDAH DIPALU... UMNO UNDUR KERANA SUDAH MALU!!!!!..
Jentera gerak kerja tempur dan gempur PRU 13 Parti KeADILan Rakyat peringkat Negeri Selangor sudah dilancarkan semalam di Dewan Sivik MBPJ semalam oleh Timbalan Presiden KeADILan, YB Azmin Ali.
GENDANG TEMPUR PRU 13 SUDAH DIPALU....PASTIKAN UMNO TUMBANG DAN NAJIB RASA MALU..
BERITA GEMPAR BUKTI BERGAMBAR!!!!!... PARA PEMIMPIN PAS/PKR TIDAK DIUNDANG KEMAJLIS PERKAHWINAN ANAK MANTAN TIMBALAN PRESIDEN PAS...PARA PEMIMPIN UMNO DIBERI LAYANAN VVVIP....PETANDA BELIAU NAK MASUK UMNO TIDAK LAMA LAGI??????
Kisah perkahwinan anak perempuan mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan isteri Munirah Mahmud, Nusaibah bt Nasharudin dengan pasangannya Mohd Nazri Husain kini menjadi bualan dikalangan para penganalisa dan pengkritik politik tanah air..
Dimajlis tersebut, Ustaz Nasharudin Mat Isa kelihatan amat intim dan mesra sekali dengan para jemputan VVIP dari kelangan UMNO yang diketuai TPM TS Muhyiddin Yassin dan Yang diPertua Dewan Negara TS Abu Zahar Ujang..
Diberitakan para pemimpin tertinggi PAS/PR tidak kelihatan...Adakah mereka tidak dijemput?....
Adakah senario ini memberi mesej yang amat jelas dan terang bahawa Ustaz Nasharuddin Mat Isa bakal melompat kedalam UMNO bila kepimpinannya dalam PAS sudah ditolak oleh ahli-ahli PAS?..
MUNGKIN SELEPAS INI BOLEH NASHARUDIN MAT ISA PERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN BACHOK, KELANTAN ATAS TIKET UMNO/BN?
SUDAH KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!!... PENUBUHAN BERSIH 4.0 DIDALANGI OLEH PEMUDA UMNO SELANGOR , PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PEKIDA CAWANGAN KL!!!!!....
Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.
Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.
Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.
Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.
"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.
"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.
Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.
Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam. Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.
SETELAH SIASATAN DIJALANKAN DAPATI DALANG DISEBALIK PENUBUHAN NGO HARAM JADAH CILOK IDEA SIOT INI IALAH PEMUDA UMNO SELANGOR, PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKIDA...
PENIAGA-PENIAGA KECIL YANG TERLIBAT HANYA BEBERAPA KERAT SAJA.. ITU PUN PENIAGA INDONESIA YANG TUMPANG LESEN WARGA TEMPATAN...
NAMPAK SANGAT OTAK LEMBU PARA PENGANJUR BERSIH CELUP INI....MOHON BERNIAGA DIRIKAN GERAI DIKAWASAN RUMAH ELITE BUKIT DAMANSARA....BERNIAGA DEPAN RUMAH SETINGGAN PUN LESEN TIDAK DIKELUARKAN, INIKAN PULA KAWASAN BUKIT DAMANSARA...
UMNO DAH BANKRAP IDEA DAN MUFLIS POLITIK....OOPPSSS.. UNTUK PENGETAHUAN.. PENGERUSI PERKASA WP KUALA LUMPUR IALAH SDR SHARIFUDDIN YANG JUGA SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH...NO FONNYA 012-3176811...
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...

















































