Monday, 3 December 2012

JOM LIHAT!!!!!... EDISI KANTOI LUMAT LUNYAI!!!....BLOGGERS UMNO BUAT FITNAH KEPADA DSAI DENGAN MENGGUNAKAN GAMBAR YANG DIEDIT BAGI TUJUAN NAK BERI MALU DAN AIBKAN BELIAU!!!!!!


BIAR GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA!!!....FITNAH DENGAN UMNO TIDAK DAPAT DIPISAHKAN... UMPAMA KENTUT DENGAN TAIK..SUDAH MENJADI SEBAHAGIAN DARI DARAH DAGING SAMPAI KETULANG SONSOM.

Itulah ungkapan yang tepat yang dapat admin gambarkan apabila blogger nama Azmy b Awang dan Facebooker atas nama akaun Isu Politik Semasa cuba nak memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan foto yang diedit sewaktu DSAI melancarkan SKUAD ADIL KEDAH..

Perkataan PELANCARAN telah diubah dengan memadamkan huruf "R" dengan menggantikan huruf "U".

Pada huruf "U" nampak jelas akan bezanya warna merah dengan lain-lain perkataan yang terdapat pada banner tersebut.

Apakah UMNO fikir dengan melakukan perkara yang jijik ini akan bertambah sokongan rakyat kepada UMNO?

Apakah UMNO hanya mampu melakukan perkara sebegini jijik sebagai cara yang terbaik untuk mempertahankan Putrajaya dari terlepas ke tangan Pakatan Rakyat?

Yang lebih dahsyatnya itu blogger Azmy Awang Kelana Jaya sanggup jual nama Allah SWT lagi bagi menguatkan fitnahnya tanpa ada rasa takut pada dosa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada seorang pun rakyat bakal menerima nasib dan kezaliman sama seperti dialaminya sepanjang 14 tahun ini. “Dulu, istana mana yang saya tak pernah pergi? Santapan mana yang saya tak pernah makan? Darjah kebesaran dari negeri mana saya tak dapat? Sabah, Perak, Pulau Pinang. “Kemudian saya dimasukkan ke penjara enam tahun. Dipukul, dihina, dari pakaian penuh sehingga telanjang, diberi makanan dalam plastik dan dibaling seperti anjing,” katanya menimbulkan suasana sayu 3,000 rakyat Pasir Salak pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi. “Sampai saya rasa ‘give-up’, saya nak menyerah terus, tapi ada seorang tok guru datang dan nasihatkan agar jangan mengalah,”

MIC/BN HINA KAUM INDIA DENGAN PEMBERIAN 5KG BERAS TEMPATAN HANCUR, 1KG TEPONG GANDUM DAN 1 PAKET SERBUK REMPAH KARI!!!!


Hari ini, di Taman Sentosa,Klang, Selangor, admin diberitahu beribu-ribu kaum India bergegas kesana untuk mendapatkan gula-gula pilihan raya anjuran UMNO /MIC/BN, satu kampit beras tempatan jenama Jasmine seberat 5 kg, satu paket tepung gandum cop sauh  dan satu lagi paket serbuk kari daging jenama Baba's yang dibungkus dalam satu beg ada logo 1M'sia.

Menurut dari info pemberi maklumat memberitahu bahawa suasana ditempat pemberian gula-gula PRU menjadi  berkelam-kabut..ada seorang wanita yang bergegas untuk mendapatkan barang tersebut jatuh berhampiran longkang. Wanita tersebut telah cedera dibahagian kepala.


ADAKAH UMNO/MIC/BN INGAT WARGA INDIA HANYA BERNILAI SEKAMPIT BERAS TEMPATAN KG, SATU PAKET TEPUNG GANDUM 1KG DAN SEPEKET SERBUK REMPAH KARI DAGING????

BEGITU SEKALI UMNO/MIC/BN MENGHINA KAUM INDIA!!!!..

JANGANLAH HINA DAN PERLAKUKAN SEBEGINI RUPA KEPADA KAUM INDIA YANG BERPENDAPATAN RENDAH.

BERILAH SECARA TERTIB DAN SOPAN..BERI AMBIL UNDI TETAP PADA PR.


JOM LIHAT BETAPA SOMBONGNYA CALON MB SELANGOR DARI UMNO/BN!!!!


BIAR GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA BETAPA SOMBONG DAN ANGKUHNYA CALON BAKAL MB SELANGOR DARI UMNO.

Rakaman gambar di majlis perkahwinan anak perempuan Hishamuddin dengan anak tiri Siti Nurhaliza disebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur, menunjukkan betapa sombongnya pemimpin UMNO bertaraf menteri dan berjawatan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, yang diwar-warkan sebagai calon bakal MB, Datuk Seri  Noh Omar.

Langsung tidak mau bermesra dengan pemimpin UMNO yang lain yang tidak kurang hebatnya memegang jawatan dalam UMNO.

Bila ada yang mau bergambar dengan beliau, dia sekadar terus mau menjamah makanan saja. Bila mau bersalam beliau sekadar menjelingkan mata.

Layakkah beliau diangkat sebagai pemimpin negara yang mesra rakyat?

Kalau dengan yang berjawatan dalam UMNO dan bergelar Datuk pun Noh Omar tidak layan, apakah dia akan layan mesra kita yang rakyat biasa ini?

PEMIMPIN UMNO TIDAK PERNAH BERUBAH.. MAKA TANGGUNG JAWAB RAKYAT KASI UMNO BERUBAH KEDUDUKKAN DARI PARTI PEMERINTAH KE PEMBANGKANG!!!!

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA YANG DITANGKAP BERKHALWAT DENGAN ISTERI ORANG KENA TURUN PANGKAT!!!!! GURU AGAMA YANG DENGAR CERAMAH DSAI DIBUANG KERJA!!!!



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam : Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman , Ketua Pengarah Kesihatan diturunkan pangkat ke satu gred lebih rendah

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata  keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 Nov lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 Nov lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.
– Bernama

KENYATAAN INI TIDAK MENYEBUT KEDUDUKKAN BELIAU SEBAGAI KETUA PENGARAH KESIHATAN...

BAGI KAKITANGAN AWAM, PERGI MENDENGAR CERAMAH PAKATAN RAKYAT TERUTAMANYA CERAMAH YANG DISAMPAIKAN DSAI ADALAH SATU KESALAHAN YANG AMAT BERAT SEHINGGA BOLEH DIKENA TINDAKAN TATATERTIB BUANG KERJA....BERKHALWAT ATAU BERZINA DENGAN BINI ORANG TIDAKLAH SEBERAT MANA PUN...SEKADAR TURUN PANGKAT DAN TAHAN KENAIKKAN GAJI SELAMA 12 BULAN...KERJA MASIH ADA, JAWATAN TIDAK TERGUGAT, SEGALA FAEDAH SEBAGAI KAKITANGAN AWAM TERMASUK KERETA RASMI DAN ELAUN PERUMAHAN DAN ELAUN KERAIAN MASIH KEKAL.. PENCEN MASIH DIBERIKAN APABILA TIBA MASANYA NANTI.

PESALAH KHALWAT DENGAN ISTERI ORANG PERINGKAT TINGGI DIBELA...PENDENGAR CERAMAH DIZALIMI.

GEMPAR!!!!...GURU AGAMA YANG DIPECAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI), AKAN DIAMBIL SEMULA BEKERJA DENGAN SYARAT PERLU MENJADI AHLI UMNO TERLEBIH DAHULU!!!!



Guru dipecat dakwa dapat borang Umno

Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Qatrun mendakwa dalam perbualan telefon sebelum itu beliau
dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

NAJIB LEBIH HEBAT DARI TUN MAHATHIR....MAMPU BUAT MAK CIK-MAK CIK MENANGIS HANYA DENGAN KATA-KATA SAJA...TUN MAHATHIR MENANGIS MERAUNG AHLI-AHLI UMNO BUAT TAK KISAH!!!!!


TERNYATA NAJIB RAZAK JAUH LEBIH HEBAT DAN BERKARISMA DARI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD?????

Walaupun pada persepsi rakyat berpaksikan kepada realiti Najib Razak adalah pemimpin yang lembik, penakut dan masih dibawah bayangan Tun Mahathir Mohamad, namun satu perkara yang harus kena terima kenyataan dari segi membuat para perwakilan UMNO menangis, Najib Razak jauh lebih hebat.

Najib Razak tidak perlu menangis untuk ajak para perwakilan UMNO terutamanya dari kalangan Mak Cik- Mak Cik UMNO mengeluarkan air mata buaya mereka.

Tun Dr Mahathir Mohamad pada 22hb Jun 2002 didewan yang sama, semasa ucapan penggulungan telah mengejutkan satu dunia dengan menangis meraung mengistiharkan akan letak jawatan sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional serta sekali gus sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Lakunan Mahathir ini hanya untuk tempoh lama 1 jam saja sebab selepas itu dia buat U-Turn dengan menarik balik keputusan yang dibuat itu sambil boleh tersenyum lagi.

Itulah hebatnya Presiden UMNO kini yang bernama Najib Razak..Sebut saja yang UMNO akan lenyap dan tidak mampu bangkit semula jika kalah PRU 13, terus beberapa Mak Cik UMNO menangis teresak-esak.

Kepada Mak-Cik Mak-Cik UMNO, ini nasihat admin.. UMNO kalah rebah yang susah ialah para pemimpin UMNO peringkat tertinggi termasuklah para kroni, anak bini, sepupu sepapat dan adik beradiknya saja. Kalian tetap seperti biasa tetapi kualiti hidup lebih baik, negara lebih makmur, negara lebih kaya tanpa rasuah, rakyat hidup lebih senang apabila harga minyak turun, tarif elektrik lebih murah, tiada lagi PTPTN, tol dimansuhkan, mertabat rakyat diangkat.

Jadi hentikan tangisan air mata buaya kamu tu....rakyat lebih rela UMNO menangis dari rakyat menangis sengsara hidup!!!!

INI KALILAH UNTUK PAKATAN RAKYAT.....INNALILLAH UNTUK UMNO/BN.

PEMIMPIN UMNO SENYUM SINIS CARA BARU IKRAR SUMPAH UMNO YANG DIPERKENALKAN NAJIB RAZAK DIPWTC!!!! SUDAH BERANI LAWAN TOWKEY!!!!!


Rakaman gambar Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar serta calon yang menawarkan diri nak lawan YB Nurul Izzah, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin  yang tertawa sinis apabila Najib Razak mengajak para perwakilan termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, ikut cara dia genggam erat tangan kanan sambil dakap pada dada kiri sambil bersumpah janji setia kepada UMNO sampai mati, telah mula diperkatakan dikalangan ahli-ahli UMNO.

Kebanyakkan mereka melahirkan rasa kurang senangnya. Seolah-olah Raja Nong Chik memperlekehkan cetusan idea Presiden UMNO.

Tapi bukan nak katalah.. Memang patut pun diketawakan.

Dahlah cara pun agak pelik dan ganjil.. intipati sumpah pun mengajak rakyat untuk ketawa terbahak-bahak.

Sunday, 2 December 2012

GAMBAR YANG MENANGKIS CAKAP BESAR NAJIB DIPWTC KONONNYA UMNO SUDAH PULIH DAN KINI KEMBALI KUAT GAGAH PERKASA!!!!!!

Gambar yang dirakamkan di Senawang Seremban, Negeri Sembilan.

Lori tanker petrol dengan megah dan bangga mengibarkan bendera PAS/PKR dilori yang dipandunya tanpa rasa takut dan cuak jika pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.

Petanda jelas rakyat kini sudah tidak gentar, cuak dan takut untuk menzahirkan keinginan mereka agar berlaku satu perubahan besar pada pucuk pemerintahan negara.

Rakyat sudah bertekad muktamad maukan Pakatan rakyat mengambil alih Putrajaya selepas PRU 13 nanti.

Rakyat maukan negara Malaysia tercinta ini diselamatkan dari muflis jika UMNO terus diberikan kepercayaan dan mandat memerintah.

Cukuplah 56 tahun dibawah UMNO/BN. Kini giliran Pakatan Rakyat diberikan peluang untuk mentadbir urus negara.

UMNO TUMBANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA GEMILANG.

SATU TEKAD, SATU HASRAT SATU MATLAMAT....RAKYAT MAUKAN PAKATAN RAKYAT MENGAMBIL ALIH PUTRAJAYA.


BETUL KAH D.J DAVE AHLI UMNO YANG SAH?????..GAMBAR BELIAU DIPWTC BERPAKAIAN UMNO KINI TERSEBAR LUAS DIALAM SIBER!!!!


D.J Dave atau Irwan Shah Abdullah, penyanyi era 70an dikatakan ahli UMNO yang sah kini heboh diperkatakan apabila kelibat beliau kelihatan di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 dengan memakai baju berwajahkan UMNO.

Rakyat tertanya-tanya apa kriteria yang melayakkan beliau boleh diterima sebagai ahli UMNO yang dikhaskan untuk warga Melayu dan Bumiputera saja.

SATU SOALAN CEPUMAS BERNILAI JUTAAN RINGGIT DILONTARKAN OLEH RAKYAT... ADAKAH SESEORANG WARGA AFRIKA MAUPUN EROPAH APABILA MENGHAWINI WARGA MALAYSIA BERBANGSA MELAYU DENGAN MASUK ISLAM, SECARA AUTOMATIK SUDAH DIKIRA SEORANG MELAYU DAN SELAYAKNYA DIA MENJADI AHLI UMNO?

PENJELASAN MB PAHANG MENGENAI CABARANNYA AKAN POTONG TELINGA DAN TERJUN SG PAHANG JIKA PR MENANG PARLIMEN BENTONG....LIHAT SENDIRI GELAGAT DAN KOMEN BELIAU YANG BERBELIT-BELIT.

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT NEGERI JOHOR.....LAGI PAKATAN RAKYAT DAN KEPIMPINANNYA DISERANG DIPWTC, LAGI RAMAI RAKYAT DATANG!!!!!... NEGERI KELAHIRAN DAN KUBU UMNO PALING KUAT DIDUNIA SUDAH GOYANG!!!!!

BIAR GAMBAR BERBICARA...
LOKASI:
- DATARAN RAKYAT, PARIT SALLEH ROS, PARIT RAJA, BATU PAHAT JOHOR,
ACARA:- HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PERINGKAT NEGERI JOHOR.
TARIKH/MASA:-  1HB DISEMBER 2012 JAM 3.00PTG HINGGA 12.00 MALAM.

Lagi garang UMNO menyerang DSAI/TGNA/TGHA/LKS/LGE/PAS/PKR/DAP/PR, lagi berduyun-duyun rakyat turun datang.

Ribuan rakyat berbilang kaum yang hadir membuktikan rakyat kini sudah bersedia dan bertekad mau melakukan perubahan

SATU TEKAD SATU HASRAT SATU MATLAMAT...PUTRAJAYA MAU DISERAHKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT.

Ancaman UMNO bakal tumbang pada PRU 13 nanti bukannya perkara yang main-main... ini adalah satu andaian  yang serius, satu senario yang bakal jadi kenyataan. UMNO SUDAH TIDAK BOLEH ELAK DAN LARI LAGI.

Dulu bila pihak lawan nak anjurkan apa jua program di Johor, lebih petugas dari yang datang. Kini itu sudah jauh berubah. Setiap program anjuran PAS/PKR/DAP atas nama gagasan Pakatan rakyat, puluhan ribu yang datang sudah perkara biasa.

TANYA SAMA NAJIB MENGAPA KAU GOYANG, NANTI JAWAB NAJIB UMNO NAK TUMBANGGGGG.

KEADILAN CABANG KAPAR MELAKAR SEJARAH SEBAGAI PERINTIS PROGRAM MENDEKATI RAKYAT DENGAN MELAHIRKAN TRAK KESIHATAN HEALTH ON WHEEL (HOW)


Sekali lagi PKR Cabang Kapar melancarkan produk terbaru yang bakal membuat puak-puak punjangga UMNO senak perut tak senang duduk macam orang sembelit dengan lahirnya Trak Kesihatan Health On wheel (HOW). Ini adalah kesinambungan dari Jelajah Sihat Rakyat (JERAT) yang telah dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 21hb Oktober 2012 yang lalu sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Klang Utama, Klang. 

Jika sebelum ini rakyat datang ke program JERAT untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma bernilai RM60 tapi ini kali JERAT sendiri akan datang terus kepada rakyat dengan adanya Trak Kesihatan HOW ini.


Dr V. Nedunchelian mendapat idea murni ini apabila bila melihat dan merasakan  betapa perlunya warga kita menjaga kesihatan serta mengetahui tahap kesihatan mereka terutamanya golongan warga emas. Memandangkan ini program yang amat baik sekali cara mendekati rakyat dengan merasai kesusahan dan denyut nadi mereka maka ianya dipersetujui sebulat suara dengan melahirkan trak HOW ini.

Menjadi hasrat dan niat Dr Nedu agar trak HOW ini supaya dijadikan salah satu Agenda SelangorKu peringkat Negeri Selangor dan memohon agar kerajaan negeri sudi menyumbangkan sebuah trak yang demikian melalui Geran Selangorku dan beliau juga menyatakan kesedian memikul tanggung jawab dan amanah menjadi Kapten Pasukan JERAT jika diberikan kepercayaan oleh pimpinan kerajaan Negeri Selangor.


Untuk pengetahuan kalian trak ini telah dipinjamkan oleh individu yang berhati mulia En Nazlee setelah mendengar hasrat murni Dr Nedu untuk membuat perkhidmatan kesihatan secara bergerak dan impian ini telah termakbul dengan terlancarnya trak kesihatan yang dirasmikan oleh  

Tuan Azizi Bin Ayob Ketua Cabang PKR Kapar dalam suasana yang harmoni walaupun berdepan dengan hujan dan lori lambat sampai akibat tersekat dalam kesesakan lalulintas disebabkan oleh piala AFF Suzuki yang dimenangi oleh Harimau Malaya sebentar tadi..hehe..

Untuk permulaannya Trak HOW ini akan menjelajah ke tempat dibawah naungan Parlimen Kapar  dan akan ke lokasi-lokasi di luar kawasan sekiranya ada jemputan dari pihak-pihak yang berminat dengan perkhidmatan kesihatan percuma bergerak ini.


Dengan gandingan yang mantap dua pemimpin hebat ayam jaguh anak tempatan antara Dr Nedunchelian Vengu dan Tuan Azizi Bin Ayob kini Cabang Kapar kini mara dan menyinar dipersada politik tanahair. Ini baru namanya pemimpin yang benar-benar mengangkat martabat negara dengan menggangap semua manusia ini hanya dibezakan dengan kumpulan darah dan bukannya Agama dan Bangsa.

Trak HOW ini akan memulakan perkhidmatannya di Seksyen 7 Shah alam esok 2hb Dis pada jam 9 pagi hingga 12.00 tengahari, omak berharap jangan la ada jaki dan simbah cat kat trak ni ye..duit beli cat tu baik disumbang je pada yang memerlukan di Palestine tu...


Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat segala penat lelah yang terpancar diwajah terubat dengan terlancarnya trak HOW ini hanya Allah swt saja yang bisa membalas kerja-kerja ikhlas kalian.

JERAT DAN HOW DILANCARKAN ATAS SEMANGAT DAN ROH... DARI RAKYAT KITA DATANG KEPADA RAKYAT KITA MENYUMBANG..BUAT DR V. NEDUNCHELIAN AMS...SYABAS TAK TERHINGGA DARI OMAK KAU!!!


RAKAMAN GAMBAR NAJIB RAZAK TERUS BERUCAP TANPA MENGHIRAUKAN MASUKNYA WAKTU SOLAT MAGHRIB SEMASA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 DIPWTC WALAUPUN DITEGUR SEBANYAK 3 KALI OLEH PENGERUSI TETAP UMNO KINI TERSEBAR LUAS DIINTERNET DAN MENJADI BUALAN RAKYAT!!!!!


Rakaman gambar Najib Razak selaku Presiden UMNO ketika dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC meneruskan penggulungannya tanpa menghiraukan amaran dan teguran dari Pengerusi Tetap UMNO yang waktu solat magrib sudah masuk,  kini berlegar ligat dialam siber.


Saturday, 1 December 2012

PASCA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 ...PROGRAM ANJURAN PAS DI KOTA BHARU KINI SUDAH TIDAK LAGI MENDAPAT SAMBUTAN RAKYAT!!!...BICARA SELEBRITI DISTADIUM SULTAN MUHAMMAD IV, KOTA BHARU, KELANTAN, DIBOIKOT, HAMBAR, SUNYI SEPI DAN LENGANG?????...PADAN MUKA !!!!.. DOAKAN UMNO HANCUR DAN BN KO LAGI!!!!!..TAHNIAH UMNO...SERANGAN BERTUBI ARUS ANDA BERJAYA MENYAKINKAN RAKYAT?????



BIAR GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA.


Bicara Selebriti di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan 1.12.12 jam 9.00 malam bersama Ustaz Azhar Idrus, Heliza Helmi, Meyda Sefira dan Amin Idris.

Biarpun program malam ini bertembung dengan siaran langsung bola sepak piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia, namun kehadiran yang ramai malam ini mencecah ribuan orang, menunjukkan apa jua fitnah dan serangan kepada kerajaan PAS/PR pimpinan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat terutamanya isu UMNO MURTAD DAN DOA UMNO HANCUR BN KO, langsung tidak menjejaskan sokongan rakyat.

Lagi diserang lagi ramai rakyat yang datang.

Kalau UMNO ingat dengan memutar belitkan isu UMNO MURTAD dan doa UMNO HANCUR DAN BN KO boleh meminggirkan rakyat dari terus mendakap perjuangan yang dibawa oleh PAS, UMNO tersilap besar.

Tidak puas dan cukup dengan itu, fitnah kononnya Ustaz Azhar Idrus juga melanggani Restoran McD, rakyat tidak mudah meratah dan melatah.

Rakyat kini sudah bijak bistari... Mampu berfikir dan menilai satu-satu berita yang disampaikan. Tidak akan telan bulat-bulat lebih-lebih lagi jika ianya datang dari kelompok berjiwa darah pekat UMNO.

GEMPAR!!!!... SEMALAM MB PAHANG DENGAN BEGITU SOMBONG, TAKBUR DAN ANGKUH AKAN POTONG TELINGA DAN TERJUN DI SG PAHANG JIKA DAP MENANG DI PARLIMEN P89 BENTONG....HARI INI TAK SAMPAI 24 JAM DAH TAK MENGAKU PULAK DIA BERKATA SEDEMIKIAN!!!!.. SAH LIDAH BIAWAK BERBELIT DAN KAKI PENIPU BACUL PUNYA PEMIMPIN UMNO!!!!!



Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.

"Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola...

"Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.

"Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.

"Bukan, ini adalah pengucapan kiasan – bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Adnan menyatakan keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya semalam.

Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.

MENUNJUKKAN YANG BENTONG BAKAL TUMBANG KETANGAN DAP/PR PADA PRU 13 NANTI...

CONTOH SALAH SATU  PEMIMPIN UMNO BILA BERCAKAP PAKAI KEPALA LUTUT!!!!

BILA CABARAN DISAMBUT TERUS KECUT TAKUT!!!!!

LAGU UNTUK MENGENAL PASTI AHLI UMNO... KALAU SIAPA YANG MENDENGAR LAGU INI TERUS MENANGIS TERESAK-ESAK, SAH DIA AHLI UMNO TOTOK YANG BERJIWA EMBUN!!!!

TERLAJAK PERAHU BOLEH UNDUR... TERLAJAK KATA MAYAT TERAPUNG DI SG PAHANG TANPA TELINGA!!!!!!...RAKYAT BENTONG AKAN PASTIKAN INI MENJADI REALITI!!!!!... JANJI DITEPATI!!!!!




Diberitakan rakyat Bentong bangkit dan berarak ke seluruh kawasan parlimen sebagai tindak balas kepada kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang "memperjudikan" telinga dan nyawanya jika DAP menang di Parlimen P89 Bentong, Pahang.

Di dalam satu jawapan yang terlampau sombong, angkuh, takbur tiada tolok bandingnya, Adnan Yaakob berkata:

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Malah beliau dengan sombong dan angkuhnya berkata bahawa sekalipun Lim Guan Eng bertanding di Bentong, beliau akan kalah.

BERIKUT SEDUTAN TEMUBUAL BELIAU DENGAN WARTAWAN ,MENGENAI ISU DIATAS.:-

    MB: 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong'

    Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

    Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

    "... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

    Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.

    Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "...jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi.

    " Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

    Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:

    "Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.

    "MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.

JOM TENGOK KEPUTUSAN PARLIMEN P89  BENTONG DAN DUN-DUN DALAM KAWASANNYA PRU 12 YANG LALU.

KEPUTUSAN PRU12 (2008)
Pahang P89, N33, N34, N35, N36

P89 BENTONG

Jumlah Pengundi: 53,651
Peratusan Kaum: M: 43.06% C:47.28% I: 9.02% L: 0.64 %
1. Datuk Liow Tiong Lai (BN) (25,134)
2. G. Ponusamy@Ram (PKR) (12,585)
Majoriti: 12,549
Jumlah undi: 39,004

Peratus mengundi: 72.7%
Undi rosak: 1,285
Penyandang: Datuk Liow Tiong Lai (BN)
(Majoriti: 16,839 undi)

N33 BILUT
Jumlah Pengundi: 15,356
Peratusan Kaum: M: 31.64% C:58.99% I: 9.06% L: 0.32 %
1. Datuk Hoh Khai Mun (BN) (6,024)
2. Tam Tai San (DAP) (4,916)
Majoriti: 1,108
Jumlah undi: 11,258
Peratus mengundi: 73.31%
Undi rosak: 318
Penyandang: Datuk Hoh Khai Mun (BN)
(Majoriti: 4,608 undi)

N34 KETARI
Jumlah Pengundi: 18,384
Peratusan Kaum: M: 42.27% C:52.12% I: 4.82% L: 0.80 %
1. Dr. Ng Keong Chye (BN) (6,835)
2. Lee Kok Yeep (DAP) (5,953)
Majoriti: 882
Jumlah undi: 13,049
Peratus mengundi: 70.98%
Undi rosak: 261
Penyandang: Dr. Ng Keong Chye (BN)
(Majoriti: 3,182 undi)

N35 SABAI
Jumlah Pengundi: 9,486
Peratusan Kaum: M: 36.56% C:43.05% I: 19.42% L: 0.96 %
1. Datuk M. Davendran (BN) (3,304)
2. Kamache Doray Rajoo (DAP) (3,159)
Majoriti: 145
Jumlah undi: 6,608
Peratus mengundi: 69.66%
Undi rosak: 145
Penyandang: Datuk M. Davendran (BN)
(Majoriti: 2,329 undi)

N36 PELANGAI
Jumlah Pengundi: 10,391
Peratusan Kaum: M: 67.43% C:25.14% I: 6.87% L: 0.56%
1. Datuk Seri Adnan Yaakob (BN) (5,406)
2. Hamdan Ahmad (Pas) (2,436)
Majoriti: 2,970
Jumlah undi: 7,996
Peratus mengundi: 76.95%
Undi rosak: 154
Penyandang: Datuk Seri Adnan Yaakob (BN)
(Majoriti: 3,671 undi)

Jika dilihat akan aliran pengundi bukan Melayu terutamanya kaum Tionghua yang begitu mendadak berpindah menyeberang ke Pakatan Rakyat....Harapan untuk melihat Adnan Yaakob tanpa telinga terjun Sg Pahang amatlah cerah sekali!!!!!!

KESOMBONGAN DAN KEANGKUHAN PEMIMPIN UMNO BUKANNYA MAKIN MENGENDUR BILA KENA PUKULAN TSUNAMI POLITIK 2008 TETAPI SEMAKIN MENJADI-JADI DAN BERTINGKAT-TINGKAT TINGGINYA.
 

UMNO TIDAK BERUBAH MAKA WAJIB KASI REBAH!!!!!

RAHSIA MENGAPA JUALAN HARAKAH DAN KEADILAN MENINGKAT SECARA MENDADAK SUDAH PECAH!!!!!!...KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA TOLONG BUAT PROMOSI PERCUMA DI PWTC!!!!


Agak-agak admin inilah puncanya mengapa sejak kebelakangan ini jualan HARAKAH dan KEADILAN naik mendadak.

Rupa-rupanya Ketua Penerangan UMNO Malaysia tolong buat promosi besar-besaran secara percuma di PWTC sempenan Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Lagi digertak dan diugut mau saman HARAKAH dan KEADILAN lagi ramai rakyat ini membacanya termasuklah ahli-ahli UMNO sendiri.

Ketika itu mereka boleh membuat penilaian dengan membaca dan berfikir. Benar atau fitnah yang dicetak dikedua-dua lidah rasmi PAKATAN RAKYAT  ini.

Ini dinamakan ugutan yang memberi untung kepada PAS/PKR/PR.

Untuk makluman Mat Maslan.. HARAKAH dan KEADILAN langsung tidak gugur bulu roma bila diugut sedemikian malahan dipersilakan dengan hormatnya.


TERIMA KASIH MAT MASLAN KERANA TOLONG PROMOSIKAN MEDIA RASMI PAS DAN KEADILAN INI KEPADA PERWAKILAN DAN AHLI-AHLI UMNO DIPWTC.... JASA BAIK BUDI ANDA YANG TAK TERNILAI TINGGINYA INI, HANYA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...