Monday, 8 July 2013
PADAN MUKA!!!!!...ANAK-ANAK MUDA DAN PENGUNDI BARU YANG TERPESONA DENGAN BL1M DAN MENYOKONG UMNO PADA PRU 13 LALU SUDAH KENA KENCING!!!!
ANAK-ANAK MUDA YANG MENYOKONG UMNO PADA PRU 13 LALU SUDAH KENA KENCING OLEH JANJI BL1M!!!!!..IANYA LEBIH MERUPAKAN SEKADAR GULA-GULA PRU 13 SAJA!!!!!
Kelewatan maklum balas mengenai permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) mendapat kritikan pelbagai pihak, malah ada yang mendakwa program itu sekadar gula-gula menjelang pilihan raya, Mei lalu.
Mohamad Osman, 53, berkata, BL1M hanya bertujuan menarik golongan muda atau pengundi baru menyokong BN sedangkan program itu masih belum dilaksanakan hingga kini.
Sehubungan itu katanya, penjaga mahu pihak berkenaan memulangkan duit permohonan berjumlah RM199 dalam tempoh seminggu atau mereka nekad membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut.
“Saya yakin projek ini sebenarnya tidak mampu dilaksanakan kerajaan kerana sudah lebih empat bulan pemohon tidak menerima apa-apa maklum balas.
“Baru-baru ini, anak saya ada membuat pembatalan permohonan kerana mahu mengambil lesen B2 sendiri. Tetapi apabila diminta dipulangkan wang, mereka memberitahu akan membayar secara ansuran,” katanya.
Mohamad berkata, jawapan itu langsung tidak logik kerana semasa permohonan, setiap pemohon diwajibkan membuat pembayaran penuh, sebaliknya apabila pembatalan permohonan, bayaran balik akan dilaksanakan secara ansuran.
Dakwanya, keadaan itu jelas menunjukkan duit dikumpulkan menerusi BL1M di seluruh negara bertujuan menampung keperluan menghadapi PRU.
“Kami nekad untuk melaksanakan hasrat kami. Kami bukan mengugut tetapi sekadar mahu menegakkan hak kami. Jadi, pulangkan duit kami segera,” katanya.
Menurutnya, kegagalan BL1M menyebabkan anak-anak muda tidak dapat menjalani latihan dan ujian di mana-mana kelas memandu, selagi nama mereka belum dibatalkan.
RAKAMAN GAMBAR YANG BUAT PARA PENYOKONG UMNO NAIK ANGIN SATU BADAN!!!!.
Tahniah Kontijen Selangor kerana telah berjaya menjadi juara dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2013 yang baru tamat semalam.
Sebagai penduduk Selangor Darul Ehsan dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim, Omak Kau tumpang berasa bangga atas kejayaan para atlet Sealangor yang paling akhir sekali digelar juara ialah pada tahun 2006.
Apa yang Omak Kau nak beritahu ialah betapa ada kalangan blogger pro UMNO totok yang kurang selsa dan senang hati apabila para atlet Selangor membawa kain rentang yang ada perkataan KALI INILAH SELANGOR JUARA.
Kata-kata keramat Pakatan Rakyat PRU 13 yang lalu INI KALI LAH dijadikan sebagai kata-kata semangat sehingga berjaya dinobat sebagai Juara Sukma 2013.
Inilah betapa sempitnya pemikiran para blogger maupun penyokong totok UMNO.. Kalau rakyat gunakan slogan 1M'sia itu dianggap sebagai tepat dan berjiwa patriotik.. kalau slogan KALI INI LAH dianggap sebagai cuba nak main politik.
Tidak hairan mengapa saban hari sokongan rakyat kepada UMNO kian merudum dan menurun menguncup.
ANAK PRESIDEN MESIR DR MOHAMMED MORSI AL HAFIZ, BERUCAP DIHADAPAN JUTAAN RAKYAT MESIR DI DATARAN RAB'AH!!!!
[“Bertahanlah wahai ayahku, sesungguhnya kami nazarkan dikau kepada tanah air ini, cukup lah Allah bagi kami"]
Usamah, anak kepada Presiden Dr. Muhammad Mursi berucap di hadapan jutaan penyokong di Dataran Rab’ah, menyatakan bantahan beliau terhadap rampasan kuasa: “Elakkan pertempuran atas nama Revolusi”, menujukan ucapan kepada ayah beliau Dr Muhammad Mursi dengan berkata:
"Sesungguhnya aku tujukan seruan kepada ayahku , bertahanlah wahai ayahku, teruskanlah langkahmu dan jangan sesekali tunduk dengan mereka yang zalim, dan kami sekeluarga nazarkan dikau kepada kepada tanah air ini,cukup lah Allah bagi kami, dan janganlah terbeban Wahai Ayah terhadap dasar Revolusi kami”
Beliau juga dalam ucapannya di atas pentas Dataran Rab’ah menyeru Pakatan Nasional untuk mempertahankan syar’iyyah, “Aku katakan kepadamu Wahai ayahku, jika kamu dapat mendegarku sekarang, atau Allah pasti akan menyampaikannya kepadamu"
"Seluruh keluarga Mursi berada di dataran, dan aku datang hari ini ke Dataran Rab’ah, bukan untuk berucap atas nama individu atau parti, tapi aku aku berucap atas nama kebenaran, aku mengatakan kepadamu wahai ayah atas nama keluarga Presiden : Pergilah kamu wahai ayahku untuk berperang kerana Tuhanmu maka kami akan berperang bersamamu”.
Beliau menyambung lagi,"Aku berwasiat kepada ayahku dan berkata jika kamu melihat darahku mengalir, ketahuilah bahawa aku di atas jalan kebenaran, dan jika kamu melihatku serasi bersama mereka yang batil, maka ketahuilah bahawa aku bersama kebatilan".
Beliau juga memberi ucapan kepada rakyat Mesir, "Aku mengatakan kepada kamu Wahai rakyat Mesir yang mulia, revolusi ini atas nama Mesir, maka bangkitlah dan sempurnakanlah revolusi ini, maka dengan kehendak Allah dan takdirNya jua.."
" Kita berada di pihak yang benar bermula hari ini sehinggalah Allah berkehendak melaksanakan suatu urusan yang harus dilaksanakan". (nota: iaitu kemenangan kaum muslimin dan kehancuran kaum musyrikin)
Beliau kemudian meneruskan ucapannya kepada Dr. Muhammad Mursi presiden Mesir,"Aku titipkan kepadamu salam wahai ayah, dan aku berikan penghormatan yang mulia kepada seluruh rakyat Mesir, tetaplah atas jalan kamu, dan dengan nama Allah janganlah takut kepada celaan orang yang suka mencela, dan semoga Allah membantu kita memelihara revolusi ini dengan darah-darah kita".
Sumber : IkhwanOnline
Usamah, anak kepada Presiden Dr. Muhammad Mursi berucap di hadapan jutaan penyokong di Dataran Rab’ah, menyatakan bantahan beliau terhadap rampasan kuasa: “Elakkan pertempuran atas nama Revolusi”, menujukan ucapan kepada ayah beliau Dr Muhammad Mursi dengan berkata:
"Sesungguhnya aku tujukan seruan kepada ayahku , bertahanlah wahai ayahku, teruskanlah langkahmu dan jangan sesekali tunduk dengan mereka yang zalim, dan kami sekeluarga nazarkan dikau kepada kepada tanah air ini,cukup lah Allah bagi kami, dan janganlah terbeban Wahai Ayah terhadap dasar Revolusi kami”
Beliau juga dalam ucapannya di atas pentas Dataran Rab’ah menyeru Pakatan Nasional untuk mempertahankan syar’iyyah, “Aku katakan kepadamu Wahai ayahku, jika kamu dapat mendegarku sekarang, atau Allah pasti akan menyampaikannya kepadamu"
"Seluruh keluarga Mursi berada di dataran, dan aku datang hari ini ke Dataran Rab’ah, bukan untuk berucap atas nama individu atau parti, tapi aku aku berucap atas nama kebenaran, aku mengatakan kepadamu wahai ayah atas nama keluarga Presiden : Pergilah kamu wahai ayahku untuk berperang kerana Tuhanmu maka kami akan berperang bersamamu”.
Beliau menyambung lagi,"Aku berwasiat kepada ayahku dan berkata jika kamu melihat darahku mengalir, ketahuilah bahawa aku di atas jalan kebenaran, dan jika kamu melihatku serasi bersama mereka yang batil, maka ketahuilah bahawa aku bersama kebatilan".
Beliau juga memberi ucapan kepada rakyat Mesir, "Aku mengatakan kepada kamu Wahai rakyat Mesir yang mulia, revolusi ini atas nama Mesir, maka bangkitlah dan sempurnakanlah revolusi ini, maka dengan kehendak Allah dan takdirNya jua.."
" Kita berada di pihak yang benar bermula hari ini sehinggalah Allah berkehendak melaksanakan suatu urusan yang harus dilaksanakan". (nota: iaitu kemenangan kaum muslimin dan kehancuran kaum musyrikin)
Beliau kemudian meneruskan ucapannya kepada Dr. Muhammad Mursi presiden Mesir,"Aku titipkan kepadamu salam wahai ayah, dan aku berikan penghormatan yang mulia kepada seluruh rakyat Mesir, tetaplah atas jalan kamu, dan dengan nama Allah janganlah takut kepada celaan orang yang suka mencela, dan semoga Allah membantu kita memelihara revolusi ini dengan darah-darah kita".
Sumber : IkhwanOnline
RAKAMAN GAMBAR YANG TIDAK MUNGKIN DISEBARKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN DAN TV3!!!...PEGAWAI TENTERA MESIR BERSAMA-SAMA DENGAN PARA PENYOKONG DR MOHAMMED MORSI AL HAFIZ MEMBANTAH KERAS RAMPASAN KUASA TENTERA!!!
Seorang anggota Tentera kelihatan bersama dengan para penyokong Presiden Mesir yang sah, Dr Mohammed Morsi Al Hafiz di Bandar Minya, sambil didokong dengan memegang potrait Dr Morsi berkata:
“Saya tidak akan datang ke sini melainkan niatku hanyalah ingin mengikut syariat Allah”
Ini dilihat sebagai satu permulaan para anggota tentera bakal berpaling tadah dan menyokong kepimpinan Dr Mohammed Morsi Al Hafiz yang dipilih secara sah dan demokratik sebagai Presiden Mesir.
Memberi satu suasana dimana Dr Morsi diturunkan dari takhta kuasa dengan bantuan tentera dan beliau akan kembali semula berkuasa jua dengan bantuan tentera.
Seamoga impian ini menjadi kenyataan bagi menegakkan hak dan menentang kezaliman, penipuan dan penindasan.
Sunday, 7 July 2013
RAMPASAN KUASA TENTERA TERHADAP PRESIDEN DR MOHAMMED MORSI AL HAFIZ TIDAK SAH DAN BATAL!!!!!
KAHERAH - MESIR. Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Mohammad Badie menyifatkan rampasan kuasa tentera terhadap Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi Mohamed Mursi tidak diiktiraf.
Pendirian itu ditegaskan di hadapan jutaan penyokong Mohamed Mursi yang setia berkubu di Dataran Rabiatul Adawiah, timur Kaherah sejak hari penahanan beliau.
“Kami hanya menerima Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah dan kami tidak berganjak dari prinsip ini. Kami menolak rampasan tentera, semua urusan dan perkara berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diiktiraf.
“Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu, tetapi percayalah peluru anda tidak dapat menembusi kami!” katanya dan pada masa sama kelihatan enam helikopter
berlegar di kawasan dataran itu.
Menurutnya, penyokong Ikhwanul Muslimin berikrar membawa Mursi kembali ke tampuk pimpinan dan terus menerajui Mesir.
“ALLAH membantu Mursi dan membawanya kembali ke Istana Presiden. Percayalah kuasa ALLAH, ALLAH Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui kesusahan dan kesedihan rakyat Mesir ketika ini,” katanya dipetik Al Jazeera
Menurutnya, kehilangan Mursi dan nasibnya menjadi tanda tanya seluruh rakyat dan negara Islam lain di dunia.
“Kami merayu, tolong kembalikan Mursi sebagai Presiden dan Ikhwanul Muslimin sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu. Saya tidak lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi yang sentiasa terbuka.
Sementara itu, Naib Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Isam Iryan, mengeluarkan kenyataan, penyokong Mursi tidak akan meninggalkan Dataran Rabiatul Adawiyah hingga Mursi dibebaskan.
TIADA LAGI ANGGOTA POLIS BERPERUT BOROI DALAM PASUKAN MENURUT MENTERI DALAM NEGERI!!!!!
Pemandangan polis gendut dan berperut boroi akan menjadi satu perkara yang telah lalu tidak lama lagi, dengan Kementerian Dalam Negeri yang dijangka akan menyiapkan penguatkuasa undang-undang tidak layak kepada mana-mana pegawai dan anggota polis yang tidak mencapai sasaran Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal .
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata bahawa pihak polis, bersama-sama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian beruniform, akan melaksanakan skim kecergasan ketat untuk barisan hadapan itu.
"Agensi penguatkuasa ini adalah penting kerana mereka mempunyai tanggung jawab utama untuk menangkap penjenayah. Pemeriksaan secara rawak juga akan dijalankan untuk memastikan bahawa polis mempunyai BMI yang baik," katanya, menurut The Star. Beliau mengulas mengenai Kementerian Belia dan Sukan "Gim Makes Me Fit & Sihat 2013" program untuk memastikan kakitangan untuk menghilangkan berat badan dan meningkatkan tahap kecergasan keseluruhan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga memuji "Gim Makes Me Fit" program, berkata ia adalah penting bagi anggota polis kerana ia menggalakkan kesihatan dan kecergasan yang baik .
SEMOGA HASRAT DAN NIAT MURNI PDRM INI AKAN MENJADI KENYATAAN.
Saturday, 6 July 2013
AHLI DAN PENYOKONG UMNO YANG BERAGAMA ISLAM PASTI BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH APABILA MENDENGAR BERITA YANG MENGEMBIRAKAN INI!!!!!!...HARGA AYAM NAIK MENJELANG RAMADHAN!!!!
Yang menghebahkan berita ini bukannya Harakah, Keadilan Daily maupun Roket Kini tetapi RTM TV1.
Menceritakan betapa harga ayam naik menjelang Ramadhan Al-Mubarak.
Sudah pasti para pendokong,penyokong, penganut dan ahli-ahli UMNO kena berterima kasih dan bersyukur sebab dengan memilih UMNO/BN pada PRU 13 lalu harga ayam melabung naik apabila nak menyambut puasa.
Ini sebagai upah kepada umat Islam dan bangsa Melayu yang mengundi UMNO/BN pada PRU 13 lalu.
Mereka tidak setuju harga minyak turun..tidak mau PTPTN dan tol dihapuskan tapi lebih rela menanggung harga barang naik saban tahun.
BIAR PENDOKONG DAN PENYOKONG UMNO HIDUP MENDERITA ASALKAN UMNO TETAP MENJADI PARTI PEMERINTAH!!!!
IBRAHIM ALI TEMPELAK PELAWAAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO UNTUK BERBINCANG DENGAN MENYURUH BELIAU PERGI MAIN SNOOKER!!!!!
PERHUBUNGAN UMNO DENGAN PERKASA SEMAKIN RENGGANG DAN TEGANG....PELAWAAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA AJAK PERKASA BERBINCANG DITOLAK MENTAH-MENTAH...SUATU PERKEMBANGAN YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN KEPADA RAKYAT.
UMNO DAN PERKASA BERPERANG.... RAKYAT SEMAKIN BERTAMBAH SENANG!!!
PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini menolak pelawaan Pemuda Umno untuk mengadakan perbincangan ekoran kenyataan beliau menyelar Umno kerana meminggirkan Perkasa.
Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah bahawa tiada sebab bertemu Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim. “Terima kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno.
“Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris,Ketua Wira Perkasa,sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker,” Ibrahim menambah.
Dalam pada itu, Ibrahim turut menyangkal dakwaan bahawa beliau marah terhadap parti Melayu terbesar itu. “Saya tak marah, kenyataan saya mewakili Ahli Dewan Tertinggi Perkasa.
Saya bukan budak-budak yang nak marah tidak tentu pasal. Apabila saya ditahan di bawah akta ISA pada tahun 1987 juga saya tidak marah. Jaga mulut sikit, jika tak tahu apa-apa tak perlu lah bercakap,” ujar beliau.
Pada Rabu lepas, Ibrahim menempelak Umno kerana didakwa meminggirkan Perkasa. Beliau berkata Umno serta Barisan Nasional lebih memberi perhatian kepada kumpulan pendesak yang dilihat biadap terhadap orang Melayu.
Sehubungan itu, Ibrahim telah memberi amaran untuk mengambil langkah yang lebih drastik jika keadaan tidak berubah.
TAN SRI YANG MENEMBAK MATI SEORANG PENYAMUN DI SEBUAH KLINIK DI CHERAS SEMALAM ADALAH KETUA MCA BAHAGIAN RAUB KINI HIDUP DALAM TRAUMA!!!!
Taikun balak, Tan Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang memiliki lesen senjata api sejak lebih 20 tahun lalu tetapi tidak pernah menggunakannya sehinggalah malam tadi.
Beliau menjadi bahan berita selepas anak jati Pahang itu menembak mati seorang perompak bersenjata sebuah klinik di Taman Permata, Cheras.
Berusia 68 tahun, Ketua Bahagian MCA Raub itu memberitahu beliau menghala pistol jenis Glock ke arah kumpulan perompak termasuk seorang yang berparang dan cuba menetaknya.
"Saya cuba mengelak dari melepaskan tembakan tetapi perompak itu terus mengancam mahu menetak saya. Saya terpaksa menembak beberapa das," kata Presiden Persatuan Dewan Perdagangan Cina dan Industri itu.
Taikun itu berkata, beliau datang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan tetapi berasa tidak sihat dan mengunjungi sebuah klinik.
"Selepas berjumpa doktor, saya menunggu giliran mengambil ubat. Tiba- tiba, dua lelaki bersenjatakan parang masuk ke klinik.
"Kemudian, seorang lagi perompak masuk dan menutup pintu gril dan kami terperangkap dalam klinik. Ketika itu, beberapa pesakit ada bersama doktor bersama tiga kakitangan dalam bilik rawatan.
Perompak merampas semua barangan mereka sebelum nampak Lim yang duduk di luar. Seorang daripada mereka menghampiri Lim yang kemudian mengeluarkan pistol dan memberi amaran supaya tidak mendekatinya.
"Perompak itu juga cuba merampas pistol saya. Selepas saya melepaskan tembakan, semua tiga lelaki itu lari dari klinik berkenaan," katanya.
Seorang daripada mereka kemudian ditemui mati kira-kira 30 meter dari klinik berikutan terkena empat tembakan.
Hanya beberapa selepas kejadian, Lim mengakui berasa tidak selesa di perutnya.
"Ini pertama kali saya 'dipaksa' menggunakan pistol saya. Saya berasa amat tidak selesa," katanya yang seakan-akan trauma dengan kejadian itu.
Bapa kepada enam anak itu memberi keterangan kepada polis sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Rawatan Universiti Kebangsaaan Malaysia.
Beliau baru-baru ini menerima anugerah Panglima Seri Mahkota dari Yang Di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.
Friday, 5 July 2013
UCAPAN SULUNG PRESIDEN MESIR DR MOHAMMED MORSI AL HAFIDZ SELEPAS RAMPASAN KUASA!!!!
Apa yang saya lihat sekarang, adalah bahawa terdapat percubaan terdesak untuk revolusi ini dicuri, supaya kita boleh kembali semula, jadi kita boleh mula semula, yg saya benar-benar menolak, saya tidak terima dan saya tidak bersetuju dengannya.
Dan saya telah mengarahkan kepada semua kuasa-kuasa, dalam institusi, pasukan keselamatan dalaman, dan angkatan tentera, bahawa peranan mereka dalam mengekalkan keselamatan negara, harus dijadikan satu peranan penting dan jelas, dan mereka menghentikan pertumpahan darah, dan mereka juga melindungi legitimasi, yang kita semua perolehi sebagai hasil daripada pilihan raya presiden dan sebelum itu pilihan raya Parlimen dan selepas itu referendum perlembagaan.
Jadi orang-orang, yang merupakan anak-anak negara ini, diminta untuk melindungi legitimasi dan untuk melindungi negara ini, dan legitimasi perlembagaan dan legitimasi undang-undang, dan bahawa suara rakyat, rakyat negara ini yang telah menegakan legitimasi ini, menjadi sebab untuk melindungi negara ini.
Tidak ada jalan lain daripada legitimasi perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa sekarang.
Kita mesti meneruskan ke arah pilihan raya parlimen, dengan langkah-langkah yang segera, untuk membentuk Parlimen baru.
Kita mesti melindungi perlembagaan, yang ditulis dan di mana telah dijalankan referendum, dan yang telah diluluskan oleh 64% daripada orang-orang Mesir, dan telah ditetapkan dalam kandungan artikel, dan yang telah diselesaikan oleh badan kehakiman Mesir, di mana telah diputuskan oleh beberapa mahkamah, salah satu yang merupakan mahkamah perlembagaan berdasarkan perlembagaan ini.
Bukan itu sahaja, malah mahkamah perlembagaan itu dirombak, menurut perlembagaan ini. Dan kini, ia menuntut agar perlembagaan ini digantung, saya dengan tegas menolaknya dan menyeru kepada anda untuk melindungi dan berpegang kepadanya, dan tidak menerima apa-apa alternatif selainnya.
Satu-satunya pilihan untuk anda, saya mengumumkan kepada anda, bahawa saya adalah presiden Mesir yang dipilih, dan perlembagaan Mesir dihormati oleh semua, dan bahawa undang-undang Mesir yang berkuat kuasa, sehingga ammendents yang perlu dibuat dilaksanakan, dalam mengikut perlembagaan ini.
Pilihan raya parlimen perlu diadakan, di bawah pengawasan juduciary penuh dan diuruskan oleh jawatankuasa pilihan raya, yang dikenali dan ditakrifkan dalam Perlembagaan ini, dan bahawa pilihan raya ini akan dijamin oleh angkatan tentera, dan sebelum itu, Kementerian dalaman dan polis.
Dunia sedang memerhatikan kita, dan kita tahu diri kita, kita dapat mengatasi halangan. Kita adalah anak-anak Mesir di negara ini, ini adalah kehendak orang-orang Mesir, dan kehendak ini tidak boleh dibatalkan dengan peredaran satu tahun.
Bagaimana ini boleh berlaku? Dan dunia apakah yang kita hidup di dalamnya? Kita hidup dalam dunia yang bercakap tentang demokrasi.
Tidak boleh ada demokrasi khas yang hanya sesuai untuk Mesir sahaja, demokrasi mesti menjadi hak orang Mesir kepada kebebasan, dan mengamalkan demokrasi seperti yang ia telah diketahui dan ditakrifkan oleh dunia ini. Demokrasi, pilihan majoriti, dan untuk mengikuti sekali hasil daripada proses ini telah diumumkan. Hasil daripada proses ini telah diumumkan, jadi mengapa kita mahu menghentikan kemajuan ini.
Adakah kita mahu pertumpahan darah? Kita tidak boleh menerima demikian itu dan saya menyeru kepada anda supaya menghentikan pertumpahan darah, dan tidak jatuh ke dalam ‘lembah peperangan’, kerana jika itu berlaku, negara ini akan berada dalam bahaya yang besar.
Kita kini berada di hadapan cabaran sejarah yang besar. Kita semua akan berdiri di hadapan Allah untuk mengira, supaya Allah akan bertanya kepada kami: Apakah yang kamu lakukan dengan apa yang telah diamanahkan kepada anda? Jadi di sini saya membuat tawaran kepada anda, satu-satunya tawaran, dan itu adalah untuk berpegang kepada kebenaran dan demi perlembagaan untuk terus di bawah naungannya, selepas ia telah diterima pakai dalam referendum besar yang berlaku pada 25 Disember 2012 lalu , dan di mana kita hidup untuk 6 bulan lepas sehingga sekarang.
Tiada perlembagaan yang lain, ia tidak boleh, dan ia tidak boleh diterima, saya tidak boleh menerima ini semua, dan saya tidak meluluskan untuk anda bertarung, saya memerintahkan anda untuk tidak berperang keatasnya , dan saya tidak menerima supaya mundur ke belakang. Dan saya tidak menyetujui untuk diri sendiri membiarkan wujud perlembagaan baru.
Perlembagaan berubah setiap beberapa bulan adalah huru-hara dan tidak mempunyai undang-undang dan tidak mempunyai rujukan, ia adalah mundur bagi negara kepada keadaan lama, apabila kita telah memutuskan bahawa negara ini menjadi stabil selepas revolusi 25 Januari.
Orang terhormat, rakyat Mesir di mana-mana, di mana sahaja anda berada, ini adalah negara kita, ini adalah negara kita, dan kita hidup di dalamnya di bawah langit Tuhan kita, dan kita tahu kebenaran semua mengenai perancangan jahat terhadap kami dan anda juga tahu. Dan anda sedar bahawa perancangan jahat terhadap kita itu adalah besar.
Dan saya bercakap kepada anda semua, saya bercakap kepada anda semua, kepada penyokong dan pembangkang dan badan kehakiman, dan pekerja-pekerja, petani dan orang-orang kementerian dalaman dan orang-orang angkatan tentera dan seluruh rakyat Mesir, anda adalah anak-anak Mesir, dan pemilik negara ini, anda adalah orang-orang yang mampu melindungi keselamatan dengan restu Tuhan.
Dan tanggungjawab terbesar sekarang, adalah bahawa kita memastikan keselamatannya dan rakyatnya dan menjaga darah mereka daripada tumpah melalui berpegang kepada perlembagaan yang telah kita bawa bersama-sama, saya berdiri dengan anda dan saya berdiri di antara kamu.
Saya akan terus dengan anda untuk melindungi perlembagaan ini, dan saya tidak mempunyai penghalang, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, bulan lalu, minggu lalu, hari yang lepas dan sekali lagi sekarang. Saya bersedia untuk semua orang untuk datang ke meja, dan bagi saya untuk duduk, berunding dengan semua, dan mengadakan dialog dengan semua, dari penyokong dan pembangkang dan inisiatif yang telah saya sebutkan kepada anda hari ini, bahawa saya diterima dan kira-kira yang anda tahu semua butiran sekarang, supaya kita dapat menyelamatkan negara kita melalui dialog ikhlas berkesan, dan bergerak ke hadapan.
Jika sebaliknya berlaku, yang akan menjadi tanggungjawab mereka yang telah memaksanya. Tanggungjawab mereka di hadapan Allah dan sejarah dan rakyat negara ini. Tiada siapa yang telah diberi kuasa oleh rakyat negara ini, yang dimiliki oleh rakyat negara ini, tiada siapa yang boleh memaksakan pendapat mereka menggunakan kuasa ini, mereka tidak mempunyainya, walaupun saya sendiri. Saya tidak mengenakan tekanan kepada rakyat untuk memastikan mereka daripada menjejaskan hasrat mereka, yang tidak boleh diterima oleh saya atau oleh orang lain.
Jadi, kita semua berpegang kepada perlembagaan, kita semua hormati undang-undang, kita semua sayangkan negara kita, Mesir, kami cintakan negara Grand Arab, kita suka dunia ini kita hidup di dalamnya, kita suka menjadi warganegara dunia ini, yang menyeru untuk keamanan, dan melaksanakan apa yang membawa ke arahnya, dan melaksanakan tugas-tugas mereka.
Dan di sini saya melaksanakan tugas saya kepada anda semua. Tiada alternatif kepada legitimasi, tidak ada alternatif kepada perlembagaan, tidak ada alternatif kepada undang-undang, tidak ada alternatif terhadap menghormati kehendak (ramai).
Saya menghargai bahawa ada pembangkang yang kuat dan berkesan. Tetapi saya juga melihat sokongan yang besar. Dan saya lihat di belakang saya dalam sejarah baru-baru ini, setahun yang lalu, maka enam bulan yang lalu, kehendak rakyat, yang telah terjejas melalui proses undang-undang, dan telah mengambil tempat di dalam satu proses yang diluluskan oleh semua, dan diterima oleh semua, dan kami telah tinggal di bawahnya selama setahun, dan itu adalah bukti penerimaan dan bukti ke arah berkenaan dengan perlembagaan, dan ia adalah bukti bahawa tidak ada alternatif kepadanya.
Tetapi, apabila kita sampai hari ini dan mengatakan bahawa kita mesti berhenti kemajuan ini dan kembali ke persegi satu lagi, ini tidak membawa kita ke hadapan dan tidak meletakkan kita dalam kedudukan untuk pembangunan sebenar, dan tidak membawa kita lebih dekat untuk menjadi benar-benar bebas dalam negara kita. Kami tidak menerima bahawa sesiapa mengenakan kehendak mereka.
Orang-orang ini, telah matang, dan mempunyai kesedaran yang cukup untuk melindungi diri mereka sendiri, darah, maruah, kebebasan dan legitimasi di mana mereka tinggal. Ini adalah mesej saya kepada anda, saya menyatakan dengan jelas. 3 Saya dengan anda, berdiri dengan anda di Mesir, di atas tanah, untuk melindungi legitimasi dan menjalankan urusan kami pemikiran, dan bahawa Allah mengawasi segala-galanya.
Wahai orang Mesir, ketahuilah , bahawa kita tidak boleh menjadi pelindung agama kita lebih daripada kemampuan Allah mampu. Dan tidak boleh menjadi pelindung negara ini melebihi daripada kemampuan Tuhan kita, dan kita bekerja di bawah harapan menjadi adil, kita mahu keadilan untuk negara kita, kita mahu kebebasan untuk semua rakyat Mesir, kita mahu melindungi legitimasi sudah didirikan, dan kita mahu keadilan sosial.
Saya menyeru kepada semua orang, untuk menjadi penjaga bangsa ini, dan untuk melindungi legitimasi ini, perlembagaan dan undang-undang. Dan "tahu bahawa Allah adalah menang, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu". Ia adalah di tangan Allah, dan kita hanya mempunyai kehendak kita di tangan kita, dan saya mengumumkan di sini bahawa kita cintakan negara ini, dan kepatuhan kita kepada legitimasi yang telah didiri dan tidak ada cara selain jalan itu, dan tiada jalan belakang daripadanya .
Saya mengucapkan terima kasih, dan saya menawarkan hormat dan kasih sayang saya, dan mahukan anda semua berjaya, dengan anda dan melalui anda dan dengan rahmat Allah dan kita akan bergerak ke hadapan, dan Allah akan membantu kita. Memberkati anda semua. As-salam ‘alaikum ...
PRK DUN N1 KUALA BESUT...PENAMAAN CALON 12/07/13...PEMBUANGAN UNDI 24/07/13....UNDI AWAL 20/07/13.
Penamaan Calon 03 Ramadhan 1434 / 12 Julai 2013, Jumaat....Hari Mengundi PRK N01 Kuala Besut : 15 Ramadhan 1434 / 24 Julai 2013, Rabu.
KENAPA DR MORSI TERSUNGKUR PADA PANDANGAN PROFESSOR DR MOHAMMAD AGUS YUSOF!!!!!
PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.
Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.
Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.
Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.
Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan ‘revolusi’ membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.
Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.
Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!
Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraq—demokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan. Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir.
Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam. Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik.
Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.
Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya.
PEROMPAK BERTEMU BUKU DENGAN RUAS!!!!...SEORANG PEROMPAK DITEMBAK MATI OLEH SEORANG TAN SRI DAN 2 RAKAN JENAYAHNYA CABUT LARI LINTANG PUNGKANG TAK CUKUP TANAH!!!!
Seorang perompak bersenjatakan sebilah parang telah menyerbu sebuah klinik di Cheras semalam mendapati dirinya merompak mangsa yang salah apabila kena tembak ketika cuba melakukan rompakan
Mangsa adalah seorang Tan Sri yang sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik tersebut pada masa itu.
Dalam kejadian itu, tiga lelaki menyerbu ke klinik dan menuntut semua orang yang berada dalam klinik untuk menyerahkan semua barang-barang berharga dan wang tunai.
Tan Sri, berumur lingkungan yang 50-an, terus keluarkan pistol dan memberitahu 3 perompak berkenaan untuk meninggalkan klinik jika tidak dia akan melepaskan tembakan.
Amaran keras Tan Sri itu langsung tidak diendahkan perompak-perompak berkenaan apabila salah seorang dari mereka menerkam dan terus menyerang beliau dan berlaku pergelutan mengakibatkan beberapa das tembakan telah dilepaskan dan membunuh salah seorang daripada perompak itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh berkata polis mendapati perompak yang mati beberapa 30m dari klinik dengan luka tembakan di lutut, perut dan punggung.
Suspek mati, berusia 20-an, telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kedua-dua yang lain melarikan diri tempat kejadian.
"Tan Sri mengalami kecederaan ringan, melecet pada perutnya apabila salah seorang perompak telah cuba untuk mencedrakannya dengan parang," kata Mohan.
Polis juga telah menjumpai sebilah pisau di tempat kejadian dan sebuah kereta Nissan diletakkan di luar klinik, yang telah dilaporkan dicuri dalam satu lagi rompakan klinik yang berlaku di Taman Mahkota Batu 9, Kajang pada hari Rabu.
"Ini menunjukkan bahawa perompak juga berkaitan dengan rompakan terawal," katanya.
"Kami telah merampas senjata Tan Sri untuk siasatan dan kita juga mendapati bahawa dia mempunyai lesen untuk meembawa senjata api."
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.
JOM KITA KENALI SIAPA DIA PRESIDEN DR MOHAMED MORSI AL HAFIZ YANG DIGELAR TV3 SEBAGAI DIKTATOR!!!!
MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.
Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.
Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.
Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.
Dakwah dan Politik
Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).
Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.
Penjara dan Penangkapan
Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.
Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.
Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.
USTAZ DON DANIYAL KECAM TV3 KERANA MENGGELAR PRESIDEN MESIR DR MORSI AL HAFIZ, SEBAGAI DIKTATOR DI FB TERSEBAR BEGITU LUAS DI INTERNET!!!!
Kebiadapan TV3 yang amat keterlaluan menggelar Presiden Mesir yang sah dipilih rakyat secara demokrasi mengikut perlembagaan, Dr Morsi sebagai diktator mengundang amarah dari pendakwah muda yang tersohor kini, Ustaz Don Daniyal.
Luahan hati di paparkan di laman sosial FBnya.
Apabila mengulas berkenaan presiden Mesir, Dr Morsy yang merupakan seorang pemimpin islam, tetapi ana sangat sedih dengan kenyataan ini TV3 menggelar beliau sebagai diktator.
Apa ini?
Tolonglah..
Dia seorang pemimpin islam yang berani menegakan yang Haq malah Al Hafiz.
Ya Allah.
Engkau jagalah pemimpin islam di mesir iaitu Dr Morsi Al Hafiz..
Engkau berikan kekuatan kepada dia. Kuatkan keimanan beliau. .
Ana nasihatkan kepada media dimalaysia.
Tentera islam bukan pemberontak tetapi mujahidin menegakan syria islam..ubahla. Takbir
Thursday, 4 July 2013
PANASSS!!!!!... KERANA TIDAK DAPAT DUIT DARI MENTERI KESIHATAN, DATUK SERI DR S. SUBRAMANIAM...BLOGGER UMNO AJAK RAKAN-RAKAN BLOGGERNYA BOIKOT PEMIMPIN DAN KEMENTERIAN BERKENAAN!!!!!!
Tabung Kebajikan Wartawan Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) semalam menerima sumbangan peribadi RM20,000 daripada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Sumbangan itu diumumkan oleh Subramaniam pada majlis 'Sepetang bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam' di Rumah Kelab NPC di Kuala Lumpur malam tadi, dalam lawatannya buat kali pertama.
"Sebagai tanda penghargaan, saya memberi sumbangan RM20,000 untuk wartawan yang terkorban ketika melaksanakan tugas," kata beliau semasa lawatannya buat kali pertama ke kelab itu.
Kisah sumbangan ini ada yang membuat blogger naik darah bertingkat-tingkat sebab tiada sumbangan diterima kepada rakan blogger beliau yang dikatakan amat berjasa besar kepada UMNO/BN dalam pilhanraya yang lalu.
Punya dia naik angin dia nak ajak rakan-rakan blogger termasuk pengiat dalam laman sosial sekali yang berjiwa UMNO untuk boikot Menteri dan kementerian berkenaan.
Inilah perangai juak-juak UMNO apabila berblog...tak de duit tak jalan... No Money No Talk...Beri sumbangan kepada pihak lain tidak kepada dirinya akan rasa dengki cemburu mengila.
Blogger UMNO dilihat seolah-olah bukan mem pertahankan kebanaran tetapi mempertahankan wang ringgit jika dibaca apa yang ditulis di blognya yang berbunyi..
Kalau Datuk Seri S.Subramaniam mengeluarkan sumbangan untuk kakitangan hospital Sangkakala pun tak berapa nak kisah sangat sebab itu kementerian yang dia jaga, tapi kepada wartawan tu Sangkakala rasa macam S.Subramaniam tak hargai blogger blogger yang turut sama memainkan peranan dalam kempen pihak kerajaan.
Kalau Datuk Seri rasa begitu, Sangkakala tidak teragak agak untuk meminta semua penggiat media sosial seperti blogger, facebooker dan lain lain untuk berhenti mengeluarkan artikel yang berbentuk pembelaan kepada Menteri Kesihatan ini atau kementerian kesihatan itu sendiri.
Untuk apa membela seorang Menteri dan sebuah Kementerian jika pihak lain mendapat keuntungan serta perhatian? Seolah olah kewujudan penggiat media ini tidak memberikan kesan dalam kemenangan Barisan Nasional pada PRU yang lalu.
Sangkakala berharap agar akan ada blogger blogger yang hebat serta mempunyai nama di arena penulisan media sosial menyokong apa yang Sangkakala katakan ini.
UTUSAN KALAH LAGI!!!!!...UTUSAN DI SAHKAN MEMFITNAH BEKAS MB PERAK DS IR NIZAR MENGENAI PEMBELIAN NO PLAT WWW 1 DAN DIARAHKAN BAYAR RM250,000!!!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia, bersalah memfitnah mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, mengenai suatu artikel yang diterbikan oleh Utusan dimuka depan tentang pembelian no plat WWW 1 tidak beberapa lama dulu.
Ekoran dari terbitan artikel itu, DS Nizar telah ambil tindakan sivil saman malau terhadap Utusan.
Hari ini kebenaran terlah terserlah dan terungkai...Utusan disahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat fitnah jahat terhadap DS Nizar.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Utusan bayar ganti rugi saman malu sebanyak RM250,000 dan kos RM30,000
Nampaknya setiap kali Utusan disaman dan setiap kali juga kalah dan terpaksa bayar ganti rugi kepada palintif atau pihak yang menyaman.
Ternyata Utusan adalah akhbar kaki fitnah nombor satu dalam Malaysia jika diukur dari kes saman malu yang dia kalah.
PENYOKONG TEGAR SLOGAN 1M'SIA DIHERET KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN MENERIMA RASUAH??????
Tertuduh, Azhar (depan) dan Md Salmi berpakaian baju T kelabu logo 1M'sia(belakang, kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen 2 Alor Setar, semalam atas pertuduhan rasuah.
ALOR SETAR - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan pengusaha kafe dihadapkan ke mahkamah sesyen, di sini semalam atas pertuduhan menerima suapan berbentuk rasuah sebanyak RM500.
Bagaimanapun tertuduh, Inspektor Azhar Esa, yang berkhidmat di Bahagian Ketenteraman Awam Cawangan Pengiring Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar dan Md Salmi Jamaludin, 27, yang mengendali sebuah kafe di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sini, mengaku tidak bersalah.
Azhar, 33, dituduh menerima suapan wang tunai bernilai RM500 itu melalui Md Salmi daripada Mohd Khairuldin Othman, 22, sebagai sogokan supaya melepaskan sebuah motosikal yang disita di bengkel Reng Maa Motor, Jalan Kota Tanah, Alor Setar, pada 2 Februari 2012.
Motosikal itu kemudiannya dibawa dan disimpan di Bahagian Trafik IPD Kota Setar.
Manakala Md Salmi pula dituduh menerima suapan RM500 daripada Mohd Khairuldin sebagai dorongan untuk melepaskan motosikal itu yang disita di bengkel Reng Maa Motor oleh polis Trafik IPD Kota Setar pada tarikh sama.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Februari 2012 kira-kira jam 5 petang di gerai Medan Kota, Jalan Pegawai dekat sini.
Azhar didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), manakala Md Salmi mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta 694.
Kedua-duanya tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama jika disabitkan kesalahan.
Mengikut akta tersebut kedua-dua tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Pada akhir pendakwaan, Hakim Mohd Rosli Osman membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin.
Beliau menetapkan 5 Ogos depan untuk perbicaraan serta bagi membolehkan tertuduh melantik peguam masing-masing.
Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Syahrul Khuzaini Amiruddin menjalankan pendakwaan.
PUNYALAH SOKONG KUAT SLOGAN 1M'SIA...SAMPAI PERGI MAKAHAMAH SEBAGAI TERTUDUH PUN PAKAI BAJU YANG ADA LOGO 1M'SIA.... SIKIT PUNYA BESAR KE LOGO 1M'SIANYA.
APA SUDAH JADI DENGAN PERKASA!!!!!...UMNO SUDAH TIDAK MAU PARTI ITU DIKAITKAN DENGAN PERKASA!!!!
Jangan kaitkan Perkasa dengan Umno
GEORGETOWN - Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam A.Tanasekharan hari ini diberi amaran keras oleh Speaker Dewan, Law Choo Kiang kerana mengaitkan Perkasa dengan Umno.
Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan Perkasa untuk mengadakan demonstrasi anti-kerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum.
"Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.
Kenyataan Tanasekhharan itu menyebabkan Adun (BN-Pulau Betong) Muhamad Farid Saad menuntut Law, meminta agar wakil DAP itu untuk menarik balik dan tidak mengulangi tuduhan tersebut.
"Umno adalah Umno, Perkasa adalah Perkasa. Saya juga boleh mengaitkan DAP dengan pelbagai perkara.
"Saya tidak mahu melakukannya. Sila tarik balik kenyataan itu," kata Farid. - Bernama
PERGH!!!!!... BETAPA HINANYA PERKASA SEKARANG INI DIMATA UMNO...HABIS MADU SAMPAH DIBUANG... PERKASA KINI SUDAH DILIHAT MACAM NGO YANG TIDAK MEMBAWA UNTUNG KEPADA PERJUANGAN UMNO.
KALAU PERKASA MASIH TAK SEDAR DIRI.. TAK TAHU NAK CAKAP APA..SELALU JIKA PERKASA CUKUP RAPAT DIHATI UMNO SUDAH PASTI ADUN UMNO/BN TIDAK MELENTING JIKA PERTUBUHAN ITU DIKAITKAN DENGAN UMNO.
JELAS SEKARANG PERKASA UMPAMA KEDATANGAN MU TIDAK DIUNDANG PEMERGIAN MU TIDAK DIHALANG MALAHAN AKAN DIHAMBAT.
TUAH BADAN ANTARA IBRAHIM ALI DENGAN AZEEZ RAHIM....CARA SAMA TAPI NASIB BERBEZA!!!!
Walaupun cara Ibrahim Ali dengan Azeez Rahim serupa 100% apabila bersalaman dengan Rosmah Mansor malahan Ibrahim Ali kelihatan lebih menghormati sebab lebih rendah beliau membongkokkan badannya namun nasib mereka tidak serupa.
Azeez Rahim walaupun sekadar lulusan SPM namun telah diangkat sebagai Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji sedangkan Ibrahim Ali yang tumpas di Pasir Mas pada PRU 13 lalu, langsung sebelah mata tidak dipandang mengakibatkan beliau semalam dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perkasa telah hentam dan serang Najib serta UMNO.
Jika diukur dari pengaruh peribadi dan ramainya penyokong antara Ibrahim Ali dengan Azeez Rahim, kena akui Ibrahim Ali jauh lebih ramai dan hebat dijulang.
Ibrahim Ali mendapat dokongan dan sokongan padu dari mantan Presiden UMNO selama 22 tahun Tun Mahathir sampaikan beliau melepaskan kata-kata agar lebih ramai individu semacam Ibrahim Ali di negara kita ini..Sanggup berkempen bermati-matian di Pasir Mas, Kelantan semata-mata mau memenangkan Ibrahim Ali disana sedangkan tidak pernah Tun Mahathir ke Baling berkempen untuk Azeez Rahim.
Apa yang hebat Azeez Rahim dimata Najib sehingga melantik beliau kejawatan yang cukup penting dan bermakna kepada umat Islam di negara ini?
Mengapa Ibrahim Ali langsung tidak ada tempat di jiwa dan hati Najib Razak sampaikan beliau naik angin satu badan menyerang Najib dan UMNO?
Setelah Ibrahim Ali khianat kepada PAS yang memberi peluang menggunakan lambang parti tersebut dalam PRU 12 hingga menang dan menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas akhirnya dilihat kini beliau sudah dikhianati UMNO, parti yang beliau arahkan agar semua penyokong dan ahli Perkasa berikan sokongan tidak berbelah bagi.
Akhirnya dalam bahasa sinis tajam Ibrahim Ali menyatakan beliau ingin menjadi pemandu teksi atau atendan pam stesyen minyak bagi menyambung sara hidupnya.
Satu yang nyata..Ibrahim Ali tiada tempat dalam UMNO dan arus perdana politik negara.
Wednesday, 3 July 2013
AKHIRNYA IBRAHIM ALI SUDAH SEDAR DARI MIMPI!!!...LUAHKAN RASA KESAL PERKASA SOKONG UMNO PADA PRU 13 LALU!!!.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.
"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa"
Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya.
"Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa.
"Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya. 3 Julai, 2013.
KETUA PENGARAH KESIHATAN BELASAH PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG YANG MELAKUKAN KERJA BODEK!!!!
Surat perkeliling yang dipercayai dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang agar semua kakitangan dibawah seliaan dan jagaannya klik "like" Laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengundang kemarahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sendiri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman facebooknya.
Kata-kata dalam bahasa Inggeris yang agak keras telah diluahkan.
Antara ayatnya ialah: Salam, I was shocked to read this letter from a state director. Never did I ever mention or instruct anyone to issue this letter or worst using my name and to like me!!!!. This is a quality of our state director misinterpreting KSN advise to public servant namely KSU and KPK to engage in Facebook.
This state director went overboard and overkill issuing such letter signed by him without the top management approval. He owes the director general , MOH and the government an apology. This is the mentality of some of director issuing such statement and letter without thinking of the consequences.
Inilah dinamakan bodek melulu akhirnya kena lutu!!!!!
ISU MEMILIKI 20 AKAUN BANK BERJUMLAH RM332 JUTA DI LUAR NEGARA TERMASUK ISRAEL!!!... DSAI CABAR AHLI PARLIMEN BN RENGGAM AGAR ULANGI TUDUHAN DILUAR DEWAN!!!!!
Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.
"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.
Akibat dari pertuduhan liar berniat jahat dengan berselindung dibawah hak keistimewaan sebagai ahli parlimen yang tidak boleh diambil sebarang tindakan undang-undang sama ada jenayah mapun sivil maka sebentar tadi DSAI dalam parlimen telah mencabar Ahli Parlimen Renggam agar ulangi pertuduhan diluar dewan agar beliau akan ambil tindakan saman keatas dirinya.
Taubat lahom mampus keras tidak akan berani disambut cabaran DSAI punya!!!!
Beliau boleh kaitkan kononnya memperolehi maklumat berkenaan di Wikileaks.. No hal..no problemo.
IBU-IBU TUNGGAL YANG SAMAN KERAJAAN PR NEGERI SELANGOR TAHUN LALU KINI SUDAH MENGHILANGKAN DIRI SETELAH SAMAN DITOLAK MAHKAMAH RAYUAN!!!!!!
SHAH ALAM - Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail menyeru 2,020 ibu tunggal yang menyaman kerajaan negeri sebelum ini untuk segera mendaftar skim ditawarkan sekiranya belum berbuat demikian.
Rodziah berkata, sekiranya proses tapisan dibuat mendapati ibu tunggal tersebut layak maka mereka dapat menikmati skim-skim ditawarkan kerajaan negeri.
“Kita (kerajaan negeri) menyeru 2,020 ibu tunggal supaya segera daftar jika belum dan akan diproses pendaftarannya.
“Bagi yang sudah dan didapati layak akan diberi skim perkhidmatan untuk dimanfaatkan,” katanya pada sidang media di Sidang Dun di sini, semalam.
Sebelum ini, ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan kes saman ibu tunggal terhadap kerajaan negeri dibatalkan pada 13 Mei lalu.
Ia kerana penyelesaian tuntutan terhadap tawaran manifesto politik tidak boleh menerusi proses mahkamah.
Menurutnya, pelbagai kes lain dibawa ke mahkamah terhadap kerajaan negeri ‘dilenyapkan’ selepas PRU13.
Katanya, tindakan itu dianggap sebagai provokasi politik bertujuan mencemar imej kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Rodziah berkata, kerajaan negeri sedang menyemak status permohonan mereka untuk pelbagai skim dan tawaran kepada ibu tunggal.
“Ada antara mereka pernah menyertai skim Jom Shopping serta menerima bantuan kewangan untuk pelbagai tujuan.
“Penegasan kerajaan negeri mengenai dasar kebajikan kepada berpendapatan sentiasa menjadi asas kepada peruntukan dan belanjawan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk golongan ibu tunggal,” katanya.
Tuesday, 2 July 2013
SEORANG DOKTOR PAKAR BEDAH KANSER DISINGAPURA TELAH DIHUKUM GANTUNG 3 TAHUN DAN DENDA RM25,000 KERANA AMBIL KESEMPATAN CAJ PESAKITNYA SEORANG KERABAT DIRAJA BRUNEI SEBANYAK RM60JUTA!!!!!
Mahkamah tertinggi di Singapura telah menolak rayuan oleh pakar bedah kanser Dr Susan Lim terhadap sabitan beliau atas tuduhan salah laku profesional ke atas jumlah yang dia dikenakan pesakit daripada keluarga diraja Brunei.
Dalam penghakiman bertulis 109-halaman, Tiga Hakim Mahkamah Rayuan berkata kes Dr Lim adalah "jelas salah satu daripada kes-kes yang paling serius - jika tidak kes yang paling serius setakat ini - membuat caj berlebihan dalam bidang perubatan dalam konteks tempatan".
Mahkamah menolak dakwaan Dr Lim bahawa beliau adalah wajar dan tidak ada kewajipan etika untuk mengenakan jumlah yang adil dan munasabah dan menunjukkan pendekatan yang beliau menunjukkan sebarang penyesalan.
Dalam penghakimannya, ia memutuskan terdapat had etika objektif ke atas yuran perubatan yang beroperasi di luar kuasa kontrak dan pasaran.
Mahkamah mendapati bahawa, memandangkan pengetahuan khusus doktor dan latihan, ada timbul satu kewajipan etika di pihak doktor supaya tidak mengambil kesempatan daripada pesakit beliau.
Dan kewajipan ini etika untuk mengenakan bayaran yang adil dan munasabah tidak digantikan dengan perjanjian yang sah di antara doktor dan pesakit, mahkamah berpendapat.
Tahun lepas, Dr Lim telah didapati bersalah atas 94 tuduhan salah laku profesional oleh Majlis Perubatan jawatankuasa tatatertib Singapura untuk mengenakan kira-kira S$ 24mil (berjumlah RM60 juta) bagi perkhidmatan yang diberikan kepada Pengiran Anak Hajah Damit Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohd Alam selama 110 hari rawatan daripada Januari hingga Jun 2007.
Dr Lim kemudiannya diberikan penggantungan tiga tahun dan didenda S$ 10,000 (RM25, 000) - hukaman yang telah dipersetujui oleh mahkamah rayuan
BUNG MOKHTAR KENA MARAH DENGAN SPEAKER DEWAN RAKYAT KERANA SURUH CEO AIR ASIA X PINDAH KE NEGARA LAIN SEBAB KRITIK UTUSAN SAMBIL MENGGELARNYA SEORANG MELAYU BIADAP!!!!!!
Pagi ini dalam persidangan parlimen Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menegur Ahli Parlimen UMNO/BN Kinabatangan Radin Bung Mokhtar kerana mengutuk sambil halau Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X Azran Osman Rani sebagai "Melayu Biadap" kerana kritikan pedas dan tegas tetapi benar beliau mengenai satu artikel mukda depan keluaran Utusan selepas keputusan PRU 13 yang bertajuk ' APA LAGI CINA MAU"
Kelantangan Bung Mokhtar dalam dewan telah membuat Speaker Dewan Rakyat Pandikar Mulia menegur Bung Mokhtar agar tidak mengambil kesempatan hak keistimewaan sebagai ahli parlimen berhujah dalam parlimen menyerang mana-mana individu dalam dewan yang mereka tidak mampu nak jawab balik dalam parlimen.
Rupa-rupanya kalau tegur Utusan sudah dilabelkan sebagai Melayu Biadap.
PANASSSS!!!!... PROTES KEPUTUSAN PRU 13!!!..KETUA PEMBANGKANG TERKEDU MALU GAGAL KEMUKA HUJAH DENGAN FAKTA!!!
KETUA PEMBANGKANG SELANGOR BERHUJAH GUNA AIR LIUR BASI DAN BUKANNYA HUJAH BERBUKTI!!!!
Ketua PembangkangSelangor, Datuk Shamsudin Lias terkedu apabila diminta menyatakan mana-mana perkara daripada Perlembagaan Negara atau undang-undang negara ini yang menghalang rakyat negara ini melakukan protes terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu.
Sebaliknya apabila ditanya Mohd Khairuddin Othman (PAS, Paya Jaras) beliau (Shamsudin) cuba berdalih.
“Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh jelaskan fasal mana satu yang dilanggar?” soal Khairuddin selepas diberikan laluan untuk mencelah.
“Ia hanya secara prinsip saya sahaja,” jawab Shamsudin ringkas ketika membahaskan titah ucapan DYMM Sultan Selangor di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini.
Sebelum itu, Shamsudin dilihat gagal mengemukakan fakta yang sahih dalam ucapannya.
Shamsuddin turut mengecam pemimpin politik yang terlibat dengan perhimpunan aman #Blackout505 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 lalu.
Menurut Shamsudin kedua-dua tindakan tersebut sebagai tidak menghormati undang-undang negara.
Shamsudin sekali lagi tidak terkata apa-apa apabila Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut meminta beliau menjelaskan samada hak rakyat untuk berhimpun secara aman itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
POLITIK DENDAM KESUMAT!!!!!!..TOK ALI KALAH DI BUKIT KATIL, LEBIH 300 PENIAGA PASAR RAMADHAN TAMAN CEMPAKA MENJADI MANGSA!!!!!!
KUALA LUMPUR, 1 JULAI: UMNO dianggap petualang apabila sanggup bertindak menutup periuk nasi lebih 300 peniaga pasar Ramadan Taman Cempaka dalam kawasan Parlimen Bukit Katil selaras dengan penutupan Jonker Walk, Melaka.
Pendedahan mengejutkan itu sekaligus meleraikan kontroversi di sebalik fitnah jahat Mingguan Malaysia semalam yang mendakwa DAP mencadangkan agar pasar Ramadan ditutup.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian pada sidang medianya bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau juga menyifatkan tulisan Awang Selamat terhadapnya dalam Mingguan Malaysia sebagai satu fitnah jahat dan bodoh dan meminta akhbar kawalan UMNO itu memperbetulkan tuduhan mereka.
“Utusan Malaysia hanya mengemukakan pembohongan dan memutar-belitkan segala kenyataan pemimpin DAP hingga 180 darjah untuk mewujudkan persepsi palsu bahawa DAP parti rasis walaupun hakikatnya tidak benar,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mencabar Utusan Malaysia membongkar kebenaran bahawa yang menutup pasar Ramadan, yang menyinggung perasaan umat Islam lebih-lebih lagi menjelang Ramadan adalah UMNO-Barisan Nasional (BN) Melaka.
“Konteks kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini amat jelas tetapi telah dengan sengaja disalah tafsir dengan tujuan jahat.
“Saya menyindir Ketua Menteri Melaka kerana memberi alasan tidak wajar bahawa pasar malam Jonker Walk dan Taman Cempaka ditutup untuk selesaikan masalah kesesakan lalu lintas,” jelas Pua lagi.
Mengulas lanjut, Pua berkata, pihaknya tidak boleh menerima alasan itu kerana ia akan menyebabkan semua pasar malam, pasar tani dan bazar Ramadan ditutup dan bukan sahaja di Jonker Walk dan Taman Cempaka.
“Ini sekadar tindakan politik balas dendam Ketua Menteri Melaka yang baru dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam,” katanya.-Roketkini.com
KECOH SATU DUNIA PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI YANG BARU HANYA BERKELULUSAN SPM SAJA????
Perlantikan Ahli Parlimen Baling Azeez Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji kini sudah mula mendapat reaksi negatif bukan saja dari kalangan blogger pro PR tetapi yang paling ketera keras membantah ialah para blogger UMNO sendiri yang dilihat perlantikkan yang tidak kena pada tempatnya.
Azeez Rahim yang sebelum ini digelar Azeez Rempit, Azeez Putra dan juga Azeez Baling dizaman Pak Lah tetapi sudah bertukar jenama semasa pemerintahan Najib dengan gelaran Azeez Gaza dan Azeez Somalia.
Antara blogger UMNO yang cukup kuat menentang perlantikkan beliau ialah penghulu blogger pro UMNO Rocky Bru, yang menyifatkan perlantikkan beliau tidak lebih dari upah sebagai merampas kembali parlimen Baling dari PAS pada PRU 13 baru-baru ini.
Paling menyedihkan sudah kedengaran dari kalangan blogger pro UMNO memperlekehkan kelulusan akademik beliau yang sekadar lulus SPM yang diberi amanah terajui sebuah GLC sebesar Tabung Haji.
Apakah dengan kelulusan sedemikian beliau boleh menyumbang kearah kemajuan Tabung Haji?
Monday, 1 July 2013
EDISI TEMBELANG PECAH!!!....BR1M 500 DI GAMBARKAN MAMPU MENGUBAH NASIB RAKYAT MISKIN SELAMA-LAMANYA TAPI HAKIKATNYA BR1M RM1,200 HANYA MAMPU BERTAHAN SEKADAR 2 BULAN SAJA!!!!
Pemberian BR1M RM500 yang diiklan disemua saluran TV digambar seolah-olah pemberian sebanyak RM500 sudah boleh mengubah nasib rakyat miskin secara total untuk sepanjang hidup mereka tetapi hari ini Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan kata pemberian BR1M walaupun berjumlah RM1,200 sekadar boleh tahan selama 2 bulan saja...
Jelas sekali BR1M 500 tidak mampu bertahan lebih dari 1 bulan pun...Akhirnya propaganda TV sudah kantoi...
Tapi paling kantoi ialah ucapana Najib Razak sendiri betapa pemberian BR1M RM500 mampu bertahan untuk setahun.
Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun.
Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun.
"Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini. - 1 Julai, 2013.
AKHIRNYA SECARA TIDAK LANGSUNG AHMAD MASLAN SUDAH BERITAHU SATU DUNIA YANG NAJIB KAKI PENIPU...MENIPU RAKYAT SUSAH TERUTAMANYA YANG TINGGAL DI KAMPONG DAN LUAR BANDAR DIMANA TERLETAKNNYA SOKONGAN PADU UMNO.
PERTANDINGAN JAWATAN KETUA WANITA UMNO MALAYSIA....PENCABAR AZALINA OTHMAN SAID TAWARKAN JAWATAN PENGURUS KEMPEN KEPADA RAFIZI RAMLI?????
MUNGKIN AKUR TENTANG KEBOLEHAN LUAR BIASA PENGARAH STRATEGI PKR MERANGKAP AHLI PARLIMEN PANDAN, YB RAFIZI RAMLI, DS AZALINA OTHMAN SAID YANG BAKAL MENENTANG SHARIZAT JALIL MEREBUT JAWATAN KETUA WANITA UMNO MALAYSIA TELAH MENAWARKAN JAWATAN SEBAGAI PENGURUS KEMPEN KEPADA BELIAU!!!!!
Tawaran Azalina untuk Rafizi jadi pengurus kempen gamatkan Dewan Rakyat!!!!
Gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat hari ini.
Seloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang) tercetus ketika Rafizi (PKR-Pandan) bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.
"Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita Umno," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.
Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai UMNO terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang boleh membantunya.
Azalina pada Jumaat lepas dilaporkan mengakui kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno itu pada Pemilihan Agung Umno hujung tahun ini, membayangkan pertembungan sengit bagi merebut jawatan tertinggi sayap parti itu.
Ini memandangkan Shahrizat turut mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada 2009, selepas berdepan pertandingan hebat ketika menentang Tan Sri Rafidah Aziz.
Shahrizat sebelum ini "terpalit" dalam kontroversi NFC (National Feedlot Corporation) kerana perbadanan itu diterajui suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan ironinya kontroversi itu meletus setelah Rafizi membuat beberapa pendedahan berkaitan NFC.
SPR BELANJA RM400 JUTA UNTUK KENDALI PRU 13 TIDAK TERMASUK PERBELANJAAN DARI AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG LAIN!!!!
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Shahidan Kassim hari ini semasa soal jawab di parlimen telah mengesahkan betapa SPR telah membelanjakan RM400 juta untuk urus kendali PRU 13 yang lalu.
1) Elaun lebih masa sebanyak RM 5,081,00
2) Sewaan Pengankutan, Barung Semak Daftar Pemilih, Peralatan ICT, Sewaan Talian, Telefon dan Faks dan lain-lain sebanyak RM98,465.00
3) Bayaran perkhidmatan dan saguhati kepada semua petugas Pilhan Raya Umum adalah sebanyak RM204,100,00
4) Lain-lai perbelanjaan ialah sebanyak RM92,354.00
Jika dilihat pada jawapan bertulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jelas sekali perbelanjaan ini tidak termasuk perbelanjaan dari agensi-agensi kerajaan lain yang bersangkut paut dengan tugasan PRU 13.
Perbelanjaan sebanyak RM400 juta ini perlu dipersoalkan sedalam-dalamnya kerana ini melibatkan pertambahan 100% daripada peruntukan untuk PRU ke-12 pada tahun 2008. Kos untuk mengendalikan PRU ke-12 hanyalah RM200 juta. Mengapa dalam tempoh 5 tahun perbelanjaan untuk pilihanraya boleh melambung 100% walaupun bilangan pengundi yang terlibat hanya bertambah 20%?
RM400 juta untuk mengendalikan pilihanraya untuk 222 kerusi Parlimen bermaksud purata kos untuk pengendalian sebuah kawasan Parlimen ialah sebanyak RM1.8 juta! Ini merupakan satu angka yang cukup besar memandangkan had perbelanjaan untuk seseorang calon yang bertanding di peringkat Parlimen hanyalah RM200,000.
Seseorang calon perlu menjalankan kempen lebih 2 minggu, belanja untuk bahan cetakan dalam bilangan yang besar, tenaga manusia yang ramai dan banyak lagi perbelanjaan kempen. Sebahagian besar perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh SPR hanyalah untuk hari penamaan calon dan hari pengundian. Adakah ini memerlukan RM1.8 juta untuk satu kawasan?
Mengikut satu jawapan oleh bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong kepada Senator Dr S Ramakrishnan di Dewan Negara pada Mei 2011, anggaran perbelanjaan yang digunakan oleh SPR bagi menjalankan Pilihanraya Kecil (PRK) adalah di antara RM318,000.00 hingga RM1,290,000.00, bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terlibat dalam pilihan raya tersebut.
Perincian jumlah keseluruhan perbelanjaan setiap PRK sejak Pilihanraya Umum ke-12 diadakan adalah seperti berikut:
Bil Bahagian Pilihan Raya Jumlah Perbelanjaan
1 P.44 Permatang Pauh RM409,000.00
2 P.36 Kuala Terengganu RM325,416.00
3 P.59 Bukit Gantang RM460,971.00
4 N.25 Bukit Selambau RM318,000.00
5 N.29 Batang Ai RM391,700.00
6 N.12 Penanti RM514,600.00
7 N.41 Manek Urai RM548,003.00
8 N.11 Permatang Pasir RM461,367.00
9 N.31 Bagan Pinang RM449,485.00
10 P.94 Hulu Selangor RM1,200,000.00
11 P.212 Sibu RM1,000,000.00
12 P.185 Batu Sapi RM1,290,000.00
13 N.45 Galas RM1,047,000.00
14 N.05 Tenang RM1,100,000.00
15 N.27 Merlimau RM755,000.00
16 N.28 Kerdau RM915,000.00
Mengapakah perbezaan kos ini begitu besar sekali? Sekiranya kos untuk mengendalikan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008 hanyalah RM409 ribu, apakah justifikasi SPR membelanjakan purata sebanyak RM1.8 juta untuk sebuah kawasan Parlimen pada tahun 2013?
SPR perlu sedar bahawa setiap sen yang mereka belanjakan adalah peruntukan dari Parlimen iaitu wang daripada hasil cukai yang dipungut daripada rakyat. Mereka tidak ada kekebalan untuk merahsiakan perbelanjaan mereka dan berbelanja secara boros tanpa sebarang akauntabiliti. Rakyat Malaysia masih menunggu jawapan daripada SPR berkenaan skandal RM7.1 juta dakwat kekal yang tidak kekal. Kini, timbul pula isu pertambahan kos yang begitu mendadak. SPR tidak boleh terus membisu dan lari daripada persoalan-persoalan ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak Ketua Audit Negara seharusnya menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dan mengaudit segala perbelanjaan yang dibelanjakan oleh SPR untuk mengendalikan PRU13 memandangkan SPR bukan sahaja gagal memastikan pilihanraya yang bersih dan adil tetapi telah membazirkan ratusan juta wang rakyat.
LOKE SIEW FOOK
AHLI PARLIMEN SEREMBAN
HASRAT KM MELAKA NAK PATENKAN MASAKAN ASAM PEDAS DIBELASAH TERUK OLEH PEMIMPIN UMNO JOHOR!!!!!
MASAKAN ASAM PEDAS PUN PEMIMPIN UMNO NAK BERGADUH SESAMA SENDIRI KE?
PASIR GUDANG: Rancangan Melaka untuk mempatenkan asam pedas nampaknya seakan membawa kepada 'peperangan' yang panas dengan negeri jiran Johor.
Exco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan mendakwa bahawa hidangan yang panas dan pedas itu bukan milik eksklusif negeri Melaka tetapi adalah makanan biasa di seluruh negara.
"Johor mempunyai asam pedas versi tersendiri, begitu juga dengan negeri-negeri lain," katanya selepas menghadiri majlis tamat pengajian GiatMARA Johor di sini semalam.
Zulkurnain berkata walaupun mungkin terdapat sedikit perbezaan antara asam pedas Melaka dan Johor ini, namun ramai orang yang tahu bahan-bahan utama untuk hidangan ini.
Beliau berkata, masyarakat di kedua-dua negeri mempunyai versi kuah mereka sendiri dan ia adalah sesuatu yang "tidak masuk akal" bagi Melaka untuk menuntut bahawa hidangan itu adalah milik mereka sahaja.
"Bila Melaka mempatenkan asam pedas, sesiapa yang ingin memasak hidangan tersebut, termasuk chef, mungkin terpaksa membayar royalti," katanya.
Zulkurnain berkata ini akan menjadi amalan tidak sihat bagi negara ini jika setiap negeri menuntut atau mempaten hidangan tradisional.
Jika Melaka mahu mempatenkan asam pedas, Johor juga boleh melakukan perkara yang sama pada nasi beriani, nasi ambeng, mee bandung, botok-botok, lontong dan sambal goreng.
"Tetapi kita tidak mungkin berbuat demikian kerana kita mahu orang ramai dari luar Johor untuk menikmati hidangan ini," katanya.
RAKAMAN GAMBAR BETAPA ANJING LEBIH MENGHORMATI DAN PATUH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LALU LINTAS DARI MANUSIA!!!!!
Manusia buat undang-undang tetai manusia juga yang langgar undang-undang!!!
Lihat saja rakaman gambar diatas...Bagaimana seorang wanita ketika lampu isyarat masih merah sudah pun mau melintas sedangkan seekor anjing dibelakangnya hanya menunggu sehinggalah lampu isyarat bertukar hijau.
Tak tau nak ulas dan kata apa.
BEKAS PEMAIN KELANTAN YANG BERMAIN DENGAN PASUKAN JOHOR DT HINA FAM!!!!! ... BUANG PINGAT DIMENANGI SEBAGAI NAIB JUARA PIALA FA KEDALAM TONG SAMPAH!!!!!
Apakah kerana kecewa tak dapat miliki AUDI Q7?.. Atau gagal malu sebab tak mampu nak tumpaskan pasukan lama yang pernah diwakili?
Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.
Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan.
Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.
Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.
Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.
Perlu sokongan
Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu.
Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring.
berita harian online-
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...








































