Tuesday, 3 December 2013

KUANTAN HAMPIR LUMPUH ... SAMPAIKAN MAHKAMAH KUANTAN SUDAH MENJADI TEMPAT AIR TERJUN TAPI PEMIMPIN UMNO/BN LANGSUNG TIDAK NAMPAK MUKA!!!



Bandar Kuantan,Pahang sudah lumpuh di landa banjir besar .. malahan tidak salah dikatakan antara yang terbesar pernah melanda Kuantan sekian lama.

Omak Kau mendapat khabar berita betapa Menteri Besar Pahang dan Najib Razak langsung tidak nampak batang hidung... Mohon penjelasan dari pihak berwajib.

MACAM MANA WARGA KUALA LUMPUR TIDAK NAIK ANGIN SATU BADAN DENGAN DBKL... CUKAI PINTU TAKSIRAN NAIK SAMPAI 540%!!!


Omak Kau mendapat kiriman gambar bil cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bermenterikan Setiausaha Agung UMNO Malaysia Tengku Adnan Tengku Mansor betapa dulu rumah pusakanya di Cheras Baru Kuala Lumpur bil cukai taksiran yang wajib di bayar kepada DBKL ialah sebanyak RM3,960 setahun.

Baru-baru ini beliau telah dikejutkan apabila menerima notis menyemak semula senarai nilaian dari DBKL yang membritahu bahawa cukai taksiran keatas rumah yang didiaminya sekarang sudah melambung naik sehingga RM19,800 setahun bersamaan lebih kurang kenaikkan sebanyak 540% ( LIMA RATUS DAN EMPAT PULUH PERATUS).

Bukankah ini di namakan cekik darah rakyat sampai kering kontang.

Beberapa butiran terpaksa di padamkan atas permintaan tuan punya bil... Omak Kau perlu menghormati permintaan beliau.

Kalau tidak zalim dan menindas rakyat .. mau di panggil apa kerajaan begini?.. Yang seronoknya tu ... pada PRU 13 lalu dia memberikan undi kepada calon BN katanya.

TWEET MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN MINTA RAKYAT JANGAN MENGAMUK KINI MENJADI PERBUALAN RAKYAT!!!


Dato' Hasan Malek Menteri yang tersohor dengan buah fikiran meletup panas "elak makan ayam kalau harga ayam mahal" itu kali ini telah menyatakan isi hatinya mengenai isu yang cukup panas mendidih kini ... tarif eletrik naik 15% mulai bulan depan.

Dalam twitternya beliau telah berkicau minta rakyat jangan cepat sangat mengamuk dan tunding jari salahkan semua pihak .. sambung beliau lagi ...ramai dari kita sebenarnya tak terkesan pon!!! .. so keep calm.

Dia minta rakyat bertenang dan mendiamkan diri sebab rakyat langsung tidak terkesan.

Omak Kau rasa macam nak carut saja si menteri bebal ni .. Tarif elektrik naik 15% rakyat tidak terkesan?

Apa punya menteri .. lebih teruk dari daya pemikiran Pengerusi JKKK .. lebih hampeh dari macai UMNO.

Kenaikan ini akan menyebabkan kenaikan kos tenaga dalam bidang industri. Kilang-kilang terlibat terpaksa menyerap kos ini

Kesannya, gaji pekerja kilang yang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah mungkin tidak akan dinaikkan.

Pilihan kedua ialah dengan cara menaikkan harga barang keluaran mereka yang akan memberi impak kepada rakyat.

Paling terkesan ialah golongan pelajarlah kerana kebanyakkan dari mereka menyewa rumah beramai-ramai... sudah pasti penggunaan elektrik tinggi sedangkan mereka tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan.

Akhirnya yang menjadi mangsa adalah kedua ibu bapa mereka.

Masih lagi nak seru rakyat bertenang jangan mengamuk dan menunding jari semua pihak???????

EDISI KERAJAAN UMNO/BN MENIPU RAKYAT!!! ... 22HB NOVEMBER 2013 KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA KATA KERAJAAN TIADA HASRAT NAK NAIKAN TARIF ELETRIK ... TAK SAMPAI 2 MINGGU MENTERI JAGA TNB KATA TARIF ELEKTRIK NAIK 15% MULAI BULAN DEPAN!!!!



Kuala Lumpur: Kerajaan tidak melihat sebarang keperluan untuk menaikkan kadar tarif elektrik berikutan kestabilan harga minyak dunia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata harga runcit petrol dan diesel dunia kekal di bawah paras AS$100 dolar satu tong.

PAGEVIEWS BLOG OMAK KAU SEMALAM MENCECAH LEBIH 500,000 SEHARI.


Omak Kau dengan rasa rendah diri ingin merakam jutaan terima kasih kepada para peminat, pengintai, penjenguk, pembaca, penilai, pengkriktik, penegur dan pembenci blog ini sehingga buat julung kali sejak blog ini dilahirkan kira-kira 2 tahun yang lalu, pageviews untuk sehari semalam mencecah lebih 500,000 dan visit hampir 85,000.

Omak Kau sedar bahawa angka ini tidak mungkin akan di capai lagi kerana ianya bergantung dan ikut pada musim serta kehangatan artikel yang di hidangkan.

Sokongan kalian akan menyuntik semangat untuk Omak Kau terus berkarya bagi menyampaikan kebenaran dengan kisah-kisah fakta bukan auta, kebenaran bukan rekaan dan realiti bukan ilusi dan cerita palsu pakai air liur basi.


KEBENARAN ITU PAHIT ... KEADILAN ITU PERIT .... PERJUANGAN ITU SAKIT.

Fatwa Ketua Dewan Ulama Muda UMNO Sedunia mengenai kenaikkan tarif elektrik ..Tetap Kena Taat Pemerintah Walaupun Tarif Elektrik Naik

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK 15% .. DUA INDIVIDU DIKENAL PASTI UNTUK DIJADIKAN KAMBING HITAM OLEH PARA BLOGGER PRO UMNO/BN????


Kenaikkan tarif elektrik sebanyak 15% khabarnya adalah penyebab utama kesabaran rakyat sekian lama menerima saja, tunduk dan akur apa saya tindakan kerajaan zalim UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak tercabar.

Dari tinjauan dan risikan dijalankan Omak Kau dapati melebehi 80% rakyat di negara ini berang apabila dimaklumkan semalam bahawa Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak telah membuat keputusan muktamad bahawa tarif elektrik akan naik 15% mulai bulan depan.

Para blogger, penyokong dan pendokong UMNO yang cukup tegar pun sudah mula naik angin satu badan.

Macam mana tak marah ... yang kuat terkesan adalah golongan mereka yang sekian lama memberikan sokongan padu pada UMNO pada setiap PRU .. Golongan ini jugalah yang bermati-matian memenangkan UMNO/BN pada PRU 13 yang lalu.

Akhirnya apa yang mereka dapat atas sumbangan dan jasa mereka? ... Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak sentiasa mengumumkan kenaikkan harga barang dari petrol, gula terkini tarif elektrik.

Sekali dua mungkin mereka boleh bersabar dan tahan .. Kalau sudah menjadi rutin setotok mana pun mereka menyokong UMNO, tetap akan mengamuk juga melainkan jika tiada langsung ada perasaan dan hati sebagai manusia meresap dalam jiwa dan tubuh mereka.

Kini beberapa blogger pro UMNO sedang cuba nak buat baik pulih kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN 1M'sia Najib Razak.

Perlu adanya individu di jadikan kambing hitam agar rakyat tidak menyalahkan Najib Razak dan UMNO/BN keatas kesengsaraan yang di alami rakyat kini.

Cara terbaik pada pandangan mereka ialah beberapa individu yang dilihat amat rapat dan menjadi kepercayaan Najib Razak dijadikan mangsa.

Dua individu yang mereka kenal pasti ialah Dato' Omar Ong  Pengarah Petronas dan Dato' Seri Idris Jala Menteri DiJabatan Perdana Menteri yang menjaga PEMANDU.

Kini semua kesalahan di tepek dan di letakkan keatas bahu mereka berdua .. Dituduh silap memberi nasihat kepada Najib Razak.

Tetapi mereka lupa ... kerja mereka sekadar memberikan nasihat .. membuat keputusan muktamad masih terletak di bahu Najib Razak. .. Kalau mau menuduh mereka berdua teruk .. Hakikatnya Najib Razak jauh lebih teruk sebab tidak mampu menilai dan membezakan nasihat yang baik dan berguna dengan nasihat yang memberi punah jahanam kepada negara.

Lakukanlah apa saja .. yang pasti wajib menerima tanggung jawab atas penderitaan rakyat ialah individu bernama Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO.

Hakikatnya ... bukan nasihat dan buah fikiran kedua mereka yang mau menghancurkan Najib Razak tetapi keputusan Najib Razak yang menghancurkan negara dan harapan para penyokong UMNO/BN.

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI SUDAH MENONGKAH ARUS!!!! ... DEDAHKAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK AKAN MENINGKATKAN INFLASI .



Amat jarang sekali kita mendengar Menteri Kabinet UMNO sendiri belasah tindakan kerajaan yang dianggotainya.

Kalau sudah mula belasah membawa erti sudah tidak boleh tahan dan merasa dan melihat tindakan itu amat zalim dan kejam.

Naik harga gula untuk elak diabetes (kencing manis) .. naikan tarif elektrik mungkin untuk mengelakkan rakyat kena renjatan elektrik.

Kenaikan kadar baharu tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara dengan peningkatan kadar inflasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kadar inflasi itu dijangka meningkat berdasarkan pemerhatian terhadap kesan peningkatan harga barangan sebelum ini.

"Peningkatan inflasi akan ada setiap kali peningkatan harga barang seperti sebelum ini apabila harga subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen kadarnya meningkat kepada 2.6 peratus.

"Kadar keuntungan siling (CPR) pada bulan Oktober juga meningkat pada tahap 2.8 peratus, walau bagaimanapun, kadar ini masih rendah iaitu di bawah tiga peratus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia di sini hari ini.

Abdul Wahid mengulas pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili di Parlimen hari ini mengenai kadar baharu tarif elektrik yang akan dinaikkan secara purata di Semenanjung sebanyak 4.99 sen setiap kilowat sejam (kWj) atau 14.89 peratus daripada kadar semasa, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Bagi Sabah dan Labuan, kadar tarif dinaikkan sebanyak lima sen bagi setiap kWj.
Walau bagaimanapun, Abdul Wahid ketika diminta mengulas kesan kenaikan itu, enggan memberi komen lanjut sebelum mendapat maklumat lengkap berhubung kenaikan tarif tersebut.

"Saya tidak pasti (kesan kenaikan) sebab belum lihat laporan terperinci, jadi saya akan komen kemudian.

"Kita perlu lihat nanti apa impaknya keputusan meningkatkan tarif elektrik dan dalam masa sama akan pastikan golongan memerlukan bantuan tidak berasa kesan yang terlalu tinggi," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, lebihan akaun semasa negara meningkat kepada RM9.8 bilion pada suku ketiga tahun ini bersamaan 4.1 peratus pendapatan negara kasar (GNI) berbanding suku kedua yang mencatatkan jumlah sebanyak RM2.6 bilion atau 1.1 peratus GNI.

Katanya, keseluruhan bagi baki pembayaran direkodkan mempunyai lebihan terbesar iaitu sebanyak RM11.8 bilion pada suku ketiga berbanding RM1.5 bilion pada suku kedua.

"Perkara ini akan memastikan negara tidak mengalami defisit berkembar, dalam masa sama, ekonomi negara juga berada dalam keadaan kukuh dan tindakan yang sepatutnya telah diambil bagi meningkatkan kedudukan fiskal negara," katanya.

WAJAH SEORANG ISTERI YANG MENERIMA 80 JAHITAN SETELAH DI KELAR SEBANYAK 18 KALI OLEH SUAMINYA ANGKARA MOHON CERAI!!!!



Seorang suami bertindak kejam lagi zalim dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat, selepas isterinya dilaporkan meminta cerai.

Mangsa Nor Hafazalina Mohd, 30, menerima 80 jahitan ekoran perlakuan tidak berperikemanusiaan suaminya.

Nor Hafazalina ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan di sini pada Jumaat lepas.

Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa tidak bertanggungjawab serta kerap keluar masuk penjara.

Suaminya yang berusia 30-an itu dikatakan seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

Hafazalina meminta cerai daripada suami yang dikahwininya hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali.

Lelaki terbabit baru sahaja keluar dari penjara dan memujuk untuk kembali bersama lantas membuatkan Hafazalina menumpangkan suami di rumah berikutan lelaki itu dibuang keluarga ekoran kerap masuk keluar penjara.

Ketika kejadian, dua anak mereka tiada di rumah kerana berada di rumah kakaknya di Seremban.

Selepas dikelar, suaminya berlari keluar dari rumah dan meninggalkannya dalam kesakitan dan berlumuran darah.

Dia dibawa ke hospital oleh beberapa jiran yang mendengar pergaduhan mereka.

Ibu mangsa, Juriah Hashim berkata, menantunya ada menelefon pada malam selepas kejadian dan mengugut supaya berhati-hati.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharuddin Mustapa mengesahkan menerima laporan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

GAMBAR DUA ANGGOTA POLIS YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN SEHINGGA TERPAKSA SULTAN BRUNEI SENDIRI MENGAWAL LALULINTAS.



Dua pengiring Polis DiRaja Brunei dimasukkan ke hospital selepas mereka di rempuh oleh sebuah kereta dari arah depan berhampiran Taman Jerudong  Lebuhraya Muara-Tutong kelmarin.

Seorang pegawai mengalami keretakan pada bahu kiri dan lengan, manakala seorang lagi sungguh terkejut selepas mereka di rempuh oleh seorang pemandu wanita, yang dipercayai memandu melebihi had laju, gagal menghentikan keretanya dan terus merempuh ke arah kedua-dua pengiring di tengah-tengah lebuh raya.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5:40 ptg 1hb Disember 2013 apabila kedua-dua pengiring mau memberhentikan kereta di lebuh raya tersebut untuk memberi laluan kepada  sebuah kereta diraja lalu, kata polis.

Dua pemandu dikatakan telah memhentikan kereta mereka apabila sebuah kereta secara tiba-tiba mencelah antara kedua-dua kereta, melanggar salah satu kenderaan di sebelah kiri dan terus merempuh kedua-dua anggota pengiring bermotosikal.

Pemandu wanita dipercayai langgar pengiring yang pertama, manakala keretanya yang tidak dapat dikawal terus melanggar pengiring kedua, menyebabkan dia cedera ringan.

Polis berkata, pemandu wanita juga mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital  Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Monday, 2 December 2013

NAJIB PERDANA MENTERI YANG MENDENGAR MASALAH RAKYAT SEBELUM DAN SELEPAS PRU!!!!

Dimana silap dan salahnya rakaman gambar diatas jika di ambil kira apa yang berlaku kini.

Kepada para penyokong, pendokong, pengikut dan ahli UMNO/BN ... Apakah masih mau menyokong UMNO/BN?

Tepuk dada tanya iman .. cuitkan minda tanya akal logik.



RAKAMAN GAMBAR YANG PASTI BUAT PARA PENGKAGUM DAN PEMUJA TUN MAHATHIR NAIK ANGIN SATU BADAN ..... NAJIB PERDANA MENTERI TERHEBAT DALAM SEJARAH SEMENJAK MERDEKA!!!!

Sendiri tengok sendiri fikir dan nilai ... malas nak kupas .. kalau rasa geli hati mohon jangan ketawa kuat sangat .

Selama ini para pengkagum dan pemuja Tun Dr Mahathir telah hebohkan kepada seluruh rakyat dan dunia betapa beliau adalah negarawan paling terulung pernah di lahirkan oleh negara kita.

Tetiba ada pula kaki pengampu war-warkan Najib Razak sebenarnya yang paling bukan saja cemerlang  tetapi terbilang dan gemilang!!!!!

KERANA NAK DAPATKAN TUDUNG JENAMA FAREEDA DENGAN HARGA RM10 SEHELAI, ORANG RAMAI SANGGUP BERMALAM DI KAKI LIMA KEDAI MENJUAL TUDUNG FAREEDA!!!


Omak Kau diberikan beberapa keping gambar mengenai ragam peminat tudung jenama Fareeda di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor bersebelahan CIMB yang sanggup bermalam beratur panjang dan berkampung hanya untuk mendapatkan tudung Fareeda yang di jual dalam harga runtuh RM10 sehelai .

Ada yang bawa tikar mengkuang untuk di jadikan alas tempat tidur di kaki lima kedai.

Suasana sebegini sudah berlaku beberapa malam semenjak Kedai Fareeda mengadakan jualan murah runtuh.

Omak Kau bolehlah rangkuman betapa rakyat apabila mendengar jualan murah sanggup beratur panjang waima bermalam dikaki lima kedai .

Perlunyanya kerajaan UMNO/BN mengambil iktibar dari keadaan ini bagi bertekad usaha keras menjamin agar segala barang yang dijual di negara ini mampu di beli oleh rakyat kebanyakkan.

31HB OKTOBER 2013 TNB UMUM UNTUNG RM4.41 BILLION ... 2HB DISEMBER MENTERI UMUM TNB AKAN NAIKKAN TARIF ELEKTRIK 15%!!!!



Mungkin RM4.41 billion tidak mencukupi oleh itu perlu di naikkan lagi tarif elektrik 15%!!!!!!!!!... Inilah negara ku Malaysia yang diperintah UMNO/BN dibawah kepimpinan pemimpin terhebat sekali dalam sejarah dunia moden Dato' Seri Najib b Tun Abd Razak .. Presiden UMNO yang paling hebat luar biasa berjiwa rakyat!!!!!

HIDUP UMNO!!!! ... HIDUP KETUANAN MELAYU!!! ... HIDUP NAJIB!!!!!

31 Okt. - Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM4.61 bilion bagi tahun kewangan (TK) berakhir 31 Ogos, 2013 daripada RM4.41 bilion tahun sebelumnya ekoran pengukuhan ringgit, permintaan yang lebih tinggi bagi elektrik dan harga arang batu yang lebih rendah.


Pendapatan bagi tahun ini melonjak kepada RM37.13 bilion berbanding RM35.84 bilion tahun lepas dan ini mencerminkan pertumbuhan permintaan bagi unit elektrik sebanyak 3.8 peratus di Semenanjung Malaysia dalam tahun kewangan ini.


Perbelanjaan kendalian meningkat sebanyak 1.8 peratus daripada tahun sebelumnya.


Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, berkata pola pertumbuhan permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia menjejaki pertumbuhan keluaran dalam negara kasar negara ini.


"Dalam jangka sederhana, kami terus menjangkakan pertumbuhan permintaan elektrik yang teguh, seiringan dengan pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan oleh sektor komersial," katanya semasa mengumumkan keputusan suku keempat hari ini.


Bagi tahun kewangan 2013, TNB mengumumkan dividen keseluruhan berjumlah 25 sen bagi setiap saham biasa.


Penjimatan kos penjanaan tenaga elektrik sebahagian besarnya adalah hasil daripada penurunan harga purata arang batu sebanyak 19.3 peratus kepada US$83.6 setan metrik dalam tahun kewangan ini berbanding US$103.6 setan metrik dalam tahun kewangan lepas.

2hb Disember :- Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuatkuasa Januari tahun depan.


Kenaikan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.


Pengumuman yang bakal mengundangkan kemarahan orang ramai berikutan rancangan Putrajaya untuk mengurangkan subsidi minyak bagi pembekal kuasa pada suku pertama tahun 2014.


Kadar elektrik semasa ketika ini adalah 33.5 sen per kWh, dimana 8.5 sen atau 25.3% di bawah kos asal pada kadar 42 sen kWh.


PARA PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO PASTI AMAT GEMBIRA APABILA MENDENGAR BERITA INI .... KERAJAAN UMNO/BN SAHKAN TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK 15% MULAI BULAN DEPAN!!!!



Terima Kasih UMNO/BN .. Jutaan Terima Kasih Najib Razak .... We love PM Najib ...Hidup Najib ...Hidup UMNO ... Kami Bersyukur dan Berterima Kasih!!!! .. Kmi Para penyokong, Pendokong dan Ahli UMNO berbaloi menyokong UMNO selama ini ... Kami membuat piulihan tepat dengan mengundi UMNO/BN pada PRU 13 lalu ... Siapalah rakyat Malaysia tanpa UMNO!!!!!

Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98 % atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh yang akan berkuatkuasa Januari tahun depan.


Kenaikan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.


Pengumuman itu bakal mengundang kemarahan orang ramai berikutan rancangan Putrajaya untuk mengurangkan subsidi minyak bagi pembekal kuasa pada suku pertama tahun 2014.


Kadar elektrik semasa ketika ini adalah 33.5 sen per KWH, iaitu 8.5 sen atau 25.3 % di bawah kos asal pada kadar 42 sen KWH. 

EDISI TERENGGANU RUNTUH LAGI ... SILING DEWAN CANSELOR TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATiUC), KEMAMAN, TERENGGANU RUNTUH.

Omak Kau mendapat berita bergambar bahawa siling Dewan Canselor TATI University College (TATiUC), Jalan Kijal, Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu runtuh pagi tadi.

Dari rakaman gambar di atas memang nampak cukup jelas sebahgian dari siling bangunan tersebut runtuh ... tiada kemalangan jiwa di laporkan .. punca, kerugian dan impak kerosakan masih lagi disiasat.

Memang sesuai dan padan sekali semenjak Terengganu dibawah pemerintahan UMNO/BN negeri Terengganu mendapat jolokan nama Terengganu Darul Runtuh.

JOM KITA KENALI SIAPAKAH YANG MENGANGGOTAI KUMPULAN SKOT GEMPUR DEMI PERTAHANKAN MARUAH ROSMAH MANSOR!!!!




SKOT TEMPUR  .... Satu kumpulan khusus untuk mempertahankan maruah Rosmah Mansor telah di wujudkan oleh satu persatuan yang diberinama Persatuan Veteran Tentera Melayu yang di kepalai oleh seorang individu cukup "hebat" dan "berani" luar biasa bekas anggota tentera berpangkat Prebet ... namnya Ali Tinju ... yang juga pakar tarian punggung.

Ali Tinju dan kumpulannya pernah membuat tarian punggung di depan rumah mantan Pengerusi Bersih Datuk Ambiga
Sreenevasan dan juga baru-baru ini memberi amaran keras kepada YB Azmin Ali untuk tidak terus mengkritik Rosmah Mansor jika berdegil juga maka  suatu tarian punggung akan diadakan didepan rumah Azmin .

Alasannya ialah Rosmah Mansor ke luar negara bukan cari jantan.

Terfikir pula oleh Omak Kau ... apakah peranan sebenarnya kumpulan Skot Tempur nanti apabilka di serang dan di kritik oleh rakyat? .. Adakah mereka akan dikerah untuk membuat tarian punggung di depan semua pengkritik Rosmah Mansur?

Apa-apa pun .. lebih afdal dan elok sangat kita lihat siapakah dia ahli kumpulan yang menyertai Skot Tempur ini.

Lihat, fikir dan nilai ... Omak Kau malas nak ulas panjang lebar hanya mengajak rakyat ... Lu Fikir sendirilah beb!!!!

Tubuh pasukan untuk pertahankan maruah Rosmah Mansor konon .. tetapi buat kerja yang menjatuhkan maruah sendiri.

SULTAN BRUNEI KAWAL LALU LINTAS KETIKA JURU IRING BERMOTOSIKALNYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA!!!!


Omak Kau mendapat kiriman gambar yang menyatakan Sultan Brunei sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain.

Amat kagum dan hormat atas sikap yang di pamirkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Brunei .. ALLAHUAKHBAR!!!!

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam.

Amat kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.


Sunday, 1 December 2013

EDISI RAKYAT BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA UMNO/BN .... PRODUK KELUARAN GARDENIA NAIK HARGA MULAI 3HB DISEMBER 2013!!!!


Bersyukur dan berterima kasihlah kepada UMNO/BN ... kerana kemenangan yang diberikan kepada kamu oleh para ahli, penyokong dan pendokong UMNO pada PRU 13 lalu maka dibalas dengan mengizinkan Gardenia Bakeries Sdn Bhd syarikat pembuat roti kepunyaan Syed Mokhtar Al-Bukhary menaikkan beberapa produk keluarannya.

Ini dinamakan.. yang kaya hanya beberapa kerat Melayu sedangkan majoritinya hidup dalam kesusahan.

Apa-apa pun kita wajib bersyukur dan berterima kasih kepada UMNO/BN.

Jika berdegil dan ingin menentang maka bersedia akan ditentang keras oleh para pejuang Ketuanan Melayu dari UMNO., Perkasa dan Jati yang amat terkenal dengan bengis dan garang itu.

Bersyukur dan berterimakasih saja lah jika anda tidak mau di halau dan di hambat kjeluar negara suruh berpindah ke negara lain maupun di kerah duduk dalam hutan.

Terima Kasih UMNO/BN .. Kerana Mu hari-hari kami dengar harga barang naik.

SAH!!!! ... PROTON PERDANA BARU HANYA CIPLAK ACCORD LAMA ????



Proton masih mengeluarkan kereta baharu hasil daripada projek ‘rebadge’, tetapi kali ini bukan lagi dengan Mitsubishi. Buat pertama kalinya Proton telah bekerjasama dengan Honda untuk mengeluarkan model pengganti Perdana, dengan menggunakan model Honda Accord generasi ke-8 sebagai asas pengeluarannya.

‘Rebadge’ merupakan perkataan dari Bahasa Inggeris, yang bermaksud melancarkan sesuatu produk di bawah jenama atau logo baharu. Dalam dunia automotif, Proton cukup dikenali dalam menghasilkan produk-produk ‘rebadge’ berasaskan kenderaan keluaran Mitsubishi.

Kali terakhir Proton mengeluarkan model kereta baharu yang dijenamakan semula ialah melalui pengenalan model Proton Inspira yang dilancarkan secara rasmi pada 10 November 2010, sebuah model sedan dalam segmen C yang diasaskan daripada model Mitsubishi Lancer.

Terkini, Proton masih mengeluarkan kereta baharu hasil daripada projek ‘rebadge’, tetapi kali ini bukan lagi dengan Mitsubishi. Buat pertama kalinya Proton telah bekerjasama dengan Honda untuk mengeluarkan model pengganti Perdana, dengan menggunakan model Honda Accord generasi ke-8 sebagai asas pengeluarannya.

Sebelum ini kita sudah melihat ‘spyshot’ model pengganti Proton Perdana iaitu sebuah Honda Accord berwarna hitam dengan logo Proton yang ditutup sedang menjalani ujian di jalan raya, dan kini giliran gambar rasmi Perdana-Accord baharu pula bocor di internet.

Gambar di atas dengan jelas menunjukkan itulah Proton Perdana baharu yang sebenarnya adalah model Honda Accord generasi ke-8 yang menggunakan logo Proton.

Proton masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bilakah model Perdana baharu versi ‘rebadge’ Honda Accord ini akan dilancarkan, namun jangkaan sebelum ini menyebut pelancarannya akan diadakan dalam bulan Disember 2013 akan datang.

Jadi mana-mana rakyat yang sudah beli kereta Honda Accord generasi ke-8 bolehlah di anggap sebagai rakyat yang cukup patriotik!!!!!!

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT MALAYSIA .... ASTRO BAKAL ADA PESAING YANG AKAN BUAT DIA PENING!!!!



Kehadiran ABN Xcess bakal membuat pihak ASTRO pening kepala selepas ini dengan tawaran yang dibuat hanya RM29.99 sebulan dengan menyediakan 50 saluran pendidikan, informasi dan hiburan.

Adakah ini petanda kejatuhan ASTRO? atau satu persaingan sihat akan berlaku serta bil siaran televisyen berbayar di negara kita akan turun tidak lama lagi?

Patutlah sebelum ni Astro sibuk bagi siaran percuma kepada pelanggan. Dikatakan ABN juga menyediakan 7 channel HD daripada 50 saluran tanpa bayaran tambahan. Rakyat juga tidak perlu risau tentang cuaca di tempat anda kerana ABN ni boleh kena hujan.

ABN juga yang kini berada di Petaling Jaya sedang dalam proses pembinaan bangunan baru di Puchong, Selangor dimana bangunan baru tersebut merupakan stesen TV berbayar terbesar di Malaysia dengan kelengkapan serba canggih.

Lepas ini Omak Kau cukup yakin dan 110% percaya ... Astro akan hantar surat pemberitahuan bukan untuk maklumkan kenaikkan bil tetapi bil bulanan akan di turunkan.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...