Sunday, 7 September 2014
KERANA JAWAPAN SEBEGINI DI DEDAHKAN KEPADA UMUM MELALUI LAMAN SOSIAL, KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (NUTP) NAIK ANGIN SATU BADAN.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan penyebaran kertas jawapan soalan murid sekolah rendah yang dijadikan bahan jenaka sehingga ia menjadi ‘viral’ yang dipercayai dilakukan segelintir guru sekolah rendah di negara ini.
Presidennya Hashim Adnan berkata, tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit.
“Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.
“Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit.
“Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
BILA MANTAN MUFTI PERLIS BERSUARA ... GILIRAN SIAPA PULA YANG KENAAAAA.
NABI S.A.W SERING HADIR KE MALAYSIA?
Saya membaca di Malaysia ada dakwaan kumpulan yang menyatakan Nabi s.a.w sering hadir dalam majlis bacaan maulid mereka sehingga ada yang siap melambai-lambai tangan kepada Nabi s.a.w yang kononnya muncul. Demikian ramai mereka mendakwa Nabi s.a.w itu sering hadir ke majlis maulid di Malaysia terutama yang berprestij yang memakan kos yang SANGAT mahal untuk memanggil ahli-ahli selawat jemputan. Dihadiri pulak oleh ahli-ahli politik yang bersila ataupun duduk di hadapan.
Bersalawat untuk bernasyid itu bukanlah satu kesalahan. Itu satu hiburan yang baik. Cumanya yang menghairankan, al-Quran kitab Allah yang selalu dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia, mereka tidak mendakwa Nabi s.a.w itu hadir ketika dibaca al-Quran, tiba-tiba baginda hadir ketika bacaan maulid yang bukunya dikarang oleh tokoh-tokoh penyair dan ilmuwan tertentu. Manakah lebih agung antara kitab Allah dan karya insan?
Kemudian jika Nabi s.a.w itu boleh hadir di zaman ini, baginda pasti akan hadir ke Gaza, Syria, Iraq, Kashmir dan tempat-tempat di mana umat baginda dibunuh secara zalim. Baginda akan memberi semangat membela kanak-kanak, wanita dan para pejuang yang dizalimi. Kehadiran baginda tentu memberi makna yang besar kepada mereka. Tiba-tiba baginda hadir di majlis mewah di Malaysia bersama dengan tokoh-tokoh politik dan para ustaz yang mewah bayaran mereka. Ini pun sesuatu yang menghairankan saya juga.
Telah berlaku pertelingkahan getir dalam kalangan sahabat selepas kewafatan baginda Nabi s.a.w yang membabit isteri baginda (Aishah), menantu (Ali) dan para sahabat yang lain sehingga berlaku peperangan.
Tiada seorang pun dalam kalangan mereka mendakwa Nabi s.a.w muncul menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka.
Apakah istimewanya Malaysia sehingga Nabi s.a.w sering hadir di sana-sini dalam majlis nasyid dan maulid?! Hanya Allah sahaja yang tahu.
Saturday, 6 September 2014
3 FOTO PENYANYI BERPAKAIAN SEKSI MENGHIBURKAN PENONTON SEMPENA AMBANG MERDEKA DI KUANTAN, PAHANG.
Sesuaikah ianya ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat dinegara ini termasuk kanak-kanak? .. Konsert dikatakan diadakan di tempat letak kereta Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang.
TRANSKRIPSI PENJELASAN DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG DI MARANG, TERENGGANU, PADA 5 SEPTEMBER 2014
PRESIDEN PAS MEMPUNYAI KUASA BUDI BICARA MENGIKUT PERLEMBAGAAN DI DALAM URUSAN MELANTIK MENTERI BESAR
“Soalan yang pertama yang mengatakan bahawa pemimpin dimintak hantar dua nama, itu tak betul. Dia mintak hantar lebih daripada dua nama. Itu surat daripada istana. Surat tu ditujukan kepada ketua-ketua parti, tak ditujukan kepada ahli-ahli jawatankuasa. Bermakna ketua-ketua parti yang berhak untuk sign surat tu. Orang lain daripada ketua parti tak boleh sign surat ni. Hebat jugak ni, laku sign ni. Lepas tu, yang keduanya, budi bicara. Kita dalam Parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan, Perlembagaan PAS mengatakan Presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, Timbalan, Naib-Naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat oleh Presiden. Ini perlembagaan parti, mengatakan demikian. Dengan sebab itu, suka nak disebut di sini bahawa sepanjang kita memerintah tahun 1959, memerintah Terengganu dengan Kelantan, terus sampai tahun 1978, sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat dalam tahun 1978, di mana perlantikan Menteri Besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Presiden parti yang buat keputusan, beberapa orang. Termasuklah bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada Setiausaha Agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun sign, Presiden yang sign surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Begitulah bila kita menang tahun 1995 tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS) Pusat. Ini diberi kepada pimpinan-pimpinan utama untuk membuat keputusan kerana kita kena sedar memerlukan masa yang cepat.”
SEBAB SEBENAR MENGAPA PAS MENGHANTAR NAMA TIGA ADUN SEBAGAI CALON MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU
“Mengapa PAS hantar tiga nama sedangkan keputusan mesyuarat suruh hantar satu nama? Keputusan mesyuarat suruh hantar satu nama, PAS mintak nak hantar dua nama, tak boleh, kena hantar satu nama jugak, nak paksa PAS. Kalau hantar satu nama, Sultan nak pilih macam mana, satu saja? Nak suruh Sultan pilih, hantar satu nama, nak pilih macam mana? Kemudian kita terima surat daripada istana. Istana tulis surat kepada saya, semua parti hendaklah menghantar lebih daripada dua nama. Sultan suruh hantar lebih daripada dua nama, bila suruh hantar lebih daripada dua nama, lebih daripada dua nama ni berapa? Tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, boleh hantar berapa banyak. Kalau kita gi hantar satu nama dua nama, Tuanku tulis surat suruh hantar lebih daripada dua nama, orang kata kita dok reti bahasa, dok reti bahasa, dok reti. Surat suruh hantar lebih daripada dua nama, itu surat daripada istana, suruh hantar lebih daripada dua nama, kita kena hantar lebih daripada dualah. Jadi PAS reti, orang lain terpulang kepada dia nak hantar satu dua pun. Jadi orang PAS ni nak suruh pemimpin bodohkah? Nak suruh pemimpin jadi bodoh? Orang suruh hantar lebih daripada dua, gi hantar satu nama? Kita pemimpin PAS tak sampai ke tangga tu.”
SEBAB SEBENAR DATUK SERI DR WAN AZIZAH DITOLAK SEBAGAI CALON MENTERI BESAR SELANGOR: BUKAN SEBAB BELIAU PEREMPUAN TETAPI SEBAB BELIAU MEMANG TIDAK LAYAK
“Kemudian perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia. Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin. Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh. Jadi syarat-syarat ni dah dok lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki... Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu. Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. Bukan dengan sebab dia perempuan...”
PAKATAN RAKYAT TAK BOLEH BUAT RAJA MACAM TUNGGUL KAYU
“Dan kita kena berpegang bahawa Pakatan Rakyat berpijak di atas asas-asas yang termaktub di dalam Perlembagaan (Persekutuan). Yang pertama, mendukung demokrasi. Yang kedua, memegang konsep dan prinsip Islam agama Persekutuan. Yang ketiga ialah raja berperlembagaan. Bukan saja dilihat Islamnya, termasuk raja berperlembagaan. Kita tak boleh jadi raja macam tunggul kayu, tidak boleh, peranan raja ada. Tapi ada kalangan puak-puak kita ni nak buat raja macam tunggul kayu, itu tidak boleh, tak boleh, tak izin sekali-kali. Kita tak boleh letak raja ni, huduh macam mana pun, nak buat dia macam tunggul kayu tak boleh, tidak boleh, ini mesti ada peranan dia. Bukan kerana saya fanatik, taksub, tidak. Akhlak kena begitu, terutamanya akhlak kita orang Melayu sebagai orang Islam. Ini kita kena faham.”
TAN SRI KHALID BERJAYA JAWAB DENGAN BAIK SEMUA SOALAN YANG DIKEMUKAKAN DI DALAM MAJLIS PRESIDEN PAKATAN RAKYAT
“Diputuskan supaya Menteri Besar Selangor dihadapkan ke dalam panel Majlis Pakatan Rakyat, Majlis Presiden, dibuat malam Jumaat. Saya kata, hari Jumaat saya mengajar. Nak buat malam Jumaat susah, hari Jumaat saya mengajar. Saya baru balik daripada luar negara, baru lagi tinggal kuliah Jumaat pah tu nak tinggal pulak, ini susah. Saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk menjadi ahli panel yang sama, PAS tiga orang, DAP tiga orang, PKR tiga orang. Jadi wakil untuk berdepan dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor. Daripada PAS Datuk Mustafa Ali, Salahudin Ayub, Naib Presiden (dan) saya. Daripada PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution (dan) Rafizi. Daripada DAP Lim Kit Siang, Tony Pua (dan) Anthony Loke. Berdepan dengan Tan Sri Khalid. Dikemukakan soalan-soalan dan beliau jawab soalan-soalan itu. Semua soalan dijawab dan beliau lepas jawab. Jawapan dia lepas. Sehingga tak ada hujah bagi pihak yang menyoal dia. Semua yang hadir bersetuju dengan jawapan-jawapan dia. Didapati dia perlu dibantu untuk menyelesaikan masalah Selangor, itu keputusannya.”
JIKA MEREKA YANG BERLAINAN PENDAPAT NAK TUBUH PARTI, SILA
“Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh. Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti, sila. Baik dia keluar dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk ddalam. Jadi duduk ddalam ni kalau ada nyamuk seekor tak jenero (nyenyak) tidur jugak kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti, sila.”
BUKIT AMAN TUBUH PASUKAN PENYIASATAN KHAS DI KETUAI TIMBALAN PENGARAH JSJ SIASAT SEMULA KES KEMATIAN TEOH BENG HOCK.
Bukit Aman menubuhkan satu pasukan penyiasatan khas membuka semula siasatan terhadap kes kematian Teoh Beng Hock pada 2009 yang sebelum ini diputuskan mahkamah bukan disebabkan bunuh diri atau pembunuhan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Seri Mohmad Salleh memberitahu polis akan melihat semula kes itu bagi memutuskan sama ada ia patut diklasifikasi sebagai pembunuhan atau tidak.
Semalam, Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan terbuka oleh koroner berhubung kematian Teoh 5 tahun lalu, dengan memutuskan “seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya”.
Siasatan awal polis mendapati kes Teoh merupakan kematian mengejut tetapi Mohmad berkata lebih ramai saksi akan dipanggil sekiranya timbul keperluan.
"Kami akan siasat untuk memastikan sekiranya ada kemungkinan kematian Teoh akibat perbuatan atau dipercepatkan individu yang tidak dikenali," katanya.
Mohmad memberitahu pasukan khas itu akan diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Amar Singh.
"Kajian mendalam akan dilakukan pasukan khas ini dan satu keputusan akan diambil kemudian sama ada kes itu perlu atau tidak diklasifikasi semula sebagai kes bunuh,” katanya.
RUPA-RUPANYA ADA YANG LEBIH HEBAT DAN TERER DARI RAJA BOMOH NUJUM VIP 1M'SIA.
Mahaguru Siung Rajawali, guru kpd kanda Arip.. Pengasas ilmu kebathinan "Gasak Nadi Bumi" ..
mempunyai 8 org isteri, 4 dari kalangan manusia, dan 4 lagi dari kalangan jin . mampu melangkau ke tempat jauh hnya dlm sekelip mata .
Juga mmpunyai karomah luar biasa seperti mampu memulihkan dan menyambung semula anggota badan yg terpisah/terputus..
setiap malam sebelum tidur, akan bertemu Nabi Khidir dlm keadaan sedar utk menadah ilmu kasyaf ladunni.
pernah menampar iblis sehingga koma sewaktu bertapa di gunung jerai.
MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT DEMI MENGHORMATI PERASAAN ORANG ... HEBAT SUNGGUH BANI MELAYU SEORANG INI ... PERGH!!!!.
PRK N01 PENGKALAN KUBUR ... MARKAS BESAR PAS SUDAH PUN DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN PRESIDEN PAS TUAN HJ MOHAMAD SABU.
Malam tadi Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu telah merasmikan Markas Besar PAS PRK N01 Pengkalan Kubur bagi membantu gerak kerja menawan DUN Pengkalan Kubur dari UMNO/BN.
Lagi sekali Timbalan Presiden PAS memberitahu bahawa PAS tidak kisah siapa yang bertanding dan dari parti mana asalkan Pakatan Rakyat di Pengkalan Kubur janji PR akan bersatu hati dan jiwa, bertungkus lumus bersungguh-sungguh dengan penuh jiwa raga menumpaskan UMNO/BN agar DUN Pengakalan Kubur diwakili sebuah gagasan Harapan Rakyat.
Setakat berita ini ditulis, Omak Kau tidak lagi mendapat khabar berita yang PKR sudah memulakan gerak kerjanya atau membuka bilik gerakan umum sebagai parti pilihan utama untuk mewakili Pakatan Rakyat berdasarkan kepada semangat setiakawan PR yang meletakkan calon dari parti yang pernah bertanding pada PRU 13 lalu.
PRK Pengkalan Kubur amat mustahak dalam melonjakkan moral dan sokongan rakyat terhadap PKR terutamanya selepas suatu pemilihan parti yang cukup sengit dan memberi masalah sehingga kena akui juga mencalar parah integriti dan kesepakatan sesama anggota parti.
AMK kena bertindak dan bersikap mengurangkan gantung harap kepada Unit Amal PAS .. buktikan kepada dunia yang AMK mampu menjalankan tugas dan amanah berat ini dengan sedikit sahaja bantuan dari Unit Amal PAS.
Tunjukkan kepada rakyat betapa tanpa bantuan cergas dan ikhlas dari Unit Amal PAS tenaga kerja parti KeADILan seakan lumpuh dan tidak bermaya, lemau dan longlai lesu adalah perkara silam dan lalu.
Kata-kata kencang semasa Kongres KeADILan 2014 yang baru berlalu itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja sehingga boleh mengoncang dan seterusnya menumbangkan UMNO/BN.
Rakyat sedang memerhati dan meneliti.
Friday, 5 September 2014
DIALOG DAN PENJELASAN ISU SEMASA BERSAMA DATO' SERI PRESIDEN PAS MERANGKAP NAIB PRESIDEN KESATUAN ULAMA SEDUNIA.
Dialog di adakan di Rusila petang tadi. .. berikut petikan dari perjumpaan tersebut:-
1. Bagi mereka yang baru dalam politik, mungkin merasakan apa yang berlaku berat sangat sampai mabuk laut. Kita berpengalaman memerintah bahkan dikelantan 20 tahun lebih, tiba-tiba kita hormat pada dap dan rakan kita yang baru berapa pengggal.
2. Di Selangor, masalah bukan masalah kita. Masalah dibuat oleh rakan kita. Ada dikalangan kita nak buat raja macam tunggul kayu, itu tak boleh. Mesti ada akhlak, walau buruk macam mana pun raja mesti ada adabnya. Mesti ada peranannya.
* Ucapan TGHA pendek sahaja, selebihnya soalan dari pendengar dan hadirin๐๐๐
1- Tanya pasal hudud, bila pulak nak bawa ke parlimen?
Mesti ikut politik islam. Syarat untuk melaksanakan mesti ada 5 syarat, negeri, rakyat, perlembangan, undang-undang dan pemimpin. Baru layak dan wajib untuk melaksanakan macam pergi ke Mekah.
2. Mengenai Tengku Razaliegh Hamzah.
Mula-mula PKR pujuk dulu, lepas tu suruh kita pujuk. Ku Li tak mahu pkr atau dap. Jadi kita kena nok wat macam mana.
3. Mengenai PASMA.
Siapa nak tubuh parti, silakan. Itu hak mereka. Kalau ada nyamuk sekor payoh jugak kita nak tidur.
4. Sikap mengenai yang tak wala, bila nak pecat?
Dulu pecat hassan ali sebab jelas dan ada bukti. Selagi tak cukup bukti kena tunggu.
Mengenai perlantikan ajk pas pusat, yang salah saya, bukan masalah saya. Tu masalah kawasan yang lantik sesiapa yang dilihat layak. Dipilih dalam muktamar.
5. Sebab PAS hantar 3 nama?
Rakan kita nak paksa kita hantar 1 nama. Kalau hantar 1 nama sultan nak pilih macam mana??? Sultan tulis surat hantar lebih drpd 2 nama. Lebih 2 nama bermakna 3 ke atas. Jangan ingat pemimpin PAS bodo, kalau hantar 2 nama istana kata kita dok reti bahasa. Pemimpin PAS dok bodo sampai setara tu.
PEMUDA PAS DUN CHUKAI
5 September 2014, 4.30 pm
TABIK KEPADA ABANG POLIS TRAFIK KL.
Terima kasih dan TAHNIAH kepada Kpl Izwan (PD) membantu dengan menolak air ke longkang tersumbat yang mengganggu pergerakan kenderaan di Jalan Tun Razak/Pekeliling Kuala Lumpur petang semalam.
Salute!!!
JIKA SEMUA KEMAHUAN DAN PANDANGAN PKR PAS KENA AKUR DAN SETUJU TIDAK PERLU LAGI PAS WUJUD, BEGITU JUGA SEBALIKNYA ... SUBKY LATIF
Apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.
Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.
Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.
Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.
Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR. Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR.
Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad dengan musyrikin Quraisy, ada yang mereka setuju dan tidak setuju. Pertama mereka setuju untuk mengadakan perjanjian. Bila setuju mereka merangka perjanjian. Pertama mereka tidak setuju ialah tajuk perjanjian. Saidina Ali yang merangka menyebut ia adalah Perjanjian Antara Nabi Muhammad dan Quraisy.
Musyrikin menolak tajuk rangka itu menggunakan kalimah Nabi Muhammad. Mereka mahu disebut antara Muhammad dan mereka saja. Nabi pun bertanya, apa beza antara Muhammad dan Nabi Muhammad? Kedua-duanya adalah orang yang sama.
Jawab mereka, mereka tidak menerima Muhammad itu Nabi. Kalau mereka setuju Muhammad itu Nabi dan Rasul, tidak mereka berada di sebelah menentang Nabi, tentulah mereka bersamanya. Nabi setuju padam kalimah yang dipersetujui itu. Saidina Ali enggan memadamnya, lalu baginda sendiri mengambil rangka itu dan memadam kalimah yang tidak disetujui.
Demikian juga DAP tidak setuju dengan konsep negara Islam dan hudud yang dirangka PAS sebelum kewujudan Pakatan Rakyat maka tiada ia disebut dalam perkara yang disepakati setakat ini. Daripada segi logiknya, jika mereka setuju dengan perjuangan PAS tentulah mereka menyertai PAS dan bersama dengan agamanya.
Jika demikian apa yang PAS tunggu? Maka teruskan dengan program dan strategi dakwah, bukan saja terhadap orang bukan Islam bahkan juga terhadap yang lahir sebagai Islam yang belum terbuka hatinya untuk beriman kepada perintah itu.
Apa pun yang paling penting tentang muafakaat yang ada ialah bersetuju mengadakan muafakat bagi mengambil alih Putrajaya dan melakukan perubahan ke arah keadilan dan kebenaran dalam kerangka yang dipersetujui kita banyak perbezaan dan jangan perbezaan itu menghalang untuk mencari kebaikan.
Sedangkan gigi dan lidah lagi tergigit, maka kita tetap setuju gigi dan lidah tidak terpisah. Janganlah kerana takut lidah tergigit kita cabut semua gigi atau kita potong lidah.
Apabila kita tahu kita ada perbezaan, maka jangan kita fikir kitalah raja, kemahuan kita yang mesti diikut, kemahuan orang tidak diambil kira. Sedang sekarang raja pun mendengar rakyat, maka janganlah sesama rakyat hendak jadi macam raja zaman dulu.
EDISI SHAHIDAN KASSIM KANTOI ... KATA NAJIB TIDAK PERNAH BERJANJI NAK MANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948.
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya tidak berjanji memansuhkan Akta Hasutan tetapi hanya untuk mengkajinya, 2 tahun selepas Datuk Seri Najib Razak mengatakan secara terbuka akan memansuhkan akta ciptaan penjajah British itu.
Pendedahan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilakukan ketika tindakan besar-besaran terhadap ahli politik pembangkang, ahli akademik, portal berita dan wartawan mengikut Akta Hasutan 1948.
Shahidan berkata, kenyataan Najib sebelum ini akta baharu akan menggantikan Akta Hasutan tidak bermakna akta penjajah itu akan dimansuhkan.
"Perdana menteri tidak pernah janji hendak hapuskan, beliau janji untuk melihat semula. Bermakna mungkin Akta Hasutan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional dan bukannya hapuskan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kenyataan Shahidan bercanggah dengan janji Najib yang dilaporkan pada 11 Julai, 2012 apabila beliau berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuh dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebahagian daripada program transformasi kerajaan.
"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.
“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," kata Najib dalam ucapannya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama perdana menteri dan dilaporkan secara meluas media arus perdana dan portal atas talian.
Sejak itu, badan bukan kerajaan dan ahli politik pembangkang seringkali memberi tekanan kepada kerajaan agar mengotakan janji mereka.
Setahun selepas berjanji, Najib memberitahu BBC World News pada 2 Julai, 2013 kerajaan akan “pinda akta berkenaan tetapi mahu memastikan Malaysia aman dan harmoni”.
Jumaat lalu sebagai respon kepada kritikan terhadap dakwaan hasutan secara meluas Putrajaya berkata akta baharu sedang didraf tetapi mempertahankan dakwaan hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan menambah mahkamah adil kepada semua.
"Sehingga satu undang-undang baharu siap, sebarang kes yang timbul perlu ditangani mengguna pakai undang-undang sedia ada,” kata satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Kenyataan itu juga mengulangi Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baharu.
Bagaimanapun, Shahidan sebagai menteri yang menguruskan Parlimen berkata Kabinet belum pernah berbincang mengenai pemansuhan akta tersebut.
"Akta Keharmonian Nasional belum ada draf lagi, tidak ada, cuma yang draf itu adalah Majlis Peguam, di pihak kerajaan belum ada apa-apa draf lagi,” katanya.
Ketika ini Putrajaya sedang mendraf akta Jenayah Kebencian Agama dan Kaum dan Rekonsiliasi dan Keharmonian Nasional untuk menguruskan kes berkenaan diskriminasi.
Usaha mendraf akta ini dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan diketuai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Draf tersebut ditentang sesetangah kumpulan Islam kerana dikatakan menggugat kedudukan Melayu dan Islam.
Shahidan mempertahankan Akta Hasutan dengan berkata pemansuhan hanya akan mendatangkan kesan buruk.
"Kita kena ingat semasa kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kita harap manusia jadi makin baik, tetapi nampaknya manusia menjadi makin teruk dan biadab, malah banyak saya terima keluhan daripada orang ramai yang mahukan ISA dikembalikan semula.
"Ini yang rakyat minta, tetapi kerajaan sudah buat keputusan untuk mansuhkannya," katanya.
ISA dimansuh dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma 2012.
Shahidan juga mempertahankan Akta Hasutan terus digunakan kerana Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk serta berlandaskan kepada peruntukan Perlembagaan negara.
"Kalau masyarakat majmuk tidak ada Akta Hasutan, orang ramai boleh maki satu sama lain, jadi susah nanti. Jadi, Akta Hasutan tidak akan ditarik balik atau dipinda, ia selari dengan Perlembagaan,” katanya.
Beliau juga menuduh pembangkang sentiasa berusaha mewujudkan perasaan benci supaya rakyat tidak menyukai kerajaan, walaupun banyak perkara baik yang dilakukan kerajaan.
"Pembangkang ini sekarang apa yang mereka buat mesti wujudkan kebencian, hanya dengan ini mereka mampu menukar pemikiran rakyat.
"Kalau rakyat yang rasional tidak ada sebab untuk mempertikaikan kerajaan, tidak ada sebab. Jadi yang mampu mereka tarik perhatian rakyat adalah dengan mewujudkan benci kepada kerajaan, saya tidak faham di sini mengapa kita berbuat baik kepada orang tetapi disuruh benci," katanya.
Woit!!! Shahidan Kassim ... yang ini apa pula?????????
KUALA LUMPUR 12hb Julai 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.
“Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.
Najib berkata tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.
Katanya keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat.
“Peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama,” katanya.
Beliau berkata, rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan peruntukan akta itu tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan seperti mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.
Ia juga meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum dan mempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan.
“Sebelum menggubal rang undang-undang Keharmonian Nasional ini kerajaan ingin menjemput pandangan dan pendapat rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pertubuhan mengenai perkara yang perlu ditangani dalam merangka perundangan ini,” katanya. -Bernama
BENDERA UMNO BERKIBAR DALAM KAWASAN SEKOLAH.
Kejadian diberitakan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57 telah mengundang rasa tidak senang rakyat yang anggap tidak sepatutnya berlaku.
Thursday, 4 September 2014
MAHKAMAH TINGGI TOLAK SAMAN YBK DENGAN KOS TERHADAP TSKI DAN ADUN KOTA ANGGERIK DR YAAKOB SAPARI.
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman yang dikemukakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam sidang media, empat tahun lalu.
Hakim, Datuk Yaacob Md Sam mengarahkan YBK, Permodalan YBK Sdn Bhd dan Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom selaku plaintif pertama, kedua dan ketiga secara bersama membayar RM30,000 dan RM10,000 masing-masing kepada Khalid serta Yaacob sebagai kos.
Dalam penghakimannya setebal 99 muka surat, Yaacob berkata, sebagai Ketua Eksekutif Negeri, Menteri Besar Selangor mempunyai tanggungjawab dari segi undang-undang bagi untuk melihat YBK atau PYBK diurus dengan telus.
“Mahkamah mendapati kenyataan defendan pertama, Abdul Khalid dan Yaacob sebagai defendan kedua adalah merupakan komen yang berpatutan berasaskan maklumat serta dokumen rasmi kerajaan,”katanya.
Menurutnya, hujahan plaintif bahawa kerajaan negeri tidak berhak mencampuri urusan YBK atas alasan ia adalah badan amanah dan PYBK sebagai entity syarikat yang tiada sebarang hubungan adalah ditolak oleh mahkamah.
“Bagi melihat YBK atau PYBK diurus tadbir dengan telus, kerajaan negeri atau Menteri Besar perlu mendapat pelaporan secara konsisten daripada plaintif pertama dan kedua berhubung program serta aktiviti yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan,”katanya.
Mengenai tuntutan balas oleh Abdul Khalid, mahkamah mendapati defendan pertama gagal membuktikan di atas beban imbangan kebarangkalian terhadap tuntutan balas defendan pertama tersebut.
“Tuntutan balas defendan pertama dengan itu ditolak dengan kos RM5,000 dibayar oleh defendan pertama kepada plaintif-plaintif dan jumlah ini boleh dibuat potongan oleh plaintif dari jumlah kos yang perlu dibayar kepada Abdul Khalid," katanya.
EDISI KUMAN DI ANTARTIKA MACAI UMNO NAMPAK .. IKAN PAUS BERGAYUT DIKELOPAK MATA LANGSUNG BUTA.
Ini baru Miri sahaja, belum masuk Kuching, Kapit, Bintulu, Sibu, Limbang, Mukah, Sri Aman, Samarahan, Sarikie dan Betong.
Yang macai UMNO nak burukkan Kelantan yang diperintah PAS/PR adalah seluruh negeri .. yang ngisap dan terlibat dalam salah guna dadah bukannya anak-anak ahli PAS pun.. tak tuduhnya ianya anak-anak ahli UMNO.
MIRI 14hb Ogos 2014:- Seramai 409 individu ditahan di Bandaraya Miri kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan dadah dalam tempoh Januari hingga 10 Ogos tahun ini, meningkat 31 peratus berbanding 308 tangkapan dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, nilai rampasan dadah berjumlah RM109,655 berbanding RM40,726 dalam tempoh sama tahun lepas.
"Dari segi rampasan dadah, syabu masih menjadi dadah paling banyak digunakan dengan 311.15 gram telah dirampas pada 1 Januari hingga 10 Ogos tahun ini berbanding 84.44 gram tempoh yang sama tahun lepas,"katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Gan berkata, rampasan dadah jenis ganja menunjukkan penurunan apabila sebanyak 110.05 gram dirampas dalam tempoh yang sama pada tahun ini berbanding 942.96 gram pada tahun lepas.
"Dalam tempoh sama 66 orang ditangkap di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 berbanding 42 orang pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 57 peratus dan kini mereka dihantar ke Pusat pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen)," katanya. - Bernama
Yang ini pula seluruh Sarawak bagi tempoh 3 bulan .. di ulangi 3 bulan pertama tahun ini..
KUCHING 18 April - Hasil operasi berterusan, tangkapan ke atas individu yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah di negeri ini, meningkat bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Supritendan Moses Agat berkata, sebanyak 39 kes dan 55 tangkapan dilakukan berbanding 31 kes dan 49 tangkapan bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Katanya, dalam tempoh sama, sebanyak 1,414 kes dan 1,876 tangkapan telah dilakukan berbanding sebanyak 1,261 kes dan 1,331 tangkapan tempoh sama tahun lalu.
'Polis mengenal pasti kebanyakan dadah itu diseludup masuk melalui Sarikei dan diedarkan ke Kuching, Betong, Sri Aman dan Saratok,' katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Serah Terima Tugas antara Moses Agat dengan Supritendan Lukas Aket yang disaksikan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Muhammad Sabtu Osman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuching, di sini kelmarin.
Lukas, 49, yang berkhidmat dalam pasukan hampir 30 tahun memulakan tugas sebagai Ketua Jabatan Narkotik Sarawak hari ini bagi menggantikan Moses, 59, yang bersara setelah berkhidmat hampir 38 tahun.
Mengulas lanjut Moses berkata, pihaknya juga mengenal pasti kebanyakan pelanggan adalah golongan remaja yang masih bersekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).
ISU MB SELANGOR BARU ... ISTANA TEGUR PKR KERANA ENGKAR TITAH SULTAN.
Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mengikut" titah sultan dengan hanya mengemukakan nama tunggal bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu.
Teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR semalam.
nama (Presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan MB, tetapi ia juga surat menegur parti itu kerana tidak menghantar dua lagi nama," kata sumber itu lagi.
Surat itu juga, kata sumber itu, membayangkan tiada bantahan terhadap Wan Azizah (menjadi menteri besar) tetapi mereka mahu dua nama lain.
Kenyataan akhbar pertama selepas menerima surat dari istana, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah ditarik balik.
Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa mengenai teguran pihak istana tersebut.
Sebelum ini, pihak istana meminta Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk jawatan itu.
Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan nama Wan Azizah, dengan alasan ianya selaras dengan konvensyen.
OMAK KAU DI PROGRAM TIADA NGILU HIDUP CERIA ANJURAN PRODUK PENJAGAAN GIGI SENSITIF, SENSODYNE.
Pagi ini bertempat di The Curve, Damansara, Omak Kau sebagai blogger mendapat jemputan khas dari syarikat pengeluar produk penjagaan gigi jenama Sensodyne untuk memperkenalkan produk terkininya khusus untuk mereka yang menghidap gigi sensitif.
Pada pelancaran pagi tadi Doktor Pakar Gigi, Dr Nedu Vengu, diberi penghormatan oleh syarikat pengeluar produk Sensodyne sebagai Key Opinion Leader.
Apa itu ubat gigi Sensodyne?????
Sensodyne adalah ubat gigi #1 yang disyorkan doktor gigi untuk gigi sensitif, yang menawarkan pelbagai ubat gigi dirumus khas dan berus gigi. Sensodyne berfungsi untuk melegakan Kepekaan kerana gigi sensitif dan untuk memberi perlindungan yang berkekalan sepanjang hari, setiap hari apabila digunakan seperti yang diarahkan.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1961, Sensodyne telah menjadi ubat gigi sensitif kegemaran doktor gigi di seluruh dunia. Mengapa? Sensodyne telah terus memberikan kelegaan yang terbukti secara klinikal dari gigi sensitif.
Jika anda mempunyai gigi yang sensitif, beralih kepada ubat gigi baru seperti Sensodyne boleh membuat perbezaan besar dalam bukan sahaja keseronokan anda daripada kehidupan seharian, tetapi kesihatan anda secara keseluruhan.
TIADA NGILU HIDUP CERIA
Merasa tidak nyaman karena ngilu pada gigi saat menikmati makanan / minuman kesukaan Anda adalah pertanda Anda memiliki gigi sensitif. Jangan biarkan ketidak-nyamanan mengganggu Anda. Rawat sejak dini agar gigi Anda sehat tanpa rasa ngilu.
Gigi sensitif adalah masalah yang sangat menggangu karena dapat menyebabkan rasa ngilu yang luar biasa saat Anda mengkonsumsi makanan / minuman yang panas, dingin, manis atau asam. Rasa ngilu yang timbul terkadang sangat tajam dan bereaksi selama beberapa saat.
Apa Penyebab Utama Rasa Ngilu?
Gigi sensitif disebabkan oleh menipisnya lapisan email pada gigi. Gigi kita terdiri dari beberapa lapisan, yakni email (lapisan terluar), dentin (lapisan tengah) dan pulpa (lapisan terdalam yang berisi saraf dan pembuluh darah). Dalam kondisi normal, dentin ditutupi oleh email dan gusi. Jika gigi atau gusi terkikis, maka dentin akan terangsang dan akan diteruskan melalui tubulus ke saraf-saraf gigi hingga memicu rasa sakit atau ngilu.
Pengikisan email gigi dapat disebabkan karena menyikat gigi terlalu kuat atau mengkonsumsi makanan/minuman yang terlalu panas, dingin, manis atau asam. Kebiasaan menyikat gigi atau konsumsi makanan/minuman yang buruk dapat mendorong aktivitas bakteri, yang kemudian menghasilkan asam dan memperburuk kondisi gigi.
Bagaimana Cara Mencegahnya?
Cegah gigi sensitif sebelum mengganggu kenyamanan Anda. Perhatikan langkah-langkah berikut:
1) Sikat gigi dengan benar. Menyikat gigi terlalu keras dapat menyebabkan pengikisan email gigi. Pilih sikat yang lembut. Jangan lupa untuk menyikat gigi diatas satu jam setelah makan.
2) Kurangi konsumsi makanan dan minuman yang memicu gigi sensitif karena asam yang berlebihan.
3) Periksakan gigi ke doktor agar tetap terjaga kesihatannya.
4) Ganti pasta gigi dengan pasta gigi khusus gigi sensitif yang dapat menghambat sensasi dari permukaan gigi ke saraf.
5) Gunakan pasta gigi khusus dua kali sehari secara berkala untuk menghindari rasa ngilu datang kembali.
TIADA NGILU HIDUP CERIA
Pada pelancaran pagi tadi Doktor Pakar Gigi, Dr Nedu Vengu, diberi penghormatan oleh syarikat pengeluar produk Sensodyne sebagai Key Opinion Leader.
Apa itu ubat gigi Sensodyne?????
Sensodyne adalah ubat gigi #1 yang disyorkan doktor gigi untuk gigi sensitif, yang menawarkan pelbagai ubat gigi dirumus khas dan berus gigi. Sensodyne berfungsi untuk melegakan Kepekaan kerana gigi sensitif dan untuk memberi perlindungan yang berkekalan sepanjang hari, setiap hari apabila digunakan seperti yang diarahkan.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1961, Sensodyne telah menjadi ubat gigi sensitif kegemaran doktor gigi di seluruh dunia. Mengapa? Sensodyne telah terus memberikan kelegaan yang terbukti secara klinikal dari gigi sensitif.
Jika anda mempunyai gigi yang sensitif, beralih kepada ubat gigi baru seperti Sensodyne boleh membuat perbezaan besar dalam bukan sahaja keseronokan anda daripada kehidupan seharian, tetapi kesihatan anda secara keseluruhan.
TIADA NGILU HIDUP CERIA
Merasa tidak nyaman karena ngilu pada gigi saat menikmati makanan / minuman kesukaan Anda adalah pertanda Anda memiliki gigi sensitif. Jangan biarkan ketidak-nyamanan mengganggu Anda. Rawat sejak dini agar gigi Anda sehat tanpa rasa ngilu.
Gigi sensitif adalah masalah yang sangat menggangu karena dapat menyebabkan rasa ngilu yang luar biasa saat Anda mengkonsumsi makanan / minuman yang panas, dingin, manis atau asam. Rasa ngilu yang timbul terkadang sangat tajam dan bereaksi selama beberapa saat.
Apa Penyebab Utama Rasa Ngilu?
Gigi sensitif disebabkan oleh menipisnya lapisan email pada gigi. Gigi kita terdiri dari beberapa lapisan, yakni email (lapisan terluar), dentin (lapisan tengah) dan pulpa (lapisan terdalam yang berisi saraf dan pembuluh darah). Dalam kondisi normal, dentin ditutupi oleh email dan gusi. Jika gigi atau gusi terkikis, maka dentin akan terangsang dan akan diteruskan melalui tubulus ke saraf-saraf gigi hingga memicu rasa sakit atau ngilu.
Pengikisan email gigi dapat disebabkan karena menyikat gigi terlalu kuat atau mengkonsumsi makanan/minuman yang terlalu panas, dingin, manis atau asam. Kebiasaan menyikat gigi atau konsumsi makanan/minuman yang buruk dapat mendorong aktivitas bakteri, yang kemudian menghasilkan asam dan memperburuk kondisi gigi.
Bagaimana Cara Mencegahnya?
Cegah gigi sensitif sebelum mengganggu kenyamanan Anda. Perhatikan langkah-langkah berikut:
1) Sikat gigi dengan benar. Menyikat gigi terlalu keras dapat menyebabkan pengikisan email gigi. Pilih sikat yang lembut. Jangan lupa untuk menyikat gigi diatas satu jam setelah makan.
2) Kurangi konsumsi makanan dan minuman yang memicu gigi sensitif karena asam yang berlebihan.
3) Periksakan gigi ke doktor agar tetap terjaga kesihatannya.
4) Ganti pasta gigi dengan pasta gigi khusus gigi sensitif yang dapat menghambat sensasi dari permukaan gigi ke saraf.
5) Gunakan pasta gigi khusus dua kali sehari secara berkala untuk menghindari rasa ngilu datang kembali.
TIADA NGILU HIDUP CERIA
MACAI-MACAI UMNO MEGAH DAN BANGGA SEDANGKAN RAKYAT HIDUP TERSEKSA.
Inilah terjadi jika jiwa dan minda diselimuti dengan ketaksuban melampau tanpa enggan menerima bahawa pemimpin agungnya bukannya maksum @ lembu suci (pinjam kata-kata YAB Lim Guan Eng).
Berasa megah dan bangga apabila diberitahu kononnya ekonomi negara dibawah pemerintahan UMNO dibawah kepimpinan Najib Razak berada di kedudukkan ke-20 dalam laporan daya saing global sedangkan hidup rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencanak naik.
Harga getah menurun teruk .. para penoreh getah yang hampir rata-rata penyokong tegar UMNO hidup sengsara tanpa pembelaan yang sewajarnya.
Para pelajar IPTA/S belum dapat ijazah sudah dibebani dengan hutang .. sudah memiliki segulung ijazah kerja belum tentu.
Nak miliki sebuah rumah kalau bergaji RM3,000 sekadar gigit jari memerhati.
Kalau nak cerita satu persatu penderitaan rakyat kini tidak cukup satu minggu ... dipendekkan cerita .. masih lagi mau berbangga sedangkan rakyat hidup sengsara menderita?????
Wednesday, 3 September 2014
KONTRAK PERPISAHAN YANG PALING COOL DAN SEMPOI.
Betapa budak-budak sekarang mau lakukan sesuatu mesti ada hitam putih sebagai bukti agar tidak berbangkit dibelakang hari.
Contoh terbaik Kontrak Perpisahan perhubungan sepasang remaja masih bawah umur .. alasan diberikan juga menarik sebab sudah ada pilihan lain yang lebih baik dan rela melepaskannya kepada rakannya sendiri.
Siap ada saksi lagi tuuuuuu.
PENGARAH KASTAM NEGERI ANTARA 12 KAKITANGAN JABATAN KASTAM YANG KENA TAHAN OLEH SPRM KERANA TERLIBAT DALAM KEGIATAN PENYELUDUPAN ROKOK DAN ARAK.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan 22 individu termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.
Salah seorang daripada 12 pegawai Kastam yang ditahan itu merupakan Pengarah Kastam Negeri.
Sepuluh yang lain termasuk pemilik syarikat, ejen-ejen serta pemandu lori yang membawa barang-barang seludup.
Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi khas secara besar-besaran di Lembah Klang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata, tindakan menahan kesemua mereka merupakan hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.
“SPRM percaya tangkapan ini telah berjaya menumpaskan dalang terbesar aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang," kata Mohd Shukri dalam satu kenyataan petang Rabu.
Menurut Mohd Shukri, barang-barang yang tidak dibayar duti kastam terbabit terdiri daripada rokok dan arak.
Ia diseludup keluar untuk pasaran dalam negara dan sebahagian barang terbabit turut dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram.
“Sindiket telah melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang” tambah beliau lagi.
Operasi ini turut merampas sejumlah wang tunai dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan.
Difahamkan nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit.
Operasi yang dijalankan bermula semalam dilaksanakan secara bersepadu diketuai oleh SPRM bersama pasukan petugas khas.
Turut menyertai operasi khas ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity.
TANPA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT, PKR DAN DAP JUGA TURUT KERUGIAN BESAR DAN JANGAN MIMPI NAK TAWAN PUTRAJAYA .... SUBKY LATIF
Penulis politik terkenal Subky Latif mengingatkan, bukan PAS sahaja yang akan rugi jika parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, kata kolumnis akhbar web PAS Harakahdaily itu, ia akan turut memberi kesan kepada DAP, PKR serta masa depan karier politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Masa itu bukan saja (ketua anggota parlimen DAP) Lim Kit Siang sudah mendiang, (Setiausaha Agung Lim) Guan Eng juga mendiang.
“Buat Brother (saudara) Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi perdana menteri,” katanya.
Dalam kolumnya di Harakahdaily hari ini, Subky (kanan) juga berkata, ketiga-tiga parti dalam Pakatan akan kehilangan banyak kerusi jika Pakatan berpecah dan bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya raya, selain berdepan BN.
Katanya, DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara.
'Tak keluar kecuali dikeluarkan'
Memetik bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib (bawah) yang kini menganggotai PAS, Subky berkata, PAS akan rugi besar jika keluar daripada Pakatan.
Veteran politik itu menegaskan, daripada mula PAS tidak berganjak daripada Pakatan, cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk “merungkai perbezaan yang sesungguhnya banyak”.
“PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya,” tambahnya lagi.
Beliau juga menyuarakan kritikan terhadap Langkah Kajang untuk menukar menteri besar yang dilihatnya “seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan”.
“Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani,” katanya.
AHLI MAJLIS KONSULTASI PERPADUAN NEGARA (MKPN) SOKONG PADU AKTA HASUTAN 1948 DIMANSUHKAN.
Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) merangkap CEO GMM Global Movement of Moderates Dato' Saifuddin Abdullah, telah menyatakan pendirian menyokong pemansuhan Akta Hasutan.
Sokongan padu jitu itu adalah berkaitan dengan kisah dibawah:-
Satu jawatankuasa bawah Majlis Peguam akan melancarkan kempen untuk menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Jurucakap Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan (NYLC), Syahredzan Johan kempen itu akan dijalankan dalam tempoh setahun bagi mengumpul sokongan ke atas usaha tersebut.
“Selepas setahun kami akan lebih kuat. Kami akan menunjukkan kepada kerajaan bahawa kami mendapat sokongan – kami ada ramai orang yang menyokong kempen kami,” katanya kepada Malaysiakini.
Selain pemansuhan Akta Hasutan, kempen itu juga bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan membentuk kumpulan yang boleh mencetus sokongan ke atas kempen tersebut.
Kempen itu timbul susulan siri pendakwaan dan siasatan mengikut Akta Hasutan sejak sebulan lalu, yang menyebabkan empat orang ahli politik Pakatan Rakyat dan seorang pensyarah undang-undang diheret ke mahkamah.
Bagi mencapai sasarannya, Syahredzan berkata satu jawatankuasa kerja dianggotai 50 individu akan menderaf satu senarai “soalan lazim” mengenai akta tersebut dan berinteraksi dengan orang awam dalam talian, termasuk melalui perbincangan di Twitter dengan topik “#mansuhaktahasutan”.
Tumpuan luar bandar
Selain itu, jawatankuasa itu juga akan menggerakkan kempen di kawasan luar bandar dan bekerjasama dengan NGO dan parti politik.
Tambahnya, NYLC juga akan mendapatkan bantuan BN kerana percaya parti komponennya sedia menyertai usaha berkenaan.
Katanya, parti seperti MCA dan sayap Pemuda GERAKAN sudahpun menyatakan pendirian menentang Akta Hasutan.
“Kita perlu tumpu kepada akar umbi; kita perlu keluar dari pusat bandar untuk mendapatkan hasilnya. Jika tidak, kita akan dilihat seperti banyak kempen masyarakat siviil yang lain.
“Kita akan dilihat seperti kelas pertengahan, elitis, atau sesuatu yang tidak begitu melibatkan masyarakat umum di luar sana.
"Sebab itulah kita perlu pergi jauh dari semua itu. Kita mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa Akta Hasutan melibatkan semua orang, bukan hanya yang tinggal di Kuala Lumpur dan pusat bandar di Malaysia,” katanya.
Kumpulan itu antara lainnya akan mengumpul tandatangan bagi menyatakan bantahan ke atas akta tersebut.
MANTAN TIMBALAN MENTERI MERANGKAP BEKAS AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO KRITIK KERAS KETUA POLIS NEGARA.
Dilaman sosial Facebook Dato' Saifuddin Abdullah mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah menegur keras cara Ketua Polis Negara dalam mengaplikasikan undang-undang negara.
Diperturunkan secara salin dan tempel apa yang beliau tulis di akaunnya di laman sosial FB tersebut.
KPN ni ada isu: 1) bila mahkamah suruh ambil tindakan dlm kes custody, dia engkar. sepatutnya kena contempt of court. 2) bila ada tweet yg maki dia, itupun dia suruh polis siasat. kena maki ni biasalah. ia tak jadi hasutan atau harm pun... saya tak anggap pendapatnya tentang kembalikan ISA tu sbg rasional.
TIGA PEMAIN MUSLIM BAYERN MUNICH ENGGAN PEGANG BIR PRODUK PENAJA PASUKAN SEMASA SESI PEMOTRETAN.
Dua pemain tengah Bayern Munich, Franck Ribery dan Xherdan Shaqiri, meneruskan "tradisi" tidak memegang bir pada sesi pemotretan produk sponsor Paulaner Brewery. Kali ini, Ribery dan Shaqiri mendapat teman baru, yakni bek Mehdi Benatia.
Sudah menjadi tradisi bagi skuad Bayern untuk menjalani sesi pemotretan bersama produk Paulaner Brewery di awal musim. Dalam sesi pemotretan musim ini, 31 Ogos 2014, pasukan besutan Josep Guardiola itu memakai baju tradisional bavaria, Lederhosen, berwarna merah-putih.
Sama seperti musim-musim sebelum ini, Ribery dan Shaqiri, yang merupakan Muslim, menolak memegang bir produk Paulaner Brewery. Namun, untuk musim ini, jumlah pemain Bayern yang menolak memegang bir dalam pemotretan bertambah satu.
Seperti yang dilaporkan oleh Alarabiya.net, bek anyar Bayern, Benatia, juga menolak memegang bir. Meski tidak memegang bir, bek asal Maghribi itu tetap menikmati jalannya pemotretan. Benatia kelihatan profesional menjalani pemotretan meski tidak memegang bir.
Dalam foto yang diperlihatkan Reuters, Benatia berdiri diapit Jerome Boetang dan Dante. Sementara Ribery, duduk di sebelah penjaga gol Pepe Reina. Sedangkan Shaqiri berada tepat di belakang pahlawan Jerman di Piala Dunia 2014, Mario Goetze.
Paulaner Brewery merupakan salah satu pengeluar bir terbesar di Jerman. Paulaner juga menjadi salah satu dari enam sponsor Oktoberfest, festival bir Jerman yang sudah digelar sejak 1810.
Ribery sendiri sempat dibuat kesal dengan bir Paulaner. Pada perayaan gelaran Bundesliga musim 2012/2013, pemain tengah timnas Perancis itu marah selepas Boateng menyiramnya dengan bir. Namun, pihak Paulaner memastikan, bir yang disimbah Boateng tidak mengandungi alkohol. Demikian dikutip dari liputan vivabola.
2 FOTO ... ADA MACAI MENANGUK DI AIR KERUH PASANG KAIN PEMIDANG PROVOKASI NAK ROBOHKAN KESATUAN PAKATAN RAKYAT.
"YA ALLAH .... SELAMATKANLAH ULAMA KAMI DARIPADA TERUS DIPIJAK OLEH PKR & DAP"
Lokasi dipasang kain pemidang provokasinya dikatakan di kajang, Selangor.
Jelas ianya merupakan cara untuk memecah belahkan kesatuan dan kesepakatan antara komponen parti dalam gagasan Pakatan Rakyat ketika Selangor ada sedikit kemelut politik yang masih belum selesai... Cuba nak menangguk di air sedang keruh, menahan jerat di tempat genting dan menahan lukah di penggentingan.
Tapi kerja sia-sia ini rakyat berfikiran waras tidak mudah termakan dan terperangkap serta melatah.
Kerja jahat dan jijik ini kalau ikut hukum akal logik bukan kerja ahli-ahli PAS .. ahli DAP dan anggota PKR jauh sekali .. Jadi kerja siapa ek????? ... SEKILAS IKAN DI AIR, DAH TAHU JANTAN BETINA TERMASUK SPESIS APA .... HENTIKAN CARA POLITIK PURBA ADU DOMBA.
PANDANGAN YANG IKHLAS, BERNAS, JELAS, TEGAS DAN PANAS LAGI PEDAS DARI MAT SABU JIKA PAS MAU TAWAN PUTRAJAYA.
Pakatan Rakyat (PR) perlu dijadikan sebagai platform jika PAS berhasrat untuk menawan Putrajaya dan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata Mohamad Sabu.
Timbalan presiden PAS itu berkata, sejarah membuktikan PAS meraih kejayaan terbesar bersama PR pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), di mana 5 negeri berjaya dimenangi gabungan pembangkang itu diikuti mendapat undi popular melebihi BN pada PRU13.
“Saya hendak simpulkan di sini, kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau tahalluf siasi atau coalition dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada 'tahalluf', tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti dalam Pakatan.
“Jika PAS dan rakan dalam PR berangan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan lain, melainkan jalan terbaik melalui kerjasama politik antara parti pembangkang dan NGO untuk hadapi pemerintah BN,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu artikel bertajuk "Tahalluf siasi punca utama kejayaan PAS" diterbitkan portal Harakahdaily.
Pada PRU12, buat pertama kalinya majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan merupakan kejayaan paling besar dicapai parti pembangkang sejak Merdeka apabila 5 negeri jatuh ke tangan PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Menerusi PRU12 juga, PAS berjaya memenangi 23 kerusi Parlimen dan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia.
Mohamad berkata, sejarah membuktikan PAS mengalami kekalahan teruk apabila tidak berada dalam gabungan politik menerusi beberapa siri pilihan raya umum yang lepas.
Katanya, PAS berdepan kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2004 apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) dan mereka gagal mempertahankan Terengganu selain mencatatkan penurunan undi di seluruh negara termasuk undi orang Melayu Bumiputera.
“Pada pilihan raya 2004, DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA di atas beberapa perkara yang mereka tidak bersetuju dan tidak bersamaan dengan PAS terutama dalam hal konsep negara Islam.
“Maka pada 2004, PAS mengalami kekalahan yang agak teruk, hilang kerajaan Terengganu, manakala di Kedah, yang tinggal hanyalah satu kerusi di peringkat Parlimen dan 5 kerusi Parlimen di Kelantan,” katanya.
Beliau berkata, sejarah kegemilangan PR bermula pada 1999 ekoran peristiwa yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim maka terbentuklah BA yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR.
Katanya, pada ketika itu PAS berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen iaitu Kedah (8), Kelantan (10), Terengganu (7) dan Perak (2) serta menguasai Kelantan dan Terengganu yang ditawan semula PAS selepas kehilangan 2 negeri itu pada 1962.
“PR dan tahalluf siasi diteruskan menjelang PRU13 di mana sekali lagi PR mencatat kemenangan undi popular lebih 52% dan BN mendapat undi 46% sesudah ditolak undi rosak kira-kira 2%.
“Walaupun tidak berjaya menawan semula Terengganu, PAS hanya kehilangan 2 kerusi untuk memerintah semula Terengganu. Merosot sedikit undi di Kedah tetapi kejayaan yang besar ialah PAS capai di Selangor iaitu berjaya mencapai kemenangan 15 kerusi DUN,” katanya.
Pada pandangan ikhlas Omak Kau juga ialah bukan sahaja PAS tetapi turut sama PKR dan DAP .. jika mau tawan Putrajaya perlu berganding bahu bersatu padu dengan kesepakatan yang jitu demi menuju misi yang satu .. tidak perlu ada bersikap berkepala batu. TENKIU.
JABATAN UNIT AMAL PAS YANG MAU DIAMBIL TINDAKAN OLEH ZAHID HAMIDI ... POLIS BERI KEPERCAYAAN KAWAL LALU LINTAS.
HARAKAHDAILY | . KUALA LUMPUR: Pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS mendapat pengiktirafan apabila diberi kepercayaan oleh pihak Polis untuk bertugas mengawal lalu lintas sempena Thaipusam esok.
Unit Amal Gombak diminta membantu pihak polis berkawal di kawasan lampu isyarat Pinggiran Batu Caves.
Ia ekoran aduan orang ramai yang mendakwa berlaku kesesakan teruk di sepanjang jalan memalui Kg. Laksamana, Kg. Nakhoda dan Kg. Sg. Kertas apabila jalan utama ke Batu Caves telah ditutup untuk Thaipusam esok.
Unit Amal PAS, atau lebih terkenal dengan jolokan 'tentera merah' sebelum ini menjadi bualan rakyat negara ini ekoran kepantasan mereka menghulur bantuan kemanusiaan ketika banjir melanda beberapa negeri khususnya Pahang dan Terengganu Disember lalu.
Keikhlasan mereka dengan perinsip 'Beramal Kerana Allah" menjadikan pasukan sukarelawan PAS itu disegani kawan dan lawan.
Pasukan ini juga, sentiasa menjadi tulang belakang kepada kawalan keselamatan beberapa himpunan besar anjuran NGO dan Pakatan Rakyat.
Selain himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, terbaru pasukan ini juga menjadi barisan hadapan mengawal perarakan himpunan Turun pada malam sambutan tahun baru 31 Disember lalu.
Tuesday, 2 September 2014
ISU MB SELANGOR .. KENYATAAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR ... NAMA-NAMA CALON PILIHAN PAS DIHANTAR OLEH PAS PUSAT BUKANNYA PAS SELANGOR.
Sedikit penjelasan : TV3 sebentar tadi melaporkan PAS Selangor telah menghantar nama calon2 MB kepada PAS Pusat utk dimajukan kepada Tuanku Sultan.
Sebenarnya PAS Selangor tidak pernah menghantar sebarang nama calon MB kepada PAS Pusat walaupun kami telah beberapa kali bermesyuarat dengan PAS Pusat.
Nama2 calon dihantar oleh PAS Pusat dan kami tidak tahu siapakah calon2 tersebut.
Harap maklum.
Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
2 September 2014
PAS SELANGOR TELAH HANTAR NAMA-NAMA ADUN PAKATAN RAKYAT UNTUK JAWATAN DATO' MENTERI BESAR SELANGOR.
SHAH ALAM: PAS Selangor telah menghantar nama-nama calon dari kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada PAS Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan.
"Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh PAS Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baharu dilantik.
Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) supaya masing-masing mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan itu, selewat-lewatnya esok (3 September).
Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dipetik sebagai berkata PAS tetap mengemukakan dua calon iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalan presiden parti itu Azmin Ali.
Dalam satu laporan portal berita, beliau berkata PAS akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang mahu Azmin dicalonkan sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...









































