Saturday, 7 March 2015
Hadiah Perkahwinan Anak PM Akan Di Salurkan Ke Beberapa Badan Amal Atas Permohonan Pasangan Pengantin
Tetamu kenamaan (VIP) majlis perkahwinan anak perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak digalakkan menghadiahkan cenderahati berbentuk sumbangan wang kepada badan kebajikan dan pendidikan.
Anaknya Nooryana Najwa Najib, 26, dan tunang Daniyar Kessikbayev, 27, memohon tetamu yang ingin berbuat demikian menyerahkan dana dalam bentuk cek atas nama satu daripada organisasi-organisasi yang disenaraikan.
Saranan itu disertakan dalam kad undangan, yang berhias indah, ke majlis tersebut yang diadakan malam 28 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Senarai lima organisasi tersebut dan akaun bank mereka diletakkan di dalam kotak berwarna emas dan putih yang mengandungi skrol nama tetamu.
Lima badan ini termasuklah Yayasan Orang Asli, yang dinaungi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak.
Yayasan Amal Malaysia, NGO yang beribu pejabat di Batu Caves, Selangor, dianggap dekat beberapa pemimpin PAS.
Berdasarkan foto-foto kad jemputan perkahwinan, tiga lagi badan kebajikan dan pendidikan itu:
- Maahad Tahfiz al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU), yang terletak di Batu Caves, Selangor
- Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan (Perkayatim), yang pernah dinaungi Rosmah.
- Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, yang dilawati oleh Daniyar minggu lalu.
Majlis perkahwinan anak sulung Najib dan Rosmah turut diadakan pada sebelah petang 29 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sehari selepas majlis untuk tetamu kenamaan.
Mempelai itu juga dikatakan akan turut mengadakan majlis di kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang.
Majlis bertandang ke Kazakhstan pula dijangka diadakan selepas majlis perkahwinan di Malaysia. Bagaimanapun butiran lanjut belum dapat disahkan.
Mangsa Liwat III DSAI Akan Buat Laporan Polis.
Bekas suami Nurul Izzah, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim akan membuat laporan polis bukan di liwat DSAI tetapi berhubung dakwaan fitnah yang mengaitkan dirinya menjadi mangsa liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau dijangka membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.
Omak Kau difahamkan Raja Ahmad Shahrir cukup kecewa apabila namanya diheret untuk dijadikan bahan dipersendakan dengan cerita-cerita yang boleh menjejaskan reputasinya.
Semalam, beberapa media sosial dan blog menyebarkan berita kononnya bekas suami Nurul Izzah akan membuat laporan polis kerana mendakwa beliau juga menjadi salah seorang mangsa liwat Anwar.
Risalah "Fatwa" Presiden PAS Demonstrasi Adalah Haram Tersebar
Setelah dinafikan bahawa Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS ada mengeluarkan arahan minta ahli-ahlinya turun ke Himpunan Aman #Kita Lawan hari ini maka kini satu risalah kononnya suatu Kenyatan Rasmi TGHA bahawa kononnya telah mengeluarkan "Fatwa" betapa demonstrasi adalah haram.
Dengan itu PAS sebagai gerakan siasah Islam menolak sekeras-keras amalan demonstrasi dan menyeru Kepimpinan dan Ahli PAS seluruh negara untuk tidak menyertai himpunan Solidariti Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini 7hb Mac 2015 mulai jam 9.00 pagi.
Omak Kau yakin melebehi 101 peratus bahawa risalah ini juga adalah palsu sepertimana risalah menyeru ahli-ahli PAS turun beramai-ramai memberikan sokongan kepada Himpunan #Kita Lawan.
Ini berasaskan kepada ikut hukum akal logik dimana sebelum ini TGHA telah beberapa kali hadir dan turun ke beberapa demonstrasi dan himpunan aman yang berskala besar dan mega.
Pihak yang cuba nak gagalkan himpunan ini dengan melakukan kerja gred bangang ini tidak akan termakan dan dipercayai oleh para ahli PAS khasnya dan rakyat secara keseluruhannya amnya.
Betul Ke Ceramah Solidariti Untuk Anwar #Kita Lawan Sambutan Malam Tadi Di Taman Dato' Senu Teramat Dingin???????
Mohon pihak yang terlibat untuk memberikan respon, betul ke beberapa rakaman gambar yang dikirimkan kepada Omak Kau ini, benar-benar berlaku malam tadi di Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur dimana ceramah Solidariti untuk DSAI Kita Lawan teramatlah hambar dan sunyi sepi.
Demi bersangka baik mungkin sipengirim mempunyai niat yang tidak baik demi memberi gambaran buruk terhadap PKR dengan merakamkan gambar disusut yang amat sedikit orang ramai hadir.
Oleh itu mohon sangat-sangat pihak penganjur dapat memberikan respon segera.
Di Larang Sertai Kita Lawan - Guan Eng ???????
Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan semua wakil rakyatnya berada di kawasan masing-masing hari ini, sekaligus tidak menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan dijadual di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kesemua Adun Pakatan Rakyat perlu berada di kawasan masing-masing untuk majlis Program Penghargaan Warga Emas.
Katanya, perhimpunan #KitaLawan hanya dianjurkan oleh sayap Pemuda, dan oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau harus memberi keutamaan kepada projek rakyat.
“Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan esok merupakan pelancaran Program Penghargaan Warga Emas di semua kawasan. Semua wakil rakyat telah diarah supaya berada di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah skim perumahan awam dan mampu milik di Jalan SP Chelliah semalam.
Guan Eng berkata, beliau sendiri juga mempunyai program di kawasannya di Air Putih pagi ini dan tidak akan menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur itu yang mahu diadakan oleh PKR bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.
Pada 27 Februari lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.
Hentikan Sahaja Himpunan Kita Lawan Mohon Kelab Buskers Jalanan
Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) berharap penganjur perhimpunan #Kitalawan membatalkan demonstrasi jalanan yang dijadualkan berlangsung di ibu kota, hari ini.
Presidennya, Wady Hamdan berkata, MYBC menyarankan penganjur membatalkan perhimpunan itu, kerana ia akan mengganggu urusan dan aktiviti orang ramai di lokasi tumpuan.
“Perhimpunan seumpama ini sudah pasti mencemarkan keadaan aman dan makmur yang dikecapi semua pihak,” katanya.
Menurutnya, pemuzik jalanan atau buskers sendiri berperanan memeriahkan bandaraya Kuala Lumpur, dengan menampilkan bakat seniman jalanan tempatan kepada pelancong dalam dan luar negara.
“Aktiviti busking menjana sumber pendapatan baik kepada buskers. Kenapa perlu mereka adakan perhimpunan tersebut di tengah pusat bandaraya?
“Kenapa tidak diadakan sahaja di negeri-negeri pembangkang dan kenapa perlu menggugat aktiviti orang lain pula, dengan aktiviti mereka yang nyata tidak mendatangkan sebarang keuntungan,” katanya.
Beliau berkata, buskers sememangnya bersikap neutral dan tidak mewakili mana-mana parti politik.
Buktinya, program peringkat nasional, iaitu My Buskers Corner juga diadakan di Kelantan, atas permintaan golongan seniman jalanan di sana, tanpa mencampuradukkan sebarang fahaman politik.
“Busking kini menuju ke arah industri mampu maju dan sangat aktif di setiap negeri, termasuklah di Pulau Pinang dan Selangor.
“Oleh itu, pemuzik jalanan tetap menghormati hak orang ramai untuk membuat sebarang tindakan, tetapi kita kini membangkang apa sahaja yang melanggar peraturan dan undang-undang negara.
“Buskers sendiri adalah golongan kreatif, yang majoritinya terdiri daripada belia, bersikap neutral, selesa dan berterima kasih dengan segala sokongan yang diberikan kerajaan sekarang terhadap semua aktiviti kami.
“Kerajaan juga sudah mengiktiraf buskers sebagai tarikan pelancongan yang mempamerkan kebebasan gaya hidup, memberi ruang menunjukkan bakat secara lebih dekat kepada masyarakat, selain aktiviti sosial sihat dan mampu membentuk pembangunan belia secara positif,” katanya.
Pada masa sama, Wady turut menasihatkan buskers supaya tidak menyertai perhimpunan haram itu.
“Buskers yang sedang ‘cari makan’ di sekitar ibu kota pada Sabtu, janganlah terlibat dengan perhimpunan tersebut dan perlulah berhati-hati agar barangan atau peralatan muzik mereka tidak berada di situasi berisiko.
“MYBC juga akan memastikan tidak ada mana-mana buskers yang menyertai perhimpunan haram itu.
“Buskers ada hak untuk terus menghiburkan orang ramai, kerana golongan itu mempunyai permit sah,” katanya.
Dalam pada itu, Wady menegaskan, belia yang berminat dengan politik harus menceburi politik melalui cara bijak dan secara sihat.
“Hanya kerana retorik politik yang tidak pasti, kenapa perlu merisikokan diri dengan melibatkan diri dalam perkara yang melanggar undang-undang.
“Tanya diri sendiri, apa sumbangan sebagai rakyat yang sayangkan agama, bangsa dan negara,” ujarnya.
Dengan mengambil contoh buskers, Wady memberitahu, kumpulan itu sekurang-kurangnya mempunyai peranan tersendiri, tanpa perlu membabitkan diri dalam ketaksuban politik.
“Jangan terlalu taksub dengan ‘politik tak pasti’, hanya kerana kepentingan individu dengan menampilkan ekspresi ‘ketidakpandaian diri’ dan berisiko,” jelasnya.
Tambahnya, anggota polis juga perlu bersikap tegas, bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.
PAS Nafi Dato' Seri Presiden PAS Keluarkan Arahan Kepada Ahli Sertai Himpunan Kita Lawan.
PAS menafikan parti itu mengeluarkan kenyataan yang mengarahkan ahli dan penyokong parti untuk menyertai perhimpunan #Kitalawan.
Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan dalam Facebook Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi ketika ini, berhubung perhimpunan itu.
Penafian itu dibuat, berikutan penyebaran satu surat rasmi palsu parti itu di laman sosial yang bertanda tangan Presiden PAS itu.
“Sukacita dimaklumkan, Tuan Guru Presiden PAS kini berada di Tanah Suci Mekah, bagi menunaikan Ibadat Umrah. Dengan ini, dimaklumkan bahawa kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, 6 Mac 2015 adalah palsu,” katanya.
Antara isi kandungan surat berkenaan menyatakan, Abdul Hadi menggesa semua pimpinan dan ahli PAS untuk bersama menyertai perhimpunan #Kitalawan sebagai tanda solidariti kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Friday, 6 March 2015
Rakaman Gambar Seorang Peniaga Keropok Lekor Dan Pisang Goreng Yang Berlesen Dibelasah Dan Di Gari Penguatkuasa DBKL
"Pada 4/2/15 jam lebih kurang 1900 petang saya dan suami sedang menjalankan perniagaan di tapak menjual keropok lekor dan goreng pisang yg dilesenkan oleh DBKL di Jalan Bulan 1 berhadapan Bangunan Amoda, Bukit Bintang K.Lumpur.
Seramai 30 orang pegawai DBKL telah datang di tapak perniagaan saya dan bertindak menyita barangan perniagaan saya dan mencampakkan makanan sehingga bertaburan serta menyepak meja besi sy tanpa memberikan apa-apa penjelasan.
Suami saya sudah memberitahu dengan baik kepada pegawai tersebut untuk mengemas barangan perniagaan kami tapi tidak dihiraukan.
Semasa suami saya cuba memasukkan generator ke dalam lori bagi mengelakkan kerosakan atau kehilangan namun tiba-tiba dua orang pegawai DBKL(gambar akan disertakan) bertindak agresif mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk muka suami saya yang telah mengakibatkan pendarahan di dahi dan lebam di pipi.
Seorang lagi anggota DBKL bernama Othman menyepak suami saya di bahagian kaki. Saya cuba untuk berbincang dengan pegawai DBKL namun tidak dihiraukan sama sekali.
Terdapat beberapa pegawai polis disitu namun tidak diambil apa-apa tindakan untuk meleraikan perselisihan faham tersebut.
"Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya sedang mengemas barangan saya di dalam lori untuk dibawa pulang seorang anggota DBKL wanita cuba menarik saya."
Begitulah keluhan dan runggutan isteri mangsa kena gari dan belasah penguatkuasa DBKL ini.
Malas nak kupas dan ulas lebih panjang sekadar menjemput para pembaca yang budiman cuitkan sedikit otak untuk berfikir dan menilai .. Itu sahaja.
Edisi Tiada Yang Terlepas Pandang Kena Hukuman GST .... Nak Belajar Pun Kena GST.
Tawaran Kursus Dari TNB Intergrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS) Program Penjaga Elektrik Separuh Masa Mulai 09-05-2015 hingga 27-03-2016.
Yuran : RM24,650.00
GST (6%) RM1,479.00
Jumlah: RM26,129.00
Masih nak mendabik dada si Ahmad Maslan CGPA 3.85 bahawa pelaksanaan GST akan memberi keuntungan kepada rakyat??????
Adakah Ini Wajah CEO Sebuah Anak Syarikat GLC Yang Di Tahan SPRM Kerana Bantu Siasatan Kes Pecah Amanah???????
Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes pecah amanah.
Dia ditahan reman selama lima hari sejak tiga hari lalu.
Menurut sumber siasatan terhadapnya melibatkan transaksi pembelian hartanah.
Sepanjang tiga hari ini juga, SPRM telah melakukan tangkapan bagi membantu siasatan kepada pengaliran keluar minyak petrol dan diesel subsidi di Kedah dan Perak.
Dalam Ops Licin 2 itu, seramai 40 individu antaranya polis, penguat kuasa kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta orang awam ditahan.
Mengikut sumber, CEO sebuah anak syarikat GLC itu difahamkan ialah CEO Felda Investment Corp (FIC) Mohd Zaid Abdul Jalil yang terlibat dalam pembelian Hotel Mewah di Kentsington Hotel yang bernilai RM300 juta.
Sebelum ini sudah beberapa artikel Omak Kau muat naik diblog ini menyatakan sikap yang agak anih FGVC dibawah Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dalam keghairahan melampau dalam membeli hartanah terutamanya di London.
Mohon pihak berwajib yang berkaitan memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran akan informasi ini.
Biar Betul ...... Azmin Tarik Balik Keputusan Batal Projek Kidex???????
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan pernah mengumumkan pembatalan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) seperti diumumkan sebelum ini, sebaliknya hanya membatalkan pembangunannya.
Mohamed Azmin berkata, Kementerian Kerja Raya telah pun dimaklumkan mengenainya dan beliau ada menerima surat daripada kementerian itu untuk berbincang secara lebih lanjut.
“Ada dua beza, bukan batalkan projek tetapi batalkan pembangunan kerana itu adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Soal tanah, soal kelulusan, itu kuasa kerajaan negeri.
“Kita membatalkan pembangunan kerana ia tidak mematuhi syarat-syarat maka Menteri Kerja Raya menulis surat memaklumkan bahawa kementerian telah diberitahu bahawa pembangunan ini dibatalkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau bercadang bertemu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai pembangunan infrastruktur pengangkutan secara menyeluruh khususnya di negeri ini.
Pada 16 Februari lalu, Mohamed Azmin mengumumkan pembatalan projek pembinaan Kidex atas alasan syarikat konsesi gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Menurutnya, kerajaan negeri telah memberi tempoh secukupnya supaya syarat-syarat tersebut dipenuhi namun syarikat konsesi terbabit gagal berbuat demikian.
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh syarikat konsesi ialah menyediakan penilaian kesan lalu lintas, sosial dan alam sekitar, menyatakan kadar tol sepanjang tempoh konsesi.
ULASAN OMAK KAU:-
Sebelum ini Omak ada membuat artikel menyatakan keputusan mengumumkan pembatalan KIDEX lebih merupakan suatu keputusan politik atas desakan kuat sebuah parti politik dan beberapa kerat rakyat yang membantah bukannya atas dasar kepentingan rakyat secara keseluruhannya bagi membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.
Dan juga betapa mendapat informasi Kerajaan Pusat bakal mengambil tindakan undang-undang atas pembatalan yang kini sudah pun dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.
Jika benar pembatalan ditarik balik jelaslah yang Azmin Ali asyik berpolitik dengan memberi sedikit keseronokkan kepada para pentaksubnya demi mau dilihat sebagai jaguh kepada pekikkan segelintir rakyat.
ISU NABI KENDURI ROTI JALA CICAH KARI ... USTAZ KAZIM ELIAS KATA ITU PERBANDINGAN TETAPI BILA DAH DENGAR RAKAMAN VIDEO BERKAITAN, LANGSUNG TIDAK KEDENGARAN IANYA SUATU PERBANDINGAN PUN!!!!
Bukankah Ustaz Kazim Elias Dengan Jelas,Nyata Dan Terang Menyebut Dalam Ceramah Berkata "Kenduri Nabi Yang Paling Mahai(Mahal),Roti Jala Cicah Kuah Kari..Paling Mahai(Mahal)..Masyaalah .... Ka
Masih Enggan Mengaku Ada Menucapkan Ungkapan Seperti Di Atas???
Tiada pun Dalam Ceramah Itu, Di Sebut Ini Hanyalah Suatu Perbandingan Sahaja.
Mengapa Nak Putar Dan Enggan Mengaku Kesilapan .. Hinakah Kalau Mengaku Membuat Kesilapan???
Kalau Dengan Bukti Video Pun Sanggup Enggan Mengaku .. Apa Jaminan Kalau Tiada Rakaman Video Jika Ada Membuat Kesilapan Dan Kesalahan???
Tindakan Shaibul Samaah Dato' Mufti Perlis Dato' Arif Perkasa Dr Maza Tidak Memberikan Sokongan Kepada Ustaz Kazim Elias Sebagai Panel Forum Perdana Ehwal Islam Memang Tepat Lagi Bijak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...

















































