Tuesday, 10 March 2015

KOLEKSI GAMBAR SUASANA PENAMAAN CALON PRK DUN N06 CHEMPAKA ... AZMIN, ZURAIDA DAN CALON UMNO/BN TIDAK KELIHATAN.


Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini, berjalan lancar.

Turut kelihatan mengiringgi calon PAS ialah Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Hj Ahmad Yaakob, Timbalan Presiden PAS Hj Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Dato' Dr Mahhfuz, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat YB Dar Hatta Ramli, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Presiden KeADILan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pimpinan Wanita KeADILan seperti YD Hajah Rodziah Ismail.

Yang jelas tidak kelihatan sehingga kini selain calon UMNO/BN yang awal-awal sudah istihar tidak akan bertanding ialah Timbalan Presiden KeADILan Azmin Ali dan Ketua Wanita KeADILan Pusat Zuraida Kamaruddin.

Tidak tahulah kalau Omak Kau terlepas pandang .. tetapi diberitahu memang kedua mereka kelibatnya tidak nampak semasa penamaan calon tadi.

Proses penamaan calon itu berlangsung selama sejam sejak 9 pagi tadi.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.

Dun Chempaka mempunyai 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa; 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi tidak hadir luar negara.

RAKAMAN GAMBAR WARGA BANGLADESH MENERIMA ANUGERAH KEBESARAN MENERIMA KRITIKAN DAN SINDIRAN KERAS DI MEDIA SOSIAL




"Rata-rata pengguna media sosial menjadikan tindakan tersebut sebagai bahan sindiran dan kutukan di laman sosial. Bahkan tak kurang juga yang mempersoalkan apakah kewajaran pangkat 'DATUK' diberikan kepada rakyat Bangladesh".

Begitulah sebahagian dari ayat yang diungkapkan di salah satu page media sosial Facebook.

Memberi anugerah kebesaran adalah hak mutlak Sultan dan Raja yang tiada siapa boleh mempersoal dan mempertikaikannya.

Sebelum ini bukan sedikit warga asing yang menerima anugerah darjah kebesaran namun tiada pula kedengaran rungutan maupun menyindir keras. Mengapa penganugerahan ini dijadikan bahan kritikan dan sindiran keras????

Adakah disebabkan penerimanya dikatakan seorang warga Bangladesh????   Apa hina sangatkan warga Bangladesh ini sehinggakan tidak layak untuk menerima anugerah kebesaran dari Sultan Pahang????

Apakah kerana ramainya warga Bangladesh dinegara ini menjadi buruh kasar maka semua warga Bangladesh dianggap sebagai pendatang yang hina????

Tahukah berapa ratusan ribu warga kita bekerja dan mencari rezeki di Singapura???  Apa rasanya jika warga Singapura pandang rendah dan perlekehkan warga negara kita????

Nak menyerang pun agak-agaklah .. ada batasannya jangan sampai merasakan diri itu warga terhebat didunia pula.

PEMBATALAN PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA ... BEKAS MB SELANGOR TERKEJUT



Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa terkejut atas pengumuman tidak rasmi yang dibuat Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berhubung keputusan untuk menamatkan perjanjian air antara kerajaan negeri dengan Pusat.

Namun begitu, beliau memaklumkan tidak dapat mengulas lanjut soal keputusan itu ekoran kekurangan butir pengumuman.

"Kami sangat terkejut dengan pengumuman tidak rasmi yang dibuat Menteri Besar Selangor tentang tidak menyambung MoU antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

"Namun, butiran pengumuman terlalu kurang untuk kami memberi sebarang komen," katanya melalui kemaskini status terkininya di Facebook, hari ini.

Hari ini, Azmin mengumumkan telah membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan selepas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meminta penangguhan buat kali ketiga.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana Kerajaan Persekutuan melanggar terma perjanjian pada September tahun lalu.

Sementara itu, menurut Abdul Khalid, kedua-dua pihak, negeri dan pusat perlu mencapai satu penyelesaian yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat.

"Kami ingin mengulangi bahawa penstrukturan semula air yang bermula pada 2008 itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya secara peribadi percaya bahawa kedua-dua kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan mesti mengakui kesilapan dan bersetuju dengan satu penyelesaian yang akhirnya akan memanfaatkan rakyat," katanya.

Keputusan drastik itu dilihat bakal menjejaskan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2.

EDISI SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI .. LAGI KERAP CAKAP BOHONG LAGI LAMA JADI MENTERI.


Mau beri peringatan dan nasihat kepada menteri yang sering terkantoi dalam sejarah negara ... 1) sekarang bukan zaman rakyat baca Utusan dan Berita Harian sebagai bahan rujukan .. 2) rakyat majoritinya sudah berilmu dan tahu mana nak cari maklumat  ...  3) rakyat sekarang bukan jenis telan mentah-mentah apa yang diucapkan para pemimpin.

Mana mungkin rakyat tidak sedar dan perasan harga gas masak 16 tahun dulu masih kekal sehingga kini .. apa punya siotlah menteri ini kalau bercakap.

Harga baharu gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.
  
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.
  
Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baharu itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.
  
Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14 kilogram.
  
"Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan. 
  
"Kita akui bahawa sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Harapan Baru Kuala Pilah Bhd di sini, hari ini.
  
Mengulas lanjut, Hasan berkata, harga baharu LPG ini akan turut mengambil kira jumlah subsidi diberikan kerajaan, cadangan orang ramai serta kepentingan rakyat.
  
Ditanya sama ada harga baharu LPG ini lebih rendah atau tinggi daripada harga sekarang, beliau berkata ia bergantung dengan keputusan mesyuarat
tersebut.
  
"Kalau kita sudah buat keputusan pada mesyuarat petang esok maka kita akan umumkan harga baharu LPG ini," katanya.


DULU BOLEHLAH KALAU KERAP BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI MENTERI ... KINI BUKAN LAGI .. SERING CAKAP BOHONG DAH TAK LAMA JADI MENTERI.

Monday, 9 March 2015

EDISI BERFIKIR GUNA KEPALA LUTUT ... TUDUH PEJUANG SIBER PR MENIPU SEBAB TOP-UP DIA BELI HARI INI MASIH BERHARGA RM10 DAN BUKANNYA RM10.60 SEN.



"anjing2 prngok sial laknatulah kata topup reload fon bagi rm10 dah di naikkan menjadi rm10.60 sbb dah gst kata anjing tapi gua baru sebentar tadi beli topup rm10 masih juga harga 10 malah tak ada pulokk harga rm10.60 seperti yg anjing2 prngok sial war2kan tuu...prngok sial memang anjing puuuiii"

Memanglah sekarang beli top up masih harga RM10 bukannya RM10.60sen sebab pelaksanaan GST 6% akan berkuatkuasa mulai 1hb April 2015.

Ini dinamakan cuba nak jadi pembenteng tetapi otak senteng .. cuba nak berlagak hero tapi akal dan ilmu zero.

Pihak Maxis pun pada 4hb Februari 2015 yang lalu telah mengeluarkan surat pekeliling memberitahu bahawa mulai 1hb April semua jenis to up akan dikenakan caj GST 6%.

Patut dan padan amat lagi sesuai dan tepat sekali apabila Dato' Seri Mohd Najib Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang lalu menyebut betapa para siber UMNO ini jenis bangang!!!!

Kalau beterusan bergiat di alam siber macam ini punya perangai, sampai kiamat tidak mampu nak tanding dan lawan dengan para pejuang siber dari Pakatan Rakyat untuk raih sokongan anak-anak muda yang berilmu dan bermaklumat serta celek IT.

Dahlah menggunakan bahasa kesat dan kasar dalam menyerang dan membidas ...fakta tidak betul dan salah pula tu. .. Inilah satu contoh yang dipanggil "Bodoh Sombong"

BERITA GEMBIRA UNTUK PENGGEMAR ROTI CANAI KALANGAN PENYOKONG UMNO/BN


Roti Canai beku jenama Adek Beradek keluaran Kuala Terengganu bakal naik harga sebaik sahaja GST 6% dikuatkuasakan mulai April 2015, kira-kira 3 minggu dari sekarang.

Jadi para penggemar roti canai beku keluaran bumiputera ini dari yang menyokong padu UMNO pasti tersenyum lebar tanda gembira sebab sudah diangkat sebagai warga kaya kerana mengikut hujah Timbalan Menteri CGPA 3.85 GST akan hanya dikenakan keatas peniaga yang kaya raya sahaja.

MEMBANGUN DAN MAJU BERSAMA.

ORANG KUAT WANITA MCA SOKONG KUAT DEMO #KITA LAWAN????


Betul ke wanita yang dibulatkan wajahnya ini orang kuat wanita MCA????

Kalau benar dan sahih maka sudah pasti melanggar etika dan semangat MCA/BN kerana memberikan sokongan padu kepada Himpunan #Kita Lawan kelmarin.

Dengar bunyinya ramai sungguh laskar dan soldadu siber berjiwa UMNO berang dan maukan suatu tindakan tegas diambil keatas wanita ini.

HEBOH DI ALAM MAYA KERETA EXCO SELANGOR PARKIR DIKAWASAN DILARANG MELETAK KENDERAAN



LOKASI"   Hadapan Pusat Membeli belah Empire Suabng Jaya

Paling sedihnya tu boleh puladiparkir betul-betul dipapan tanda yang ternyat tulis  " DILARANG MELETAK KENDERAAN"


Siapakah exco berkenaan????? Dengar ceritanya Exco dari DAP yang jaga PBT ... kalau betul malu amatlah sebab Exco jaga PBT tapi langgar perturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh PBT sendiri.

AZMIN UMUM PERJANJIAN AIR PUTRAJAYA-SELANGOR TAMAT TANPA DIRUJUK KE MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR TERLEBIH DAHULU?????


Sudah mula kedengaran mengenai pengumuman yang dibuat oleh Dato' Menteri Besar Selangor mengenai penamatan perjanjian air Putrajaya- Selangor tidak mengikut semangat keputusan bersama secara kolektif kalangan para Exco Kerajaan Selangor yang sepatutnya dibawa ke majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk dibincang dan diperhalusi sebelum membuat apa-apa jua keputusan dan pengumumkan.

Menamatkan perjanjian dengan kerajaan pusat apa jua bentuk perjanjian adalah suatu keputusan yang besar dan perdana. Perlu amat kesemua Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri dijemput dan dipelawa untuk dibawa berbincang bagi mendapat suatu keputusan yang kolektif sejajar dengan semangat kerajaan berjiwa rakyat terutamanya jika iannya kerajaan Pakatan Rakyat yang cukup ambil berat dan serius tentang pemuafakatan sebelum hebahkan keputusan penting yang menyentuh kepentingan negeri dan rakyat.

Sudah puas juga Omak Kau membuat semakan untuk memastikan bahawa Azmin Ali ada membuat kenyataan yang berbunyi dan berbau betapa keputusan penamatan perjanjian air Putrajaya-Selangor adalah keputusan bersama dan kolektif selepas dibawa berbincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, namun tidak berjumpa.

Jika benar runggutan rakyat akar umbi ini maka ianya akan memberikan suatu gambaran betapa pentadbiran dan pemerintahan YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Ali adalah pemerintahan diktator kuku besi. Buat keputusan perdana secara solo dan bersendirian.

Harap-harap Omak Kau khilaf dalam ketukan hati ini .. sebab itu perlunya suatu respon yang jelas dan menyakinkan dari Kerajaan Negeri Selangor demi pencerahan dan kebenaran.

Demi keadilan dan kebenaran maka Omak Kau perturunkan apa yang dihebahkan oleh Media Selangor Ku mengenai isu ni:-

Perjanjian induk penstrukturan air Selangor antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang berakhir hari ini tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Pusat ‘melanggar terma’ perjanjian ditandatangani September 2014 menyebabkan Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan.

Apabila saya menjadi Menteri Besar pada September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian, tetapi Kerajaan Persekutuan gagal memenuhinya bahkan meminta lanjutan tempoh.

“Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan Kerajaan Negeri,” kata Mohamed Azmin di Lobi Parlimen.

Katanya, perkara sama turut berlaku pada Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan.

“Begitu juga dengan projek Kidex, selepas kita batalkan, baru Menteri Pengangkutan datang untuk berbincang berkenaan pelan pengangkutan awam,” katanya.

Kerajaan Selangor sebelum ini memberikan lanjutan tempoh sebanyak dua kali bermula Januari lalu.

Pada 12 September 2014, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air.

Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (ASSB), sebuah entiti baharu akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi... SelangorKu
Keputusan itu dilihat bakal menjejaskan hasrat pusat untuk membina pusat rawatan air Langat 2.

Edisi Menusuk Kalbu ... Saudara Dari Kazakhstan Hadir Majlis Walid Bulan Selawat Perdana



Ketika kita asyik berbalah atas isu remeh dan picisan siapa yang lebih Islamik dan bersungguh untuk tegakkan Daulah Islamiyah dinegara ini rakaman gambar seorang sahabat dari Kazakhstan ketika hadir sama dalam Majlis Walid Bulanan Selawat Perdana cukup menyetuh perasaan dan menusuk kalbu.

Mampu dan sanggup menjamah juadah setalam dengan para tetamu lain.

Tidak kekok dan kaku malahan menampakkan kemesraan seolah-olah lahir dari keluarga Islam.

Inilah contoh betapa Islam itu indah dan bukannya menyusahkan. Islam itu Bersaudara Tanpa Kira Warna Kulit Dan Asal Usul Negara.

Selawat Perdana bolehlah dianggap sudah dikira berjaya dalam misi penyatuan ummah ini.

Omak kau mengambil pendirian dan sikap jika apa yang dikisah dan gambarkan itu molek dan benar maka wajar kita berikan sokongan dan pujian.

Enggan tersepit dan terperangkap dengan fahaman politik sempit dan taksub membuta tuli.

Sebab itu Omak Kau pernah menghadirkan diri dalam suatu Selawat perdana Di Putrajaya tahun lepas dimana memang cukup hebat dan mengasyikkan sekali. Sambil dihiburkan sambil mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Walaupun Sudah Pecat Dari Parti KeADILan Rakyat Dan Jawatan MB Selangor, Namun Tan Sri Khalid Ibrahim Tetap Bersolidariti Memakai Pakaian Sut Hitam Tanda Protes Pemenjaraan Anwar Ibrahim.


Walaupun sudah dipecat sebagai anggota KeADILan dan jawatan Dato Menteri Besar Selangor dalam keadaan yang amat menguris hati rakyat dengan pelbagai tuduhan yang sehingga kini belum dibutikan secara jelas dan nyata ...  yang lebih menyedihkan lagi memilukan apabila dibuat jelajah satu negeri Selangor bagi mengisahkan mengapa perlunya dirinya di pecat dituruti dengan kecaman dan cemuhan dengan kata-kata kesat, lucah, maki hamun caci cerca oleh segelintir pengikut PKR yang memiliki otak dan akal senteng lagi dengkel.

Apa yang mereka tidak hambur dan ucapkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) .. malahan tidak salah jika dikatakan lebih dahsyat dan kesat kata-kata yang mereka luahkan dan ucapkan jika dibandingkan dengan kata-kata para laskar siber UMNO terhadap beliau ketika dulu.

Namun atas sifat pemimpin yang semula jadi berjiwa besar tetap bersolidariti bersama-sama dengan para wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lain memakai sut hitam tanda protes pemenjaraan Anwar Ibrahim selama 5 tahun atas kes Liwat II.

Omak Kau masih ingat lagi sehingga kini betapa ketika pemilihan KeADILan 2014 yang lalu TSKI setiasa mengingatkan para penyokongnya agar sentiasa beradab dan berakhlak dalam berkempen sama ada secara turun padang jumpa akar umbi maupun melalui media.

Larang keras menggunakan cara politik kasar dan budaya samseng serta melakukan penipuan kerana cara kemenangan  begitu tidak akan dihormati sama ada pihak lawan maupun kawan .. suatu kemenangan yang sentiasa dicemuh dan dipertikaikan.

Salute dan tabik spring melatun kepada TSKI atas sikap dan gelagat yang dipamirkan demi melayakkan diri dinobat sebagai salah seorang pemimpin yang berjiwa besar.


Tidak bersifat pendendam kesumat.

Agak-agaknya kalau si dia tu kena .. apakah akan lakukan perkara yang serupa?? .. Bukan sebab apa dah ada bukti yang nyata pun ... baru hari kedua keputusan PRU 13 diumumkan DSAI kena herdik dan sindir tajam sebab heret rakyat turun ke jalanraya.

Sesi pertama Dewan Rakyat untuk 2015 mula bersidang dengan titah pembukaan daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Para wakil rakyat PKR dan DAP memakai pakaian sut hitam sebagai tanda protes ekoran pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penolakan kerajaan membenarkan beliau hadir ke sesi Parlimen hari ini.


Beberapa pemimpin PAS juga dikesan memakai pakaian berwarna hitam tetapi kebanyakan mereka tidak sedar dengan langkah itu.

Selepas Cadangkan Agar Pakatan Rakyat Pilih Azmin sebagai Ketua Pembangkang Kini Zaid Ibrahim Syorkan Muhyiddin Yassin Masuk Pakatan Rakyat Untuk Menjadi Perdana Menteri.


Sebelum ini Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar Pakatan Rakyat melantik Tuan Hj Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Pembangkang menggantikan DSAI ... kini memberi cadangan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin lompat masuk ke Pakatan Rakyat untuk ambil alih kepimpinan negara.

Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim, telah menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak perlu menunggu masa yang lebih lama dalam mengambil alih kepimpinan negara.

Kutip dari Twitternya semalam, Zaid berkata, negara memerlukan pemimpin baru, arah baru dan mesej harapan baru.

"TPM perlu mengambil alih secepat mungkin. Negara memerlukan pemimpin baru. Penekanan baru arah baru mesej harapan baru. "

Zaid walau bagaimana pun mencadangkan agar Muhyiddin Yassin berpindah ke-kem Pakatan Rakyat, hanya untuk memastikan bahawa peluangnya untuk mengambil alih peranan sebagai Perdana Menteri tetap terpelihara.

"Saya cadangkan TS Muhyiddin menyertai pembangkang. Dengan cara itu dia masih mempunyai peluang cerah untuk menjadi PM, "kata Zaid, mengisyaratkan bahawa Pakatan Rakyat adalah cara yang lebih popular dengan rakyat pada masa ini daripada Barisan Nasional jika berharap untuk menjadi PM direalisasikan dan menjadi realiti.

Berita Gembira Kepada Semua Pemilik Kenderaan Yang Bakal Berurusan Dengan Puspakom Mulai Bulan Depan Demi Membangun Dan Maju Bersama




Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ialah syarikat pemeriksaan kenderaan berkomputer yang ditubuhkan pada 1994, Puspakom di bawah ( DRB-HICOM ), kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Antara tujuan penubuhannya ialah memeriksaan kenderaan lama dan baru, kereta import memenuhi piawai keselamatan yang ditetapkan.

Pemilik kenderaan akan dikenakan caj tertentu dengan kadar yang sesuai.

Kini Puspakom sudah pun mengehabhkan kepada umum betapa mulai 1hb April 2015 caj GST 6% akan dikenakan kepada semua jenis pemeriksaan kenderaan.


Nanti boleh sama sama melihat dan merasai siapa yang membangun dan maju selepas pelaksanaan GST berkuatkuasa.

Rasa-rasanya yang bangun dan maju ialah tuan punya Puspakom yang tergolek terbunkang ialah para pemilik kenderaan.

Akhirnya Doa Agar Nilai Ringgit Jatuh Lebih Teruk Di Makbulkan Demi Bantu Pulih Ekonomi Dalam Kadar Lebih Cepat Lagi ???????




Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Ir Hj Hamim bin Samuri ini pada 14hb Disember 2014 pernah berkata, kejatuhan nilai ringgit bantu pulih ekonomi.. sebab ini membolehkan lebih banyak produk dieksport kepasaran antarabangsa.

Apabila mendengar sahaja akan kata-kata keramat hebat demi rakyat ini dihamburkan dari seorang pemimpin UMNO/BN bertaraf Timbalan Menteri sudah pasti ada rakyat yang lurus bendul jenis percaya bulat-bulat dan telan mentah-mentah apa jua kata-kata pemimpinnya, akan mendoakan agar nilai ringgit jatuh lebih teruk lagi sebab jika diguna pakai akan kata-kata beliau secara logik sudah pasti lagi teruk jatuh lagi baik dan cepat pulihkan ekonomi negara.

Nah!!! sekarang nilai ringgit lagi jatuh merudum dalam sejarah negara dalam tempuh 6 tahun ini.

Apa lagi mak-cik mak-cik mau!!!!.

Mangsa Rompakan Cedera Parah Selepas Mengeluarkan Wang Dari ATM




Berlaku di Kota Damansara .. butiran lanjut akan menyusul.

Hanya mau memberikan sedikit pesanan dan peringatan .. agar lebih berhati-hati ketika membuat sebarang transaksi di ATM yang sunyi sepi terutamanya kepada wanita.

Berita Gembira Yang Di Tunggu-Tunggu Mak Cik- Mak Cik FELDA ..... Harga Gas Petroleum Cecair (LPG) Akan Naik.



Harga baharu gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.

Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baharu itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14 kilogram.

“Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.

“Kita akui bahawa sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundigan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Harapan Baru Kuala Pilah Bhd.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, harga baharu LPG ini akan turut mengambil kira jumlah subsidi diberikan kerajaan, cadangan orang ramai serta kepentingan rakyat.

Ditanya sama ada harga baharu LPG ini lebih rendah atau tinggi daripada harga sekarang, beliau berkata ia bergantung dengan keputusan mesyuarat tersebut.

“Kalau kita sudah buat keputusan pada mesyuarat petang esok (Isnin) maka kita akan umumkan harga baharu LPG ini,” katanya.

Himpunan #Kita Lawan Bukan Penyukat Sokongan Rakyat Kata Profesor Universiti Utara Malaysia



Himpunan #KitaLawan yang dianjurkan PR kelmarin, bukan pengukur tahap sokongan rakyat kepada parti tersebut.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ia tidak dapat menjamin kemenangan PR pada PRU akan datang.

“Demonstrasi (himpunan) sama ada dihadiri ramai peserta atau sebaliknya, tidak boleh dijadikan penyukat sokongan rakyat kepada sesuatu pihak itu.

“Jika demonstrasi semalam (kelmarin) dihadiri sedikit sahaja peserta, tidak bermakna juga sokongan pengundi menurun pada PR,” katanya.

Namun kata Mohd Azizuddin, perhimpunan seperti itu digunakan PR untuk menarik simpati masyarakat dan sebagai platform menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Muhyiddin Yassin Dan Mukhriz Mahathir Tidak Hadir Perjumpaan Tertutup 160 Ketua Bahagian UMNO Seluruh Negara Dengan Najib Isu 1MDB




Sejumlah 160 ketua Bahagian Umno seluruh negara hari ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang komited dalam menangani isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri yang juga presiden UMNO itu telah menjelaskan isu berkenaan dalam satu perjumpaan tertutup yang diatur ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam pertemuan itu Najib telah memberikan penjelasan berhubung beberapa isu termasuk 1MDB.

“Semua (ketua bahagian) menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri kerana akhir-akhir ini beliau difitnah dan dihina.

“Menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam menghadapi tekanan dan fitnah ini,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan itu.

Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera berkata ketua-ketua Umno bahagian memandang berat sekiranya wujud penyelewangan dalam 1MDB.

Bagaimanapun katanya Najib mengulangi komitmennya supaya syarikat pelaburan strategik kerajaan berkenaan diaudit oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi menjamin ketelusannya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata perjumpaan tersebut merupakan pertemuan kali kedua. Yang pertama pada tahun lepas.

Katanya pada pertemuan pertama di kediaman Perdana Menteri, pihaknya bersetuju untuk mengadakan pertemuan seumpama itu sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Katanya selain isu 1MDB, Najib turut menyampaikan pesanan supaya anggota Umno di semua peringkat bekerja lebih kuat dalam mendapat sokongan rakyat sempena mesyuarat Agung Cawangan Umno yang bermula pada bulan ini.

Ditanya ketidakhadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perjumpaan itu, Ismail Sabri berkata Timbalan Presiden Umno itu telah menyatakan minat untuk hadir, namun mempunyai komitmen lain.

Beliau berkata beberapa Ketua Umno bahagian termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Johor, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak hadir kerana terikat dengan komitmen kerja masing-masing.

Isu Roti Jala Cicah Kari .. Ustaz Kazim Elias Pergi Bertemu Dr MAZA



'Minum dan tersenyum'. Saya alhamdulillah menerima tetamu istimewa malam ini Datuk Kazim Elias di Kangar, Perlis. Turut sama Dato Dr Asyraf Wajdi yang diPertua YADIM. Kami minum dan makan dengan mesra sebagai saudara muslim di cafe yang sedap menunya, Cafe Blackwood, Kangar... DR MAZA

Yang pasti menu Roti Jala Cicah Kari dan Kurma Celup Tepong Goreng tiada di hidangkan di Cafe ini.

Dr Asri pada 4 Mac memuat naik kandungan surat rasminya yang menolak Kazim, yang pernah ditawar menganggotai Majlis Tertinggi Umno, ekoran didakwa “terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu”.

Asri juga memuatkan keratan buku Tuhan Sedang Menguji Kita karya Kazim yang menunjukkan ustaz berstatus 'selebriti' itu berkata nabi pernah menjamu "kurma dicelup tepung” dalam kenduri termurah baginda.

Manakala, menurut buku itu, kenduri Rasulullah yang paling mahal pula adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Kazim, ustaz berstatus selebriti itu kemudian berkata tindakan Asri tidak adil dan memalukannya.

Jelasnya, beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

CALON PAS PRK DUN N06 DIUMUMKAN.



Bendahari Pas Pengkalan Chepa, Ahmad Fathan Mahmod, 42, dinamakan calon Pas di Dun Chempaka bagi meneruskan legasi bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengumuman itu dibuat Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan kira-kira 1,000 penyokong di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik)  semalam.

Terdahulu, Tuan Ibrahim dan beberapa barisan kepimpinan Pas negeri dan Pusat memberi ucapan aluan.

Turut bersama Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Dalam ucapannya, Ahmad berkata, pemilihan Fathan dibuat berdasarkan kajian pusat strategik parti selain sumber sumber yang menunjukkan Fathan calon yang paling layak.

Malah katanya, Fathan memiliki perwatakan yang baik untuk meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan Nik Abdul Aziz.

"Kita yakin ia calon terbaik dan kehendak pengundi bagi meneruskan kerja-kerja Islam dan khidmat kepada masyarakat sekurang kurangnya program yang disusun Tok Guru diteruskan," katanya.

Sebelum ini, aktivis Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood mengumumkan hasratnya  untuk  bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya itu.

Ia menjadikan individu  kedua mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas di Dun Chempaka selepas Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat Kelantan, Fadzillah Hussin menyatakan hasrat sama.

Dalam masa yang sama, seorang ahli perniagaan dari Pasir Puteh, Aslah Mamat juga dikatakan mahu bertan­ding sekali gus menjadikan PRK ini berkemungkinan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pas dengan tiga calon Bebas.

BN sebelum ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon dalam PRK ini malah menyatakan tidak terlibat termasuk menaja mana-mana calon Bebas.

PRK Chempaka diadakan berikutan kematian Nik Aziz pada 12 Februari lalu akibat  kanser prostat.

Pada PRU13, Nik Aziz  menang dengan majoriti 6,500 undi.

Beliau mendapat 12,310 undi, manakala calon BN, Wan Razman Wan Abd. Razak memperolehi 5,810 undi.


Biodata Calon PAS PRK N.06 Chempaka
UST AHMAD FATHAN BIN MAHMOOD @ MAHAMAD
Tarikh Lahir : 4 April 1973
Umur : 42 Tahun
Isteri : Azizah Hanim bt Mohd Daud @ Ali
Anak : 7 orang

Pendidikan : BA Syariah Universiti Al-Azhar Mesir, MA Syariah Universiti Malaya

Pekerjaan :

- Timbalan Pengetua & Pensyarah IDIP (Institut Dakwah Islamiah Perkim)
- Imam Tua Masjid Mukim Baung Besar

Jawatan Parti:

- Ketua PAS Cawangan Baung
- Ketua Urusan Ulamak DUN Chempaka
- Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa

Sunday, 8 March 2015

Mulai Bulan Depan Semua Rakyat Di Negara Ini Akan Di Kategorikan Sebagai Rakyat Yang Kaya.


Tahun lepas Timbalan Menteri CGPA 3.85 cakap dan memberi pengakuan bahawa GST hanya dikenakan terhadap orang-orang yang bertaraf kaya sahaja dinegara ini.

Nah!!! sekarang apa kes!!! Top up yang berharga RM10 pun kena GST .. setiap pengeluaran duit sendiri tidak kira berapa jumlahnya dari ATM oleh semua rakyat yang berurusan dengan bank pun dikenakan GST.

Apakah ini beerti sudah hampir 100% rakyat Malaysia mulai bulan depan sudah termasuk dalam golongan orang-orang kaya raya??????

Apa lagi rakyat Malaysia mau!!!!! Dalam sekelip mata sudah menjadi kaya raya .. Mana nak dapat beb!!!!

Demo #Kita Lawan Di Meriahkan Lagi Dengan Demo Desak Azmin Dan Tun Mahathir Bergabung Untuk Tumbangkan UMNO/BN Pada PRU 14 nanti.




Kehadiran sekelompok peserta yang mengelar diri mereka dari "kelab akar umbi PKR" dengan membawa kain rentang Tun Dr Mahathir Mohamad sambil melaungkan "Hidup Mahathir, Hidup Anwar" hampir mencetuskan pergaduhan.

Ahli kumpulan itu mendakwa PKR perlu bekerjasama dengan Mahathir kerana hanya bekas perdana menteri itu mampu membebaskan Anwar.


Mereka cukup yakin hanya dengan gabungan Azmin dan Mahathir sahaja yang mampu menumbangkan UMNO/BN pada PRU 14 akan datang memandangkan akan sejarah kemampuan Mahathir menumbangkan musuh-musuh politiknya walaupun masih tidak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Lagi pun kata mereka Azmin Ali dilihat amat secocok dengan gaya politik Tun Mahathir yang juga dianggap sebagai bapa angkatnya suatu ketika dulu.

Dalam politik dinegara ini tiada musuh dan kawan yang kekal hanya kepentingan diri sahaja yang kekal abadi.

Edisi Zuhud Habis ... Azmin Bersila Di Atas Lantai Semasa Konvensyen PKR Semalam.


Pergh!!!! Hati mana tidak bergoncang apabila melihat gambar-gambar diatas .. sekeras-keras hati manusia pun apabila menatap gambar-gambar di atas pasti terasa lembut cair dan jika tidak kena gaya boleh menangis meraung dibuatnya.

Rakaman Dato' Menteri Besar Selangor yang paling disayangi dan disanjungi dalam sejarah Selangor sejak merdeka tidak lain tidak bukan abang kepada Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, YAB Tuan Haji Mohamed Azmin bin Hj Ali ketika hadir sebagai tetamu ulung di Konvensyen PKR Dewan Sivik Petaling Jaya semalam.

Difahamkan walaupun disaediakan tempat duduk khas dipentas namun beliau yang memang tersohor seantaro dunia sebagai pemimpin yang merendah diri ( down to earth) semula jadi enggan menerima pelawaan dilayan sebagai VVIP, rela duduk diatas lantai bersama-sama dengan rakyat marhean.

Tersentuh sungguh akan gelagat YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali Ali ini .. Inilah pemimpin satu dalam seribu tahun .. tidak mungkin ada pemimpin lain dalam seribu tahun ini sezuhud YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali.

Bukan sekadar mampu membasuh kain batik, cuci dan gali longkang tersumbat secara solo, cat bangunan rumah pangsa, tahan lori sampah, terjah tempat pembiakkan nyamuk aedes, sembur Ridsect dalam bas sekolah, sembur racun serangga perosak tanaman di bendang, ketuk paku dan serbu tempat pelupusan sampah, malahan gaya hidupnya pun cukup-cukup zuhud dan berjiwa rakyat habis.

Pemimpin macam inilah yang mau dicari-cari .. bukannya jenis berlakun untuk mencari politik murahan sebagai taktik tarik dan pikat hati rakyat .. nampak cahaya ikhlas dan jujurnya .. PERGH!!!

Bertuah sungguh rakyat Selangor Darul Ehsan ... HIDUP AZMIN ALI!!! ... KAMI SAYANG DAN SANJUNG AZMIN ALI!!!!  APA LAGI RAKYAT SELANGOR MAU LIHAT!!!!

SETELAH KENA KANTOI AKHIRNYA THE MALAYSIAN INSIDER MOHON MAAF KERANA FITNAH PRESIDEN PAS TGHA DENGAN MENGGUNAKAN GAMBAR EDIT.



The Malaysian Insider ingin memohon maaf di atas gambar yang disiarkan semalam tentang peserta demonstrasi #Kitalawan yang berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur memegang banner dan poster bertulis “Undur Hadi”, merujuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penyiaran gambar tersebut berlaku kerana kesilapan yang tidak disengajakan dan The Malaysian Insider tidak berniat untuk melakukan sabotaj kepada sesiapa.

Gambar tersebut sudah dikeluarkan petang semalam sebaik sahaja The Malaysian Insider menyedari ianya merupakan gambar palsu‎ dan tidak datang daripada kakitangan kami.

Saturday, 7 March 2015

Adakah Ini Wajah Anak Lelaki Isa Samad Yang Di Panggil SPRM Untuk Di Rakam Percakapan Bagi Membantu Siasatan Kes Urusniaga Hotel Di London??????



Dua ahli perniagaan termasuk anak lelaki Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung urusniaga sebuah hotel di London.

Sumber memberitahu, kedua-dua lelaki berkenaan tidak ditahan bagaimanapun keterangan mereka direkod untuk membantu siasatan.

"Mereka dibenarkan pulang selepas percakapan mereka dirakamkan," kata sumber itu lagi.

Awal minggu ini dilaporkan pegawat tinggi di Perbadanan Pelaburan Felda (FIC) ditahan untuk membantu siasatan berkaitan pelaburan syarikat berkenaan.

Menurut sumber, tempoh tahanan reman untuk pegawai terbabit dilanjutkan empat hari lagi.

Seorang lagi ahli perniagaan dari syarikat berlainan dibebaskan selepas ditahan sejak 26 Februari.

Lelaki berkenaan ditahan untuk membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa.

FIC, entiti pelaburan baharu Felda memfokus kepada tiga aspek iaitu hospitaliti, hartanah serta minyak dan gas, bagaimanapun pemilikan terbaharunya mendapat perhatian pihak berwajib.

Pemilikan itu termasuk pembelian saham Encorp Bhd yang dimiliki dua pemegang saham utama membabitkan RM239.72 juga, selain mengumumkan pembelian hotel di Kensington, London pada harga £60 juta (RM334 juta).

Ia berlaku selepas Felda membelanjakan £98 juta (RM545 juta) tahun lalu untuk memiliki pangsapuri servis di kawasan Bayswater juga di London.

HEBOH KISAH THE MALAYSIAN INSIDER GUNA GAMBAR EDIT UNTUK BURUKKAN TUAN GURU HADI AWANG.


AMBIL KESEMPATAN DEMO KITA LAWAN UNTUK JATUH DAN BURUKKAN PRESIDEN PAS!!!!!

2.37 petang: Sekumpulan penunjuk perasaan di luar ibu pejabat PAS membawa poster dengan perkataan "Undur Hadi" menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkann jawatan.


Hakikatnya perkataan nama Rosmah dan Najib telah diubah suai (edit).

Dulu portal ini cukup garang menentang keras cara pihak tertentu yang menyalah gun akan kepintaran dan kepakaran dalam membuat editing kepada gambar untuk menyerang dan memburukkan pihak lawan.

Jika apa yang dikhabar dan digambarkan ini benar maka The Malaysian Insider sudah amalkan apa yang dikutuk dan dikritik keras dulu.

Apakah TMI bersekongkol dengan pihak yang ingin menjatuhkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang?????

Perlu berikan respon dan jawapan segera demi pencerahan dan kebenaran.

Ketua Angkatan Muda KeADILan Cabang Kelana Jaya Di Tahan Polis Di Percayai Ada Kaitan Dengan Demo Kita Lawan.



Ketua AMK Cabang Kelana Jaya Saifullah Zulkifli ditahan polis dan kini dibawa ke balai polis Jinjang dan dipercayai mempunyai kaitan dengan himpunan #Kitalawan yang berlangsung sebentar tadi di Kuala Lumpur.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua AMK Pusat Nik Nazmi Nik Ahmad dengan menyatakan peguam sudah dihubungi dan sedang dalam perjalanan ke balai polis.

"Betul, dia (Saifullah) ditangkap, sejurus selepas perhimpunan, kita sudah menghubungi peguam," katanya.

Bagaimanapun, Exco Pendidikan Selangor itu berkata masih tidak mengetahui sebab penahanan tersebut.

Hari ini ‎pergerakan #KitaLawan oleh Angkatan Pemuda KeADILan tetap diteruskan dengan perarakan mega di Kuala Lumpur bagi mendesak pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun pihak polis memberi amaran agar ia dibatalkan.

Anwar, Ketua Umum KeADILan, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas sabitan liwat terhadapnya dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.

Beliau sebelum ini tidak berjaya merayu terhadap sabitan itu di Mahkamah Rayuan.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...