Friday, 13 March 2015
GST HUKUMNYA HARUS KATA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 – 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.
2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:
i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar’iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.
ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.
iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi’i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.
iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:
الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم
“Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka”.
3. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.
4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:
i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan setempat.
Thursday, 12 March 2015
BUKTI KATA-KATA HASAN MALEK ADALAH BENAR .. ANTARA BARANG KEPERLUAN YANG TURUN HARGA.
Apa lagi rakyat mau bukti untuk yakin betapa Hasan Malek bukan menteri jenis cakap bohong .. Dia cakap lebih 8,000 barang keperluan turun harga ... Nah!!! Ini buktinya .. suatu promisi hebat lagi .. Dulu harga Nescafe Blend N Brew Original RM27.00 sekarang sehingga 18 Mac 2015 diturunkan harga kepada RM26.99 sen .. murah dan jimat 1 sen .. sudah cukup hebat!!!!
Masa bayar nanti masih kena bayar RM27.00 juga ..
Inilah suatu contoh seorang menteri yang cukup perihatin nasib rakyat dan tidak berbohong.
PENJENAYAH AMAT DI KEHENDAKI BERJAYA DITUMPASKAN PASUKAN PETUGAS KHAS JENAYAH TERANCANG (STAFOC) PDRM
Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman berjaya menembak mati seorang penjenayah amat dikehendaki polis dalam insiden berbalas tembakan di sini, petang tadi.
Semasa melakukan rondaan bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di kawasan Laguna Merbok telah terserempak dengan sebuah proton wira Areoback warna hitam dalam keadaan mencurigakan yang dipandu oleh seorang lelaki.
Menurut Komander STAFOC SAC Dato' Razarudin Husain suspek yang berusia 27 tahun itu didapati mempunyai berbagai rekod dikehendaki polis antaranya kes bunuh dan mendatangkan kecederaan dengan senjata di beberapa daerah di negeri ini.
"Anggota yang menjalankan rondaan telah mengarahkan suspek untuk menghentikan kenderaan bagi melakukan pemeriksaan.
"Semasa pihak polis menghampiri kenderaan suspek telah terdengar beberapa das tembakan dari arah kereta yang dinaiki lelaki tersebut".
"Anggota yang berada di lokasi terpaksa mencari perlindungan dan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri, katannya.
Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan dan suspek, pihak polis telah menemui sepucuk pistol semi auto berwarna hitam jenis Compact yang diletakkan di kaki sebelah pemandu.
"Kami telah meminta Forensik kontinjen Kedah untuk membuat pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki untuk melihat sama ada ia pernah dilaporkan hilang, tambah beliau lagi.
Ketua Polis Negara menerusi akaun twitternya mengucapkan syabas kepada pasukan STAFOC dan JSJ kontinjen Kedah kerana berjaya menumpaskan suspek yang amat dikehendaki polis.
PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA YANG DIBATALKAN .. TAN SRI KHALID IBRAHIM MOHON SPRM JALANKAN SIASATAN TERPERINCI.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap Projek Penstrukturan Semula Industri Air di Selangor secara keseluruhannya yang dianggarkan mencecah RM20 bilion.
Beliau berkata, ini kerana memandangkan saiz industri air Selangor dan wujudnya potensi untuk meraih keuntungan berlebihan oleh pemegang konsesi berat sebelah.
“Saya mendesak agar semua pihak berkenaan tidak berlengah-lengah lagi memulakan siasatan terbuka terhadap segala dakwaan rasuah atau penyelewengan.
“Jangan sampai akhirnya rakyat Selangor terpaksa membayar melebihi “price tag” keseluruhan yang telah dipersetujui sekian lama iaitu RM9.65 billion,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan perbahasan Titah Ucapan Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Bebas- Bandar Tun Razak turut yakin rakan-rakan Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat seperti Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersetuju tanpa bantahan terhadap cadangan beliau.
Dalam pada itu, Khalid juga mahu perkara yang sama dilakukan terhadap Projek terowong bawah tanah kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Dengan cara ini, dakwaan-dakwaan “nakal” kemungkinan terdapat unsur rasuah, penyelewengan atau salah laku melibatkan dana awam dalam projek terowong bawah tanah kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikatakan bakal dibiayai secara tunai dan pemindahan milik 110 ekar tanah negeri kepada pemegang konsesi projek boleh disiasat dan diaudit segera.
“Saya percaya hanya dengan penjelasan yang benar, tepat dan komprehensif serta hasil siasatan rapi, bebas dan berkecuali sahaja dapat menidakkan dakwaan serong sesetengah pihak dan memperbetulkan tanggapan negatif rakyat,” katanya.
JANGAN CUBA NAK LAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN DATIN SERI ROSMAH MANSOR .. DIA KAWAN BAIK SAYA TITAH TENGKU PUAN PAHANG
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mengesa masyarakat agar berhenti membuat fitnah dan mengaitkan status ‘nasi bungkusnya’ dengan Datin Seri Rosmah Mansor.
Tunku Azizah bertitah demikian ketika menjawab isu yang dibangkitkan oleh beberapa portal dan blog yang mendakwa kononnya baginda menyindir isteri perdana menteri itu.
“(Datin Seri) Rosmah adalah kawan baik saya dan saya tidak akan sesekali mengkhianati mahupun ‘menikam belakang’ seorang rakan.
“Saya akan menutup akaun Instagram kerana kecewa dengan (mereka) yang membuat fitnah” tulis baginda di laman twitternya.
Status yang dimuatnaik oleh Tunku Azizah semalam, menjadi viral di media sosial apabila portal dan blog tertentu mendakwa ia menyindir Datin Seri Rosmah.
“There goes my diet… Oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!,” tulis isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah itu semalam.
Tidak mahu ia disalahertikan, Tunku Azizah kemudiannya segera mengubah status berkenaan agar menjadi lebih ringkas.
“There goes my diet.” (Habislah diet saya)” tulisnya pula kira-kira satu jam selepas gambar itu dimuatnaik di Instagram.
Tuanku Azizah turut melahirkan rasa kecewa baginda diatas tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu dan bersetuju dengan kenyataan yang dimuatnaik oleh penguna Twitter YY yang menyifatkan ‘media sosial dah semakin giler kerana POLITIK dan KUASA’.
“Sebelum saya tidur saya maafkan mereka yang putar belitkan ayat saya dan semoga Allah swt tunjuk mereka ke jalan yang benar, jauh dari membuta fitnah” ujar baginda lagi.
AZMIN MINTA BANTUAN NAJIB UNTUK PULIHKAN PERJANJIAN AIR YANG DIA ISTIHAR BATAL TEMPUH HARI.
Menteri Besar Selangor Azmin Ali meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyelesaikan kebuntuan antara kerajaan negeri itu dengan Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau berhubung perjanjian air yang telah luput.
"Saya berjumpa dengan perdana menteri di luar persidangan Majlis Raja-Raja pagi ini, dan secara ringkas saya sampaikan kepadanya kebimbangan saya dalam mencari satu penyelesaian secepat mungkin," kata Azmin kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Pentadbiran Azmin memilih untuk tidak melanjutkan perjanjian air dengan kerajaan persekutuan awal minggu ini, selepas mendakwa tuntutan kerajaan persekutuan untuk mendapat tanah, bertentangan dengan semangat perjanjian induk yang ditandatangani pada September lalu.
Azmin dan Datuk Maximus Ongkili menyalahkan satu sama lain tetapi kedua-duanya telah menyatakan hasrat mereka untuk membuka pintu bagi pusingan baru rundingan.
"PM telah memberi jaminan kepada saya bahawa dia akan bercakap dengan menteri berkenaan mengenai perkara itu. Saya memberitahunya bahawa apa-apa yang kita lakukan mestilah selaras dengan semangat perjanjian induk," kata Azmin.
Azmin kemudian berkata bahawa beliau berharap untuk bertemu menteri itu sekali lagi minggu depan untuk membincangkan langkah ke hadapan untuk mencari penyelesaian terhadap perkara itu.
ULASAN OMAK KAU:
Ingatkan dah muktamad tiada lagi perjanjian air Putrajaya-Selangor ... rupa-rupanya acah-acah jer .. TERLAJAK PERAHU BOLEH UNDUR .. TERLAJAK BATAL MELUTUT PADA PM MOHON BANTUAN.
Kalaulah yang bersuara dan berkata-kata ini Dato' Menteri Besar Kelantan .. aduh!!!!! berkokok habis satu dunia puak-puak tertentu tuduh PAS nak bergabung dengan UMNO dalam kerajaan perpaduan (UG) .. tetapi bila kena Azmin yang bercakap pasti manusia yang sama akan berkata inilah dinamakan politik matang .. politik mengenepikan sentimen politik sempit demi kesejahteraan rakyat .. pemimpin yang tidak mau terus terperangkap dengan maian politik bertentangan secara berterusan akhirnya rakyat menjadi mangsa.
Kalau TSKI yang bercakap lagi dahsyat .. dah jual satu negeri kepada UMNO demi kepentingan peribadi .. jual perjuangan rakyat... khianat kepercayaan rakyat.
Sebab itu kalau bercakap jangan terlalu kencang dan sombong sangat .. akhirnya kena sedar betapa dalam hal tertentu malahan hampir semua hal yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat perlu ada sikap dan konsep jalin kerjasama dengan kerajaan pusat.
LELAKI SIAR KENYATAAN BERBAUR PERKAUMAN MELAMPAU MELALUI AKAUN TWITTERNYA DITAHAN POLIS DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948.
Seorang lelaki [Wan Khairul Ihsan] ditahan polis berhubung satu kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan melalui akaun Twitter miliknya pada 4 Februari lalu.
Suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Jalan Raja Laut, 9.10 malam tadi.
Penahanan suspek dilakukan berikutan laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Agong Pemuda MCA Leong Kim Soon, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan lelaki terbabit ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) C Akta Hasutan 1948.
LELAKI MAUT DI PERCAYAI TERJATUH DARI TINGKAT 2 BANGUNAN AEON BUKIT TINGGI KLANG.
Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 8 malam tadi, seorang lelaki Melayu berumur linkungan lewat 20an atau awal 30an, dipercayai terjatuh dari Tingkat 2 Bangunan Aeon Bukit Tinggi Klang.
Orang ramai telah menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) tetapi telah disahkan meninggal dunia.
Polis masih menyiasat punca kejadian.
Wednesday, 11 March 2015
KOLEKSI GAMBAR KEADAAN BEKAS VOKALIS KUMPULAN SLAM, ZAMANI IBRAHIM BERAT BADAN NAIK 9 KILOGRAM SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM PEMULIHAN DADAH BARU SEBULAN.
Perkembangan yang positif nampaknya ditunjukkan buat bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, apabila dikatakan selepas mengikuti program pemulihan dadah kini beratnya naik 9 kilogram,
Menurut peguam Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar, memberitahu bahawa perkembangan yang ditunjukkan adalah amat memberansangkan dan kini Zamani sudah bebas dari pengaruh bahan terlarang itu dan masyarakat mahu melihat Zamani betul-betul bebas dari najis dadah berkenaan.
“Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.
“Namun ia masih di peringkat awal pemulihan,, kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru,” katanya.
Menurut beliau lagi tanggungjawab beliau sebagai peguam Zamani amat berat kerana masyarakat tidak mahu dia dihukum, sebaliknya masyarakat mahu melihat dia pulih seperti manusia normal lain.
Mahkamah Majistret Ampang telah menetapkan sebutan semula Zamani pada 10 April ini.
WAJAH PENJENAYAH MALANG YANG TERSILAP CURI BEG TANGAN ANGGOTA POLIS WANITA
Malang bagi seorang penjenayah apabila tersilap mencuri beg tangan anggota polis sebelum ditahan di tandas wanita di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Lebuhraya Utara-Selatan di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi, remaja lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai bersembunyi dalam tandas wanita namun tersilap sasaran apabila beg tangan dicuri milik anggota polis wanita berpangkat koperal berusia 29 tahun.
Sumber berkata, beberapa anggota polis masuk ke tandas sambil membawa beg tangan masing-masing sebelum seorang daripada mereka terdengar pintu sebelah terbuka.
“Mangsa berpangkat koperal keluar namun terkejut apabila mendapati beg tangan diletakkan atas pam tandas di belakangnya tiada sebelum memaklumkan rakan lain.
“Beberapa rakan yang berada di luar tandas menyedari kelibat seorang lelaki keluar dari tandas wanita secara tergesa-gesa dan meluru masuk ke dalam tandas lelaki lalu menguncinya dari dalam,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa memaklumkan beg tangan mengandungi wang tunai, dua telefon pintar dan beberapa dokumen penting hilang dipercayai dicuri.
Menurutnya, rakan lelaki mangsa keluar dari tandas wanita masuk ke tandas lelaki mencari suspek dan mendapati satu tandas terkunci dari dalam.
“Wanita itu bersama rakannya menunggu 15 minit sebelum memecahkan pintu dan menemui seorang remaja lelaki bersama beg tangan yang dicuri.
“Suspek yang panik selepas menyedari kehadiran anggota polis cuba memanjat ke tandas sebelah malangnya tergelincir atas lantai sebelum dicekup,” katanya.
Sumber berkata, mangsa bersama beberapa anggota lain menaiki bas Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dalam perjalanan pulang dari Kangar, Perlis selepas menyertai pertandingan sukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, suspek dipercayai terbabit dengan kegiatan curi di tempat lain sepanjang R&R Lebuhraya Utara-Selatan.
PERKEMBANGAN ISU DUA ANGGOTA POLIS TIDUR DI PEJABAT PERTANYAAN BALAI POLIS KOMUNITI MAK MANDIN.
Ketua Polis Pulau Pinang hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa satu kertas siasatan untuk tujuan tindakan disiplin telah dibuka.
Sementara menunggu tindakan disiplin kedua mereka dalam tempuh 24 telah ditukarkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Polis Seberang Perai Utara Pulau Pinang.
Pihaknya memandang serius terhadap perilaku ini dan berjanji akan mengambil suatu tindakan tegas terhadap kedua anggota polis terbabit.
GELAGAT ANGGOTA POLIS BERHATI MULIA YANG WAJAR DIBERI PUJIAN DAN SANJUNGAN
Jangan kita rasa seronok sakan mengkritik dan menghentam apabila gambar dua anggota polis sedang tidur di pejabat pertanyaan sebuah Balai Polis Kominiti di Mak Mandin, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang sedangkan lupa pula apabila ada anggota polis berhati mulia yang sanggup melakukan kerja diluar bidang tugas hariannya demi atas nama kemanusian dan ehsan.
Yang melakukan kesalahan wajar diambil tindakan .. yang melakukan kerja mulia jangan kedekut mengucapkan pujian dan diberikan sanjungan.
MAJLIS SYURA ULAMA PAS SEBULAT SUARA MELANTIK DATO' DR HARON DIN SEBAGAI MURSYIDUL AM PAS YANG BAHARU
Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu yang baharu.
Dr Haron dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 13 Februari lalu.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu pelantikan Dr Haron diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.
"Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang baharu.
"Perlembagaan PAS menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
Katanya, jawatan Mursyidul Am tidak terikat dengan penggal muktamar sepertimana Jawatankuasa PAS Pusat.
Sebelum ini, ada cadangan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS yang mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Mursyidul Am yang baharu.
KALAU PR PERINTAH NEGARA GST DARI 6% MENJADI 0% KATA RAFIZI RAMLI.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, cukai barang dan perkhidmatan (GST) sukar ditarik balik sekiranya sudah dilaksanakan kerana melibatkan kos yang tinggi.
Namun, katanya, sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14, kadar GST akan disifarkan.
“Satu cara hapuskan GST dan pada masa yang sama mengekalkan sistem perakaunan dengan memastikan kadar standard 6 peratus dijadikan kosong peratus, jadi semua tidak ada cukai.
“(Jika) Pakatan rakyat menang nanti, yang penting rakyat tidak membayar cukai. GST terus dilaksanakan tapi kadar dikosongkan, kosong bermakna tidak ada GST,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini untuk mendapat penjelasan mengenai ceramahnya di forum GST malam tadi.
Forum bertajuk 'GST Sejauh Manakah Pelaksanaannya Menyelesaikan Krisis Ekonomi' berlangsung di Universiti Malaya.
Seorang lagi panel ialah anggota Panel Pemikir Jasa, Lokman Noor Adam.
Rafizi turut menambah, pakatan boleh meletakkan cukai terendah berbanding cadangan enam peratus sekarang, kepada satu atau dua peratus, bergantung dengan kadar pendapatan rakyat.
Katanya, cara terbaik untuk mengimbangi cukai terbabit selain daripada menutup ketirisan adalah dengan mencukai golongan kaya raya melalui Cukai keuntungan modal (CGT), dan membezakan cukai golongan berpendapatan tinggi dan yang rendah.
“Awak kerja biasa tapi bayar cukai sama macam orang kaya, jadi itu tidak adil kan,” katanya.
Malam tadi, Rafizi berkata cukai GDT akan disifarkan jika pembangkang memerintah dalam pilihan raya akan datang.
Bagaimanapun, Lokman mencelah penjelasan Rafizi itu, dengan berkata “semoga beliau mengotakan kata-katanya” berhubung kadar sifar GST.
Sebelum itu, forum anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu dihadiri seramai 1,000 orang, hangat apabila Rafizi tiba-tiba muncul di forum itu.
Semalam, Rafizi yang sepatutnya membuat laporan polis mengenai skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, bagaimanapun ditahan pihak berkuasa bagi siasatan perhimpunan #kita lawan.
Beliau dibebaskan kira-kira jam 8 malam dengan ikat jamin polis dan kehadirannya di Universiti Malaya disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin.
Sementara itu, medan forum itu panas apabila Lokman mendakwa ahli Parlimen Pandan itu pandai "memutar belit" fakta mengenai GST hingga mengelirukan orang ramai.
"Rafizi pernah berdebat dengan Datuk Nor Jazlan Mohamed di Sinar Harian, beliau menyatakan kalau kita kena cukai jualan kita tidak akan kena cukai perkhidmatan.
"Ini satu pembohongan saya tidak fikir seorang yang berkelulusan akaun tidak faham tentang GST, saya rasa beliau mengkaji GST ini sudah lama, ini jelas satu pembohongan," kata Lokman.
Lokman yang juga bekas pemimpin PKR itu berkata alasan Putrajaya menggantikan GST ialah kerana pelaksanaan sistem percukaian jualan dan perkhidmatan (SST) yang sedia ada kini mendatangkan kerugian kepada kerajaan.
Ini kerana pada masa kini tiadanya penyelarasan caj peratusan tetap bagi sistem percukaian sedia ada (SST) di mana ia boleh mencecah sehingga 28 peratus berbanding GST yang ditetapkan dengan satu kadar 6 peratus.
Membalas serangan Lokman itu, Rafizi berkata bekas exco pemuda Umno itu sebenarnya tidak memahami konsep GST apabila memberi penerangan, seolah-olah ia merupakan kaedah cukai yang sama dengan SST.
"Lokman menerangkan GST adalah cukai sama dan kerajaan akan terus mengulangi bahawa ia bukan cukai baru ia menggantikan SST.
"Ia tidak sama, saya orang yang dilatih dalam pencukaiaan. Beza SST ialah ia cukai yang dikenakan hanya bagi satu peringkat, tetapi GST di negara lain di panggil cukai nilai tambah.
"Kerana konsepnya selain mencukai semua barangan, ia juga mencukai keuntungan pada semua peringkat sebelum sampai ke pengguna," kata Rafizi
TIADA CAJ PENGELUARAN TUNAI KAD ATM CIMB DI MESINNYA JELAS PENGURUSAN CIMB
CIMB Bank mengumumkan yuran MEPS yang dikenakan ke atas pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB dari mesin ATM Bank lain akan dinaikkan berjumlah 6 sen kepada RM1.06 (termasuk cukai GST) bermula 1 April ini.
Menurut kenyataan dalam laman Twitter hari ini, cukai GST yang dikutip akan diremit oleh MEPS kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Bermula 1 April 2015, yuran MEPS dikenakan ke atas pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB dari mesin ATM bank lain berjumlah 6 sen kepada RM1.06 (termasuk cukai GST).
“Pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB di mesin ATM CIMB masih percuma,” kata kenyataan itu.
Penulisan ZACK RAJ dalam facebook bertajuk " A Singaporean Girl Gets Her Hands Chopped For Gold Bangles By Robbers in JB, Malaysia." adalah palsu kata Polis Johor
Merujuk
kepada penulisan ZACK RAJ dalam facebook bertajuk " A Singaporean Girl
Gets Her Hands Chopped For Gold Bangles By Robbers in JB, Malaysia."
Adalah dimaklumkan bahawa kejadian yang dilaporkan oleh Zack Raj tidak berlaku di Johor Bahru malahan selepas semakkan dibuat, ianya telah berlaku di sebuah stesen minyak di Pasir Putih, Kelantan pada 27 September 2014 jam 2.00 petang dan BUKAN di Johor Bahru serta bukan melibatkan warganegara Singapura.
Adalah dimaklumkan juga, sesiapa yang menyebarkan berita-berita palsu untuk menakutkan masyarakat atau cuba mewujudkan keadaan huru-hara adalah menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan dibawah Akta Multimedia Dan Komunikasi Malaysia. Terima kasih.
Adalah dimaklumkan bahawa kejadian yang dilaporkan oleh Zack Raj tidak berlaku di Johor Bahru malahan selepas semakkan dibuat, ianya telah berlaku di sebuah stesen minyak di Pasir Putih, Kelantan pada 27 September 2014 jam 2.00 petang dan BUKAN di Johor Bahru serta bukan melibatkan warganegara Singapura.
Adalah dimaklumkan juga, sesiapa yang menyebarkan berita-berita palsu untuk menakutkan masyarakat atau cuba mewujudkan keadaan huru-hara adalah menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan dibawah Akta Multimedia Dan Komunikasi Malaysia. Terima kasih.
PETISYEN PEMBEBASAN DSAI DINAIKKAN SEMULA KE LAMAN SESAWANG WHITE HOUSE
Satu petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara di platform 'We the People' dalam laman sesawang White House dinaikkan semula oleh pentadbirnya awal pagi tadi.
Sehingga berita ini ditulis, sebanyak 106,584 tandatangan telah berjaya dikumpulkan. Sasaran awal adalah untuk mengumpulkan sebanyak 100,000 tandatangan sebelum 12 Mac.
Terdahulu, Bernama melaporkan petisyen tersebut telah dikeluarkan pentadbirnya kerana dikatakan melanggar peraturan yang ditetapkan.
"Petisyen yang anda cuba akses ini telah dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Moderasi kami kerana ia melanggar Terma Penyertaan kami," kata satu mesej dalam laman sesawang itu.
Ia bagaimanapun tidak memberi sebab khusus petisyen itu dikeluarkan.
Ketua Pembangkang itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
BETUL KE PERTUBUHAN MARTABAT JALINAN MUHIBBAH MALAYSIA (MJMM) PIMPINAN RANI KULUP SUDAH BERGABUNG DENGAN JINGGA 13????
Gambar Abdul Rani Kulup Abdullah, presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) yang sering membuat laporan polis terhadap pimpinan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan beberapa ahli NG) Jingga 13 didepan Balai Polis setelah beliau membuat suatu repot polis kini menimbulkan suatu tanda tanya.
Apakah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) pimpinan Abdul Rani Kulup Abdullah ini yang cukup terkenal seantaro dunia kerjanya hanya jadi tukang buat repot polis keatas pimpinan Pakatan Rakyat sudah bergabung tenaga dengan Jingga 13 yang Pro Pakatan Rakyat???????
Bukannya apa .. sebab sebelum ini ada macai rajin sungguh dok menyalak pagi petang siang malam kononnya Perkasa sudah bergabung dengan PAS hanya disebabkan ada gambar anak Almarhum TGNA, YB Nik Abduh dan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat YB Ustaz Nasaruddin bersama-sama dengan beberapa ahli PERKASA.
Jadi sekadar nak tanya pada macai otak senteng yang jadikan isu itu untuk memburuk-burukkan PAS, adakah rakaman gambar Rani Kulup ini sebagai suatu bukti kukuh betapa NGOnya sudah bergabung dengan Jingga 13?????
Kalau diikutkan akal logik tidak mungkin Jingga 13 bergabung dengan NGO pimpinan Rani Kulup ini .. tiada orang yang berfikiran waras akan percaya .. tetapi sekadar kembalikan paku buah keras sahaja agar lain kali kalau nak berkata-kata pastikan guna akal sedikit, tidak perlu banyak pun. Benci macam mana pun terhadap PAS jangan berlebih-lebihan dalam menjaja fitnah.
KERANA PAS PEKERJA INI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA) MENJADI PANIK SEHINGGA POLIS TERPAKSA MEMBUAT KENYATAAN.
Polis hari ini menjelaskan penyebaran maklumat sejak semalam kononnya terdapat bom berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga hampir mencetuskan rasa panik adalah palsu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang ASP Mohd Iqbal Ibrahim ketika ditanya pemberita di sini mengenai penyebaran maklumat berkenaan mengesahkan bahawa tiada sebarang insiden berkaitan bom dilaporkan di kawasan KLIA semalam.
"Tidak ada bom dekat KLIA semalam. Perkara itu tidak benar," katanya yang menyedari maklumat berkenaan yang tersebar luas melalui rangkaian media sosial.
Menurut maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp sejak semalam kononnya terdapat sebutir bom berhampiran KLIA dalam radius (lingkungan) 30 kilometer.
Namun gambar yang disertakan bersama maklumat tersebut menunjukkan gambar pas pekerja seorang individu lelaki petugas MASKargo yang bernama 'Bom'.
Tuesday, 10 March 2015
MERASAKAN DIRI JAUH KETINGGALAN DARI SEGI KEPIMPINAN BANDINGKAN DENGAN TUAN GURU ABDUL HADI AWANG, MAKA TUAN IBRAHIM TUAN MAN TOLAK PENCALONAN PAS KOTA BHARU SEBAGAI CALON ALTERNATIF JAWATAN PRESIDEN PAS.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menolak pencalonan beliau sebagai calon alternatif kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dibuat PAS Kota Baru semalam.
Bagaimanapun, Naib Presiden PAS itu menyifatkan pencalonan itu membuktikan kesuburan demokrasi dalam PAS, meskipun seringkali parti dipimpin Hadi itu diserang sebaliknya.
Menyifatkan pencalonan itu satu kejutan, beliau berkata: "Seperti yang saya katakan kepada para wartawan yang bertanyakan hal ini hari ini: 'Kalau Datuk Husam (Musa) berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'."
Beliau berkata, dalam sejarah kepimpinan PAS, jawatan presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya, di era kepimpinan ulama.
"Saya melihat alangkah manisnya jika kita yang mendokong kepimpinan ulama, seperti yang dinyatakan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, untuk terus mengekalkan budaya tersebut," katanya merujuk kepada Yang Dipertua PAS Kota Baru.
Tuan Ibrahim berkata, PAS mencapai zaman paling gemilangnya di bawah kepimpinan Hadi sementara di peringkat antarabangsa pula, Kesatuan Ulama Sedunia mengangkat beliau sebagai orang nombor dua.
"Setakat ini tiada siapa yang dapat dipadankan secara dekat dengan kepimpinan dan juga ketokohan Hadi di dalam PAS," katanya.
Beliau juga menegaskan, dalam PAS, jawatan bukan sesuatu yang menjadi rebutan sebagaimana dalam parti lain.
"Pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat' (berlumba melakukan kebaikan)," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Kota Baru atas kepercayaan yang diberi.
Namun katanya, beliau tidak dapat menerima pencalonan tersebut kerana beliau akan terus mendokong Hadi sebagai presiden PAS dan membantunya.
"Biarlah orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata begitu,” katanya sebagai tanda menghormati Hadi sebagai pemimpin nombor satu parti Islam itu.
RAKAMAN GAMBAR DR MAZA MENJADI IMAM SOLAT DENGAN USTAZ KAZIM ELIAS MENJADI MAKMUM CUKUP MENYENTUH JIWA.
Selepas teruk kena belasah pasal kes Roti Jala Cicah Kari dan Kurma Goreng Celup Tepong, akhirnya Ustaz Kazim Elias bersedia menjadi makmum kepada Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika solat Isyaq sebelum berlangsungnya Forum Pentas Dakwah Carik carik bulu ayam saluran Al Hijrah Astro 114 sebentar tadi.
Semoga lepas ini tiada lagi kedengaran petik riwayat-riwayat palsu dalam ceramah.
RAFIZI RAMLI DI TAHAN POLIS SELEPAS MEMBUAT LAPORAN POLIS.
Naib Presiden PKR merangkap Setiausaha Agung KeADILan yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Rafizi telah ditahan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 7.00 malam tadi di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman yang dipercayai berkaitan dengan himpunan tanpa kebenaran dan permit #kitalawan pada 7 Mac lalu selepas beliau datang kebalai polis untuk membuat repot berkenaan 1MDB.
Difahamkan Rafizi akan dibebaskan malam ini selepas proses ikat jamin.
Omak Kau tidak mempertikaikan kuasa dan hak pegawai polis untuk menahan hatta menangkap Rafizi Ramli dimana dan bila, tetapi cara dan masa Rafizi itu ditahan agak akan menimbul rasa kurang senang dikalangan rakyat akar umbi, memberikan suatu imej dan persepsi yang kurang baik terhadap PDRM.
Dalam kes-kes sensitif dan kepentingan umum (case of public interest) rasanya perlu ada taktik dan cara yang tertentu digunakan bagi menghindar rasa kurang senang pihak awam serta boleh membentuk suatu persepi kurang molek terhadap PDRM.
Nanti ada rakyat yang percaya kononnya Rafizi ditahan polis kerana membuat laporan polis berkenaan dengan isu 1MDB.
Disinilah kebijaksanaan pegawai penyiasat dalam menghidu sensitiviti sesuatu kes. Jangan bertindak overzealous.
Omak Kau tidak fikir ini suatu arahan datang dari pihak atasan untuk menangkap dan menahan Rafizi sebaik sahaja selesai beliau membuat laporan polis.
NURUL IZZAH BERUCAP DI PARLIMEN HABIS SEMUA WAKIL RAKYAT BN MENGHILANGKAN DIRI?????
Ahli parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar yang berhasrat menyampaikan ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilarang mewakili bapanya.
Dewan Rakyat bagaimanapun membenarkan Nurul Izzah Anwar memasukkan sedutan ucapan Anwar sebagai sebahagian ucapannya sendiri.
"Kita sudah putuskan bahawa ucapan Yang Berhormat adalah ucapan Yang Berhormat, bukan mewakili ketua pembangkang," kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee kepada Nurul.
Jika dibenarkan hadir di Parlimen hari ini, Anwar dijadual berucap dalam perbahasan menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mencemar duli membuka persidangan semalam.
Kalau diizinkan berucap bagi mewakili DSAI pun bukannya ada wakil rakyat BN yang dengar pun.
DUA ANGGOTA POLIS BERTUGAS DI PEJABAT PERTANYAAN BALAI POLIS KOMUNITI MAK MANDIN SEDANG TIDUR TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL.
Gambar ini telah tersebar secara cukup meluas dan ligat dialam maya .. dua anggota polis bertugas di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang sedang nyenyak tidur.
Bila kejadian ini berlaku tidaklah dapat dipastikan, tetapi dikatakan memang benar berlaku.
Jika apa yang digambarkan ini benar, maka wajar dan harus suatu tindakan disiplin diambil ketas kedua mereka kerana mencemar nama baik Pasukan Polis DiRaja Malaysia.
Mohon Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Di Raja Malaysia jalankan siasatan bagi merungkai kesahihan gambar ini.
AZMIN SEORANG PEMIMPIN HIPOKRIT KATA KUMPULAN ANTI LEBUHRAYA DAMANSARA-SHAH ALAM (DASH)
Kumpulan membantah Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Say No To Dash (SNTD) kecewa dengan sikap kerajaan Selangor yang masih membisu dan tidak membuat pendirian tegas terhadap projek itu selepas membatalkan projek lebuh raya bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex).
Jurucakap SNTD, Michelle Wong berkata, pihaknya masih menanti maklum balas dari Selangor selepas Putrajaya meluluskan permohonan akhir syarikat pemaju, Prolintas menjalankan projek lebuh raya sepanjang 20.1 km seperti yang dilaporkan media pada 25 Januari lalu.
Katanya, kelulusan itu bercanggah apabila perjanjian konsesi yang tamat pada 25 Disember 2014, dan memberi satu petanda buruk terhadap projek pembangunan yang bakal dijalankan di Selangor sekiranya kerajaan negeri membiarkan perkara ini berlaku.
"Hakikat bahawa keputusan pantas boleh dibuat terhadap Kidex dan pada masa sama kekal membisu mengenai Dash menunjukkan sikap berat sebelah dan tidak adil kerajaan Selangor terhadap rakyatnya serta hipokrit terhadap dasar 'rakyat dipedulikan'," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.
RUPA-RUPANYA ZURAIDA KAMARUDDIN TIDAK BERSAMA-SAMA DENGAN PEMIMPIN PAS/PR SEMASA PENAMAAN CALON PRK DUN N06 CHEMPAKA SEBAB JADI SAKSI WAKIL-WAKIL RAKYAT PR BOTAKKAN KEPALA.
Protes cukur kepala diadakan di pintu pagar utama Parlimen hari ini sebagai bantahan terhadap keputusan Speaker yang tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sidang Parlimen.
Tidak puas hati dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, tujuh Adun, termasuk ahli parlimen dan orang awam mengambil keputusan mencukur kepala masing-masing sehingga botak di hadapan pintu pagar utama Parlimen, pagi ini.
Antara yang turut mencukur kepala termasuk Adun Machang Bubuk, Pinang (DAP) Lee Khai Loon, Ahli Parlimen Kota Kinabalu (DAP), Jimmy Wong, Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan Ahli Parlimen Pasir Puteh (Pas), Nik Maizan Nik Mohd.
Menurut Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin, ia sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker yang tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sidang Parlimen kali ini.
"Ada dua perkara utama yang ditekankan dalam protes aman hari ini. Yang pertama adalah bantahan terhadap keputusan Speaker yang tidak benarkan Anwar hadir ke Parlimen.
"Yang kedua adalah tuntutan kami terhadap pembebasan Anwar dari penjara," katanya.
Protes mencukur kepala di hadapan Parlimen merupakan bantahan kali pertama seumpamanya berlaku.
Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul dalam kenyataannya pada kelmarin menyatakan bahawa Pandikar Amin menjawab surat permohonan kehadiran Anwar ke Parlimen yang dikemukakan pada 27 Februari lalu.
Menerusi surat tersebut, Speaker menolak permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk hadir ke Dewan Rakyat .
Dalam pada itu, Ahli Parlimen PR turut melakukan demonstrasi bantahan secara aman di hadapan pintu pagar utama Parlimen.
"Ini merupakan satu lagi siri bantahan terhadap kerajaan yang mana ia perlu diberi perhatian serius. Rakyat juga turut sama membantah pemenjaraan Anwar.
"Ini mesej yang kita tekankan kepada kerajaan dan juga Speaker, bahawa Anwar perlu diberi peluang hadir ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang dan dibebaskan," tegasnya.
KEADAAN KETUA AMK YB NIK NAZMI NIK AHMAD BERKAKI AYAM KETIKA DIBAWA KE MAHKAMAH MAJISTRET UNTUK PERMOHONAN REMAN SEK 117 KAJ MENDAPAT KRITIKAN NEGATIF DARI RAKYAT!!!!!.
Tangan bergari dengan berpakaian lokap dan berkaki ayam
Sayu, sedih dan terperanjat apabila Omak Kau mendapat kiriman gambar ketika Ketua AMK Pusat merangkap ADUN Seri Setia yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Nik Nazmi Nik Ahmad dibawa berjumpa dengan Majistret untuk tahan reman dibawah Sek 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Polis menangkap Nik Nazmi kelmarin di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan dia ditahan semalaman di lokap balai polis Jinjang.
Pagi semalam, pegawai penyiasat membawa Nik Nazmi di hadapan majistret yang membenarkan permohonan menahan reman Exco Selangor yang juga Ketua AMK Pusat itu bagi membantu siasatan. Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi direkodkan kenyataan.
Bukan niat Omak Kau memaksa pihak berkuasa berikan layan istimewa namun apakah wajar seorang Orang Kena Tahan (OKT) dibawa depan majistret dengan keadaan berkaki ayam?????
Yang salah rasanya ialah pegawai penyiasat yang membawa YB Nik Nazmi Nik Ahmad ke mahkamah.
Apakah Standard Operating Procedure (SOP) bawa tahanan polis ke Mahkamah untuk permohonan reman dibawah Sek 117 KPJ mesti berkaki ayam?????
Mohon respon dan penjelasan dari pihak berwajib demi pencerahan dan kebenaran .. Tidak mau ada persepsi dan sangkaan buruk betapa apabila tiba kepada pemimpin Pakatan Rakyat pihak polis agak berlainan dalam memberikan layanan.
Mohon respon segera!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...












































