Monday, 16 March 2015
SUASANA DI LUAR LOKAP BERPUSAT JINJANG TANDA SOLIDARITI KEPADA NURUL IZZAH #KITA LAWAN YANG PASTI TIDAK DI SIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN..
Teramai dan paling bersemangat sejak diadakan program himpun tunjuk solidariti diluar Lokap Berpusat Jinjang ... itulah ungkapan dan bacaan Omak Kau apabila menerima beberapa rakaman gambar Solidariti Untuk Nurul Izzah Anwar kerana ditahan di Lokap Berpusat Jinjang malam tadi kerana siasatan dibawah Akta Hasutan dan Himpun #Kita Lawan.
Ramai para pemimpin PKR dan PAS dilihat hadir untuk memberikan sokongan moral .. yang tidak kelihatan dari beberapa gambar ini paling ketara ialah Timbalan Presiden KeADILan merangkap Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali dan Setiausaha Politiknya YB Shuhaimi Shafiei.
500 orang penyokong menyertai nyalaan lilin di luar balai polis Jinjang malam ini sebagai tanda sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di lokap balai itu.
Mereka membawa plakad yang bertulis "Bebaskan Nurul Izzah", "Solidariti Bersama Nurul Izzah" dan "Kita Lawan".
Turut kedengaran ialah laungan kuat "bebas Nurul", "hidup Nurul" dan "Puteri Reformasi".
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba pada jam 9.30 malam dan meluahkan perasaan sedihnya kepada para penyokong yang hadir
"Memang sedih anak diperlakukan sebegitu. Apa salah dia, dia cuma menyuarakan suara hati rakyat.
"Kezaliman tidak akan berkekalan, kita akan kuat dan bersemangat untuk membela rakyat.
"Mungkin malam ini anak saya... tapi percayalah semangat yang ada pada kita akan lawan kezaliman sehabisnya," kata Azizah dalam ucapannya.
Wan Azizah seterusnya membimbing para penyokong melaungkan "lawan tetap lawan, lawan sampai malam".
Adik Nurul Izzah dan anak perempuan keempat Anwar, Nurul ilham turut hadir.
"Biar mereka menahan satu Nurul tapi mereka kena tahu, ada empat Nurul akan terus melawan," laung Nurul Ilham, disambut tepukan para penyokong.
Nurul Ilham berkata, penahanan kakaknya membuatnya sedar bahawa setiap perjuangan mesti ada pengorbanan.
Himpunan turut dihiburkan dengan lagu-lagu gubahan penyanyi muda seperti lagu "suara rakyat", "asal bukan Umno" dan lagu sindiran terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua Pemuda DAP,Teo Kok Seong yang dibebaskan semalam dan turut hadir dalam himpunan malam ini berkata beliau dapat merasai sendiri perasaan apabila dimasuk dalam lokap.
"Kita mahu Nurul dibebaskan segera," katanya.
MP PAS Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap berkata sebagai ahli Parlimen sepatutnya ada "imuniti" atau kekebalan.
Beliau kesal kerana mendakwa hak ahli Parlimen untuk bersuara dalam Dewan Rakyat telah dicabul dengan penahanan Nurul Izzah.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack turut muncul dalam himpunan dan melaungkan "kita mesti lawan balik".
"Kita telah bersama-sama dalam isu Lynas, sekarang kita bersama sekali lagi untuk menentang kezaliman," katanya.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA MENGENAI PENAHANAN NURUL IZZAH ... AKAN DIBEBASKAN SEBAIK SAHAJA RAKAMAN PERCAKAPAN SELESAI.
PRESS STATEMENT BY INSPECTOR GENERAL OF POLICE:
NURUL IZZAH ANWAR DETAINED TO ASSIST POLICE INVESTIGATION
LEMBAH PANTAI MP NURUL IZZAH ANWAR HAS BEEN ARRESTED UNDER THE
SEDITION ACT TO ASSIST POLICE INTO THE INVESTIGATION OF THE KITA LAWAN RALLY AND FOR MAKING CONTEMPTUOUS REMARKS THAT THOSE IN THE JUDICIARY SYSTEM HAD SOLD THEIR SOULS TO THE DEVIL.
SHE WILL BE RELEASED ONCE HER STATEMENT HAS BEEN RECORDED.
(TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR) IG
KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA
POLIS AKAN PANGGIL TONY PUA BERHUBUNG KENYATAANNYA YANG DISIFATKAN MENGHINA INSTITUSI DIRAJA NEGARA INI MELALUI AKAUN TWITTERNYA.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil ahli parlimen Petaling Jaya Utara – DAP, Tony Pua bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang disifatkan menghina institusi Diraja di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter hari ini meminta PDRM memanggil Tony Pua bagi menjelaskan maksud kenyataan yang dilemparkan itu.
“@PDRMsia akan panggil YB Ini menjelaskan apa maksud beliau dgn ‘Royal my foot’. Adakah di tujukan kpd Raja2 Melayu” tulisnya melalui akaun twitter sebentar tadi.
Terdahulu Ketua Publisiti DAP itu dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang mempertikai tindakan polis berhubung penahanan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.
“Bastard. Real Bastard. Royal My Foot” tulisnya memetik printscreen yang dimuatnaik oleh Khalid sebentar tadi.
Namun tinjauan gagal menjumpai status twitter yang dikaitkan dengan Tony Pua itu.
Sebaliknya Tony didapati mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghina tindakan polis yang disifatkan sebagai ‘anak haram’.
“Bastards. “Nurul Izzah arrested under Sedition Act” tulisnya sebagai reaksi terhadap penahan tersebut.
Terdahulu Nurul Izzah ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi ketika hadir untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu sebelum ditahan.
“ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman,” tulis Nurul Izzah di twitternya sebentar tadi.
Tangkapannya itu susulan laporan polis oleh bekas calon BN, Zulkifli Noordin terhadap Nurul Izzah pada 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KOLEKSI GAMBAR NURUL IZZAH SEBELUM DI TAHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN KERANA UCAPANNYA DALAM PARLIMEN
Peguam PKR R Sivarasa berkata Nurul Izzah Anwar hari ini ditahan mengikut Akta Hasutan berdasarkan ucapannya di Parlimen dan bukannya perhimpunan #KitaLawan.
Menurut ahli Parlimen Subang itu, pihak polis tidak akan menahan reman anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
"Kalau ikutkan siasatan dijalankan atas Akta Hasutan berdasarkan ucapan di Parlimen.
"Bila saya tanya ASP Muniandy siapa yang buat keputusan, dia (ASP Muniandy) kata bukan saya, ini bos saya di Bukit Aman," katanya.
Sivarasa berkata buat masa sekarang, beliau masih tidak mengetahui siapa orang atasan yang dimaksudkan ASP Muniandy itu.
"Jadi kita tidak tahu siapa bos itu tetapi itulah kedudukan sekarang. Itulah maklumatnya," katanya.
Katanya Nurul Izzah ada juga membuat keterangan berkenaan perhimpunan #KitaLawan, namun beliau ditahan kerana ucapannya di Parlimen.
Beliau juga mengulas mengenai imuniti ahli Parlimen dengan berkata pendirian sebagai ahli Parlimen perlu ada kekebalan untuk apa yang diperkatakan di Dewan Rakyat.
"Jangan cakap lagi negara kita negara demokrasi.
"Jadi pasukan dari pada Bukit Aman yg diketuai oleh ASP Muniandy sekarang menahan Nurul Izzah yang sekarang ini berada di tingkat 9 dan mereka sekarang ini dalam proses mendokumentasikan kenyataan. Jadi saya minta semua penyokong sabar. Kita tunggulah tindakan mereka," katanya.
Terdahulu, ahli Parlimen Lembah Pantai itu diarahkan memberikan keterangan di balai polis berkenaan.
Menerusi akaun Twitternya @n_izzah, Nurul Izzah berkata: "ASP Muniandy memaklumkan saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bkt Aman."
Nurul Izzah pada jam 2.30 petang tadi memberitahu pemberita polis memberikan notis kepadanya untuk memberi keterangan berkaitan Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Apa yang mengejutkan ialah kehadiran ASP Muniandy serta 2 kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediaman ayahanda saya di Segambut," katanya
DIMANAKAH PARA AHLI PARLIMEN KETIKA NAJIB DATANG KE PARLIMEN??????
Bila tidak datang dikatakan takut dan ponteng ... bila hadir, yang menuduh selama ini pula lesap menghilangkan diri.
Beginilah keadaaan dan suasana di parlimen pagi ini .. Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak hadir untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan secara bertulis kepada dirinya sebagai Perdana Menteri dan juga kementerian kewangan.
Nampaknya parlimen lenggang kosong termasuk wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.
Mustahil mereka tidak tahu hari ini adalah giliran PM menawab soalan-soalan .. sungguh mengecewakan sekali jika apa yang digambarkan ini benar lagi sahih.
Kalau kosong diruang duduk wakil-wakil rakyat BN tidak hairan dan memeranjatkan tetapi dikalangan tempat duduk ahli-ahli parlimen PR pun kelihatan seperti tidak berpenghuni.
BERITA GEMBIRA KEPADA PARA PEMAJAK BARANG-BARANG KEMAS DI KEDAI PAJAK GADAI????
NOTIS : GST MALAYSIA
Menerusi Kastam DiRaja Malaysia, Pemajak yang menebus barang-barang kemas selepas lelong awam (kalau masih ada akan dikenakan caj cukai GST sebanyak 6% ke atas "Jumlah Pinjam + Bunga Faedah".
Berkuat kuasa mulai 1 April 2015
Terima Kasih.
Setahu Omak Kau rakyat akan berurusan dengan towkey pajak gadai bila dah terdesak, sesak dan sempit hidup.
Orang yang terdesak, sesak dan sempit hidup ini orang yang susah dan kurang berkeupayaan .. terpaksa memajak barang-barang kemas yang sedia ada kerana tiada cara jalan lain untuk meneruskan kehidupan seharian demi membesarkan anak-anak dan keluarga.
Ini dinamakan susah sesak disepak pula.
JANGAN TIDAK TAHU ... ANAK MAHATHIR MOKHZANI ADALAH ANTARA RAKYAT TERKAYA DI NEGARA INI.
Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir turut berada di dalam senarai keenam Melayu terkaya dengan kekayaannya AS$700 juta (RM2.52 bilion).
Beliau baru-baru ini meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah SapuraKencana, tetapi masih mengekalkan 9.12 peratus kepentingan dalam syarikat itu menerusi syarikat Khasera Baru.
Akibat kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-26 terkaya di Malaysia dengan nilainya menyusut kepada AS$700 juta (RM2.52 bilion).
Tan Sri Mokhzani bin Tun Dr. Mahathir (lahir 1961) merupakan anak kedua kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah Mohamad Ali.
Mokhzani juga dikenali sebagai lelaki kaya yang memandu Bugatti Veyron biru, salah satu kereta paling mahal di dunia, bermula dari harga $1.5 juta.
Mokhzani pernah disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM3.81 bilion) pada tahun 2014.
PEMANDANGAN SOLIDARITI KITA LAWAN DEPAN LOKAP BERPUSAT JINJANG MALAM TADI SELEPAS KETUA PEMUDA DAP SUDAH DIBEBASKAN.
Akhir benar, tepat, jitu dan sahih kenyataan artikel Omak kau semalam mengenai Solidariti Kita Lawan depan Lokap Berpusat Jinjang semalam adalah teramai sejak penangkapan para penganjur #Kita Lawan kerana salah seorang pemimpin yang kena tangkap dan ditahan disini ialah Ketua Pemuda DAP (DAPSY) yang juga Ahli Parlimen Rasah YB Teo Kok Seong.
Apabila beliau sudah dibebaskan dengan ikatan jamin polis dan tingga lagi dua orang masih ditahan iaitu Sdr Adam Adli dan Mandeep Singh Karpal, maka beginilah suasana dan sambutan yang diberikan.
Apa lagi mau cakap .. masih nak nafikannya???? .. Tidak cukup dengan gambar-gambar berbicara sebagai bukti nyata????
Jelas .. solidariti kalangan ahli-ahli dan penyokong DAP cukup kuat dan utuh .. jangan kita menidakkan fakta ini.
Kalangan anggota PKR????? .. Cuit minda tanya akal logik .. tepuk dada tanya iman.
SEBELUM MAHATHIR POHON SIASAT NAJIB ADALAH LEBIH BAIK SIASAT ANAK BERANAK SENDIRI DULU
Kerabat Dato' Seri Najib Razak tidak tersenarai sebagai salah seorang terkaya dalam negara .... rakyat tidak mudah lupa bagaimana DSAI terpelanting dan disumbat kepenjara gara-gara enggan bersetuju wang Petronas digunakan untuk bailout syarikat perkapalan anak lelakinya yang dalam keadaan nazak berhutang berbillion ringgit.
Masih segar bugar dalam ingatan rakyat betapa Daim Zainuddin diberhentikan menjadi Menteri Kewangan atas alasan tidak sihat sedangkan hakikat sebenarnya ialah keengganan Daim menyerahkan projek bekas Lapangan terbang Subang kepada salah seorang anak lelakinya.
Rasa tidak puas hati marah dendam ini ramai para penganalisis dan pemerhati politik berpendapat adalah hasil dari keenmgganan Najib Razak memberikan sokongan secara terbuka kepada anaknya dalam perebutan salah satu jawatan Naib Presiden UMNO baru-baru ini .. Najib Razak menyatakan beliau tidak mau campur tangan dan merestui mana-mana calon yang bertanding .. biarlah kuasa ahli akar umbi tidak dicemari dan dicabuli demi penyuburan demokrasi dan peremajaan parti.
Kalaulah ketika pemilihan itu Mukhriz Mahathir dipilih salah seorang Naib Presiden UMNO, Omak Kau cukup yakin melebehi 101% serangan bersifat peribadi ini tidak pun berlaku.
Ketua Audit Negara sudah pun diarah oleh Najib Razak sendiri untuk memeriksa akaun 1MDB .. perlu bersifat terbuka dan berdingin kepala kena berikan peluang Jabatan Ketua Audit Negara menjalankan tugasnya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada sesiapa.
Hasil laporan itu nanti barulah bertindak untuk tindakan susulan .. Setakat ini semua kisah mengenai 1MDB lebih bersifat hearsay dan serkap jarang ... Berlaku adillah sedikit.
Kegelojohan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan kritikan.
GAMBAR SERBUAN KEATAS KILANG MILO PALSU YANG TIDAK DISIARKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, kelmarin dulu.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir berkata, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, melalui pemeriksaan yang dilakukan bersama wakil Nestle di Taman Mulia itu, terdapat beberapa bekas berisi Milo tiruan yang belum dibungkus dalam rumah tersebut.
"Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik.
"Kita percaya bungkusan berjenama Milo itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran.
"Milo ini disahkan tiruan berdasarkan cara proses yang dilakukan adalah menyalahi proses sebenar yang dilakukan di kilang Nestle sahaja.
"Dengan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan Seksyen 8," katanya.
Sunday, 15 March 2015
EDISI INI APA KES ... WAJAH DSAI DAN KAK WAN SUDAH LESAP DARI PAPAN TANDA PEJABAT CABANG KEADILAN??????
Tidak mau membuat tuduhan melulu dan masih mau bersikap bersangka baik ..... tetapi jika dipandang sekali imbas jelas amat papan tanda pejabat KeADILan Cabang Sungai Besar wajah-wajah yang sepatutnya dipamirkan iaitu DSAI selaku Ketua Umum dan Kak Wan sebagai Presiden tidak nampak langsung dan diketepikan sebaliknya wajah Timbalan Presiden KeADILan pula yang begitu menonjol bersebelahan dengan wajah Ketua KeADILan Cabang Sungai Besar.
Apakah Parti KeADILan Cabang Sungai Besar sudah tidak menanggap DSAI dan Kak Wan bukan lagi pemimpin utama dan tertinggi KeADILan?????
Perlu pihak berkenaan memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran agar tidak terbina suatu persepsi yang memudaratkan keutuhan parti.
INSAF DAN SAYU BILA MELIHAT GAMBAR INI.
Tidak dapat Omak Kau bayangkan akan perasaan seorang anak apabila melihat ayahnya makan tiodak menentu demi menjaga keselamatan orang lain ... bagaimana isterinya melihat suami makan nasi bungkus di kaki lima .. yang pasti anggota polis trafik ini tidak pernah memikirkan cacian serta cemuhan yang dilempar dan dihamburkan kepada dirinya kerana beliau tetap akan berbakti untuk Agama, Bangsa dan Negara, walapun tidak pernah mohon dipuji.
Cuba bayangkan anggota Polis Trafik ini ayah, suami, abang, bapa saudara jiran dan kenalan rapat kita yang terpaksa menkalani hidup sebenini kerana tugas dan amanah serta tanggung jawab.
ITALI LARANG PEMBINAAN MASJID.
ROM - ITALI. Kerajaan Itali memutuskan untuk mengemukakan undang-undang 'antimasjid' di wilayah Lombardy ke Mahkamah Perlembagaan negara itu.
Keputusan itu diumumkan pentadbiran Perdana Menteri Matteo Renzi, kelmarin susulan daripada bantahan awam terhadap peraturan baharu yang didakwa akan menyukarkan orang Islam untuk membina masjid di wilayah utara tersebut.
Pada Januari lalu, Majlis Wilayah Lombardy mengesahkan undang-undang yang mengenakan sekatan lebih ketat ke atas pembinaan rumah ibadat melibatkan agama bukan rasmi di wilayah tersebut.
Difahamkan, undang-undang baharu itu mewajibkan agama minoriti supaya mengikut piawaian khas dengan mengambil kira ukuran bangunan dan kawasan parkir kenderaan.
Beberapa pengkritik berpendapat sekatan tersebut secara tidak langsung menyasarkan lebih sejuta penduduk Muslim di negara itu memandangkan agama Islam tidak diiktiraf secara rasmi di negara Eropah. - Press TV
INI APA KES .. KATA PERJANJIAN AIR SELANGOR PUTRAJAYA DI BATALKAN TETAPI MOHON LANJUTAN SELAMA SEBULAN LAGI BAI MEMUKTAMADKAN PERJANJIAN JUAL-BELI.
Kerajaan Negeri Selangor memohon lanjutan selama sebulan bagi tarikh memuktamadkan Perjanjian Jual-Beli penyerahan perniagaan konsesi air Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kepada kerajaan negeri tersebut ke 9 April, menurut Syabas.
Pengerusi Eksekutif Syabas dan PNSB, Tan Sri Rozali Ismail berkata sebelum ini tarikh memuktamadkan perjanjian itu ditunda dua kali iaitu pada 9 Februari 2015 dan 9 Mac 2015, berikutan kegagalan dalam menyempurnakan kesemua syarat duluan di bawah perjanjian bersyarat November 2014 itu.
Permohonan tersebut akan dibincangkan di peringkat pengurusan Syabas dan PNSB sebelum dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), katanya dalam kenyataan dibacakan Ketua Pegawai Operasi Syabas Datuk Lee Miang Koi kepada pemberita selepas Program Pelanggan Prihatin syarikat itu hari ini.
PHHB pemegang 100% saham dalam PNSB dan 70% saham dalam Syabas.
Walau demikian, Rozali berkata Syabas dan PNSB akan terus mengurus loji rawatan dan pengagihan air kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tidak kira pengurusan air bertukar tangan atau tidak.
"Saya berharap pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Selangor dapat berunding segera untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku dan mengambil kira kebajikan dan kepentingan rakyat untuk mendapatkan kemudahan bekalan air bersih dengan sempurna," katanya.
Menurut Rozali, proses penstrukturan semenjak 2008 banyak meninggalkan kesan secara langsung dan tidak langsung terutamanya dalam aspek perancangan projek baharu, penggantian paip-paip lama daripada jenis Asbestos Cement sepanjang 6,423 km yang uzur dan rosak.
Kerja-kerja penggantian paip-paip lama, program menaik taraf sistem sedia ada dan program lain tergendala demi menunggu penstrukturan semula konsortium itu kepada Kerajaan Negeri Selangor selesai.
Beliau berkata keadaan ini menyebabkan kadar kehilangan air tanpa hasil masih berada di antara 30-35%, sedangkan ia boleh dikurangkan jika semua program yang dirancang dapat dilaksanakan.
Beliau menekankan rizab bekalan air terawat untuk pengguna di kawasan yang terlibat berada pada sekitar satu peratus (0.72% pada Januari dan 0.68% pada Februari) dan negatif pada waktu puncak.
"Tanpa pelaksanaan projek Langat 2 dan projek lain, untuk menambah kapasiti bekalan air terawat, adalah sedih dan malang bagi pengguna kerana mereka akan menghadapi masalah kekurangan air terawat, tekanan rendah serta gangguan bekalan air pada bila-bila masa.
"Saya berharap semua pihak dapat mengetepikan kepentingan peribadi dan meletakkan kepentingan rakyat dan pengguna, serta kemajuan negara sebagai keutamaan demi masa depan generasi akan datang," kata Rozali. – Bernama
PRK DUN N06 CHEMPAKA .... PETUGAS JENTERA PAS HARI PERTAMA BERTUGAS DIKEJUTKAN DENGAN BERITA KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN ANAK PEREMPUANNYA.
Hari pertama bertugas sebagai jentera Pas bagi PRK Dun Chempaka mengejutkan Mohd Rasid Mohd Nor, 54, apabila dimaklumkan anak keempatnya daripada lapan beradik, maut dalam kemalangan di Bulatan Tuan Padang, di sini, semalam.
Berita mengenai anak perempuannya itu, Nor Ain Shahiza Mohd Rasid, 16, diterima dengan tabah ketika dia sibuk membantu kempen pilihan raya Pas di Taman Buaya, Pantai Cahaya Bulan (PCB) kira-kira, jam 2.30 petang semalam.
“Luluh hati saya sebaik sahaja melihat mayat anak dikelilingi orang ramai di kawasan bulatan tersebut.
“Saya sedih tetapi reda dengan kejadian ini, lagipun arwah anak yang baik dan saya rapat dengan semua anak,” katanya yang juga peserta Ladang Rakyat.
Sementara itu, saudara arwah, Siti Zulaikha Zulkafli, 14, yang tinggal berdekatan rumah arwah di Kampung Kubang Bunut, Kasar, Pasir Mas berkata, mereka ke bandar Kota Bharu sebelum kejadian selepas Nor Ain Shahiza mengajaknya untuk membeli pakaian.
“Dia sudah beli pakaian dengan saya, kemudian arwah bertemu dengan rakannya dan mereka pergi bersama-sama.
“Saya tidak ikut mereka dan masih berada di bandar Kota Bharu,” katanya sambil menangis kerana sedih dan terkejut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dari Kota Bharu menghala ke jalan KB Mall.
“Apabila sampai di Bulatan Tuan Padang, mangsa tidak mengikut Bulatan Tuan Padang, sebaliknya menuju ke arah kanan (tersalah jalan) untuk membuat pusingan semula ke arah KB Mall.
“Dalam masa sama, sebuah bas dari stesen bas menghala ke KB Mall. Penunggang motosikal panik dan memecut motosikalnya, lalu terlanggar sebelah kanan bas hingga terjatuh,” katanya.
Rohaimi berkata, seorang penunggang motosikal, Mohamad Amin Abd Manaf, 17, dari Kampung Bechah Salah, Kuala Krai, hanya mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SOLIDARITI #KITA LAWAN DEPAN LOKAP BERPUSAT BALAI POLIS JINJANG ... TERAMAI SETAKAT INI.
Setakat kehari ini, Himpunan Solidariti #Kita Lawan Depan Lokap Berpusat Balai Polis Jinjang, bersolidariti malam tadi boleh dikatakan mendapat sambutan yang cukup baik dan teramai setakat ini.
Tidak salah jika dikatakan, yang bersolidariti depan Lokap Berpusat Balai Polis Jinjang malam tadi jauh lebih ramai semasa Demo #Kita Lawan Depan Sogo sebelah petangnya dimana Adam Adli dan Mandeep Singh kena tahan oleh pihak polis.
Sebelum ini boleh dikatakan hambar ala-ala kadar sahaja kehadiran yang memberikan sokongan moral kepada penganjur yang kena tahan oleh pihak polis.
Apakah ramai yang hadir kerana salah seorang yang kena tahan itu Ketua Pemuda DAP Pusat (DAPSY) merangkap Ahli Parlimen Rasah YB Teo Kok Seong??????
Sebab nak katakan kerana Adam Adli rasanya tidak mungkin, sebab sebelum ini pun beliau sudah pun pernah ditahan disini bersama -sama dengan Fariz Musa tetapi yang bersolidariti ciput jer.
Begitu juga apabila Ketua AMK Pusat merangkap Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor ketuika ditahan di Lokap Berpusat ini.
Jika pemerhatian Omak Kau ini benar dan tepat maka jelas betapa bersolidariti dikalangan penyokong DAP cukup kuat dan mantap tetapi apabila tiba kepada anggota PKR terutamanya kalangan anggota AMK, boleh dikatakan sembang cukup kencang, cakap hebat berdegar-degar apabila tiba kepada penterjemahan cukup mengecewakan sekali.
Saturday, 14 March 2015
DEMO KITA LAWAN YANG AMAT MEMILUKAN .. LEBIH RAMAI PEMERHATI, JURUGAMBAR DAN WARTAWAN DARI PESERTA.
Demo susulan Himpunan Raksasa Kita Lwan minggu lepas hari Sabtu 7 hb Mac 2015 dilokasi yang sama tidak menampakkan suasana dan sambutan yang sama atau pun hampir-hampir sama kerana dari kiriman beberapa gambar yang Omak kau perolehi amatlah menyedih dan memilukan sekali.
Sambutan dan kehadiran yang diberikan petang tadi atas nama Himpunan Desak Najib Turun #Kita Lawan cukup-cukup hambar. Kehadiran peserta boleh dikira dengan jari.
Apa yang disampaikan kepada Omak Kau ialah para pemerhati, jurugambar, wartawan dan anggota penguatkuasa undang-undang jauh lebih ramai dari peserta himpunan.
Dimana perginya para hulubalang KeADILan????? Para barisan Exco AMK dikatakan terus tidak nampak muka hidung ... mungkin sibuk bersantai Di Cafe Temu Kerichi kot ... para anggota AMK dari Lembah Klang terutamanya dari Klang seorang pun tidak kelihatan ... Kalau sebelum ini minggu lepas Ketua AMK Klang bukan main lagi tunjuk garang dan hebat berdiri atas bumbung kereta sambil terjerit terlalak seolah-olah macam dirinya adalah hulubang ulung penganjur utama, sedangkan dirinya sebagai tukang tambah ramai hadirin sahaja pun tidak kelihatan bayangnya petang ini.
Adakah kerana sudah kecut, takut, cuak dan gentar sampai ketar kepala lutut apabila beberapa penganjur #Kita Lawan sudah pun kena cekup dengan pihak polis?????
Dimana suara laungan kencang hebat keramat Lawan tetap Lawan ... DIMANA??????
Sudah letih, lutur dan kendur semangat juang????? Atau memiliki ketahanan jiwa dan mental ala-ala hangat-hangat tahi ayam!!!!!
Petang ini dua penganjur #Kita Lawan telah ditahan oleh pihak polis iaitu Adam Adli dan Mandeep Singh.
ADUN Teja YB Chang Lih Kang juga kelihatan demo petang tadi .. sama ada beliau juga turut kena cekup dengan pihak polis tidaklah diketahui setakat ini.
Yang pasti dari Himupunan 10,000 orang minggu lepas, petang ini dalam tempuh 1 minggu sudah menjadi Himpunan Boleh Di Kira Dengan Jari.
SEBELUM TUN MAHATHIR MOHON KERAJAAN SEKARANG DISIASAT, ADALAH LEBIH AFDAL MOHON KERAJAAN SIASAT DULU SEGALA PERTUDUHAN YANG DILEMPARKAN TERHADAP PEMERINTAHANNYA SELAMA 22 TAHUN????
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam telah mengisytiharkan perang terbuka terhadap kerajaan UMNO/BN Malaysia pimpinan Dato' Seri Najib Razak menerusi penulisan di laman blognya, chedet.cc, dengan pelbagai serangan terutamanya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak.
Oleh kerana beliau berasa ia tidak mengapa dan menjadi kesalahan untuk bertanya banyak soalan berdasarkan apa yang orang lain yang memperkatakan sebagai urusan yang penuh dengan keraguan oleh 1MDB dan Najib, mungkin sudah tiba masanya untuk dia juga menjawab begitu banyak tuntutan rasuah dibuat terhadapnya.
Dr M harus bermula dengan membalas salah satu pengkritik beliau - pengurus dana antarabangsa George Soros - yang mengariskan senarai yang sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang disiarkan dalam The Bangkok Post pada tahun 2012.
Soros telah memberikan alasan dan hujah yang amat jelas dan terang terhadap Dr M... antaranya:-
“Your 3 sons are worth US$8 billion. Where do they get this money? Of course, corruption.
“You are known as the Marcos of Malaysia, having enriched yourself to the tune of billions.
“You have more foolishness than most people would believe. Billions are used to build two high rise Petronas buildings that benefit nobody. They now stand tall, a symbol of stupidity and irresponsibility.
“What is this reclamation of 10 islands off Kedah? Totally absurd and stupid. Of course, your benefit is 20%.”
“And the bridge across from Malacca to Sumatra across international waters? Why not build a bridge to the moon? I am sure you still can get your 20%.
“You called me a moron. How can a moron make so much money? By allowing short-selling and borrowing millions of shares from your banks, we fund managers made millions out of your inexperience and poor regulations.
“You lose all Malaysians’ money, therefore you are the moron.”
Dan kemudiannya Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal dan Penulis di Institut Kajian Asia Tenggara di Singapura.
Wartawan Australia, yang telah menetap di Asia selama lebih 40 tahun itu , telah menulis di dalam buku beliau pada tahun 2009, "Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", bahawa Dr M telah membazirkan RM100 bilion sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri.
Wain menulis bahawa sebahagian besar daripada penipuan, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harga timah antarabangsa dan perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran mata wang global, berlaku pada 1980-an.
Wain juga menulis bahawa Dr M menggunakan dana rahsia dengan hasrat untuk menjadikan parti UMNO sebuah konglomerat raksasa dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi negara.
Semua ini adalah tuduhan yang serius yang perlu dijawab oleh Dr M, yang setakat ini hanya menolak mereka dengan penafian kosong.
Sejak beliau menjangkakan pentadbiran sekarang perlu dilihat bersih dengan jawapan terperinci untuk apa yang terjadi dengan 1MDB ... Soalan bernilai 1 billion ringgit ... Adakah Dr M amat bersedia bersedia untuk diperlakukan perkara yang sama bagi tuduhan masih belum jelas terhadap dirinya?
Jika bersungguh dan bersedia apa kata dirinya membuat pengistiharan agar kerajaan tubuh suatu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat segala bentuk tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya selama beliau memerintah negara selama 22 tahun sehingga menerima pelbagai jolokan seperti Mahazalim dan Mahafiraun oleh para pengkritiknya.
Tunjukan suatu teladan yang boleh rakyat rasa kesungguhan berniat kononnya mau kerajaan yang melakukan penyelewengan dihukum.
Jadikan slogan "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" yang pernah menjadi salah satu dari puluhan slogan semasa pemerintahannya menjadi realiti dan di pratikkan.
Beranikah Tun M sambut akan cabaran ini????????
SAYA TIDAK AKAN LINDUNGI SEBARANG KESALAHAN, DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG AKAN TETAP DI PERTAHANKAN TEGAS NAJIB.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak akan melindungi sebarang kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.
Bercakap ketika merasmikan Konvensyen UMNO Kedah selama dua hari, bermula hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, kedaulatan undang-undang akan dipertahankan.
“Saya sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara.
“Jikalau ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada isu-isu, sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu, kita buat secara telus, kita buat cara telus.
“Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti pertahankan,” katanya pada majlis perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Konvensyen UMNO Kedah itu dihadiri perwakilan daripada kesemua 15 UMNO Bahagian di negeri itu.
Mengenai cadangan kerajaan negeri Kedah berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Najib berkata, kerajaan pusat terlebih dahulu perlu menunggu kajian dan laporan mengenainya yang sedang disiapkan ketika ini.
“Kita tunggu report (laporan) dulu, belum siap lagi reportnya. Ia akan dibentangkan kepada menteri dan kabinet, mudah-mudahan hasrat dan niat itu, Tuhan akan makbulkannya,” katanya.
Untuk rekod, kerajaan negeri Kedah bercadang membina KXP bernilai RM1.6 bilion, bagi merangsang ekonomi di utara tanah air itu.
Sementara itu, Perdana Menteri turut memberi reaksi terhadap permintaan kerajaan negeri, supaya kerajaan pusat menukar pinjaman yang dibuat Kedah sebelum ini, kepada geran.
“Saya kena tengok secara keseluruhannya, kalau hendak hapuskan loan (pinjaman), saya kena tengok keseluruhannya. Mana yang mampu, insya-Allah saya akan terus membantu Kedah,” kata Najib.
Najib juga dilihat tidak akan bertolenrasi dgn sesiapa pun jika terdapat penyelewengan berlaku dalam mana-mana agensi kerajaan.
Buktinya apabila beliau sendiri mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB dalam kadar segera.
Begitu juga dengan Felda yang kini sedang disiasat SPRM. Penyiasatan SPRM terhadap Felda membuatkan Isa Samad seperti cacing kepanasan. Kerana ianya turut melibatkan anak lelaki beliau. Difahamkan Isa berang apabila Najib tidak melayan permintaannya agar SPRM tutup mata.
Kini Isa cuba mengambil kesempatan menumpang sekaki serangan terhadap Najib bersama-sama pembangkang dan Tun Mahathir. Dikatakan Isa telah mengarahkan pegawai beliau, Zahid Mat Arip untuk memulakan serangan terhadap Najib dan Rosmah.
Kini sudah pun menjadi rahsia umum yang Zahid Mat Arip telah pun memulakan kerja memburuk-memburukan PM dan isteri.
MENGIMBAU SEJARAH MENJELANG HARI POLIS KE-208 .... PASUKAN POLIS NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Anggota-anggota polis Melayu dari Pasukan Negeri-Negeri Melayu Bersatu di awal pemerintahan British
Tahun 1874 satu detik penting dalam sejarah negara kerana bermulanya sistem Residen Inggeris di negeri-negeri Tanah Melayu yang dipelopori oleh negeri Perak. Dalam tahun 1892 lahirlah pula gagasan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, keempat-empat buah negeri tersebut disatukan dalam sebuah Persekutuan.
Pembentukan tersebut menyatukan pasukan pasukan polis negeri-negeri tersebut kedalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kewujudan pasukan polis itu adalah serentak dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang berkuatkuasa pada 1 Julai 1896.
Mengikut Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Pasukan Polis, Kastam, Jabatan Ukur, Buruh dan Pertahanan diletakkan dibawah bidang kuasa Kerajaan Pusat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah dibawah pemerintah tertingginya, iaitu Pesuruhjaya Polis. Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan dijadikan sebagai Kontinjen Polis dan diketuai oleh seorang Ketua Polis Negeri (Chief Police Officers). Walaupun Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bertanggungjawab keatas pentadbiran dan pengawasan pasukan polis tetapi ia adalah dibawah kawalan dan arahan Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Seksyen 3, Police Force Enactment (1924) ada menyebut bahawa,
"The Superintendent and administration of the Police Force shall be in the hands of the Commissioner and subject to the orders and control of the Chief Secretary".
Orang yang pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Kapten H. C. Syers, Penguasa Polis Negeri Selangor. Syers telah memindahkan Ibu Pejabat Polis Negeri itu dari Klang ke Kuala Lumpur (Bukit Aman sekarang) dan mengekalkan Bluff Road Hill itu sebagai Pusat Pentadbiran Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jawatannya sebagai Penguasa Polis Selangor digantikan oleh Christian Wagner.
Di bawah Kapten H.C. Syers, Polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu mengalami beberapa perubahan yang pesat dan menggalakkan. Untuk menimbulkan rasa kesatuan, pakaian seragam warna biru diperkenalkan. Tiap-tiap negeri dibezakan oleh bentuk butang dan lencana.
Syers mengambil inisiatif dengan menyusun semula pentadbiran polis di Perak. Kontinjen Polis Perak diketuai oleh seorang Ketua Polis berpangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis yang mengambil alih sepenuhnya peranan pasukan Sikh di Perak yang dianggap bukan lagi sebahagian daripada pasukan polis tetapi Malay States Guides. Kontinjen Perak pada masa itu mempunyai seramai 842 anggota 15 pegawai Eropah, 472 pegawai dan anggota Sikh dan Pathan, 14 orderli dan 302 pegawai pangkat rendah dan konstabel Melayu. Keanggotaan di Kontinjen Selangor pula ialah enam orang pegawai Eropah, 32 Pathan dan 500 pegawai pangkat rendah dan konstabel Melayu.
Dengan tertubuhnya Malay States Guides dibawah Kolonel Walker pada tahun 1896 yang kekuatannya enam kompeni infantri dan dua kompeni artillieri (900 anggota). Semua tugasan berbentuk ketenteraan yang dulunya menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang diambil alih oleh pasukan tersebut.
Ketua Polis Kontinjen Pahang ialah Duff dan pasukan itu mempunyai 245 anggota. F.W. Talbot pula mengetuai Kontinjen Negeri Sembilan. Dibawahnya terdapat dua Inspektor, 56 anggota Sikh dan 250 pegawai pangkat rendah serta konstabel Melayu.
Tahun pertama wujudnya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mencatatkan jumlah anggotanya lebih kurang 2000 orang. Masalah yang wujud sehingga 1903 ialah penggabungan polis itu masih longgar, Residen turut mempunyai kuasa dalam pentadbiran polis tiap-tiap negeri. Pesuruhjaya Polis di Bluff Road (sekarang Bukit Aman) tidak mempunyai kuasa sepenuhnya, melainkan sebagai `Inspecting Officer' sahaja.
Menjelang tahun 1902, kekuatan pasukan polis ialah 2160 orang, iaitu tiga orang Timbalan Pesuruhjaya, dua Penolong Pesuruhjaya, 25 inspektor, dua Pegawai Bumiputera, 1961 pegawai pangkat rendah clan konstabel, 93 detektif clan 14 orderli. Sementara itu anggota-anggota polis Kontinjen Selangor dan Pahang bersenjatakan dengan `Martini-Enfield Converted Carbines'.
Negeri-negeri lain pula menerima `Martini rifles' dan carbine.
Pada tahun berikutnya iaitu 1903 Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu barulah benar benar dibawah kuasa dan kawalan Pesuruhjaya Polis. Usaha ini dibuat oleh H.L. Talbot yang berusaha untuk mengalihkan kuasa dan peringkat negeri ke pusat menerusi berkuatkuasanya Police Force Enactment 1903.
Satu masalah yang dihadapi oleh pemerintah Pasukan Polis
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika itu ialah untuk mendapatkan anggota-anggota yang terlatih. Sebelum itu anggota-anggota biasanya diambil dari pasukan-pasukan tentera India. Untuk mengatasi masalah sebuah Pusat Latihan (Depot) ditubuhkan di perkarangan Bluff Road pada bulan Oktober 1903.
Bagi mengubah pandangan terhadap polis dan menggalakkan orang Melayu berkhidmat dengan pasukan polis, British telah menggunakan nilai-nilai taat setia kepada Raja yang terdapat pada orang Melayu. Untuk itu Raja Alang lskandar, putera Sultan Idris dari Perak lulusan Oxford yang bekerja di Sekretriat Taiping telah dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya pada 1 Ogos 1905 dengan persetujuan Paduka Sultan Perak.
Raja Alang Iskandar merupakan orang Melayu pertama diberi pang kat yang tertinggi oleh British. Dia adalah seorang putera raja yang bersemangat dan mempunyai tingkah laku yang menyenangkan. Dia kemudiannya ditempatkan di Polis Depot dan diberi tanggungjawab untuk pengambilan t anggota-anggota polis Melayu. Raja Alang Iskandar tela menjalankan berbagai usaha untuk menarik minat orang-orang Melayu berkhidmat dalam pasukan polis. Selepas 37 tahun pusat latihan ini dipindah ke Riffle Range Road (Jalan Semarak) iaitu yan dikenali sebagai PULAPOL (Pusat Latihan Polis) sekarang ini.
Sehingga tahun 1908 beberapa kemajuan jelas kelihatan dengan organisasi peringkat Kontinjen dan Daerah polis telah disusun. Depot pula semakin lengkap. Cawangan detektif dan Pendaftar Rekod Jenayah yang baru ditubuhkan berjalan lancar. Pegawai-pegawai percubaan didatangkan dari England.
Apabila Talbot meninggal pada 31 Ogos 1909, Douglas yang memangku jawatan Pesuruhjaya Polis sejak Talbot sakit dikekalkan memegang jawatan tersebut. Douglas adalah Ketua Polis Perak sejak 1897.
Pada tahun 1911, anggota Pasukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terus bertambah. Dalam masa sepuluh tahun keanggotaannya ingkat iaitu daripada 2138 orang kepada 3241 orang. Jumlah pegawai Eropah juga bertambah dan 41 orang menjadi 72 orang. Masalah yang dihadapi oleh polis pada masa itu ialah perjudian dikalangan kaum Cina dan juga jenayah yang berkait dengan candhu. Tetapi dengan kecekapan pasukan polis keadaan dapat dikawal.
Pada masa ini juga telah wujud Police Force Enactment yang dikuatkuasakan pada 9 Januari 1924. Enakmen ini lebih teratur, menjelaskan peranan dan tugas serta tanggungjawab polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu.
Dengan meletusnya Perang Dunia Kedua dan jatuhnya seluruh Tanah Melayu ketangan Jepun maka Polis Negeri-Negeri Bersekutu dengan sendirinya terbubar. Ketua Polis yang terakhir, E.Bagot turut melarikan diri ke Singapura setelah kekuatan pertahanan British tidak mampu untuk menahan kemaraan tentera Jepun. Apabila Singapura turut jatuh ketangan Jepun, E. Bagot turut ditawan.
PETIKAN TRANSKRIP PENYATA RASMI (HANSARD) PERDEBATAN ANTARA AZMIN DENGAN MAXIMUS ONGKILI ISU PEMBATALAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA.
Berikut merupakan petikan transkrip Penyata Rasmi (Hansard) Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas (2015) di antara Ahli Parlimen Gombak yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili pada Selasa, 10 Mac 2015
Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan masih komited untuk melaksanakan Master Agreement Penstrukturan Air Negeri Selangor yang hingga kini masih belum selesai.
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR (DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI): Tuan Yang di-Pertua, jawapan kita di Dewan mulia ini memang sentiasa berasas kepada prinsip kejujuran. Saya mohon untuk menjawab soalan ini sekali dengan pertanyaan lain pada 11 Mac 2015 dan 26 Mac 2015 memandangkan ia menyentuh perkara yang sama iaitu daripada Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang dan Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak.
TUAN YANG DI-PERTUA: Silakan.
DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan telah mengambil segala tindakan yang perlu bagi memudahkan, memudah cara penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Untuk itu, beberapa perjanjian telah ditandatangani seperti berikut:
(i) memorandum-memorandum persefahaman MoU pada 26 Februari 2014. MoU tersebut telah ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor;
(ii) Heads of Agreement (HoA) pada 1 Ogos 2014. HoA tersebut telah ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor;
(iii) perjanjian utama atau master agreement pada 12 September 2014. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Pengurusan Aset Air Berhad ataupun PAAB dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (PASSB), dan;
(iv) perjanjian jual beli saham Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) untuk pembelian ekuiti Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd atau nama singkatannya Air Selangor pada 11 November 2015. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh PNHB dan Air Selangor.
Melalui perjanjian-perjanjian tersebut, Kerajaan Persekutuan telah memberi persetujuan untuk Kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat-syarikat konsesi di Selangor iaitu SYABAS, PNSB, Konsortium ABASS dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor (SPLASH). Malah Kerajaan Persekutuan melalui PAAB juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi membantu Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti-ekuiti syarikat-syarikat konsesi tersebut.
Dalam hal ini, saya ingin menekankan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan sekurang-kurangnya 32 kali dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor sejak MoU ditandatangani pada 26 Februari 2014. Perbincangan-perbincangan ini diadakan untuk memuktamadkan dan menguatkuasakan perjanjian-perjanjian yang berkaitan dengan MoU.
Sungguhpun perjanjian utama telah ditandatangani pada 12 September 2014 yang masih belum lagi berkuat kuasa kerana terdapat Condition Precedent (CP) yang belum dipenuhi.
Oleh itu, kenyataan Ahli Yang Berhormat Gombak bahawa Kerajaan Persekutuan telah melanggar perjanjian utama ialah satu kenyataan yang tidak betul dan mengelirukan orang awam, dengan izin, the agreement is not yet enforced because the condition precedents are yet to be fulfilled. So the issue of breach does not arise. Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanyalah boleh berlaku apabila perjanjian tersebut telah pun dikuatkuasakan.
Saya ingin memaklumkan pada Dewan yang mulia ini bahawa CP kepada perjanjian utama belum dapat dipenuhi kerana Kerajaan Negeri Selangor enggan menyelesaikan isu-isu seperti berikut:
(i) Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM1.68 bilion bagi membantu Air Selangor membiayai kos pengambilan syarikat-syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga dan Konsortium ABASS;
(ii) Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat-syarikat konsesi ataupun CCWA (Concession Companies with the Asset) kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilan liabiliti syarikat-syarikat konsesi oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion; dan,
(iii) Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan lesen individu kemudahan dikeluarkan kepada Air Selangor mengikut kehendak Akta 655.
Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor memerlukan tempoh masa yang panjang bagi menyelesaikan isu-isu yang saya telah nyatakan tadi, pihak kepada perjanjian utama telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh cut-off date bagi memenuhi CP perjanjian untuk sebanyak tiga kali. Isu tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November 2014 tetapi Kerajaan Negeri Selangor masih gagal untuk menyelesaikan isu-isu tersebut sehingga tamat tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac 2015. Dengan izin, the ball is in your caught, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. The ball is in your caught, it is not in our caught.
Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan telah menawarkan untuk melanjutkan cut-off date bagi memenuhi CP perjanjian utama. Pelanjutan tempoh ini memerlukan persetujuan bersama semua pihak kepada perjanjian utama ini. Sebaliknya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor melalui surat kenyataan akhbar pada media pada 9 Mac 2015 telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berhasrat untuk melanjutkan perjanjian utama.
Pihak kita juga mengambil kesempatan ini untuk melaporkan kepada Dewan yang mulia ini kemajuan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihannya LRAL2 sehingga 25 Februari 2015, kemajuan fizikal khususnya bagi pembinaan komponen loji rawatan air hanya pada tahap 1.18% berbanding jadual iaitu 3.43%.
Saya dimaklumkan bahawa kelewatan ini berlaku kerana Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan semula dimuktamadkan. Keputusan Kerajaan Negeri Selangor ini akan menyebabkan LRAL2 tidak dapat disiapkan pada tahun 2017 dan menjejaskan bekalan air kepada rakyat negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam pada itu, pihak kerajaan ingin menegaskan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Selangor ini adalah bercanggah dengan MoU dan Heads of Agreement yang telah ditandatangani. Pelaksanaan LRAL2 sebenarnya tidak ada kaitan dan tertakluk kepada perjanjian utama ini kerana hal ini telah diputuskan dalam MoU dan HOA.
Pada hemat kita, Kerajaan Negeri Selangor adalah yang telah melanggari MoU dan juga Heads of Agreement. Oleh itu, saya minta Kerajaan Negeri Selangor untuk menghormati persetujuan yang telah dimeteraikan melalui MoU dan HOA dan tidak lagi bertindak mengarah pihak berkuasa tempatan untuk menangguhkan pengeluaran permit dan kelulusan yang diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan LRAL2.
Tindakan ini akan merumitkan lagi kedudukan bekalan air Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi melengahkan bekalan air sementara menunggu siapnya LRAL2, Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah memperuntukkan sebanyak RM990 juta untuk projek-projek mitigasi. Oleh itu, pihak kita ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor perlu ada perancangan alternatif untuk menyediakan sumber air yang mencukupi menjelang tahun 2017 berikutan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang telah melewatkan pelaksanaan LRAL2 ini.
Terima kasih.
TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Gombak.
TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Tuan Yang di-Pertua, sebaik sahaja saya diberikan amanah pada bulan September 2014, saya telah memberikan jaminan bagi pihak kerajaan negeri bahawa kita mahu meneruskan dan melaksanakan perjanjian utama yang telah pun ditandatangani sebelum itu bagi menjamin bekalan air yang mencukupi dan satu sistem perkhidmatan air yang cukup efisien dan mampan di negeri Selangor. Malangnya Kerajaan Persekutuan yang tidak menghormati the sanctity of the agreement. [Tepuk]
Kalau Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan dalam Dewan bahawa telah ada 32 kali perbincangan dan mesyuarat, itu tidak bermakna kalau perbincangan itu tidak terikat dengan semangat asal perjanjian itu ditandatangani.
Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyerahkan aset-aset air milik syarikat konsesi yang telah dinaik taraf dan ia telah dipersetujui ketika menandatangani perjanjian utama. Malahan spirit itulah yang telah menyebabkan kita bersetuju untuk menandatangani perjanjian.
Kerajaan negeri telah pun menyenaraikan aset-aset yang berkenaan dalam Appendix 1, Appendix 2 di mana aset-aset milik syarikat konsesi yang hendak diserahkan. Akan tetapi, malangnya dalam beberapa bulan yang lalu, Kerajaan Persekutuan melalui kementerian datang semula kepada kerajaan negeri memberitahu bahawa bukan setakat aset yang perlu diserahkan, tetapi tanah juga mesti diserahkan. Di mana spirit perjanjian yang telah ditandatangani?
Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, kita ada 26,000 kilometer paip yang dimiliki oleh syarikat konsesi. Kita sudah kenal pasti. Sekarang ini, Kerajaan Persekutuan datang balik dia kata bukan setakat paip, tanah yang paip itu lalu pun kena serah kepada dia.
[Dewan riuh]
TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Boleh Yang Berhormat Gombak duduk dahulu? Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap. Soal ini adalah soal penting. Ahli Yang Berhormat, saya tahu ini adalah sesi soal jawab. Tidak seharusnya dibuat sebagai berbahas. Namun memandangkan ianya perkara yang amat serius terutama sekali bagi rakyat Selangor, tidak apa saya benarkan Ahli Yang Berhormat Gombak, tetapi jangan terlampau panjang sangat. Nanti Yang Berhormat punya juga peluang untuk bahas.
TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini isu besar Tuan Yang di-Pertua, isu nasional. Di mana Kerajaan Persekutuan melanggar semangat dan prinsip perjanjian.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya dengan Kerajaan Persekutuan, apakah Kerajaan Persekutuan ingin merampas kedaulatan Kerajaan Negeri Selangor? Saya hendak tanya 26,000 kilometer tanah hendak diserahkan kepada kementerian? Jadi saya hendak minta penjelasan, itu yang pertama. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua…
DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL (PENDANG): [Menyampuk]
TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Yang Berhormat Pendang, kalau kamu cerdik jadi Menterilah. Jangan berani menjerit di belakang sahaja. Nak jadi pencacai UMNO, kekal pencacai UMNO.
DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL (PENDANG): Hendak buat jalan, kena ambil tanah buat
jalanlah.
TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Ya, hendak buat jalan, kena bagi tahu…
DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL (PENDANG): That’s why, I say you are stupid.
TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Pendang, duduk Yang Berhormat Pendang.
DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL (PENDANG): That’s why, you are so stupid!
TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Ya, kalau kamu cerdik, jadi Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membawa Dewan kepada perjanjian yang telah ditandatangani. Perjanjian menyatakan kerajaan negeri akan menyerahkan aset-aset yang dimiliki oleh syarikat konsesi dan kita sudah senarai. Pada ketika itu Kerajaan Persekutuan tandatangan. Dia setuju senarai Appendix 1, Appendix 2. Cuma saya hendak tanya mengapa dalam satu dua bulan ini datang balik dan pinda perjanjian yang telah ditandatangani. Bagaimana kami boleh bersetuju di atas perkara baru yang telah dibawa oleh kementerian. Itu yang pertama.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, yang saya hendak minta penjelasan, pada asalnya kerajaan negeri sudah bersetuju dengan PAAB. Kita sudah ada draf perjanjian bagaimana mekanisme pembayaran kepada PAAB dengan menggunakan mekanisme ring fencing.
Maknanya setiap sen yang kita terima daripada pengguna, sudah ada jaminan penerima pertama adalah PAAB. Kita sudah beri jaminan kita akan beri pada PAAB. Sudah setuju. Sekarang ini dia
kata tidak boleh di mana sekuriti untuk PAAB, dia kata mesti beri tanah di atas aset yang dilalui oleh kemudahan-kemudahan tersebut. Jadi ini menyebabkan kita melihat Kerajaan Persekutuan
sengaja untuk melengah-lengahkan perkara yang telah dipersetujui.
Akhirnya saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri, apa sebenarnya Yang Berhormat hendak? Apakah jaminan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dan juga rakyat negeri Selangor. Apakah langkah-langkah seterusnya untuk menjamin satu sistem perkhidmatan industri air yang efisien dan mampan bagi menjamin kepentingan pengguna di negeri Selangor.
DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Yang Berhormat MB. Saya ingin katakan bahawa statement yang dikeluarkan tadi itu sebenarnya banyak yang mengelirukan. There are tiga perjanjian, precedent yang perlu. Ada lapan semua, tetapi tinggal tiga yang outstanding. Satu ialah mengenai dengan aset-aset berkaitan dengan RM7.6 bilion yang PAAB akan take over bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor seperti kita buat di negeri-negeri lain.
Kedua, selepas itu dia perlu juga mengemukakan aset untuk RM1.6 bilion daripada RM2 bilion itu kerana itu nilai yang concession yang akan ambil alih. Mereka perlu menyenaraikan aset-aset tersebut.
Ketiga, mengikut precedent, bahawa pihak syarikat baru air Selangor itu yang memerlukan lesen untuk operate, mesti menyenaraikan aset-asetnya financial model dan kemampuannya untuk menjadi pengurus baru air Selangor. Ini tiga daripada lapan precedent.
Masalahnya begini, bagi RM1.6 bilion ini dalam perbincangan-perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor kita minta senarai aset untuk diberi. Dia senaraikan Bukit Nanas, dia senaraikan Semenyih.
Apabila kita check dengan Pesuruhjaya Tanah dengan perlembagaan dan perjanjian-perjanjian, ini adalah milik Kerajaan Pusat. Tidak boleh dipakai.
Mereka mahu panggil constitutional lawyer hendak check and lawan. Kami bilang carilah aset lain kerana ini adalah milik Kerajaan Pusat. Dia kata tanah barangkali kamu punya, tetapi infra di atas kami punya. Namun dalam prinsip pengambilan tanah adalah good title.
TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Yang Berhormat Menteri kalau…
DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Saya habiskan dahulu.
TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): …Tanah itu milik Kerajaan Persekutuan, jaminannya baru RM500 juta. Kita ada RM1.5 bilion lagi.
DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Good title ok. Termasuk juga dalam cerita tadi. Dia katakan paip siapa? You kasi saya paip tidak guna kalau land seperti juga rail track, seperti juga Yang Berhormat kasi siap kabel, kalau bukan tanah di bawah itu dimiliki bersama. Ini logik kah? Siapa mahu buat business bagi paip itu? Paip sudah buruk-buruk.
TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Mana ada syarikat konsesi mendapat tanah, itu tanah pajakan, tanah milik kerajaan negeri.
DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: So, this is a real issue. Sama juga dengan air Selangor. Apabila kita minta dia senaraikan aset, dengan izin you can be a good pengurus air di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan dan seterusnya they insist mahu senaraikan Semenyih, mahu insist juga senaraikan Bukit Nanas. Kami bagi tahu itu bukan tanah you, dia mahu contest, melewat dan lewat. Not our fault, Kerajaan Negeri Selangor yang melewat-lewatkan semuanya ini dia kena deliver the condition procedure.
Yang ketiga yang dikatakan tadi apa sebenarnya Kerajaan Pusat mahu. Tiada Kerajaan Pusat mahu. Kerajaan negeri sudah 15 tahun minta air ini, menjadi pengurus air di Selangor seperti negeri-negeri lain. Kita cerita-cerita tetapi mereka pun kuat lawan, akhirnya the last two years able to find solution. Or you want supaya air mencukupi untuk negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.
Saya mahu maklumkan saat ini bagi last year -0.04 tiada margin. This year if the mitigation semua itu jalan 3.2 tapi saya beritahu Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua it’s going to be without Langat because delayed pada tahun 2017 it will be minus -2.64. Who’s suffer? More than 500 companies kita KIV kelulusan. Margin is 1% and negative tapi I’m here to give the offer. You want to take over dengan mantan MB dahulu, the exco, you want to take over, kami bilang okey this time take it, subject to this. You want to take over the loan for you RM7.6 billion I give you RM2 billion untuk beli damp out. And then we sign, we sign tapi main main punya. [Ketawa] Main-main punya. ‘Lewat-lewat’.
TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat.
DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Untuk makluman…
TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, Yang Berhormat…
DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: We have no other interest. Saya Menteri berasal dari Sabah ini orang-orang Sabah [Bercakap dialek Sabah]. Ini kamu ini peranakan orang potong kepalakah dahulu? [Ketawa] We don’t potong kepala now lah. So when we work, we really work. We work sincerely. So, I ask you what actually you want. I have given you everything I have.
TUAN YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
TUAN KHALID BIN ABD SAMAD (SHAH ALAM): Ini dua-dua tanya, what you want.
DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Saya merayu Tuan Yang di-Pertua supaya kepimpinan negeri diketuai oleh Yang Amat Berhormat dari Gombak, carry on the work of the previous and be the previous exco. They had done the good job to find the deal with us. If not, we live it to the people of Selangor. You will suffer you know because tidak mencukupi air. The interest of the rakyat di atas interest politic PKR semua. Sekian, terima kasih.
TUAN YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Saya jarang-jarang buat saranan atau cadangan. Kalau boleh isu yang dibahas tadi itu adalah kompleks. Saya rasa tidak seharusnya kita bincang sewaktu sesi soal jawab. Kalau boleh saya buat saranan dengan ikhlas. Bolehkah Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru dan Yang Berhormat Menteri duduk, trace out all the problem. Jangan libatkan dahulu pegawai-pegawai. Sila Yang Berhormat Tanjong Karang. Oleh kerana daripada Selangor dan jangan terlampau panjang sangat soalan tambahan itu. Ahli Yang Berhormat, kita berbahas cuma dua soalan. Soalan air, satu air banjir, satu air minum. Baru dua soalan. [Ketawa] Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.
DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): Dia ada satu air lagi yang sudah masuk penjara. Tuan Yang di-Pertua…
TUAN YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat Tanjong Karang, sila.
TUAN MANIVANNAN A/L GOWINDASAMY (KAPAR): Banyak cakap Tuan Yang di-Pertua, macam inilah. Sana, sana. Tuan Yang di-Pertua sana, bukan sini.
TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN (SEPANG): Tuan Yang di-Pertua, ini biadab ini.
TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID (KUALA LANGAT): Ini sudah melampau.
TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN (SEPANG): Ini biadab, kurang ajar ini. Macam mana cakap air ini.
TUAN YANG DI-PERTUA: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat duduk dahulu. Tengoklah apa yang dia buat.
DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): Tuan Yang di-Pertua…
TUAN YANG DI-PERTUA: Ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang duduk dahulu dan Yang Berhormat yang lain. Ahli Yang Berhormat, sering kali saya mengingatkan sebelum mengeluarkan hujah, timbang baik-baik. Jangan hujah itu mengundang reaksi negatif yang mengecohkan dewan. Tolong dan perkataan-perkataan yang lain tidak elok itu janganlah sentuh seperti bodoh, seperti biadab dan sedemikiannya. Jangan buat Ahli Yang Berhormat. Sudahlah yang itu. Kita kerja dengan serius, dengan baik-baik. Sila Yang Berhormat Tanjong Karang kemukakan soalan tambahan yang penuh berhemah.
DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
TUAN YANG DI-PERTUA: Mengenai dengan soal air minum.
DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): [Ketawa] Soal airlah ini saya hendak cakap Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan pendapat Tuan Yang di-Pertua bahawa isu air ini amat penting lebih-lebih lagi di negeri Selangor. Bukan sahaja kepentingan rakyat negeri Selangor tapi Selangor ini negeri yang penting dalam Malaysia. Kalau Selangor ini mundur takut Malaysia pun akan jadi mundur.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya…
Seorang Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): Saya cakap betul pun sebelah sini bising.
TUAN YANG DI-PERTUA: Teruskan, teruskan Yang Berhormat.
DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): Saya cakap betul pun belah sini bising. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri adakah Yang Berhormat bersetuju memandangkan air ini penting, maka soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Gombak ini yang baru jadi Menteri Besar tidak sampai enam bulan merupakan satu soalan yang kurang cerdik bila dia tanya di dalam soalan lisan.
Saya hendak tanya sejak Yang Berhormat Menteri Besar ini yang baru jadi Menteri Besar, berapa kali Yang Berhormat Menteri Besar ini datang berunding untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti mana yang pernah dibuat oleh mantan Menteri Besar yang lepas kata tadi 32 kali berbincang. Ini waktu siapa. Jadi Yang Berhormat bersetuju ataupun tidak bahawa hari ini negeri Selangor bila menghadapi masalah air, saya hendak dapatkan penjelasan menyebabkan benar ataupun tidak bahawa lebih 700 projek di negeri Selangor yang tidak dapat dimulakan kerana masalah kekurangan air.
Apakah benar bahawa di negeri Selangor hari ini peluang-peluang pelaburan menurun begitu merudum? Seperti contoh tahun 2008 RM11.8 bilion pelaburan negeri Selangor dan sejak 2008 sampai 2014 daripada RM11.8 bilion hanya tinggal RM7 bilion sahaja yang melabur di Selangor. FDI daripada RM9 bilion merudum hingga tinggal RM3.2 bilion. Peluang pekerjaan daripada 30,837 peluang pekerjaan daripada 2008 hari ini turun merudum peluang pekerjaan di Selangor 2014 tinggal 15,000 orang.
Ini soalan airlah. Saya hendak tanya apakah kemeruduman, kejatuhan ekonomi negeri Selangor yang maju dahulu nombor satu sekarang jatuh nombor empat, adakah ia berkaitan rapat dengan masalah air di Selangor.
TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Yang kita batal industri udang.
TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sebelum jawab duduk. Duduk Yang Berhormat. Soalan daripada Yang Berhormat Gombak simple. Soalannya sama ada Kerajaan Persekutuan masih komitedkah tidak. Itu sahaja tetapi tiada. Kalau Yang Berhormat hendak jawab juga itu, boleh saya benarkan tetapi jangan perincikan sangat sebab soalan ini komited atau tidak. Saya dengar tadi Yang Berhormat kata komited. Itu sebab saya kata duduk sama-sama. Tidak payah jawab ini kalau menghabiskan masa. Kalau perlu juga sedikit tidak apa jawablah. Sila.
DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Tuan Yang di-Pertua, sebab apa yang disentuhkan tadi adalah satu kita punya komitmen untuk mencari penyelesaian. Saya mesti tersedia sebenarnya banyak signal tapi tidak ada masa untuk berjumpa sebab pada pendapat kami sedang berjalan dengan baik semua rundingan. Tiba-tiba hari enam political advisors memberi laporan bahawa they are not going to continue. Akan tetapi saya rasa ruang untuk berbincang pihak Kerajaan Pusat sentiasa di situ. Saya cukup yakin, cukup wisdom di dalam kepimpinan negeri Selangor. Hopefully better than the previous one tetapi saat ini tidak mencerminkan itu.
Terima kasih atas cadangan.
Kemudian dengan status saya telah katakan tadi tahun ini dijangka 2015 minus below 1% margin. Tidak ada margin. Kilang-kilang semua banyak yang mahu tutup, ada yang belum tunggu permit untuk minta masuk. Masih ada 500 lebih yang hendak melabur tetapi dengan kerana tidak mencukupi air dan mesej terkini mereka menggugurkan perjanjian.
I think kasihanlah rakyat dan business negeri Selangor, juga Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Ini kedudukan yang teruk sebenarnya seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Terima kasih.
Ada political acumen lebih daripada politik sabun kilang orang Sabah, politik sabun ini. Main-main punya politik. Thank you very much.
Friday, 13 March 2015
INDIVIDU MIRIP JOKOWI NAIK KERETA MEWAH JADI RIBUT DI INDONESIA KINI????
Presiden Jokowi yang digambarkan selama ini sebagai pemimpin yang cukup simple gaya hidupnya, merendah diri dan tidak gemar bermewah-mewahan sehingga menjadi pemimpin ikutan tegar Azmin Ali, kini gambar mirip dirinya duduk dalam kereta Mercedes Benz high end menjadi ribut puting beliung di media sosial di Indonesia kini.
Dipaparkan sebagai pemimpin berpura-pura zuhud .. sama ada kisah ini benar atau fitnah hanya pihak berkuasa Indonesia wajar memberikan respon demi pencerahan.
Cukup khuatir jika ada musuh politiknya ambil kesempatan untuk menjaja gambar ini untuk mencemarkan imej dan integritinya.
BEKAS PEGAWAI MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM NEGERI PAHANG (MUIP) DI TUDUH CABUL 3 WANITA.
Seorang bekas pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (Muip) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, dekat sini, semalam atas tiga pertuduhan mencabul tiga orang wanita.
Tertuduh dari Taman Rendang Permai, Pekan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pertama dibacakan jurubahasa mahkamah hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali dan pertuduhan kedua dan ketiga di hadapan Nor Aisah Mohamad.
Mengikut kertas pertuduhan yang berasingan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dengan niat mencabul kehormatan tiga wanita yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun, di pejabat Pengurus Tadika Pintar Al-Quran, Jalan Kubang Buaya, antara jam 9 pagi hingga 4 petang, 4 Mac lepas.
Dengan itu, tertuduh boleh disabitkan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-aman dua daripadanya.
Mahkamah mengarahkan tertuduh di hantar ke Hospital Permai, Johor untuk dilakukan pemeriksaan mental dan menetapkan 10 April depan untuk laporan mental.
SURAT DARI PEMBEKAL PRODUK KESIHATAN MENGESAHKAN BAHAWA PERKHIDMATAN KESIHATAN TIDAK TERLEPAS DARI CENGKAMAN GST.
Baca baik-baik surat perkeliling yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat pembekal produk kesihatan yang bertajuk : PERSEDIAAN PELAKSANAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST).
Jika tidak faham kerana ditulis dalam Bahasa Inggeris mohon bantuan dari rakan-rakan maupun saudara mara yang faham serba sedikit Bahasa Inggeris ini.
Sebab itu perlunya kerajaan bersifat jujur dan berterus terang kepada rakyat pukulan GST ini kepada kehidupan rakyat seharian ... impak kepada kos sara hidup sehariannya .. jika berterusan berlapik-lapik dan berpolitik dalam berbicara dan nada ucapan maka yang ruginya nanti ialah kerajaan itu sendiri ketika menghadapi PRU 14 nanti.
Beritahu kepada rakyat kesannya pelaksanaan GST ini bukan sekadar dok momokkan betapa sekian billion ringgit kerajaan perolehi dari kutipan GST .. perlu ingat setiap kutipan cukai sudah pasti pembayar cukainya adalah rakyat .. dibayar dari sakunya.
Rakyat apabila rasa pedih dan perit akan cubitan GST maka ikut hukum akal logik akan balas dan terjemahkan rasa sakit itu dipeti undi bila tiba PRU ke-14 nanti.
Sehingga kini penjelasan yang dilakukan oleh kerajaan yang diketuai oleh Timbalan Menteri CGPA 3.85 Ahmad Maslan masih gagal untuk menyakinkan rakyat melainkan terpacul kata-kata angkuhnya semalam betapa kerajaan tidak peduli apa jua kritikan mengenai GST dan akan terus melaksanakannya mulai awal bulan depan.
Disambut pula kenyataan half past six dari Shahidan Kassim betapa UMNO/BN bersedia kehilangan undi tetapi GST tetap diteruskan juga.
Rakyat jika diberitahu secara jujur akan pasti faham tetapi jangan bersimpang siul dalam menghebahkan sesuatu yang melibatkan duit sakunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...















































