Monday, 4 May 2015
DUA GELAGAT DAN SENARIO YANG BERBEZA ... PARA PESERTA FLASHMOB BN MALU TUTUP MUKA SEDANGKAN PESERTA FLASHMOB PAS BANGGA TAYANG MUKA
Pelik sungguhlah sejak kebelakangan ini, hampir setiap peserta flashmob BN bantah tindakan kerajaan PR Pulau Pinang naikkan harga rumah dan jual tanah harga tinggi sebab nak untung cepat yang diadakan di Seberang Jaya, Pulau Pinang sempena PRK Permatang Pauh, para pesertanya mesti tutup muka.
Apakah mereka ini pemalu dan segan sehingga enggan wajah mereka dikenali umum????
Sepatutnya ada sifat dan jiwa bangga kerana memperjuangkan sesuatu atas kepercayaan dan keyakinan ianya betul dan benar.
Sebagai penyokong parti pemerintah tidak perlu ada perasaan gusar sebaliknya berasa megah dan bangga tetapi tidaklah sampai lupa diri.
Gelagat pemalu tutup muka ini lazimnya dilakukan oleh penyokong dan pendokong parti pembangkang sebab ada rasa khuatir akan menrima tindakan dan tekanan dari pemerintah. Ini sudah menjadi terbalik pula.
Penyokong dan pendokong PAS dengan bangga tanpa segan silu menunjukkan muka mereka ketika melakukan flashmob hari ini di Simpang Leban Condong, Rompin, Pahang bantah GST kerana membebankan rakyat terutamanya warga luar bandar dan peneroka rancangan Felda sempena berkempen PRK Rompin untuk calon PAS dan menjadi sebaliknya pula kepada penganut dan pendakap BN.
AHMAD MASLAN MENOREH LAGI.
Gelagat Ahmad Maslan CGPA 3.85 sedang menoreh getah di Kampong Juara, Tioman, Rompin hari ini 4/5/15 sebagai salah satu cara kempen beliau menambat dan memikat hati pengundi.
Rasanya cara ini sudah usang pupus tarikh. .. suatu gelagat politik yang sudah ketingalan zaman dan masa .... politik purba yang jelas tidak berpijak dibumi yang nyata ... suatu gelagat dan gaya yang terpasak dalam minda rakyat bahawa ini hanya merupakan suatu lakunan semata-mata disebabkan adanya pilihanraya.
Disarankan agar berhenti terus dalam mengamalkan budaya dan gelagat politik seperti ini.
Suatu politik yang mempersenda rakyat dan dalam masa sama dijadikan bahan cemuhan.
Tidak perlu menunjukkan kebolehan menoreh hanya disebabkan dirinya anak seorang penoreh getah .. yang para penoreh getah maukan ialah agar nasib mereka dibela ketika harga getah merudum teruk bukannya lakukan adegan menoreh sebagai jalan penyelesaiannya.
Beritahu apakah polisi dan janji jika diberi amanah oleh rakyat sebagai wakilnya di parlimen.
Cukuplah ... politik sandiwara sudah tidak laku lagi hatta dikawasan pendalaman sekali pun.
Paling kelakarnya toreh pun susu getah enggan keluar.
MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT TANDA HORMAT DIA SEBAGAI MENTERI ... CALON BN PRK ROMPIN KATA HASAN MALEK BODOH!!!!!!
Calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin Datuk Hasan Arifin, hari ini mengatakan Datuk Seri Hasan Malek mengeluarkan kenyataan "bodoh" apabila mengatakan pengundi di kawasan Parlimen berkenaan menyokong cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
GST menjadi isu kempen yang digunakan PAS dalam percubaan mereka untuk merampas kerusi tradisi BN itu yang sebelum ini dipegang Tan Sri Jamaluddin Jarjis selama enam penggal.
"Bila dia buat kenyataan? Itu kenyataan menteri bodoh," kata Hasan, kepada pemberita, sejurus selesai program Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti, di Felda Keratong 4, Pahang.
Hasan yang merupakan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan dalam satu program di kawasan Parlimen itu bersama peniaga bazar Ramadhan semalam berkata, beliau percaya pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Rompin menerima baik pelaksanaan GST dan menyuarakan keyakinan BN akan memenangi PRK Rompin yang dijadualkan esok.
Hasan berkata, khabar-khabar angin yang didengarinya sebelum turun ke peringkat akar umbi turut meragukannya, namun selepas beberapa siri tinjauan ke kawasan Parlimen Rompin, khabar angin tersebut katanya jelas tidak benar dan sekadar fitnah.
"Pada peringkat awal, saya meragui juga, macam-macam cerita, tetapi bila kita turun ke bawah, cerita itu direka-reka supaya rakyat risau.
"Tapi bila kita terangkan cara kita, cara 'orang kampung', mereka terima GST, dan yakin cukai ini memudahkan mereka berurusniaga dan memberi impak hitung panjang kepada negara," katanya selepas berucap merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Bazar Ramadhan (SBR) 2015 di Rompin, semalam.
Kalau dah calon BN sendiri yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang pun kata Hasan Malek bodoh .. siapalah kita untuk menidakkannya.
PEGAWAI KHAS NAJIB BIDAS BEKAS BOS NSTP SEBAGAI TIDAK ARIF ADAT MELAYU DAN KUTIP FAKTA TEPI JALAN.
Seorang pegawai khas perdana menteri membidas bekas pengarang kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin yang dianggapnya "seorang Melayu yang kurang arif adat" Melayu.
Ia susulan isu penajaan menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak di Kazakhstan.
"Adalah menjadi adat apabila kita berkahwin, pengantin lelaki menanggung kos-kos perbelanjaan perkahwinan kedua-dua belah pihak.
"Sebagai contoh, dalam adat Melayu apabila wang hantaran diberikan, wang tersebut bertujuan untuk digunakan oleh keluarga pengantin perempuan untuk majlis kenduri.
"Tidak timbul soal PM menerima tajaan dari keluarga lelaki. Dalam hal ini, Nampaknya Kadir Jasin merupakan seorang Melayu yang kurang arif adat," kata Rizal Mansor dalam satu kenyataan.
Tambahan pula, kata Rizal lagi, tindakan keluarga Daniyar Kessibayev menanggung kos rombongan pengantin perempuan, menunjukkan mereka bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh meraikan keluarga perempuan.
"Dan sudah tentu jika kenduri di sebelah lelaki, pihak lelakilah yang menanggungnya," kata Rizal yang juga pembantu peribadi Rosmah.
Beliau mengulas tulisan Kadir yang mempersoal adakah elok bagi Najib menerima tajaan pihak luar untuk mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri dan boleh menjadi mangsa peras ugut oleh pihak yang menajanya.
Mengulas lanjut, Rizal - yang sudah enam tahun berkhidmat dengan Najib - berkata tidak timbul soal ugut mengugut berhubung isu itu memandang kedua-dua belah pihak telah menjadi besan dan keluarga.
Sebaliknya, Rizal mengingatkan Kadir supaya tidak membuat "spekulasi jahat" yang menurut beliau seolah-olah mahu melihat timbulnya syak wasangka antara kedua mempelai.
"Perbuatan ini merupakan satu perbuatan jahat dan busuk hati, ia amat dibenci dan dikutuk dalam masyarakat Melayu.
"Kadir Jasin perlu lebih memahami adat Melayu dan jangan buruk sangka," katanya.
Rizal turut menyindir Kadir supaya lebih teliti dalam menulis dan "tidak mengutip fakta tepi jalan" kerana majlis bertandang itu berlangsung di Almaty dan bukannya Astana seperti yang ditulis dalam blognya.
"Ini adalah sesuatu yang memalukan memandangkan beliau seorang bekas wartawan kanan dan orang yang pernah mengetuai organisasi media.
"Kalau ini cara dia menulis saya boleh simpulkan selama ini fakta beliau semuanya dikutip tanpa asas,” kata Rizal lagi.
KERANA GANJARAN USD 1 JUTA DITAWARKAN KERAJAAN AMERI SYARIKAT SEORANG MILITAN PALING DIKEHENDAKI DI FILIPINA SEJAK TAHUN 2002 MATI DI BUNUH OLEH PENGAWAL PERIBADINYA.
Militan paling dikehendaki di Filipina dilaporkan dibunuh pengawal peribadinya, semata-mata mahu mendapat ganjaran yang ditawarkan Amerika Syarikat (AS).
Abdul Basit Usman yang disyaki terbabit dalam banyak serangan bom di selatan Filipina, diburu pasukan keselamatan sejak 2002.
Ketua Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Gregorio Pio Catapang berkata, konco-konco Usman dikatakan berpaling tadah, demi meraih ganjaran US $1 juta yang ditawarkan AS.
Ketika kejadian, jelasnya, Usman bersama tujuh pengawal peribadinya dalam perjalanan ke sebuah kem pemberontak di Bandar Guindulungan, selatan Mindanao, tatkala pertempuran tercetus dalam kumpulannya.
“Ada pertempuran dalam kumpulannya. Laporan yang sampai ke ibu pejabat mendedahkan, Usman bersama lima lagi konconya yang tidak dikenal pasti identiti mereka, terbunuh dalam satu kejadian tembakan dengan anggota kumpulannya,” katanya ketika ditemui di pangkalan tentera utama Manila.
Jelasnya, mayat-mayat itu ditemui pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan pihak berkuasa cuba mengenal pasti identiti konco-konco Usman yang terbunuh.
Namun, kenyataan Catapang bercanggah dengan kenyataan kumpulan pemberontak Muslim terbesar di Filipina itu yang mendakwa pejuangnya membunuh Usman yang membelot.
Menurut ketua perunding MILF, Mohagher Iqbal, Usman dibunuh pasukan pengawal peribadinya, apabila dia cuba melawan ketika ditahan.
Kumpulan Usman dipintas pasukan pemberontak berhampiran sebuah anak sungai, kira-kira jam 10.30 pagi Ahad.
Namun, dia lebih rela ditembak mati daripada dibawa ke kem utama gerila itu.
Catapang dan Iqbal bagaimanapun sependapat, kematian Usman akan menjadi pemangkin kepada usaha kedamaian di rantau itu.
“Operasi keselamatan kami akan diteruskan sehingga kami berjaya menahan semua pemberontak yang berpotensi menjejaskan proses pendamaian,” katanya sambil menambah, terdapat 10 militan asing dan kira-kira 100 militan Islam yang memberontak di selatan Filipina.
Pada Mac 2014, Filipina menandatangani perjanjian damai dengan MILF untuk menamatkan konflik selama 45 tahun yang meragut 120,000 nyawa dan menyebabkan 2 juta lagi terpaksa melarikan diri atau berpindah.
DEMO BANTAH GST .. MAT SABU KENA TANGKAP.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung himpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berlangsung Jumaat lalu.
Mohamad berkata beliau menyerah diri kepada polis jam 11.30 pagi ini di Balai Polis Dang Wangi sebelum ditahan kira-kira setengah jam kemudian.
"Dua hari lepas saya di lapangan terbang nak pergi Sabah, polis kata nak datang tangkap saya. Saya kata kepada polis saya akan serah diri selepas dua hari kerana saya ingin pergi ke Sabah dahulu.
"Saya akan disiasat bawah Akta Hasutan, tetapi saya tidak tahu kesalahan saya lagi. Sekarang tunggu untuk merakamkan kenyataan," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi Zainol Samah mengesahkan bahawa Mohamad telah ditahan pagi ini.
Ditanya peruntukan undang-undang yang diguna untuk menyiasat Mohamad, beliau berkata: "Sama seperti yang lain".
Setakat ini seramai 36 pemimpin pembangkang dan aktivis ditahan telah ditahan berkaitan demonstrasi itu.
Ini termasuk bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Naib Presiden Tian Chua dan Setiausaha Organanisasi DAP Anthony Loke.
Mereka dibebaskan selepas semalaman ditahan.
Bagaimanapun 23 individu masih ditahan dan di antaranya disiasat kerana melanggar undang-undang berkaitan perhimpunan haram, hasutan, vandalisme dan melanggar peruntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
AZMIN SELAR KETUA POLIS NEGARA JANGAN JADI BARUA UMNO
Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Hj Mohamed Azmin Hj Ali, menyerang Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang didakwanya menjadi barua UMNO berbanding menjaga keselamatan masyarakat.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merujuk kepada tindakan polis menahan beberapa pemimpin politik dan peserta Bantah GST di ibu negara pada 1 Mei lalu.
“Tolong beritahu Ketua Polis Negara, mahu jadi Ketua Polis Negara yang menjaga keselamatan rakyat atau mahu jadi barua UMNO dan BN,” katanya di di Kubang Ulu pada Ahad, lapor bnbbc.com
Katanya, rakyat akan terus membenci jika Khalid tidak mempunyai prinsip dan rela membiarkan dirinya menjadi pencacai UMNO.
“Rakyat minta jadi Ketua Polis Negara yang ada maruah dan prinsip, baru kita hormat. Kalau tidak, rakyat akan benci pada kamu kerana kamu penjadi pencacai kepada UMNO dan BN,” katanya.
Azmin turut mencabar agar rakaman ucapannya itu diserahkan kepada Khalid.
Setiausaha Agung PSM, A Arutchlevan, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, Anthony Loke (DAP), Dr Hatta Ramli (Pas) dan Rafizi Ramli (PKR) ditahan selepas terlibat dalam perhimpunan itu.
Mereka dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman oleh polis dipercayai kerana tuduhan tidak munasabah.
Sehingga kini, lebih 20 peserta perhimpunan itu ditahn reman bagi membantu siasatan.
PUTERI UMNO TUTUP HIDUNG TIDAK TAHAN BAU BUSUK KETIKA MERAIH UNDI SEORANG WARGA EMAS DI PRK ROMPIN??????
Jika apa yang dikatakan ini benar sepertimana gambar diatas seorang Puteri UMNO menutup hidunya kerana tidak tahan bau busuk badan seorang wanita emas ketika melakukan kerja meraih undi disebuah kampong di Rompin sudah kira amat memalukan sekali.
Tidak tahan bau busuk warga mas berkenaan tapi nak juga satu undi darinya .... sepatutnya peraih undi seperti ini tidak wajar diberikan amanh untuk digalas.
Peraih undi yang bijak memiliki keperibadian yang baik .. penyabar, sentiasa tersenyum dan merendah diri .. tidak sesekali pandang hina dan rendah kepada setiap individu yang ditemuinya untuk raih undi dan sokongan kepada parti diwakilinya, sebab tahu betapa pengundi adalah raja ketika diadakan Pilhanraya Umum (PRU) atau Pilhanraya Kecil (PRK).
SELAWAT PERDANA KEMBALI LAGI
PROGRAM Selawat Perdana memberikan impak luar biasa sekali gus menjadi fenomena dalam berdakwah sambil berhibur.
Tahun lalu, program Selawat Perdana 1435H - Malam Cinta ALLAH dan Rasul berjaya menghimpunkan lebih 500,000 umat Islam yang bertujuan mengagungkan kebesaran ALLAH SWT dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikon.
Rentetan itu, Yayasan Perdana Ummah (YPU) sekali lagi menganjurkan program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436H di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya pada 8 Mei ini.
Malah, majlis ilmu yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu merupakan kemuncak kepada program induk, Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia Malaysia 2015 yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 6 hingga 8 Mei ini.
Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai program ini, Zass mendapatkan Pengerusi YPU, Datuk Rizal Mansor menerusi satu sidang media baru-baru ini.
Apakah tujuan utama program ini diadakan?
Berbekalkan konsep istiqamah dalam berdakwah, kami akhirnya mengambil keputusan menganjurkan program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436H. Ia merupakan kesinambungan dari program Selawat Perdana - Malam Cinta ALLAH SWT dan Rasul SAW yang berlangsung pada 21 Mac 2014. Tujuan utamanya memupuk ikatan persaudaraan sesama manusia yang berterusan, tidak kiralah daripada keturunan, darjat, warna kulit, bahasa, idealogi, fahaman politik dan sebagainya
Tambahan pula, program ini merupakan kemuncak kepada perhimpunan Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia Malaysia 2015. Sebagai penganjur, YPU bercita-cita menghimpunkan generasi muda seterusnya mendedahkan golongan ini dengan hiburan segar dan aktiviti sihat yang berteraskan akhlak yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung.
Kelainan yang cuba dibawa dalam program ini?
Program ini akan menampilkan lebih 25 ulama terkenal dari seluruh dunia. Bagi pengisian kali ini, ia akan memperdengarkan tausiyah atau tazkirah daripada ulama di seluruh dunia. Ia akan diketuai Al Habib Umar Ben Hafidz dari Yaman. Selain itu, tausiyah ini akan diselangi bacaan Maulid dan qasidah yang akan disampaikan penyanyi, Mostafa Atef dari Mesir bersama kumpulan tempatan iaitu Nur Ahli Badar, In Team, Al Maulid dan Syeikh Mahmoud Al Wasabi.
Keistimewaan yang cuba ditampilkan?
Program ini bakal dihadiri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Majlis ilmu turut diwarnai dengan kehadiran ulama dari serata negara seperti Habib Omar Al Gailani dari Arab Saudi, Habib Faisal Al Kaff ( Arab Saudi), Syeikh Tawfeeq Al Booti (Syria), Syeikh Yaser Al Qotmani (Syria), Syeikh Abu Bakar (India), Syeikh Sayyid Ibrahim (India), Habib Jindan Jindan (Indonesia), Kiyai Muhammad Muhyiddin (Indonesia), Syeikh Abdul Muez Al Nufti (Australia), Syeikh Yahya Rodus (Amerika Syarikat),
Syeikh Abdul Karim (Amerika Syarikat), Syeikh Afifudin Al Jailani (Arab Saudi), Habib Abu Bakar Al Masyhur (Arab Saudi) dan Syeikh Muhammad Yahya Al Ninowi (Amerika Syarikat).
Jika sebelum ini, program seumpama ini ada melibatkan golongan selebriti. Bagaimana dengan tahun ini?
Ya, pasti ada. Tidak hanya melibatkan masyarakat Islam di luar sana, beberapa barisan selebriti turut terlibat antaranya, Amy Search, Mawi, Bunckface, Adi Putra, Fizz Fairuz, Almy Nadia, Aizat Amdan, Yatt Hamzah, Siti Fazurina, Lufya Omar, Johan
As’ari, Hafreez Adam, Rita Rudaini, Bienda dan ramai lagi. Mereka ini akan membantu mempromosikan program ini menerusi media sosial.
Boleh ceritakan serba ringkas akan perjalanan program ini?
Acara akan bermula dengan alunan zikir, diikuti solat Maghrib berjemaah dan bacaan al-Quran. Seterusnya akan diadakan tazkirah agama yang membincangkan topik kesatuan, perpaduan dan persaudaraan dan kemudian diikuti solat Isyak. Program akan bermula jam 9 malam selama dua jam 30 minit dan akan disiarkan secara langsung di stesen RTM. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook, Instagram dan Twitter - Selawat Perdana.
Apakah objektif utama
Buat julung kalinya, negara kita menjadi tuan rumah bagi perhimpunan terbesar ulama dari Arab Saudi, Yaman, Syria, United Kingdom, India, Australia, Mesir, Amerika Syarikat, Indonesia, Thailand dan Singapura. Difahamkan, mereka akan membincangkan 10 topik penting yang sering dibangkitkan berkenaan Manhaj atau Perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Objektif utamanya memberi pencerahan mengenai pelbagai persoalan yang menjadi kekeliruan umat Islam selama ini. Malah, dalam muktamar ini akan merungkai sejarah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang wujud sejak 900 tahun lalu iaitu ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.
Harapan kepada program ini?
Program keagamaan berbentuk santai ini dapat menyatukan umat Islam di seluruh negara sekali gus memupuk perasaan Mahabbah iaitu cinta pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui qasidah dan pujian terhadap Baginda... SINAR HARIAN
"TANGKAP ORANG YANG LANGGAR AYAH SAYA" ... LUAHAN ADIK NUR FIRUZA AMIRA FAIRUZ NIZAM KEPADA ZAHID HAMIDI.
"Tangkap orang yang langgar ayah saya,"
Demikian luahan adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Zahid Hamidi pagi tadi melawat keluarga mangsa kemalangan yang berlaku di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), awal pagi Sabtu lalu mengorbankan Fairuz Nizam,35 bersama isterinya Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka yang berusia 7 bulan, Nur Firuza Annisa.
Zahid Hamidi memberi jaminan pihak yang terbabit pasti akan diheret kemuka pengadilan.
BERITA BURUK UNTUK PELINDUNG TRAGEDI DUKE ... ZAHID HAMIDI MEMBERI JAMINAN PIHAK YANG TERBABIT DALAM KEMALANGAN MERAGUT 3 NYAWA DALAM TRAGEDI DUKE AKAN DI HERET KEMUKA PENGADILAN
Dato' Seri Zahid Hamidi kerana memberi jaminan akan memastikan pihak yang terlibat ke muka pengadilan. INI BUKAN SOAL ORANG DALAM TAPI INI SOAL NYAWA!!!
Beliau memberi jaminan keramat itu ketika menziarah keluarga mangsa tragedi DUKE pagi ini.
Nampaknya kalau sekadar menjadi ahli biasa Puteri UMNO dan ada abang ipar berkerja sebagai anggota polis pangkat biasa juga di Bukit Aman atau JPJ jangan cuba nak berlagak sombong dan keret lebih-lebih lagi apabila kes ini sudah menjadi viral satu negara.
Kenyataan Zahid Hamidi memberi nafas lega kepada rakyat yang mau pastikan keadilan ditegakkan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk memastikan individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam satu kemalangan di Lebuhraya DUKE dihadapkan segera ke muka pengadilan.
Menurutnya, walaupun terdapat kenyataan di mana ahli kelab Familia MyVi Club (FMC) mempunyai orang dalam, beliau turut menjamin kes berkenaan akan diadili dengan telus.
"Jangat ingat ada orang dalam, individu terbabit boleh terlepas. Polis tidak akan menutup kes ini dengan mudah walaupun terdapat keterangan yang bercanggah daripada suspek dan saksi utama.
"Kalau saya dapati ada penglibatan orang dalam sekalipun, orang itu juga akan diambil tindakan tegas," katanya semasa menziarahi keluarga mangsa di kediamannya di Taman Batu Muda, di sini, tadi.
Insiden pada 1 pagi pada Sabtu lalu itu dikaitkan dengan tindakan enam kereta Perodua Myvi yang berlumba di lebuh raya itu sebelum merempuh pacuan empat roda model Pajero dinaiki tiga mangsa itu.
PADAN MUKA?????? .... HIMPUNAN DERITA RAKYAT (HINDAR) DI ROMPIN, SURAM, MURAM, HAMBAR, DINGIN DAN LENGGANG???????
Kesiannnn sungguh kepada para pembenci ulama .... niat mereka untuk melihat suatu perhimpunan anjuran Dewan Ulama PAS Pusat Himpunan Derita Rakyat (HINDAR 2.0) di Bandar Muadzam Shah, Pahang malam tadi 3hb Mei 2015 bersamaan hari Ahad suram, muram, hambar, dingin dan lenggang tidak kesampaian, apabila ribuan warga Rompin turun beramai-ramai menyatakan sokongan bantah GST.
Walaupun notis pemberitahuan tukar lokasi dilakukan dalam masa yang amat singkat namun sambutan diberikan melebehi jangkaan.
Sebab tu rasa pelik bin hairan apabila Hasan Malek berkata penduduk Rompin menerima GST dengan hati terbuka sebab sudah faham.
AKHIRNYA DENGAN ADANYA PRK MAKA TEMBELANG SUDAH PECAH ... KEADAAN TASKA WARGA ORANG ASAL DIROMPIN YANG CUKUP DAIF.
Bayangkan sebuah Taska Kampung Orang Asli Kedaik dalam daerah Rompin dengan rumput rumpai dah berbulan tidak dipotong dan ditebas, siling pecah sana sini, tiada bekalan elektrik dan diding diconteng seperti kerja vandalisme.
Inikah pembangunan dan pembelaan yang dilaung-laungkan selama ini???
Nasib baik ada PRK maka rumput dipotong .. bayangkan jika tidak ada PRK ...sila-silap bangunan TASKA pun diselimuti dengan rumput rumpai.
Inikah dinamakan Tradisi Membela Rakyat???? .. Rakyat harus dibela sepanjang masa dan secara berterusan dan bukannya bermusim dan ikut keadaan serta situasi.
Sunday, 3 May 2015
ANTARA WAJAH-WAJAH PENDEMO BANTAH GST YANG DITAHAN POLIS DENGAN BERPAKAIAN LENGKAP LOKAP.
As I walked out of the police office, at my background the police was escorting the detainees of May Day rally into the lockup. .. Begitulah ayat yang ditulis oleh YB Tian Chua ketika beliau berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
“Saya pun tak tahu (macam mana) dia boleh jadi bodoh sampai macam ni, saya pernah jadi ahli parlimen selama 3 penggal tapi tak pernah jumpa orang sebodoh Ahmad Maslan” - Mat Sabu
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebagai orang yang bodoh.
Menurut Mohamad yang terkenal dengan jolokan Mat Sabu itu, beliau tidak pernah berjumpa orang sebodoh Ahmad Maslan sepanjang khidmatnya sebagai ahli parlimen selama tiga penggal.
“Yang paling teruk cakap sekarang, lagi dia cakap BN (Barisan Nasional) jatuh markah lagi (ialah) Ahmad"
Saya pun tak tahu (macam mana) dia boleh jadi bodoh sampai macam ni, saya pernah jadi ahli parlimen selama 3 penggal tapi tak pernah jumpa orang sebodoh Ahmad Maslan” katanya sambil disambut dengan gelak ketawa oleh hadirin yang mendengar celotehnya ketika ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat sempena pilihanraya kecil Permatang Pauh (PRK) di sini, baru-baru ini.
Ahmad Maslan sebelum ini dikritik kerana sering menjawab dan memberikan penerangan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dibangkitkan pimpinan pembangkang.
TRAGEDI DUKE ... POLIS BERI JAMINAN AKAN SIASAT TANPA PREJUDIS.
Pihak polis memberi jaminan bahawa proses siasatan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Duke pada awal pagi Sabtu lepas akan dijalankan secara telus dan tanpa prejudis.
Ketua Trafik Pasukan (KTP) Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff memberi jaminan itu dan pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan tersebut berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.
"Berkaitan kes kemalangan di Lebuhraya Duke pada 2 Mei 2015 yang melibatkan tiga kematian. Cawangan Trafik Kuala Lumpur telah mulakan siasatan sebaik sahaja menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.
"Daripada siasatan awal mendapati sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sports dan dua buah kenderaan jenis Perodua MyVi terlibat dalam kemalangan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke itu mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.
Sebelum ini, seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang perempuan berumur 35 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan.
kedua-duanya kenudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak polis juga merayu orang ramai yang saksikan kemalangan ini supaya tampil membantu dalam siasatan.
FITNAH KERAJAAN KELANTAN BERI TANAH KEPADA DUA PEMIMPIN DAP BAGI MEMUJUK MEREKA SETUJU LANTIK NIZAR SEBAGAI MB PERAK ... MAHKAMAH PERINTAHKAN NSTP, BERITA HARIAN DAN WARTAWANNYA BAYAR RM150,000 KEPADA NGA KOR MING DAN NGEH KOO HAM.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan News Straits Times Press (M) Berhad, Berita Harian dan wartawannya Ramli Ibrahim membayar saman RM150,000 kerana memfitnah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.
Mahkamah dalam penghakiman 30 April lalu mendapati laporan bertajuk ‘Hutan Sungai Relai gondol, penduduk kesal tanah Kelantan diberi kepada pemimpin DAP’ yang disiarkan Berita Harian pada Disember 2012 ternyata tidak benar.
Laporan tersebut menuduh Ngeh dan Nga diberikan tanah oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi memujuk mereka bersetuju melantik Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008..
Laporan tersebut turut mendakwa bahawa mereka terlibat dalam pembalakan di Hutan Simpan Sungai Relai yang mengakibatkan pencemaran Sungai Relai selain mengangganu kehidupan penduduk setempat.
Penghakiman turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri Kelentan tidak pernah memberikan tanah kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak tersebut.
“Pengambilalihan Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang memiliki tanah usahasama seluar 10,526 ekar dilakukan bersama 100 pemegang saham, dan merupakan transaksi komersial dalam pasaran terbuka,” jelas Ngeh dalam satu kenyataan mengulas penghakiman terbabit.
Beliau turut menjelaskan bahawa mahkamah mengesahkan bahawa syarikat-syarikat mereka tidak terlibat dengan aktiviti pembalakan, dan hanya melakukan aktiviti penanaman semula.
“Upayapadu Plantation Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam melakukan penanaman semula di tanah terbabit.
“Malah Jabatan Alam Sekitar melalui surat pada September tahun lalu merakamkan penghargaan kepada syarikat tersebut kerana memenuhi kesemua syarat-syarat penilaian kesan alam sekitar (EIA)” jelas Ngeh lagi.
Tambah Ngeh, kebebasan media tidak bermakna media bebas untuk menyebarkan pembohongan.
“Sebagai wakil rakyat yang dilantik, kami bertanggungjawab memastikan orang ramai tidak dikelirukan dengan pembohongan,” ujar beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP.
HEBOH AHLI PARLIMEN DAP BRUAS MERANGKAP PENGERUSI DAP PERAK KENA BELASAH LUMAT LUNYAI GUNA GAMBAR EDIT UNTUK CERITAKAN DEMO BANTAH GST
“Aerial view of anor sectn of Hancur GST. BN media says turn up only 5,000. U believe?"
Begitulah ayat yang ditulis beliau di akaun laman sosial twitternya bagi mengambarkan tentang sambutan diberikan oleh rakyat terhadap demo bantah GST yang berlangsung kelmarin 1 hb Mei 2015 sempena Hari Pekerja oleh Ahli Parlimen Bruas merangkap Pengerusi DAP Perak YB Dato' Ngeh Koo Ham.
Memang ada sambutan dari rakyat .. itu tidak dinafikan ... tetapi tidaklah sampai begini sekali sambutan diberikan sampai melimpah ruah hingga keatas bumbung stesen LRT.
Apakah beliau tidak boleh nampak dengan jelas betapa gambar tersebut ternyata sudah diubah suai???? .. Sekali imbas pandang tidak memerlukan seorang genius nuklear untuk menangkap betapa gambar yang diguna oleh Ngeh Koo Ham itu adalah palsu dan diubah suai.
Berikut antara cemuhan dan kritikan yang dilemparkan kepada Nge Koo Ham kerana terlalu ghairah memuat naik gambar ubah suai ini.
"I’m not sure if you notice the repeated rectangulars ...,"
"As an MP, Adun, lawyer, church senior & father I’m surprised you didn't zoom in to check before using this photo? BIG fail la," kata @rawnatawil
Sementara @FaizalKasim kata, "Wahhhh, congratulations. That's almost half of the world population there."
"Over and under LRT tracks too!" tambah @saadbjohan.
Begitulah ayat yang ditulis beliau di akaun laman sosial twitternya bagi mengambarkan tentang sambutan diberikan oleh rakyat terhadap demo bantah GST yang berlangsung kelmarin 1 hb Mei 2015 sempena Hari Pekerja oleh Ahli Parlimen Bruas merangkap Pengerusi DAP Perak YB Dato' Ngeh Koo Ham.
Memang ada sambutan dari rakyat .. itu tidak dinafikan ... tetapi tidaklah sampai begini sekali sambutan diberikan sampai melimpah ruah hingga keatas bumbung stesen LRT.
Apakah beliau tidak boleh nampak dengan jelas betapa gambar tersebut ternyata sudah diubah suai???? .. Sekali imbas pandang tidak memerlukan seorang genius nuklear untuk menangkap betapa gambar yang diguna oleh Ngeh Koo Ham itu adalah palsu dan diubah suai.
Berikut antara cemuhan dan kritikan yang dilemparkan kepada Nge Koo Ham kerana terlalu ghairah memuat naik gambar ubah suai ini.
"I’m not sure if you notice the repeated rectangulars ...,"
"As an MP, Adun, lawyer, church senior & father I’m surprised you didn't zoom in to check before using this photo? BIG fail la," kata @rawnatawil
Sementara @FaizalKasim kata, "Wahhhh, congratulations. That's almost half of the world population there."
"Over and under LRT tracks too!" tambah @saadbjohan.
EDISI KANTOI!!! .... MENGAPA SEJAK TAHUN 2011 SUDAH 5 KALI MENGISTIHARKAN ANGGOTA PKR DARI CABANG YANG BERLAINAN KELUAR PARTI MESTI ANGKANYA 300??????
Pelik sungguhlah .. mengapa setiap kali mau istiharkan anggota KeADILan keluar parti angkanya mesti 300 orang ... apa istimewanya angka 300 ni????
Bermula pada tahun 2011 sehinggalah sekarang ... angka yang sama masih diguna pakai .. apakah sudah ada arahan tertentu mewajibkan setiap kali pengistiharan dibuat mesti hebahkan jumlahnya 300 orang????
Kebetulan atau sememangnya dirancang????? .. Hanya yang tukang istihar sahaja yang dapat memberikan penjelasan.
300 Ahli Pkr Cabang Indera Mahkota Keluar Parti
KUANTAN, 20 Mac 2011 – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu di Pahang, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini.
Antara yang bertindak keluar parti itu ialah pemangku ketua cabangnya Ibrahim Sidek, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR, Fadizlah Abd Wahab.
Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ‘Sirih Pulang ke Gagang’ di sini. Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai oleh Datuk seri Anwar Ibrahim.
Katanya hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja.
Ibrahim memangku jawatan itu pada awal tahun ini selepas ketua cabangnya, Azan Ismail, yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota, dilantik sebagai Pengerusi PKR Terengganu.
Sementara itu, Mohd Hazmi berkata tindakan pemimpin dan ahli PKR itu menunjukkan parti tersebut kini menuju kehancuran.
300 ahli PKR Ampang Campuran keluar parti kerana telah tertipu
KUALA LUMPUR 23 Okt.2011 - Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.
Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan.
''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya.
300 ahli PKR Cabang Semporna keluar parti
SEMPORNA 26 APRIL 2013:- Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Semporna bertindak keluar parti selepas hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang didakwa gagal memperjuangkan konsep keadilan.
Timbalan Ketua Cabang PKR Semporna, Mohd. Jakarah Asmad mengisytiharkan mereka keluar PKR dan menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
"Kami bertindak keluar kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang tidak mendukung konsep keadilan yang kononnya menjadi asas perjuangan mereka sejak ia ditubuhkan.
"Saya tidak nampak bagaimana ia boleh berlaku adil kerana dalam soal pemilihan calon pilihan raya pun mereka tidak berlaku adil kepada ahlinya sendiri dengan mengenepikannya dan meletakkan calon luar yang tidak pernah buat apa-apa.
"Kami juga keluar kerana manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjurus ke arah kebaikan dan memberi banyak manfaat kepada rakyat. Tiada sebab untuk kami menolaknya," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman keluar parti di sini hari ini.
Beliau turut mengumumkan beberapa ranting PKR dalam cabang Semporna turut dibubarkan.
"Ranting yang dibubarkan ialah ranting saya sendiri iaitu Kubang Pinang, Pukas Atas, Bait, Umadal, Terusan dan ada lagi beberapa ranting yang memaklumkan pada saya bahawa mereka akan bubar," katanya.
Sementara itu, Mohd. Shafie yang dicalonkan oleh Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Semporna menyambut baik tindakan keluar PKR itu.
"Rupanya PKR bukan mengamalkan keadilan. Mereka kurang konsisten dan tidak menepati janji sehingga ramai ahlinya keluar.
"Semakin ramai ahli PKR keluar daripada parti itu termasuk mereka yang mengasaskannya dan menyertai BN, bukan saja di Semporna tetapi di seluruh negara," katanya.
300 ahli PKR ugut keluar parti jika Rafizi menang
KEMAMAN 31 Mei 2014 - Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman menerima tamparan apabila kira-kira 300 ahlinya mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli.
Bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan timbalan pada saat-saat akhir.
Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi iaitu Mohd. Ramlee Hamzah.
Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas selesai proses Pemilihan Cabang PKR Kemaman di sini hari ini.
Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP.
Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus," tegasnya. - UTUSAN ONLINE
Terbaru 300 ahli dan penyokong PKR keluar parti kerana merajuk tidak dibekalkan 2 biji khemah.
2 Mei 2015:- Kerana jauh hati permohonan bantuan dua biji khemah tidak diendahkan sejak sekian lama, seorang ahli bersama seorang penyokong PKR dari Taman Siakap, Seberang Jaya bertindak menyerahkan borang untuk menyertai Malaysian Indian United Party (MIUP), sebuah parti mesra Barisan Nasional (BN), malam ini.
S. Muneswaran, seorang pemandu lori berusia 33 tahun yang mendakwa sudah menjadi ahli PKR selama berbelas tahun, dan R Sivakumar, seorang penyelia kilang berusia 48 tahun menyerahkan borang keahlian bersama 300 helai borang yang didakwa merupakan penyokong dan ahli PKR dari Taman Siakap yang beralih arah kepada MIUP.
Borang mereka diterima Presiden MIUP Senator Datuk Seri S Nallakarupan, pada satu majlis ringkas di Taman Siakap malam ini dengan disaksikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.
Menurut Sivakumar, mereka sudah lama meminta bantuan 2 biji khemah itu dari Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.
"Kini, Datuk Seri Nallakaruppan menerusi Krishna Murthi (ketua pemuda MIUP Taman Siakap) setuju menyumbangan 2 biji khemah ini yang akan digunakan untuk kenduri kahwin atau kematian," kata Sivakumar.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan berapa ramai ahli PKR dari Taman Siakap berjaya dipujuk menyertai MIUP.
"Berapa banyak ahli (PKR) saya tak berapa tahu," katanya sewaktu ditanya tentang perkara itu.
Muneswaran pula sewaktu diminta membuktikan keahlian PKR beliau berkata beliau sudah membuang kad keahliannya.
"Kad semua saya sudah buang sebab saya marah," katanya.
Beliau juga bertekad untuk menyumbang sepenuh tenaga kepada kempen BN.
"Apa-apa bantuan kempen yang diperlukan saya akan bantu," katanya.
Sementara itu Nallakarupn yakin MIUP mampu menyumbang sekurang-kurangnya 300 undi dari 544 pengundi berdaftar di situ.
Hari membuang undi pilihan raya kecil Permatang Pauh jatuh pada 7 Mei 2015.
SEMPORNA 26 APRIL 2013:- Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Semporna bertindak keluar parti selepas hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang didakwa gagal memperjuangkan konsep keadilan.
Timbalan Ketua Cabang PKR Semporna, Mohd. Jakarah Asmad mengisytiharkan mereka keluar PKR dan menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
"Kami bertindak keluar kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang tidak mendukung konsep keadilan yang kononnya menjadi asas perjuangan mereka sejak ia ditubuhkan.
"Saya tidak nampak bagaimana ia boleh berlaku adil kerana dalam soal pemilihan calon pilihan raya pun mereka tidak berlaku adil kepada ahlinya sendiri dengan mengenepikannya dan meletakkan calon luar yang tidak pernah buat apa-apa.
"Kami juga keluar kerana manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjurus ke arah kebaikan dan memberi banyak manfaat kepada rakyat. Tiada sebab untuk kami menolaknya," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman keluar parti di sini hari ini.
Beliau turut mengumumkan beberapa ranting PKR dalam cabang Semporna turut dibubarkan.
"Ranting yang dibubarkan ialah ranting saya sendiri iaitu Kubang Pinang, Pukas Atas, Bait, Umadal, Terusan dan ada lagi beberapa ranting yang memaklumkan pada saya bahawa mereka akan bubar," katanya.
Sementara itu, Mohd. Shafie yang dicalonkan oleh Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Semporna menyambut baik tindakan keluar PKR itu.
"Rupanya PKR bukan mengamalkan keadilan. Mereka kurang konsisten dan tidak menepati janji sehingga ramai ahlinya keluar.
"Semakin ramai ahli PKR keluar daripada parti itu termasuk mereka yang mengasaskannya dan menyertai BN, bukan saja di Semporna tetapi di seluruh negara," katanya.
300 ahli PKR ugut keluar parti jika Rafizi menang
KEMAMAN 31 Mei 2014 - Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman menerima tamparan apabila kira-kira 300 ahlinya mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli.
Bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan timbalan pada saat-saat akhir.
Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi iaitu Mohd. Ramlee Hamzah.
Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas selesai proses Pemilihan Cabang PKR Kemaman di sini hari ini.
Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP.
Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus," tegasnya. - UTUSAN ONLINE
Terbaru 300 ahli dan penyokong PKR keluar parti kerana merajuk tidak dibekalkan 2 biji khemah.
2 Mei 2015:- Kerana jauh hati permohonan bantuan dua biji khemah tidak diendahkan sejak sekian lama, seorang ahli bersama seorang penyokong PKR dari Taman Siakap, Seberang Jaya bertindak menyerahkan borang untuk menyertai Malaysian Indian United Party (MIUP), sebuah parti mesra Barisan Nasional (BN), malam ini.
S. Muneswaran, seorang pemandu lori berusia 33 tahun yang mendakwa sudah menjadi ahli PKR selama berbelas tahun, dan R Sivakumar, seorang penyelia kilang berusia 48 tahun menyerahkan borang keahlian bersama 300 helai borang yang didakwa merupakan penyokong dan ahli PKR dari Taman Siakap yang beralih arah kepada MIUP.
Borang mereka diterima Presiden MIUP Senator Datuk Seri S Nallakarupan, pada satu majlis ringkas di Taman Siakap malam ini dengan disaksikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.
Menurut Sivakumar, mereka sudah lama meminta bantuan 2 biji khemah itu dari Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.
"Kini, Datuk Seri Nallakaruppan menerusi Krishna Murthi (ketua pemuda MIUP Taman Siakap) setuju menyumbangan 2 biji khemah ini yang akan digunakan untuk kenduri kahwin atau kematian," kata Sivakumar.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan berapa ramai ahli PKR dari Taman Siakap berjaya dipujuk menyertai MIUP.
"Berapa banyak ahli (PKR) saya tak berapa tahu," katanya sewaktu ditanya tentang perkara itu.
Muneswaran pula sewaktu diminta membuktikan keahlian PKR beliau berkata beliau sudah membuang kad keahliannya.
"Kad semua saya sudah buang sebab saya marah," katanya.
Beliau juga bertekad untuk menyumbang sepenuh tenaga kepada kempen BN.
"Apa-apa bantuan kempen yang diperlukan saya akan bantu," katanya.
Sementara itu Nallakarupn yakin MIUP mampu menyumbang sekurang-kurangnya 300 undi dari 544 pengundi berdaftar di situ.
Hari membuang undi pilihan raya kecil Permatang Pauh jatuh pada 7 Mei 2015.
INGATKAN APABILA SHABERY CHEEK AMBIL ALIH TANGGUNG JAWAB ISU KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR AKAN MEMBAWA KEREDAAN KEPADA RAKYAT TETAPI HAMPEH!!!!!
SHAH ALAM 3 April 2015: Empat syarikat telekomunikasi (telco) utama negara sedia memberikan bonus kepada semua pengguna perkhidmatan prabayar sepanjang bulan ini, sebelum ia memperkenalkan harga baru kepada perkhidmatan tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, bonus terbabit melibatkan nilai antara RM1.20 dan RM1.30 yang akan ditambah ke dalam akaun pengguna.
Ahmad berkata empat syarikat telco berkenaan Maxis, Celcom, Digi dan U-Mobile bersetuju berbuat demikian selepas sesi perbincangan dengannya pada Jumaat.
Jelasnya lagi, tempoh sebulan tersebut dipersetujui untuk memberi masa kepada syarikat berkenaan mengubahsuai semula sistem mereka.
Selepas tempoh itu, pengguna akan dikenakan caj RM9.43 dicampur dengan RM0.57 GST untuk perkhidmatan prabayar bernilai RM10.00
"Semalam, syarikat telco telah memutuskan, setelah berbincang dengan kastam, untuk mengekalkan harga RM10.60 (contoh bagi kad prabayar RM10) tetapi mendapat bonus 'air time' bernilai hingga RM1.30.
"Namun setelah menerima bantahan daripada rakyat, saya mengadakan satu lagi mesyuarat bersama telco untuk mengubah keputusan tersebut kepada pengekalan harga RM10 ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Proton Holdings Bhd, di sini hari ini.
Beliau juga mengulangi bahawa kupon tambah nilai prabayar itu sememangnya dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar enam peratus sebelum ini.
Justeru katanya harga tidak sepatutnya berubah apabila GST dilaksanakan.
Tambah nilai prabayar yang dijual melalui kad atau kupon sebelum ini adalah antara barangan yang dikenakan GST apabila ia berkuatkuasa 1 April lalu.
Bagaimanapun ia tidak disambut baik pengguna yang kebanyakan mereka daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
ROMPIN 1 Mei 2015 – Kerajaan bakal kehilangan hasil sebanyak RM800 juta setahun jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) kad prabayar dihapuskan.
Ahmad Shabery Cheek
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kehilangan besar hasil berkenaan disebabkan kebanyakan yang menggunakan perkhidmatan tersebut ialah pekerja asing.
“Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.
“Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka,” katanya ketika ditemui selepas berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Felda Keratong Lima di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, dalam isu berkenaan, kerajaan bercadang mengenakan caj tambahan atau mengurangkan nilai panggilan pada kad prabayar.
Walau bagaimanapun kata beliau, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas tinjauan pengguna siap dilakukan pihaknya.
“Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43,” katanya.
Sementara itu, mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, jabatan berkenaan mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan.
“Saya harus akui bahawa berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari,” ujarnya.
ULASAN OMAK KAU:-
Pendekkan cerita memang tiada niat langsung kerajaan nak hapuskan GST keatas tambah nilai prabayar sebab tahu ianya cukup menguntungkan iaitu RM 800 juta setahun.
Jika kerajaan bijak dan tajam bacaan politiknya maka Omak Ku saran dan nasihatkan agar GST keatas tambah nilai kad prabayar ini dihapuskan kerana mahoriti anak-anak muda melebehi 80% dinegara ini menggunakan kad tambah nilai prabayar.
PRU ke-14 adalah PRU anak-anak muda .. jika sentuh dan usik kocek mereka yang kini pun sudah agak terhimpit mereka maka tunggu sahaja balasan akan menimpa dimana kemarahan akan diterjemahkan dalam bentuk undi nanti.
Jika tidak masakan Pemuda UMNO sendiri pun berang dan bengang .. isu kad tambah nilai prabayar ini amat dekat sekali dihati anak-anak muda terutamanya para pelajar IPTA/S.
Saturday, 2 May 2015
CERAMAH MCA PRK PERMATANG PAUH MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA HEBATNYA????
Lokasi : Food Court Jalan Tenggiri Seberang Jaya.
Tarikh 1hb Mei 2015.
Kalau macam inilah sambutan yang diberikan oleh warga Permatang Pauh kepada ceramah MCA ... rasanya PRU 14 nanti MCA boleh tutup kedai... kehadiran penduduk tempatan boleh dikira dengan jari .. kalau tidak kerana beberapa petugas MCA rasanya ceramah MCA memang sahih bercakap depan makhluk halus dan bunian.
Jelas sudah hayat MCA sudah sampai kepengujungnya ... UMNO sudah tidak boleh mengharapkan bantuan MCA untuk meraih sokongan masyarakat Cina kepada BN .. MCA sudah menjadi beban dan liabiliti kepada BN.
CEK RM2.5 JUTA ADALAH FITNAH JAHAT KATA KETUA PEMUDA PAS PULAU PINANG.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Md Piah, hari ini menolak sebagai "pembohongan yang berniat jahat" tuduhan telah menerima bayaran RM2.5 juta sebagai balasan untuk pergerakan Pemuda PAS Pulau Pinang memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail @ Kak Wan di PRK Parlimen Permatang Pauh.
Beliau berkata bahawa jentera pilihan raya telah pun diaktifkan setelah mendapat arahan daripada kepimpinan tertinggi PAS.
Mohd Yusni berkata terdapat kesilapan nyatapada cek, dimana imejnya telah diedarkan di Internet secara meluas.
Namanya telah salah tulis pada cek yang dikatakan sebagai Mohd Yusni Mohd Piah, dan tarikhnya pula pada 29 Mei, selepas pilihan raya, sedangkan pengundian yang berlaku pada hari Khamis ini 7 Mei .
"Ia hanya tidak masuk akal langsung. Ianya adalah satu pembohongan yang berniat jahat, "kata Mohd Yusni hari ini.
Cek itu kononnya dikeluarkan oleh syarikat bekalan air negeri, PBA Holdings Bhd, dan telah muncul di Internet selepas Yusni membuat pusingan U mengenai sokongan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kepada Kak Wan baru-baru ini.
Sebelum itu pergerakan pemuda PAS Pulau Pinang telah memutuskan untuk memboikot kempen pilihan raya Pakatan, tetapi kemudian mengisytiharkan sokongan penuh kepada Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketua Eksekutif Perbadanan Air, Jaseni Maidinsa dan pengurus kewangan yang asal Joyce Lee telah pun membuat laporan polis, menafikan mengeluarkan apa-apa cek atau membuat apa-apa bayaran kepada Yusni. Cek dikatakan terdapat tanda tangan mereka dan juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Jaseni berkata Lee tidak lagi penandatangan sejak 1 Mac lalu kerana beliau telah dilantik ke- bahagian perkhidmatan korporat syarikat.
Yusni berkata beliau belum lagi membuat keputusan sama ada untuk membuat laporan polis, memikirkan bahawa laporan polis oleh Jaseni adalah lebih daripada mencukupi untuk membantu siasatan polis terhadap pertuduhan jahat dan palsu ini.
"Jika saya tahu yang orang itu atau dalang-dalang di belakang cek, ia akan menjadi lebih mudah untuk membuat laporan," kata Yusni.
Sokongan Pemuda PAS Pulau Pinang akan menjadi rangsangan utama kepada peluang Kak Wan mencapai kemenagnagn lebih cemerlang dan gemilang
Wan Azizah menghadapi cabaran daripada calon BN Suhaimi Sabudin Umno, Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia, dan calon Bebas Salleh Isahak.
Pengundian berlaku pada hari Khamis, manakala pengundian awal akan diadakan esok, Hari Wesak.
ANGGOTA RELA KALAU BERHAJAT NAK UNIFORM BARU KENA PASTIKAN CALON BN PRK ROMPIN MENANG .... SAMPAI TERUK BEGITU SEKALI ?????
Dulu semasa PRK Teluk Intan digunakan kaedah dan cara yang sama .. kini nak cuba pula di PRK Rompin ... apa punya budaya politik yang mau dibawa oleh Zahid Hamidi ketika rakyat semakin bijak berpolitik.
Adakah anggota RELA dikawasan dan negeri lain yang tidak ada PRK maka mereka masih menggunakan uniform lama dan usang???? Apakah nanti jika anggota RELA mengidamkan uniform baru maka terpaksa kawasan parlimen mereka diadakan PRK?????
Tidak hairan jika rakyat kini sentiasa mendoakan dikawasan mereka ada PRK kalau beginilah cara budaya politik yang mau diserapkan dalam pemikiran rakyat .. LOW CLASS PUNYA POLITIK.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjanjikan sepasang uniform baharu kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Rompin, Pahang sekiranya calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin memenangi kerusi Parlimen Rompin.
Zahid ketika berucap dalam program Bakti Rela, di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Rompin di sini berkata, peruntukan sejumlah RM200,000 juga akan disalurkan kepada Rela Rompin untuk membolehkan uniform baharu jabatan berkenaan diberikan kepada setiap anggota mereka.
"Ini bukan janji pilihan raya, ini ikhlas...maknanya, menangkan BN, dalam masa 60 hari, uniform itu akan diserahkan pada anak buah saya ini.
"Ini bukan janji, ini betul-betul, bukan cubaan," katanya, meniru gaya filem terkinal lakonan seniman agung tanah air, Tan Sri P Ramlee, dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.
Zahid berkata, beliau sudah pun menulis surat kepada semua ahli Parlimen untuk memberikan peruntukan berjumlah RM50,000 kepada pertubuhan Rela di kawasan mereka.
"Kalau Hasan menang, beliau akan keluar dana itu untuk uniform Rela Rompin.
"Saya yakin bukan setakat RM50,000 yang beliau akan berikan, saya akan buat susulan. Saya minta sekali ganda diberikan kepada anak buah saya di Rompin, saya minta Rela Rompin diberikan RM100,000," katanya, di hadapan hampir 4,000 anggota Rela dalam program tersebut.
"Saya berjanji, depan tuan-tuan, kalau Hasan beri RM100,000 saya tambah lagi RM100,000," katanya.
PRK Rompin diadakah susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada 4 April lalu, dalam insiden nahas helikopter terhempas di Semenyih selepas pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, di Pekan, Pahang.
Hasan akan berhadapan calon PAS, Nazri Ahmad mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam PRK Rompin.
"Bukan kita nak minta duit Hasan, salurkan sahaja peruntukan, cepat sedikit dapat uniform," kata Zahid.
"Ada syarat, bagi menang Hasan dulu," katanya.
PESERTA DEMO ANTI SALIB TAMAN MEDAN MESTI DIHERET KEMAHKAMAH DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948 TEGAS PRESIDEN MAJLIS WAKIL RAKYAT MALAYSIA (MUBARAK).
Pihak berkuasa perlu bertindak adil dengan menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap mereka yang merosakkan rumah ibadat, tidak kira pihak siapa yang bersalah, kata bekas Ahli Parlimen UMNO Temerloh merangkap Presiden Mubarak ( Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia ) Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Beliau telah merujuk kepada 50 penunjuk perasaan yang menuntut sebuah gereja di Taman Medan menurunkan salib dari gereja mereka.
"Sudah tentu, sudah tentu! Anda memijak institusi agama ... anda perlu berlaku adil, "kata beliau dalam hal kepada pihak berkuasa menggunakan sepenuhnya undang-undang terhadap mereka yang membantah di hadapan gereja di Taman Medan kira-kiradua minggu lalu.
"Malah, sekarang kita perlu mengambil tindakan serius terhadap mereka yang menyerang orang lain (bukan Islam) yang minoriti kerana ianya tertakluk kepada undang-undang," katanya.
Beliau berkata undang-undang itu perlu dilaksanakan secara adil dan bahawa tindakan segera perlu diambil terhadap 50, salah seorang daripada mereka adalah abang kandung kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.
Beliau juga berkata beliau menyokong pengekalan Akta Hasutan hanya kerana ia membantu mencegah individu-individu tertentu daripada melakukan tindakan melampau dan memprovokasi isu-isu sensitif secara keterlaluan tanpa batasan.
Beliau menyebut permintaan untuk membuang salib dari muka bangunan gereja dan juga orang-orang yang mengadu tentang azan (panggilan Islam untuk sembahyang) sebagai contoh isu-isu sensitif yang menuntut penggunaan Akta Hasutan.
Penunjuk perasaan di Taman Medan mahu salib dibuang kerana mereka berkata ianya adalah satu cabaran kepada Islam dalam kawasan majoriti Islam dikhuatiri akan mempengaruhi muda Islam.
Seorang paderi gereja akhirnya menurunkan salib kerana takut akan memburukkan lagi keadaan jika dia menolak.
ROMBONGAN BERTANDANG KELUARGA NAJIB/ROSMAH KE KAZAKHSTAN TIDAK MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT TEGAS PEGAWAI KHAS PM.
Rombongan bertandang keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Alamaty, Kazakhstan tidak menggunakan duit rakyat sebaliknya sebahagian daripada mereka ke sana ditanggung oleh pihak pengantin lelaki.
Seorang pegawai yang turut terbang ke Kazakhstan menegaskan bahawa rombongan tersebut hadir ke sana atas jemputan.
“Orang tanya siapa yang bawa, kami pergi atas jemputan keluarga lelaki. Saya pun rapat dengan keluarga lelaki sebab itu dijemput. Sebahagian tetamu diterbangkan ke Kazakhstan oleh keluarga lelaki (Daniyar Kessibayev).
“Untuk level macam saya yang bukan korporat ni tentu disediakan dari keluarga sana yang jemput, sebahagian lagi yang atas kos mereka sendiri, tidak timbul satu sen pun duit kerajaan di sini,” kata Rizal Mansor.
Malah, Rizal turut menafikan seramai 300 orang yang terbang ke sana, sebaliknya hanya 250 orang. Mereka berada di sana pada 17 hingga 19 April lalu.
Rizal turut menegaskan perjumpaan tidak rasmi antara Najib dan pemimpin Kazakhstan dibuat bukan atas alasan untuk menanggung kos rombongan itu, sebaliknya dengan berkata:
“Itu (perjumpaan Najib dengan pemimpin Khazakhtan) bukanlah sebab untuk kita kata pergi ramai-ramai.
“(Orang) guna alasan buat perjumpaan (untuk) menghalalkan pemergian (kami ke) Kazakhstan dengan guna dana kerajaan, yang itu bukan, bukan, bukan,” kata Rizal.
Malah, katanya, pemimpin Kazakhstan turut mengetahui kehadiran Najib di sana untuk meraikan majlis bertandang.
Menurutnya lagi, tidak timbul soal kaya atau tidak kerana tidak melibatkan wang rakyat.
“Saya nak jelaskan, timbul soal kaya atau tak kaya, keluarga perempuan pergi ke majlis bertandang. Terpulang dia (keluarga pengantin lelaki) nak buat besar-besaran atau tidak, itu hak keluarga lelaki.
“Kita semua adalah tetamu, pergi (untuk) meraikan,” katanya.
HIMPUNAN BANTAH GST ... AMBIGA DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KENA TANGKAP
Polis telah menangkap bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkaitan dengan perhimpunan anti-GST.
Dalam satu catatan Twitter, peguam Latheefa Koya berkata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan juga turut ditahan.
Ketiga-tiga mereka akan ditahan semalaman dan perintah reman akan dipohon hari ini.
Terdahulu, Ambiga memberitahu bahawa beliau dimaklumkan akan ditahan polis susulan perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semalam.
Katanya seorang pegawai polis memberitahu peguamnya bahawa beliau akan ditahan semalaman.
“Saya terkejut. Ini perhimpunan aman,” katanya.
Kira-kira 20,000 orang hadir dalam perhimpunan siang tadi di ibu negara.
Ambiga dan peguam hadir di ibu pejabat polis pada jam 9.40 malam.
Sementara itu, Arutchevelan, yang tiba pada jam 10.50 malam, berkata polis pada mulanya memberitahunya semuanya berjalan dengan baik.
"Selepas protes itu, saya hubungi ketua ketenteraman awam Dang Wangi dan beliau berkata semuanya berjalan dengan baik. Oleh itu, saya hairan mereka buat tangkapan," katanya.
Beliau berkata I Mei dirayakan di seluruh dunia dan oleh itu adalah tidak wajar untuk bertindak terhadap perhimpunan tersebut.
Menurut Arutchevelan, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa lokasi protes tidak boleh dijadi syarat untuk perhimpunan aman
Loke pula berkata beliau separuh perjalanan ke Seremban apabila beliau diminta datang ke Dang Wangi.
"Mereka kata, mereka boleh atur pengangkutan polis dari Seremban jika saya tak datang," katanya.
Pada jam 1.30 pagi, sebuah van polis yang membawa Loke dan Arutchelvan meninggalkan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, yang mewakili Loke berkata kedua-dua mereka dibawa ke lokap polis di Jinjang.
"Polis menyoal siasat Ambiga malam tadi, jadi dua yang lain dibawa ke Jinjang.
"Polis akan memohon reman hari ini pada pukul 9 pagi," katanya.
Gobind berkata ketiga-tiga disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga telah dipanggil untuk disoal siasat pagi ini.
Dalam reaksi segeranya, Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) bagi rantau Asia, Phil Robertson berkata HRW bersolidariti bersama Ambiga.
"Bercakap dan menghadiri sesuatu perhimpunan bukan satu jenayah, lepaskan beliau tanpa sebarang syarat," tulis Robertson dalam catatan tweetnya.
Friday, 1 May 2015
KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR .. NAJIB ARAHKAN SHABERY CHEEK AMBIL ALIH.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah diarahkan supaya mengambil alih tanggung jawab berhubung isu penetapan harga kad isian semula telefon prabayar.
Arahan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dimuat turun melalui statusnya di laman sosial Facebook pada Jumaat.
Perdana Menteri berkata, mulai sekarang hanya Shabery boleh membuat pengumuman kepada rakyat berhubung isu harga kad isian semula itu.
“Shabery Cheek please take charge of the top up issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja,” tulis Najib.
Shabery Cheek terus membalas "Yes Sir, saya akan jumpa dgn semua pihak utk dapatkan yg terbaik bagi rakyat dan negara".
Harga kad isian semula menjadi kontroversi apabila Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Khazali Ahmad pada Rabu, mengumumkan harga kad itu tidak akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Mei.
Sehubungan itu, semua syarikat telekomunikasi diarah akur dan menjual pada harga sebelum 1 April.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak bersetuju dengan kenyataan Kastam itu.
Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei, seperti yang diminta.
Halim berkata, agak rumit untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang berjumlah kira-kira 30,000.
Halim berkata, ia juga melibatkan kos yang besar bagi pihak pembekal perkhidmatan dan ejen-ejen pihak ketiga selain stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.
Susulan bantahan SKMM, Kastam membuat pusingan U dengan menangguhkan arahan supaya kad isian semula tidak dikenakan GST.
Ini bermakna, bagi kad isian semula bernilai RM10 akan dijual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus GST.
Tindakan pusingan U yang dibuat Kastam itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar, yang menasihatkan Khazali berhenti membuat kenyataan yang memalukan.
JIKA UMNO MAU MENANG PRU KE-14 ... NAJIB PERLU DIKEKALKAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO DAN PM KATA DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH
UMNO perlu kekal bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana peluang untuk menang dalam pilihan raya umum akan lebih tinggi, kata seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Bekas timbalan menteri pengajian tinggi Dato' Saifuddin Abdullah berkata situasi akan lebih buruk jika UMNO memilih pemimpin baru.
“Kami boleh ada presiden UMNO dan perdana menteri baru, tetapi jika kami terus bergerak ke (haluan) kanan, saya fikir prestasi kita lebih buruk dalam pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti Melayu itu menukar pemimpinnya jika mahu kekal berkuasa.
Beliau turut mempersoal sama ada Mahathir lebih baik daripada Najib ketika menjadi perdana menteri.
“Semua orang bebas mengkritik, tetapi kira harus lihat lebih daripada Mahathir kritik Najib, tetapi lihat juga dasar-dasar Mahathir ketika menjadi perdana menteri.
“Adakah (Mahathir) lebih baik dalam beberapa aspek kehidupan kita berbanding Najib?” katanya sambil menegaskan menyokong Najib yang berjuang dengan dasar “kesederhanaan, progresif dan transformasi”,” katanya.
KENDURI KAHWIN ANAK NAJIB DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI TANPA MELIBATKAN WANG RAKYAT AKUI PEGAWAI PERDANA MENTERI.
Setelah pelbagai dakwaan dan spekulasi, seorang pegawai kepada perdana menteri menegaskan bahawa majlis kenduri kahwin keluarga itu langsung tidak menggunakan wang rakyat.
Majlis anak Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk orang kenamaan di KLCC, ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengantin lelaki.
“KLCC itu adalah majlis yang diminta oleh pihak lelaki, untuk tetamu meraikan sahabat-sahabat dia (keluarga Daniyar Kessibayev dari Kazakhstan).
“Walaupun dihos oleh keluarga perdana menteri tetapi diminta oleh keluarga lelaki. Tidak hanya minta tetapi ditanggung oleh keluarga pihak keluarga lelaki,”kata Rizal Mansor,
Justeru, katanya, perkahwinan itu tidak seharusnya menjadi isu dan bersifat peribadi untuk dikongsi dengan semua pihak seperti di tempat lain.
Selain acara di KLCC, acara lain majlis perkahwinan Nooryana Najwa turut diadakan di Seri Perdana, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) dan kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang.
Tiada gambar dilapor dibenarkan diambil untuk program untuk orang kenamaan di KLCC.
“Kenapa tertutup (di KLCC)? Sebab (takut) orang kata bermewah-mewah, bermegah-megah.
“Kalau (hendak) bermegah-megah, kita buat live (langsung) di TV, kita panggil media untuk buat liputan. Kerana kita tak mahu tunjuk dekat oranglah kita buat tertutup,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan untuk majlis itu walaupun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkannya sebagai “perkahwinan abad ini”.
“Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-bungaan (ketika majlis perkahwinan anaknya),” kata Mahathir kelmarin.
Rizal juga berkata perunding perkahwinan yang menguruskan majlis itu juga ‘bijak’ mengatur perbelanjaan sehingga sesuatu yang murah berjaya nampak seperti mahal.
Beliau juga berkata mereka juga cuba berjimat dengan menyewa dan tidak membeli barang yang diperlukan.
“Iya (disewa), betul dan (ia) terserah pada kreativiti perunding perkahwinan,” katanya tanpa mendedahkah jumlah kos majlis itu.
Rizal, pegawai Najib sejak mula beliau menjadi perdana menteri, berharap orang ramai dapat berlaku adil terhadap keluarga perdana menteri.
“Saya ambil tanggungjawab ini sebab saya kasihan. Saya tahu keadaan sebenar.
“Tidak seperti mana yang orang cakap, jadi saya rasa baik bagi kenyataan daripada pihak saya. Saya baca komen yang tidak adil untuk PM dan keluarga,” katanya.
“Tidak elok menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar.”
INILAH KENYATAAN KETUA PENGARAH KASTAM YANG BUAT RAKYAT BERANG TERMASUK PEMUDA UMNO PUN KUTUK
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mengutuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kerana membuat pusingan-u berhubung harga kad isian semula telefon prabayar.
Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad itu amat memalukan.
Dia berkata, adalah lebih baik jika Khazali diam dan tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh mendatangkan malu.
“KP Kastam… Semalam cakap lain, Hari ini cakap lain.. Lepas ni jangan lagi cakap apa apa… Berhenti terus… Bikin Malu…” tulisnya di Facebook.
Dalam kenyataan media pada Rabu, Khazali berkata pengumuman bahawa harga kad isian semula tidak dikenakan GST yang diumumkan pada Rabu, telah ditangguhkan.
Sehubungan itu, harga kad isian semula prabayar sama seperti harga jualan selepas 1 April.
Ini bermakna, kad isian semula berharga RM10 djual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Khazali menyatakan arahan penangguhan itu selepas mengambil kira pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat komunikasi.
PRK PERMATANG PAUH CERAMAH LIM GUAN ENG TIADA SAMBUTAN, DINGIN DAN HAMBAR?????
Omak Kau rasa jika apa yang digambarkan ini benar maka jelas Lim Guan Eng tidak sesuai untuk diberikan tugas dan tanggung jawab memberikan ceramah didepan audien masyarakat Melayu/Islam.
WARGA MISKIN PERMATANG PAUH SAMPAI TERKEJUT MELIHAT KEHADIRAN ROMBONGAN PEMUDA UMNO YANG DIKEPALAI NAIB KETUA PEMUDANYA MENZIARAHI MEREKA SAMBIL BAWA SEDIKIT MAKANAN.
Boleh lihat gambar-gambar diatas .. fikir dan nilai sendiri dengan jiwa terbuka dan kepala dingin.
Nampak sangat kehadiran rombongan pemuda UMNO yang dikepalai sendiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr Khairul Azwan Harun tidak disenangi dan disambut gembira oleh warga susah penduduk Permatang Pauh.
Dengan membawa sebakul barang-barang makanan seperti gula, tepung, milo, susu tepung, roti gardenia, bihun dll .. cuba nak tunjuk perihatin dan ambil berat tentang masalah mereka.
Itu pun disebabkan ada PRK kalau tidak taubat lahom tidak akan datang menjenguk ... nampak sangat tidak ikhlas dan jujur dalam menghulur sedikit bantuan.
Jangan kita ingat dengan sedikit makanan kita mampu umpan dan tawan semua warga miskin dinegara ini .. mereka pun ada maruah dan harga diri walaupun hidup dalam kesusahan. Mungkin miskin harta benda tetapi kaya dengan prinsip dan pegangan hidup.
Nampak sangat kehadiran rombongan pemuda UMNO yang dikepalai sendiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr Khairul Azwan Harun tidak disenangi dan disambut gembira oleh warga susah penduduk Permatang Pauh.
Dengan membawa sebakul barang-barang makanan seperti gula, tepung, milo, susu tepung, roti gardenia, bihun dll .. cuba nak tunjuk perihatin dan ambil berat tentang masalah mereka.
Itu pun disebabkan ada PRK kalau tidak taubat lahom tidak akan datang menjenguk ... nampak sangat tidak ikhlas dan jujur dalam menghulur sedikit bantuan.
Jangan kita ingat dengan sedikit makanan kita mampu umpan dan tawan semua warga miskin dinegara ini .. mereka pun ada maruah dan harga diri walaupun hidup dalam kesusahan. Mungkin miskin harta benda tetapi kaya dengan prinsip dan pegangan hidup.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...









































