Thursday, 7 May 2015

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI .... WANG TABUNG HAJI DIGUNAKAN UNTUK BAIL OUT 1MDB??????




Dana Tabung Haji yang menguruskan berbilion-bilion ringgit pendeposit bakal Jemaah Haji diberitakan telah di salah gunakan untuk menyelamat hutang 1MDB .. perkara ini didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir menerusi laman blognya.

Pendedahan dibuat dengan memuat naik beberapa dokumen perjanjian 2 lot tanah TRX berjumlah RM772 juta antara Lembaga Tabung Haji dengan 1MDB.

Cara perjanjian dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dalam tempuh kurang 2 minggu dengan pengetahuan dan kelulusan Menteri yang bertanggung jawab, menimbulkan persoalan seolah-olah wang penyimpan warga miskin di Tabung Haji telah disalah gunakan untuk menyelamatkan 1MDB yang terbelenggu dengan hutang piutang kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Menurut dokumen-dokumen yang di muat naik dilaman blog http://thebenchmark0.blogspot.co.uk , Tabung Haji dipercayai telah membayar RM2,860 satu kaki persegi (RM194million) untuk plot tanah yang pertama. Pemberi maklumat dalaman di Tabung Haji mengesahkan ia adalah satu perjanjian pantas yang mendapat kelulusan Menteri dalam masa kurang daripada dua minggu dan wang itu telah dibayar kepada 1MDB sepenuhnya, seperti yang dituntut. (Lihat dokumen-dokumen diatas untuk maklumat lanjut dan rujukan)

Untuk plot tanah kedua di sekitar TRX yang sama, Tabung Haji telah bersetuju untuk membayar RM3,900  satu kaki persegi (RM578million) secara tunai.

Dalam kedua-dua tawaran laporan dari pakar- pakar penganalisis risiko mengesahkan bahawa jual beli kedua-dua tanah berkenaan berisiko tinggi memandangkan Kuala Lumpur kini sedang dilanda hartanah dan ruang pejabat yang berlebihan, namun pihak Tabung Haji seakan-akan dipaksa untuk melakukan jual beri yang berisiko tinggi ini. ( Dokumen-dokumen untuk menyokong andaian ini turut dimuat naikkan)

Sebelum ini  bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, telah mendedahkan 1MDB dianugerahkan sebidang tanah yang luas TRX milik Kerajaan di Jalan Tun Razak pada kadar amat murah sekali sebanyak RM60 sekaki persegi.

1MDB juga dipercayai telah membayar kadar yang lebih tinggi sedikit daripada kira-kira RM90 satu kaki persegi untuk tanah lapangan terbang Sungai Besi TUDM.

Persoalan yang dibangkitkan ialah mengapa Tabung Haji kini membayar purata antara 48-65 kali lebih untuk sekeping yang sama tanah Kerajaan dengan wang pendeposit miskin?

Pada dasarnya 1MDB mendapat 1 plot tanah untuk RM4 juta daripada Kerajaan dan kini Tabung Haji terpaksa membayar RM194million untuk sebidang tanah yang sama.

Untuk sebidang tanah yang ke-2 pula, 1MDB mendapatnya dengan harga RM8.9 juta sebaliknya Tabung Haji  membelinya pada harga RM578 juta.

Adakah transaksi jual beli ini halal atau haram?

Difahamkan penyelewengan dan penyalahan guna kuasa  berskala besar ini dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan Dato' Seri Najib Razak.

Pendedahan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir ini adalah amat serius sekali, kerana melibat wang milik warga miskin dikumpul secara beransur-ansur untuk mereka mengerjakan ibadah haji telah disalah gunakan.

Perlunya pihak terlibat tampil untuk memberikan penjelasan dan respon demi pencerahan dan kebenaran pembongkaran yang didedahkan ini.

PEGAWAI KHAS NAJIB TEMPELAK BEKAS BOS NSTP SEBAGAI BLOGGER NIKAH KAHWIN.


Menerusi laman blog The Scribe, bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk Kadir Jasin telah  membidas Pegawai Khas Najib Razak,Rizal Mansor yang melabel dirinya sebagai tidak tahu adat budaya masyarakat Melayu dalam urusan perbelanjaan perkahwinan.

Sebagai orang lama yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan, mungkin ‘terasa’dan tersinggung dengan jawapan balas pegawai terbabit menerusi laman sosial, A Kadir, 68 tahun; menyindir Rizal, 41 tahun; dalam tulisan terbaharu pada semalam 6 Mei yang bertajuk "Pejabat PM Kata Saya Tak Tahu Adat".

Isu asalnya hanyalah berkisar melibatkan majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nordayana Najwa dengan pengantin lelaki, Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan baru-baru ini.

A Kadir jelas cuba mencipta banyak spekulasi apabila mempersoalkan beberapa perkara sehingga ada antaranya terlalu bersifat peribadi dengan mengambil kira kedudukkan dirinya dalam masyarakat terutamanya kalangan pengamal media sosial dan penggiat blog adalah dianggap kurang sesuai untuk diperdebatkan menerusi alam siber dalam laman blog miliknya itu.

Kesal dengan dakwaan artikel berkenaan yang dianggap terlalu berbaur peribadi, Rizal menegur A Kadir sebagai keterlaluan serta menggelarkan penulis blog tersebut hanya layak disebut sebagai ‘Blogger Nikah Kahwin‘.

Dalam e-mel kepada Omak Kau, beliau turut menjawab beberapa pertanyaan A Kadir antaranya berhubung isu berapakah kos hantaran yang pada dirinya disifatkan adalah urusan peribadi keluarga Perdana Menteri.

Justeru, meskipun dia bertugas secara langsung dengan pemimpin negara tersebut, hakikatnya ujar Rizal lagi, dia sendiri tidak tahu dan mengambil pendirian tidak mahu tahu kerana itu adalah nyata urusan peribadi.

“Saya sendiri tidak tahu dan tidak mahu tahu. Itu urusan peribadi. Ada perkara yang boleh diceritakan dan ada perkara yang tidak perlu dikongsikan,” katanya dalam kenyataan berkenaan bagi menjawab tuduhan A Kadir.

Dia kemudian memberi contoh umum, kita memang perlu tahu bahawa seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita agar tidak timbul fitnah terhadap pasangan tersebut sebagai bersekedudukan.

“Begitu juga kita tidak mahu tahu sekiranya seseorang itu kahwin lebih. Itu urusan peribadi mereka,” tambah Rizal yang menempelak A Kadir sekali gus menyarankan penulis tersebut agar lebih berhati-hati apabila menulis agar tidak sampai bertindak terlalu peribadi.

Amat diharapkan isu ini dapat diselesaikan secara harmoni dan gelaran Blogger Nikah Kahwin terhadap A Kadir itu mungkin sekadar gurauan Rizal secara nada sindiran penghormatan.

Wednesday, 6 May 2015

PASCA TRAGEDI DUKE ... KERETA MYVI MILIK WANITA MENGANDUNG 8 BULAN KENA KETUK TANPA SEBAB.



"Saya seorg wanita hamil 8 bulan.saya menggunakan kereta myvi untuk pergi kerja setiap hari. Tapi semenjak kejadian kemalangan di atas DUKE melibatkan 6 buah Myvi yang berlumba haram hari itu, saya rasa tidak selamat memandu kereta myvi saya lagi. Semalam ada 1 kereta 4x4 himpit kereta saya di tol Serdang semasa saya balik dari kerja. Dan sebentar tadi pula kereta saya kemek bonet depan mcm di ketuk dgn benda keras..emosi saya sangat terganggu.. saya mohon rakyat malaysia jangan la bertindak sesuka hati. Saya sendri marah pada pelumba2 haram tu..tapi knp saya yang dipersalah kan..itu kereta saya nak mencari rezeki.. sampaikan saya fikir apa salah saya pada org ramai. Saya tidak dapat lagi menahan emosi. So please rakyat malaysia jangan aniaya org yang tidak bersalah. Saya harap Allah balas pada org yg aniaya saya ni.."

Begitulah luahan hati merayu ehsan dan belas kasihan dari seorang pengguna dan pemilik kereta jenama MyVi

Janganlah disebabkan orang lain orang yang tidak berdosa menjadi mangsa kemarahan tanpa batasan.

Rasionallah sikit .. jangan diikutkan bisikan emosi.

APAKAH KERANA PINTAR METEMATIK MAKA PELAJAR PESALAH DISABIT JENAYAH PEDOFILIA WAJAR DIBERIKAN PELUANG KEDUA OLEH MARA?????


Pada Omak Kau ianya merupakan suatu kerja oleh individu otang senteng lagi mereng tentang percubaan membela pelajar tajaan MARA Nur Fitri Azmeer Nordin yang kini menjalani hukuman penjara 9 bulan bersabit kesalahan pedofilia kerana memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London.

Susulan dari itu pihak MARA membuat respon denya membuat kenyaatn dan jaminan memberikan betapa pelajar berkenaan akan diberi peluang meneruskan pengajian di mana-mana institusi MARA dalam negara sejurus selesai menjalani hukuman dan kembali ke tanah air.


Adakah bertindak rasional kepada pesalah pedofilia yang berhasrat mau diberikan peluang kedua hanya kerana pelajar tersebut adalah pelajar pintar Matematik. Jika ditanya pandangan peribadi Omak Kau,  Omak Kau berpendapat Nur Fitri patut dihukum seberat-beratnya, kerana apa yang dilakukan itu adalah satu jenayah yang berat sama ada dari pelakuan maupun mencalar imej negara.


Ini bukan soal pelajar itu 'genius' pintar bistari atau sebagainya. Ini soal jenayah dan salah laku. Orang seperti Nur Fitri harus diteruskan hukumannya agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.


Soal penganiayaan terhadap kanak-kanak ini tidak boleh kompromi, jika itu perbuatan jenayah, maka MARA atau mana-mana agensi kerajaan tidak patut beri peluang kedua atas alasan apa sekalipun.


Mengambil satu contoh mudah dan didepan mata Jika di negara kita sekiranya mana-mana pelajar institut pengajian tinggi menyertai demonstrasi jalanan akan pasti berdepan dibuang universiti dan sebagainya, mengapa tidak diberi  peluang kedua untuk mereka? Tiada siapa yang menawarkan peluang kepada mereka.


Apakah kesalahan hadir diri luahkan rasa marah dan bantah itu suatu kesalahan yang tidak ada perkataan maaf dalam kamus universiti sedangkan ada dikalangan mereka yang turut serta berdemo dan berhimpun tidak kurang juga genius bergeliga otak mereka .. Jika tidak masakan ada itu dipilih sebagai pemimpin gerakan mahasiswa .. sudah tentu mereka dianggap terbaik kalangan yang terbaik

Peserta demo jalanan melakukan kesalahan jauh lebih berat tanpa ada maaf dari penjenayah yang disabitkan kesalahan?  Adakah itu justifikasi dan alasan yang mau diguna pakai oleh pihak MARA?

Omak Kau tidak berniat mau menghukum tanpa ehsan pelajar genius tajaan MARA pesalah pedofilia ini tanpa memberikan ruang dan peluang kedua,  tetapi perlu berlaku adil dengan mengambil kira sentimen dan tahap kesalahan dan langgar tata disiplin yang dilakukan.

Menyimpan koleksi besar video lucah kanak-kanak ini adalah suatu perangai yang amat tidak sihat buat negara dan masyarakat umum.


Nur Fitri perlu dibawa pulang ke Malaysia untuk menjalani hukumannya di sini agar rakyat Malaysia sentiasa sedar bahawa kes seperti ini adalah kes yang berat.


MARA seolah-olah memperlihatkan mereka membela seorang yang terlibat dengan kes pedofilia ini.


Jika mau berikan peluang kedua biarlah sekadar tidak memberi tajaan oleh MARA tetapi sekadar memberi dia peluang untuk meneruskan pengajian dimana-mana pusat pengajian tinggi tanpa ada layanan istimewa dihamparkan

Sila berlaku adil dan bijak agar jangan sampai MARA terpalit sebagai pembela penjenayah pedofilia yang disabitkan oleh mahkamah pelajar yang melakukan kesalahan ringan dihukum dengan seberat hukuman.

Dalam masa yang sama jangan pula pandang hina dan meluat melampau kepada pelajar genius ini . Jika artis yang disabitkan kesalahan dadah boleh diberi peluang bukan sahaja kedua malahan ketiga dan keempat.

MASANYA SUDAH MASAK RANUM UNTUK NAJIB TUKAR AHMAD MASLAN



Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berjaya menarik perhatian sekali lagi atas kenyataannya dalam isu harga kad tambah nilai telefon prabayar.

Kenyataannya minggu lalu bercanggah dengan pendirian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek hinggakan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak terpaksa masuk campur dan meminta isu itu hanya diputuskan oleh Ahmad Shabery sahaja.

Najib membuat arahan itu minggu lalu secara terbuka di Twitter.

Dari satu segi, ia boleh dilihat sebagai teguran terbuka yang mencalar imej dan integriti Ahmad Maslan.

Dari situ, sosek-sosek dan perbualan kalangan akar umbi timbul dengan mempersoalkan jika perdana menteri sudah tidak lagi percaya dan yakin kepada timbalan menterinya yang mungkin paling gigih, kental dan rajin  mempromosi agenda cukai barangan dan perkhidmatan (GST)?

Keadaan ini tidak membantu Ahmad Maslan kerana beliau sememangnya menjadi sasaran kemarahan pengguna – semenjak sebelum penguatkuasaan GST lagi.

Akibat asakan dan desakan ramai itu, Ahmad Maslan terpaksa mempertahankan dirinya bahawa beliau tidaklah “sebodoh” yang disangka pihak tertentu.

Beliau turut mengumumkan keputusan yang dicapainya di universiti dimana beliau memperolehi sarjananya, bagi menguatkan lagi hujah berkenaan.

Malangnya, pencapaian CGPA 3.85 Ahmad Maslan itu tidak meyakinkan para pengguna, malah menjadi modal lawak jenaka yang lebih nakal dan menggila.

Apatah lagi, penguatkuasaan GST kini sudah masuk bulan yang kedua namun isu harga yang patut dikenakan ke atas jualan kad tambah nilai itu masih juga belum nampak sinar penyelesaiannya.

Selain teguran terbuka daripada perdana menteri, Ahmad Maslan juga terpaksa menanggung malu kerana penjelasannya mengenai GST mengundang cemuhan dari bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Itulah padahnya kerana Ahmad Maslan berkata, kebimbangan yang disuarakan Mahathir ke atas GST mungkin timbul kerana bekas PMselama 22 tahun itu tidak faham mengenai cukai tersebut.

Jawab Mahathir dalam nada sinis dan selamba, beliau sememangnya tidak faham dengan penjelasan Ahmad Maslan, dan timbalan menteri itu menurutnya “tidak tahu apa-apa mengenai hal kewangan”.

Ahmad Maslan amat kekurangan dalam skil komunikasi apabila berdepan dengan isu-isu besar .. bila terhimpit dan tersandar dengan asakan bertubi-tubi maka mudah melatah dan hilang kawalan emosi, sehinggakan kata-katanya menjadi bahan untuk menyerang kembali pemerintah.

Memang Ahmad Maslan ini orang yang bijak dengan kelulusan akademik yang agak mengkagumkan tetapi cara beliau memberikan penjelasan dan mengawal Biro Publisiti dan Penerangan UMNO/BN yang beliau sendiri pengerusikan dilihat gagal seperti diharapkan.

Biro ini amat penting dalam menyampaikan maklumat demi memberi keyakinan kepada rakyat agar segala polisi dan dasar yang dirangka pemerintah boleh difahami dengan baik dan seterusnya menerima dengan hati yang lega.

Ambil keputusan PRK Rompin sebagai kayu ukur ... kutip dan hadam keputusan tersebut .. lakukan bedah siasat terperinci dengan menerima kebenaran walaupun sepahit mana.

Gelagatnya menunjukkan beliau sedang menoreh pokok getah tua tidak menyumbang kepada peningkatan undi dan kepercayaan rakyat kepada calon UMNO/BN malahan memberi modal untuk dijadikan bahan serangan.

Cara beliau melakukan sesuatu aksi dilihat diikhlas dan kaku walaupun tujuannya baik dan molek.

UMNO/BN masih lemah dan ketinggalan dimedia sosial jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat .. para penggiat sekadar tenggelam timbul .. hanya wujud ketika ada PRK dan PRU .. tidak konsisten dalam menyumbang.

Peluang dan ruang sudah cukup banyak dan lebar diberikan, namun kemampaun jelas tidak memihak kepada Ahmad Maslan .. maka dengan itu masanya sudah cukup masak ranum untuk Dato' Seri Najib Razak lakukan perubahan drastik dengan mengggantikan jawatan-jawatan yang sedang disandang Ahmad Maslan dan serahkan kepada pemimpin atau pemimpin-pemimpin yang lebih layak.

ANALISA AWAL PRK ROMPIN .. PAS MENANG DALAM KALAH



Walaupun PAS kalah namun hakikatnya PAS berjaya menurunkan majoriti BN dengan drastik sekali sambil mengekalkan jumlah undi diperolehi pada PRU 13 lalu dalam keadaan jumlah turun mengundi turut menurun dan dengan kurangnya sokongan dan dokongan dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

PAS masuk gelanggang PRK Rompin kali ini dilihat sebagai bertarung secara solo dengan sedikit amat bantuan dan sokongan dari rakan Parti KeADILan dan tiada langsung dari DAP.

Analisa awal PAS terhadap pilihan raya kecil (PRK) Rompin, menunjukkan berlaku peningkatan undi terhadap parti itu bagi semua peti undi di Parlimen Rompin.

Ekoran itu, PAS itu telah berjaya tingkatkan sebanyak 10.2 peratus undi popular terhadap PAS.

PAS juga mencatatkan kemenangan bagi peti undi Felda Keratong 4 dan Keratong 2, yang sebelum ini milik BN. Malah berjaya tingkatkan jumlah undi di Felda Keratong 5 walaupun tewas di kawasan tersebut.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 8,895 undi apabila calonnya Datuk Hasan Arifin memperolehi 23,796 undi.

Manakala calon PAS Nazri Ahmad mendapatkan 14,901 undi.

Walaupun PAS tewas di peti undi Felda Keratong 5, yang merupakan kampung calon PAS dengan hanya 13 undi, parti itu bagaimanapun berjaya meningkatkan bilangan undi generasi muda.

Calon PAS dapat mengurangkan banyak majoriti di Keratong 5 dan saluran tiga dan empat (yang merupakan saluran untuk pengundi di bawah 39 tahun) menunjukkan peningkatan sokongan terhadap PAS.

Insya-Allah dengan pergolakan politik sekarang ini dengan PAS bekerja lebih keras lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-14 akan datang, tidak nampak sebarang sebab dan alasan PAS tidak boleh merampas kerusi Parlimen Rompin.

Paling ketara sekali ialah isu hudud yang digembar gemburkan serta perjalanan pemilihan PAS di Muktamarnya pada Jun ini memberi impak yang besar .. mengambarkan betapa corak dan gaya kepimpinan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang yang tegas dan tidak mudah dibuli rakan-rakan dalam PR terutamanya DAP diterima oleh masyarakat Melayu/Islam.

Rahmatnya ... sudah boleh menerima betapa PAS bukannya parti yang boleh diperbudak dan diperkotak katikkan sewenang-wenangnya .. PAS masih memerlukan kempinan ulama untuk menerajui parti tersebut.

PRK PERMATANG PAUH ... APA JUA KEPUTUSANNYA NANTI YANG UNTUNG PASTI JUA AZMIN ALI???????



Dalam apa juga keadaan, nampaknya Timbalan Presiden PKR, merangkap Dato' Menteri Besar Selangor YAB Hj Mohamed Azmin Hj Ali yang juga selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PKR Permatang Pauh berada di kedudukan paling selesa dan menguntungkan.

Bacaan terkini oleh hampir semua penganalisis dan pemerhati politik tanah air sepakat sekata dan seirama ialah, di Permatang Pauh menunjukkan akan berlaku penurunan jumlah majoriti yang ketara.

Susulan daripada itu, salah satu situasi yang terlihat ialah cerminan ‘kemenangan’ buat Azmin di dalam keadaan yang jelas tidak memihak kepada pengukuhan parti KeADILan tersebut.

Majoriti akan berkurangan dilihat amat ketara, cuma tidak pasti berapa banyak pengurangan itu.

Selain ia menjadi satu isyarat dan mesej amat jelas kepada KeADILan untuk menyelesaikan permasalahan mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, ini juga memperlihatkan sisi kemenangan buat Azmin Ali secara tidak langsung.

Sekiranya calon KeADILan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail @ Kak Wan gagal mengekalkan majoriti tinggi di Permatang Pauh, beliau akan dilihat gagal dalam memastikan kedudukan kubu kuat KeADILan itu berada dalam keadaan selamat dan utuh.

Ekoran daripada itu, beliau akan dilihat sebagai calon yang jelas tidak layak untuk terus mempertahankan kerusi yang pada asalnya milik, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dan keadaan itu akan menggoyahkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke-14.

KeADILan mau tidak mau suka atau pun tidak, mesti ubah keadaan sekarang ini, jadikan Permatang Pauh sebagai kubu kuat KeADILan bukan kubu kuat Anwar Ibrahim. Dari awal para penganalisis politik berpendapat sudah memperlihatkan KeADILan buat silap dengan pemilihan Kak Wan sebagai calon.

Omak Kau berpendapat Permatang Pauh, akan dianggap satu petanda sikap rakyat terhadap Pakatan Rakyat umumnya dan KeADILan khasnya. Jadi kalau sekiranya keputusan menunjukkan rakyat mula protes sama ada tidak balik mengundi atau undi calon lain, ini sepatutnya memaksa mereka untuk menyelesaikan masalah yang ada di dalam gabungan parti itu.

Situasi dan keadaan terkini memperlihatkan kelebihan buat Azmin, dan sekiranya Kak Wan gagal menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, ini akan memberi kesan besar buat KeADILan.

Pertamanya, Kak Wan sebagai Presiden KeADILan gagal mempertahankan kerusi tradisi Anwar dan ini akan menzahirkan lagi kredibiliti Kak Wan yang semakin diragui rakyat dari aspek sokongan dan dokongan sebagai sahih dan benar.

Sementara bagi cerita di Dewan Rakyat pula, Azmin pernah diwar-warkan oleh segelintir pemerhati politik sebagai  calon yang paling layak untuk memegang kedudukan sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.

Jika sebelum ini percaturannya adalah bagi meletakkan Kak Wan  sebagai Ketua Pembangkang, namun jika beliau gagal mempertahankan Permatang Pauh sudah pasti jawatan itu akan menjadi perebutan antara Azmin dan Rafizi Ramli, namun kelebihan masih berpihak kepada Azmin Ali memandangkan senioritinya dalam hiraki KeADILan walaupun dari segi track record sebagai Ahli Parlimen memihak kepada Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden dan Setiausaha Agung KeADILan,YB Rafizi Ramli yang memperlihatkan kemampuan beliau berdebat dengan fakta dan hujah-hujah yang relevan.

Secara konvensyen dan amalan jika mendapat restu dan persetujuan secara konsensus komponen-komponen parti dalam gagasan Pakatan Rakyat, sudah pasti jawatan itu akan ditawarkan kepada Azmin Ali.

Konklusinya .. menang bergaya sebagai Pengarah PRK Permatang Pauh KeADILan, sudah pasti dilihat sebagai memberi sumbangan yang besar ... gagal mempertahankan majoriti yang besar, anggota parti peringkat akar umbi diyakini akan mulai mendesak agar berlaku perubahan pucuk pimpinan tertinggi KeADILan dengan menyerahkan jawatan Presidennya kepada Azmin Ali dan akhir sekali jika gagal pertahan kerusi Permatang Pauh bukan sahaja mendapat jawatan Presiden KeADILan malahan kerusi Ketua Pembangkang pun dalam gengaman.

Dalam apa jua situasi dan keputusan ... Azmin Ali masih berada dalam kedudukan menang menang.

Tuesday, 5 May 2015

DUTA BESAR MALAYSIA KE INDONESIA PERSOAL KEKAYAAN ANAK BERANAK MAHATHIR YANG MERAGUKAN.


Alih bahasa lebih kurang apa yang ditulis diakhbar diatas ialah :  .. "Saya secaa peribadi tahu kereta-kereta  yang dipandu mereka bernilai jutaan ringgit . Mereka tidak datang dari keluarga kaya .. Bapa mereka hanya berpendapatan RM20,000 sebulan sebagai Perdana Menteri dan datuk mereka hanyalah seorang guru. Saya perlukan penjelasan dari Dr Mahathir mengapa dia tergamak mempersoal kekayaan Najib sedangkan anak-anaknya sendiri hidup mewah" ... Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim

Walapun secara peribadi Omak Kau tidak setuju cara Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berpolitik namun tidak semestinya jika apa-apa kenyataan dan soalan jika ada kebenaran walaupun sedikit, sebagai penggiat blog, yang telah dididik dan asuh supaya sentiasa sedaya upaya tegakkan kebenaran walaupun pahit, tanpa mengira siapa yang berkata, maka wajar jua Tun Mahathir memberikan jawapan yang dilontarkan ini.

Sebab sebelum ini semasa Tun Dr Mahathir masih menjawat sebagai Perdana Menteri, hampir setiap ceramah Pembangkang ketika itu Angkatan Perpaduan Ummah, disusuli dengan Barisan Alternatif, boleh kata setiap pemimpin yang berucap, akan mempersoalkan kekayaan luar biasa yang dipertikaikan milik anak beranak Tun Mahathir.

Malahan teriakkan Reformasi'98 dengan slogan Nepotisme, Kronisme dan Korupsi (NKK) tercetus semasa era pemerintahan beliau.

Dato' Seri Anwar Ibrahim terpelanting keluar dari UMNO dan terus menyinggah sebagai penghuni penjara Sungai Buluh selama lebih 6 tahun dikatakan berpunca dari keengganan Anwar Ibrahim turut kemahuan dan arahan Tun Mahathir menggunakan wang rakyat bagi menyelamatkan syarikat perkapalan anaknya, Mirzan Mahathir yang ketika itu diambang muflis.

Tidak dinafikan anak-anaknya terlibat dalam perniagaan, tetapi jika mereka bukan anak seorang Perdana Menteri ketika itu adakah mampu mengumpul kekayaan seperti apa yang dimiliki kini?

Dari mana mereka memperolehi modal untuk membuka syarikat-syarikat gergasi dsbnya.

Tun Dr Mahathir perlu jawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia demi membersihkan namanya dimata dan hati rakyat.

Harap sangat-sangat Tun Mahathir memberikan respon secepat mungkin sebab bak kata Tun Mahathir rakyat berhak tahu.

MAHKAMAH RAYUAN ARAH NSTP BAYAR RM420,000 KEPADA HUSAM MUSA KERANA BERSALAH MEMFITNAH BELIAU.



Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan New Straits Times (NST) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan akhbar itu membayar RM350,000 kepada Datuk Husam Musa kerana bersalah memfitnah beliau.

Selain ganti rugi itu, mahkamah juga mengarahkan akhbar itu membayar RM70,000 kos keseluruhan proses mahkamah kepada naib presiden PAS itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dianggotai Datuk Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Datuk David Wong Dak Wah membuat keputusan itu di depan dua peguam NST dan peguam Husam.

NST diwakili Reshwant Singh dan Gandhi Mohan manakala Husam diwakili Md Yunos Shariff.

Dalam laporannya bertajuk "Suspended BN duo turn to ACA" pada 28 November 2007 lalu, NST didapati memfitnah Husam.

Ia berasaskan laporan dua ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga) kepada Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Yunos berkata, ini mahkamah terakhir untuk kes tersebut kecuali NST mendapatkan pengesahan dari mahkamah untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan
.

BERITA MENAMBAH SESAK NAFAS RAKYAT .... BETUL KE TOL BAKAL NAIK LAGI??????



Belum pun rakyat rasa reda sesak nafas, disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu, satu lagi kejutan merobek saku rakyat bakal berlaku apabila dikhabarkan kadar tol pula akan dinaikkan.

Sumber-sumber memberitahu, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini.


Adalah difahamkan, kadar itu melibatkan kenaikkan sekitar 50 hingga 100 peratus.


Bagaimanapun, kadar kenaikkan itu bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan untuk memberi subsidi kepada syarikat konsesi.


Tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM458 juta peruntukkan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan kadar tol.

Bagaimanapun, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar pada 2015 mengikut Perjanjian Konsesi.


Kadar kenaikan tol yang dibenarkan adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2.


Berdasarkan perjanjian konsesi 2015, 20 syarikat konsesi yang dibenarkan menaikkan kadar tol ialah adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk), dan Storm Water Management and Road Tunnel (Smart), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).


Turut dibenarkan Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas). Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).


Kenaikkan itu turut melibatkan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga), dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Apakah sumber ini sahih atau pun sekadar khabar angin sepoi-sepoi bahasa untuk menyemarakkan berita sensasi, hanya pihak berwajib perlu berikan respon demi pencerahan dan kebenaran.

Jika ditanya rakyat tidak kira dari kelompok anutan politik mana dan kedudukan serta status sosial mana sekali pun sudah pasti akan membantah keras.

Harap-harap ini hanyalah khabar angin dari radio karat yang sedang berkumandang.

APAKAH JANJI DI PRK TELUK INTAN AKAN DITUNAIKAN DALAM TEMPUH 9 BULAN JIKA BN MENANG SUDAH DITUNAIKAN SEPENUHNYA????




Pada 26 Mei 2014 lalu calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong telah melancarkan manifestonya yang antara lain berjanji untuk membina sebuah universiti di bandar itu dan berusaha menjadikan ikon kawasan berkenaan, Menara Jam Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Presiden Gerakan tersebut juga berjanji untuk menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden, meningkatkan pelaburan, peluang pekerjaan untuk golongan muda serta mewujudkan lebih banyak zon WiFi dalam usaha mentransformasikan bandar tersebut.

Selain itu, beliau berikrar untuk menjadikan bandar Teluk Intan sebagai pusat makanan di Hilir Perak, membangunkan projek pembangunan bersepadu tepi sungai dan membina kompleks sukan bersepadu untuk golongan belia.

Mah Siew Keong juga berikrar, jika dipilih menjadi Ahli Parlimen di sini, beliau akan terus berjuang dan bekerja bersungguh-sungguh untuk membangunkan Teluk Intan selain memastikan potensi yang ada di kawasan ini direalisasikan sepenuhnya.

Jelas Siew Keong, beliau yakin mampu melaksanakan segala akujanji yang terkandung dalam mani­festonya itu antara 70 dan 80 peratus.

“Apa yang saya ikrarkan bukan direka-reka kerana semuanya saya rangka setelah membuat semakan dengan pihak-pihak terlibat me­ngenai bantuan yang boleh mereka salurkan untuk penduduk di kawasan sini.

“Ada peluang untuk dapat, baru saya berani suarakan. Saya tidak berani buat janji sedangkan realitinya ia tidak akan dapat dilakukan seperti yang selalu dibuat pembangkang,” katanya.

Tambah Siew Keong, melalui pengalamannya sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Ahli Parlimen Teluk Intan dari tahun 1999 hingga 2008, beliau yakin mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk Teluk Intan.

“Saya memohon agar diberikan peluang untuk berkhidmat di kawasan ini sekali lagi. Saya berikrar akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan Teluk Intan lebih maju dan membangun pada masa depan,” katanya.

Realitinya????  Apa sudah jadi dengan aku janji kencangnya itu??? Jangan katakan 70-80 peratus mampu ditunaikan ... 5 peratus pun belum nampak lagi sehingga kini ... kini di PRK Permatang Pauh calon BN pun taburkan pelbagai janji muluk,manis berlemak kepada rakyat.

Sudah lebih setahun PRK Teluk Intan berlalu ... adakah aku janji sudah ditunaikan kesemuanya seperti dijanji Zahid Hamidi????

Kini datang lagi ke Permatang Pauh berkata dalam nada dan skrip yang sama ... Adakah ingat rakyat Permatang poauh akan termakan umpan untuk kali kedua?????

APAKAH TUN MAHATHIR PUN BOIKOT UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3?????


Selain Tun Mahathir dituduh tidak faham GST , Mufti Perlis dan Pensyarah Kanan UKM Prof Dato' Mohd Agus Yusoff pun dikatakan tidak faham GST ... persoalannya adakah mereka juga boikot Utusan?????

Untuk makluman dan pengetahuan Ustaz Kazim Elias .. masalahnya, yang baca Utusan dan Berita Harian sampaii ada yang bawa tidur, serta siang malam tengok RTM dan TV3 pun masih tidak faham dan keliru bercelaru dengan GST.

Yang Ketua Pengarah Kastam dan Pengerusi SKMM bertelagah sesama mereka mengenai kad tambah tambah nilai prabayar sama ada hapus dan kenakan GST .. adakah kedua mereka juga tidak baca Utusan, Berita Harian serta tidak menonton dan mendengar siaran RTM dan TV3????

Nak berikan alasan pun agak-agaklah .... jangan sampai nanti rakyat hentam dan terus merajuk pula nanti.

Penceramah Datuk Kazim Elias semalam menggesa pengundi Permatang Pauh menghentikan boikot terhadap sesetengah media arus perdana supaya mendapat maklumat yang lengkap tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, walaupun sesetengah barangan tidak dikenakan GST, ada pengguna membayar GST kerana tidak tahu tentang perkara tersebut selepas memulau berita dan akhbar yang mengandungi maklumat tersebut.

"Kadang-kadang benda itu memang kosong GST, dikecualikan GST. Tetapi dia (peniaga) tipu kita. Kenapa kita kena tipu? Sebab malas baca surat khabar sedangkan dalam surat khabar tiap-tiap hari dia cakap yang ini kena GST atau tidak," katanya ketika berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh, semalam.

"Tapi apabila orang kata jangan baca surat khabar, pembohong, maka kita pun boikot jangan dengar berita pembohong itu.

"Berita kita tak dengar surat khabar tak baca, akhirnya kita kena bohong,” katanya.

Kazim berkata negara lain yang dilawatinya banyak mengenakan cukai GST bagi barangan dan perkhidmatan, berbeza dengan Malaysia yang mengecualikan GST ke atas banyak barangan.

"Apabila saya ceramah di negara yang ada GST saya tanya dekat dia, apa GST kamu? (Mereka jawab) semua benda kena GST. Semua benda gula kena, ikan kena, ayam kena.

"Saya kata di Malaysia, benda-benda itu dikecualikan GST. Yang mana menjadi makanan utama, tak kena GST. Yang kena (GST) adalah benda yang jarang pakai. Benda yang tiap-tiap hari dipakai seperti barangan kegunaan harian yang dikawal yang ada harga siling, tak kena (GST).

"Dia kata dekat saya, itu dia hairan - Malaysia ini GST apa? Ada yang kena ada tak kena (sedangkan) kami ini semua kena," katanya.

Dalam program yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, Kazim mendakwa beliau bukan berkempen untuk BN sebaliknya menyampaikan ceramah agama.

Katanya, beliau juga akan menerima undangan ceramah Pakatan Rakyat dan menyampaikan mesej serupa.

"Kalau Pakatan panggil saya pun saya pergi, bahasa saya macam inilah juga - bersyukur dengan nikmat Allah, jangan berpecah belah, jangan gaduh-gaduh.

"Sebab apa? Kita bersyukur dengan nikmat Allah. Kalau kita nak beribadat, di sini tanah air kita, di sini kita berpuasa. Tetapi kalau kita hilang tanah air kita, hilang kita punya kekuatan, di mana kita hendak beribadat?

"Yang ini kita jangan lupa tuan-tuan. Beribadat itu memerlukan keamanan, memerlukan satu ekonomi yang bagus, satu kuasa yang bagus, satu kekuatan yang bagus," katanya.

Kemunculan Kazim di pentas ceramah BN sewaktu PRK bukan perkara asing lagi. Beliau pernah berceramah di pentas BN sewaktu PRK Sungai Limau, Kedah dan Teluk Intan, Perak.

Kazim pernah ditawarkan kerusi ahli Majlis Tertinggi Umno oleh perdana menteri pada 2013 namun menolaknya atas alasan mahu menumpukan perhatian kepada sekolah tahfiz yang diasaskannya di Perak.

Abangnya, Datuk Najmuddin Elias adalah bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kurau sementara adiknya, Ahmad Hasbullah Elias adalah Adun Kubu Gajah, sekarang.

Terkini, Kazim menarik perhatian ramai berhubung kontroversi kenyataannya yang mendakwa Nabi Muhammad makan roti jala.

Kenyataan itu terkandung dalam buku terbitan Karangkraf berjudul "Tuhan Sedang Menguji Kita" yang memetik ceramah Kazim, di mana Kazim berkata kenduri Nabi Muhammad yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah dengan kenyataan sama juga tersebar menerusi YouTube.

Orang ramai mendakwa Kazim menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramahnya.

Mempertahankan dirinya, Kazim berkata, dia membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis sebelum buku itu diterbitkan, namun tidak pasti sama ada ia sudah diperbetulkan.

Kazim juga pernah dihalang berceramah di Perlis atas tuduhan menggunakan riwayat hadis palsu dalam ceramahnya.

APAKAH PERLU MENGGUNAKAN BAHASA KESAT UNTUK MEMBANTAH PELAKSANAAN GST???????


Omak Kau faham akan derita rakyat atas pelaksanaan GST ketika ini sedangkan rakyat masih lagi sukar nak bernafas disebabkan kesempitan hidup kerana hentaman kos sara hidup yang semakin meningkat naik setiap hari.

Tetapi perlukan meluahkan perasaan secara terbuka begini dengan menggunakan kata kesat sebegini???

Dikhuatiri guna cara ini akan makan diri .. cara bantah boomerang, akhirnya setelah dilontar alat itu datang kembali merejam sipelontar.

Amat berharap gambar ini adalah edit semata-mata sebab dengan teknologi terkini dan kemampuan tersendiri oleh rakyat kita, edit mengedit ubai suai gambar adalah perkara senang dan enteng.


Seandainya edit, tidak perlu rasanya menggunakan bahasa sekesat ini dalam meluahkan rasa kemarahan.
Jika sahih menteri yang diamanahkan jaga pelaksanaan GST harus berbesar hati berlapang dada menerimnya sebagi maklum balas dan reaksi rakyat betapa GST kini amat menekan hidup mereka lebih-lebih lagi golongan muda dan warga miskin.

Lakukan sesuatu untuk mereda ledakkan marah rakyat .. pastikan jangan keluar kenyataan flip flop dan mempersendakan rakyat .. rakyat impikan pembelaaan bunganya laungan slogan sebagai halwa telinga.

Bertindak segera sebelum terlambat,  dikhuatiri kemarahan rakyat akan diterjemahkan dalam bentuk undi pada PRU ke-14 nanti.

Pemimpin yang bijak dan tajam bacaan politik sudah pasti anggap peringatan ini ikhlas dan benar.

PRK ROMPIN ... PIC OF THE DAY.



Tidak perlu banyak bicara sebab sekeping gambar mampu melakar lebih seribu bahasa ... TENKIU.

SUDAH WUJUD MINI DHAKA DI PASAR TAMAN SERI MUDA ... MANA PERGI ADUN SERI MUDA MERANGKAP SETIAUSAHA POLITIK AZMIN ALI??????????



SHAH ALAM –
Berkunjung ke dua buah pasar di Taman Seri Muda, Seksyen 25 boleh membuatkan pelanggan keliru memandangkan suasana dan persekitarannya tidak ubah seperti berada di Dhaka, ibu negara Bangladesh.

Tinjauan Sinar Harian di pasar basah dan pasar terbuka Taman Seri Muda sangat mengejut kerana hampir 99 peratus peniaga di situ adalah warga asing, terutamanya dari Bangladesh.

Bukan setakat peniaga, malah pengunjung juga terdiri daripada orang luar.

Kebanyakannya membuka perniagaan menjual ayam, sayur malah turut mengusahakan premis gerai makanan juga pakaian.

Ternyata suasana ini menyebabkan peniaga dan pelanggan tempatan berasa tidak selesa.


Lesen disewa kepada warga asing

Seorang peniaga tempatan yang mengusahakan perniagaan santan dan cili boh, Rosman Ibrahim, 47, berkata, kebanjiran peniaga warga asing ini berleluasa sejak enam tahun kebelakangan ini.

“Dah 18 tahun saya berniaga di pasar basah ini, keadaan sekarang tidak sama seperti dahulu.

“Kebanyakan pemilik gerai lebih gemar memajak atau menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing untuk diusahakan,” katanya.

Menurut Rosman, warga tempatan bertindak mengalibabakan lesen perniagaan kepada warga asing membuatkan suasana di pasar ini berubah wajah 100 peratus.

“Boleh dikatakan 99 peratus peniaga di sini warga asing manakala secara keseluruhannya cuma 20 peratus pemilik lesen berniaga, namun mereka masih menggaji warga asing sebagai pembantu.

“Pelanggan sering merungut, malah ada juga yang menyampah dengan situasi ini lantas memilih untuk berpindah keluar dari kawasan Seri Muda,” katanya.

Menurutnya, setiap kali Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan serbuan dan ‘spot check’, pemilik lesen iaitu warga tempatan pasti akan mendapat maklumat awal, jadi mereka bergegas datang ke pasar dan berlagak seperti peniaga biasa.

Manakala seorang penjual buah, Eddy Mohd Nor, 30, berkata, peniaga warga asing ini turut menggugat perniagaan orang tempatan kerana mereka menjual dengan harga rendah.

“Tindakan pemilik lesen ali baba ini merencatkan periuk nasi peniaga tempatan,” katanya.

Sementara itu, sorang penduduk, Ridzal Hashim, 36, turut merungut kerana dakwanya, dia pernah memohon lesen untuk menjalankan perniagaan di situ, namun ditolak MBSA sedangkan peniaga warga asing bebas berniaga.


MBSA akan tarik balik lesen

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad berkata, MBSA tegas akan menarik balik lesen perniagaan dan menyenaraihitamkan peniaga yang memberikan pihak ketiga untuk menguruskan lot tapak mereka.

“Lesen yang dikeluarkan tidak boleh diberikan atau diserahkan kepada pihak ketiga termasuk warga asing untuk menguruskan lot mereka.

“Perkara ini akan dipantau oleh Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MBSA, malah kami turut mengingatkan peniaga supaya tidak menyerahkan urusan perniagaan mereka kepada lain,” katanya.

Pendedahan oleh Sinar Harian ini jika benar adalah suatu perkara yang amat serius dan memerlukan tindakan pantas dan cuntas.

Jangan anggap isu ini remeh dan picisan tanpa perlu diberi perhatian dan keutamaan oleh pihak berwajib terutamanya ADUN Seri Muda merangkap Setiausaha Politik Azmin Ali, YB Hj Shuhaimi Shafiei yang telah menjadi wakil rakyat bukan penggal pertama tetapi masuk penggal kedua. Malahan penggal kedua pun sudah masuk pertengahan penggal.

Nak katakan tidak tahu rasanya mustahil dan tidak masuk akal ... nak katakan tidak berupaya kerana tidak mempunyai kuasa dah jadi Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor .. nak katakan tiada masa mustahil sebab gaya bos bekerja 80% berada dibawah turun padang.

Jadi tiada alasan langsung untuk tidak bertindak dan bersifat pekak badak.

Isu ini wajar dijadikan KPI kepada ADUN Seri Muda yang dipilih rakyat sebagai wakil rakyat mereka.

Sungguh mengecewakan sekali akan prestasi ADUN Seri Muda setakat ini .. a real let down.

PRK ROMPIN ... KOLEKSI GAMBAR SUASANA HARI PEMBUANGAN UNDI.


PENGENDALI FAMILIA MYVI CLUB (FMC) BUKAN AHLI PUTERI UMNO TEGAS KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA.



Pergerakan Puteri UMNO menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana.

Penafian itu dibuat Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Berikutan dakwaan itu, beliau meminta pihak berkuasa agar segera menyiasat dalang di belakang laman berkenaan yang dilihat telah memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka.

“Saya sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa.

“Malah, wajah dipaparkan yang mendakwa sebagai pengendali laman itu turut tidak dicam ahli Puteri UMNO Gombak sendiri. Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lalu agar segera tampil dan memberi kerjasama demi menyelesaikan isu ini.

“Beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi orang dalam juga seharusnya disiasat selain diambil tindakan sewajarnya,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia Online.

Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, tindakan mengheret nama Puteri UMNO dilihat sebagai usaha pihak tidak bertanggungjawab itu menyelamatkan diri.

Menurut Mas Ermieyati berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan kerana mahukan keadilan serta pembelaan terhadap keluarga mangsa.

Teringat suatu ketika dulu insiden seorang mahasiswi UUM dihina dengan kata-kata lebih 10 kali LISTEN LISTEN LISTEN  Sharifah Zohrah Jabeen dimana memang jelas dia ahli KIMMA tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh Presiden KIMMA dengan menyatakan dirinya sudah dipecat hanya disebabkan video klip dan kisah itu menjadi viral dan menerima kritkan dan kutukan keras dan pedas dari rakyat.

Begitu juga agaknya kisah ini ... sebab dah menjadi viral seluruh negara sehingga rakyat mengetahui kisah ini tiada yang tidak berang, geram dan marah akan pelumba-pelumba haram MyVi dari FMC sehingga beberapa menteri datang melawat keluarga mangsa .. fikir secara logik sudah pasti tidak mau mengaku ahli parti yang didokongi .. kalau ya pun menjadi ahli Puteri UMNO. akan diberitahu tiada ada kena mengena dengan parti, sebab bukannya suruhan dan arahan UMNO pun mereka terlibat dalam perlumbaan haram.

Jadi isu sama ada pengendali laman FMC ini ahli Puteri UMNO atau tidak, adalah isu picisan dan remeh temeh .. tidak perlu ada sifat terlalu takut dan cuak serta digemabr gemburkan  sehinggakan nampak tunggul kayu reput disangkakan hantu jembalang, hanya disebabkan mala petaka ini sudah menjadi viral dan buah mulut rakyat.

Puteri UMNO kena belajar bersifat dingin dan tenteram .. jangan mudah melatah dan melenting dengan isu remeh temeh, sebab penafian bukan ahli Puteri UMNO tidak akan mengikis persepsi betapa sememangnya pengendali laman FMC seorang ahli Puteri UMNO Bahagian Gombak .. perlu ingat ... politik sekarang ini ialah politik cara mana mengurus tadbir persepsi sebaik mungkin .. penafian ketika terbenam dalam pemikiran rakyat begitu kental tidak akan mengubah sekelip mata apa yang rakyat fikirkan .. sebab ianya sudah terpasak begitu padu dan kukuh sekali dalam suasana jiwa rakyat memberontak marah dengan tragedi DUKE.

GELAGAT DAN AKSI AZMIN ALI YANG MERUNTUN JIWA MENGURIS KALBU.

Tersebar ligat dilaman sosial mengisahkan Dato' Menteri Besar Selangor yang dikasihi lagi dihormati YAB Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali ketika turun padang membantu kempen calon PKR/PR Kak Wan di PRK Permatang Pauh menikmati juadah nasi berlaukan seekor ikan goreng dengan simbahan kuah kari bertemankan air sirap dalam gelas plastik dibawah pokok bersendirian, tanpa diiringi pengawal dan pegawai - pegawai peribadi.

Memang zuhud dan merendah diri sungguh YAB Azmin Ali ini .. belum pernah lagi ada mana-mana pemimpin dalam negara ini sejak merdeka melakukan aksi dan gelagat begini.

Untuk makluman .. ketika aksi dan gelagat ini dirakam, beliau tidak sedar pun .. membuktikan ianya suatu adegan, aksi dan gelagat yang jujur dan ikhlas bukannya lakunan dan sandiwara wayang tinggi.

Ikut hukum akal logik .. dengan kedudukkan dirinya dan kemampuan kewangan beliau, bila-bila masa dia mampu makan direstoran-restoran nasi kandar ternama di Pulau Pinang, tetapi beliau lebih rela memilih tempat sebegini demi merasai denyutan nadi dan degupan jantung rakyat marhaen ketika mereka menyuapkan nasi dan meneguk air untuk terus hidup ketika berdepan dengan kos sara hidup semakin meningkat tinggi. Makan dan minum apa yang rakyat marhaen makan dan minum.

Tidak sombong dan mendongak hidung apabila menjawat jawatan Menteri Besar negeri terkaya dalam negara ... tidak suka dan berasa rimas apabila dikelilingi pengawal-pengawal peribadi, pembantu, termasuk Setiausaha Politik ketika turun padang, sebab itu hanya sebagai penghalang untuk beliau berinteraksi terus dengan rakyat .. falsafah politiknya jangan ada benteng dan protokol berlebihan jika berurusan dan berdepan dengan rakyat bawahan.

Sebelum ini tidak dihebahkan dimedia sosial betapa dalam suatu program di Kuala Selangor Azmin Ali menjamu selera duduk bersila atas tikar walaupun disediakan kerusi meja.

Makan nasi bungkus sudah menjadi kelaziman dan kebiasaan baginya .. pernah jua makan nasi setalam di Sarawak ketika melakukan kerja-kerja parti disana.

Kalau sesiapa yang tidak jiwanya meruntun dan terguris akan gelagat dan aksi Azmin Ali ini, memang sah dia memiliki hati yang hitam legam dan jiwa yang kaudu pekat.

Ada orang bercerita kalau nak jumpa Azmin dipejabatnya di bangunan SUK tidak perlu buat temu janji .. boleh terjah begitu sahaja .. tetapi perlu ingat ... seperti janji-janjinya ... dia amat jarang ada dipejabat sebab lebih 80% masanya turun padang jenguk rakyat secara terus.

Hormat betullah Omak Kau dengan Azmin Ali ... rakyat Selangor amat bertuah dapat MB sezuhud dan paling merendah diri seperti Azmin Ali ini .. mampu membuat air mata berlinang tanpa disedari apabila menatap setiap gambar diatas .. tidak pernah lupa diri walaupun berkedudukkan tinggi dalam negeri.

Rakyat Selangor mau apa lagi.

HIDUP AZMIN ALI!!!!! .... WE LOVE AZMIN ALI!!!!

PRK PERMATANG PAUH ... BILA DI BERI JAMUAN PERCUMA BARULAH NAMPAK ADA RAKYAT HADIR CERAMAH MCA.




Sebelum ini setiap kali MCA mengadakan sesi ceramahnya dengan penduduk tempatan sempenan PRK Permatang Pauh, kehadiran boleh dikira dengan jari .. lengang sunyi sepi, hambar,suram, muram dan tidak mendapat sambutan.

Bilka disediakan makanan dan minuman percuma barulah ada sedikit nampak orang hadir .. Persoalannya .. adakah mereka hadir untuk dengar ceramah, terpengaruh dan terus memberikan undi kepada calon BN atau sekadar datang untuk menikmati jamuan percuma .. sejarah di Pulau Pinang telah tercipta pada PRU 13 lalu dimana ribuan warga Pulau Pinang datang disetiap ceramah anjuran MCA/Gerakan atas nama gagasan Barisan Nasional, tetapi bila masa tiba membuang undi sampai ada calon BN hilang wang deposit.

Akhirnya pengajaran telah diperolehi bahawa masyarakat bukan Melayu terutamanya kaum Tionghua .. jemput makan percuma mereka datang dengan penuh senyum lebar dan gembira sakan ... tetapi bila tiba masa mengundi dan raih sokongan di petak undi .. maaf cakap .. tetapi ini adalah kenyataan .... tetap tolak calon BN.


Bacaan politik kena bijak, tepat dan jujur ... jangan membaca politik sekadar menyedap dan menyejukkan jiwa tanpa menafikan kebenaran yang terhidang jelas didepan mata.

KENYATAAN MEDIA KETUA TRAFIK PASUKAN TRAGEDI DUKE EKORAN KENYATAAN TIMBALAN MENTERI PENGAKUTAN SEMALAM ... BANTUAN MIROS TIDAK DIPERLUKAN.



Semalam Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan berhubung nahas di Lebuhraya Duke, Sabtu lalu.

Abdul Aziz Kaprawi berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Siasatan terperinci akan dijalankan dan hukuman seperti menggantung lesen boleh diambil sekiranya terbukti ada kecuaian dalam pemanduan, katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa di Taman Batu Muda, Batu Caves di sini, Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya Duke dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Abdul Aziz turut memberi jaminan tiada unsur pilih kasih dalam siasatan yang akan dijalankan.

Pagi ini Ketua Trafik Pasukan PDRM SAC Dato' Mohd Fuad Abd Latif telah menemplak kenyataan Timbalan Menteri berkenaan dengan menyatakan secara tegas lagi ikhlas betapa bantuan MIROS tidak diperlukan kerana peranan MIROS hanyalah sebagai penyelidikan dalam aspek keselamatan jalan raya tidak lebih dari itu.

Ini baru dinamakan Pegawai Kanan Polis yang ada integriti dan keberanian menegakkan keadilan dan menegur pemimpin atasan demi kebenaran.

Prinsip benar tetap benar ... tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang .. yang bersalah tetap akan dihadapkan kemahkamah tanpa mengira status dan kedudukkan dalam masyarakat.

Nampak sangat Timbalan Menteri Pengangkutan ini cuba meraih batuan politik dengan mengambil kesempatan dari trgaedi ini.

Tahniah Omak Kau ucapkan kepada Ketua Trafik Pasukan YDH SAC Dato' Mohd Fuad Abd Latif.

GARA-GARA RAGUT WANITA SEORANG PERAGUT KENA BELASAH OLEH ORANG RAMAI SEHINGGA HAMPIR PUTUS TELINGA.



Tindakan meragut seorang wanita membawa padah kepada dua lelaki apabila bukan hanya ditangkap malah seorang daripadanya hampir putus telinga kiri selepas dibelasah orang awam dalam kejadian di Kampung Tanjung Chat di sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Baru, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata dalam insiden kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, seorang wanita berusia 50 tahun, berada berhampiran pintu pagar hadapan rumahnya.

Beliau berkata kedua-dua suspek dikatakan meninggalkan motosikal mereka di tepi jalan berdekatan sebelum seorang daripada mereka mendekati dan meragut beg mangsa.

"Anak lelaki dan seorang saudara mangsa cuba membantu selepas melihat kejadian itu tetapi seorang lagi suspek membawa sebatang kayu dan memukul mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Isnin.

Rohaimi berkata, dalam keadaan tegang itu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan motosikal namun hampir sejam kemudian berjaya ditangkap orang ramai 200 meter dari tempat kejadian.

Menurut Rohaimi, seorang daripada suspek yang cedera parah di telinga kiri dan pipi dipercayai kesan hirisan benda tajam, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan stabil manakala seorang lagi suspek cedera ringan dan ditahan untuk siasatan.

"Hasil siasatan menunjukkan kedua-dua suspek berusia 30-an yang berasal dari Wakaf Baharu, Tumpat itu mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung kes dadah dan mendatangkan kecederaan," katanya sambil menambah motosikal yang digunakan adalah kenderaan curi.

Beliau berkata setakat ini, polis masih cuba mengesan beg tangan yang dicuri yang dikatakan mengandungi wang tunai RM1,000, buku bank dan barangan berharga.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan kekerasan kepada mana-mana suspek kes jenayah tetapi menyerahkannya kepada pihak polis.

Monday, 4 May 2015

CAYALAH!!! ... KOLEKSI GAMBAR AZMIN TURUN PADANG GORENG CUCUR UDANG.



Pergh!!! ... Memang luar biasa kebolehan yang dimiliki pemimpin hebat bernama Azmin Ali ini ... bukan sahaja dilahirkan untuk memimpin ummah tetapi mampu melakukan pelbagai kerja yang tidak pernah terfikir seorang pemimpin setaraf beliau mampu dan sanggup lakukan.

Dari kerja berat guna kudrat tulang empat kerat seperti bersihkan longkang besar tersumbat secara solo hinggalah kerja masak memasak.

Kelmarin dia lakukan panggang udang kara (lobster), suatu makanan orang-orang kaya untuk jamu rakyat Permatang Pauh kini dia mengoreng cucur udang pula tanpa ada rasa kekok sebaliknya bersahaja membutikan kerja ini pernah dan biasa dilakukannya .. sepatutnya suri rumah yang tidak pandai memasak berasa malu dengan keupayaan serba boleh dimiliki Azmin Ali ini.

Membuktikan yang Azmin Ali adalah satu-satunya pemimpin yang patut bergelar "MASTER OF ALL TRADES JACK OF NONE". .. pemimpin-pemimpin lain jika ada pun hanya sekadar layak di gelar dan dilabel "JACK OF ALL TRADES MASTER OF NONE" ... Bukti betapa hebat dan agungnya Azmin Ali dimata dan hati rakyat.

Rakyat Selangor khususnya, bersyukurlah dapat Dato' Menteri Besar kualiti macam ini  .. apa lagi rakyat Selangor mau????? .. kepada para pengkritik Azmin Ali tidak kah kalian rasa berdosa dan tersentuh jiwa melihat gambar-gambar diatas????

Ini bukannya lakunan tetapi betul-betul.

HIDUP AZMIN ALI!!!! .... WE LOVE AZMIN ALI!!!!!

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...