Monday, 11 May 2015

NIAT MURNI LAGI IKHLAS PERTAHANKAN TRANSAKSI PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI AFDLIN SHAUKI KENA BELASAH KAW-KAW DARI PEMINATNYA.


Tujuan murni lagi ikhlas selebriti Afdlin Shauki mempertahankan pembelian tanah oleh Tabung Haji dari 1MDB mendapat kecaman hebat dari para peminatnya.


Perkongsian dari group jemaah haji saya dari seorang jemaah.

To all hajjah2.haha ceria pagi ni.

Dergar k lagunya.rahimah rahim tu.peminat kak ida masa kecil hingga kini.haha

JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI,BUKAN TABUNG HAJI BELI TETAPI ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH


Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.


Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.


Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan.

Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?


THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.


Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?


Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.


Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan.

Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?

Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.

Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.


Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.


Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.


Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?


Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.


Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli.


Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.


Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.


Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka. Mohon sebarkan
Ini pula yg tel atwah ni terima dari hal ehwal.

Sebab Afdlin Shauki mohon bantuan sebarkan pandangan beliau maka Omak Kau pun sahutlah seruan tersebut demi meraikan dan hormati perbezaan pendapat dan kepelbagaian.

HISHAMUDDIN DAN SHAHRIZAT AKUI UMNO KINI HADAPI KRISIS KEYAKINAN RAKYAT



Anggota UMNO perlu bangkit, bekerja keras, bersatu, mengenepikan segala kepentingan sempit serta peribadi dalam menghadapi ujian besar yang dihadapi kini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata anggota UMNO tidak boleh sekadar berpeluk tubuh, jika tidak parti itu hanya akan menjadi seperti parti lain.

"Perjalanan UMNO adalah panjang, berliku dan sarat dengan darah, keringat serta air mata. Namun parti keramat ini kekal teguh sebagai wadah perjuangan terbaik untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia.

"UMNO merupakan wadah perjuangan yang mendewasakan kita sebagai manusia, yang memuliakan kita sebagai bangsa dan lebih penting wadah yang memerdekakan kita sebagai sebuah negara," katanya dalam kenyataan sempena ulang tahun UMNO ke-69, hari ini.

Justeru, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan menyeru seluruh warga UMNO pelbagai peringkat umur menyahut cabaran memuliakan bangsa dengan penuh hikmah, kebijaksanaan, amanah dan keikhlasan.

"Semoga pengalaman lalu, perpaduan hari ini dan impian masa depan memimpin kita semua. Saya akan terus bersama dan mendokong perjuangan suci parti keramat orang Melayu ini," katanya.

Sementara itu, Pergerakan Wanita UMNO mengakui parti itu kini sedang melalui saat-saat yang amat mencabar terutama dalam usaha mengembalikan semula kredibiliti UMNO di hati rakyat.

"Langkah-langkah bagi memulihkan semula keyakinan rakyat kepada UMNO perlu dilakukan dengan segera agar masalah ini tidak melarat hingga akhirnya menjadi barah," kata ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau, bagaimanapun berkata Wanita UMNO berpendirian apa jua langkah yang perlu diambil mestilah seperti 'menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerak' demi kepentingan parti dan bumiputera keseluruhannya.

Katanya Wanita UMNO percaya melalui tindakan sedemikian diiringi semangat perpaduan, bukan sahaja kredibiliti parti dapat dipulihkan tetapi sokongan rakyat kepada UMNO juga akan bertambah. – Bernama

WAKIL RAKYAT DAN HARAPAN RAKYAT DEMI MASA DEPAN NEGARA



Wakil rakyat atau pemimpin negara adalah orang yang memimpin sesuatu komuniti, daerah, negeri atau negara atas dasar mereka dipilih oleh rakyat itu sendiri.

Atas nama mereka sebagai pemimpin dipilih rakyat, mereka seharusnya sedar dan dapat merasakan apakah bentuk keadaan dunia yang sedang dihadapi kini, serta persiapan dan tindakan yang harus dipersiapkan kepada rakyat yang dipimpin di negara ini.

Mereka sebagai wakil rakyat yang berperanan sebagai pemimpin seharusnya tahu arah dan matlamat yang ingin dituju bagi kebaikan bersama.

Rakyat masih boleh memaafkan sekiranya ramai antara wakil rakyat kita yang kurang membaca ataupun tidak pernah langsung berketemu dengan pandangan-pandangan baru melalui pembacaan atau pemerhatian tajam.

Masih dikira boleh dimaafkan. Tetapi rakyat merasa gusar kini apabila terdapat agak ramai wakil rakyat yang tidak dapat meletakkan diri sebagai wakil rakyat menepati erti kata sebenarnya. Pendek kata rakyat amat tidak senang dan tenteram apabila berhadapan dengan tindakan wakil rakyat yang memalukan.

Walaupun tidak ramai yang berkelakuan yang tidak senonoh, namun rakyat akan melabelkan bahawa tindakan wakil rakyat adalah memalukan. Hanya disebabkan seekor kerbau yang membawa lumpur maka habis semua terpalit.

Disebabkan dua tiga ‘ekor’ kerbau ini yang melakukan tindakan yang tidak wajar dan patut sebagai seorang wakil rakyat, maka rakyat sedikit sebanyak akan menuduh bahawa kebanyakan wakil rakyat adalah bersikap demikian.

Dengan kemunculan dan kewujudan media sosial yang begitu meluas, tentulah apa saja perkara yang membabitkan wakil rakyat akan diketahui dengan cepat oleh rakyat. Apatah lagi yang berkaitan dengan perkara-perkara buruk seseorang wakil rakyat itu makin laju kisahnya menjadi viral riuh rendah gegak gempita seluruh negara.

Sejak kebelakngan ini terdapat wakil rakyat sama ada ahli Parlimen atau ADUN yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang wakil rakyat. Seolah-olah tidak memikirkan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

Ramai antara wakil rakyat yang memiliki hobi mencarut dan memaki hamun dengan kata-kata kesat dan lucah sebagai budaya mereka di Parlimen dan di DUN.

Membayangkan bahawa keadaan sedemikian seolah-olah sudah merupakan budaya yang sentiasa diamalkan oleh mereka setiap hari sama ada di rumah atau pun apabila berada di majlis-majlis.

Sesetengah wakil rakyat pula ada yang tidur semasa Parlimen bersidang.

Rakyat biasanya mengharap sesuatu yang murni daripada seorang wakil rakyat, sama ada dari segi tingkah lakunya ataupun percakapannya ataupun cara mereka berhubung dengan rakyat.

Sekiranya seseorang wakil rakyat itu tidak menampakkan penonjolan yang sedemikian maka pastinya mereka tidak akan mendapat penghormatan daripada rakyat.

Rakyat kadang-kadang tertanya-tanya dan agak bingung dan keliru melihatkan tingkah laku wakil rakyat yang kononnya berkelulusan tinggi tetapi cara hujah dan penyampaiannya di Parlimen tidak menggambarkan langsung sebagai seseorang berkelulusan tinggi.

Dan begitu jugalah dengan keadaan wakil rakyat yang tidak dapat menempatkan diri mereka sebagai seorang wakil rakyat yang tugasnya adalah merangka undang-undang negara di parlimen.

Rakyat pastinya mempersoalkan kredibiliti mereka sebagai penggubal undang-undang, dan rakyat sendiri masih merasakan bahawa mereka belum begitu layak untuk diberikan pengiktirafan sedemikian.

Sepatutnya apabila menjelang kurun ke-21 dinamakan zaman alaf baru, zaman digital dan zaman makluumat tanpa batasan, tidak ada lagilah wakil rakyat kita yang bersikap seperti sesetengah wakil rakyat pada tahun-tahun selepas mendapat kemerdekaan dahulu. Rakyat boleh memaafkan wakil rakyat berkenaan atas dasar bahawa mereka sememangnya golongan yang tidak mendapat pendidikan yang agak sempurna berbanding dengan sekarang.

Ramai yang hanya berkelulusan darjah 5 atau darjah 6 sekolah Melayu sahaja dan tentu sekali rakyat dapat memaafkan. Kini sudah ramai wakil parlimen kita yang berkelulusan tinggi, tetapi tidak menampakkan kemampuan untuk menggalas dan memikul status lulusan tinggi mereka. Tentulah keadaan ini amat malang sekali.

Antara faktor yang menyumbang kebanyakan wakil rakyat bersikap tidak sepatutnya adalah :

Pertama kurang membaca dan mentalaah. Mereka telah tidak diketemukan dengan fakta dan maklumat yang terkini yang sedang berlegar di dunia kini. Mereka mungkin tidak melibatkan diri mereka dalam ‘the knowledge society’ kini. Lantas mereka agak ketinggalan dan tidak berapa tahu apa yang berlaku dalam dunia kini.

Keduanya mereka hanya bertemu dengan watak-watak ‘yes man’ yang sentiasa mengangguk apa saja yang diperkatakan oleh mereka, walaupun fakta yang diperkatakan amat tidak munasabah. Hujah seseorang wakil rakyat itu menjadi tidak berasas sama sekali. Lantas wakil rakyat sedemikian adalah sentiasa dalam keadaan ‘syok sendiri’. Sentiasa berada di kawasan ‘zon selesa’.

Ketiga apabila berjuang hanya untuk diri sendiri. Menjadi wakil rakyat atau pemimpin hanya untuk populariti dan keuntungan diri semata-mata. Lupa yang menjadi wakil rakyat tujuannya adalah untuk berbakti dan menyumbang pada masyarakat.

Keempat .. Apabila bersembang punyalah kencang sampaikan Gunung Kinabalu boleh tumbang. Kata-kata yang dikeluarkan sesetengah wakil rakyat hanya dilepaskan dan diluahkan tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.

Kelima ialah Agama dan moral diketepikan. Menjadi wakil rakyat atau pemimpin tetapi lupa nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan apabila menjadi seorang pemimpin.

Konklusinya, wakil rakyat dan pemimpin seharusnya peka dengan suara masyarakat semasa. Peranan mereka bukan sahaja dapat dilihat oleh rakyat Malaysia, tetapi memberikan gambaran dan imej yang akan diperhatikan oleh dunia luar.

Jika mereka berkhidmat dengan baik, rakyat juga akan senang hati dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan mereka. Mandat yang diberi oleh masyarakat bukanlah untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk menyumbang dan berbakti demi masa depan masyarakat dan juga negara
. 

AZEEZ RAHIM DAH KANTOI ... MUFTI PERLIS SAHKAN TIADA SEBARANG MESYUARAT OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN BINCANG ISU TRANSAKSI PEMBELIAN TANAH ANTARA TABUNG HAJI DENGAN 1MDB



Kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Haji bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sahkan transaksi pembelian tanah daripada 1MDB mengikut syraiah telah disanggah oleh Mufti Perlis Dr MAZA, sebagai salah seorang dari Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1hb Februari 2015 tidak pernah hadir maupun adanya mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan membincang mengenai pelaburan 1MDB.

Jelas Azee Rahim sudah terlajak dan kantoi dalam isu ini.

Sepatutnya yang mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini ialah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang juga duduk dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji .. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berkata apa-apa dia pula yang berlebih-lebih.  Nanti bila dah kantoi beri alasan silap komunikasi.

Berikut ialah kenyataan terbuka Mufti Perlis DR MAZA dilaman sosial FBnya mengenai isu ini:-


"Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB. Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini."

SHAHIDAN KASSIM SYOR TUKAR PEMIMPIN LEMAH ... ADAKAH DIA MAKSUDKAN HASAN MALEK, AHMAD MASLAN, AZEEZ RAHIM, ISMAIL SOBRI DAN TERMASUK DIRINYA SENDIRI???????



KANGAR: Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu perubahan drastik dilaksanakan segera membabitkan beberapa pemimpin kerajaan dan kedudukan ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi kepentingan negara.

Pengerusinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tindakan itu sangat perlu dikaji dan dilaksanakan segera berikutan isu kontroversi telah menarik perhatian rakyat.

“Isu 1MDB dan Cukai Barang dan Perkhidmatan tidak diberi penjelasan sewajarnya menyebabkan rakyat mempersoalkan kredibiliti kerajaan dan terbaharu timbul pula isu pembelian tanah oleh Tabung Haji.

“Perkara ini tidak boleh dibiar berlarutan. Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan akyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Shahidan berkata rakyat adalah keutamaan kerajaan, namun apabila orang yang diberi kepercayaan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan efisien, mereka wajar diganti.

“Saya bercadang menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak esok (Isnin) bagi mengemukakan cadangan UMNO Perlis termasuk pencapaian dan keberkesanan pemimpin-pemimpin tertentu dinilai dan kaji semula,” katanya.

Shahidan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata selain barisan pemimpin yang perlu ditukar, pendekatan baharu bagi menyelesaikan isu kontroversi perlu dilakukan bagi meredakan spekulasi.

“Pemimpin mesti lancar dalam memberi penjelasan terutama soalan-soalan yang dibangkitkan oleh rakyat. Kelemahan menangani perkara ini hanya mengundang lebih banyak khabar angin dan peluang pembangkang menambah masalah kerajaan,” katanya.

Sunday, 10 May 2015

PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI BUKAN SUATU TINDAKAN BAILOUT TEGAS NAJIB



Dato' Seri Najib Razak hari ini menafikan pembelian tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji pada harga RM188.5 juta ialah satu tindakan menyelamat atau “bailout”, mengatakan isu itu diputar belit bagi memperlihatkan seolah-olah Tabung Haji menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.

Perdana menteri dan menteri kewangan itu berkata, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah seluas 0.64 hektar itu bagi mengelakkan kontroversi urusan pembelian tanah itu dipanjangkan.

"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di Sabah.

Menurut Bernama, Najib berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Tabung Haji yang ia akan menjual semula tanah yang dibeli daripada 1MDB itu.

Beliau juga berkata, menjual tanah itu kepada sektor swasta ialah satu urusan komersial yang baik, membolehkan Tabung Haji mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh masa yang singkat.

"Jadi, ia bukan langkah menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi," kata Najib yang sedang mengadakan lawatan dua hari ke Sabah.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata semalam, Tabung Haji memutuskan menjual tanah yang dibelinya di Tun Razak Exchange (TRX) itu, selepas menerima tiga tawaran daripada pembeli yang berminat.

Saiz dana Tabung Haji dikatakan berjumlah kira-kira RM45.7 bilion tahun lepas dan portfolio aset semasanya terbahagi kepada 40% untuk ekuiti, 30% pendapatan tetap dan 20% hartanah.

Bahagian hartanahnya melakukan pelaburan di Malaysia, Arab Saudi dan United Kingdom, selain perladangan di negara ini. Ia juga mempunyai ekuiti dalam Bank Islam Malaysia dan sektor minyak serta gas.

Pembelian sebidang tanah daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta bagi tujuan membina sebuah menara kediaman membangkitkan kemarahan pendeposit Tabung Haji, dengan sesetengahnya bertindak mengeluarkan simpanan mereka dari cawangan di Shah Alam pada Khamis.

Pemimpin pembangkang mengatakan, Tabung Haji sanggup membayar lebih mahal dari yang dibayar 1MDB ketika pertama kali membeli tanah itu daripada kerajaan, menunjukkan ia satu tindakan 'bailout' untuk menyelamatkan 1MDB yang sarat menanggung hutang.

Pemimpin UMNO, termasuk timbalan presiden dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga mengkritik perjanjian itu kerana umum mengetahui mengenai hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion itu.

SAYA TIDAK AKAN LETAK JAWATAN TEGAS NAJIB.



Dato' Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
  
Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
  
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.
  
Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
  
Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.
   
Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".              
   
Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.
   
Justeru, kata Najib takkan satu suara lebih besar daripada suara yang didengarnya daripada hadirin dan juga rakyat di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan pagi tadi serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
   
Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

AZEEZ BERKERAS TIDAK AKAN LETAK JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI TABUNG HAJI SEBAB TIDAK MELAKUKAN SEBARANG TINDAKAN MERUGIKAN TABUNG HAJI.



Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji yang disandang sejak 2013.

Menurut Abdul Azeez, ini kerana beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merugikan TH.

“Selama dua hari ini saya diam daripada memberikan sebarang maklum balas. Saya tunggu sebab saya nak tahu apa isu yang akan dimainkan.

“Rupa-rupanya isu politik dan mereka mahu kaitkan saya sebagai pengerusi TH. Apa kena mengena? Kalau saya rugikan duit TH, bolehlah desak saya letak jawatan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendesak agar Abdul Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi TH kerana dikatakan memberi kenyataan bercanggah berhubung pembelian tanah daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, beliau juga telah membuktikan kredibiliti apabila berjaya menambah jumlah dividen yang diterima pendeposit di TH.

“Sebelum ini, TH bayar dividen 5.5 peratus. Alhamdulillah, secara kebetulan sejak saya jadi pengerusi dan rakan-rakan lain dalam lembaga pengarah sertai TH, kita bayar dividen 6 peratus (bonus tahunan) tambah 2 peratus (bonus haji) jadi 8 peratus pada 2013.

“Tahun lalu pula kita bayar 6.25 peratus (bonus tahunan) tambah dua peratus (bonus haji) sebanyak 8.25 peratus,” katanya.

IBRAHIM ALI BERANG RAKYAT PANGGIL DIA KATAK.


Dulu bukan main lagi rasa bangga apabila digelar katak .. sampai suruh panggil dia putera katak .. sekarang ni marah pula?????

Bila gelaran tersebut tidak memberi untung barulah nak berang .. pendirian ini pun dah macam katak sering melompat dan flip flop.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada portal media supaya tidak menggelarnya sebagai katak.

Beliau yang berang dengan panggilan itu, menegaskan terdapat orang lain yang lebih sesuai dengan panggilan itu, dan bukan dirinya.

Jelasnya jika panggilan itu ingin digunakan, ia sesuai dipakai oleh bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution.

“Saya tidak suka portal media menulis saya dengan gelaran kata. Janganlah media portal menuduh saya dan menulis berulang-ulang perkataan katak itu.

“Tulislah nama jawatan saya baik-baik, bukankah lebih elok. Saifudin Nasuition itu juga seharusnya dipanggil katak kerana lompat parti banyak kali, tapi tak panggil dia katak pun,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA.

Selain gelaran “katak”, Ibrahim turut meluahkan rasa kurang senang apabila dilabel bersifat perkauman.

Sebaliknya menegaskan apa yang dibangkitkan mengenai isu Bible dan Kalimah adalah bersandarkan fakta.

“Saya ada bukti dan video sebab itu saya cakap. Saya berani sebab saya cakap perkara yang betul,” tegasnya.

MYVI MANGSA DURJANA



Sebuah kereta  Myvi terbakar petang tadi dan 2 penutup botol minyak tanah djumpai. Lokasi di City Mall, Johor Bharu.

Saturday, 9 May 2015

TANAH 1MDB YANG DIBELI TABUNG HAJI AKAN DI JUAL KEPADA ORANG BUKAN ISLAM??????


"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam"

Apakah maksud Azeez Rahim bahawa tanah tersebut bakal terlepas ketangan orang bukan Islam ke????

Lembaga Tabung Haji (TH) membuat keputusan menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX)‎ yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM188.5 juta sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim Abdul Rahim berkata, keputusan itu dipersetujui oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah TH setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

"Pada mesyuarat malam tadi semua Ahli Lembaga Pengarah bersetuju untuk mempertahankan tanah ini. Namun, pagi ini Perdana Menteri membuat panggilan telefon dan menasihatkan supaya menjual tanah ini bagi mengelakkan TH terus difitnah.

"Maka, Ahli Lembaga Pengarah bermesyuarat sekali lagi pagi ini dan bersetuju untuk menjual tanah tersebut.

"Keputusan ini juga dibuat demi menjaga sentimen pendeposit TH yang risau dengan wang simpanan mereka sejak isu ini dibangkitkan sejak dua hari lalu," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

SEBULAN SELEPAS GST APA BARANG YANG TURUN HARGA SEPERTI DIJANJIKAN?????




Menurut iklan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang disiarkan di televisyen, harga barang akan turun kerana cukai ini menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menurut iklan tersebut, 30% barangan harganya akan turun, cuma 10% sahaja yang akan naik.

Tapi selepas sebulan pelaksanaan GST, saya perhatikan lebih banyak lagi harga naik dari yang turun.

Dan cukai lama, SST yang kononnya digantikan dengan GST itu seolah-olah masih kekal, berdasarkan harga barang yang hari-hari orang ramai beli.

Dan undang-undang baru – anti pencatutan – ramai yang tidak faham, apakah kebanyakan kedai runcit dan kedai serbaguna ini mencatut, atau terpaksa naikkan harga kerana tidak mempunyai modal besar untuk bersaing dengan syarikat besar seperti Tesco?

Cuba bayangkan diri kita sebagai peniaga kedai runcit, dan keuntungan kurang dari RM500,000, di mana tidak boleh menuntut semula cukai , jadi bagaimana mahu terus kekal berniaga?

Mahu tidak mahu, sebagai peniaga kecil terpaksa naikkan harga, sebab selain kenaikan kos, juga perlu menanggung kerugian daripada GST ini.

Tetapi, apabila  menaikkan harga, nanti akan dituduh sebagai mencatut harga.

Sudahlah tidak boleh menuntut cukai dari kenaikan harga akibat GST, dan  juga tidak boleh menaikkan harga, kalau tidak, akan didakwa mencatut harga.

Jelas sekali undang-undang baru ini tidak adil kepada peniaga kecil. Dan kalau diperhatikan pun, tidak ada apa pun harga yang turun.

Kalau yang turun harga cuma kereta, rakyat bukan beli kereta setiap hari. Terdapat juga rungutan daripada golongan wanita mengenai harga tuala wanita, dan golongan ibu mengenai harga lampin bayi yang mahal dan dimasukkan dalam harga yang dikenakan cukai GST.

Kalau diperhatikan, harga barangan ini yang mengalami kenaikan mendadak. Bagi pemilik kedai runcit, mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana menanggung beban cukai ini.

Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional ini harus melihat “mood” rakyat dalam pengundian pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh yang menyaksikan penurunan undi BN yang mendadak.

Kalau pucuk pimpinan parti ini tidak memikirkan ini sebagai faktor penurunan undi, nanti rakyat boleh ucapkan padan muka lah jika mereka hanya boleh menjadi kerajaan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Desakan untuk mansuhkan GST nampaknya semakin kuat, dan jika kerajaan ini mahu terus bertahan dalam PRU akan datang, kerajaan ini perlu fikirkan semula, atau dibakulsampahkan dalam tong sampah sejarah, jika enggan mendengar kata rakyat.

BERLAGAK GUNA KENDERAAN ADA SIREN DAN LAMPU MATA ARAH SEORANG PENGAWAL PERIBADI KEPADA SEORANG AHLI PERNIAGAAN BERGELAR "DATUK SERI" DITAHAN POLIS.



Polis menahan seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana menggunakan siren dan memandu kenderaan menggunakan lampu mata arah menyebabkan kenderaan lain ke tepi untuk memberi laluan.

Lelaki itu ditahan Jalan Tun Razak berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) oleh anggota Polis Trafik Kuala Lumpur yang sedang menjalankan rondaan, kira-kira 5 petang pada Khamis.

Ketika ditahan, pegawal peribadi itu memandu kereta BMW-X5 berwarna hitam manakala ahli perniagaan itu menaiki kereta Mercedes dalam perjalanan ke Damansara.

Anggota Polis Trafik telah menahan kereta yang dipandu pengawal peribadi dan dalam masa sama, kereta Mercedes terus beredar dari tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan, didapati lelaki itu tidak mempunyai kelulusan untuk menjalankan tugas pengiring di jalan raya.

Kenderaan itu telah ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan disiasat bersama mengikut Seskyen 94 Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.

Sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

BEKAS PEGUAM NEGARA PERTIKAI MENGAPA DOKUMEN PERJANJIAN HARTANAH TABUNG HAJI/1MDB DIKLASIFIKASIKAN DI BAWAH AKTA RAHSIA RASMI (OSA).



Sebelum menyiasat mereka yang bertanggungjawab membocorkan dokumen perjanjian tanah antara Lembaga Tabung Haji (TH) - 1Malaysia Development Berhad (1MDB), polis terlebih dulu perlu menentukan sama ada ia diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) atau tidak, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib.

"Persoalan seterusnya ialah, siapa yang mengklasifikasikan dokumen itu sebagai rahsia," katanya sambil menambah, mengikut undang-undang mesti ada pegawai yang bertanggungjawab mengklasifikasikan sesuatu dokumen.

Talib berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam pegawai penyiasat akan meneliti peruntukan dalam OSA bagi mendakwa dalang yang terbabit membocorkan kandungan dokumen itu.

Beliau yang merupakan ketua peguam negara selama 13 tahun sehingga 1993 berkata, sama ada jenayah dilakukan mengikut OSA atau tidak, ia hanya boleh ditentukan selepas siasatan selesai dijalankan.

"Tetapi, bagi tujuan penyiasatan, kes berkenaan boleh diklasifikasikan mengikut OSA," katanya.

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar turut melahirkan kebimbangan berhubung penggunaan OSA dalam kes itu, mengatakan penyiasatan itu satu contoh bagaimana OSA boleh "disalahgunakan untuk tujuan salah".

"Dalam kes ini, pemberi maklumat mesti dilindungi tanpa ancaman OSA akan digunakan terhadap mereka," kata Akhbar dalam satu kenyataan semalam.

"Sebaliknya keutamaan perlu diberikan untuk menyiasat sama ada sebarang penyelewengan berlaku dalam urus niaga perniagaan itu, jika pembelian itu dibuat mengikut prosedur standard dan jika harga yang dibayar TH munasabah dan adil," katanya.

Khalid berkata, klasifikasi itu dibuat selepas meneliti laporan polis yang dibuat Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah.

Beliau berkata, polis akan memanggil mereka yang dikenal pasti dalam kes itu, termasuk pegawai tertinggi TH untuk disoal siasat tidak lama lagi.

Abu Talib berkata, tiada halangan terhadap pihak polis untuk mengklasifikasikan semula kes ini sekiranya ketika menjalankan siasatan, didapati wujud kesalahan lain.

"Pada kesudahannya, kita harus ingat, pendakwa raya yang akan memutuskan sama ada terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa seseorang melakukan jenayah," katanya.

Johan semalam membuat laporan polis mengenai data tidak tepat disiarkan blog "The Benchmark" yang mendakwa badan pengelola dana simpanan haji itu membeli dua bidang tanah dalam projek Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB dengan nilai sejumlah RM772 juta secara tunai sedangkan pembelian itu mendapat "potongan" harga pada RM188.5 juta.

Dalam laporan polis itu, Johan berkata, tanah seluas 67,954 kaki persegi dibeli untuk membina sebuah pangsapuri mewah dan menafikan yang TH dalam proses mendapatkan Signature Tower seperti yang didakwa blog tidak dikenali itu.

Beliau berkata, pelaburan itu dilakukan mengikut garis panduan sebenar dan mendapat kelulusan yang betul.

Pembangunan pangsapuri mewah itu akan dibangunkan Tabung Haji Properties Sdn Bhd.

Blog tidak dikenali itu mendakwa TH membeli dua plot tanah menggunakan dana pendeposit dan membeli tanah itu pada nilai yang jauh lebih mahal daripada yang dibayar 1MDB, sebaliknya perkara itu dinafikan badan itu.

Menurut blog itu, 1MDB Real Estate Bhd memperoleh tanah bagi pembinaan TRX pada harga RM64 satu kaki persegi daripada kerajaan persekutuan.

Johan turut menyatakan dalam laporan polis itu kebocoran dokumen sulit tidak membuktikan cadangan itu diluluskan dan bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995.

Isu 1MDB menjadi kontroversi besar selepas menanggung hutang yang banyak iaitu kira-kira RM42 bilion malah kerajaan juga mengakui syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu sedang mengalami masalah aliran tunai.

Sementara itu, peguam Haresh Mahadevan berkata polis perlu menjelaskan mengapa ada keperluan untuk mengklasifikasikan satu perjanjian jual beli yang melibatkan penggunaan dana simpanan haji.

"Polis harus mencari siapa menteri atau wakilnya yang mengklasifikasikan dokumen tersebut," katanya sambil menambah, perjanjian itu menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu dijawab.

Hareshi ialah salah salah seorang peguam yang berjaya mendapatkan pembebasan bagi 2 guru sekolah rendah yang memiliki salinan kertas peperiksaan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) tahun lepas tanpa kebenaran.

Subbarau Kamalanathan dan Murugan Palanisamy didakwa mengikut OSA yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 1 hingga 7 tahun.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Seremban membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil membela diri.

Salah satu sebabnya ialah, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kepada mahkamah satu pewartaan menyatakan menteri pendidikan memberi kuasa kepada ketua sindiket pemeriksaan mengklasifikasikan kertas peperiksaan itu sebagai "sulit".

Friday, 8 May 2015

ISU TABUNG HAJI BELI TANAH DARI 1MDB ... PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA (PPUM) TERUS MENERUS SERANG TABUNG HAJI



Kenyataan Rasmi PPUM


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.


Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.


PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.


Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.

Disini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:

Soalan kepada MOF


1) Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?


2) Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah inikepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?


3) 1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?


Soalan kepada TH


1) Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transkaksi ini?


2) Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini, sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100% daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli dimeterai? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100% bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini?


3) Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah terkini yang dibuat di kawasan berhampiran dibuat pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?


PPUM menggesa agar soalan-soalan diatas dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengudang kemarahan rakyat.


Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. PPUM amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.


Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima.


8 Mei, 2015

GARA-GARA ENGGAN BERI SEBATANG ROKOK SEORANG EJEN HARTANAH MATI DIBUNUH


Seorang ejen hartanah dibayar dengan nyawa semuanya gara-gara kerana dia enggan menawarkan sebatang rokok kepada seorang lelaki.

Chow Hup Keng, 41, sedang berjalan di Chulia Street pada 7 pagi Jumaat lalu, apabila beliau telah didatangi oleh seorang lelaki yang meminta rokok.

Apabila Chow enggan memberi rokok, lelaki berkenaan bersama dua orang kawan-kawannya menyerang beliau dengan topi keledar.
Laporan pakar patologi menyatakan mangsa mengalami patah leher dan darah beku di kepala akibat tengkoraknya retak. Beliau meninggal dunia lima hari selepas serangan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah George Town Asst Comm Mior Faridalathrash Wahid, Chow meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang kelmarin Rabu jam lebih kurang 10.15 malam.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki berumur antara 32 dan 50 tahun, telah ditahan bagi membantu siasatan kerana membunuh.

POLIS REKOD PERCAKAPAN LIM KIT SIANG DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948 BERHUBUNG KENYATAANNYA TAHUN LALU MENGENAI KEMATIAN MENDIANG TEOH BENG HOCK.



Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menerima kunjungan pihak polis sekali lagi hari ini untuk diambil keterangan lanjut berikutan kenyataannya berhubung kematian mendiang Teoh Beng Hock tahun lalu.


Siasatan polis terhadap Kit Siang dibuat di bawah Akta Hasutan 1948, kali ini berkenaan penerbitan kenyataan terbabit pada Julai 2015 oleh portal rasmi DAP, Roketkini.


Gobind Singh Deo, peguam Kit Siang berkata, Peguam Negara perlu menghentikan siasatan kerana hal dibangkitkan Ahli Parlimen Gelang Patah itu telah diputuskan Mahkamah Rayuan September tahun lalu.


Seminggu selepas tulisan bertajuk ‘Malaysians will not rest until justice is done for the killing of Teoh Beng Hock’ disiarkan sempena ulangtahun kelima kematian Beng Hock tahun lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kenyataan itu akan disiasat.


Khalid mendakwa Kit Siang cuba mempengaruhi fikiran rakyat untuk percaya bahawa Beng Hock telah dibunuh apabila mempersoalkan pihak yang terlibat dalam kejadian itu masih belum ditangkap.


“Mahkamah Rayuan dalam keputusannya telah menolak dapatan inkues Mahkamah Koroner di Shah Alam, dan mendapati bahawa kematian Beng Hock diakibatkan oleh pihak-pihak yang tidak diketahui.


“Siasatan masih tertangguh, Peguam Negara belum putuskan untuk mendakwa sesiapa,” ujar Ahli Parlimen Puchong itu.


Gobund turut menegaskan DAP akan membantah sebarang siasatan dan penggunaan Akta Hasutan terhadap sesiapa pun.


“Polis sepatutnya memberitahu kita hasil siasatan mereka terhadap kebimbangan dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan asas untuk siasatan dibuka semula.


“Sudah berbulan-bulan berlalu sejak keputusan mahkamah dan kita tidak melihat sesiapa didakwa ekoran kematian mendiang,” tegas Ketua Biro Undang-undang DAP itu lagi.


Menurutnya, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha mencari keadilan, bukannya mencari alasan dengan bertindak terhadap mereka yang menggesa tindakan diambil dalam kes kematian Teoh Beng Hock.


“Saya tidak pasti siapa akan disiasat seterusnya. Buat masa ini mereka sedang menumpukan kepada siasatan terhadap saudara Kit Siang,” ujarnya mengulas skop siasatan ke atas pembuat kenyataan, serta penerbit kenyataan yang didakwa menghasut di bawah akta tersebut.


Mahkamah Rayuan pada 2014 sebulat suara memutuskan kematian Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009 di bangunan Plaza Masalam setelah semalaman disiasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor disebabkan pihak yang tidak diketahui, termasuk pegawai-pegawai penyiasat SPRM.


Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung perkara tersebut turut membayangkan kematian Beng Hock berpunca daripada pegawai SPRM. – Roketkini.com

SEKUMPULAN PENDEPOSIT TABUNG HAJI BERTINDAK MENGELUARKAN SIMPANAN MEREKA SAMBIL DESAK AZEEZ RAHIM LETAK JAWATAN SEGERA.



Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.

"Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi," kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

Azeez sebelum ini menafikan dakwaan beberapa blog mengenai pembelian itu, tetapi kemudiannya mendakwa kesilapan komunikasi selepas pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.

Hilmi berkata tindakannya mengeluarkan wang merupakan signal daripada rakyat Malaysia agar TH tidak dikuasai kelompok yang menjaga kepentingan politik mereka daripada pendepositnya.

Seorang lagi penyimpan, Danial Al-Rashid Haron Aminar berkata beliau hilang kepercayaan kepada TH sejak timbul isu pembelian tanah 1MDB ini.

Danial, yang merupakan anak bekas pelakon Allahyarham Haron Salim Bachik, mahu TH dikembalikan kepada tujuan asalnya dan tidak dikuasai orang politik.

"Sebelum ni ok je. Bagi saya, Azeez kena letak jawatan," katanya yang mengeluarkan RM1,000 daripada akaun yang disimpan atas nama anaknya.

Turut hadir ialah seorang guru, yang mengambil cuti sekejap dari tempat kerjanya bagi urusan mengeluarkan wang simpanannya hari ini.

"Saya memang marah bila dengar berita ini, sebab itu saya ambil keputusan keluarkan wang saya dari Tabung Haji.

"Dia pandai-pandai guna wang kita untuk selamatkan kroni dia," kata guru berusia 29 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad itu.

Rafizal Ali, 36, mengeluarkan RM1,500 hari ini dan menuntut Azeez meletak jawatan.

"Saya hilang keyakinan kepada TH selagi Azeez memimpinnya," kata Rafizal.

Beliau berjanji akan menyimpan semula wangnya selepas Azeez meletak jawatan dan TH membatalkan pembelian tanah 1MDB itu.

TH semalam mengesahkan ia membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta daripada projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX), iaitu projek utama oleh 1MDB, yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

TH mendakwa pembelian itu mendapat "diskaun" harga berbanding nilai pasaran semasa.

Badan pengelola dana simpanan itu merancang membina sebuah menara kediaman di tapak yang akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat hartanah dan pembinaan yang terlibat dalam pembangunan perbandaran bercampur Bandar Enstek seluas 5.119 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Pelaburan itu berdasarkan kepada keputusan komersial yang sesuai dengan risiko Tabung Haji dan melalui semua proses sewajarnya," kata Johan dalam kenyataannya, semalam.

Bagaimanapun, TH menafikan kumpulan itu membeli sebidang tanah daripada 1MDB di parcel kedua TRX seperti diperkatakan blog "The Benchmark" yang membocorkan dokumen didakwa memperincikan pembelian TH sebanyak 2 plot tanah di TRX dengan jumlah modal RM772 juta.

2 PEMANDU MYVI TIDAK MENGAKU SALAH MENYEBABKAN KEMATIAN 3 SEKELUARGA



Dua pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di sini, hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak, awal pagi Sabtu lalu.

Tertuduh, pembantu pengurus restoran ,Siti Noor Aini Mohd Said ,35 dan juruteknik, Mohamad Fizal Reza Jamauddin,31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas tuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian kepada Fairuz Nizam Husain,35; Nova Safitri Azhari,27 dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuh raya DUKE Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta di sini, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun denda maksimum RM20,000 selain lesen memandu digantung.

NAMPAKNYA PENDUDUK PERMATANG PAUH TOLAK PERMINTAAN AHMAD MASLAN.



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kembali ke Parlimen selepas diisytihar menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh semalam.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail, mengumumkan presiden PKR itu meraih 30,316, meninggalkan calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi, iaitu majoriti 8,841 undi.

Dua lagi calon, Azman Shah dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) menerima 101 undi, manakala calon bebas Salleh Ishak menerima 367 undi, manakala sebanyak 843 undi rosak.

Majoriti kali ini lebih rendah di samping peratusan keluar undi yang lebih kecil, 74%, berbanding 88% pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dua tahun lepas. Bagaimanapun, PKR masih mengekalkan peratusan undinya, iaitu sekitar 57% daripada jumlah keseluruhan undi.

Pada PRU13, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi itu dengan jumlah undi 37,090, atau 58.56% daripada jumlah keseluruhan undi 63,332, dengan majoriti 11,721.

Sejumlah 71,890 orang layak mengundi pada PRK semalam, dan selesai proses mengundi pada 5.00 petang.

Ketika kiraan undi dilakukan, Dr Wan Azizah tiba di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara, Penanti, disambut sorakan dan jambangan bunga oleh penyokong.

Turut hadir Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Selepas suaminya Anwar dipenjarakan pada 1998, Dr Wan Azizah pernah memenangi kerusi itu pada PRU 1999, 2004 dan 2008, sebelum meletak jawatan beberapa bulan kemudian bagi memberi jalan kepada Anwar kembali ke Parlimen.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam reaksinya mengucapkan terima kasih kepada jentera BN sepanjang kempen.

"Terima kasih atas usaha semua di Permatang Pauh. Barisan Nasional akan tingkatkan lagi azam untuk berjaya di pilihan raya akan datang," katanya dalam kiriman Twitter.

KES TEMBAK DI INANAM SABAH ... POLIS SEDANG BURU ADIK NOH OMAR.


Polis Sabah secara terbuka memohon bantuan orang ramai untuk jejak sehingga tertangkap adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Indusrti Asas Tani dan Pengerusi Perhunungan UMNO Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar,  Mohd. Jusnaidi Omar, atau lebih dikenali sebagai Mat Malaya, 43 tahun, kerana terlibat dalam kes tembak percubaan bunuh di Inanam Sabah Rabu kelmarin.

Suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1,088 gram ganja dan 35 gram syabu di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 12(2) Akta yang sama di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007 tetapi telah dilepas dan dibebaskan setelah dipanggil membela diri.

Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 43 tahun yang menghilangkan diri selepas menembak dan mencederakan betis seorang pembantu mekanik lelaki berumur 36 tahun, di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin kenderaan di Jalan Tuaran, petang semalam.


Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dengan mangsa di bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang itu.


"Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya menembusi betis kanan pengadu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.


Jalaluddin berkata pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang elektronik dipercayai digunakan untuk menimbang syabu di dalam kenderaan tersebut.


Beliau berkata kesemua barangan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

"Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Bantuan daripada polis daerah dan jabatan luar akan diperoleh bagi melancarkan siasatan," katanya.

GELAGAT TERBAIK BERJAYA DIRAKAMKAN DI PRK PERMATANG PAUH SEMALAM.


Cara dan gaya perayu undi Pakatan Rakyat dari Muslimat PAS menghampiri perayu-perayu undi Wanita UMNO di PRK Permatang Pauh semalam .. menampakkan kematangan yang cukup tinggi dilapik dengan budi bahasa dan akhlak yang mulia.

Semoga cara begini dipratikkan setiap kali ada pilihanraya dimana jua .. menang kalah adat pertandingan .. akhirnya yang menang akan menjadi wakil rakyat kepada seluruh warga kawasan ditandingi tanpa mengira fahaman politik.


Jika gelagat dan sikap ini menjadi amalan dan budaya kita .. tidak nampak suasana ketegangan politik mampu diredakan .. segala pemasalahan dan rungutan rakyat dapat diselesaikan secara rasional.

KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO PUSAT UCAP TERIMA KASIH KEPADA PEMBOCOR MAKLUMAT PEMBELIAN TANAH 1MDB DI TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) OLEH TABUNG HAJI.



"Sebagai pendeposit Tabung Haji saya ada hak nak tanya "kalau info tak bocor, confirm lah duit simpanan kami digunakan untuk beli tanah 1MDB di TRX"?
Terima kasih kpd yg bocorkan maklumat tersebut...."


Kisah Lembaga Tabung Haji beli tanah dari 1MDB menjadi kecuh, riuh rendah gegak gempita satu negara dengan anggapan ianya suatu langkah bailout 1MDB .. suatu jual beli dikatakan dilakukan dengan pantas dibawah pengetahuan dan mendapat restu dari Menteri yang bertanggung jawab menjaga kepentingan Tabung Haji itu sendiri.

Pendedahan dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir melalui blognya The Benchmark dengan memuat naik keseluruhan dokumen yang berkaitan, kemudiannya dikutip oleh beberapa blog.

Dinafikan pada awalnya ianya berlaku oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling dan juga Ketua Bahagian UMNO Baling YB Dato' Seri Abdul Azeez Rahim tetapi membuat pusingan U setelah dikantoi oleh CEO Tabung Haji sendiri, akui memang wujud jual beli tersebut dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam kerana membocorkan dokumen-dokumen rahsia syarikat kepada umum.

Tindakan pembocor rahsia itu telah mendapat pujian melangit dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pusat yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom, Sdr Jamawi Jaafar melalui laman sosial FB akaunnya dengan menyatakan, tanpa pembocor maklumat menyalur dan membocorkan maklumat maka sah duit TH yang beliau salah seorang pendepositnya akan digunakan untuk beli tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).

ANALISIS PANTAS PRK PERMATANG PAUH ... KEMENANGAN KAK WAN ANWAR KEKAL SEBAGAI DE FACTO KETUA PEMBANGKANG.


Kemenangan Presiden Parti KeADILan Rakyat , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail@ Kak Wan di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil semalam akan memastikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai de facto Ketua Pembangkang Parlimen.

Apabila timbul cakap-cakap mengenai siapa yang akan bertanding kerusi parlimen itu, ia pada mulanya, spekulasinya ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha akan dinamakan sebagai calon KeADILan.

Ini dikatakan tidak diterima baik oleh DAP, yang mengingatkan bahawa jika orang lain selain Wan Azizah bertanding kerusi itu, ia akan menuntut jawatan ketua pembangkang di Parlimen.

DAP berkata ia akan mencalonkan pemimpin veterannya Lim Kit Siang untuk jawatan itu, kerana parti itu memiliki jumlah kerusi paling banyak di blok Pakatan Rakyat.

Pemimpin veteran DAP itu pernah memegang jawatan tersebut tetapi ia sebelum pilihan raya umum 2008 mengubah landskap politik negara. Bagaimanapun, mengikut risikan DAP bersedia untuk mengalah jika Kak Wan kembali ke Parlimen dan memegang jawatan itu.

Dinamik dan realiti politik di Malaysia ialah ketua pembangkang bukan Melayu tidak akan mampu untuk meyakinkan pengundi Melayu sekiranya beliau menerajui kerajaan yang baru.

Ini kerana sentiasa ada kebimbangan bahawa tanpa UMNO, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam akan menipis jika tidak pun terhakis.

Sentimen sedemikian akan menggagalkan percubaan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

DAP juga menyedarinya dan ia tahu PAS, yang sering berbalah dengannya, boleh juga menuntut jawatan itu.

Dengan sejarah dan alasan berikut, pendirian DAP mungkin lebih bertujuan untuk menyekat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada menjadi Ketua Pembangkang, sekiranya calon baru seperti Nurul Nuha bertanding di Permatang Pauh.

Jika TGHA mensasarkan jawatan itu, maka ia akan terus menghakis lagi situasi dalam Pakatan Rakyat, yang sudah bergoncang ekoran usaha presiden PAS itu mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

DAP telah pun memutuskan hubungan dengan TGHA, yang didakwanya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayainya.

Oleh itu, dengan memberi sokongan kepada Kak Wan, DAP berharap akan dapat menangani senario.tersebut.

Kini hasrat dan niat pertama kelangkah itu sudah tercapai
.

Thursday, 7 May 2015

NAJIB AKAN JAWAB KRITIKAN TUN M ISNIN INI DALAM PERTEMUAN DENGAN KIRA-KIRA 160 KETUA BAHAGIAN UMNO KATA SUMBER.


Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kira-kira 160 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara Isnin depan dijangka membincangkan isu utama kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan beliau.

Menurut sumber dalaman UMNO, pertemuan itu sekali gus mencari penyelesaian terbaik untuk membetulkan persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan Najib yang juga presiden parti akhir-akhir ini.

"Semua maklum Najib kini mendapat tekanan selepas dikritik hebat di dalam blog dan di beberapa perjumpaan Dr Mahathir bersama rakyat.

"Ia melibatkan isu kepimpinan, banyak khabar angin terdapat perubahan pada peringkat kepimpinan tertinggi negara dalam masa terdekat. Najib akan menjelaskan segalanya pada Isnin depan," katanya hari ini.

Sumber berkata demikian ketika mengulas isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan ketiga Ketua Bahagian UMNO tahun ini bersama Najib pada Isnin depan.

Pertemuan sebelum ini dilaporkan tertumpu kepada isu jaminan Najib di dalam siasatan salah laku yang mungkin terjadi di dalam pengendalian 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik sebelum ini dilaporkan berkata, Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada hujung tahun bakal menjadi penentu tempoh Najib kekal menjadi presiden parti, sekali gus perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14 atau sebaliknya.

Katanya, cadangan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak menangguhkan pemilihan parti pada 2016 menguatkan hujahnya terhadap tempoh dan penilaian tahap kemampuan Najib mentadbir negara.

Sementara itu, sumber menjelaskan, Najib juga dijangka membincangkan isu dakwaan pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji seperti yang tersebar di media sosial sejak Rabu.

"Isu pembelian dua plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM772 juta, menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya wang kerajaan akan dibincang dan ia akan dimasukkan di dalam bab perbincangan 1MDB," kata sumber itu.

Jelas sumber itu lagi, pertemuan itu dijangka turut membincangkan penurunan majoriti pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin pada Selasa lepas terutama di kalangan pengundi Felda.

"Jelas kejatuhan majoriti terutama daripada pengundi Felda satu isu yang akan dibincangkan, walaupun menang, penurunan itu memberi sedikit sebanyak kesan kepada parti dan membuktikan ada perkara yang perlu dibaiki," jelasnya.

Dalam pada itu, satu sumber daripada Ketua Bahagian UMNO memberitahu, Najib diharap menjawab semua persoalan mengenai isu 1MDB pada Isnin depan.

"Selama ini Najib memberitahu ia masih di dalam siasatan, sampai bila siasatan itu akan selesai dan kami berterusan menerima tempias kritikan masyarakat dalam isu ini?

"Pertemuan Isnin depan diatur beberapa ketua bahagian 'otai' dan mereka meminta Najib memberi penyelesaian terhadap isu 1MDB yang dikatakan menjadi beban kepada parti hari ini.

"Ia juga menjadi platform Najib menjawab kritikan Dr Mahathir terutama mengenai 1MDB dan desas-desus pertukaran pimpinan tertinggi negara dalam masa terdekat," jelasnya.

Bagaimanapun, seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menafikan pertemuan itu diadakan bagi membincangkan isu kepimpinan tertinggi negara, sebaliknya menyifatkannya sebagai perjumpaan biasa presiden dengan ketua bahagian.

"Cuma makan-makan sempena hari ulang tahun UMNO," ujarnya.

Isnin depan juga merupakan ulang tahun ke-69 UMNO.

PRK PERMATANG PAUH ... KAK WAN MENANG DENGAN MAJORITI HAMPIR 10 RIBU.



ANALISIS KILAT:- Angka menunjukkan bahawa undi popular KeAdilan tetap sama seperti pilihan raya umum pada tahun 2013.

Terima hakikat bahawa terdapat kehadiran yang lebih rendah, adalah munasabah untuk meramalkan bahawa PKR akan menang dengan majoriti yang lebih besar sekiranya jumlah keluar mengundi adalah lebih tinggi.

Kehadiran dalam pilihan raya kecil ini adalah kira-kira 15 peratus lebih rendah berbanding pada pilihan raya umum 2013 (88.3 peratus pada tahun 2013, kira-kira 73 peratus pada pilihan raya kecil hari ini).

Majoriti sedikit lebih rendah daripada 11.721 diperolehi dua tahun lalu pada pilihan raya umum ke-13
.

SASARAN MALAYSIA JULANG PIALA DUNIA SUDAH NAMPAK CAHAYANYA APABILA RANKING BOLASEPAK NEGARA TERUS MERUDUM KE-TANGGA 166 DALAM DUNIA.



Sembang kencang sampai gunung Kinabalu boleh tumbang betapa Malaysia mampu julang Piala Dunia akhir terjawab apabila ranking bolasepak negara terus merudum.

Bila bercakap benar agar Kementerian Belia Dan Sukan berpijak dibumi yang nyata dan terima realiti nanti dilempar dengan tuduhan tidak patriotik dan sayangkan negara dengan slogan Malaysia Boleh.

Kepada KJ selaku menteri diucapkan sejuta kalung tahniah kerana bijak bacaan meramal kemana arah tuju pasukan bolasepak negara kita .. seorang pemimpin yang memiliki keyakinan yang cukup tinggi melebihi langit ketujuh.

Ranking bola sepak negara jatuh dua anak tangga pada kedudukan 166 dunia dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bagi bulan April-Mei 2015.

Ini menjadikan kedudukan Malaysia setaraf dengan pasukan seperti Guyana (163), Bhutan (163), Dominica (165), Puerto Rico (167) dan Yemen (168).

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Dollah Salleh berada pada ranking 154 pada Januari sebelum turun kepada ranking ke-164 pada April setelah kalah 0-6 kepada Oman dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Pasukan seperti Suriname melonjak 14 anak tangga kepada kedudukan 155 dan Dominica naik 12 anak tangga ke kedudukan 165.

Sementara itu Jerman selaku Juara Piala Dunia 2014 kekal di tangga teratas sebagai pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,687 mata, diikuti Argentina(1,494 mata) dan Belgium di tempat ketiga dengan 1,457 mata.

Ranking FIFA meliputi 209 negara.

DEDAH DOKUMEN JUAL BELI TANAH TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) ANTARA TABUNG HAJI DENGAN 1MDB .. CEO TABUNG HAJI BUAT LAPORAN POLIS.




Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis berhubung 'pembocoran' dokumen Tabung Haji dalam urusan pembelian tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

Laporan dibuat Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah di Balai Polis Dang Wangi di sini pada petang Khamis.

Laporan itu antara lain menyatakan blog 'The Benchmark' didakwa memanipulasi fakta berkaitan pelaburan yang dilaksanakan TH untuk pembelian tanah di TRX.

"Pelaburan itu sudah melalui kesemua proses dalaman menurut peraturan TH dengan mendapat kelulusan yang betul dan teratur.

"Pembelian tanah tersebut adalah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai yang dinilai oleh penilai bebas profesional di dalam pengetahuan saya," katanya dalam laporan itu.

Laporan polis itu turut menafikan TH sedang di dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana dilaporkan di dalam blog berkenaan.

"Kebocoran kertas cadangan tersebut tidak membuktikan bahawa cadangan pelaburan tersebut telah diluluskan.

"TH tidak pernah sama sekali membenarkan perbuatan mendedahkan maklumat sulit kerana ia bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995 dan polisi dalaman TH," kata laporan itu.

Johan menunjukkan laporan polis yang dibuat di hadapan Balai Polis Dang Wangi.

Terdahulu, TH mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan TRX.

Jelas Johan langkah itu adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.

TRX adalah projek yang dibangunkan 1MDB dan langkah membeli tanah oleh TH itu dilihat sebagai usaha menebus sebahagian hutang 1MDB yang bernilai RM42 bilion.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, 14 anggotanya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan siasatan ke atas 1MDB sebelum laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.

Jelasnya, pihak 1MDB juga diharap dapat memberi kerjasama penuh bagi melancarkan siasatan berkenaan.

Pengerusi Lembaga TH, Datuk Seri Azeez Rahim sebelum ini dilaporkan telah mengarahkan pihak pengurusan Tabung Haji untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pembelian tanah milik 1MDB seperti yang tersebar di media sosial sejak Rabu.

PRK PERMATANG PAUH .. PENYOKONG PR DIBELASAH SECARA BERJEMAAH OLEH PENYOKONG BN.



Berlaku pergaduhan antara penyokong BN dan PKR dan anggota polis terpaksa meleraikannya di sebuah sekolah di Permatang Pauh.

Ia menyaksikan terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital.

Susulan itu, kelihatan lapan buah trak polis berada di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat ditempatkan di kawasan itu menjelang jam 1 tengahari tadi.

Puluhan anggota polis antirusuhan berkawal di hadapan sekolah tersebut.

Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat.

Turut kelihatan exco Pemuda UMNO Arman Azha Abu Hanifah dan dan Ibdilillah Ishak dalam kalangan penyokong BN.

ISU TABUNG HAJI BAIL OUT 1MDB .. AZEEZ RAHIM MALU TERKANTOI ... CEO TABUNG HAJI SAHKAN MEMANG ADA PEMBELIAN TANAH UNTUK PROJEK TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) DARI 1MDB



Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji merangkap Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dana kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk projek Tun Razak Exchange (TRX).

Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.

"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.

Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.

“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.

“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.

Sebelum ini, Azeez menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.

"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.

Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta.

Pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.

Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.

PRK PERMATANG PAUH .. MAHATHIR MOHAMMAD CEDERA DIBALING DENGAN BATU



PERMATANG PAUH: Hari ini berlangsungnya PRK Parlimen Permatang Pauh. Bermula pada jam 7.00 pagi para pengundi mula berkumpul di beberapa buah pusat pengundian seperti SK Seri Penanti, SMK Permatang Tok Kandu, SMK Guar Perahu dan beberapa lokasi lain.

Menurut laporan mStar online, pada jam 9.15 pagi berlaku sedikit ketegangan apabila Penyokong PKR dan BN mula berperang mulut dan semakin tegang setelah terdapat penyokong parti membuat provokasi dengan membawa bungkusan seperti mayat diatas kereta.

Pada jam 12.58, Mahathir Mohammad yang merupakan seorang petugas media bagi KLXpress telah cedera selepas dipukul dalam kekecohan yang berlaku di SK Tanah Liat.

Bagaimanapun pada jam 1.00 tengah hari, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di SK Tanah Liat untuk mengawal keadaan yang kecoh.

SULTAN JOHOR BERTITAH PELAKSANAAN GST TERHADAP KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TIDAK MASUK AKAL.



Arahan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah sultan Johor.

"Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat," titah baginda.

Justeru, sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka.

Baginda juga bertitah supaya pihak itu mendapatkan pengecualian daripada kerajaan persekutuan.

Sultan Ibrahim bertitah demikian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

GST dilaksanakan mulai 1 April lalu di tengah-tengah bantahan aktivis dan pembangkang.

ULASAN OMAK KAU:-

Daulat Tuanku atas keperitahan merasai denyutan degupan nadi rakyat yang kian terhimpit .. semoga pihak kerajaan ambil iktibar dan tindakan susulan.

PASCA TRAGEDI DUKE ... KERETA MYVI MANGSA VANDALISME


Tidak diketahui kejadian malang ini ada kaitan dan hubung kait dengan tragedi DUKE tempuh hari .. mohon tidak ada kaitan langsung dengan perbuatan jenayah yang tidak berhati perut dan bertanggung jawab ini.

SEORANG LELAKI REBAH RAKAAT KEDUA KETIKA MENGIMAMKAN SOLAT ISYAK DI SURAU

Seorang lelaki yang mengimamkan solat Isyak di Surau Abu Osman Ali Basha di Bukit Beruntung rebah dan dipercayai meninggal dunia kelmarin.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Pak Mat merupakan seorang peniaga roti canai berhampiran Apatment Teratai Bukit Beruntung telah rebah pada rakaat kedua.

Menurut saksi kejadian beliau bukanlah merupakan Imam surau tersebut tetapi pada malam itu rezekinya menjadi imam dan mungkin itu adalah satu anugerah yang hebat untuknya.

Menurut Ketua Balai Polis Komuniti Bukit Beruntung, Sarjan Rosli, mengesahkan kejadian ini ketika dihubungi.

"Lelaki tersebut telah dikejarkan ke pusat perubatan terdekat menaiki ambulans."

Menurut beliau punca kematian masih dalam siasatan dan tidak menolak mungkin kerana sakit jantung dan penyakit-penyakit lain yang sememangnya dihidapi oleh beliau
.

PRK PERMATANG PAUH 2015 TIDAK SEMERIAH DAN SERIUH PRK 2008 LALU.




Bila disebut ada lagi PRK Permatang Pauh, ramai yang terbayang keseronokan melihat suasana di sekitar kawasan itu seperti sebelumnya.

Segala-galanya berubah, dari sunyi sepi bertukar menjadi riuh rendah dengan pelbagai keadaan dan masalah sementara yang jarang ditemui.

Belum pun bermula, semuanya sudah naik - poster dan bendera parti yang dominan iaitu BN dan PKR. Ada juga parti lain yang tumpang sekaki seperti PAS dan DAP sebagai sokongan kepada PKR iaitu rakan dalam gabungan PR.

Satu lagi yang naik ialah harga rumah sewa, homestay dan ruang pejabat kosong - letak berapa pun pasti dibayar untuk dijadikan bilik operasi dan penginapan.

Ramai yang jadi orang kaya baharu jika ada rumah atau pejabat kosong. Pada masa itu, satu ruang pejabat di Bandar Sunway disewa antara RM12,000 hingga RM15,000 untuk tempoh dua minggu atau sehingga tempoh sebulan.

Rumah yang biasanya disewa antara RM300 hingga RM450 tiba-tiba melonjak menjadi RM3,000 hingga RM4,000. Macam goreng pisang panas kalau ada rumah sewa walaupun di dalam kampung.

Kalau lambat buat pengesahan atau bayar cengkeram, melepaslah jawabnya sebab orang lain ramai lagi yang menunggu.

Itu suasana pada PRK Permatang Pauh pada 2008 apabila berlaku pertembungan antara calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan calon BN, Datuk Ariff Shah Omar Shah, yang juga Adun Seberang Jaya ketika itu.

Tetapi PRK Permatang Pauh 2015 tidak seperti yang dijangkakan malah di luar dugaan dan ternyata meleset sama sekali untuk melihat suasana riuh rendah, kemeriahan dan kerancakan yang sama.

Menunjukkan personaliti memainkan peranan utama dalam menyemarakkan sesuatu pilihanraya.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...