Friday, 15 May 2015

REMAJA DIROGOL "SPIDERMAN"



Seorang remaja wanita tidak menyangka keputusannya berehat di rumah bersendirian pada waktu tengah hari turut tidak selamat apabila dirogol seorang lelaki bertopeng ala-ala ‘spiderman’, di kediamannya di Kampung Bukit Guntung, Marang, Rabu lalu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan sedang lena tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan kehadiran lembaga bertopeng tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek bukan sahaja bertopeng, malah turut memakai sarung tangan itu terus bertindak menekup mulut sebaik menyedari mangsa tersedar daripada tidurnya.

“Suspek menekup mulut mangsa bagi mengelak dia menjerit, bagaimanapun dengan kudrat yang ada, mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan dirinya.

“Namun, ketika itu juga suspek bertindak keluarkan pisau lipat lalu diacukan ke arah mangsa sebagai ugutan sekiranya mangsa masih berdegil mahu melawan sebelum merogolnya,” katanya di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa bersendirian menerusi pintu utama rumah.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan itu terus cuba hubungi ibunya yang ketika itu di tempat kerja, namun gagal sebelum mengambil keputusan menghubungi rakan baiknya dan seterusnya membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati tiada tanda kediaman mangsa dipecah masuk suspek, namun siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti identiti serta bagaimana cara suspek menceroboh masuk rumah mangsa.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan n susulan,” katanya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Thursday, 14 May 2015

NAJIB ARAHKAN SELESAI KES ADUN BANKRAP DILUAR MAHKAMAH SECARA AMAN.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta supaya kes bankrap membabitkan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail diselesaikan diluar mahkamah.

Arahan itu disampaikan dalam surat yang ditanda tangan Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

“Adalah dimaklumkan bahawa kes ini telah dibawa kepada pengetahuan Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

“Oleh yang demikian, saya telah diarahkan Y.A.B Perdana Menteri supaya Y.B Datuk dapat menyelesaikan segera perkara ini secara aman di luar mahkamah dengan kadar segera”, katanya dalam surat yang bertarikh 13 Mei 2015.

Ishak, 64, yang mewakili Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah diisytihar bankrap oleh Mahkamah Tinggi Seremban, Mac lalu.

Mengulas mengenai pengisytiharan itu, beliau memaklumkan akan mengemukakan rayuan di mahkamah yang sama pada Khamis.


Ianya dilihat lebih kepada mau menggelakkan adanya PRK ... secara atas kertas dan realiti UMNO/BN masih mampu bergaya mempertahankan DUN Lenggeng jika diadakan PRK kerana DUN Lenggeng cukup terkenal sebagai antara kubu UMNO terkuat di Negeri Sembilan, namun atas sifat mau menjimatkan dana awam dan parti-parti bertanding perlu PRK dielakkan.

EZAM DESAK MAHATHIR JAWAP ISU BAILOUT SYARIKAT PERKAPALAN ANAKNYA MENGGUNAKAN WANG PETRONAS TAHUN 1998.



Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan menuntut Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan penggunaan dana awam berbilion ringgit bagi menyelamatkan syarikat swasta milik anak bekas perdana menteri itu.

Mohamad Ezam Mohd Noor, bekas ketua Pemuda PKR yang berpaling tadah menyertai Umno pada 2008, memberitahu Utusan Malaysia, pembelian Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir pada 1998 menggunakan wang Petronas adalah antara "bailout" oleh pentadbiran Dr Mahathir.

"Transaksi yang melibatkan syarikat perkapalan milik Mirzan ketika itu yang membabitkan sejumlah ribuan juta ringgit dana Petronas secara jelas merupakan satu langkah ‘bailout’ sebuah syarikat milik swasta menggunakan dana milik awam.

"Saya masih ingat menteri kewangan ketika itu menyatakan kepada saya kebimbangan menggunakan dana awam berbilion ringgit untuk menyelamatkan syarikat swasta milik perdana menteri yang berkuasa ketika itu," kata Ezam dipetik Utusan Malaysia.

Menurut Ezam, ekoran tindakan Dr Mahathir, timbul perbalahan di antara pemimpin kerajaan ketika ia dibangkitkan dalam beberapa mesyuarat Kementerian Kewangan ketika itu.

Anwar, yang kini menjalankan hukuman penjara 5 tahun selepas sabitan kes liwat, menyandang jawatan menteri kewangan dari 1990 sehingga 1998, sebelum dipecat Dr Mahathir daripada semua jawatan kerajaan dan Umno.

Gesaan Ezam merupakan antara kritikan terhadap Dr Mahathir yang terus mengasak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berhubung kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tengku Ibrahim baru-baru ini mempersoalkan tindakan Dr Mahathir dan menggesanya mengakui kesilapan maklumat berhubung dana 1MDB yang didakwa "hilang" sehingga mencetuskan kontroversi sejak akhir-akhir ini.

Dr Mahathir sebelum ini juga menuduh keluarga Najib mengamalkan gaya hidup mewah dan memberi amaran kepada ahli Umno yang parti itu akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib tidak disingkirkan.

Pernah orang tua-tua pesan ... jika badan sendiri penuh dengan kurap, kayap dan kudis buta jangan cuba berlagak wira nak buka pekong orang lain.

ISU TAMBAH NILAI TELEFON PRABAYAR .... APAKAH PENGUMUMAN AHMAD SHABERY CHEEK SEMALAM MEMBUATKAN RAKYAT RASA TERTIPU?????



Apakah Putrajaya menipu rakyat apabila mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% ke atas perkhidmatan telefon prabayar akan dikenakan berdasarkan penggunaan?????

Pengumuman Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek semalam tidak berbeza dengan pengumuman sebelum ini iaitu pengguna tetap akan membayar cukai atas pembelian isian semula prabayar.

Pengumuman tersebut dilihat semacam menipu kerana pengguna tidak lagi menerima masa bercakap selama RM10 untuk setiap pembelian sebanyak RM10, sebaliknya, mereka hanya menerima RM9.43 sen nilai perkhidmatan untuk setiap RM10 yang dibayar.

Jika begini memang jelas tiada bezanya dengan kenaikan harga kontroversi prabayar mudah alih oleh syarikat telekomunikasi pada 1 April apabila pengguna terpaksa membayar RM10.60 untuk masa bercakap sebanyak RM10.

Semua syarikat telekomunikasi (telco) sebelum ini menyediakan masa berbual sebanyak RM10 dengan setiap pembelian isian semula sebanyak RM10, dengan menyerap cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Namun kini, tindakan mengenakan GST ke atas penggunaan bererti telco ini sebenarnya menaikkan harga isian semula dengan memberikan masa berbual sebanyak RM9.43 sahaja bagi setiap isian semula sebanyak RM10.

Oleh itu dengan menggunakan peralihan daripada cukai perkhidmatan 6% kepada GST 6% sebagai silap mata, menteri sebenarnya bersubahat dengan syarikat telekomunikasi dalam kenaikan seragam sebanyak 6%.

Perkara ini, jika dilihat secara mikro, menyalahi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, apabila telco sebenarnya mengambil kesempatan menaikkan harga mereka sempena GST, kerana dengan kenaikan harga ini, telco yang mengaut pulangan lebih RM12.8 bilion tahun lepas dijangka akan menambah pulangan mereka lagi.

Apakah kerajaan BN ingin membantu syarikat yang untung besar ini untuk mengaut untung tambahan sebanyak RM770 juta?????

Di samping itu, ia juga menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kenaikan itu dibuat serentak dan bersifat anti-persaingan.

Kabinet semalam bersetuju kadar GST ke atas perkhidmatan prabayar telefon dikenakan berdasarkan penggunaan.

Shabery juga mengumumkan kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 dengan pengguna masih mendapat nilai yang sama.

Katanya, pelaksanaan GST berdasarkan penggunaan akan berkuat kuasa sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan lagi, dan buat masa ini penggunaan akan dikenakan caj seperti biasa.

Perlunya rakyat diberikan penjelasan yang lebih jelas, telus dan menyakinkan agar rakyat tidak rasa tertipu, teraniaya dan didera dengan asakan GST.

TIDAK MAMPU DEBAT SECARA ILMIAH MAKA PENGAWAL KESELAMATAN TERPAKSA HULURKAN BANTUAN HENTIKAN UCAPAN RAFIZI RAMLI DENGAN CARA BIADAP?????.


Pergelutan kecil berlaku di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas pihak keselamatan kampus merampas pembesar suara dari Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR  merangkap Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli ketika beliau sedang berucap membalas ucapan yang terdahulu disampaikan oleh bekas Exco Pemuda UMNO merangkap Ahli Pemikir JASA Sdr Lokman Noor Adam.

Kejadian berlaku semasa forum berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA

Rafizi dan Lokman Adam diundang berucap dalam majlis itu sebagai ahli panel.

Selepas tindakan itu, mahasiswa mengebu pihak keselamatan dan cuba berhujah dengan mereka sebelum berlaku tolak menolak.

Selepas beberapa kali ditenteramkan, presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA Hanif Mahpa membatalkan acara itu.

“Jika kami teruskan forum, kami akan hadapi tekanan daripada pihak keselamatan, yang kami rasa tidak perlu,” katanya.

Seramai 300 orang menghadiri acara itu.

Mengapa pihak keselamatan hanya bertindak mencampuri dengan pelakuan kasar merampas mikrofon ketika Rafizi sedang berucap????

Mengapa sebelum ini ketika Sdr Lokman Noor Adam berucap langsung tiada gangguan????

Adakah merasakan jawapan balas dari YB Rafizi Ramli akan membuat ucapan terdahulu Lokman Adam dianggap sebagai lawak kartun yang cuba nak memperlekeh kebijaksanaan warga kampus berfikir dan menilai???

Dimana laungan yang mengatakan perbezaan pendapat dan kepelbagaian diraikan dan diberi penghormatan????

Jika dipihak yang benar mengapa perlu rasa gentar sampai terketar kepala lutut sehingga pengawal keselamatan bertindak kasar biadap merampas mikrofon????

Kalau Ahmad Maslan berjawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan I merangkap Ketua Penerangan UMNO Pusat pun gagal nak yakinkan warga siswa UiTM inikan pula individu bertaraf seperti Lokman Noor Adam yang tiada langsung ada jawatan dalam UMNO dan kerajaan sekadar Ahli Pemikir JASA.

Jika budaya dan cara begini menjadi amalan untuk sekat perdebatan sihat dikalangan warga IPTA/S maka jangan hairan jika kelompok terpelajar dan berilmu dan bermaklumat tolak UMNO/BN pada PRU 14 nanti.

PERINTAH PENGHUKUMAN MAHKAMAH TINGGI SEREMBAN ISYTIHARKAN ADUN LENGGENG WARGA BANKRAP.



Jatuh hukum 18hb Mac 2015 lalu .. kira-kira dua bulan .. mengapa pihak DUN Negeri Sembilan tidak maklumkan kepada SPR?????

Kini sudah mula kedengaran diakar umbi Dato' Ishak Ismail dipanggil Sahak Bankrap.

Kerajaan negeri bersedia dengan apa jua keputusan terhadap rayuan Adun Lenggeng, Datuk Ishak Ismail yang diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Seremban, Mac lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Ishak sudahpun mengemukakan rayuan berhubung perkara tersebut.

“Kita tunggu sehingga rayuan didengar dan apa saja keputusan, kita terima.

“Setakat ini, kita tidak buat apa-apa sebab rayuan sudah difailkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kemungkinan akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dun Lenggeng berikutan pengisytiharan bankrap terhadap Ishak.

Ishak, 64, diisytiharkan muflis oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah pada 18 Mac lalu setelah dia gagal untuk membayar pinjaman kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Misran Sukadi.

Seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan apabila diisytiharkan muflis.

Sementara itu, Ishak ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Menurutnya, perintah mahkamah itu diterimanya 27 April lalu.

“Peguam saya telah menghantar permohonan untuk mengenepikan keputusan tersebut dan ia akan didengar di Mahkamah Tinggi pada Khamis,” katanya.

KETIKA PULAU PINANG DAN TERENGGANU SUDAH IKUT JEJAK LANGKAH JOHOR SERAPKAN GST, NEGERI SELANGOR PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI MASIH LAGI DI PERINGKAT KAJIAN.



Kerajaan Selangor masih menjalankan kajian untuk mengecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi setiap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di negeri itu.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU) menjalankan kajian dan semakan impilikasi kewangan jika kerajaan negeri menyerap GST.

Katanya, kerajaan juga akan menulis surat kepada Kementerian Kewangan bagi memohon pengecualian GST untuk setiap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kita membincangkan perkara ini dan kerajaan negeri akan menulis surat kepada Kementerian Kewangan memohon pengecualian GST untuk perkhidmatan kerajaan,” katanya selepas Program Luncheon Talk Ulasan Buku “Khalifah Umar Abdul Aziz” pada Rabu.

Azmin berkata, Selangor mempunyai 12 PBT menyebabkan kerajaan negeri perlu melakukan penelitian implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung sebelum sebarang keputusan dibuat berbanding Pulau Pinang yang hanya dua PBT.

Pada Isnin lalu, Kerajaan Pulau Pinang dan Terengganu mengikut jejak langkah Johor apabila mengumumkan menyerap GST bagi semua perkhidmatan kerajaan.

Menerusi serapan GST itu, Kerajaan Johor menanggung sebanyak RM3 juta setahun, Terengganu (RM1.6 juta) dan Pulau Pinang sebanyak RM21.4 juta.

Jumlah itu dibayar balik oleh tiga kerajaan negeri itu kepada Jabatan Kastam.

Pergh!!! Ini dinamakan pemimpin hebat dan cekap.. jenis akur seperti laungan slogan .. akan lakukan apa sahaja demi mempedulikan rakyat.

Itu hari di Kuala Kubu Bharu ketika berucap pada Majlis Penyampaian Borang Notis 5A di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, bukan main kencang sembang kata rizab Negeri Selangor melonjak naik RM3.6 billion


"Rezab yang besar tidak membawa apa-apa makna sekiranya rakyat tidak mendapat manfaat darinya. Jadi ia dikeluar dan diterjemahkan dinikmati rakyat,” .

Bila nak serapkan GST nak buat kajian terelebih dahulu memikirkan implikasi kewangan pula.

Walaupun Pulau Pinang hanya ada 2 PBT tetapi jumlah yang diserap ialah RM21.4 juta ...

Kalau dengan rakyat pun nak berkira .. apa guna slogan RAKYAT DIPEDULI.


Apa-apa pun HIDUP AZMIN ALI!!!! ... WE LOVE AZMIN ALI!!!! .. APA LAGI RAKYAT SELANGOR MAU!!!

Wednesday, 13 May 2015

ADUN LENGGENG NEGERI SEMBILAN DIISYTIHARKAN MUFLIS OLEH MAHKAMAH TINGGI SEREMBAN.



ADUN UMNO Lenggeng, merangkap bekas Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi, yang berkemungkinan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

Bagaimanapun, difahamkan pemimpin veteran Umno Negeri Sembilan itu merayu terhadap status tersebut.

Difahamkan Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan status Ishak itu hari ini.

Perintah mengisytiharkan Ishak muflis telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac dan Ishak dikatakan menerima perintah itu bulan lepas.

Seseorang wakil rakyat hilang kerusinya selepas diisytiharkan muflis.

AKHIRNYA AHMAD MASLAN SEDAR DIA ADALAH MANUSIA PALING DIBENCI SEKALI DALAM NEGARA KETIKA INI.



Ahmad Maslan mengakui beliau menjadi orang paling dibenci di negara ini sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Namun, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau sanggup mengetepikan kritikan dan cemuhan itu demi kebaikan negara.

Katanya, beliau sudah lali dengan cemuhan dan kritikan terutama di media sosial termasuklah cemuhan yang mengatakan wajahnya seperti najis babi.

“Saya Ahmad Maslan, orang paling dibenci di Malaysia disebabkan GST.

“Dalam kalangan mereka, ada yang mengelarkan muka saya seperti najis seekor babi. Walhal najis babi itu merupakan perkara yang paling tidak digemari dalam Islam.

“Namun, saya telah lali dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kerana saya tahu apa yang saya lakukan adalah perkara yang betul untuk negara,” katanya di majlis Seminar Pematuhan Kualiti Produk di Tama Teknologi Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan menasihatkan orang Melayu mencontohi kualiti yang ada pada peniaga-peniaga Cina.

Beliau berkata, peniaga Cina lebih bekerja keras dalam menjalankan perniagaan berbanding peniaga Melayu yang kerja separuh jalan.

“Orang Melayu perlu mencontohi Cina untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka (peniaga Cina) bekerja keras, untuk kami (orang Melayu) kadang-kadang, kami kerja separuh jalan,” katanya.

PESERTA HIMPUNAN BATAL GST YANG MENDAKWA DIUGUT UNTUK DIROGOL OLEH ANGGOTA POLIS KETIKA DISOAL SIASAT TAMPIL MEMBERI KETERANGAN DI IBU PEJABAT POLIS KUALA LUMPUR (IPPKL)



Seorang peserta himpunan #BatalGST, Maisara Amira, 21, mendakwa diugut untuk dirogol oleh polis ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 1 Mei lalu, hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL).

Maisara yang hadir bersama peguamnya, Michelle Yesudas turut memaklumkan kes tersebut sedang dalam siasatan.

Semalam, dalam satu sidang media di pejabat Empower, Maisara mendakwa diugut dua kali untuk dirogol oleh polis ketika disoal siasat kerana menyertai himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 Mei lalu.

Katanya, polis yang mengugutnya itu disyaki anggota dari Cawangan Khas kerana tiada tanda nama dan seragam yang dipakai lelaki itu.

Berikutan itu, kata Maisara, dia menuntut kesnya disiasat di balai polis berlakinan dan bukannya anggota di IPD Dang Wangi kerana bimbang berlaku salah guna kuasa dan ketidakadilan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitternya semalam berkata seramai enam saksi telah dirakam malah mengesahkan kes tersebut disiasat oleh pegawainya dari IPKKL.

“Kes Maisara – Disiasat oleh Peg dr @PDRMsia IPK KL dan 6 percakapan saksi telah dirakam. Kami masih menunggu Maisara utk beri kerjasama,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan bukan kerajaan bagi hak wanita meminta satu siasatan bebas diadakan terhadap dakwaan Maisara Amira mengenai ugutan rogol ke atasnya yang didakwa dilakukan oleh seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wang.

Menyokong tindakan Maisara untuk tampil, kumpulan berkenaan berkata ia merupakan dakwaan serius yang memerlukan siasatan telus.

Pertubuhan Bantuan Wanita dan bekas Pengarah Eksekutifnya, Ivy Josiah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kepakaran untuk menyiasat kes ini menerusi Unit D11 Bukit Aman.

Dalam masa yang sama beliau turut menggesa Unit D11 (Siasatan seksual dan kanak-kanak) untuk campur tangan dan bersuara berhubung isu berkenaan.

“Sudah 10 tahun sejak unit itu ditubuhkan dan saya masih ingat. Apa yang paling penting ialah unit ini perlu menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bebas polis.

“Sekiranya ia ditubuhkan, pada pendapat saya Maisara dan bapanya pasti akan yakin dengan siasatan yang dijalankan.

“Malah, kami turut menggesa unit itu untuk tampil dan memandang serius berhubung kes ini dan menyiasatnya dengan telus,” katanya dalam satu sidang media semalam.

SEBUAH PARTI BARU PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) AKAN DITUBUHKAN OLEH KADIR SHEIKH FADZIR JUMAAT INI????



Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada Jumaat ini, difahamkan menubuhkan sebuah parti politk baru dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Majlis Pelancaran Parti Ikatan akan diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses, Jumaat jam 8.30 pagi 15hb Mei 2015.

Parti baru ini dikatakan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada mewujudkan perpaduan rakyat Malaysia berpaksikan amanat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Bapa Kemerdekaan negara. Ianya lebih kepada sambung usaha pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu seperti Bapa Kemerdekaan Malaysia yang amat pentingkan perpaduan.

"Sekarang saya tengok perpaduan sudah jadi benda kecil dengan timbulnya banyak isu perkauman dan keagamaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Parti Ikatan yang diadakan di hotel Palace of The Golden Horses, dekat sini, Khamis.

Ikatan difahamkan akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Parti Ikatan dikatakan  menyasarkan keahlian seramai 500,000 hingga satu juta dalam tempoh setahun dan yakin akan menjadi parti terbesar dalam tempoh lima tahun penubuhannya..

Abdul Kadir sebelum ini berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan selama 30 tahun telah mengumumkan keluar dari UMNO pada 19 Mac 2012 yang lalu.

Tidak diketahui mesra kelompok manakah Iktan nanti sama ada mesra PR atau pro BN.

AHMAD AWANG AKAN BUAT KEPUTUSAN ESOK SAMA ADA BERTANDING JAWATAN PRESIDEN PAS LAWAN HADI AWANG.



Ahli veteran PAS yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Ahmad Awang akan membuat keputusan esok sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan tertinggi pada pemilihan kepimpinan parti itu bulan depan menentang Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.

"Esok adalah hari terakhir, di mana saya perlu memberikan jawapan saya sama ada saya bertanding atau tidak.

"Oleh itu, mari kita tunggu esok di ibu pejabat PAS. Hanya selepas itu saya boleh memberi jawapan saya, sama ada ya atau tidak, " kata Ahmad Awang.

Kena terima hakikat betapa diatas kertas, jumlah pen­calonan yang tinggi diterima TGHA bagi jawatan Presiden PAS  memberi isyarat majoriti akar umbi masih mahukan golongan ulama untuk terus menerajui parti.

Pencalonan itu menunjukkan hampir mustahil untuk jatuhkan TGHA sebagai penyandang Presiden. Akar umbi tetap mahukan ulama serta pendekatan asas dalam PAS diterjaui TGHA dikekalkan.

Pencalonan bagi pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan TGHA menerima 99 pencalonan bagi jawatan Presiden manakala pencabarnya, Datuk Husam Musa serta Ahmad Awang masing-masing menerima lapan serta lima pencalonan.

Pandangan peribadi Omak Kau tanpa ada perasaan prejudis, bahawa kita kena pertimbangkan hasrat akar umbi secara semasak-masak dan mendalam sebelum membuat keputusan sepenting ini dengan mengambil kira suara akar umbi dari jumlan pencalonan diterima. Kalau kita nak bertanding sekadar nak kacau daun dan uji pasaran sahaja tak ada gunanya.

RUPA-RUPANYA ZAM INI SEMBANG KENCANG TETAPI HATI KECIL PENAKUT.


Ingatkan hebat sangat dengan tulisan garang macam singa lapar .. rupa-rupanya jenis tikus mondok penakut nak mampos.
Akhirnya tembelang sudah pecah apabila bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendedahkan beliau disiasat di bawah Akta Hasutan pada 18 Januari lalu, menyatakan sebab beliau berhenti menulis tentang politik buat seketika dalam blognya.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, beliau disiasat polis berhubung posting di blog miliknya pada 6 Disember 2014 bertajuk "Hakim-hakim menunggu hasil rundingan kes liwat Anwar. Akibat negara tidak di bawah pimpinan dynamic dan inspiring."

"Saya mengambil keputusan untuk mengumumkan perkara ini hari ini kerana ramai beranggapan saya tidak berpegang kepada janji untuk tidak lagi menulis politik semasa.

"Keputusan yang saya buat itu adalah kerana tidak mahu lagi fikiran saya terganggu dengan apa-apa tekanan dan juga kerana menimbang keterbatasan kewangan saya untuk membuat pembelaan diri," kata Zam di dalam blognya zamkata.blogspot.com.

Sebelum ini, Zam cuma berkata tidak akan lagi menulis hal politik di blognya kerana kecewa dituduh mempunyai "sandaran" meskipun bergerak secara bersendirian.

"Setelah menimbang dari semua aspek, kepentingan, kedamaian dan ketenteraman jiwa dari ugutan, tekanan dan pencemaran nama pada hari tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada penulisan politik semasa  yang  menjadi pengisian utama blog zamkata sejak dilancarkan pada 8 Ogos 2012," katanya.

Zam berkata beliau tidak berniat mencari publisiti dengan mengumumkan siasatan polis itu, tetapi sekadar menjawab pertanyaan pelbagai pihak yang menuduhnya tidak memenuhi janji selepas aktif menulis hal politik semasa.

"Ramai kawan dan lawan bertanya kenapa saya kembali menulis hal politik semasa sedangkan saya mengumumkan untuk berhenti. Lebih ramai yang bertanya dalam keadaan sekarang apabila tulisan saya menimbulkan kontroversi politik.

"Maka itu, biarlah saya jelaskan sebabnya saya rahsiakan kira-kira 3 bulan, tidak sahaja kepada orang ramai tetapi juga kepada anak isteri, keluarga terdekat dan orang-orang yang paling rapat dengan saya," katanya.

Zam bagaimanapun berkata beliau tetap bersangka baik terhadap polis kerana hanya menjalankan tugas mereka dengan profesional dan bukan "barua" Umno seperti yang dituduh sebelum ini.

"Saya membuat kenyataan rasmi ini setelah saya yakin dari pengalaman saya sendiri, apa pun anggapan buruk terhadap Polis Diraja Malaya (Malaysia), tetapi saya menganggap PDRM seberapa daya upaya menjalankan tugas mereka dengan profesional dan bukan atas sentimen atau prejudis politik.

"Mereka bukanlah barua Umno seperti yang dituduh seorang yang takbur dan lupa daratan," katanya, dipercayai merujuk kontroversi dicetuskan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali baru-baru ini, yang mempersoalkan samada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar merupakan "barua" Umno.

Tuesday, 12 May 2015

WAJAH PELAJAR KOLEJ MAUT DIPUKUL SENIOR



Seorang pelajar sebuah kolej di sini maut selepas dipercayai dipukul seorang pelajar senior tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu jam 12.00 malam, Mohd Nor Akram Zime, 16, dipukul dua kali di leher kanan sehingga tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Daerah Bachok oleh guru kolej berkenaan.

 Bapa mangsa, Zime Yaakob, 49 berkata anak keempat daripada tujuh beradik itu belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang sebelum berpindah ke kolej itu kerana mahu dekat dengan keluarga.

Katanya, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu jam 1.00 pagi apabila menerima panggilan daripada pihak kolej. "Namun belum sempat saya keluar, pihak polis tiba di rumah memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia dan sebaik tiba di hospital barulah kami mendapat tahu anak meninggal akibat dipukul rakan," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, dekat sini, hari ini.

Zime berkata, mayat anaknya itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampungnya, di Kampung Gelam, Pasir Puteh selepas solat Asar, tadi. "Saya reda dengan apa yang berlaku dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang," katanya.

 Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata pihaknya sudah menahan pelajar senior terbabit jam 12.00 tengah hari tadi untuk membantu siasatan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

KOLEKSI FOTO LORI ANGKUT BABI TERBALIK

Kemalangan berlaku di Parit 11 Pasir Panjang, Sekinchan Klang.

SPRM DIARAH BAYAR KEPADA KELUARGA MENDIANG TEOH BENG HOCK RM600,000 DAN RM60,000 KOS SETELAH MENGAKU CUAI MENYEBABKAN KEMATIANNYA ENAM TAHUN LALU.



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan membayar RM600,000 kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock selepas mengaku cuai sehingga menyebabkan kematiannya enam tahun lalu.

Peguam Gobind Singh Deo berkata, SPRM yang juga defendan dalam kes tuntutan saman itu turut diarahkan mahkamah untuk membayar RM60,000 sebagai bayaran kos.

Katanya, keluarga Teoh setuju dengan bayaran ganti rugi tersebut dan mereka berdiri teguh dengan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Mereka juga menuntut polis membuat siasatan lanjut dan membawa individu yang bertanggungjawab ke mahkamah, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ini merupakan kemenangan besar kepada keluarga Teoh. Selepas 6 tahun memperjuangkan hak perundangan, mereka sekarang menerima pengakuan SPRM dan kerajaan yang bertanggungjawab di atas kematiannya.

"Kami akan terus mendesak polis bertindak dalam kes ini. Kami sudah melakukan segala yang mungkin dari segi undang-undang. Sekarang terpulang kepada polis melakukan apa yang perlu dan kami tidak akan berhenti menegakkan keadilan untuk Teoh," katanya.

Keluarga Teoh menyaman 10 anggota pegawai SPRM dan kerajaan Malaysia kerana cuai dan menggunakan kekerasan semasa mendiang dalam tahanan sehingga menyebabkan kematiannya pada tahun 2009.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong itu berkata, pihaknya mewakili Biro Guaman Nasional DAP mengambil kes Teoh secara percuma (pro bono) dan tidak mengambil sebarang bayaran daripada keluarga itu.

"Ini juga merupakan arahan daripada mendiang Karpal Singh, sebagai menghormati khidmatnya dalam kes ini sebelum beliau meninggal dunia tahun lalu," katanya.

Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu mengetepikan keputusan koroner dalam inkues sebelum ini apabila memutuskan kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri, sebaliknya “seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya”.

Teoh yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, merupakan pembantu kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah daripada DAP.

Mendiang sebelum itu dipanggil ke pejabat SPRM bagi merekodkan keterangan atas dakwaan salah guna dana awam ke atas majikannya.

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga dibentuk, yang memutuskan Teoh tidak dibunuh, sebaliknya membunuh diri kerana taktik soal siasat yang agresif digunakan 3 pegawai SPRM.

RCI itu bagaimanapun hanya memberi tumpuan kepada prosedur soal siasat SPRM dan bukannya menyiasat kematian Teoh.

HADI SETUJU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI SEHINGGA HABIS PENGGAL


Desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan adalah tindakan sia-sia, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juta menganggap desakan itu sebagai perbuatan memalukan kerana Najib dipilih menerusi sistem demokrasi.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Najib perlu meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri kerana beliau dipilih menerusi sistem yang adil.

“Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya,” katanya yang dilaporkan berkata demikian di Kuala Terengganu.

Hadi turut bersetuju dengan kenyataan Najib yang tidak akan meletak jawatan selagi mendapat sokongan dan mandat daripada rakyat.

“Saya bersetuju dengan beliau (Najib) tidak perlu meletak jawatan. Saya mesti katakan bahawa beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya,” katanya

Tambah Hadi, desakan untuk Perdana Menteri meletak jawatan adalah perkara biasa dan turut berlaku kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Ini bukan perkara baharu. Sebelum 1MDB, kita juga berhadapan dengan masalah Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sekadar menyebut beberapa nama,” katanya.

TUDUH ROSMAH BERLAGAK SEPERTI PM PEGAWAI KHAS NAJIB BIDAS MAHATHIR.



"Pernahkah Datin Seri Rosmah Mansor mempengerusikan mesyuarat kabinet? Pernahkah beliau menasihati Yang di-Pertuan Agong?" Itu antara persoalan ditanyakan pembantu perdana menteri Rizal Mansor sebagai reaksi kepada kenyataan Tun Dr Mahathir semalam.

Kata Rizal, memang ada pihak tertentu mendakwa Rosmah berkelakuan seperti perdana menteri namun beliau tidak melihat ada kebenaran pada tuduhan berkenaan.

"Justeru, tolong beritahu saya, pernah tak beliau (Rosmah) menghadiri mesyuarat kabinet atau mempengerusikannya?" katanya hari ini.

Semalam Dr Mahathir sekali lagi mengkritik Rosmah yang dikaitkannya dengan gaya hidup mewah.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau didatangi oleh pelbagai ramai kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Najib.

Menurut Rizal Rosmah juga tidak pernah memberi sebarang arahan kepada mana-mana menteri atau ketua setiausaha sesebuah kementerian.

Begitu juga, kata Rizal, Rosmah tidak pernah menasihati Agong seperti tugas rasmi seorang perdana menteri.

AKHIRNYA TABUNG HAJI MENGAKU BELI TERBITAN SUKUK BANDAR MALAYSIA SEPERTI DIDEDAHKAN NAIB PRESIDEN PAS TUAN IBRAHIM TUAN MAN.


Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menjelaskan bahawa pelaburannya dalam Terbitan Sukuk Bandar Malaysia pada Februari 2014 dibuat kerana ia adalah pelaburan terjamin.

Sukuk berkenaan bersandarkan beberapa bidang tanah di Bandar Malaysia dengan liputan jaminan sekurang-kurangnya 1.67 kali, kata Ketua Pegawai Pelaburannya Abd Kadir Sahlan dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Kadir berkata sukuk itu telah diterbitkan untuk membiayai pembinaan kemudahan penggantian berhubung penempatan semula kemudahan pangkalan Tentera Udara Sg Besi.

Jumlah pelaburan TH, dalam dua bahagian Sukuk tersebut, ialah RM920.8 juta, dan akan menjana hasil, masing-masing sebanyak 5.85 peratus dan 6.05 peratus bagi tujuh dan 10 tahun.

Pada akhir tempoh pelaburan, TH akan menerima hasil berjumlah RM1.55 bilion dengan keuntungan sebanyak RM626.5 juta, kata Abd Kadir.

Walau pun jumlah yang diakui itu jauh lebih rendah apa yang didedahkan oleh Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ahad lalu iaitu RM1.6 billion namun cerita pembelian tersebut adalah sahih.

RUPA-RUPANYA MAHATHIR BUKAN PERGI MENGERJAKAN UMRAH SEBALIKNYA KE KUWAIT HADIR SUATU FORUM SEBAGAI PEMBICARA UTAMA????.



Aduhhh!!!! Mati-mati ingat Tun Dr Mahathir Mohamed menggunakan jet peribadi mau mengerjakan umrah sebaliknya dijemput sebagai tetamu VVIP ke Kuwait dalam suatu forum bertajuk " LEADING ORGANIZATIONS IN A CHAOTIC ENVIRONMENT"  " Distict Practices, Sucess Stories" mulai 1 hb Mei hingga 12 Mei 2015 anjuran Gulf Leaders Summit dimana beliau adalah pembicara utama.

Kalau diikutkan kepada tajuk forum memang layak amat pun Tun Mahathir menjadi pembicara utama sebab pakar membuat suasana politik tanah air menjadi huru-hara.

Jadi cerita mengerjakan umrah adalah rekaan semata-mata sehingga ZAM bekas Ketua Pengarang Utusan jemput rakyat sama-sama berdoa dengan Tun Mahathir semasa berada di Makkah mengerjakan umrah agar Najib turun dari kerusi Perdana Menteri. Seolah-olah digambarkan Tun Mahathir ke Makkah semata nak berdoa depan Kaabah agar Najib lembut hati nak letak jawatan.

Teruk juga perangai dan sikap serta hati yang dimiliki oleh seorang mantan Menteri Penerangan ini .. langsung tidak terang hatinya .. mungkin sudah terlalu lama mengemudi Utusan kot maka peel buruk itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini.

MOHON MAHATHIR DAN KUNCU-KUNCUNYA JANGAN TERASA



Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata "orang luar" Umno cuba mengadu domba dan memecah-belahkan parti Melayu itu dan ingin melihat pemimpin dan ahli mereka rasa "gelisah".

Berucap merasmikan ulang tahun Umno ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, malam tadi, perdana menteri berkata mereka yang terbabit dalam usaha memecah belahkan parti itu bukanlah individu yang mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap Umno.

"Hari ini kita sambut tarikh lahir kita... mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini antara yang terbaik yang pernah kita lakukan selama ini, kenapa? Kerana di luar macam-macam cerita, rekaan oleh pihak-pihak yang ingin melihat kita berpecah, adu domba antara kita, meracuni pemikiran kita menyebabkan kita gelisah.

"Mereka bukan orang yang sayang dan cintakan parti, hari ini saya lihat kematangan Majlis Tertinggi kerana seia sekata dengan kata-kata, bulat manis setinggi kata, mereka mahu melihat pucuk pimpinan, presiden dan timbalan presiden seiring dalam mentadbir," kata Najib.

Beliau berkata, penyatuan yang ditunjukkan dalam mesyuarat anggota Majlis Tertinggi yang berlangsung petang tadi juga adalah isyarat kukuh membuktikan pemimpin dan ahli Umno bersatu padu sehingga peringkat akar umbi.

"Ini juga harapan saya, semoga kalau kita ada pemimpin yang serasi, percaya mempercayai, maka sudah tentu ini akan jadi isyarat jelas.

"Kalau di atas kukuh, sudah tentu di bawah akan padu dalam semangat dan ikatan sebenar," katanya.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pengkritik utama Najib dan mengatakan jika beliau terus memimpin Umno, Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir dalam kritikannya menyentuh pelbagai isu termasuk syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mengungkap sejarah penubuhan Umno, dalam ucapannya, Najib menyeru agar komuniti Melayu di dalam negara ini terus bersatu.

"Sebab itu malam ini kita pilih Melayu bersatu sebagai tema hari ulang tahun Umno.

"Berdiri saya di sini sebagai presiden Umno tema saya juga Melayu bersatu, saya percaya inilah mesej yang ternilai bila kita berhimpun malam ini," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui, perkara itu sukar untuk dilaksanakan sekiranya ahli Umno tidak mengutamakan parti tersebut.

"Kita sebut bersatu itu mudah, nak mengamalkannya, menghayatinya mungkin lebih sukar.

"Tetapi boleh jadi kenyataan kalau niat hati kita tak lain tak bukan kita bukan penting, Umno lebih penting. Kalau kita berjaya parti kita itulah harapan kita, pemimpin boleh pergi boleh datang, tetapi kalau parti masih kuat, perjuangan boleh diteruskan," tambahnya.

"Saya kata kuat bererti kita mesti ada kuasa, kalau kita parti tanpa kuasa tiada erti semuanya".

Beliau turut mengakui, peredaran zaman menjadi penghalang utama, dan Umno perlu selari dengan peredaran zaman untuk menjadikannya sebuah parti yang kekal relevan.

"Persekitaran mencabar, lebih menguji kaedah kita, umpamanya penyebaran maklumat, termasuk fitnah dahsyat melalui media sosial dan online melihatkan persekitaran baru...persepsi lebih penting daripada realiti.

"Walau apa juga persekitaran, Umno mesti mampu sesuaikan diri, jadi parti relevan pada masa kini dan masa hadapan," katanya.

Jelas sekali suasana jamuan malam tadi menunjukkan yang Najib Razak masih mempunyai sokongan kuat dari ahli-ahli UMNO yang memiliki jawatan dalam parti tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh para penggiat media sosial pendakap Tun Dr Mahathir.

Jika ianya kuat maka kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO turut kuat dan gagah dan seterusnya suara-suara desakan mau beliau undur diri letak jawatan tidak mendapat tempat dihati ahli-ahli parti yang mempunyai jawatan dalam parti .. UMNO bangun jatuh walaupun mempunyai lebih 3 juta ahli namun segi realitinya ditentukan oleh para pemegang jawatan dalam parti sama ada diperingkat Majlis Tertinggi, Bahagian maupun Cawangan .. mereka inilah yang menguasai pemikiran dan sokongan ahli diperingkat akar umbi.

SEMENJAK MENJADI PENGERUSI TABUNG HAJI 2 TAHUN LALU TIDAK PERNAH GUNAKAN KEDUDUKAN ITU UNTUK BERPOLITIK KATA AZEEZ RAHIM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku beliau tidak menggunakan kedudukannya dalam Lembaga Tabung Haji (TH) untuk bermain politik.

Sejak dilantik sebagai Pengerusi TH pada 1 Julai 2013, Azeez berkata matlamatnya hanyalah satu iaitu bekerja untuk ummah.

Sehubungan itu, beliau merayu orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa beliau menggunakan kedudukkannya untuk berpolitik.

“Saya merayu jangan terpedaya dengan dakyah permainan politik. Saya tak pernah bermain politik dalam TH.

“Sejak jadi pengerusi TH pada 1 Julai 2013, saya buat untuk semua untuk ummah dan tidak berfikir untuk bermain politik,” katanya selepas menghadiri perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Baling itu berkata, isu TH telah dibincangkan dalam mesyuarat UMNO dan diterima baik oleh MT.

“Di dalam MT, saya sudah buat penjelasan pada semua rakan-rakan dan Alhamdulillah mereka terima dan beri pandangan yang membina,” katanya.

Azeez juga menegaskan tidak ada unsur kerugian dan penipuan dalam jual beli tanah 1MDB.

Katanya, banyak pihak yang berminat untuk membeli tanah TH di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1MDB dengan harga RM188.5 juta.

Beliau menegaskan, buat masa ini TH sedang menyediakan proses tender terbaik bagi pihak yang berminat membeli tanah itu.

TH membuat keputusan menjual balik tanah yang dibeli daripada 1MDB atas nasihat oleh Najib, selepas kontroversi pembelian yang dikaitkan dengan cubaan untuk ‘bail out’ 1MDB.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang memetik laporan The Edge sebelum ini mendakwa nilai tanah yang dibeli TH hampir sama nilai hutang yang perlu dibayar 1MDB dalam tempoh terdekat.

Monday, 11 May 2015

PEJABAT TABUNG HAJI CAWANGAN KANGAR MENJADI MANGSA KHIANAT?????


Mendapat khabar bahawa pejabat Tabung Haji Cawangan Kangar, Perlis telah menjadi mangsa khianat orang yang tidak bertanggung jawab apabila pintu cerminnya pecah akibat dibaling dengan objek keras dipercayai batu.

Tidak dapat disahkan sama ada kejadian khianat ini ada hubung kait dengan pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji yang kini kuat diperkatakan oleh rakyat jelata.

Ini dinamakan apabila emosi menguasai diri ... bertindak ikut bisikan hati tanpa perlu ditapis terlebih dahulu oleh akal yang waras.

Mohon pihak Tabung Haji memberikan respon mengenai gambar diatas demi pencerahan dan kebenaran.

HASRAT TUN MAHATHIR DAN KUNCU-KUNCU MAU MELIHAT NAJIB DAN MUHYIDDIN BERBALAH BERKECAI.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan hubungan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sesekali dapat dipecahbelahkan.

“Kita akan selalu bincang hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada pada keadaan selesa dan kukuh supaya tiada pihak cuba memecahbelahkan kita, terutama sekali saya dengan timbalan presiden,” katanya.

Najib berkata hasil perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin pagi tadi didapati kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada pada tahap kukuh.

“Jadi kalau ada apa-apa berita khabar angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini maka kecewalah mereka yang menyebar berita-berita palsu tersebut,” katanya.

Najib tidak merujuk secara langsung pihak itu.

Namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa keseluruhannya anggota MT telah menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Zainuddin juga berkata presiden Umno itu mungkin diberitahu secara ikhlas dan sopan berhubung perkara itu dalam mesyuarat MT hari ini.

Muhyiddin sebelum ini dispekulasi banyak pihak sedang mengintai peluang menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad bahawa Muhyiddin pilihan paling sesuai menjadi peneraju negara, walaupun bukanlah yang terbaik.

elain kenyataan tegas Muhyiddin dalam isu 1MDB, dakwaan “konspirasi Milan” antara Muhyddin dan dan beberapa pihak di Itali juga menguatkan khabar angin itu.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, antara nama dikaitkan, bagaimanapun menafikan bertemu Muhyiddin di negara Eropah itu bagi merangka pelan mengetepikan Najib.

KATA-KATA SIDIRAN TAJAM LAGI PEDAS TETAPI TEGAS DAN JELAS NAJIB TUJUKAN KEPADA PARA PENGKRITIKNYA TERUTAMANYA TUN MAHATHIR??????



"Saya sedar akan tohmahan dan kritikan yang dilemparkan ke arah kepimpinan kini. Mandat yang diberikan kepada saya adalah melalui proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat serta anggota UMNO seluruh negara. Setiap pemimpin menghadapi cabaran berbeza, tidak terkecuali saya. Saya tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan. At the end of the day, this struggle is not about me, it is for the nation."

Suatu kata-kata sindiran pedas tetapi jelas dan tegas pada fikiran Omak Kau ditujukan kepada Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya sejak kebelakangan ini cukup nyaring berkokok desak Najib letak jawatan.

JIKA DIFIKIR SECARA MIKRO DAN IKUT HUKUM AKAL LOGIK APA YANG DIPERKATAKAN OLEH NAJIB INI MEMANG BENAR, BAHAWA DIRINYA SEBAGAI PERDANA MENTERI DITENTUKAN OLEH RAKYAT SEMASA PILIHARAYA UMUM DAN AHLI PARTI UMNO SEMASA PEMILIHAN PARTI.

Jadi dua kelompok inilah yang berkuasa untuk menentukan kedudukkannya sebagai Perdana Menteri .. sesiapa boleh buat desakan termasuk Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya tetapi akhirnya yang mempunyai kuasa untuk melakukan sedemikian ialah rakyat dan ahli parti UMNO.


Nampaknya hasrat dan niat Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya terpaksa gigit jari kerana Omak Kau amat yakin dan percaya Najib Razak tidak akan tunduk dengan asakan dan desakan dari mereka.

Setakat ini dari sesi perjumpaan dan turun padang Najib Razak dengan ahli-ahli dan para penyokong dan pendokong UMNO masih memihak kepada dirinya.

Tidak nampak lagi akan ada suatu gelombang besar dari ahli-ahli dan penyokong UMNO menolak Najib ... cerita Najib letak jawatan ini lebih kepada kata-kata seperti anjing menyalak bukit jer walaupun sembangnya amat kencang sehingga boleh mengoncang Gunung Kinabalu.

KINI GILIRAN PENGERUSI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN SENDIRI KANTOIKAN AZEEZ RAHIM BETAPA URUSAN PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN DALAM MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.



Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin mengakui urusan pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Fatwa.

Menurutnya, penerangan mengenai urusan pembelian tanah di TRX itu dijelaskan menerusi kapasitinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Pengerusi Panel Syariah Tabung Haji bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa ketika sidang

Beliau berkata demikian dengan mengulas dakwaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata Majlis Fatwa tidak pernah membincangkan tentang pembelian 1.56 ekar tanah milik syarikat 1MDB.

“Memang betul kata Asri, saya tidak pernah timbulkan hal itu dalam Majlis Fatwa… saya tidak nafikan perkara itu.

“Ketika itu saya bercakap sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa, jadi mungkin orang salah faham, termasuk Asri,” katanya.

Terdahulu Dr Abdul Shukor ketika sidang media bersama Lembaga Pengarah TH berkata urusan jual beli tanah yang dibeli daripada 1MDB adalah sah dan mengikut syariah.

Namun Dr Mohd Asri semalam mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan memuat naik sekeping foto surat khabar.

“Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

“Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini,” tulisnya di laman Facebook.

BIAR FAKTA BERBICARA ... ANTARA ZAMAN TUN MAHATHIR JADI PM DENGAN NAJIB SIAPA MEMPERGUNAKAN DANA PENDEPOSIT TABUNG HAJI UNTUK BAILOUT???????


Dengan fakta dikemukakan diatas jemput untuk melihat, berfikir dan akhirnya menilai .. siapa yang sebenar-benarnya mempergunakan dana pendeposit Tabung Haji untuk melakukan kerja bailout????

Tahun 1998 Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) ketika itu ialah adik ipar Tun Mahathir sendiri iaitu Tan Sri Razali Mohd Ali yang suatu ketika dulu cukup kecuh riuh rendah gegak gempita seluruh negara  bagaimana wang sebanyak RM504 juta digunakan untuk beli dua buah bangunan kepunyaan Maju Holdings dipunyai oleh individu yang dikaitkan cukup rapat dengan Tun Mahathir. Dengar ceritanya Tabung Haji kerugian hampir RM236 juta .. suatu jumlah yang bukan sedikit ketika itu dan juga sekarang.

Kisah ini pernah dijaja seluruh negara oleh para pemimpin pembangkang dalam sesi ceramah mereka tetapi tidak diambiul peduli langsung oleh rakyat sebab tiadanya media sosial ketika itu .. kisah ini pernah dijadikan bahan untuk ledakkan gelombang reformasi '98.

Bandingkan dengan apa yang terjadi dengan transaksi kontroversi antara Tabung Haji dengan pembelian sebidang tanah kepunyaan 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) yang dikhabarkan tiada kerugian malahan TH mendapat untung RM6.5 juta.

Kalau dilihat sekali lalu memang jelas siapa yang mempergunakan dana TH untuk bailout.

TITAH SULTAN JOHOR YANG KERAMAT AKHIRNYA RAKYAT PULAU PINANG DAN TERENGGANU SAMA-SAMA DAPAT NIKMAT.



Pulau Pinang menjadi negeri kedua yang mengumumkan akan menyerap Cukai Barangan dan Perhidmatan (GST) yang dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) ekoran titah Sultan Johor mengarahkan kerajaan negeri itu berhenti mengutip cukai itu.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail baru-baru ini bertitah arahan perlaksanaan cukai itu "tidak masuk akal" kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar takyat dibebankan dengan cukai itu.

Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat demikian berikutan rayuan pentadbirannya kepada Putrajaya untuk mengecualikan PBT daripada GST, yang berkuatkuasa 1 April.

Kerajaan Pulau Pinang akan menyerap pelaksanaan GST yang dikenakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) berkaitan projek, perkhidmatan dan kontrak yang dijalankan oleh PBT tersebut, kata Lim.

Kerajaan juga, katanya lagi, akan menyerap GST yang dikutip dari rakyat oleh pihak berkuasa tempatan bagi kerajaan persekutuan, seperti bayaran letak kereta, sewa tanah dan bangunan.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata kerajaan negeri akan menyerap sejumlah Rm15.6 juta GST yang dikenakan oleh MBPP dan RM5.8 juta oleh MPSP.

Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan negeri Terengganu menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan PBT negeri ini berkuat kuasa serta merta.
   
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penyerapan CBP itu yang berjumlah RM1.6 juta bertujuan meringankan beban rakyat di negeri ini.
   
"Ini adalah langkah untuk memastikan amaun CBP oleh PBT tidak dikenakan kepada rakyat.
   
"Perkara ini dipersetujui pada mesyuarat Exco 22 April lepas yang memutuskan untuk menyerap CBP bagi sembilan komponen utama di bawah PBT," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, hari ini.
   
Sembilan komponen itu ialah sewaan bangunan dan premis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sewaan pasar, pajakan tanah, pajakan pasar, pajakan tempat letak kereta, sewaan kemudahan sukan, sewaan alat kelengkapan dan perhiasan, sewaan kenderaan, mesin dan jentera dan jualan borang, pelan dan dokumen.

Ahmad Razif berkata walaupun terdapat sembilan komponen, ada daerah yang menambah penyerapan CBP seperti di Kemaman yang menyerap CBP bagi jualan barangan taman rekreasi dan mini zoo, jualan tiket taman rekreasi dan mini zoo serta perkhidmatan penyelenggaraan.
   
Mereka yang sudah membayar CBP itu akan dibayar balik oleh Bahagian Kewangan setiap PBT berkenaan.
   
Terengganu adalah negeri kedua yang menyerap CBP selepas Johor yang menyerap CBP bagi semua PBT di negeri itu.

ATAS CADANGAN HADI AWANG PAS SEBULAT SUARA SETUJU KAK WAN DI LANTIK KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN GANTI DSAI.



PAS bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti.

Ketua Whip PAS Parlimen, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dicapai selepas dipersetujui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, pada Sabtu.

"Kami sebulat suara... dan cadangan Datuk Seri Hadi untuk menyerahkan (ketua pembangkang) kepada parti yang punyai majoriti.

"Sudah tentu adalah DAP adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti, oleh kerana DAP telah bersetuju serahkan kepada PKR iaitu Wan Azizah, maka kami bersetuju memilihnya untuk jadi ketua pembangkang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas status kekosongan jawatan ketua pembangkang yang masih kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun dalam kes liwat II.

Sebelum ini, pemimpin PR sepakat untuk menangguhkan pelantikan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh dahulu.

Pada PRU13 lalu, DAP memperoleh kerusi Parlimen terbanyak iaitu 38 manakala PKR kekal dengan 30 kerusi Parlimen dan Pas dengan 21 kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata lagi, keputusan itu sebagai menghormati pendirian DAP yang menyerahkan jawatan itu kepada PKR.

"PAS menghormati keputusan DAP itu selaku parti yang mempunyai kerusi majoriti dan DAP berhak untuk tentukan siapa ketua pembangkang seterusnya.

"Kalau ikut prinsip majoriti itu, DAP mempunyai hak untuk jawatan itu," katanya lagi.

KERANA POSTER INI AHMAD MASLAN BERANG NAIK ANGIN SATU BADAN.



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan CGPA 3.85 antara pemimpin UMNO paling banyak menjadi mangsa 'troll' (persenda) di Internet.

Beliau bagaimanapun tengah malam tadi bangkit mengkritik keras pelaku tindakan itu dengan menyifatkan golongan itu sebagai “bankrap modal”.

Beliau merujuk penyebaran poster di Internet yang memetiknya sebagai berkata pengkritik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan disaman.

“Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tak pernah cakap dua perkara itu.

“Orang yang suka fitnah ialah kumpulan bankrap moral,” tulis anggota Parlimen Pontian itu di Twitter.

Poster dengan dengan gambarnya turut memetik kenyataan palsunya sebagai menyebut:

“Tak mampu bayar GST duduk kat bulan!”

Ahmad antara pemimpin Umno paling gigih mempromosikan GST, termasuk di Twitter.

Beliau bagaimanapun turut dilihat sebagai pihak paling banyak dikritik susulan penjelasan-penjelasannya itu.

Sebelum ini ahli Parlimen Langkawi pernah terpalit kontroversi sama ada bergurau dengan rakannya di media sosial dengan menyarankan mereka yang tidak setuju dengan GST "tinggal di bulan".

Kenyataan Datuk Ir Nawawi Ahmad itu mengundang kritikan warga maya dan memaksa beliau memadamkan tulisan di Facebook itu.

MOHON JANGAN KETAWA ... GST UMPAMA PEREMPUAN CANTIK KATA ADUN JOHOR.



Baik punya perbandingan ... mudah rakyat faham dan hadam ... kalau ada yang masih tidak faham maka elok benar duduk di bulan bak kata Ahli Parlimen Langkawi.

Inilah contoh apabila wakil rakyat mengeluarkan kenyataan lawak kartun ... gagal untuk menawan hati dan jiwa rakyat dalam mengeluarkan pandangan dan hujah.

SUSULAN TITAH SULTAN KINI SEMUA PBT JOHOR BEBAS GST .. NEGERI-NEGERI LAIN BILA LAGI???????



PETALING JAYA: Kerajaan Johor telahpun mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu untuk tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi semua perkhidmatan kepada rakyat.

EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata, semua PBT di negeri itu telah menyerap GST bagi setiap perkhidmatan kepada rakyat selepas dua minggu cukai itu diperkenalkan, lapor The Star Online.

Katanya, berdasarkan anggaran, kerajaan negeri akan mengutip RM3 juta setahun menerusi GST yang dikenakan oleh PBT bagi perkhidmatan sewaan, bayaran meletak kenderaan, yuran proses dan menukar hak milik dan jenis kegunaan.

‘Kerajaan Negeri akan menyerap GST dan membayar balik kepada Jabatan Kastam untuk elak rakyat menanggung beban,” katanya pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-14 Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) pada Ahad.

Baru-baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menyifatkan langkah mengenakan GST terhadap perkhidmatan kerajaan sebagai tidak masuk akal.

Abdul Latif berkata, mesyuarat EXCO juga telah mengarahkan semua PBT memulangkan semula GST yang telah dikutip untuk tempoh dua minggu pertama April.

Katanya, pemintaan supaya pengecualian GST bagi semua perkhidmatan kerajaan telah disampaikan kepada Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika pertemuan UMNO dengan Perdana Menteri pada Jumaat lalu.

“Kerajaan Johor telah meminta supaya semua perkhidmatan PBT kepada rakyat dikecualikan GST dan beliau (Abdul Rahman) memberi jaminan akan membawa perkara ini dalam Mesyuarat Kabinet,” katanya.


Kalau Johor boleh lakukan tidak nampak ada sedikit pun alasan mengapa negeri-negeri lain tidak mampu lakukan.

TUN MAHATHIR PERGI MENUNAIKAN IBADAH UMRAH GUNA JET PERIBADI????????


Pergh!!!! Hebat juga mantan Perdana Menteri 22 tahun ni ek???? .. Kalau dengar ceramah dan pidato dia sejak akhir-akhir macamlah dia hidup dalam penuh kesederhanaan ... tetapi baru-baru ini pergi mengerjakan ibadah umrah dijanka balik pada 15hb Mei 2015 menggunakan jet peribadi juga bukanlah seperti rakyat lain yang naik pesawat Air Asia X ke, MAS ke, Saudi Air ke secara berjemaah.

Cakap kalau orang yang tidak digemari menyerang bukan main lagi berdentam berdentum macam nak terbelah dua langit dibuatnya .. sudah tidak menjadi Perdana Menteri pun kesana kesini masih juga dengan tabiat lama menggunakan jet peribadi.

Mahathir ini bolehlah diibaratkan seperti kata dulang paku serpih .. kata kat orang diri itu lagi. lebih.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...