Wednesday, 9 September 2015

KOLEKSI GAMBAR PENYOKONG HARIMAU MALAYA MELONTAR SUAR DAN MERCUN KE STADIUM SHAH ALAM MALAM TADI



PENYOKONG Harimau Malaya melontar suar dan mercun ke stadium menyebabkan perlawanan dihentikan pada minit ke-88, pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, Malaysia menentang Arab Saudi di Shah Alam malam tadi. 


Dipercayai suar dibaling dari sudut penyokong Ultras Malaya.


Ketika perlawanan dihentikan, Malaysia ketinggalan 1-2 selepas mendahului pada minit ke 70 melalui jaringan kapten, Safiq Rahim. Arab Saudi membalas 2 gol dengan pantas melalui jaringan Taseer Al Jassam min 72 dan Mohammed Al Sahlawi min 76.

Kita nantikan nanti apakah perlawanan yang berbaki dua minit akan disambung sebelum atau tidak. Tetapi FAM berdepan dengan tindakan tegas dari FIFA akibat kekecohan penonton ini yang menyuarakan kemarahan terhadap FAM.

Atau mungkin penyokong Harimau Malaya mengambil inisiatif sendiri bagi menghalau makhluk halus dan jin yang membantu pasukan Arab Saudi?????


Tuesday, 8 September 2015

PERGH DAHSYAT!!!!!! .... PARTI CANGKUL BELUM DILANCARKAN SECARA RASMI TETAPI NEGERI KEDAH SUDAH ADA WISMA SENDIRI?????


Sudah berbunyi diakar umbi betapa belum pernah terjadi dalam sejarah politik tanah air dimana-mana pertubuhan parti politik dalam negara ini, parti belum dilancarkan dengan rasminya tetapi sudah memiliki wisma sendiri ... bukan diperingkat pusat tetapi negeri Kedah????? ..... kalau dilihat kepada gambar-gambar diatas ternyata untuk memiliki ataupun menyewa bangunan tersebut dengan mengecat semula dengan warna jingga bukan sedikit wang dan dana di perlukan.

Nak katakan sumbangan derma dari ahli-ahli ... berapa sangat jumlah ahli Parti Cangkul kini.

Rakyat ingin melontarkan persoalan ... dari mana Parti Cangkul ini dapat wang sebegini banyak dalam sekelip mata????? ... siapa taja??? .. sumbangan dari siapa?????

Demi bersangka baik mungkin inilah cara puak-puak profesional, progresif, amanah dan peduli yang dibarisi para ulama luar biasa bertindak kot .... bertindak melangkaui masa dan zaman.

Untuk makluman wisma ini terletak di Stargate, Alor Setar, Kedah.

JUSTO DAKWA NURUL IZZAH BERMINAT BELI DATA 1MDB DENGAN MEMBAYAR USD2 JUTA (RM8.62 JUTA) DALAM BENTUK KONTRAK KERAJAAN JIKA PR BERJAYA AMBIL ALIH PUTRAJAYA NAMUN DITOLAK MENTAH-MENTAH OLEH JUSTO.



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar didakwa berminat untuk membeli data berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan itu dibuat oleh bekas kakitangan Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, 49, dalam pengakuannya.

Bagaimanapun, menurut warga Switzerland itu, Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukanlah pembeli berpotensi yang dimahukannya dan mengakui sifat tamak menguasai dirinya dengan meletakkan bayaran tunai AS$2 juta (RM8.62 juta).

Dalam pengakuan itu juga menyebut, Nurul Izzah menawarkan bayaran dalam bentuk kontrak sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya daripada pentadbiran Najib, namun Justo menolak.

Malah, Justo turut mendakwa Clare Rewcastle Brown yang merupakan Editor Sarawak Report bertanggungjawab menjadi orang tengah atau broker yang membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

“Sekitar September 2014, Clare menghubungi saya dan menjemput saya ke Bangkok dan berkata anak perempuan Anwar Ibrahim berminat dengan data itu, namun saya menolak apabila Nurul hanya mahu membayar AS$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan apabila mereka berkuasa dan saya menolak,” katanya yang dipetik daripada laporan Berita Harian.

Justo juga mendakwa Rewcastle Brown cuba mendekati beberapa pembeli lain, namun ia gagal.

LAGI GAMBAR PELANGGAN BAWA ANJING DALAM TROLI TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL ... KALI INI DIKATAKAN BERLAKU DI PASARAYA TESCO AMPANG.


Ini bukan isu perkauman tetapi lebih kepada sikap individu yang langsung tidak berakhlak dan memiliki jiwa sivik yang peka dan sensitif kepada suasana sekeliling hidup dibumi berbilang kaum dan pegangan agama.

Sebelum ini kecoh gegak gempita pasal seorang wanita Cina bawa anjing dalam troli di Pasaraya Tesco Plentong, Johor, kini dikatakan berlaku pasaraya jenama sama cawangan Ampang.

Sementara itu, Tesco Malaysia telah mengambil tindakan membesarkan saiz papan tanda larangan membawa haiwan di semua 53 pasarayanya di seluruh negara berikutan isu dua pelanggan yang membawa anjing menaiki troli di Tesco Extra Plentong Johor Bahru pada Jumaat lepas.

Menurut Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Tesco, Datuk Azlan Shah Alias, tindakan itu bertujuan bagi memastikan larangan berkenaan disedari setiap pengunjung.

“Kami sedang mengkaji untuk membuat papan tanda larangan membawa masuk haiwan ke dalam premis dengan saiz yang lebih besar, jelas dan banyak di pasar raya.

“Papan tanda sedia ada mungkin kurang mendapat perhatian orang ramai kerana saiznya tidak berapa besar dan dibuat di atas pelekat lutsinar,” katanya

SIKAP KURANG AJAR PENUMPANG LRT YANG ENGGAN ALIHKAN BEGNYA WALAPUN DIMINTA SECARA BAIK DITEMPAT DUDUK YANG DIBERI KEUTAMAAN KEPADA WARGA MAS, SAKIT, MENGANDUNG DAN IBU MEMBAWA ANAK KECIL

Nak kata apa lagi akan sikap dan gelagat yang dipamirkan oleh penumpang yang berbaju biru ini jika apa yang diberitakan ini sahih dan benar!!!!!

RANTING PAS DI CANTAS, TUNAS HIDUP SUBUR ... PRESIDEN PAS.



Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

"Dan jika mereka (lawan atau musuh kamu) cenderung kepada perdamain, maka kamu hendaklah cenderung kepadanya, dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (bagi memelihara mu). Dialah yang menguatkan mu dengan pertolongannya dan orang-orang yang beriman (bersama mu). Dan Dia (Allah) berkuasa menyatukan diantara hati-hati mereka. Kalau Engkau belanjakan apa yang ada dibumi semuanya nescaya Engkau tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana)." (Surah Al-Anfal, ayat 61 - 63)

Al-Quran adalah petunjuk yang benar sepanjang zaman daripada Allah, dan Rasulullah adalah contoh kebijaksanaan manusia pilihan Allah. Namun Allah memandu dengan hidayah-Nya apabila membawa mesej dakwah membawa rahmat dan adil kepada seluruh manusia, sama ada dalam berjamaah atau bernegara.

Di antaranya menjadikan konsep perdamaian diutama dan didahulukan, walupun terhadap musuh paling keras dan zalim, di atas asas yang sangat kukuh berkonsepkan :

[a] Thawabit (Nas yang tidak boleh diubah dan tidak boleh berganjak daripadanya)

- iaitu perkara aqidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.

[b] Mutaghayyirat (menerima perubahan dan anjal atau fleksibel)

- mengikut perkembangan situasi dan realiti, bersama kebijaksanaan yang tidak putus hubungannya dengan Thawabit.

Apabila Rasulullah SAW bersama para sahabatnya RA dihalang daripada masuk ke Mekah bagi menunaikan umrah yang diizinkan kepada semua, mengikut adat dan undang-undang masyarakat arab sejak zaman berzaman, tiba-tiba dicabul secara zalim, sehingga berlaku ketegangan yang diizinkan berperang, sampai berlakunya Bai’ah kesediaan berperang dengan tekad menang atau mati syahid.

Tiba-tiba ditawarkan perdamaian Hudaibiyyah oleh musuh yang sangat zalim dan penipu besar, dengan syarat-syarat yang sangat berpihak kepada mereka, menyebabkan majoriti para sahabat RA mahu menolak keras perdamaian yang ditawarkan itu.

Tetapi Rasulullah SAW, dengan petunjuk Allah, tetap mengutamakan perdamaian, tanpa peduli kepada syarat-syarat yang tidak adil dan kemungkinan penipuan daripada musuh.

Para sahabat pula tetap akur kerana keteguhan iman mengatasi semangat yang berkobar untuk bertindak dengan kesediaan setelah berbaiah.

Natijahnya ialah kekukuhan saf perjuangan dalaman dikalangan umat Islam sendiri yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar yang terkumpul daripada Aus dan Khazraj dengan hidayah Allah disatukan hati mereka, menambahkan lagi orang-orang yang menerima Islam dengan hidayah Allah juga.

Peristiwa ini juga menyingkirkan kalangan munafik yang bersembunyi di sebalik badan untanya, tidak layak mendapat hidayah kerana tidak ada istiqamah, hanya menjadi duri dalam daging, beriman tanpa keyakinan kepada Allah yang menjanjikan kemenangan dengan mimpi benar kepada Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman menerusi Al-Quran :

"Sesungguhnya Allah membenarkan Rasul-Nya secara mimpi yang benar, bahawa kamu dapat masuk ke-Masjid Haram (Mekah) Insyallah dalam keadaan aman." (Surah Al-Fath, ayat 27)

Tiba-tiba mereka dihalang dengan kekerasan yang hampir mencetuskan peperangan. Kalangan munafik terdedah, apabila melihat dengan nyata mimpi tidak menjadi kenyataan, tanpa menyedari perkara yang tersirat dalam ilmu Allah dan Kebijaksanaannya.

Ada pun kalangan yang beriman tetap menerima kenyataan Allah dan keputusan Rasulullah SAW walaupun tidak nampak hikmah dan tujuannya di masa itu secara spontan.

Allah menegaskan bahawa mereka masuk ke Mekah dalam keadaan aman, bukannya disekat dan diganggu sehingga kenyataan mimpi Rasullah SAW ditangguh. Rasulullah SAW menerima perintah Allah supaya mendahulukan perdamaian dengan keyakinan kefahaman kepada kekuasaan Allah yang berlaku disebaliknya.

Ada pun para sahabat pula dibayangi penipuan dengan keangkuhan yang nyata dalam perjanjian Hudaibiyyah yang dimeteraikan:

[1] Tidak dibenarkan permulaannya dengan ditulis "Bismillahirrahmanirrahim" dipaksa supaya menerima pakai ayat di masa jahiliyyah "Bismika Allahumma".

[2] Mana-mana kalangan orang Madinah yang melarikan diri ke Mekah tidak boleh diminta pulang. Ada pun orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah wajib dihantar semula ke Mekah.

[3] Muhammad dan pengikutnya tidak dibenarkan masuk ke Mekah mengerjakan umrah pada tahun ini. Umrah mereka ditangguhkan di tahun hadapan.

Akhirnya, nyatalah hikmah berlakunya janji Allah kedatangan mereka yang masuk Islam berlipat-ganda dan berduyun-duyun, serta perpaduan kalangan mereka yang ikhlas sahaja. Negara Islam Madinah makin teguh dan kuat, berakhir dengan peristiwa Fathul Makkah (pembebasan Kota Mekah).

Allah telah menjinakkan hati-hati manusia dengan kewujudan perpaduan dalaman umat Islam di kalangan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj dengan Hidayah yang tidak mungkin dicapai dengan perbelanjaan harta sepenuh bumi.

Menolak sangkaan golongan munafik dan lemah iman yang menyusup ke dalam jemaah Islam. Firman Allah:

"Berilah berita galakkan kepada orang munafik, bahawa untuk mereka azab yang sangat pedih. Mereka ialah kalangan orang yang memberi wali (kawan setia dan kepercayaan) kepada orang yang kafir bukannya kepada orang-orang yang beriman. Adakah mereka mahu mendapat kekuatan yang dapat memberi kemenangan daripada orang-orang yang kafir itu? Maka sesungguhnya kemuliaan dan keperkasaan yang memberi kemenangan itu semuanya daripada Allah." (Surah An-Nisa', ayat 138 - 139)

Maka Rasulullah SAW menolak tawaran bantuan daripada bukan Islam ketika Badar dan Uhud, di mana Islam dalam keadaan sangat lemah, sebaliknya terus bertahaluf dan boleh menerima bantuan bukan Islam selepas Fathul Makkah, di masa Islam berada dalam keadaan yang sangat kuat.

Menunjukkan mesej Islam bagi menyampaikan rahmat dan adil ketika kuat terhadap pihak yang lain, tegak di atas kekuatan sendiri. Bukan meminta dan menagih atau menumpang kekuatan pihak lain bagi kemenangan Islam, atau menipu kawan di masa lemah menendang kawan di masa kuat.

PAS wajib mengikut perjalanan ini, wajib beristiqamah dan eratkan hubungan dengan Allah, tarbiyahkan diri dengan ilmu dan iktibar pengalaman, dan ikhlaskan niat kerana keredhaan Allah demi menyelamatkan rakyat dalam negara Hidayah (petunjuk) bukan Negara Jibayah (berpijak hanya di atas duit yang dicukaikan), nescaya selamat daripada agenda tipu dalam semua pengalamannya.

Ada orang yang menuduh PAS ditipu di masa menyertai kerajaan campuran (1970) dan bersama Barisan Nasional dahulu (1974-1978), sehingga ada yang keluar parti atau menubuh parti lain.

Hasilnya pengaruh Islam masuk ke dalam semua kementerian dan jabatan kerajaan, serta institusi pendidikan yang melahirkan pelapis perjuangan lebih panjang.

Parti yang ditubuhkan kerana protes mati atau bernyawa ikan di atas tanah yang kering menunggu mati, ada yang kembali semula kepada PAS, ada yang tersungkur keluar daripada medan perjuangan.

Ada orang menuduh PAS ditipu apabila bersama Parti Semangat 46. Hasilnya, menawan Kelantan sehingga kini, sehingga berjaya melaksanakan sebahagian daripada Islam dan merancang, termasuk undang-undang syariat Allah iaitulah Qisas, Hudud dan Takzir.

Parti semangat 46 sudah mati semangatnya.

Ada orang menuduh PAS ditipu lagi kerana bersama Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat. Hasilnya menawan semula Terengganu, menguasai Kedah, memimpin Perak, walaupun seketika.

Hasilnya kebanjiran ahli baru daripada semua kalangan, khususnya penganut Islam yang menjadi tonggak politik negara dan yakin PAS tidak mampu diperkudakan oleh DAP dan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam.

Mereka yang baru masuk PAS lebih ramai daripada yang mengata PAS ditipu dan terus memeluk DAP dengan kasih sayang tanpa batas atau menubuh parti baru yang menjadi mata rantai DAP.

Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan Umno sendiri.

Tidak lagi suara menghina dan mengejek seperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempohnya.

Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah.

Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.

PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan. Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh.

Kelantan di ambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya. Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur.

Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam di masa lemah dan kuat. Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani membuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman dengan ikhlas.

Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak istiqamah di atas aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam.

Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar. Firman Allah SWT :

"Allah menurunkan daripada langit itu air hujan yang mencurah, lalu mengalir ke lembah-lembah dan mengisi air mengikut kadar keluasan masing-masing. Aliran air itu juga membawa buih yang tidak berfaedah, namun di dalam air itu ada bahan berharga (logam) yang boleh dibakar menjadi perhiasan dan barangan yang mahal harganya, di samping buih itu juga. Allah menjadikan perbandingan di antara hak dan batil. Adapun buih (yang batil) itu hanyut menghilang, dan adapun yang memberi manfaat kepada manusia tetap melekat teguh di bumi. (Begitulah Allah menyatakan perbandingannya)." (Surah Ar-Ra'du, ayat 17)

Sabda Rasulullah SAW :

"Demi Allah! Sesunguhnya Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), sehingga orang musafir yang jauh, daripada Sana'a ke Hadramaut (di Yaman) tidak takut lagi (kerana keamanan daripada pelaksanaan undang-undang Islam menentang jenayah khususnya Hudud), (melainkan takut kepada Allah dan takutkan serigala menangkap ternakannya), tetapi kamu terlalu gopoh mahukan kemenangan (tanpa Istiqamah)."

Monday, 7 September 2015

INI APA KES!!!! .... LEMBAGA ZAKAT SELANGOR NAFI TERIMA ZAKAT RM5 JUTA DARI DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG).



Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan dakwaan menerima pembayaran zakat berjumlah RM5 juta daripada Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hussin Mohd. Ali berkata, DEIG tidak pernah membuat sebarang pembayaran zakat kepada lembaga tersebut, malah hasil semakan juga mendapati tiada rekod ber­kenaan syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri itu.

“DEIG belum lagi memenuhi syarat untuk menunaikan zakat perniagaan memandangkan sya­rikat tersebut baru ditubuhkan sedangkan salah satu daripada syarat untuk menunaikan zakat perniagaan adalah cukup haul,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, Hussin me­negaskan, isu berkenaan DEIG adalah di luar pengetahuan dan tidak ada sebarang kaitan dengan LZS.

Sebelum ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Rakyat Sedar (Aras), mendakwa wang bernilai RM5 juta itu telah diagihkan kepada beberapa Cabang PKR di beberapa negeri.

WAJAH CUCU YANG TERGAMAK SEMBELIH NENEKNYA HINGGA MATI



Kuala Terengganu: Wanita warga emas maut disembelih cucu sendiri di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Mangsa, Halimah Taib, 78, ditemui dalam keadaan terlentang oleh jirannya kira-kira 9.30 pagi.

Difahamkan, penduduk kampung yang melihat kejadian itu menghubungi polis sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Suspek dikatakan beredar meninggalkan tempat kejadian sambil membawa pisau yang dipercayai digunakan untuk menyembelih warga emas itu.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar yang ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kejadian dan penahanan suspek.

BEGINILAH APABILA ALI RUSTAM SUDAH TIDAK MEMPUNYAI JAWATAN DILAYAN DALAM UMNO?????


Dulu semasa Tan Sri Dato' Seri Mohd Ali Rustam ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka jangan nak cakaplah, setiap persidangan maupun mesyuarat hatta himpunan UMNO di negeri Melaka pasti diberikan tempat dan kedudukan yang cukup hebat, kini bila semuanya itu lesap dan terbang dari tangan dilayan ala-ala kadar sahaja.

Terbaru rakaman gambar mengenai pembukaan mesyuarat UMNO Bahagian Masjid Tanah oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi .. beliau sekadar berdiri dibawah pentas utama sedangkan rasanya ada lagi tempat dipentas utama untuk beliau dijemput berdiri bersama-sama dengan barisan pemimpin utama UMNO.

Adakah terlepas pandang atau sememangnya dirancang?????? ... atau sememangnya sudah menjadi budaya UMNO dari dulu kini dan selamanya????

WAJAH MAT REMPIT YANG REMPUH PEGAWAI TRAFIK POLIS WANITA SEHINGGA MAUT



KLUANG
: Seorang pegawai penguat kuasa trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang maut akibat dirempuh Mat Rempit dalam Ops Roda/Rempit di KM58, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini awal pagi semalam.

Beliau meninggal pada pukul 12.45 tengah hari semalam di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini. Mangsa sebelum ini dilapor berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata jenazah Inspektor Margaret Tagum anak Goen, 32, telah dituntut suaminya Leon anak Bahak, 37, untuk disemad di Bau, Sarawak.

Kejadian berlaku pada pukul 2.40 pagi ketika Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis.

Seorang daripada sekumpulan Mat Rempit yang datang dari arah Mersing menuju bandar Kluang telah merempuh pegawai tersebut ketika mereka cuba meloloskan diri dari sekatan itu.

Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman.

Rusli yang diiringi Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham turut melawat mayat mendiang di hospital.

Beliau berkata penunggang yang berumur 17 tahun itu dapat ditahan selepas dia terjatuh dari motosikalnya manakala enam rakannya yang melarikan diri turut ditahan kemudiannya.

Katanya kesemua mereka yang berumur antara 14 hingga 20 tahun itu didapati tidak mempunyai lesen dan dipercayai sedang berlumba ketika kejadian.

Menurut Rusli, kesemua mereka kini direman selama empat hari.

Sementara itu Leon yang merupakan anggota tentera di Kem Mahkota di sini merasa terkilan kerana isterinya dilanggar ketika menjalankan tugas.

Mereka mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lepas.

CLARE REWCASTLE BROWN DIDAKWA MENGAKU CUBA UBAH NASIB NEGARA.



Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berdasarkan perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp.

Akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times memetik sumber sebagai berkata, Rewcastle-Brown juga mendakwa pernah memberitahu bekas pekerja PetroSaudi, Xavier Andre Justo yang dia dalam usaha untuk ‘mengubah nasib sebuah negara’ dan akan meraikannya dengan ‘segelas champagne‘ sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘selesai’.

Justo yang merupakan seorang warga Switzerland, sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand, atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya.

Menurut akhbar itu lagi, Rewcastle-Brown turut dikatakan ada menghantar beberapa mesej menerusi WhatsApp kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat yang mendakwa artikel yang pernah ditulis wanita itu menunjukkan dia cuba menjatuhkan Najib dan kumpulan media itu didakwa bekerjasama dengannya untuk tujuan sama.

Rewcastle-Brown didakwa membalas mesej itu dengan berkata: “Saya yang tulis laporan ini, bukan anda…laksanakan komitmen anda dan saya akan pergi dan tidak beritahu sesiapa.

Menurut laporan itu, Rewcastle-Brown pada Jun lalu turut dikatakan menulis: “Kami sedang lakukan usaha terakhir sebelum pilihan raya…Saya akan raikan apabila Najib selesai…Saya dapat berita ini daripada orang Anwar…Saya gunakan Dr Mahathir untuk dapatkan sumber maklumat lain.”

Rewcastle-Brown dikatakan merujuk kepada Pilihan Raya Negeri di Sarawak.

Akhbar itu turut melaporkan, berdasarkan sumber-sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, perbualan menerusi WhatsApp itu menunjukkan Rewcastle-Brown menjelaskan cara dia akan bantu Justo mendapatkan dan memindahkan US$2 juta.

Menurut laporan itu lagi, cubaan pertamanya untuk memindahkan dana itu didakwa dilakukan menerusi SJS Limited di Singapura, dengan dibantu abangnya yang akhbar itu namakan sebagai Patrick Rewcastle, pada 19 Mac lalu dan telah “mengesahkan pemindahan haram itu berlaku’.

Akhbar itu juga cuba menghubungi Rewcastle-Brown, Ho dan Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong untuk maklum balas, namun tidak berjaya sehingga laporan itu disiarkan.

PEGAWAI KHAS NAFI ROSMAH TERLIBAT PERTUKARAN BEKAS TIMBALAN PENGARAH CAWANGAN KHAS



PETALING JAYA
: Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyangkal keras tuduhan, Datin Seri Rosmah Mansor hadir sama dalam mesyuarat yang diadakan untuk menukar Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Hamid Bador.

Katanya, apa yang didakwa itu adalah pembohongan.


“Bohong, semuanya bohong,” tegasnya ketika dihubungi FMT.


Dalam kenyataannya sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa Rosmah antara salah seorang yang hadir dalam “mesyuarat tergempar” yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


Abdul Hamid mendakwa ia berlangsung untuk membincangkan pemecatan beberapa pegawai kerajaan termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.


Pendedahan berkenaan dibuat beliau dalam menuntut penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi berhubung alasan pertukarannya daripada PDRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

BIAR GAMBAR BERBICARA .....BIAR BETUL!!!! .... PAS PERMATANG PAUH LUMPUH??????


Kalau dengar kepada kata-kata Pengerusi Agung Parti Cangkul Tuan Hj Mohamad Sabu betapa dalam tempoh 3 hari 35,000 helai borang permohonan menjadi ahli Parti Cangkul sudah habis diedar sampai tidak cukup sebab permintaan terlalu ligat dan hebat maka terpaksa dibuat cetakkan kali kedua bagi memenuhi permintaan luar biasa tanpa diduga dari rakyat yang amat percaya kepada sifat Amanah, Progresif dan Peduli serta Profesional Parti Cangkul sudah pastilah sambutan diberikan kepada majlis taklimat Dan Pendaftaran Keahlian Parti Cangkul Permatang Pauh malam tadi, 6hb September 2015 mendapat sambutan hangat dan luar biasa juga sejajar dan sealiran serta sesuai dengan kata-kata kencang bos nombor satunya.

Realitinya??????? ..... sendiri tengoklah ... lihat, fikir, nilai dan buat analisis sendiri dengan gambar sebagai saksi.

Fikir secara akal logik ... kalaulah Parti Cangkul ini hebat sangat seperti dicanangkan mengapa PKR dimana Permatang pauh lubuk terkuatnya dalam dunia bersungguh-sungguh maukan PAS turut serta bersama sama sebagai salah satu parti ulung dan utama dalam Pakatan 2.0?????

BETUL KE PAS NEGERI SEMBILAN SUDAH BERKUBUR SETELAH RAMAI BARISAN PEMIMPINNYA MASUK PARTI CANGKUL?????


Kalau dibaca dan didengar kepada cerita-cerita dan hebahan dibuat oleh Parti Cangkul betapa hampir kesemua barisan kepimpinan PAS sudah meninggalkan perjuangan Islam PAS dan mendakap parti cangkul yang dikatakan mendapat restu dan sokongan padu dari DAP seolah-olah kini PAS Negeri Sembilan sudah tinggal nama tanpa ada penghuni.

Rupa-rupanya PAS Negeri Sembilan yang meninggalkan PAS majoritinya pemimpin tetapi pengikut dan ahli masih setia beristiqomah dengan perjuangan PAS berpimpinkan ulama.

Rangkuman gambar diatas ialah program HIMPUNAN ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN malam tadi di Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu antara lubuk terkuat UMNO di Negeri Sembilan.

Sasaran PAS ialah memancing dan menambat hati para ahli dan penyokong UMNO masuk PAS yang berbeza amat dengan Parti Cangkul apabila sasaran utama malahan satu-satunya tugasan utama ialah mencuri dan menghasut ahli-ahli PAS masuk Parti Cangkul dan meninggalkan PAS.

Ternyata sehingga kini Parti Cangkul gagal dalam misi mencurinya.

HINA POLIS, SEORANG LELAKI BERJAYA DITAHAN




Seorang lelaki ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kluang, Johor selepas didapati menulis status menghina pegawai kanan polis yang terbunuh dalam satu operasi, Mendiang Inspektor Margaret Tugam melalui aplikasi WeChat.

Kenyataan itu disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui twitter rasmi beliau sebentar tadi.


Pegawai polis wanita yang maut selepas dirempuh seorang remaja dipercayai mat rempit, di Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam, akan dianugerahkan pangkat 'Posthumous' Asisten Superintendan Polis (ASP) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan pihaknya akan menganugerahkan pangkat ASP kepada Mendiang Inspektor Margaret Tagum Anak Goen, 32, sebagai penghormatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pengorbanannya itu.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang berjaya menahan seorang pemuda yang didapati menghina mendiang Inspektor Margaret, menerusi laman mikro, Twitter, malam tadi.

Margaret yang sudah lima tahun bertugas di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Kluang pada 12.45 tengah hari semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad, berkata ketika kejadian pada 2.30 pagi semalam, Margaret bersama 20 anggota dan pasukan sukarelawan sedang mengadakan sekatan jalan raya menerusi Ops Roda bagi membanteras kegiatan lumba haram di kawasan berkenaan.

 "Sekatan jalan raya itu diadakan pada jam 1.30 pagi dan sejam kemudian terdapat antara empat hingga lima motosikal dari arah Mersing menuju ke bandar Kluang cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya itu, sebelum seorang daripada penunggang berusia 17 tahun secara tiba-tiba merempuh Margaret.

"Akibat rempuhan itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah termasuk patah tangan kiri, tulang pinggul dan mengalami pendarahan dalaman di perut dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Selepas bertarung nyawa hampir 11 jam dan mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), beliau menghembuskan nafas terakhir tengah hari tadi (semalam)," katanya di pekarangan Hospital Kluang, semalam.

Sunday, 6 September 2015

EDISI BIAR GAMBAR BERBICARA .... INGATKAN MUSLIMAH PAS SELANGOR SUDAH LUMPUH.



Rasanya tidak perlu nak kupas dan ulas ... lihat dengan mata kepala sendiri beberapa gambar yang dimuat naik Program Jelajah Saidatina Khadijah JELAS 8.0 anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor hari ini 6hb September 2015 mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang, Selangor.

Jadi jelas cakap-cakap beberapa pemyokong  Parti Cangkul kononnya PAS Selangor sudah lumpuh akibat penghijarahan secara beramai-ramai ahli-ahli PAS ke Parti Cangkul adalah cakap sembang kencang berdentum tapi sedikit habuk pun tarak.

APAKAH KENYATAAN TEGAS AZMIN INI MEMBAWA MAKNA BETAPA PAKATAN 2.0 LEBIH RELA TANPA PARTI CANGKUL ASALKAN PAS MESTI TURUT BERSAMA??????


Sebelum ini Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penglibatan dan penyertaan PAS sebagai salah satu parti ulung lagi utama dalam pembentukkan Pakatan 2.0 selepas Pakatan Rakyat lebur dan berkubur .... Kemudiannya dituruti dengan pengakuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas jurucakap Parti Cangkul Hanipa Maidin melahirkan rasa tidak puas hati dan enggan bersetuju atas alasan akan menguris hati dan perasaan DAP ... kini Timbalan Presiden PKR pula seolah-olah memukul paku terakhir kepada keranda Parti Cangkul yang PKR akan tetap maukan penglibatan PAS sebagai rakan utama dan erat dalam Pakatan 2.0 jika hasrat Pakatan mau rampas Putrajaya.

Bagi Omak kau kenyataan ketiga-tiga pemimpin ulung PKR ini merupakan suatu tamparan dan terajang maut kepada Parti Cangkul dalam keadaan parti itu ditubuhkan oleh barisan bekas pemimpin PAS yang tumpas dan kecundang dalam pemilihan di Mukatamr PAS ke-61 lalu sebagai kononnya mengambil alih dan menjadi alternatif kepada PAS dalam Pakatan 2.0.

Hasrat dan nawaitu Parti Cangkul nampaknya tidak kesampaian dengan pihak PKR dikatakan mengambil kira realiti politik semasa dan akan datang.

Bagi Omak Kau perkiraan dan keputusan PKR ini dibuat berdasarkan dengan mengambil kira sambutan warga bani Melayu tanpa penglibatan dan sumbangan PAS pada Himpunan Bersih 4.0 selama 34 jam hujung bulan Ogos lalu. Ternyata amat kurang Bani Melayu hadir turun memberikan sokongan ... memberi gambaran betapa kegagalan Parti Cangkul dalam memujuk dan menghasut Bani Melayu turun kejalanraya secara mega dan raksasa sedangkan DAP dilihat amat berjaya mengerahkan penyokong dan pendokongnya terutama anak-anak muda turun memberikan sokongan padu.

Realiti politik negara ialah tanpa sokongan padu lagi kuat dari warga Bani Melayu, jangan nak mimpi dan berangan Pakatan 2.0 mampu tawan Putrajaya dari UMNO/BN pada PRU ke-14 nanti.

Kepada Parti Cangkul sedarlah diri sikit akan kemampuan dan kekuatan parti kalian dalam meraih sokongan rakyat terutamanya dari Bani Melayu.

Tanpa PAS, Pakatan 2.0 umpama kereta berjalan dengan 2 silinder ... bunyi mengaum kuat tetapi tiada mempunyai pick up dan kuasa. ... minyak sedut kuat tetapi masih terhensot-hensot dan terhegeh-hegeh untuk bergerak dalam dunia perlu bertindak dan bergerak pantas. Kehadiran PAS memberikan semangat dan kekuatan turbo charge kepada Pakatan 2.0

To make it short and simple .... Pakatan 2.0 boleh berjalan seperti biasa dan mampu rampas Putrajaya pada PRU ke-14 nanti dengan syarat mesti melibatkan PAS .. tanpa Parti Cangkul tidak menjadi hal dan kudis gatal kepada impian dan misi Pakatan 2.0



Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi pendirian parti itu yang mahu meneruskan kerjasama politik dengan PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu bakal dinamakan Pakatan Rakyat (PR) 2.0.

Katanya, kerjasama akan diteruskan dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama membawa perubahan dalam negara, senada dengan pendapat yang disuarakan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Musuh kita hanyalah Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata menteri besar Selangor itu.

"Dan kalau ada pihak, termasuk PAS yang terus komited dengan agenda bersama PR, maka sudah tentulah kita akan bekerjasama dengan PAS dan mana-mana parti politik yang mempunyai dasar perjuangan sealiran dengan PR.

"Ini ditegaskan berulang kali," katanya kepada media selepas menghadiri 'PJ Half Marathon' di Petaling Jaya hari ini ketika diminta mengulas sama ada wajar PAS berada bersama PR 2.0 atau tidak.

Khamis lalu Dr Wan Azizah berkata, PKR masih mahu bekerjasama dengan PAS, mengatakan parti itu boleh bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Beliau turut menepis bantahan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak mahu PAS bersama PR2.0, mengatakan ia pendapat peribadi salah seorang pemimpinnya, merujuk kepada Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa sebelum ini berkata, langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatan atau menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.

Bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyebut PAS apabila beliau baru-baru ini berkata, kehadiran Amanah akan meningkatkan kerjasama antara parti pembangkang.

CAKAP BANYAK PUN TAK GUNA MEMBAZIR AIR LIUR SAHAJA ... KALAU NAK TAHU BEGINILAH SAMBUTAN DIBERIKAN RAKYAT KEPADA CERAMAH PAS DI TANGKAK SEMALAM



Ingatkan dengan propaganda berdentan berdentum macam nak gugur langit betapa habis hancur lebur PAS di Johor kononnya apabila "sungguh ramai" barisan kepimpinan PAS Johor melompat masuk Parti Cangkul maka sudah pasti ceramah PAS di Johor akan menjadi sunyi lengang, lesu longlai dan hambar.

Rupa-rupanya sudah menjadi terbalik ... lagi dikecam dan diserang dengan pelbagai tomahan, fitnah dan dakyah, lagi ramai pula yang turun memberikan sokongan.

Kalau ingat ini suatu cerita dogeng penglipur lara sekadar ingin memujuk jiwa, maka lihat sahaja dengan mata kepala sendiri suasana dan sambutan diberikan oleh rakyat tempatan ceramah Pihak 11 di Batu 16, Jalan Muar,Tangkak, Johor bersama Dato' Seri Presiden PAS malam tadi.

BEGINILAH SUASANA DAN SAMBUTAN CERAMAH PKR JIKA DIANJURKAN TANPA PENGLIBATAN DAP DAN PAS


Malam tadi suatu ceramah #Kita Lawan anjuran KeADILan Cabang Indera Mahkota telah diadakan di Perkarangan Pusat DUN Semambu dengan membariskan para penceramah seperti Naib Presiden/Setiausaha Agung PKR YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Pengerusi MPN Pahang YB Dato' Fauzi Rahman, Ahli Parlimen Kapar YB Manivanan Gowin  serta ADUN Teruntum dan ADUN Semambu.

Amat jelas tanpa menyembunyikan fakta dan kenyataan betapa tanpa penglibatan sekutu dalam Pakatan Rakyat DAP dan PAS teramat nyata ceramah anjuran PKR secara solo dan bersendirian kurang mendapat sambutan walaupun negara dilanda dengan pelbai isu raksasa lagi hypermega.

Apakah ini memberi suatu gambaran betapa kekuatan PKR selama ini banyak berpaut dan bersandar kepada pengaruh dan kekuatan dari para penyokong dan pendokong DAP dan PAS?????

Dari maklum balas diperolehi ternyata kedua-dua ahli parlimen PKR iaitu YB Fuziah Salleh dan YB Dato' Fauzi Rahman amat disenangi dan selesa dengan khidmat bakti mereka selama ini, tetapi mengapakah sambutan diberikan warga tempatan agak suam-suam kuku???? .. Dimanakah silap dan salahnya????

BEKAS TIMBALAN PENDAKWARAYA KANAN SPRM DILAPORKAN HILANG.



Timbalan Pendakwaraya terkenal, Kevin Anthony Morais dari Jabatan Peguam Negara dilaporkan hilang.

Beliau yang juga bekas orang kanan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan, dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu.

Difahamkan, seorang rakannya cuba menghubungi beliau pada hari itu, bagaimanapun, tidak dijawab.

Sumber memberitahu, pemeriksaan di pejabatnya mendapati, beliau gagal hadir ke tempat kerja pada Jumaat lalu.

Rakan beliau kemudian dikatakan menghubungi abang sepupunya, Datuk Richard Morais, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang pada jam 6 petang semalam.

Kehilangan Kevin menjadi viral apabila ahli keluarganya merayu untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai kehilangannya.

Difahamkan, Kevin kali terakhir menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Pada masa sama, sumber SPRM mendedahkan bahawa Kevin kembali ke Jabatan Peguam Negara selepas menyelesaikan tugas di SPRM.

PASARAYA TESCO PLENTONG SAMAK LEBIH 500 BUAH TROLI SELEPAS GAMBAR ANJING DUDUK DALAM TROLI MENJADI VIRAL DI MEDIA SOSIAL



JOHOR BAHRU
- Seorang pengguna media sosial, Sharafazleen telah memuat naik satu gambar yang memaparkan seorang wanita membawa anjing peliharaannya ke dalam pasar raya menggunakan troli pada semalam

Melalui apa yang ditulis oleh Sharafazleen, kejadian mengambil tempat di Tesco Plentong, Johor Bharu dan gambar terbabit dirakam sendiri olehnya.

Tindakan wanita terbabit telah mengundang kemarahan netizen yang lain yang menyifatkan wanita berkenaan tidak sensitif.

Lebih teruk, Sharafazleen juga turut berkata anjing tersebut siap terkencing lagi.

"Bawak anjing jalan2 ke ape??? Ltk dlm troli!!!! Siap terkencingg lagiii ������ @ Tesco plentong....", tulis beliau.

Menurut Sharafazleen lagi, dia sudah membuat laporan mengenai perkara itu kepada pengawal keselamatan.

"Dah report tadi, tapi guard pun macam slow je," katanya.

Gambar terbabit telah mendapat lebih dari 2,000 perkongsian dalam masa lebih kurang lima jam. -

Akibat dari kejadian malang tidak sensitif itu maka pihak Pasaraya Tesco telah meminta kerjasama AJK Masjid Plentong membuat gotong royong samak lebih 500 buah troli yang terdapat dipasaraya berkenaan.

Semoga perkara ini diambil iktibar oleh umum. 

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...