Friday, 2 October 2015
KOLEKSI GAMBAR PARTI AMANAH NEGARA (PAN), PKR, PERKASA DAN UMNO BERGANDING BAHU SEIYA SEKATA BERSATU HATI MENGUTUK KEKEJAMAN ISRAEL DAN SELAMATKAN MASJID AL-AQSA.
Siapa yang nak berUG ni???????? .. biar gambar-gambar berbicara.... apakah ini langkah permulaan untuk berUG???? ... jangan terkejut jika ada yang gelar himpunan ini Langkah UG ... siapa tahu kalau ianya benar-benar berlaku kan kan kan??????
Sebenarnya walaupun perbezaan fahaman politik hanya dengan fahaman Islam saja yang mampu membuat mereka bersatu ... itu hakikat yang tidak siapa boleh menafikannya.
Sebab itu bila satu acara ataupun himpunan bila berbeza fahaman politik berkumpul untuk menyuarakan bantahan yang sama maka tidak perlu dipolitikkan dengan mainan dan tiupan politik sempit.
PERTUKARAN NAMA DARI PARTI PEKERJA-PEKERJA MALAYSIA KE PARTI AMANAH NEGARA .... MAT SABU CAKAP MASIH MENUNGGU MAKLUMAN RASMI DAN BERTULIS DARIPADA ROS.
Sebelum ini beberapa portal dan blog menyiarkan betapa Parti pekerja-pekerja Malaysia sudah mendapat kelulusan untuk diubah nama kepada Parti Amanah Negara dengan jawatan Pngerusi diubah kepada Presiden.
Namun sebentar tadi Mohamad Sabu @ Mat Sabu menafikannya.
KENYATAAN MEDIA
PERTUKARAN NAMA: AMANAH TUNGGU MAKLUMAN RASMI ROS
1. Saya telah dihubungi banyak pihak bertanyakan tentang berita yang tersebar bahawa penggunaan nama Parti Amanah Negara (AMANAH) telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
2. Ingin saya tegaskan bahawa Parti AMANAH sangat menghormati prosedur berhubung kelulusan pertukaran nama parti oleh pihak ROS. Sehingga kini, pihak kami masih menunggu makluman rasmi dan bertulis daripada ROS berhubung kelulusan itu.
3. Sebarang perkembangan terhadap kelulusan nama Parti AMANAH dan sebarang perkara berkait dengannya, akan dimaklumkan sama ada oleh saya, ataupun oleh Setiausaha Agung apabila mendapat makluman rasmi daripada ROS.
4. Buat masa ini, saya ingin menasihatkan kepada semua pihak, supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini dan menghormati bidang kuasa ROS untuk membuat keputusan.
5. Bagi pihak parti AMANAH, kami sentiasa bekerjasama dan sedaya upaya untuk menghormati hubungan baik antara kami dengan ROS. Kita yakin bahawa pihak ROS akan menjalankan tugas mereka secara profesional.
6. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas keterujaan dan minat yang tinggi ditunjukkan sebahagaian masyarakat terhadap perkembangan berkaitan kelulusan Parti Amanah Negara.
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden Parti Amanah Negara
2 Oktober 2015
AKIBAT POTONG "Q" BEREBUT-BEREBUT NAK BAYAR TOL SEBUAH KERETA PROTON WIRA REMUK KENA LANGGAR DENGAN LORI.
Mungkin inilah dinamakan membayar tol merupakan jihad sampai berebut-rebut tidak menyempat. .. akhirnya kereta remuk diri sendiri cedera parah.
Menurut maklumat kejadian berebut-rebut potong "Q" ini berlaku pagi tadi di Plaza Tol Jalan Duta.
Sebuah kereta Proton Wira tertiba ubah haluan dan potong Q untuk membayar tol. Sebuah lori dibelakang tidak sempat brek DAN memhimpit kereta.
Maklumat penuh akan menyusul kemudian.
KOLEKSI GAMBAR HIMPUNAN MENGUTUK KEKEJAMAN ISRAEL DAN SELAMATKAN MASJID AL-AQSA ANJURAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).
Kira kira 2000 peserta berhimpun di hadapan Masjid Jamek dekat sini sejak jam 2 petang tadi usai solat jumaat dalam satu Himpunan Membantah Pencerobohan Masjid Am Aqsa anjuran PAS.
Bermula dengan laungan takbir, himpunan yang dipengerusikan oleh Pengarah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Kamaruzzaman Mohamad menjemput Naib Presiden PAS Dato Ir Iskandar Samad berucap.
Dalam ucapannya, Naib Presiden PAS ity mengecam tindakan jahat Israel laknatullah berterusan menceroboh Masjid Al Aqsa
Turut senada mengecam tindakan itu President Muslim Care Zulkifli Wahijan yang mahu negara antarabangsa dan pertubuhan dunia segera mengambil tindakan ke atas Israel.
Lebih menambah seri himpunan, Pengarah Filem dan perlakon terkenal Adam Hamid diberi kesempatan berucap.
Dalam ucapannya beliau mahu seluruh umat Islam bersatu menyelamatkan kiblat pertama umat Islam itu.
Sambil menitiskan airmata, beliau mengecam sikap membisu negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang masih berdiam diri terhadap kebiadaban Israel itu.
Himpunan masih berlangsung dengan ucapan Presiden Geng Ustaz Ustaz Norazli Musa dan disambung oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat Wan Hasrina Wan Hassan.
INI APA CERITA MENGENAI PEMBENTUKKAN PAKATAN HARAPAN?????? .... AKIBAT PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN PARTI KEADILAN RAKYAT BERPECAH BELAH??????
Hanya 2 minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, parti yang dipimpinnya berpecah belah berhubung isu ini, dengan satu pihak mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu.
Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 hari sebelum perbincangan meja bulat.
"Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September).
"Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut.
"Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen dilihat The Malaysian Insider itu.
Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan awal".
Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.
Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.
"Saya baru saja melihat surat itu (daripada setiausaha agung). Saya enggan mengulas mengenai perkara itu," Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu The Malaysian Insider.
Latheefa menafikan pernah menandatangani petisyen, manakala Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu.
Tetapi beberapa sumber pihak mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang surat dan petisyen itu adalah tulen, dan mendakwa ia diterajui kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, sekalipun ia tidak menandatangani petisyen itu.
Azmin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan.
Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan Harapan percaya PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.
Sumber itu, yang mengaku menyokong Pakatan Harapan menambah, penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP.
"Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat'.
"Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali," kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.
Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada "puak Azmin"; beberapa penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila keadaan situasi dijelaskan kepada mereka, katanya.
Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan Harapan kerana PAS tidak akan mahu menyertainya.
"Malah presiden PAS tidak menghadirkan diri semasa mesyuarat presiden Pakatan Rakyat, kita berdepan dengan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya dengan mereka sebagai sekutu, mereka menghina presiden kami.
"Kami mencuba sedaya upaya, tetapi apa gunanya mempunyai mereka dalam gabungan baharu itu? Kita juga tahu mereka tidak akan menyertai pakatan dengan DAP dan Amanah.
"Bagaimanapun, kami tidak memutuskan hubungan dengan PAS sama sekali. Pakatan Harapan masih akan bekerjasama dengan PAS.
"Cuma PAS tidak akan berkongsi dasar bersama atau manifesto dengan pihak dalam Pakatan Harapan," kata sumber itu.
Sumber itu berkata, "puak" dalam PKR sentiasa wujud, dan penandatangan perlu menerima hakikat keputusan Dr Wan Azizah adalah muktamad.
Pada 22 September, Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan kerana pertikaian tidak dapat diselesaikan di antara DAP dan PAS.
Pakatan baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). PAS, salah satu ahli asal Pakatan Rakyat, tidak menghadiri mesyuarat itu.
Dr Wan Azizah juga mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pilihan mereka sebagai perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
WALAUPUN MENDABIK DADA KATA PAS SUDAH LUMPUH SELURUH NEGARA NAMUN CERAMAH PARTI AMANAH NEGARA (PAN) DI JOHOR TERPAKSA DIBUAT DALAM KEDAI KOPI KETIKA PELANGGAN SEDANG NIKMATI JUADAH.
Sebelum ini melalui Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN) mendabik dada beritahu satu dunia yang PAS sudah lumpuh sebaik sahaja penubuhan parti serpihan PAS itu.
Paling ramai penghijrahan ahli PAS kepada Parti Amanah Negara (PAN) ialah Johor sampaikan hanya tinggal satu atau dua sahaja kawasan PAS negeri Johor yang masih mempunyai pemegang jawatan mencukupi untuk meneruskan parti.
Pergh!!!! .. dahsyat dan kencang sungguh sembang Setiausaha Agung PAN ini yang pernah menjadi anggota PKR sebelum melompat ke PAS dan juga mantan Setiausaha Agung ABIM bila berbicara.
Hakikatnya????? ... beginilah suasana ceramah dan program PAN di Johor kelmarin dulu bersama-sama dengan tidak lain tidak bukan Naib Presiden PAN sendiri YB Dato' Dr Mujahid Yusoff Rawa. .. adakah suasana sambutan ceramah PAN di Johor mengambarkan yang PAS sudah lumpuh????
Sedar dan tahu betapa program dan ceramah anjuran PAN langsung tidak mendapat sambutan maka taktik digunakan di Johor ialah sebiji seketul semacam ceramah MCA ketika PRU ke-113 lalu iaitu berceramah di kedai-kedai kopi dan medan selera .. ambil kesempatan berucap ketika orang ramai sedang menikmati juadah.
Pelik sungguh bagaimana sebagai seorang Setiausaha Agung Parti yang melaungkan konsep Progresif, Amanah, Peduli Profesional dan Inklusif tergamak dan sanggup cakap besar berdegar-degar.
Enggan terima kenyataan betapa PAN amat kurang mendapat sambutan terutamanya dari kalangan masyarakat Melayu .. kaum Tionghua akan turun beramai-ramai jika program dan aktiviti itu berganding bersama DAP .. kalau lakukan secara sola .. mereka tidak terliur datang nak dengar celoteh pemimpin-pemimpin PAN .. Ini adalah hakikat yang para pemimpin dan pengikut PAN kena terima dan telan.
Jom kita imbau kembali apa kata Setiausaha Agung PAN bila ditanya sambutan diberikan rakyat kepada penubuhan AMANAH.
15hb September 2015:- Lebih separuh PAS kawasan di seluruh negara kini mengalami kekosongan dalam pimpinan mereka akibat perpindahan kepada parti baharu dibentuk kumpulan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah), kata Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir .
Katanya, penghijrahan beramai-ramai daripada PAS kepada Amanah itu, yang terbesar ialah di Johor, di mana beliau mendakwa semua kecuali "satu atau dua" kawasan yang masih mempunyai pemegang jawatan mencukupi untuk meneruskan parti.
PAS kawasan, atau bahagian, adalah peringkat kedua parti dan dibentuk berdasarkan kawasan Parlimen.
Parti Islam konservatif itu mempunyai satu kawasan dalam setiap satu daripada 165 kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia dan beberapa kerusi di Malaysia Timur.
Anuar berkata, Johor mempunyai paling banyak Amanah bahagian, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran mengenai berapa banyak bahagian Amanah wujud di setiap negeri tetapi mendakwa keahliannya semakin bertambah.
"Sebagai contoh di Selangor, bahagian Kota Raja sudah mempunyai 1,500 ahli. Di Johor, PAS kawasan hampir lumpuh apabila pemimpinnya meninggalkan parti," Anuar memberitahu satu forum di Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau berkata berikutan penubuhan bahagian itu, Amanah akan membentuk cawangan, peringkat yang paling rendah dalam parti.
LARANGAN PEMBESAR SUARA ..... BUKAN ISLAM PERLU JUGA ELAK GANGGUAN SUARA SELAIN NEGERI-NEGERI LAIN PERLU MENCONTOHI FATWA MUFTI PULAU PINANG KATA AMK
Cadangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang berhubung larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan dan iqamah, perlu dicontohi masyarakat bukan Islam.
Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin berkata, larangan itu perlu dijadikan panduan kepada bukan Islam untuk tidak melakukan gangguan suara sebagai tanda saling menghormati.
“Orang bukan Islam juga perlu untuk tidak melakukan gangguan suara kecuali dalam perkara yang sememangnya wujud dalam agama atau budaya mereka.
“Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, yang sudah pasti budaya saling hormat menghormati perlu disuburkan
“Justeru, atas semangat dan roh maqasid syariah, sudah pasti fatwa Mufti Pulau Pinang yang melarang menggunakan pembesar suara di luar masjid selain azan dan iqamah adalah wajar dan perlu disokong dan didokong,” katanya menerusi kenyataan media.
Wan Ji berkata, negeri lain perlu mencontohi cadangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang itu sebagai usaha untuk menyuburkan budaya saling hormat menghormati antara orang Islam dan bukan Islam.
Katanya, laungan yang kuat dan dibenarkan dalam Islam hanyalah untuk azan iaitu bagi memberitahu kepada orang Islam masuknya waktu untuk menunaikan solat.
Kertas cadangan larangan itu telah dibincangkan daripada pelbagai sudut oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 1 dan 2 Julai dan keputusan sebulat suara menyokong cadangan itu disahkan pada mesyuarat jawatankuasa yang sama pada 23 dan 24 Ogos lalu.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri sebelum dibawa kepada Yang DiPertuan Agong untuk mendapat perkenan Baginda.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan bagi mencari pihak yang membocorkan surat rasmi berhubung keputusan larangan itu yang akan diwartakan tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, tindakan pihak yang membocorkan surat itu adalah berniat jahat dan cuba menimbulkan suasana huru-hara.
Katanya, perkara itu (larangan pembesar suara) bukanlah sesuatu yang besar untuk dibangkitkan kerana perlu melalui banyak lagi proses sebelum ia difatwakan.
DAP PUN JAGA ORANG MELAYU TEGAS NURUL IZZAH ANWAR
Orang Melayu tidak perlu bimbang kerana kebanyakan parti politik termasuk parti bukan Melayu memperlihatkan kepentingan dalam menjaga dan memenangi hati orang Melayu di negara ini,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah turut mengambil kira bantuan rakan pembangkangnya DAP yang dikatakan turut menitik beratkan kepentingan orang Melayu dalam perjuangan parti tersebut.
“Saya pun tak sangka, DAP sanggup pergi ke negara Mesir dan Jordan untuk memahami inti pati Islam dan kerajaan berdemokrasi.
“Mereka juga berusaha untuk menelusuri kepimpinan Rached Ghannouchi (ahli politik Tunisia).
Saya tidak kata mereka berjaya, tetapi mereka adalah parti yang mewakili masyarakat Cina telah mengambil langkah berani untuk menempatkan calon (berbangsa) Melayu di kawasan tradisi Cina, iaitu di Teluk Intan,” katanya ketika melontar pandangan mengenai definisi maruah Melayu dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu di sini, semalam.
Menurut Nurul Izzah lagi, kepentingan untuk menjaga dan memenangi hati orang Melayu dikira penting kerana orang Melayu juga memperlihatkan kejayaan mereka di negara ini.
“Hari ini pada tahun 2015, kita masih membincangkan isu maruah Melayu. Dalam karya agung Sulalatus Salatin, masih lagi persoalan maruah dibangkitkan.
“Bila saya baca karya itu, saya memahami isi bacaan itu bahawa pantang Melayu itu jika mereka diaibkan. Mereka tidak boleh terima dihina dan kesedaran tentang nilai, erti maruah dan ketidakrelaan mereka diaibkan sudah berabad wujud lamanya,” katanya lagi.
Nurul Izzah dalam pada itu turut mengulas mengenai sikap kepimpinan pemimpin khusus pemimpin Melayu yang terlalu vokal ketika mengkritik kepimpinan negara lain.
“Terlalu banyak kontradiksi wujud antara apa yang diandaikan oleh semua pihak. Kalau kita rujuk puisi Datuk Usman Awang (Sasterawan Negara), Melayu itu kalau menghina pun, ia dibuat secara berakhlak dan penuh berhemah.
"Namun kadang kala ia tidak dipamerkan oleh kepimpinan kita. Masih ada pemimpin yang menggunakan kata-kata kesat dalam mengeluarkan kritikan. Pada masa yang sama, ada juga pemimpin yang selalu dipersalahkan, selalu merasakan dirinya dalam kepompong mangsa,” katanya lagi.
Thursday, 1 October 2015
BEGINILAH SAMBUTAN MAJLIS CERAMAH PELANCARAN PAN KAWASAN BATU MALAM KELMARIN
Lihat sendiri dan nilai sama ada PAN mendapat tempat dihati dan sanubari penduduk Batu, Kuala Lumpur .. kalau dengar dari penajanya bukan main lagi hebat bunyinya ... tetapi realitinya????
Majlis Ceramah Pelancaran Amanah Kawasan Batu malam kelmarin di Padang Bola, Kg Padang Balang, Kuala Lumpur oleh Timbalan Presiden PAN Sdr Salahuddin Ayub..
Meraikan pelancaran Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan YB Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi DAP yang juga MP Seputih YB Teresa Kok, MP PKR Wangsa Maju Dato Dr Tan Kee Kwong, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Pusat YB Dr Mariah Mahmud serta Ketua Awan Batu Aishah Ariffin.
KHUTBAH AIDUL ADHA ..... PAS SOKONG MUFTI PAHANG
DAP digesa supaya tidak campur tangan dalam urusan Jabatan Mufti yang mempunyai hak bagi mengeluarkan fatwa dan nasihat agama kepada umat Islam supaya bersatu menetang kemungkaran agama.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sebulat suara menyokong pendirian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang mempertahankan teks khutbah Aidul Adha yang didakwa oleh pemimpin DAP sebagai fitnah.
“Khutbah yang berupa nasihat agama bagi umat Islam yang terikat dengan syarat dan rukun merupakan peringatan baik bagi umat Islam,” Katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, Pas sudah masak dengan sikap DAP berhubung pemahaman kepada Islam berdasarkan pengalaman mereka dengan parti itu yang membawa kepada putusnya hubungan antara kedua-dua parti.
“Majlis Syura membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP kerana penentangan dan sikap melampau DAP terhadap kepimpinan Pas khususnya serangan ke atas Presiden yang membawa usul persendirian ke Parlimen.
“Penentangan DAP terhadap undang-undang Islam ini bukanlah perkara baru. Bahkan tindakan kepimpinan DAP menyokong beberapa program yang ditentang oleh umat Islam seperti Oktober Fest, unisex saloon di Kelantan dan lain adalah bukti umum bagaimana sikap DAP terhadap penghayatan amalan Islam bagi orang Islam,” katanya.
Bagaimanapun, Pas menggesa seluruh intitusi agama Islam supaya turut berperanan menentang kemungkaran yang dilakukan parti pemerintah yang melibatkan isu rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan isu 1MDB dan isu derma yang dimasukan ke akaun peribadi Perdana Menteri.
“Golongan agamawan juga tidak sepatutnya bersekongkol dengan kemungkaran pemerintah dan tidak terjebak dengan budaya rasis yang cuba dipotret bagi menutup isu sebenar yang sedang dihadapi rakyat,” katanya.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG (MATC) SUNGAI BESAR NAFI LULUSKAN USUL PECAT SEMUA PENGERUSI JKKK DARIPADA PAS.
PKR Cabang Sungai Besar menafikan mereka telah meluluskan usul yang meminta kerajaan Selangor memecat Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) daripada PAS.
Mohamad Fauzi berkata, mesyuarat cabang itu meluluskan tiga usul iaitu;
1.Mendesak kerajaan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim
2.Kerusi Parlimen Sungai Besar dan DUN Sungai Panjang yang dipegang PAS diserahkan kepada PKR
3. Satu pengundi di Sungai Besar satu undi untuk PKR
Dia berkata, tiga usul yang diluluskan itu akan diserahkan kepada PKR Negeri Selangor untuk membuat keputusan.
“Kami hanya mencadangkan dan kami terima segala keputusan PKR Negeri. Kami berdiri teguh dibelakang PKR Negeri dan kepimpinan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya.
Nanti jangan ada yang tersentap sawan jika ada usul PAS Kawasan Gombak mencadangkan agar Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa ditandingi oleh PAS pula.
Tetapi ikhlas cakap ... tidak mungkin perkara ini berlaku sebab ahli-ahli PAS peringkat bawahan dan akar umbi bukannya jenis senang-senang dan sesuka hati keluarkan usul sehingga menguris hati dan jiwa rakan.
Nanti jangan ada yang tersentap sawan jika ada usul PAS Kawasan Gombak mencadangkan agar Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa ditandingi oleh PAS pula.
Tetapi ikhlas cakap ... tidak mungkin perkara ini berlaku sebab ahli-ahli PAS peringkat bawahan dan akar umbi bukannya jenis senang-senang dan sesuka hati keluarkan usul sehingga menguris hati dan jiwa rakan.
JANJI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT MAU HAPUSKAN TOL HANYA TINGGAL JANJI APABILA LEBUHRAYA BERTOL EKVE DILULUSKAN OLEH KERAJAAN SELANGOR.
Antara sebab musabab utama betapa Langkah Kajang diwujudkan atas ilham pintar Setiausaha Agung PKR merangkap Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli, kerana Lebuhraya KIDEX mendapat kelulusan dari kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang bercanggah dengan janji Manifesto PR PRU ke13 iaitu penghapusan tol jika PR menjadi parti pemerintah negara.
Bukan main lagi masa itu yang paling kuat bertempik dan mengamuk akan keputusan kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim adalah kalangan para wakil rakyat dari DAP dan PKR. Dilabelkan Khalid Ibrahim sebagai khianati harapan rakyat kepada PR yang mau menikmati lebuhraya tanpa tol. Masing-masing berebut untuk kedepan sebagai jaguh rakyat dengan mengutuk keras Khalid Ibrahim, sehinggakan ada sekelompok rakyat yang percaya Khalid Ibrahim adalah pengkhianat dan yang tukang tempik sebagai pejuang rakyat tulin yang mengerti dan menjiwai deritaan rakyat.
Realiti dan akhirnya apa jadi??????
Sempena setahun YAB Hj Mohamad Azmin Ali menjadi Dato' Menteri Besar Selangor, beliau telah menghadiahkan rakyat Selangor satu hadiah yang sangat berharga.
Lebuhraya EKVE yang membelah satu-satunya hutan simpan kawasan tadahan di Selangor, diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan beliau.
Selain itu juga, lebuhraya ini dianugerahkan kepada syarikat kroni UMNO/BN, AZRB ....adakah Azmin bersekongkol dengan UMNO?????? ..... Bagaimana dengan perjanjian konsensi tol tersebut????? .... Berapa harga tol yang rakyat sebagai pengguna harus bayar setiap kali menggunakan lebuhraya berkenaan?????? .... Untuk berapa tahun konsesi diberikan yang rakyat terpaksa tanggung??????
Berapakah bayaran tol yang dikenakan????
Terdapat lima persimpangan bertol iaitu di Ampang, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras, Ukay Perdana dan Sungai Long, ini bertentangan dengan polisi Pakatan yang tercatit dalam buku jingga yang tidak menyokong tol. Tol dikatakan membebankan rakyat ... apakah Lebuhraya Bertol EKVE tidak membebankan rakyat?????
Projek ini mendapat berita sudahpun bermula ..... apa lagi yang boleh rakyat lakukan?????
Dahulunya rakyat bergantung harap pada pakatan, nampaknya harapan itu cuma janji-janji kosong. Mereka membatalkan KIDEX, tetapi meluluskan EKVE pada masa yang sama.
Kesan EKVE lebih 10 kali teruknya dari KIDEX kerana lebuhraya ini merosakkan ekosistem dan hutan simpan yang berusia jutaan tahun!
Yang paling pelik bin hairannya, para wakil rakyat samada Ahli Parlimen maupun ADUN Pakatan yang paling banyak bising mengenai KIDEX seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli tidak langsung kedengaran buat bising maupun berbunyi sedikit pun pasal EKVE ini!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Berikut adalah petikan kata-kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya yang bertajuk ‘UMNO: Menyempurnakan se...















































