Thursday, 21 January 2016

GAGAL BAWA PERUBAHAN DAN HUBUNGAN TIDAK MESRA KALANGAN KETUA-KETUA UMNO BAHAGIAN PUNCA SEBENAR MUKHRIZ DI TOLAK.


Kegagalan membawa perubahan dan hubungan tidak erat dengan 'warlord' (panglima) Umno menjadi punca Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tidak lagi mendapat sokongan dan ditolak parti sendiri, kata pemimpin dan pemerhati parti.

Turut tidak membantu, hakikat pentadbiran negeri kelihatan hilang fokus kerana Mukhriz menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur dan tidak dapat memberikan kepimpinan yang diperlukan untuk mentadbir negeri dengan berkesan, kata mereka.

Mereka berkata, faktor ini menyebabkan ramai 'warlord' parti bimbang negeri di utara tanah air itu akan ditawan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dijangka 2018.

Setiausaha Perhubungan Umno negeri Datuk Othman Aziz memberitahu terdapat banyak janji dalam manifesto yang gagal ditunaikan Mukhriz sejak 2 tahun menerima mandat sebagai menteri besar.

"Kita banyak benda kena buat yang kita janji kepada rakyat.

"Isu manifesto ini pernah dibawa pembangkang, maksudnya selepas 2 tahun, mereka buat penilaian di mana tidak banyak pencapaian.

"Kita bimbang isu itu akan dimainkan semasa pilihan raya yang akhirnya memberi kesan kepada Umno," kata Othman, yang juga ahli Parlimen Jerlun.

Pentadbiran Mukhriz sedang berdepan kemelut selepas 14 ketua bahagian semalam menyatakan hilang kepercayaan terhadapnya dan meminta supaya ditukar menteri besar baharu.

Othman berkata, rakyat dan pemimpin Umno Kedah menaruh harapan tinggi kepada Mukhriz untuk membangunkan negeri dan membela rakyat, namun harapan tersebut tidak sampai.

"Harapan orang tinggi terhadap dia. Dia pun ada aura.

"Kita harap 5 tahun ketinggalan semasa kerajaan PAS kita dapat kembali maju ke depan.

"Kita harap suatu yang besar dapat dicapai, tetapi tidak sampai," katanya.

Selain itu, hilang fokus dalam pentadbiran kerana sering berada di Kuala Lumpur juga menjadi faktor Mukhriz tidak dapat mentadbir negeri dengan baik, kata Othman.

"Itu antara faktornya, hilang fokus apa semua. Memang itu yang terjadi.

"Mereka (ketua bahagian) mahu bergerak depan. Kalau tidak bergerak, kita bimbang tidak bersedia dalam pilihan raya depan nanti," katanya.

Mengulas mengenai situasi selepas ketua-ketua bahagian Umno di Kedah membuat kenyataan terbuka menolak Mukhriz, Othman berkata fungsi Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan negeri secara automatik tidak lagi berjalan.

"Umno ada struktur, ketua perhubungan itu dilantik perdana menteri sebagai presiden Umno, tetapi ia disokong bahagian.

"Jadi, kalau bahagian tidak sokong, maka tidak ada fungsi lagi," kata Othman merujuk kepada kedudukan Mukhriz ketika ini.

Sementara itu, bekas setiausaha Umno bahagian Pokok Sena, Ramli Yunus melihat penolakan yang berlaku berpunca daripada kegagalan Mukhriz bekerjasama dan memelihara hubungan dengan pemimpin bahagian.

"Beliau kurang kerjasama dengan ketua bahagian. Kalau beliau dapat bekerjasama, mustahil sampai 14 ketua bahagian tidak menyokongnya.

"Hubungan Mukhriz dengan ketua bahagian, timbalan, tidak semesra dengan pemimpin terdahulu.

"Sebagai contoh, Datuk Ahmad Bashah (Md Hanipah), dia datang daripada kalangan orang biasa, marhaen. Jadi, beliau lebih senang diterima orang lain," kata Ramli merujuk kepada timbalan pengerusi Umno Kedah yang mengetuai sidang akhbar semalam.

Mengenai calon paling layak menggantikan Mukhriz, Othman yang sebelum ini memberi laluan kepada Mukhriz menang tanpa bertanding di Bahagian Jerlun, mencadangkan Ahmad Bashah sesuai untuk dilantik memegang jawatan penting itu.

"Kena pilih di kalangan sedia ada, kemungkinan Ahmad Bashah. Itu saya rasa.

"Dulu masa jentera pilihan raya, Ahmad Bashah yang ketuai, dia pun pandai sepak terajang politik kampung," katanya.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, perkembangan terbaharu ini mungkin berpunca daripada tindakan pentadbiran Mukhriz sendiri yang menyisihkan "warlord" apabila lebih mementingkan penyokongnya.

"Pertembungan ini sebenarnya bermula sejak Pilihan Raya Umum ke-13, apabila di saat akhir, ada pertukaran beberapa calon.

"Sepatutnya Ahmad Bashah yang jadi menteri besar tapi ditukar kepada Mukhriz. Jadi, 'warlord' ini, ketua bahagian ini, tidak puas hati apabila mereka disisihkan.

"Malah, semasa peringkat awal pentadbiran Mukhriz juga banyak berlaku penyisihan. Cuma kemudian itu, nampak berbaik semula," kata Azizuddin.

Azizuddin berkata, kumpulan 'warlord' ini juga bijak mengambil kesempatan apabila menyerang Mukhriz pada ketika bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri sedang berkrisis dengan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata masih awal untuk meramalkan masa depan Mukhriz sama ada akan disingkirkan atau sebaliknya kerana pelantikan menteri besar perlukan perkenan Sultan.

"Masih awal untuk meramal, Najib hanya boleh membuang Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan tapi tidak selaku menteri besar.

"Banyak peringkat lagi perlu dilalui, kita kena lihat langkah susulan terlebih dulu. Kalau Mukhriz melawan semula, situasi berbeza akan berlaku," katanya.

Sementara itu, beberapa pemimpin Umno Kedah mengambil langkah selamat enggan mengulas kemelut yang sedang berlaku, antaranya Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dan Adun Guar Chempedak Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail.

KUMPULAN TINDAKAN IBU BAPA BAGI PENDIDIKAN MALAYSIA (PAGE) KECEWA DENGAN SIKAP PAN YANG KONONNYA BERSIKAP TERBUKA DAN PROGRESIF SEPERTI DIGAMBARKAN.



“Apa sudah jadi dengan pendirian parti progresif Parti Amanah Negara (PAN)? Saya kecewa dengan mereka.”

Itu jawapan Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim susulan kenyataan Amanah hari ini bahawa mereka mungkin akan mengadakan demontrasi bagi membantah pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP).

Apabila diberitahu mengenai kenyataan PAN yang juga menyatakan bahawa dengan DLP, kita akan kembali kepada zaman penjajah, beliau berkata, mereka sudah ‘gila’.

“Saya terkejut bahawa kenyataan ini datang dari mereka, saya ingat PAN bersifat terbuka dan progresif.

“Jelas sekali mereka bukan seperti yang digambarkan,” katanya.

Tambahnya lagi, individu seperti Pena yang turut hadir pada sidang media PAN hari ini bersifat ‘mementingkan diri sendiri dan hanya ingin jadikan kanak-kanak bodoh”.

“Mereka tidak nampak ke video Pemandu yang mencatatkan seramai 400,00 graduan tidak mempunyai pekerjaan, dan kebanyakan mereka adalah bangsa Melayu disebabkan mereka tidak boleh berbahasa Inggeris.”

Noor Azimah yang turut menganggotai jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), menafikan bahawa terdapat pihak-pihak berkepentingan menjalankan rundingan sebelum projek DLP dilaksanakan.

“Rundingan telah dibuat termasuk dari pihak berkepentingan, kementerian, ibu bapa dan pihak-pihak industri lain.

“Adalah tidak benar bahawa ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa, ia mengambil masa 10 bulan untuk dilaksanakan selepas kajian terperinci, termasuk melihat semua kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).”

Katanya, ibu bapa perlu bersuara demi pendidikan anak-anak mereka seperti yang telah dinyatakan di dalam Akta Pelajaran.

“Biarlah ibu bapa membuat keputusan untuk anak-anak mereka.

“Kementerian telah melaksanakan yang terbaik mengikut Akta Pendidikan dan jika ibu bapa tidak berminat dengan DLP, mereka boleh memilih sebaliknya, kerana ia adalah satu pilihan.”

Pada masa yang sama, beliau turut bertanya mengapa kumpulan yang menentang perlaksanaan DLP berasa begitu terancam.

“Mengapa mereka berasa begitu terancam dengannya walaupun ia satu pilihan.

“Ia bertujuan untuk menjadi lebih progresif dan berdaya saing di peringkat global, jika anda tidak mahu rakyat bersifat berdaya saing, maka pilihlah Bahasa Malaysia.”

Di bawah program DLP, sekolah-sekolah telah diberi pilihan untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

Wednesday, 20 January 2016

ANWAR IBRAHIM SUDAH SEMAKIN PUDAR DAN KURANG DIMINATI KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL MENURUT KAJIAN DIJALANKAN.

Pemimpin politik pembangkang yang paling popular di Twitter, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah semakin pudar dan hilang minat dan daya tarikan kalangan pengguna media sosial, satu kajian oleh Politweet baru-baru ini mendedahkan.

"Sejak kemuncaknya dengan pengguna 12.505 dan 27.990 tweet pada bulan Februari 2015, kepentingan dalam kempen digabungkan telah menurun kepada pengguna 1,271 dan 1,660 tweet pada Disember 2015," Politweet berkata, satu laporan berita harian tempatan Bahasa Inggeris.

Menurut kajian itu, perhatian media sosial untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah merudum 9/10 sejak kemuncaknya dalam penjara pada tahun lalu, dengan nombor yang menunjukkan semata-mata 10/1 dalam jumlah tweet.

Bekas pemimpin pembangkang yang dipenjarakan itu telah digantikan dalam populariti di media sosial oleh anak perempuannya, Nurul Izzah dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramili.

Statistik membimbangkan akan menjadi batu penghalang untuk PKR, yang masih bergantung harap kepada kemasyhuran Anwar untuk kewujudan politiknya untuk dilihat masih relevan.

Walaupun kini terdapat kempen-kempen berterusan untuk memulihkan popularitinya di media sosial dengan tawaran untuk hadiah keamanan Nobel dan membentangkan kesnya ke pejabat hak asasi manusia PBB namun semua inisiatif ini tidak mendapat tarikan di kalangan pengguna media sosial.

HIMPUNAN BANTAH TPPA .... PAKATAN HARAPAN ENGGAN TURUT SERTA KERANA IANYA DIANJURKAN OLEH PAS???????




Pada 26hb. Januari 2016 akan datang ini, Parlimen Malaysia akan mengundi samada menyokong atau membantah perjanjian TPPA. Sudah pasti bahawa BN akan menggunakan kuasa whip untuk mengarahkan ahli-ahlinya mengundi menyokong TPPA. Parlimen dinegara ini sama ada pihak pemerintah maupun pembangkang akan sentiasa akur dan tunduk segala perintah dan arahan ketua whip mereka. Itu kenyataan yang tidak ada siapa boleh menafikannya.

Keputusan menyokong TPPA oleh parti pemerintah nampaknya sudahpun diputuskan dan apa yang mungin berlaku di Parlimen pada 26 Januari hanyalah satu formaliti sahaja. Lagi pun, sebelum ini sudahpun dimaklumkan bahawa undang-undang, Negara tidak memerlukan Parlimen meluluskan TPPA namun disebabkan desakan dan bangkangan terhadap TPPA, maka isu ini dibawa ke Parlimen.

Juga akan menjadi menarik melihat apakah pendirian beberapa ahli Parlimen umpamanya seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tengku Razaleigh. Adakah mereka akan mengundi menentang?

Kemungkinan besar mereka tidak akan hadir sesi dari mengundi demi untuk “bermain selamat” yang sememangnya telah menjadi ragam mereka sejak dulu.

Maka tarikh 23 Januari 2016 bersamaan hari Sabtu iaitu hari himpunan menentang TPPA di Dataran Merdeka mungkin akan menjadi perhimpunan besar terakhir yang penting untuk rakyat mengutarakan bangkangan mereka kepada TPPA.

Bagi Parti PAS mereka ada mengeluarkan kenyataan menentang TPPA. PAS sebagai penganjur utama ada memaklumkan bahawa mereka akan mengerahkan ahlinya bersama dengan organisasi fron mereka iaitu Kongres Rakyat untuk turun demonstrasi pada 23hb.Januari, 2016 nanti.

Tetapi bagaimana pula dengan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR,DAP dan PAN? Sehingga kini jika dilihat sejauh mana mereka mengerakkan atau memobilisasi ahli-ahli mereka menentang TPPA, cukup menyedihkan.

Masih nampak tidak ada keazaman bersungguh-sungguh menentang TPPA, samalah seperti tidak ada keazaman bersungguh-sungguh semasa menentang GST dulu dimana pada awalnya mereka mengatakan akan berperang jika GST diluluskan.

Namun GST terus diluluskan pada April,2015. Tiada perang berlaku dan hanya rungutan sahaja yang kedengaran.

Setiap parti pembangkang pula nampaknya ada seorang dua sahaja yang prihatin lantang menentang TPPA umpamanya Wong Chen dari PKR dan Charles Santiago dari DAP.

Yang lebih merungsingkan adalah mobilisasi anti TPPA yang dianjurkan oleh kumpulan Bantah TPPA nampaknya tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh parti-parti Pakatan Harapan.

Nampaknya Pakatan Harapan masih belum membuat satu ketetapan. Juga tidak ada apa-apa arahan kepada ahli parti untuk turun memobilisasi rakyat.

Mungkin kerana pengerak utama aksi Bantah TPPA digerakkan oleh PAS d . menyebabkan parti-parti Pakatan Harapan ini serba salah dan malu alah selain mau menjaga muka dan pertahankan ego tingginya..

Pujian melangit harus diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) walaupun jelas dan terang mempunyai ketidaksefahaman ideologi dengan para organisasi lain dalam aksi Bantah TPPA tetapi dalam perhimpunan menentang TPPA,PSM mengambil sikap dan pendirian adalah wajib untuknya bersatu kerana TPPA adalah satu perjanjian koperat untuk memiskinkan lagi rakyat Malaysia.

Kongres Rakyat amat mengalu-alukan tindakan pihak BERSIH dan NGO’s sekutunya mendeklarasikan bantahan mereka kepada TPPA dan sokongannya kepada aksi ini pada 23hb.Januari,2016.

Adalah masa untuk baju merah dan kuning bersatu kerana yang kita pertikaikan adalah TPPA sebagai suatu penjajahan zaman baru.

Rakyat berpendirian bahawa jika isu bantah TPPA ini mereka tidak mampu bersatu hati, bermuafakat dan sepakat maka rakyat melihat untuk menyerahkan negara kepada Pakatan Harapan memerintah semakin jauh dari genggaman dan cekupan. Perkara semudah ini pun mereka akan seiya sekata bagaimana nak berikan amanah dan mandat untuk tadbir negara yang memerlukan pengorbanan dan kesepakatan serta kefahaman bersama.

Jika pertelingkahan politik diutamakan dari mendahulukan agenda kedaulatan negara dan rakyat tunggu masa dan ketikanya rakyat akan hukum Pakatan Harapan dipeti undi pada PRU ke-14 akan datang.

Tuesday, 19 January 2016

PENGERUSI PAN TERENGGANU DIMASUKKAN CCU HOSPITAL DUBAI MENERIMA KRITIKAN PEDAS DAN KERAS DARI WARGA MEDIA SOSIAL.



Petang tadi beberapa keping gambar Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang dimasukan di wad CCU  sebuah hospital di Dubai mendapat kecaman keras dan pedas dari warga media sosial.

Raja Bahrin merupakan ahli parlimen PAS ketika bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu dan kini melompat ke Parti Amanah Negara (PAN).

Beliau juga telah dilantik menjadi Pengerusi PAN di negeri Terengganu yang juga sebagai penggerak utama parti itu di Terengganu.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna facebook Khairol Najib telah dikongsikan kedalam grup facebook Gabungan Anak Terengganu (GATE) yang mana majoriti ahlinya adalah rakyat kelahiran atau tinggal di Terengganu.

Jika diambil akan kritikan keras dan pedas itu sebagai kayu ukur masa depan politik Raja Kamarul Bahrin ternyata masa depan politiknya di Terengganu amnya dan Kuala Terengganu khas pasti malap dan gelap gelita.

PAKATAN HARAPAN SUDAH SEMAKIN RETAK APABILA PKR DAN DAP SUDAH MULA BERBALAH HANYA KERANA PAN.


Ketika DAP bergelut untuk mengikis label 'anti-Melayu' terhadap parti itu, rakan sekutunya PKR menyarankan DAP menukar separuh daripada kerusi majoriti Cina yang diwakilinya sekarang dengan Parti Amanah Negara (PAN).

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang berkata, sebagai pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada parti serpihan PAS itu.

"Ini akan membantu PAN mendapatkan sebilangan kerusi yang boleh menang manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang kaum," katanya dalam satu kepada Malaysiakini semalam.

Walaupun DAP mungkin berdepan risiko kekurangan separuh jumlah kerusi yang disandangkan sekarang seandainya PAN kalah dalam semua kerusi yang ditukar itu, namun Chang berkata, ia sesuatu yang perlu untuk mengubah DAP menjadi sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.

Katanya, PAN boleh menang di kerusi berkenaan sekiranya DAP memberi sokongan.

ADUN Teja itu berkata DAP berada di kemuncak politiknya selepas memenangi 37 kerusi Parlimen dan 105 kerusi negeri dalam pilihan raya umum 2013.

Ini, digabungkan dengan struktur yang teratur dan ahli-ahli parti yang berdisiplin, akan menyediakan tapak yang subur untuk transformasi DAP.

Chang juga menegaskan bahawa DAP menghadapi masalah persepsi di kalangan pengundi Melayu, walaupun ia telah bekerja keras untuk memenangi hati dan minda mereka.

Beliau berpendapat bahawa punca kepada rasa tidak percaya Melayu terhadap DAP itu dikaitkan dengan modus operandinya.

Ini disebabkan oleh DAP yang aktif dalam politik di kawasan majoriti Cina, yang seterusnya menyumbang kepada tanggapan bawah ia kurang sensitiviti terhadap orang Melayu, katanya.

Beliau berkata, jika DAP hanya meningkatkan keahliannya di kalangan orang Melayu tetapi masih bertanding di kawasan majoriti Cina, maka janji transformasi itu tidak akan membantu untuk mewujudkan DAP yang benar-benar berbilang kaum.

Chang berpendapat bahawa hanya apabila DAP bertanding di sejumlah besar kerusi campuran atau kerusi Melayu, maka baru ia akan dapat memperbaiki persepsi terhadap modus operandinya.

Dalam reaksinya, seorang pemimpin Pemuda DAP mencadangkan Chang menggunapakai strateginya itu di Selangor terlebih dahulu, dengan menyingkirkan PAS dari pentadbiran negeri itu.

Pengarah pendidikan politik Pemuda DAP, Chiong Yoke Kong mencadangkan PKR terlebih dahulu menggantung semua wakil PAS di Selangor dan memberi laluan kepada rakan sekutunya yang baru, PAN.

Memandangkan DAP, PKR dan PAN telah membentuk satu pakatan baru di bawah Pakatan Harapan, maka Chiong berkata, PKR tidak seharusnya memainkan isu mengenai kubu kuat PAS.

Sebaliknya, kata beliau, kerusi PAS perlu diambil alih oleh PAN.

Belum lagi PRU ke-14 nak bermula sudah mula berbalah sesama sendiri kerana bagaimana nak peruntukan kerusi kepada PAN.

PKR sudah pasti melihat tidak mau wujud pertembungan tiga penjuru dengan hati yang berat mau tidak mau akan cuba memujuk dengan ambil hati PAS dengan tidak mau PAN bertanding dimana PAS bertanding dalam masa yang sama juga enggan menyerahkan kerusinya kepada PAN.

Pilihan terbaik diwaktu ini yang difikirkan ianya realistik dan logik ialah dengan DAP berikan kerusi mereka kepada PAN . Kerusi-kerusi itu adalah kerusi-kerusi yang mampu menang dengan mudah. Sebut kerusi mampu menang mudah sudah pasti kerusi-kerusi majoriti pengundinya kaum Tionghua melebehi 60%.

Kerusi-kerusi ini lazimnya terletak dibandar-bandar utama dan separa bandar yang hampir dengan badar-bandar utama.

Apakah DAP sanggup korbankan kedudukkan para pemimpinnya hanya demi memberi laluan kepada PAN yang amat mereka sayang dan sanjung??

Jika diteliti secara halus ianya tidak mungkin kalau diambil kisah perebutan dan permintaan PAN mau sekurang-kurangnya 24 kerusi Ahli Majlis PBT Selangor baru-baru ini .. dimana kesemua kesepuluh kerusi tersebut dan rampas dari peruntukkan kepada PKR dengan DAP dan PAS seinci pun enggan berganjak dan mengalah.

Melihat akan senario ini sudah pasti PKR kini sudah mula terhidu langkah dan keputusan sama bakal diambil pada PRU ke-14 nanti semata-mata mau memberi laluan dan tempat kepada PAN.

Yang akan menjadi mangsa perebutan dan kedegilan nanti ialah PKR jua.

Sebelum ini terjadi maka lebih baik PKR lontarkan idea terlebih dahulu betapa perlunya DAP berkorban atas prinsip kononnya nak tawan hati pengundi-pengundi Melayu pada PRU ke-14 nanti.

Ini baru babak permulaan perbalahan antara PKR dan DAP. Kita tunggu dan lihat babak-babak seterusnya yang pasti menarik, sengit dan bingit.

GAMBAR PALSU DISUNTING "SAYA MAU SENTUH BABI" BERLEGAR LIGAT DIMEDIA SOSIAL SEHINGGA MENIMBUL KERESAHAN RAKYAT.


Gambar yang disunting berlegar ligat dimedia sosial dengan dikongsi warga maya telah menimbulkan rasa resah dan kekecuhan dan keributan berhubung perkara itu.

Gambar menunjukkan beberapa gadis Melayu/Islam berhijab menyentuh seekor anak babi.

Walau bagaimanapun, setelah dijalankan semakan dan siasatan mendapati bahawa gambar asal adalah daripada kisah beberapa gadis menyentuh anjing, yang diambil semasa "Saya Mahu Sentuh Anjing " suatu acara agak kontroversi yang diadakan pada tahun 2014.

Gambar yang disunting muncul dimedia sosial dan alam maya sejak hujung minggu lalu dalam apa yang kelihatan sebagai sebahagian daripada laporan berita palsu bertajuk "Program Terbaru 'Saya Mahu Sentuh Babi".

Monday, 18 January 2016

MAJLIS PENERANGAN ISU SEMASA PAN BERSAMA-SAMA DR MARIAH MAHMUD AHLI PARLIMEN KOTA RAJA MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT LUAR BIASA???????


Malam ini 18hb Januari 2016 bertempat di bersebelahan Masjid Dato' Dagang, Kg Jawa, Klang berlangsung suatu Majlis Penerangan Isu Semasa PAN bersama-sama dengan Ahli Parlimen Kota Raja merangkap Ketua Wanita PAN Nasional  YB Dr Siti Mariah Mahmud anjuran PAN kawasan Kota Raja.

Sambutan diberikan?????? ... sendiri tengoklah rakaman-rakaman gambar diatas dengan mata kepala sendiri.

Macam mana dikatakan penubuhan PAN di Selangor sudah menyebabkan PAS Selangor lumpuh kalau begini respon dan sambutan diberikan oleh rakyat.

AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI MASYARAKAT MELAYU SECARA MAJORITI BESARNYA MENJAUHKAN DIRI DARI PAKATAN HARAPAN SEHINGGA MEMAKSA PAKATAN HARAPAN TANPA PAS AMBIL TINDAKAN RADIKAL.


Pakatan Harapan akan menggunapakai pendekatan ‘radikal’ dalam dasar dan program yang direka khusus untuk menangani isu Melayu, yang sebelum ini menjadi kelebihan UMNO.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, dasar baharu itu akan diumum secara berperingkat bermula April, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bagi mendapatkan lebih banyak maklum balas dan perbincangan terperinci dengan rakyat kebanyakan.

“Apa yang kami maksudkan dengan radikal ialah kita mahu dasar, pendekatan dan program yang menyentuh kebimbangan dan isu orang Melayu, yang selama ini dimanipulasi oleh BN untuk mewujudkan kegelisahan di kalangan orang Melayu, disampaikan secara langsung, kreatif dan objektif,” kata beliau dalam sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Dasar itu dijangka dibentangkan sepenuhnya kepada orang awam pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada 15 Julai depan.

Dengan pendekatan baharu ini, Rafizi memberi jaminan kebimbangan kaum lain tidak akan dipinggirkan pakatan itu, yang menggantikan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata, dasar itu perlu dilancarkan dalam masa terdekat bagi menjana momentum untuk menewaskan BN.

“Kita hanya ada 18 hingga 24 bulan sebelum pilihan raya umum.

“Ini merupakan komitmen daripada ketiga parti kepada rakyat dan ia akan dilaksanakan apabila kita mengambil alih Putrajaya selepas PRU-14. UMNO-BN sangka selepas mereka hancurkan Pakatan Rakyat, mereka tidak akan punyai pencabar lagi. Mereka sudah silap,” katanya.

EDISI BIAR GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA .... SUASANA DAN SAMBUTAN SANTAI BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN DI KOTA BELUD, SABAH.

Beginilah suasana dan sambutan majlis santai bersama-sama dengan Pemimpin Pakatan Harapan semalam 17hb Januari 2016 jam 8 malam di rumah Sdr Mohd Hj Migin, Kampong Rampayan Laut, Kota Belud Sabah.

Antara pemimpin ulung dan agung Pakatan Harapan yang hadir malam tadi ialah Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu, Saifuddin Nasution Ismail Pengarah Pilihanraya Pusat PKR, Senator Dr Muhd Nur Manuty Pengerusi MPN Perak dan Dato' Seri Lajim Hj Ukin Pengerusi MPN Sabah.

Sambutan dan respon rakyat tempatan ????? .... tak mau nak kupas dan ulas dengan panjang lebar sebab membazirkan nafas dan air liur sahaja ... sendiri lihat dengan mata kepala sendiri akan rakaman-rakaman gambar diatas.

Pemimpin-pemimpin yang hadir bukan calang-calang pemimpin ... ada nama dan ada suara punya.

Diberi dan dihidangkan dengan jamuan percuma pun rakyat tempatan tidak terliur nak datang.

Ada harapan Pakatan Harapan tanpa PAS nak tawan Putrajaya??????????

NASRUDDIN TIDAK MOHON MAAF KEPADA LIM GUAN ENG HANYA SEKADAR MENARIK BALIK SEBAHAGIAN ARTIKEL SAHAJA.



Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi, membuat keputusan untuk tidak minta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas menunaikan solat sunat dua rakaat.

Menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi parti PAS, Ahli Parlimen Temerloh memberitahu mendapat petunjuk dan bersetuju untuk menarik balik sebahagian artikel tetapi tetap dengan pendirian tidak memohon maaf.

Dalam kenyataan itu, Nasruddin menceritakan kronologi yang berlaku di mahkamah sehingga penyelesaian di luar mahkamah dicapai antara kedua-dua pihak.

“Jam 10.20 pagi saya membuat keputusan bahawa saya tidak akan memohon maaf dan mengarahkan peguam saya agar proceed (meneruskan) untuk melalui perbicaraan kes saman yang berkait dengan penulisan saya bertajuk Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel ? Pada tarikh 6 Ogos 2014.

“Jam 10.30 pagi, sekali lagi saya dipanggil untuk selesaikan kes sebagai rundingan di luar mahkamah di kamar hakim secara mediasi (satu proses runding cara dengan tujuan penyelesaian di luar mahkamah bagi kes – kes sivil), namun saya tetap menegaskan bahawa saya tidak akan memohon maaf kerana penulisan saya tidak bermaksud memfitnah plaintif,” katanya.

Bagaimanapun katanya, menerusi rundingan seterusnya pada jam 11.05 pagi, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah dan beliau setuju menarik balik sebahagian isi kandungan dari artikel yang dikatakan telah menimbulkan salah faham dalam kalangan pengguna media sosial.

Hakim memerintahkan Nasruddin membayar kos mahkamah RM10,000 kepada Guan Eng.

Guan Eng menyaman Nasruddin kerana mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu penganugerahan projek bernilai RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd bukannya tender terbuka.

Nasrudin mendakwa, Guan Eng memberikan projek secara rundingan terus walaupun Pakatan Rakyat menentang cara berkenaan.

Pemimpin PAS itu juga mempersoalkan perbelanjaan berlebihan Lim sebagai sesuatu yang tidak perlu apabila Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit selama enam tahun berturut-turut.

SUASANA SAMBUTAN CERAMAH PERDANA PAN DI KOK LANAS BUKTI KUKUH PAS SUDAH LUMPUH DI KELANTAN DAN KELANTAN BAKAL JATUH KETANGAN PAN PADA PRU KE-14 NANTI??????


Pada malam Sabtu lepas 16hb Januari 2011 bertempat di Futsal Planet, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan berlangsung suatu acara gilang gemilang Ceramah Perdana PAN dengan para penceramah antaranya terdiri dari Ulama Luar Biasa Ustaz Ahmad Awang Penasihat Umum PAN dan Pemikir dan pencetus Langkah Kajang yang juga Setiausaha Agung PKR Sdr Rafizi Ramli.

Sungguh hebat dan mengkagumkan sekali akan sambutan diberikan oleh rakyat Kelantan ... kalau begini berterusan maka tidak hairan dalam masa terdekat ini bukan sahaja PAS Kelantan lumpuh malahan ahlimya pun paling ramai tinggal sepuluh orang.

Hasrat dan niat murni suci mulia PAN mau rampas Kelantan dari PAS pada PRU ke-14 nanti teramatlah cerah lebih-lebih lagi dengan bantuan Rafizi Ramli yang dikategori dan dinobatkan sebagai Pakar Strategi Paling Luar Biasa dan Hebat seantaro dunia dengan mengambil Langkah Kajang sebagai kayu ukurnya.

Sunday, 17 January 2016

SUASANA DAN SAMBUTAN KULIYAH MAGHRIB BERSAMA-SAMA USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA, TAMPOI, JOHOR BAHRU.

Kuliyah maghrib di Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru 16/1/2016.

SUASANA DAN SAMBUTAN PELANCARAN NGO GENERASI PERJUANGKAN NASIB PENEROKA FELDA GANTI ANAK PERINGKAT KEBANGSAAN DI KERDAU PAHANG.


Beginilah suasana dan sambutan diberikan oleh para peneroka Felda semasa pelancaran NGO GENERASI ganti ANAK peringkat Kebangsaan semalam 16hb Januari 2016 di Kompleks Al Makmur, Simpang 4, Kerdau, Pahang.

Memandangkan ANAK kini sudah dihijack oleh PAN maka satu wadah baru perlu ditubuhkan bagi menggantikan peranan ANAK yang kini lebih bersifat memperjuangkan demi imej dan batuan politik PAN.

Pelancaran dan penubuhan GENERASI mendapat sambutan dan penerimaan hebat kalangan warga Felda.

Saturday, 16 January 2016

PARTI YANG DIKATAKAN SUDAH MAMPU RAIH SOKONGAN AHLI-AHLI UMNO DAN PAS TAPI TERPAKSA MENGEMIS SOKONGAN DI PASAR TANI EDAR RISALAH

Pada 9hb Januari 2016 yang lalu ketika acara perjanjian Pakatan Harapan selesai diadakan semasa ditemua bual dan diajukan solan oleh wartawan, Presiden PAN Rahmatan Lil Alamin Mat sabu menyatakan bahawa kini beliau sudah cukup yakin PAN sudah mampu meraih dan memidahkan sokongan masyarakat Melayu yang kini berlonggok dalam UMNO dan PAS akan berhijrah secara berduyun-duyun dan berjemaah kepada PAN.

Pergh!!! dahsyat dan hebat sungguh nada kepercayaan dan keyakinan parti serpihan PAS yang ditubuhkan kerana kecewa merajuk sebab tumpas teruk semasa pemilihan di Muktamar PAS ke-61 tahun lepas.

Realitinya???? .. Dari rakaman gambar-gambar diatas ternyata kenyataan Mat sabu itu sembang dan lebong besar kencang yang tidak berpijak dibumi yang nyata.

Nak raih sokongan terpaksa pergi mengemis di pasar-tani diwaktu pagi .. para penggunjung pasar tani pun tidak sambut secara gharaih dan teruja pun kehadiran para petugas PAN yang boleh dibilang dengan jari sehingga terpaksa mohon bantuan anak-anak yang masih kecil untuk jadi tukang edar risalah.

Parti yang hebat dan mendapat sokongan luar biasa tidak perlu lakukan kerja sebegini rupa.

Insiden ini dirakam di Pasar tani di Bukit Gambir, Muar Johor.

Belum pernah lagi dalam sejarah penubuhan parti dinegara ini melakukan kerja-kerja sebegini untuk mendapatkan sokongan rakyat ... ini jelas sudah menajdi bukti kukuh betapa PAN tidak mendapat tempat dilubuk hati dan minda rakyat terutamanya kalangan masyarakat Melayu/Islam.

PAN hanya dan masih menumpang dan berpayung dibawah pengaruh dan sokongan rakyat kepada DAP.

PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN HANYALAH SUATU GIMIK DAN RETORIK POLITIK


Pakatan Harapan, yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) tanpa PAS, perlu membuktikan bahawa ia mempunyai kekuatan tersendiri, sekali gus berupaya mengubah landskap politik Malaysia secara total.

Tekad memeterai perjanjian kerjasama pada 9 Jan lepas, ketiga-tiga parti perlu membuktikan dan tidak mengulangi kesilapan lampau ketika bersama-sama dalam Pakatan Rakyat (PR) melalui gerak kerja dan keputusan kolektif sebagai satu gabungan politik mantap.

Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini pastinya ditunggu-tunggu oleh banyak pihak untuk melihat sejauh mana kemampuan ketiga-tiga parti itu bekerjasama dan memberi impak dan kesan kepada dunia politik tanah air.

Bertambah kukuhkah Pakatan Harapan selepas termeterainya perjanjian baharu itu??????

Ramai penganalisis politik bagaimanapun melihat perjanjian pakatan tanpa PAS kali ini dengan sinis kerana masih menggunakan model serupa dengan PR yang mengamalkan politik berasaskan kepada hubungan berasaskan kepentingan tertentu.

Perjanjian yang ditandatangani ketiga-tiga parti itu masih mengekalkan prinsip sama seperti ketika PR diwujudkan dahulu.

Perbezaannya cuma pada nama dan tanpa penglibatan PAS, yang kedudukannya kini diambil alih PAN.

Pembangkang telah pun kehilangan aset yang besar apabila PAS keluar daripada pakatan… mereka (pakatan) mengalami kemerosotan sokongan khususnya orang Melayu apabila PAS tidak menyertai mereka dan inilah hakikat dan realitinya.

Perjanjian itu sekadar kosmetik dan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat keseluruhannya.

Apa yang pernah terjadi pada Pakatan Rakyat tidak mustahil boleh terjadi di dalam pakatan PKR, DAP dan PAN.

Hakikatnya apabila PAS keluar, sudah pasti Pakatan Harapan tidak kukuh dan kuat kerana yang menguatkan PR sebelum ini ialah PAS yang memiliki jentera yang besar. PAN tidak setanding PAS meskipun parti itu diberikan peranan menggantikan PAS.

Tindakan mengadakan perjanjian itu tidak lebih hanyalah satu retorik politik.

Apa yang berlaku dalam pembangkang sebelum ini (PKR, PAS dan DAP) menyebabkan gabungan pakatan baharu ini (PKR, DAP dan PAN) kononnya mahu lebih berwaspada sehingga membawa kepada perjanjian ini.

Pembangkang ketika ini berada dalam kedudukkan amat terdesak dan sedang berusaha keras sehingga menuntut mereka mengadakan perjanjian berkenaan bagi mengikat ketiga-tiga parti, selain cuba menonjolkan kepada rakyat bahawa mereka juga mampu bertahan dan mencapai kesepaduan seperti Barisan Nasional (BN).

Persoalannya, jika sudah wujud pakatan yang baharu dengan perjanjian bersama, maka apa akan jadi dengan pakatan sebelum ini yang melibatkan PAS terutamanya dalam hal pentadbiran Kerajaan Selangor?

Kerajaan Selangor nampaknya perlu membuang EXCO PAS dan menggantikannya dengan seseorang daripada PAN, itu pun atas persetujuan dan perjanjian baharu yang dimeterai oleh ketiga-tiga parti.

Tetapi, bersediakah Pakatan Harapan menguatkuasakan perkara itu atau adakah ini satu ‘siri drama’ pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14??????.

Merujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 9 Jan lepas yang dilapor sebagai berkata, perjanjian itu menunjukkan komitmen serius Pakatan Harapan untuk menjadi ‘government-in-waiting’, namun rata-rata para penganalisis politik berpendapat bahawa ia adalah sekadar gimik politik.

Realitinya, mereka dah kemerosotan sokongan selepas PAS tidak lagi bersama mereka… ini hakikat yang mereka tidak boleh nafikan dan mereka juga tidak mampu menggantikan BN.

Kenyataan ini dibuat sekadar untuk menunjukkan kepada umum bahawa pakatan masih lagi kuat meskipun tanpa PAS.

Ia sekadar untuk mempengaruhi rakyat bahawa mereka semakin matang dan kukuh walaupun realiti adalah sebaliknya.

Perjanjian Pakatan Harapan antara lain berkenaan hala tuju pakatan termasuk proses dalam membuat keputusan membabitkan gabungan itu, calon pilihan raya dan kesetiaan terhadap kerjasama itu.

Perjanjian itu juga turut menggariskan langkah tegas termasuk memecat keanggotaan parti tidak sehaluan.

Natijahnya, ke arah mana sokongan orang Melayu selepas penubuhan PAN, yang berteraskan orang Melayu??????

Melihat senario politik semasa ini,penubuhan parti PAN sedikit sebanyak akan membawa kepada perpecahan undi khususnya di kawasan majoriti Melayu.

Mereka juga yakin Pertandingan tiga penjuru antara PAS, UMNO, PAN – pasti tidak dapat dielakkan pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam konteks Pakatan Harapan, PAS pastinya tidak akan mendapat sokongan padu daripada penyokong tegar pakatan itu sekiranya bertanding di kawasan majoriti Melayu yang turut ditandingi UMNO dan PAN.

DAP dan PKR pastinya berhabis-habisan berjuang memastikan rakan sekutu mereka menang, manakala PAS bukan lagi rakan sekutu mereka.

Ekoran pergolakan politik semasa khususnya melibatkan parti berteraskan orang Melayu akan menjadikan kumpulan atas pagar lebih ramai pada pilihan raya umum ke-14.

Ini akan menyebabkan perpecahan di kalangan orang Melayu semakin melebar.

Friday, 15 January 2016

BLOGGER TUKAR TIUB DIJATUHKAN HUKUMAN 9 BULAN PENJARA OLEH MAHKAMAH TINGGI KERANA HASUT ORANG RAMAI TURUN BERDEMONSTRASI.


Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas blogger Tukar Tiub atau nama sebenarnya, Hishamuddin Rais kerana menghasut orang ramai berdemonstrasi di jalan raya membantah keputusan pilihan raya pada tahun 2013.

Hakim, Datuk Nordin Hassan yang membenarkan pendakwa raya merayu membantah keputusan Mahkamah Sesyen tahun lalu yang mengenakan denda RM5,000, membuat keputusan bahawa hukuman itu tidak cukup berat.

“Perbuatan tertuduh yang membuat ucapan meminta orang ramai pada hari itu menukar kerajaan adalah satu kesalahan yang berat,” katanya.

Bagaimanapun, Hakim Nordin membenarkan permohonan peguam bela Hishamuddin, Syahredzan Johan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan kes di Mahkamah Rayuan.

Hishamuddin yang juga kolumnis dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM6,000.

Tahun lalu, Mahkamah Sesyen mendenda Hishamuddin sebanyak RM5,000 selepas didapati bersalah menghasut menggulingkan kerajaan dalam ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor KLSCAH).

Thursday, 14 January 2016

AKHIRNYA DAP AKUI PERLU HENTIKAN SEGERA MEMBUAT TINDAKAN DAN KENYATAAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN ORANG MELAYU


Demi memulihkan imejnya dalam kalangan orang Melayu, DAP perlu berhenti membuat tindakan yang boleh menyinggung perasaan mereka.

Malah, Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Ong Kian Ming menambah, tindakan itu juga menyusahkan parti komponen Pakatan Harapan yang lain.

“Persepsi orang Melayu terutama golongan muda boleh diubah, dengan syarat DAP perlu berhenti membuat tindakan yang merugikan diri sendiri (shoot ourselves in the foot),” katanya dalam forum bertajuk ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14′, di sini, malam tadi.

Beliau mengambil contoh Setiausaha Pemuda DAP Perak, Chong Zhe Min yang mengkritik kerajaan kerana menghalang kemasukan dua atlet warga Israel ke negara ini, bulan lalu.

“Kenyataan itu mengejutkan ramai pemimpin parti. Akhirnya kita perlu buat banyak kerja untuk pulihkan keadaan (internal containment). Ia juga menyusahkan rakan-rakan (Pakatan Harapan),” kata Ahli Parlimen Serdang itu lagi.

Beliau juga mengakui kecenderungan segelintir pemimpin menggunakan bahasa ibunda berbanding bahasa kebangsaan dalam berkomunikasi, sama ada dalam kenyataan atau ucapan, membuatkan orang Melayu kurang yakin bahawa DAP adalah parti untuk semua kaum.

Justeru, beliau berharap DAP memperbaiki perkara ini agar dapat menarik lebih banyak sokongan Melayu pada PRU akan datang.

Kajian Institut Darul Ehsan sebelum ini mendapati 72 peratus daripada 1,716 responden setuju bahawa DAP hanya memperjuangkan kaum Cina dan 64 peratus setuju parti itu anti-Melayu dan Islam.

Wednesday, 13 January 2016

DR MAZA MUFTI PERLIS PUJI NAJIB LAWAT HADI AWANG DI IJN.




Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata di laman Facebook beliau, amalan yang baik harus dipuji namun tidak kepada perkara yang bertentangan.

"Apa pun masalah yang ada, menziarahi orang sakit dan berhubungan baik sesama Muslim dan insan adalah terpuji.

"Kita memuji perkara yang baik dan kita menyatakan perbezaan kepada sebaliknya. Urusan yang lain itu terserah kepada Allah.

"Dia lebih tahu hakikat hambaNya. Kita memohon hidayah untuk diri kita dan untuk semua," tulisnya.

Beliau tidak menyebut sebarang nama pada posting tersebut, tetapi memuat naik gambar Najib yang mengunjungi presiden parti Islam itu di IJN.

Posting itu menerima 1,000 'Likes' dalam masa sejam selepas dimuat naik pagi ini dan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Salah seorang komentar Khairulnizam Abd Wahab menulis:"Jangan lupa kesalahan mereka buat dengan gambar macam ini akan lupa segalanya.. salah tetap salah.."

Riswan Farid menulis:"Ayat yang begitu mendalam maksud dari Dr Maza."

Manakala Riki Malek pula menulis: "Yang penting ikhlas kerana Allah. Alhamdulillah."

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...