Wednesday, 4 March 2015
EDISI KADANG-KADANG BARU SEKALI TERDENGAR ... SUAMI BERISTERI EMPAT BERKONGSI KEGEMBIRAAN BERSAMA EMPAT ANAKNYA YANG BERLAINAN ISTERI YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM.
Ini baru dikatakan amat jarang berlaku ... seorang suami yang mempunyai empat orang isteri berkongsi kegembiraan dengan empat anak mereka YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM YANG DIUMUMKAN SEMALAM.
Salah seorang mendapat 10A manakala yang tiga lagi mendapat 8A dan 2B.
Apa yang lebih menariknya keempat-empat anaknya itu ialah dari berlainan isteri yang dilahirkan tahun yang sama dan belajar disekolah yang sama.
Menyambut kegembiraan pun bersama-sama .. dilokasi yang sama .. Memang hebat sisuami ini.
Inilah apa yang dinamakan oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang .. Ada sebuah masalah ... Satu banyak banyakkkkk .... Dua sikit sikitttttt ... Tiga jarang jarang .. Empat kadang kadang.
Tetapi yang ini lagi jarang diantara kadang kadang.
Tuesday, 3 March 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN DEMO DEPAN SOGO 7 MAC INI SUDAH TERDESAK SEHINGGA TERPAKSA JUAL NAMA PAS DAN UNIT AMALNYA UNTUK TARIK AHLI-AHLI PAS TURUT SERTA?????
KENYATAAN MEDIA:
LOKASI BERKUMPUL BAGI PESERTA HIMPUNAN Kita Lawan PADA 7 MAC 2015
Bagi melancarkan pergerakan, peserta-peserta Himpunan #KitaLawan pada 7 Mac 2015 diminta berkumpul jam 3.00 petang di lokasi berikut:
1. Pasar Seni (atau Central Market)
2. Masjid Jamek
3. Bangunan Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut
Seterusnya, pimpinan akan mengetuai kumpulan dari tempat berkumpul menuju ke Sogo.
Tema adalah warna hitam. Petugas keselamatan Unit Amal dan Skuad AMK, kecemasan (medic team) dan peguam (urgent arrest) akan diaktifkan. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui Facebook https://www.facebook.com/KitaLawanOfficial dan Twitter @KitaLawan_my.
Mohon bantu sebarkan. Terima kasih.
3 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
ULASAN OMAK KAU:-
Syukur Alhamdulillah, kalau benar penganjur sudah mengulurkan tepak sireh menjemput penyertaan PAS terutamanya dikalangan ahli-ahli Pemudanya untuk turut serta menunjukkan solidariti kepada Anwar Ibrahim dengan berhimpun bersama-sama depan Sogo Sabtu ini 7hb Mac 2015 jam 3.00 petang kerana sudah sedar betapa tanpa penglibatan PAS, apa jua acara dan program berbentuk berhimpun anjuran secara solo oleh AMK pasti tidak mendapat sambutan, hambar dan suam-suam kuku.
Ternyata AMK tidak mempunyai kekuatan dan kehebatan dari segi tenaga manusia untuk memberi kagum dan gerun kepada pihak lawan .. Kehebatan AMK hanya terkenal sebagai tukang sembang kencang yang tiada siapa boleh tanding dan lawan. Ibarat kalau bercakap, bumi boleh terbelah langit boleh runtuh.
Masalahnya sekarang .... dari apa yang Omak Kau terima maklumat sesudah membuat sedikit penyelidikan dan siasatan secara "discreet", dapati sehingga kini Dewan Pemuda PAS masih belum lagi disantuni dan dijemput secara rasmi untuk turut serta dengan tiada pun sebarang perbincangan dan persetujuan dengan Sekretariat Kita Lawan.
Apakah ini sudah menjadi satu kes amat terdesak, sehingga terpaksa jual dan jaja nama baik PAS terutamanya Jabatan Unit Amalnya, kononnya dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dan keadaan lalu lintas ketika demo nanti, serta nama Bangunan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut juga turut dipetik bagi memberi sedikit keyakinan kepada para ahli dan penyokong serta pendokong PAS????
Jika apa yang berlegar diminda Omak Kau ini ternyata benar setelah diselidiki dan disiasat, maka amat malang sekali cara Sekretariat Kita Lawan untuk pikat dan pujuk rakyat dari kalangan ahli dan penyokong PAS untuk sama-sama turun turut serta Demo Aman depan Sogo pada Sabtu 7hb Mac 2015 jam 3.00 petang.
Demi bersangka baik .. mohon jawapan dan respon segera dari jurucakap Sekretariat Kita Lawan dan juga PAS untuk merungkai persespsi buruk ini terjawab demi pencerahan dan kebenaran.
RUPA-RUPANYA AZMIN JUMPA KETUA MENTERI SARAWAK UNTUK BENARKAN ZURAIDA MASUK KE SARAWAK
Mati-mati Omak Kau ingatkan apabila tersebar ligat gambar-gambar Dato' Menteri Besar Selangor yang paling dikagumi dan dikasih rakyat sejak merdeka, tidak lain tidak bukan, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali membuat kunjungan hormat kepejabat Ketua Menteri Sarawak, membincangkan masalah-masalah yang dihadapi rakyat Selangor/Sarawak dan bagaimana kedua negeri boleh mengembeling tenaga dan kepakaran demi kesejahteraan hidup rakyat dengan mengenepikan perbezaan politik.
Rupa-rupanya mohon budi baik dan bicara Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan larangan Imgiresen kepada Ketua Wanita KeADILan Pusat Zuraida Kamaruddin dari memasuki negeri Sarawak serta beberapa pemimpin PKR yang lain.
Kalau isu dan permsalahan itu rasanya tidak memerlukan membuat kunjungan hormat .. mohon melalui panggilan talipon sudah memadai.
Hebat sangat ke kebolehan Zuraida Kamaruddin ni sehingga perlu berjumpa secara empat mata untuk membenarkan kakinya pijak bumi Sarawak ... adakah kehadiran Zuraida di negeri Sarawak boleh dan mampu menumbangkan kerajaan PBB/BN Sarawak dengan pidatonya?
Rasanya Azmin Ali selaku ketua pentadbir negeri Selangor kena tahu prioriti dan keutamaan dalam amanah dan tanggung jawab sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.
Perlu slogan PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI dilihat ianya menjadi amalan dan budaya pentabiran Negeri Selangor dibawah kepimpinannya demi kepentingan rakyat bukannya kepentingan beberapa kerat pemimpin parti yang cukup kuat mendokong dan menyokong dirinya.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon dikajikan semula larangan kebenaran masuk ke Sarawak yang dikenakan ke atas beberapa pemimpin kanan itu.
Perkara tersebut disampaikan oleh Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dalam pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, hari ini.
Menurut Azman, beliau mengharapkan budibicara Ketua Menteri Sarawak dalam melonggarkan sekatan ke atas pemimpin pembangkang.
“Saya meminta Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) untuk melihat semula tindakan beberapa pemimpin PKR yang dihalang masuk ke Sarawak,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Adenan di Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia.
“Saya tegaskan sementara kita menghormati imigresen law dan imigresen autonomi dalam Perkara 18, tetapi atas budi bicara Ketua Menteri saya minta dapat membantu perkara ini,” tambahnya.
Tiga pemimpin kanan PKR yang dilarang masuk Sarawak ialah bekas Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution dan dua Naib Presiden, Rafizi Ramli dan Tian Chua.
Larangan masuk antara lainnya bertujuan menghalang seseorang yang boleh menyebabkan ketidakstabilan dan memecahbelahkan perpaduan.
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PKR menghormati Perkara 18 dan berharap masalah yang membawa kepada sekatan itu dapat diselesaikan.
“Dan sekiranya ada maklumat yang perlu disampaikan kepada kami tentang mengapa mereka tidak dibenarkan untuk masuk, kita boleh cari jalan untuk menyelesaikan,” katanya, lapor Bernama.
Turut hadir Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Krian, Ali Biju dan Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.
BENARKAH RAFIZI KELUARKAN SURAT MENYATAKAN PARTI KEADILAN MEMPERUNTUKAN RM150.00 UNTUK SETIAP PESERTA DEMO KITA LAWAN DEPAN SOGO SABTU INI SEBAGAI ELAUN PERJALANAN DAN MAKAN SERTA RM500 SEBAGAI ELAUN PENGINAPAN UNTUK SETIAP CABANG?????
Terkejut sungguh Omak apabila menerima suato salinan surat yang dikatakan dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung KeADILan kepada semua Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Cabang, Ketua-Ketua Angkatan Muda Cabang, Ketua-Ketua Wanita Cabang Parti KEADILAN Rakyat atas tajuk : HIMPUNAN SOLIDARITI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, PARTI KEADILAN RAKYAT.
Surat sebanyak dua muka surat itu menyatakan keputusan telah diambil oleh Biro Politik KeADILan bahawa acara Konvensyen KeADILan pada hari Sabtu 7hb Mac 2015 dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di GRAND BALLROOM, SHAH ALAM CONVENTION CENTRE telah ditukar kepada HIMPUNAN SOLIDARITI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.
Semua Ketua Cabang, Ketua AMK Cabang dan Ketua Wanita Cabang diwajibkan untuk menghantar perwakilan dari Cabang masing-masing sekurang-kurangnya mengikut jumlah berikut:-
Perwakilan Cabang : 10 orang
Perwakilan AMK Cabang: 5 orang
Perwakilan Wanita Cabang : 5 orang
Selepas berakhirnya himpunan solidariti maka setiap peserta diminta untuk sama-sama menyertai suatu demonstrasi anjuran Angkatan Muda KEADILAN serta beberapa NGO jam 3.00 petang hari yang sama didepan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Apa yang menarik perhatian Omak Kau ketika mendapat salinan surat ini ialah diperenggan 5 muka dua surat berkenaan ialah mengenai ayat yang berbunyi : Pihak parti akan memperuntukan RM150.00 untuk setiap peserta sebagai elaun perjalanan dan elaun makan serta RM500.00 sebagai elaun penginapan untuk setiap Cabang.
Perenggan ini memberi suatu kejutan dan difahamkan ssalinan surat ini sudah pun berlegar ligat dialam maya dan internet melalui laman sosial dan blog.
Apabila Omak Kau mendapat salinan surat ini, Omak mengambil sikap tidak terus hadam sebaliknya cuba mencari kebenaran dan kesahihan kandungan surat ini.
Setelah dijalankan sedikit siasatan maka jelas ianya suatu fitnah jahat untuk memburukkan Parti KeADILan Rakyat oleh individu atau indvidu-individu tertentu dengan mengubah suai surat berkenaan dengan memasukkan ayat sepertimana yang dicatitkan diatas sedangkan surat asal perenggan 5 tiada pun disebut tentang pemberian elaun-elaun berkenaan.
Melakukan penambahan satu lagi perenggan ingin memberi gambaran betapa untuk himpun dan kumpulkan rakyat terpaksa dibayar pelbagai elaun.
Omak Kau sejak bergiat dalam alam blog dan laman sosial, dalam berpolitik perlu ada akhlak mengisahkan kebenaran walaupun pahit dan pedih sekali untuk diterima dan dihadam.
Cara politik serang dengan mengubah suai surat maupun gambar demi tujuan memburukkan pihak lawan bukan cara Omak Kau berblog .. Mungkin cara begini akan memberi sedikit hiburan murahan kepada para penyokong dan pengikut totok dan tegar parti-parti politik berkenaan tetapi dari segi jangka panjang sudah pasti akan memusnahkan terus imej, nama baik dan integriti blogger yang mengamalkan budaya sedemikian.
Perlu ingat .. kini informasi dihujung jari .. rakyat kini terutamanya anak-anak muda jenis tidak mudah termakan dengan berita sensasi sebaliknya akan selidik sedalam-dalamnya dulu sebelum menerimanya sebagai berita dan maklumat sahih.
Suatu contoh terbaik menggunakan kepandaian dan kepakaran kepada jalan yang salah.
Bagi Omak Kau falsafah berblog ialah BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT HATTA JIKA YANG MENJADI SASARAN ADALAH DALAM KELOMPOK SENDIRI .. TIDAK MAU DIBUAI SITUASI SYOK SENDIRI TANPA ENGGAN MENERIMA REALITI, KERANA AKHIRNYA BUKAN SAHAJA PARTI YANG DIDOKONG DAN DIDAKAP AKAN RUGI TETAPI DIRI SENDIRI JUGA AKAN DIPANDANG SEBAGAI MANUSIA YANG TERHIBUR DENGAN BERITA PALSU DAN FITNAH JAHAT.
Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.
RUPA-RUPANYA DOKTOR YANG MENGELUARKAN SURAT CUTI SAKIT KEPADA PELAJAR KERANA SAKIT CHICKEN CHOP ADALAH LULUSAN DARI UNIVERSITI YANG PERNAH MENGHADAPI KONTROVERSI TIDAK DIIKTIRAF MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC)
Semalam menjadi viral mengenai satu surat sakit yang dikeluarkan oleh sebuah klinik di Sungai Buloh yang mencatatkan penyakit dihidapi pesakit ialah Chicken Chop.
Doktor yang memeriksa pelajar dan mengesahkan cuti sakit berikut adalah kelulusan doktor perubatan dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS).
Setelah dijalankan sedikit siasatan dapati Universiti ini pada tahun 2011 pernah menghadapi kontroversi sehingga ada ura-ura Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf Ijazah Sarjana Perubatan dan Sarjana Pembedahan (MBBSP keluarannya.
Nampaknya penilaian dan ramalan pihak Majlis Perubatan Malaysia (MMC) akhirnya terbukti ada benarnya.
Demi berlaku adil diperturunkan artikel-artikel yang berkaitan untuk dibaca, fikir dan nilai.
CYBERJAYA 3 Jan. Impian sebahagian daripada 236 pelajar perubatan kemasukan sesi 2010 Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) untuk bergelar doktor mungkin berakhir sebagai mimpi ngeri apabila Ijazah Sarjana Perubatan dan Sarjana Pembedahan (MBBS) di kolej itu berdepan masalah tidak diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
Hakikat itu terpaksa ditelan oleh mereka setelah CUCMS menerima arahan daripada badan profesional pengamal perubatan itu pada 29 November lepas agar mengurangkan bilangan pelajar perubatan sesi tersebut kepada 150 sahaja.
Setakat ini, senarai nama 86 pelajar yang akan digugurkan tersebut masih belum diumumkan.
Presiden CUCMS, Prof. Datuk Dr. Abu Abdullah berkata, sekiranya arahan itu tidak diikuti, besar kemungkinan program ijazah perubatan CUCMS menghadapi masalah tidak diiktiraf oleh MMC malah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Sekiranya arahan tersebut tidak diikuti, ijazah pelajar perubatan tahun kelima, keempat, ketiga dan kedua kolej ini turut berdepan dengan masalah tidak diiktiraf.
Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar itu juga dikehendaki untuk mengambil semula peperiksaan MMC, katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberikan penjelasan kepada pelajar dan ibu bapa dalam sesi pertemuan mengenai masalah itu di kolej berkenaan, di sini hari ini.
Abu berkata, pihak kolej juga tidak akan dapat membuat pengambilan untuk kemasukan pelajar untuk sesi tahun hadapan atau untuk terus beroperasi sekiranya tidak mematuhi arahan tersebut.
Bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, pihak kolej diarah untuk bertanggungjawab mengagihkan lebihan 86 pelajar itu nanti ke program lain atau ditukar ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) lain, katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, CUCMS menawarkan mereka yang terlibat dengan pilihan itu untuk menukar pengajian ke bidang farmasi, menangguh pengajian untuk mengurangkan jumlah pelajar atau berpindah ke universiti lain.
Mengulas lanjut mengenai masalah itu, Pengarah Urusan CUCMS, Dr. Mohamad Salmi Mohd. Sohod berkata, pihak pengurusan kolej akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dianggotai pihak pengurusan kolej, pensyarah dan pelajar dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Perbincangan dan langkah penyelesaian akan difikirkan pada kadar yang segera untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin, katanya.
Beliau menambah rayuan juga akan dikemukakan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi, MQA dan MMC sendiri kerana ia melibatkan masa depan para pelajar.
Mohamad Salmi memberitahu, 108 daripada jumlah pelajar itu mendapat biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), 57 lagi di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan selebihnya dibiayai keluarga sendiri.
Sementara itu, ibu salah seorang pelajar yang ditemui pemberita, Zehan Azizan, 43, berkata, dia berharap pihak pengurusan kolej dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera.
Saya berharap pihak pengurusan dapat melakukan sesuatu kerana ia melibatkan masa depan pelajar yang mengambil jurusan perubatan ini, katanya kesal.
Dia berkata, masalah tersebut tidak sepatutnya timbul pada anaknya yang mendapat tajaan JPA untuk memulakan sesi pengajian bagi semester kedua pada awal tahun ini.
Bagi Sharifah Mat Said, 54, pula, jalan penyelesaian terbaik perlu dicari di antara pihak pengurusan kolej dengan pihak-pihak berkenaan kerana ia melibatkan masa depan para pelajar.
Saya telah berhabis banyak duit untuk membiayai yuran pengajian anak saya tanpa sebarang tajaan. Memang rugi dan tidak adil untuk menukar ke bidang pengajian lain mahupun belajar di tempat lain,katanya.
Seorang pelajar, Sarah Adibah Abdul Mutalib, 19, pula berkata, dia berharap masalah itu akan diselesaikan dengan segera oleh pihak pengurusan kolej.
Saya serah semua hal kepada pihak pengurusan dan berharap tidak akan ditukar ke bidang pengajian lain atau pun ke mana-mana IPTS yang lain,katanya.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&sec=Kampus&pg=ka_01.htm
PUTRAJAYA 4 Jan. - Kementerian Pengajian Tinggi telah mengarahkan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) memindahkan sebahagian pelajar perubatannya ke institusi pengajian tinggi (IPT) lain pada November lalu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, arahan tersebut dibuat selepas Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengesan berlaku pelanggaran syarat oleh CUCMS.
"Kolej itu diberi kuota untuk mengambil 150 pelajar sahaja seperti ditetapkan MMC namun mereka tidak mematuhi arahan badan profesional tersebut.
"Pengambilan pelajar secara berlebihan akan menjejaskan kualiti kerana MMC yang akan menentukan tempat berasaskan kepada infrastruktur, fasiliti dan tenaga pengajar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jelas beliau, antara syarat ditetapkan MMC ialah nisbah seorang tenaga pengajar bagi lima pelajar yang bertujuan memastikan pelajar yang dihasilkan oleh CUCMS menepati kualiti dan standard ditetapkan.
Semalam, sebahagian daripada 236 pelajar perubatan kemasukan sesi 2010 CUCMS berhadapan masalah serius apabila Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di kolej itu tidak diiktiraf oleh MMC.
Seramai 86 pelajar terpaksa digugurkan ekoran tindakan kolej tersebut mengambil pelajar perubatan melebihi kouta ditetapkan.
Mohamed Khaled menegaskan, jika CUCMS mahu mengambil lebih pelajar, mereka perlu membuat perubahan dengan menambah tenaga pengajar kerana KPT mementingkan kualiti.
"Siapa suruh dia (CUCMS) ambil lebih (pelajar), kenalah patuh peraturan kita dan badan profesional, bila sudah kena nasiblah, kita tak boleh bantu.
"Kita sudah bermesyuarat dengan dia November lalu dan sudah arahkan kalau hendak selamat, pindahkan pelajar perubatan itu ke universiti lain," katanya.
Mengulas mengenai kekesalan para ibu bapa kerana sudah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membiayai yuran pengajian anak mereka, beliau berkata, perkara itu perlu diselesaikan dengan pihak CUCMS.
Beliau berharap ibu bapa pelajar terlibat memahami ketegasan kerajaan dalam usaha memastikan pelajar yang dihasilkan oleh IPT tempatan benar-benar berkualiti
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm
EDISI NEGARA MASIH AMAN ... SEMALAM SAHAJA ADA 4 KES TEMBAK DI LOKASI YANG BERLAINAN DILAPORKAN.
Semalam, 2 Mac 2015 mungkin mencatat sejarah negara apabila 4 kes tembak dilaporkan diseluruh negara oleh akhbar online myMetro.
#Kes 1, Sungai Petani: Seorang pengusaha pusat cuci kereta berusia 34 tahun maut ditembak tiga das tembakan dari jarak dekat di Taman Sri Gedung, Jalan Lencongan Timur, di sini, tengah malam tadi. http://www.hmetro.com.my/
#Kes 2, Kajang: Seorang lelaki parah selepas terkena enam das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, di sini. http://www.hmetro.com.my/
#Kes 3, Johor Bahru: Tembakan dilepaskan dua lelaki yang dipercayai disasarkan ke arah seseorang di Jalan Sutera Danga, Skudai di sini, tersasar dan mengenai dinding bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, petang tadi. http://www.hmetro.com.my/
#Kes 4, Georgetown: Seorang lelaki maut selepas ditembak ketika berada dalam MPV berhampiran lampu isyarat di Jalan Scotland, di sini, malam ini. http://www.hmetro.com.my/
ANWAR DILAYAN SAMA SEPERTI BANDUAN-BANDUAN LAIN KATA KETUA PENGARAH JABATAN PENJARA MALAYSIA.
Sama tidak ada bezanya dengan banduan lain. Itulah penjelasan Jabatan Penjara mengenai layanan untuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar berkata, ketika ini kira-kira 50,000 banduan menjalani hukuman di seluruh penjara negara ini dan layanan serta kemudahan yang diberikan terhadap semua banduan termasuk Anwar adalah sama mengikut ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara.
“Anwar telah menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh bermula 10 Februari lalu dan sejak itu, pelbagai tuduhan dan spekulasi dilakukan oleh pihak tertentu.
“Maka berasaskan itu, pihak kami mengambil langkah untuk menjelaskan tuduhan berkenaan seperti perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini telah membuat permohonan dan dibenarkan mengikut Peraturan-peraturan Penjara 2000,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
Menurut Zulkifli, lawatan yang dinamakan Perjumpaan Khas itu dibenarkan atas urusan penting seperti mana diberikan kepada banduan lain.
“Perjumpaan itu dibenarkan atas urusan berkaitan keluarga, pembahagian harta, wasiat serta khidmat mendapatkan peguam,” jelasnya.
Katanya, selain itu, Anwar dibenarkan untuk mendapatkan penempatan dengan kemudahan bersesuaian termasuk makanan tambahan dan berbeza menerusi cadangan pegawai perubatan demi kepentingan kesihatan banduan.
“Kemudahan itu diberikan mengikut Peraturan 231 (j), Peraturan-peraturan Penjara 2000 yang perlu dipatuhi oleh pihak penjara dalam mengubahsuai kerja, diet dan hukuman yang difikirkan perlu.
“Laporan mesti dilakukan secara bertulis kepada pegawai yang menjaga banduan berkenaan, malah hasil pemeriksaan dan syor pakar perubatan Anwar adalah untuk menempatkannya di Hospital Penjara Sungai Buloh. Penempatan itu telah dilaksanakan sebelum pertemuannya dengan Mohamed Azmin pada 25 Februari lalu,” ujarnya.
Tambahnya, tentang pertukaran Pegawai Penjara yang bertanggungjawab melaksanakan kawalan keselamatan Anwar pula, ia dilakukan setiap bulan.
“Pertukaran pegawai berlaku setiap bulan yang dilakukan atas kepentingan perkhidmatan dan kebajikan pegawai terlibat, malah Pengarah Penjara tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap pertukaran tersebut,” katanya.
“Bagi kawalan semasa perhimpunan solidariti yang berlangsung setiap malam di hadapan penjara, ia bertujuan menjaga keselamatan, sekali gus bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mampu menjejaskan keselamatan penjara,” katanya.
SESI PENERANGAN KES DSAI DAN MAJLIS MUNAJAT YANG HAMBAR TERCEMAR DENGAN PERBUATAN MENGHAMPAR BANNER TSKI DITANAH BAGI TUJUAN UNTUK DI PIJAK-PIJAK OLEH PARA HADIRIN????
Omak Kau cukup terkejut bercampur sedih apabila diberi tahu dengan kiriman gambar dalam mesej inbox laman sosial betapa sesi penerangan kes DSAI dan Majlis Munajat malam ini anjuran KeADILan Cabang Seremban di Gedong Lalang 162, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan yang dihadiri tidak sampai 150 orang, dicemari dengan perbuatan biadap dan tidak bertanggung jawab dengan menghamparkan banner TSKI ketika bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sebagai calon Nombor 3 di tanah seolah-olah menjemput para hadirin untuk melakukan tindakan memijak-mijak banner tersebut.
Antara para penceramah malam tadi selain Rafizi Ramli sebagai pemidato utama ialah Ustaz Dr Badrol Amin, Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Timbalan Ketua Cabang KeADILan Seremban, Pengerusi Pimpinan MPN KeADILan Negeri Sembilan dan wakil KeADILan Melaka.
YB Nurul Izaah tidak dapat datang walapu di banner ada wajahnya sebagai antara penceramah utama.
Jika apa yang diberitahu ini sahih lagi benar maka wajar pihak berkenaan memberikan respon segera mengapa melakukan kerja jijik ini.
Apakah dosa dan kesalahan mantan Menteri Besar Selangor yang juga bekas Bendahari Agung KeADILan diperlakukan sebegini rupa???
Memandangkan sesi penerangan ini ada kaitan dengan kes Liwat II terhadap DSAI sehingga terpaksa merengkuk kedalam penjara selama 5 tahun, apakah TSKI terlibat dalam konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI dalam isu Liwat II????
Apakah sebelum Saiful Bukhari membuat laporan polis dia berjumpa dengan TSKI terlebih dahulu????
Apakah TSKI membiayai majlis perkahwinan Saiful Bukhari????
Apakah TSKI kawan rapat kepada peguam TS Shafee Abdullah????
Apakah terdengar kata-kata yang terpacul dari mulut TSKI bahawasanya jika DSAI masuk penjara beliau akan kenduri besar???
Mengapa begitu sekali teruknya pihak penganjur sanggup melakukan kerja-kerja jijik dan tidak beretika ini???
Beginikah budaya politik yang mau dibawa dan diserapkan kepada anggota parti diperingkat akar umbi??? Menanamkan perasaan benci melampau kepada bekas pemimpin parti yang dipecat???
Atau mungkin ada pihak yang cuba nak ambil hati Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung KeADILan YB Sdr Rafizi Ramli selaku perancang Langkah Kajang sehingga TSKI diturunkan dari jawatan MB Selangor dan seterusnya dipecat dari parti???
Ini bukannya politik damai lagi budiman yang diamalkan tetapi politik lawan bekas pemimpin parti kena lebih dahsyat dari berlawan dengan pemimpin parti lawan.
Gelagat ini cukup membimbang dan merisaukan sekali .. memberi mesej jelas dan terang betapa diakar umbi winners takes all sudah menjadi dakapan mereka.
Tiada apa lagi nak dinyatakan sebab dari gambar-gambar yang dimuat naik jelas kehadiran sesi penerangan malam ini tidak mendapat sambutan, hambar dan suam-suam kuku .. berlainan senario ceramah dilokasi yang sama semasa PRU 13 lalu.
Perlu pimpinan parti memberikan respon dan jawapan atas perkara yang cukup serius ini .. Ini budaya yang belum pernah diamalkan oleh parti sejak penubuhannya pada tahun 1998.
Nampaknya politik budiman, politik damai, politik matang, politik meraikan demokrasi dan perbezaan pendapat dan kepelbagaian sudah terpinggir dari arus perdana pemikiran anggota parti diperingkat akar umbi.
Omak cukup yakin pimpinan tertinggi parti tidak merestui langsung akan perbuatan jijik dan kotor ini .. walau bagaimana pun perlu berikan jawapan demi pencerahan.
Monday, 2 March 2015
PARA PENIAGA PASAR AWAM TAMAN EHSAN BERANG MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BATALKAN LESEN PERNIAGAAN MEREKA TANPA PERBICANGAN TERLEBIH DAHULU
Peniaga Pasar Awam Taman Ehsan terkejut dan berang apabila Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan lesen perniagaan mereka walaupun tidak dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ini.
Pembatalan lesen pada Khamis lalu itu dibuat berikutan MPS bercadang merobohkan pasar awam itu bagi memberi laluan projek rumah kedai di tapak pasar terbabit.
Ahli Jawatankuasa Bertindak Pasar Taman Ehsan, Latfi Amir, berkata sehingga kini MPS juga tidak memaklumkan sama ada mereka diberikan tempat perniagaan sementara pasar baru siap dibina nanti.
“Pengawai MPS datang, tanpa alasan munasabah batalkan lesen kami serta-merta dan mereka cuma kata perobohan dijalankan pada April nanti. Tidakkah ini tergesa-gesa?
“Sekarang walaupun lesen dibatalkan, kami kena berniaga juga walaupun berisiko kena kompaun sebab kalau tak, mana nak ada pendapatan sedangkan kami ada keluarga dan tanggungan lain seperti rumah dan lain-lain yang perlu dijelaskan.
“Kalau pasar ini dirobohkan April nanti, saya yakin pasar baru yang nak dibina belum siap lagi kerana sekarang pun cuma tinggal masa sebulan sahaja lagi tetapi hingga hari ini lokasi sesuai pun belum diputuskan,” kata Latfi yang mula berniaga sejak pasar itu mula beroperasi pada 2000 lagi.
Tambah Latfi, lesen yang dibatalkan MPS baru sahaja diperbaharui pada Disember 2014 bagi 2015.
“Kami bayar lesen untuk setahun dan 2015 baru masuk Mac, masih panjang tapi dah batal. Siapa nak tanggung? Adakah masuk tempat baru nanti kena mohon lesen baru dan bayar lagi?” kata Latfi lagi.
Peniaga ikan, Fuzi Manaf, turut melahirkan kebimbangan kehilangan pendapatan sepanjang tempoh projek pasar baru disiapkan nanti.
“Adakah pemaju projek rumah kedai ini mahu membayar pampasan kepada kami,” kata Fuzi yang memulakan perniagaan sejak lebih lima tahun lalu.
Yasmin Mohd Kassim yang menjalankan perniagaan kedai makan di Pasar Taman Ehsan sejak 13 tahun lalu turut mempersoalkan tindakan MPS.
“Adakah sudah tidak ada kawasan lain lagi untuk dibangunkan projek sedangkan pasar ini mempunyai kepentingan awam kepada peniaga dan masyarakat di sini.
“Apa pun kami dah ada peguam yang secara sukarela bantu kami untuk hadapi isu ini,” kata Yasmin.
Mana perginya Ahli Parlimen Selayang?????? Apa yang Ahli-ahli Majlis Perbandaran Selayang yang baru dilantik buat??????
Inikah di namakan Kerajaan Pembangunan Berkualiti Rakyat DiPeduli??????
Siapalah Menteri Besarnya ni ek?????
PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI.
MOHON JANGAN KETAWA .. MURID SEKOLAH DIBERIKAN CUTI SAKIT SELAMA 5 HARI KERANA MENGHIDAP SAKIT CHICKEN CHOP!!!!
Klinik Perubatan Balqis, Sg Buloh Country Resort telah mengeluarkan surat cuti sakit kepada seorang penuntut Sekolah Menengah Saujana Utama, Sungai Buloh kepada salah seorang pelajarnya selama 5 hari mulai hari ini 2hb Mac 2015 hingga 6 hb Mac 2015 kerana disyaki menghidap penyakit 'CHICKEN CHOP"
Inilah kali pertama dengar yang Chicken Chop adalah sejenis penyakit bukannya makanan sebab setahu Omak penyakit Chicken Pox adalah.
EDISI ZUHUD .. BIAR KOLEKSI GAMBAR BERBICARA ... AZMIN TERBANG KE SARAWAK DENGAN PESAWAT TAMBANG MURAH AIR ASIA
Dato' Menteri Besar Selangor yang paling dikasihi dan disanjungi rakyat dalam sejarah sejak merdeka, YAB Tuan Hj Mohamed Hj Azmin bin Hj Ali, telah mengetuai suatu delegasi dari PKR Selangor ke Sarawak semalam, yang diturut serta oleh beberapa Exco Kerajaan Selangor dan Setiausaha Politiknya yang juga ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafie.
Apa yang buat rakyat kagum, terpesona, terpukau dan tersilau ialah, Dato' Menteri Besar Selangor yang amat dikasihi dan disanjungi rakyat ini hanya menaiki pesawat Air Asia kelas ekonomi sahaja .. Dahlah naik pesawat tambang murah .. duduk kelas ekonomi pula tu.
Punyalah zuhud dan merendah diri .. beratur seperti rakyat biasa ketika nak check ini .. guna laluan 'PREMIER"
Tunggu ketika nak terbang pula macam rakyat biasa juga .. tidak guna bilik khas VVIP ... minum makan pun macam rakyat biasa juga.
Pergh!!! menitis air mata betulkan akan gelagat Dato' MB Selangor ni .. pergi keSarawak atas urusan parti gunakan pesawat tambang murah duduk kelas ekonomi .. Kalau urusan kerajaan agak-agaknya dia berwatak serupa tak???? Agak-agaknya lah.
Bukannya macam mantan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim .. dalam urusan rasmi ke Kelantan dulu dia naik pesawat MAS kelas pertama... Ooppss .. betul ke TSKI naik pesawat MAS kelas pertama atau tambang murah Firefly????
Dalam urusan rasmi sebagai Dato' MB pun TSKI menggunakan pesawat tambang murah kalau urusan peribadi maupun parti tidaklah menghairankan sebab kena guna wang kocek sendiri.
Azmin Ali adalah perintis sebagai pemimpin yang zuhud dan merendah diri berjiwa rakyat tulen ... merasai denyutan nadi kepayahan rakyat biasa dalam menaiki pesawat.
HIDUP AZMIN ALI!!!! ... RAKYAT SELANGOR SAYANG DAN SANJUNG MELANTUN AZMIN ALI .... APA LAGI RAKYAT SELANGOR MAU!!!!.
RAKAMAN GAMBAR YANG MENUSUK KALBU MAMPU MENITISKAN AIR MATA SESIAPA YANG MELIHAT.
Zuhud sungguh pemimpin yang amat disayangi dan disanjugi rakyat Selangor ni ... belum pernah lagi mana-mana pemimpin dalam negara sezuhud ini ... kelihatan dengan penuh rendah diri Dato' Menteri Besar Selangor yang amat dikagumi YAB Hj Mohammad Azmin bin Hj Ali, sedang makan dalam satu talam bersama-sama dengan jemaah lain di Masjid At-Taqwa, Kampung Padang Jawa, Matang Sarawak ketika mengetuai delegasi PKR Selangor ke Sarawak bagi menyuntik semangat juang tinggi dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangkakan tidak beberapa lama lagi.
Omak tidak sanggup melihat lama-lama gambar-gambar diatas sebab bila pandang sahaja tanpa disedari air mata pasti mengalir keluar .. rasa kagum amat akan pemimpin walaupun berkedudukan besar tetapi berjiwa besar dan merendah diri. Mana nak cari pemimpin macam ini.
Aduh!!! Nampaknya dengan sebaran dua gambar ini sahaja sudah cukup untuk PKR jadikan bahan propaganda untuk tawan Sarawak nanti.
Apa lagi Rakyat Selangor mau .. HIDUP AZMIN ALI .. KAMI SAYANG DAN SANJUNG AZMIN ALI ... AZMIN ALI UNTUK PERDANA MENTERI!!!! .. PEMIMPIN YANG DI CARI-CARI RAKYAT SELAMA INI SUDAH PUN DIKETEMUI AKHIRNYA!!!!!
PENIAGA PASAR TANI STADIUM SHAH ALAM MOHON KERAJAAN SELANGOR PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI DIBAWAH KEPIMPINAN AZMIN ALI TURUNKAN KADAR SEWA TAPAK.
Para peniaga Pasar Tani Stadium Shah Alam menggesa kerajaan negeri menurunkan harga sewaan tapak perniagaan bagi membolehkan peniaga menawarkan harga barangan yang lebih berpatutan kepada rakyat.
Apabila harga sewa tapak perniagaan tinggi, ia turut mempengaruhi peniaga untuk menjual barangan dengan harga yang mahal bagi menampung sewa tapak yang dikenakan ke atas mereka.
Apabila para peniaga pasar tani di Stadium Shah Alam, terpaksa membayar kos tapak perniagaan mencecah RM1,000 setahun sedangkan dahulu, harga sewaan tapak hanyalah RM240 setahun.
Bila harga sewaan tapak tinggi peniaga terpaksa menjual barang dengan harga yang mahal bagi menampung kos sewa tapak tersebut.
Sekiranya kerajaan negeri mengenakan harga sewa tapak perniagaan dengan harga rendah, ia mampu mengekang peniaga daripada mengambil kesempatan menjual barangan pada harga yang tinggi.
Langkah itu secara tidak langsung turut membantu meringankan beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Pastikan slogan Pembangunan Berkualiti Rakyat DiPeduli di realisasikan bukannya sebagai ilusi retorik omong-omong kosong demi penyedap hati.
LAGI KISAH MANGSA SAMUN MAUT DIKELAR.
GUA MUSANG - Rasa tidak sedap hati seorang anggota sukarelawan polis terhadap keselamatan isteri dan tiga anak di rumah ibarat petanda kejadian menimpa keluarganya apabila isterinya maut dikelar dalam kejadian samun, awal pagi semalam.
Mohd Azrul Isahak, 30, menemui isterinya, Yashmin Fauzi, 26, berlumuran darah dengan kesan kelar di leher dan terbaring di jalan hadapan rumah mereka di Kampung Batu Papan, di sini kira-kira jam 2.50 pagi.
Mohd Azrul yang melihat kejadian itu terus memanggil bapanya, Isahak Deris, 52, untuk membawa mangsa ke Hospital Gua Musang (HGM), namun mangsa meninggal dunia jam 6.40 pagi selepas empat jam menerima rawatan.
Menurut Mohd Azrul, dia baru memulakan tugas jam 1 pagi dan rasa tidak sedap hati dengan keselamatan isterinya di rumah menyebabkan beliau bergegas pulang dan terkejut dengan apa yang berlaku.
Katanya, isterinya sedang tidur dalam bilik ketika dia keluar bekerja, sebelum penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang itu menceroboh masuk menerusi pintu dapur.
Bagaimanapun, beliau berkata, ketiga-tiga anak lelakinya berumur lima bulan, lima dan enam tahun yang berada dalam bilik sama tidak dicederakan.
“Isteri saya ditinggalkan di tengah jalan hanya 100 meter dari rumah.
“Saya mengesyaki isteri saya itu dikelar dalam bilik tidur sebelum diheret keluar dan ditinggalkan di tengah jalan,” katanya.
Mohd Azrul berkata, dia dan isteri tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tidak menyangka penjenayah itu sanggup berlaku kejam ke atas isterinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...


























