Thursday, 5 March 2015

Haram Bina Monumen Peringatan MH370 Kata Datuk Mufti Wilayah Persekutuan



Hukum membina monumen peringatan adalah haram, kerana Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan berunsur syirik dan menyerupai amalan jahiliah serta berlebih-lebihan dan membazir.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung, sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

“Tidak dinafikan, negara kita Malaysia telah mengalami banyak ujian dan kesengsaraan, seperti kemalangan MH370, MH17 dan banjir besar di Kelantan yang menjadi peristiwa hitam dan sejarah yang sukar dilupakan.

“Rentetan daripada peristiwa tersebut, mungkin sebagai memperingati, maka dicadangkan pembinaan monumen atau memorial.

“Sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk, selain daripada manusia dan haiwan, ia adalah diharuskan, selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah, seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak,” katanya dipetik di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jelas Zulkifli, perkara itu selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 hingga 23 April 2009, yang telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera.

“Bagaimanapun, acara-acara seperti majlis peringatan, termasuk bacaan doa selamat, Yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan, seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.

“Amalan atau perbuatan membina tugu telah diwarisi umat Islam daripada pihak penjajah. Amalan membina tanda peringatan, sekiranya dibiarkan tanpa kawalan dan panduan, akan berleluasa dan sukar dikawal pada masa akan datang.

“Satu garis panduan perlu disediakan, bagi memastikan hanya tanda peringatan yang tertentu sahaja dibenarkan, tanpa sebarang unsur-unsur pembaziran,” katanya.

Inilah Wajah Blogger Pro UMNO Yang Mungkin Di Mufliskan Jika Gagal Bayar Ganti Rugi Fitnah Terhadap Air Asia



Blogger pro-Umno Salahuddin Hisham mungkin diisytihar muflis jika gagal membayar ganti rugi kepada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd, yang memperolehi penghakiman terhadapnya dalam satu kes saman fitnah.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, ia meneruskan tindakan memfailkan prosiding kebankrapan terhadap Salahuddin kerana gagal membayar RM5 juta bagi ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur September lalu memberikan jumlah tersebut kepada AirAsia selepas Salahuddin didapati bersalah atas tindakannya.

AirAsia juga memperoleh injunksi terhadap penulis blog itu supaya tidak mengulangi perkataan fitnah tersebut.

Bagaimanapun, butiran saman tersebut masih belum diperolehi.

Surat Arahan Pemotongan Bekalan Elektrik Kepada Majlis Perbandaran Kajang Kerana Gagal Jelaskan Bil Tertunggak RM1,934.34 sen Tersebar Ligat Di Alam Maya.


Omak Kau malas nak ulas dan komen sebab sendiri boleh lihat fotokopi surat arahan pemotongan bekalan elektrik oleh TNB kepada Majlis Perbandaran Kajang yang gagal menjelaskan bil tertunggak sebanyak RM1,934.34 sen tarikh pemotongan ditetapkan pada 23-02-2015 setelah notis pemotongan dikeluarkan pada 09-02-2-15 langsung tidak dipedulikan oleh pentadbir MPKJ.

Lagi mau sembang kencang dengan slogan Pembangunan Berkualiti Rakyat Di Peduli????

Edisi Pembangunan Berkualiti Rakyat Di Peduli ... Suasana Sungai Klang Yang Suatu Ketika Dulu Menjadi Kebanggaan Rakyat Selangor.


Dirakam semalam 4hb Mac 2015 mulai jam 5.30 petang hinggalah ke senja .... beginilah keadaan Sungai Klang yang menjadi kebanggaan rakyat Selangor suatu ketika dulu.

Banggakah rakyat Selangor bila melihat keadaan Sungai Klang kini????

Pernah disuarakan betapa tiada penjagaan yang baik dari pemerintah namun diletakkan segala kesalahannya kebahu Dato' Menteri Besar Selangor ketika itu YB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Kini setelah berganti Menteri Besar sejak 23hb September 2014 dengan membuat janji hebat lagi keramat menyengat tidak mau melihat sampah tidak berkutip sampai siap hebahkan nombor telefon bimbit, keadaan makin teruk.

Ketua AMK nya yang terkenal sebagai kaki sembang antara yang paling kencang dalam dunia masih membisu dan terus dengan sembang kencang kosong habuk pun tarak.

Siapa pula mau dijadikan kambing hitam untuk dipersalahkan kali ini kerana tidak mungkin Dato' Menteri Besar Selangor terkini mau dipertanggung jawabkan sebab maklum sahajalah MB paling hebat dan cekap mengurus negeri dalam sejarah Negeri Selangor sejak merdeka dengan slogan Pembangunan Berkualiti Rakyat Di Peduli.

Rakyat sedang ternanti-nanti suatu terjahan gempak turun lapangan membuat pembersihan secara solo dari Dato' Menteri Besar Yang Paling DiSanjungi Dan Di Sayangi .

Ribuan Terima Kasih kepada tukang rakam gambar-gambar diatas.

Heboh Di Laman Sosial WhatsApp Seorang Lagi Mangsa Liwat DSAI Akan Buat Laporan Polis??????



Apalah punya teruk perangai manusia yang pembenci tegar DSAI ni .... Kali ini mangsanya yang dijadikan bahan untuk berseronok sakan sesama mereka dilaman sosial WhatsApp ialah kononnya bekas suami Nurul Izzah akan buat laporan polis kerana menjadi mangsa liwat DSAI.

Sebarkan suatu screenchot lepas itu berkenduri ramai-ramai kutuk maki hamun DSAI .. apa punya otaklah mereka ini .. adakah pada pemikiran dan fahaman mereka dengan cara politik overkill ini, maka rakyat, terutamanya yang non partisan duduk atas pagar kalangan anak-anak muda akan terus berduyun-duyun sokong parti anutan mereka????

Tidak puas hati lagi kah DSAI kini merengkuk selama 5 tahun dalam penjara .. kalau berniat mau mencedera terukkan imej dan integriti DSAI rasanya suatu tindakan dan jangkaan yang amat silap dan salah .. bukan rakyat naik meluat kepada DSAI sebaliknya akan timbul rasa simpati dan mereka yang selama ini masih ragu-ragu dan separuh percaya akan terus tidak percaya yang DSAI kaki liwat malahan timbul rasa yakin dan percaya yang DSAI adalah mangsa politik kotor dan jahat yang mengamalkan fahaman Machiavelli Matlamat Menghalalkan Cara.

Rakyat kini majoritinya jenis bukan telan bulat-bulat mentah-mentah apa jua berita dan kisah yang disampaikan kepada mereka ... rakyat akan tapis terlebih dahulu .. baca, rujuk, fikir kemudian menilai .. hanya rakyat yang tidak mencuit dan mengunakan otak sahaja akan percaya apa jua berita dihidangkan didepan mata mereka.

Berpolitik biar ada adab dan akhlak .. nak sebarkan cerita memburukkan lawan biarlah logik dan diterima akal.

Untuk makluman .. bekas suami Nurul Izzah difahamkan telah pun membuat penafian mengenai dirinya diliwat DSAI dan akan membuat laporan polis.

Omak Kau cukup yakin melebehi 101% pemimpin tukang sebar cerita karut jahat dan fitnah ini tidak seutuju dan restu cara berpolitik serang lawan begini. Boleh memberi gambaran betapa terlalu gerun dan cuaknya parti mereka tentang insan bernama Anwar bin Ibrahim.

Politik kini ialah politik polisi lawan polisi .. manifesto lawan manifesto .. apakah tawaran yang rakyat dijanjikan jika terus memerintah atau dapat memerintah kerajaan bukannya politik longkang tahap gampang!!!!

Individu Yang Memukul AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad Bukan Ahli PAS kata Setiausaha PAS Selangor




PAS Selangor menggesa polis segera menyiasat insiden serangan ke atas Dr Dzulkefly Ahmad yang mengakibatkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu cedera, awal pagi ini.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan jenayah.

“PAS Selangor memandang serius kes pukul yang mencederakan Dr Dzulkefly Ahmad. Kita tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan jenayah dan kita minta polis menyiasat kejadian tersebut.

“Kita mahu pelaku ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Dzulkefly atau lebih mesra disapa Dr Dzul dilaporkan cedera akibat dipukul ketika mahu pulang selepas menunaikan solat Subuh, pagi tadi.

Menurut Khairuddin, beliau yakin tiada mana-mana ahlinya di Selangor yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Kita tahu ia adalah tindakan provokasi orang tertentu dengan motif tertentu dan kita yakin ia tidak melibatkan ahli kita di Selangor.

“Pas Selangor minta ahli-ahli Pas di Selangor supaya memantau dan memberi maklumat kepada pihak polis sekiranya ada cubaan untuk memprovokasi atau mengancam mana-mana ahli atau pimpinan parti.

“Bagi pihak kepimpinan Pas Selangor mendoakan semoga Dr Dzulkefly Ahmad segera sembuh dan di dalam perlindungan ALLAH sentiasa,” katanya.

Soalan Maut Tangkap Nyawa .... Adakah Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Terutamanya Dari Parti KeADILan Rakyat Akan Turun Demo Kita Lawan Sabtu Ini??????



"Ini tidak boleh diterima. Pemimpin anda di penjara dan anda mahu agih ang pow," kata satu posting di sebuah laman Facebook dalam bahasa Cina yang menggesa wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya mengingati matlamat asal perjuangan mereka.

Laman yang baru dibuat itu mendakwa wakil rakyat PKR tertentu menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina pada hari Sabtu ini ketika perhimpunan besar-besaran dirancang di Kuala Lumpur untuk menuntut pembebasan pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman lima tahun penjara atas sabitan tuduhan liwat.

Juga dipaparkan di laman Facebook itu adalah risalah yang menyatakan bahawa wakil DAP Johor akan menghadiri satu majlis pada hari Ahad.

"Tak pasti sama ada wakil rakyat Johor akan menghadiri perhimpunan tersebut atau sama ada mereka mengharapkan ia berakhir dalam tempoh yang singkat seperti SOP (prosedur operasi standard) dan supaya mereka boleh menjadualkan majlis pada hari berikutnya," kata posting yang lain.

SOP itu dipercayai amalan yang sering menjadi bahan sindiran, iaitu "menghadiri perhimpunan, ambil gambar, memuat naiknya di Facebook dan pulang".

Penganjur protes itu, sebuah gabungan yang menggelar diri mereka sebagai Kita Lawan, merancang untuk mengadakannya di luar pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur dari pukul 4 petang Sabtu ini hingga tengah malam.

Selain daripada menuntut kebebasan ketua pembangkang itu, protes itu juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Kita Lawan menggesa semua wakil rakyat Pakatan menghadiri protes itu.

Bagaimanapun, semalam polis mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram dan mereka yang mengambil bahagian boleh menghadapi kemungkinan ditangkap.

Oleh itu persoalannya ialah ketika pihak penganjur menyeru orang ramai menyertai protes itu, adakah mereka seperti Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengambil risiko itu.

Protes yang diadakan semasa era Reformasi pada lewat tahun 90-an adalah berbeza. Pertaruhan kali ini adalah lebih tinggi.

Wakil rakyat mungkin secara automatik hilang kerusi mereka sekiranya mereka ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram dan didapati bersalah. Undang-undang melarang mereka yang didenda lebih RM2,000 atau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada satu tahun, daripada menjadi wakil rakyat.

Mengulas isu ini, Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke merangkap Ahli Parlimen Seremban berkata walaupun ahli Parlimen dan ADUN parti itu digalakkan menghadiri protes itu, tetapi ia tidak diwajibkan.

"Kita perlu tunggu sehingga hari Sabtu. Barulah kita boleh tahu jumlah orang yang akan hadir. Oleh itu tidak sesuai bagi kami untuk membuat apa-apa andaian sekarang, "katanya.

Loke sendiri tidak akan menghadiri protes itu kerana mempunyai urusan lain yang perlu dikendalikan.

Kerajaan Pulau Pinang akan mengagihkan RM100 kepada warga emas hujung minggu ini – sumbangan wang tunai tahunan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas - dan biasanya wakil rakyat akan berada di cawangan-cawangan Maybank untuk membantu memudahkan pengagihannya.

Duta Besar Amerika Syarikat Ke Korea Selatan Kena Kelar


Duta BesarAmerika Syarikat ke Korea Selatan, Mark Lippert, 42, cedera dikelar oleh seorang penyerang ketika menghadiri majlis sarapan pagi di sini, hari ini.

Paparan gambar menunjukkan Mark sedang dikejarkan keluar dari bangunan terbabit dengan sebelah tangan di bahagian pipi kanannya manakala sebelah lagi tangannya berlumuran darah.

Menurut jurucakap Jabatan Negera Amerika Syarikat, kecederaan tersebut tidak mengancam nyawa duta berkenaan.

Penyerang yang dipercayai seorang lelaki berusia 55 tahun itu berjaya ditangkap pihak berkuasa.

Memetik laporan media tempatan, serangan itu berlaku kira 7.40 waktu tempatan semasa duta berkenaan menghadiri majlis sarapan pagi di pusat bandar Seoul Korea selatan.

Penyerang itu dilaporkan menjerit "Selatan dan Korea Utara perlu bersatu" sebelum mengelar duta berkenaan.

Sementara itu, Jabatan negeri Amerika Syarikat berkata: "Kami amat mengutuk perbuatan  keganasan ini," katanya dipetik BBC

Mark ialah bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan telah dilantik sebagai Duta Besar ke Korea Selatan pada tahun 2014.

Kisah AJK PAS Pusat Yang Kontroversi Dr Dzulkeli Ahmad Kena Pukul Selepas Solat Suboh Hari Ini Menjadi Kecuh Di Alam Maya.



Pagi ini Omak Kau mendapat perkhabaran bahawa  AJK PAS Pusat, Dr.Dzulkefli Ahmad telah dipukul dengan kayu oleh dua orang yang memakai helmet selepas solat Subuh.

Di dalam kejadian tersebut, Dr.Dzul telah didatangi oleh lelaki berkenaan dan berkata "mengapa kurang ajar sangat?" lalu memukulnya di bahagian muka.

Dr Dzul kini berada di balai polis untuk membuat laporan. Beliau bagaimana pun meminta ahli-ahli PAS tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Serangan berkenaan dipercayai berlaku ekoran kenyataan di dalam sebuah portal di mana Dr Dzul menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam.

"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," katanya.

Tunggu kenyataan rasmi dari tuan punya badan sebelum cuba nak menjadi jaguh putar cerita.

Edisi Apa Lagi Rakyat Mau .... Keluarkan duit sendiri dari ATM pun akan dikenakan GST.


SILA MAKLUM BAHAWA CIMB DIWAJIBKAN UNTUK MENGENAKAN CUKAI GST KEATAS YURAN & CAJ EFEKTIF 1 APRIL 2015. SILA LAYARI WWW.CIMBBANK.COM.MY UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Apakah para pendokong dan penyokong UMNO/BN gembira sakan apabila diberitahu akan berita dan maklumat ini???

Masih percaya akan kata-kata Ahmad Maslan CGPA 3.85 bahawa GST memberi untung kepada rakyat dan harga barang akan menjadi lebih murah?????

Kalau keluarkan duit simpanan sendiri dari bank itu pun dikenakan GST, apa jaminan yang harga barang-barang keperluan harian akan menjadi lebih murah dan kualiti hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan golongan miskin menjadi lebih baik.

Apa yang Omak Kau nampak dan rasa ... Kerajaan ambil duit rakyat melalui GST,  pada PRU 14 nanti rakyat akan rentap kuasa kerajaan yang ada sekarang.

GST jika tidak ditangani secara bijak dan berhati-hati mampu mengubah kedudukan kerajaan dari pemerintah kepada pembangkang selepas PRU 14 nanti.

Perlu berikan keyakinan penuh bahawa pelaksanaan GST mulai awal bulan depan memberi rahmat dan keuntungan kepada rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang .. jika tidak ... hayat kerajaan UMNO/BN akan menjadi pendek dan akan terus menjadi pembangkang untuk jangka masa yang cukup panjang.

Berita yang tidak mungkin disiarkan oleh media eletronik arus perdana ... 12 sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencapai kelulusan 100 peratus peperiksaan SPM 2014.




KOTA BHARU: Sebanyak 12 sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mencapai kelulusan 100 peratus pada peperiksaaan SPM 2014 yang diumumkan semalam.

Sekolah berkenaan iaitu Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Maahad Muhammadi Tumpat, Maahad Pengajian Islam, Maahad Ar Rahmah Kenali, Maahad Muhammadi Pasir Mas, Maahad Syamsul Maarif (P) dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Rahmaniah Paloh.

Manakala seramai 32 pelajar Yik pula memperolehi keputusan A dalam semua mata pelajaran. Daripada jumlah itu dua pelajar memperolehi 12A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata empat pelajar mencatat keputusan cemerlang.

Ain Atiya Azmi Nazmi dari MMP memperolehi 11A (10A+,1A), Abdul Wafi Misbah memperolehi 11A (10+,1A-), Faqihah Yusof Maahad Syamsul Maarif Perempuan Pulai Chondong 12A (9A+, 3A) dan Ghazian Amin Mukhtar (12A) dari Maahad Muhammadi Tumpat.

Dr Fadzli berkata, seramai 4,828 pelajar sekolah Yik menduduki peperiksaan SPM tahun lepas dan 143 orang daripadanya memperolehi 9A hingga 12A.

Perkasa berang pengecualian GST keatas sekolah kendalian Dong Zhong



Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) semalam mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong yang mengecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas yuran peperiksaan sekolah kendalian Dong Zhong.

Menurut Setiausaha Wira Perkasa Malaysia, Ruzainie Reezman, keputusan ternyata mengecewakan pihak mereka sambil mempersoalkan keistimewaan yang diterima sekolah terbabit.

Malah beliau turut menyifatkan kerajaan tidak berlaku adil kerana membuat keputusan sedemikian dan seharusnya lebih bijak dan amanah dalam menjalankan amanah rakyat bagi melaksanakan cukai berkenaan.

“Mengapa perlu diberi pengecualian kepada mereka sedangkan hasil kutipan yuran peperiksaan mereka pasti melebihi had kadar minima yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk dikenakan cukai GST.

“Apa keistimewaan Dong Zhong hingga diberi pengecualian GST ini? Apakah mereka tidak cukup istimewa dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan?

“Mengapa perlu ada perbezaan sedangkan pribumi yang mempunyai hak keistimewaan juga tidak terlepas dari GST. Pelaksanaan GST ini harus diselaraskan di semua peringkat dengan telus. Amat tidak adil jika ada pihak yang dikecualikan GST namun mereka seharusnya dikenakan GST tersebut,” katanya melalui satu kenyataan semalam.

Ruzainie juga menjelaskan bahawa Perkasa membantah tindakan tersebut dan meminta kerajaan untuk lebih peka dengan mendahulukan kestabilan ekonomi negara dan juga kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, masih banyak lagi sekolah-sekolah yang tidak menerima peruntukan yang cukup dan itu lebih penting untuk diberikan perhatian berbanding mengecualikan GST dari sekolah kendalian Dong Zhong.

“Jelas ini memperlihatkan kelemahan kerajaan dalam penyelarasan dan perlaksanaan GST. Kerajaan seharusnya teliti dan peka dengan penyelarasan dan perlaksanaan cukai ini.

“Pengecualian cukai seperti ini tidak memberi apa-apa kesan positif terhadap perkembangan ekonomi dan sosial negara. Berapa banyak lagi keistimewaan harus diberi kepada Dong Zhong? Tidak cukup berjuta ringgit diperuntukkan kepada Dhong Zhong?

“Mengapa pihak kerajaan masih membantu mereka dengan memberi kemudahan kepada pentadbiran kewangan mereka? Dulu mereka pernah membantah perlaksanakan Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM), kini mereka diberi kelebihan dengan pelepasan cukai bagi yuran peperiksaan sekolah menengah persendirian Cina pula.

“Seharusnya apa yang mereka lakukan dulu perlu jadikan ia sebagai peringatan dan pengajaran, namun kerajaan hari ini lemah dalam menangani isu kecil seperti ini,” luahnya lagi.

Kelmarin, Chua Tee Yong mengumumkan yuran peperiksaan bersama sekolah-sekolah menengah persendirian Cina Malaysia (Unified Examination) dikecualikan daripada GST.

Pelepasan cukai itu menurut beliau, terpakai kepada sekolah persendirian Cina yang dikendalikan oleh Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) sahaja.

Himpunan #Kita Lawan 7hb Mac adalah haram tegas Ketua Polis Daerah Dang Wangi.



Orang awam yang menyertai himpunan #KitaLawan pada 7 Mac ini akan dikenakan tindakan undang-undang kerana himpunan itu tidak mengikut undang-undang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap peserta yang hadir sebelum mengambil tindakan.

“Kita tahu hak mereka yang ada mengikut Perlembagaan, walau bagaimanapun kita juga ada undang-undang khusus untuk mengadakan perhimpunan di tempat awam,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan penganjur himpunan yang diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad, semalam.

Zainol berkata, penganjur tidak memberi sebarang notis pemakluman penganjuran himpunan itu sehingga kini.

“Mengikut Akta Perhimpunan Aman, pihak penganjur perlu mengemukakan notis pemakluman 10 hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan.

“Kita telah mencadangkan beberapa kawasan untuk mengadakan perhimpunan dalam perjumpaan sebelum ini, namun penganjur mahu meneruskan di hadapan Sogo pada Sabtu ini,” katanya.

Beliau berkata, penganjur perlu bertanggungjawab jika berlaku sebarang insiden.

“Pihak Sogo juga tidak memberi kebenaran mengadakan perhimpunan di kawasan premis mereka dan laporan polis juga telah dibuat berkaitan isu ini,” katanya.

Menurutnya, sebanyak enam laporan polis telah dibuat terhadap penganjur.

“Penganjur telah mengadakan empat perhimpunan sebelum ini, kita dapati ada peserta yang cuba merosakkan harta benda awam dengan menconteng dinding premis perniagaan dan bas milik polis,” katanya.

Zainol berkata, pihaknya akan memantau dan menjaga keselamatan orang awam sepanjang tempoh itu.

“Himpunan tersebut boleh memberi kesan kepada masyarakat sekeliling,” katanya.

Himpunan #KitaLawan akan tetap diadakan, di mana para peserta akan berkumpul di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat PAS bermula jam 3 petang sebelum bergerak ke Sogo.

KOLEKSI GAMBAR TIGA ADUN PR NEGERI SEMBILAN YANG KENA CEKUP POLIS SEBAB BANTU PENDUDUK TEMPATAN HALANG PENEBANGAN POKOK DI LADANG GETAH MEREKA.



Tiga orang ADUN Pakatan Rakyat ditangkap di Bahau, Negeri Sembilan pagi semalam selepas mereka membantu penduduk tempatan di Kampung Gatco untuk menghalang penebangan pokok di ladang getah mereka.

Mereka ialah ADUN DAP Bahau, Chew Seh Yong dan ADUN DAP Senawang, P Gunasekaren dan ADUN PKR Port Dickson, M Ravi.

Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, yang juga ahli Parlimen Rasah, mengesahkan bahawa rakan-rakannya telah ditangkap.

Lebih  200 penduduk kampung di kawasan yang dipertikaikan itu di Kampung Gatco, telah berkumpul sejak malam tadi dalam usaha untuk menghalang penebangan pokok di ladang getah mereka.

Bagaimanapun, seorang penduduk yang hadir memberitahu, bahawa kira-kira 130 anggota polis dan anggota RELA, berusaha untuk meleraikan penduduk sejak awal pagi semalam.

Pihak polis juga telah menangkap kira-kira 30 orang," kata C Ram Babu.

Ram berkata penduduk kampung telah meminta Thamarai Holdings Sdn Bhd, yang telah membeli tanah yang dipertikaikan itu, untuk menangguhkan penebangan tersebut sementara menunggu keputusan mahkamah pada 26 Mac tetapi tidak berjaya.

"Kontraktor masuk untuk menebang pokok getah kita," katanya.

Tanah yang terbabit dalam pertikaian itu, seluas kira-kira 4,700 ekar, telah dipajakkan kepada The Great Alonioners Trading Corporation Berhad (Gatco) pada tahun 1977 oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan (SEDC).

Gatco ditubuhkan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang bagi tujuan skim pembangunan tanah untuk ahli-ahlinya.

Peneroka  sekarang telah membayar RM7,600 sebagai deposit untuk menjelaskan plot tanah yang diperuntukkan sebagai sebahagian daripada skim pembangunan itu.

Bagaimanapun, skim ini akhirnya gagal dan tanah yang telah dicaj kepada dua institusi kewangan.

Walaupun Gatco telah dibubarkan, pelikuidasi tidak menjual tanah itu sehingga 2006 di mana satu perjanjian jual beli telah dimeterai antara Gatco dan Thamarai Holdings Sdn Bhd.

Seramai 140 peneroka telah menyaman Gatco dan Tamarai berhubung jualan tersebut dan kes itu masih belum selesai di Mahkamah Persekutuan.

Wednesday, 4 March 2015

ADAKAH KERANA TUIT INI PUNCANYA MENGAPA SEJAK KEBELAKANGAN INI HIMPUNAN ANJURAN PKR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN, SURAM, HAMBAR DAN SUAM-SUAM KUKU????




“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.”

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara".

"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri dan jangan mengheret rakyat jika diri sendiri gagal".

Masihkah ingat lagi akan kata-kata keramat ini di twitter kepunyaan Timbalan Presiden KeADILan merangkap Dato' Menteri Besar Selangor slogan PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI selepas keputusan PRU 13 diumumkan?????

Mana mungkin rakyat boleh lupa .. begitu sekali secara terbuka DSAI diherdik dan dihina serta diaibkan.

Rakyat tersentap dengan kata-kata bisa ini kerana ketika itu Blackout 505 mau dianjurkan ... bukannya kata-kata semangat minta rakyat turun sebaliknya diluahkan rasa kecewa dengan belasah DSAI tanpa ada adab dan ehsan.

Rakyat tidak akan lupa sampai bila-bila.

Apakah Azmin Ali sewaktu dia mengeluarkan kenyataan pada tahun 2013, adakah dia juga bermaksud sindiran atau dia benar-benar membawa maksud ‘rakyat jangan lagi disusahkan’.

Apakah dia benar-benar membawa maksud ‘rakyat sudah benar-benar letih’..”

Pada 8 Mei 2013, apabila Parti KeADILan Rakyat menganjurkan perhimpunan “Blackout 505″ di Stadium Kelana Jaya, Azmin telah mengeluarkan kenyataan menyindir tindakan DSAI selaku Ketua Umum KeADILan itu agar bermuhasabah serta mengakui kelemahan sendiri atas kegagalan Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat.” antara kenyataan Azmin dalam akaun Twitter miliknya yang dilihat seperti ditujukan kepada Anwar.

Katanya lagi, laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri dan jangan mengheret rakyat jika diri sendiri gagal.

Kenyataan Azmin itu merupakan tamparan terhadap Anwar yang pada waktu sama malam itu Ketua Umum PKR sedang berucap di hadapan ribuan penyokong pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bagi membantah keputusan PRU 13.

Dalam tweetnya lagi, Azmin turut meminta keputusan rakyat dalam pilihan raya lalu diterima.

Ketika itu rakyat pada umumnya tidak mempedulikan kritikan keras Azmin itu sebab Anwar masih bebas tetapi kini beliau sedang merengkuk kedalam penjara untuk kali kedua selama 5 tahun.

Apakah kini tempiasnya sudah mula memberi kesan sebab sejak kebelakangan ini terutamanya Demo Kita Lawan Depan Sogo tidak mendapat sambutan, hambar suam-suam kuku.

Pelandok boleh lupakan jerat tetapi jerat tidak mungkin akan melupakan pelandok ... begitu juga rakyat tidak akan dapat melupakan kata-kata keramat Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali ini sampai bila-bila.

MUFTI PERLIS TELAH MENULIS SURAT KEPADA PEJABAT MENTERI BESAR PERLIS TIDAK BERSETUJU USTAZ KAZIM ELIAS SEBAGAI PANEL FORUM PERDANA ATAS ALASAN SERING MEMBACA RIWAYAT-RIWAYAT PALSU.




Mufti Perlis, Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin a.k.a Dr MAZA sambil menyambut baik hasrat Pejabat Menteri Besar Perlis menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis Yang Ke-72 dan Ulang Tahun RTM Ke-69 Tahun, tetapi dengan bersyarat, iaitu Panel Forum yang dicadangkan iaitu Ustaz Datuk Kazim Elias tidak dipersetujui kerana sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat yang palsu..

Keputusan muktamad Mufti Perlis ini telah disuarakan melalui surat yang dialamatkan kepada Senator Mohd Khalid bin Ahmad, Pejabat Menteri Besar Perlis yang di faxkan.

Nampaknya ketegasan Mufti Perlis ini harus dipuji dan disanjung kerana tegas dan jelas dalam pendirian serta penilaiannya mengenai butiran ceramah Ustaz Kazim Elias yang sering menjadi kontroversi.

Bukannya memberikan alasan picisan tidak mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis.

Alasan diberikan itu memang logik dan boleh diterima akal,  kerana jika sering meriwayatkan kisah-kisah yang palsu dan tipu maka yang menjadi mangsa ialah para pendegar yang anggap ianya perkara sahih dan benar. Akhirnya umat Islam yang mendengar dan percaya akan menjadi umat yang sesat dan terkeliru.

MANGSA YANG MAUT DITEMBAK SEMALAM MERUPAKAN MANGSA SALAH IDENTITI.



Di dalam kes tembak yang membawa maut di Jalan Scotland, Pulau Pinang semalam, merupakan suatu kesilapan identiti, kerana lelaki bersenjata melepaskan tujuh das tembakan ke muka, leher dan lengan mangsa yang salah, sasaran sebenar yang duduk disebelah mangsa berjaya melarikan diri tanpa mendapat sebarang kecederaan.

Dalam kejadian semalam, seorang pengarah syarikat keselamatan berusia 51 tahun terbunuh serta-merta apabila beliau telah ditembak mati di Jalan Scotland  ketika memberhentikan keretanya di lampu isyarat.

Mangsa telah dikenal pasti sebagai E Selvakumar a.k.a Kumar Metro, adalah orang kuat daripada Geng 36.

Polis bagaimanapun percaya sasaran sebenar tembakan itu merupakan ahli Geng 04, yang dikenali sebagai Prai Bala Tauhu, yang duduk di sebelah Selvakumar di tempat duduk penumpang apabila tembakan itu berlaku.

Tidak lama selepas kejadian tembakan itu,dipercayai lelaki bersenjata yang sama telah dikesan pergi kerumah kakak ipar Prai Bala Tauhu dan didakwa memotong tangannya sebagai menebus kesilapan menembak lelaki yang salah.

EDISI KANTOI!!! ... JOM LIHAT KEPADA WARGA ASING DARI NEGARA MANA KERAJAAN PAS JOHOR JUAL HARTANAH????


Ini adalah jawapan bertulis kepada suatu soalah bertulis di Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor kira-kira sebulan yang lalu bertarikh 12 hb Februari 2015 bersamaan hari Khamis.

Soalan diajukan oleh ADUN Senai YB Wong Shu Qi berbunyi:-

Sila nyatakan bilangan hartanah yang dibeli oleh warga asing pada tahun 2014 serta jumlah keseluruhan hartanah yang dimiliki warga asing sehingga hujung tahun 2014. Sila beri pecahan mengikut negara asal pemilik.

Jawapannya???? ... Sendiri tengoklah akan jawapan diberikan oleh Kerajaan Yang selagi ada bulan dan bintang akan mempertahankan hak-hak dan nasib orang-orang Melayu.

Masalahnya yang kena serang, dihentam dan dimaki hamun ialah DAP.

Hakikatnya siapa yang jual kepada mereka ini terutamanya warga dari negara China Komunis????

EDISI PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI SEKADAR RETORIK ... SUASANA TERKINI RUMAH SAMPAH DI BANGUNAN SUK SELANGOR.


Omak Kau mendapat kiriman gambar melalui inbox mesej laman sosial dengan pengirim memberitahu tentang keadaan dan pemandangan terkini rumah sampah di bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), bangunan yang menempatkan pejabat Dato' Menteri Besar yang disanjungi dan disayangi seluruh rakyat Selangor, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali serta keseluruhan para Exconya termasuklah Exco yang ditugaskan khas menjaga kerja-kerja angkut sampah ini.

Lokasi rumah sampah sampah ini berkongsi lapangan parkir kereta awam. Sudah pasti sesiapa yang meletakkan keretanya dikawasan parkir ini tidak akan terlepas pandang dari rumah sampah ini.

Keadaannya bukan sahaja mendapat cemuhan siapa yang lalu lalang tetapi telah menjemput burung-burung gagak untuk singgah mencari makanan.

Sebelum ini ketika baru angkat sumpah menjadi Dato' Menteri Besar Selangor, abang kepada Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali ini, membuat suatu kenyataan yang cukup hebat dan kencang bunyinya ... beliau telah mengeluarkan arahan khusus kepada semua PBT di Selangor bahawa beliau tidak mau nampak dan diberitahu adanya sampah tidak berkutip mulai akhir tahun 2014, sampaikan istiharkan nombor telefon bimbitnya untuk berSMS jika terlihat mana-mana tempat sampah dalam negeri Selangor yang tidak berkutip.

Sekarang sudah masuk bulan ketiga tahun 2015 dengan slogan Pembangunan Berkualiti Rakyat DiPeduli.

Apa sudah jadi?  Realitinya ... kawasan pejabat sendiri pun masalah kutipan sampah masih gagal diselesaikan lagi mau sembang kencang?????

Hentikan Slogan Retorik Omong-Omong Kosong ... Rakyat mau janji dan slogan direalisasi dan dipratikkan, bukannya sekadar bercakap untuk halwa telinga, pemujuk jiwa dan pendingin kepala.

ZAID IBRAHIM SOKONG MUSUH LAMANYA AZMIN ALI SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG




Pada tahun 2010, rakyat tidak akan mudah lupa dengan membuat suatu sidang media dirumahnya, Zaid Ibrahim mengistiharkan kepda satu dunia beliau keluar meninggalkan PKR di tengah-tengah pertandingan pahit lagi sengit bagi merebut jawatan Timbalan Presiden menentang Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hi Ali.

Zaid kemudiannya menuduh Azmin, abang kepada Azwan dan Ummi Hafilda Ali, yang kini merupakan Dato' Menteri Besar Selangor, dan Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin PKR yang  bertanggungjawab terhadap penyelewengan, penipuan dan percanggahan dalam pemilihan parti 2010.

Tetiba tiada guruh tiada angin terus mengeluarkan kenyataan memberikan sokongan padu dan cadangan mantap ketat agar jawatan Ketua Pembangkang diserahkan kepada musuh ketat lamanya.

Lain macam jer bunyinya .. Ada apa-apa ke???? .. Dulu dekat-dekat nak PRU 13 terus puji melangit DSAI yang sebelum itu kutuk keras bagai nak gila. Letakkan segala permasalahan politik yang melanda negara kebahu Anwar Ibrahim. Apa yang dia tidak tuduh dan katakan kepada Anwar Ibrahim.

KALAU TIADA APA-APA, MASAKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...