Saturday, 2 May 2015

ROMBONGAN BERTANDANG KELUARGA NAJIB/ROSMAH KE KAZAKHSTAN TIDAK MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT TEGAS PEGAWAI KHAS PM.



Rombongan bertandang keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Alamaty, Kazakhstan tidak menggunakan duit rakyat sebaliknya sebahagian daripada mereka ke sana ditanggung oleh pihak pengantin lelaki.

Seorang pegawai yang turut terbang ke Kazakhstan menegaskan bahawa rombongan tersebut hadir ke sana atas jemputan.

“Orang tanya siapa yang bawa, kami pergi atas jemputan keluarga lelaki. Saya pun rapat dengan keluarga lelaki sebab itu dijemput. Sebahagian tetamu diterbangkan ke Kazakhstan oleh keluarga lelaki (Daniyar Kessibayev).

“Untuk level macam saya yang bukan korporat ni tentu disediakan dari keluarga sana yang jemput, sebahagian lagi yang atas kos mereka sendiri, tidak timbul satu sen pun duit kerajaan di sini,” kata Rizal Mansor.

Malah, Rizal turut menafikan seramai 300 orang yang terbang ke sana, sebaliknya hanya 250 orang. Mereka berada di sana pada 17 hingga 19 April lalu.

Rizal turut menegaskan perjumpaan tidak rasmi antara Najib dan pemimpin Kazakhstan dibuat bukan atas alasan untuk menanggung kos rombongan itu, sebaliknya dengan berkata:

“Itu (perjumpaan Najib dengan pemimpin Khazakhtan) bukanlah sebab untuk kita kata pergi ramai-ramai.

“(Orang) guna alasan buat perjumpaan (untuk) menghalalkan pemergian (kami ke) Kazakhstan dengan guna dana kerajaan, yang itu bukan, bukan, bukan,” kata Rizal.

Malah, katanya, pemimpin Kazakhstan turut mengetahui kehadiran Najib di sana untuk meraikan majlis bertandang.

Menurutnya lagi, tidak timbul soal kaya atau tidak kerana tidak melibatkan wang rakyat.

“Saya nak jelaskan, timbul soal kaya atau tak kaya, keluarga perempuan pergi ke majlis bertandang. Terpulang dia (keluarga pengantin lelaki) nak buat besar-besaran atau tidak, itu hak keluarga lelaki.

“Kita semua adalah tetamu, pergi (untuk) meraikan,” katanya.

HIMPUNAN BANTAH GST ... AMBIGA DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KENA TANGKAP



Polis telah menangkap bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkaitan dengan perhimpunan anti-GST.

Dalam satu catatan Twitter, peguam Latheefa Koya berkata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan juga turut ditahan.

Ketiga-tiga mereka akan ditahan semalaman dan perintah reman akan dipohon hari ini.

Terdahulu, Ambiga memberitahu bahawa beliau dimaklumkan akan ditahan polis susulan perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semalam.

Katanya seorang pegawai polis memberitahu peguamnya bahawa beliau akan ditahan semalaman.

“Saya terkejut. Ini perhimpunan aman,” katanya.

Kira-kira 20,000 orang hadir dalam perhimpunan siang tadi di ibu negara.

Ambiga dan peguam hadir di ibu pejabat polis pada jam 9.40 malam.

Sementara itu, Arutchevelan, yang tiba pada  jam 10.50 malam, berkata polis pada mulanya memberitahunya semuanya berjalan dengan baik.

"Selepas protes itu, saya hubungi ketua ketenteraman awam Dang Wangi dan beliau berkata semuanya berjalan dengan baik. Oleh itu, saya hairan mereka buat tangkapan," katanya.

Beliau berkata I Mei dirayakan di seluruh dunia dan oleh itu adalah tidak wajar untuk bertindak terhadap perhimpunan tersebut.

Menurut Arutchevelan, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa lokasi protes tidak boleh dijadi syarat untuk perhimpunan aman

Loke pula berkata beliau separuh perjalanan ke Seremban apabila beliau diminta datang ke Dang Wangi.

"Mereka kata, mereka boleh atur pengangkutan polis dari Seremban jika saya tak datang," katanya.

Pada jam 1.30 pagi, sebuah van polis yang membawa Loke dan Arutchelvan meninggalkan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, yang mewakili Loke berkata kedua-dua mereka dibawa ke lokap polis di Jinjang.

"Polis menyoal siasat Ambiga malam tadi, jadi dua yang lain dibawa ke Jinjang.

"Polis akan memohon reman hari ini pada pukul 9 pagi," katanya.

Gobind berkata ketiga-tiga disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga telah dipanggil untuk disoal siasat pagi ini.

Dalam reaksi segeranya, Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) bagi rantau Asia,  Phil Robertson berkata HRW bersolidariti bersama Ambiga.

"Bercakap dan menghadiri sesuatu perhimpunan bukan satu jenayah, lepaskan beliau tanpa sebarang syarat," tulis Robertson dalam catatan tweetnya.

Friday, 1 May 2015

KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR .. NAJIB ARAHKAN SHABERY CHEEK AMBIL ALIH.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah diarahkan supaya mengambil alih tanggung jawab berhubung isu penetapan harga kad isian semula telefon prabayar.

Arahan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dimuat turun melalui statusnya di laman sosial Facebook pada Jumaat.

Perdana Menteri berkata, mulai sekarang hanya Shabery boleh membuat pengumuman kepada rakyat berhubung isu harga kad isian semula itu.

“Shabery Cheek please take charge of the top up issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja,” tulis Najib.

Shabery Cheek terus membalas "Yes Sir, saya akan jumpa dgn semua pihak utk dapatkan yg terbaik bagi rakyat dan negara".

Harga kad isian semula menjadi kontroversi apabila Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Khazali Ahmad pada Rabu, mengumumkan harga kad itu tidak akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Mei.

Sehubungan itu, semua syarikat telekomunikasi diarah akur dan menjual pada harga sebelum 1 April.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak bersetuju dengan kenyataan Kastam itu.

Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei, seperti yang diminta.

Halim berkata, agak rumit untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang berjumlah kira-kira 30,000.

Halim berkata, ia juga melibatkan kos yang besar bagi pihak pembekal perkhidmatan dan ejen-ejen pihak ketiga selain stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.

Susulan bantahan SKMM, Kastam membuat pusingan U dengan menangguhkan arahan supaya kad isian semula tidak dikenakan GST.

Ini bermakna, bagi kad isian semula bernilai RM10 akan dijual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus GST.

Tindakan pusingan U yang dibuat Kastam itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar, yang menasihatkan Khazali berhenti membuat kenyataan yang memalukan.

JIKA UMNO MAU MENANG PRU KE-14 ... NAJIB PERLU DIKEKALKAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO DAN PM KATA DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH




UMNO perlu kekal bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana peluang untuk menang dalam pilihan raya umum akan lebih tinggi, kata seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Bekas timbalan menteri pengajian tinggi Dato' Saifuddin Abdullah berkata situasi akan lebih buruk jika UMNO memilih pemimpin baru.

“Kami boleh ada presiden UMNO dan perdana menteri baru, tetapi jika kami terus bergerak ke (haluan) kanan, saya fikir prestasi kita lebih buruk dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti Melayu itu menukar pemimpinnya jika mahu kekal berkuasa.

Beliau turut mempersoal sama ada Mahathir lebih baik daripada Najib ketika menjadi perdana menteri.

“Semua orang bebas mengkritik, tetapi kira harus lihat lebih daripada Mahathir kritik Najib, tetapi lihat juga dasar-dasar Mahathir ketika menjadi perdana menteri.

“Adakah (Mahathir) lebih baik dalam beberapa aspek kehidupan kita berbanding Najib?” katanya sambil menegaskan menyokong Najib yang berjuang dengan dasar “kesederhanaan, progresif dan transformasi”,” katanya.

KENDURI KAHWIN ANAK NAJIB DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI TANPA MELIBATKAN WANG RAKYAT AKUI PEGAWAI PERDANA MENTERI.




Setelah pelbagai dakwaan dan spekulasi, seorang pegawai kepada perdana menteri menegaskan bahawa majlis kenduri kahwin keluarga itu langsung tidak menggunakan wang rakyat.

Majlis anak Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk orang kenamaan di KLCC, ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengantin lelaki.

“KLCC itu adalah majlis yang diminta oleh pihak lelaki, untuk tetamu meraikan sahabat-sahabat dia (keluarga Daniyar Kessibayev dari Kazakhstan).

“Walaupun dihos oleh keluarga perdana menteri tetapi diminta oleh keluarga lelaki. Tidak hanya minta tetapi ditanggung oleh keluarga pihak keluarga lelaki,”kata Rizal Mansor,

Justeru, katanya, perkahwinan itu tidak seharusnya menjadi isu dan bersifat peribadi untuk dikongsi dengan semua pihak seperti di tempat lain.

Selain acara di KLCC, acara lain majlis perkahwinan Nooryana Najwa turut diadakan di Seri Perdana, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) dan kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang.

Tiada gambar dilapor dibenarkan diambil untuk program untuk orang kenamaan di KLCC.

“Kenapa tertutup (di KLCC)? Sebab (takut) orang kata bermewah-mewah, bermegah-megah.

“Kalau (hendak) bermegah-megah, kita buat live (langsung) di TV, kita panggil media untuk buat liputan. Kerana kita tak mahu tunjuk dekat oranglah kita buat tertutup,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan untuk majlis itu walaupun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkannya sebagai “perkahwinan abad ini”.

“Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-bungaan (ketika majlis perkahwinan anaknya),” kata Mahathir kelmarin.

Rizal juga berkata perunding perkahwinan yang menguruskan majlis itu juga ‘bijak’ mengatur perbelanjaan sehingga sesuatu yang murah berjaya nampak seperti mahal.

Beliau juga berkata mereka juga cuba berjimat dengan menyewa dan tidak membeli barang yang diperlukan.

“Iya (disewa), betul dan (ia) terserah pada kreativiti perunding perkahwinan,” katanya tanpa mendedahkah jumlah kos majlis itu.

Rizal, pegawai Najib sejak mula beliau menjadi perdana menteri, berharap orang ramai dapat berlaku adil terhadap keluarga perdana menteri.

“Saya ambil tanggungjawab ini sebab saya kasihan. Saya tahu keadaan sebenar.

“Tidak seperti mana yang orang cakap, jadi saya rasa baik bagi kenyataan daripada pihak saya. Saya baca komen yang tidak adil untuk PM dan keluarga,” katanya.

“Tidak elok menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar.”

INILAH KENYATAAN KETUA PENGARAH KASTAM YANG BUAT RAKYAT BERANG TERMASUK PEMUDA UMNO PUN KUTUK


Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mengutuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kerana membuat pusingan-u berhubung harga kad isian semula telefon prabayar.

Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad itu amat memalukan.

Dia berkata, adalah lebih baik jika Khazali diam dan tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh mendatangkan malu.

“KP Kastam… Semalam cakap lain, Hari ini cakap lain.. Lepas ni jangan lagi cakap apa apa… Berhenti terus… Bikin Malu…” tulisnya di Facebook.

Dalam kenyataan media pada Rabu, Khazali berkata pengumuman bahawa harga kad isian semula tidak dikenakan GST yang diumumkan pada Rabu, telah ditangguhkan.

Sehubungan itu, harga kad isian semula prabayar sama seperti harga jualan selepas 1 April.

Ini bermakna, kad isian semula berharga RM10 djual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Khazali menyatakan arahan penangguhan itu selepas mengambil kira pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat komunikasi.

PRK PERMATANG PAUH CERAMAH LIM GUAN ENG TIADA SAMBUTAN, DINGIN DAN HAMBAR?????


Omak Kau rasa jika apa yang digambarkan ini benar maka jelas Lim Guan Eng tidak sesuai untuk diberikan tugas dan tanggung jawab memberikan ceramah didepan audien masyarakat Melayu/Islam.

WARGA MISKIN PERMATANG PAUH SAMPAI TERKEJUT MELIHAT KEHADIRAN ROMBONGAN PEMUDA UMNO YANG DIKEPALAI NAIB KETUA PEMUDANYA MENZIARAHI MEREKA SAMBIL BAWA SEDIKIT MAKANAN.

Boleh lihat gambar-gambar diatas .. fikir dan nilai sendiri dengan jiwa terbuka dan kepala dingin.

Nampak sangat kehadiran rombongan pemuda UMNO yang dikepalai sendiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr Khairul Azwan Harun tidak disenangi dan disambut gembira oleh warga susah penduduk Permatang Pauh.

Dengan membawa sebakul barang-barang makanan seperti gula, tepung, milo, susu tepung, roti gardenia, bihun dll .. cuba nak tunjuk perihatin dan ambil berat tentang masalah mereka.

Itu pun disebabkan ada PRK kalau tidak taubat lahom tidak akan datang menjenguk ... nampak sangat tidak ikhlas dan jujur dalam menghulur sedikit bantuan.

Jangan kita ingat dengan sedikit makanan kita mampu umpan dan tawan semua warga miskin dinegara ini .. mereka pun ada maruah dan harga diri walaupun hidup dalam kesusahan. Mungkin miskin harta benda tetapi kaya dengan prinsip dan pegangan hidup.

Thursday, 30 April 2015

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... MUHYIDDIN SAMPAI MERAYU SEBANYAK 4 KALI KEPADA GURU-GURU SURUH TEPUK TANGAN KETIKA DIA BERUCAP



Ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di satu acara di Permatang Pauh hari ini disambut dengan acuh tidak acuh oleh kira-kira 500 orang pendidik yang hadir.

Hinggakan, Muhyiddin terpaksa meminta para hadirin menepuk tangan – sekurang-kurangnya empat kali sepanjang ucapan 40 minit itu.

Ada di kalangan para hadirin terbabit, yang sebahagian besarnya merupakan para guru, diperhatikan hanya menunjukkan wajah bosan dan ada juga yang mengambil peluang melelapkan mata.

Muhyiddin memulakan ucapannya dengan membangkitkan mengenai kadar kemiskinan dalam negara yang menurutnya berjaya dikurangkan.

Tambahnya, jumlah miskin tegar itu tidak mencapai tahap dua peratus.

Bagaimanapun, para hadirin tidak menepuk tangan selepas mendengar statistik yang dikongsinya itu.

"Tak apalah jika anda tidak tepuk, biasalah,” katanya

Beliau seterusnya menyebut pula tentang sistem e-Kasih yang bertujuan untuk mengukur kadar kemiskinan dalam negara.

"Sistem ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sistem paling baik di dunia untuk mengukur kadar kemiskinan,” katanya.

Kata-katanya itu bagaimanapun tetap gagal meraih tepukan.

"Ah... tolong tepuklah. Saya bercakap dengan orang pandai... Saya tidak tipu,” katanya.

Ertinya para pendidik sudah tidak yakin dengan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri ... lagi mau pasang niat nak jadi Perdana Menteri?????

Sedarlah diri tu sikit.

MACAM MANA RAKYAT TIDAK BERANG DENGAN GST


Nasi putih dengan sambal seciput, seketul ayam goreng dengan segelas teh ais RM8.50sen

Bila rakyat merungut dan mengeluh ... ada yang suruh masak sendiri, bawa bekalan dari rumah dan tanam sayur sendiri ... dan paling teruk jangan terkejut ... ada suruh duduk di bulan kalau enggan bayar GST.

Bila menegur pelaksanaan GST tidak dijalankan dengan baik sebab para pegawainya pun masih belum bersedia dan tidak mempunyai ilmu serta pengetahuan yang mencukupi ... dikatakan rakyat keliru dan gentar sebab takut harga barang akan turun .... Apakah dengan gambar diatas membuktikan harga barang-barang sudah turun seperti dicanang dan dijanjikan???


Kepada para pemimpin tidak kira dari kelompok mana sekali pun sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang ... bila berbicara tentang nasib rakyat marhaen diakar umbi cuba lakukan watak mereka ... dengan wang yang cukup terhad pergilah kemana-mana warong sila beli juadah ... bayangkan betapa serik dan susahnya hidup mereka .. betapa setiap sen cukup besar maknanya untuk mereka .. tidak perlu lama hanya sehari suntuk sudah memadai .. dari sarapan pagi hinggalah makan malam ... berapa mereka kena bayar demi sesuap nasi dan seteguk air setiap hari.

AZMIN JAMU PENDUDUK PERMATANG PAUH DENGAN LOBSTER (UDANG KARA) PANGGANG MAKANAN ORANG KAYA.




Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali mengambil pendekatan berlainan dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh PKR hari ini dengan menghidangkan udang kara (lobster) dalam satu majlis buat sebilangan pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Dinamakan "Majlis Jamuan Tanpa GST", Azmin memanggang udang itu di bilik gerakan PKR di Kampung Jalan Baru, Permatang Pauh sebelum mengedarkannya kepada orang ramai di kawasan berhampiran.

Majlis ini sebagai memenuhi janji Azmin pada 26 April yang mahu menjamu orang ramai dengan udang kara kerana ia "makanan orang kaya yang dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)" dan rakyat kini "dapat memakannya kerana tidak dikenakan GST."

Turut menyertai Azmin dalam jamuan ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

Membuktikan yang Azmin Ali ada Super Duper hebat MB ... manakan tidak ... kebolehannya ialah 1) Cuci dan gali longkang besar tersumbat secara solo 2)  Serbu tempat pelupusan sampah haram sampai penjaga terkejut biawak ... 3) Sembur racun perosak seranggan tanaman dibendang 4) Sembur ridsect dalam bas sekolah ... 5) Terjah tempat pembiakan nyamuk aedes sehingga Selangor jadi juara demam denggi tertinggi negara  6)  Cuci kain batik mangsa banjir secara manual  sampaikan memberitahu satu dunia menangis tuan punya kain batik berkenaan 7)  Cat rumah pangsa  8) Tahan lori kutip sampah 9) Baiki tingkap rumah mangsa banjir dan kini masak BBQ .... Pergh!!! Memang super hebat.

Apa lagi rakyat Selangor mau .. Dah lah Pembangunan Berkualiti Rakyat Di Peduli dapat pula MB yang serba boleh .. Macgyver pun kalah terkincit dibuatnya.

HIDUP AZMIN ALI!!! ... WE LOVE AZMIN ALI !!! AZMIN DILAHIRKAN UNTUK MEMIMPIN UMMAH!!!

ARAHAN KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR MULAI ESOK KETUA PENGARAH KASTAM BUAT U TURN FLIP FLOP.


Tidak sampai 48 jam setelah dengan nada tegas mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi agar kad tambah nilai prabayar dikekalkan kepada harga asal berkuatkuasa esok, hari ini Ketua Pengarah Kastam terus buat U Turn flip flop konar baring cecah pipi

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad prabayar yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Mei.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ia selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Maka, arahan Ketua Pengarah Kastam bertarikh 28 April kepada syarikat telekomunikasi mengenai layanan CBP ke atas perkhidmatan kad prabayar yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei, adalah ditangguhkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Khazali dalam satu sidang media mengumumkan bahawa mulai 1 Mei ini, harga kad prabayar telefon perlu kembali kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April, yang mana jika kad prabayar itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

Menurutnya, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berdasarkan kepada konsep 'tax inclusive' berkuat kuasa 1 Mei dalam satu surat pada 28 April.

Semalam, Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataan selepas pengumuman Khazali itu, pula berkata isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan CBP.

Isian semula RM10 sebagai contoh akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST enam peratus.

Menurut Halim, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem.

"ISTERI SEORANG YANG SANGAT BERPENGARUH ITU" BUKAN DATIN SERI ROSMAH MANSOR AKUI LEE CHONG WEI.


Ayat "isteri seorang yang sangat berpengaruh" dalam laporan panel BWF bagi prosiding kes doping Chong Wei menyebabkan pada awalnya timbul spekulasi Rosmah adalah wanita yang dimaksudkan

Bagi meredakan spekulasi yang makin rancak, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hari ini menafikan wanita yang memberikan ubatan herba yang dipercayai menjadi punca beliau digantung oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) adalah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ya, saya boleh sahkan bukan beliau (Rosmah),” katanya.

Chong Wei turut berkata beliau mahu melupakan perkara itu dan berusaha untuk kembali membanggakan negara melalui pencapaiannya.

Panel tiga ahli BWF pada prosiding kes doping Chong Wei dalam laporan mereka antara lain menyatakan bahawa sekitar tahun 2005, atlit negara itu mula berkawan dengan “isteri kepada seorang yang sangat berpengaruh” di negara ini.

Pada tahun 2007 atau 2008, wanita berkenaan mula memberi bekalan ubatan herba yang bahan mentahnya beliau perolehi sendiri dari luar negara sebelum diproses menjadi pil dan kapsul di sebuah kedai ubatan Cina miliknya di ibu negara.

Berdasarkan laporan BWF, herba dinamakan cordyseps itu lah yang dicemari bahan terlarang dexamethasone yang menyebabkan Chong Wei digantung.

Laporan yang menyebut “isteri seorang yang sangat berpengaruh” itu menyebabkan timbul spekulasi Rosmah adalah wanita yang dimaksudkan memandangkan beliau diketahui peminat dan penyokong kuat Chong Wei, selain merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut sumber yang tidak dinamakan yang mendakwa wanita itu adalah isteri kepada seorang bekas ahli politik terkenal Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun dia tidak tahu herba yang beliau beri telah dicemari bahan yang boleh mengundang masalah kepada Lee.

Sementara itu laporan portal The Star Online pula lebih spesifik apabila menyatakan wanita terbabit dipercayai isteri seorang pemimpin MCA yang sudah bersara.

“Orang yang memberikan saya ubatan herba tradisional Cina itu adalah kawan baik saya dan niat beliau baik. Saya tidak boleh mendedahkan namanya.

“Saya (bagaimanapun) boleh sahkan beliau bukan Datin Seri Rosmah,” kata Chong Wei kepada The Star Online.

Chong Wei digantung lapan bulan oleh BWF setelah ujian ke atas sampel doping beliau yang diambil ketika Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas didapati positif mengandungi dexamethasone.

Hukuman penggantungan yang berkuatkuasa mulai 30 Ogos tahun lepas itu akan berakhir 30 April ini.

MENGAPA RAJA BOMOH IBRAHIM MAT ZIN SAHAJA MAU DI WARTAKAN SESAT DAN HARAM OLEH JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK?????? ... ADAKAH BOMOH-BOMOH LAIN TIDAK SESAT TERPESONG DARIPADA AGAMA ISLAM?????


Omak Kau memang bersetuju sangat bahawa seorang bomoh mengaku dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Ibrahim Mat Zin wajar diwartakan oleh Majlis Fatwa Negeri Perak sebagai sesat lagi menyesatkan dan haram kerana amalan dan ajaran yang dibawanya jelas sangat terpesong daripada Agama Islam.

Masalahnya sekarang mengapa dia seorang sahaja yang perlu diwartakan sebagai sesat dan haram .. apa jadi dengan bomoh-bomoh lain atau individu-individu yang mengamalkan gelagat yang serupa atau hampir-hampir serupa???

Adakah dia mau diwartakan haram sebab gelagatnya mengenai insiden kehilangan MH 370 yang menjadi bahan ketawa dan kutukan seluruh dunia?????

Dia sudah mengamalkan cara kalutnya ini sudah sekian lama .. bukan sehari dua tetapi sudah dekat 50 tahun ... sepanjang tempuh itu adakah pihak berwajib tidak tahu dan dapat maklumat mengenai kegiatannya ini????

Sepatutnya haramkan bentuk jenis ajaran dan amalan yang bercanggah dengan kehendak Agama Islam bukan hanya individu-individu terpilih.

Setahu Omak Kau Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Ibrahim Mat Zin ini juga adalah seorang Mahaguru kumpulan silat .. apakah ajaran yang dimaksudkan Tan Sri Mufti Perak itu ada sangkut paut dan berkait dengan ilmu silat yang diajarnya?????? .. Jika benar maka perlu haramkan sekali kumpulan silat tersebut.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan dalam mesyuaratnya kelmarin untuk mewartakan bomoh kontroversi Ibrahim Mat Zin, dikenali juga sebagai Raja Bomoh, sebagai sesat dan haram.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

"Amalan dan ajaran Raja Bomoh itu bakal diwartakan haram dan sesat kerana terpesong daripada agama," beliau berkata.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses.

Harussani berkata, antara proses tersebut ialah, jawatankuasa mufti perlu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan ia perlu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Raja Bomoh yang berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila terlibat memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar, Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Terbaru, beliau mencetuskan kontroversi apabila menawarkan diri membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang hilang tahun lalu.

Raja Bomoh itu mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

Bagaimanapun, kehadiran beliau di KLIA, dengan melakukan ritual seperti yang digambarkan dalam filem P Ramlee  'Laksmana Do Re Mi'  mengejutkan orang ramai hingga mengundang kritikan banyak pihak.

Ibrahim dan pembantunya datang ke KLIA pada hari pertama dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu, manakala pada hari kedua datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Meskipun menerima kecaman, Ibrahim yang didakwa bomoh terkenal di kalangan pemimpin UMNO, mempertahankan tindakannya dengan menegaskan upacara yang dilakukannya di KLIA itu menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam
.

HARGA BARU KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR ..... KETUA PENGARAH KASTAM DENGAN PENGERUSI SKMM PUN BERTELAGAH SESAMA MEREKA..



Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan kenyataan berbeza semalam berhubung harga baru untuk kad tambah nilai telefon.

Menurut Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad, harga berkenaan akan kembali kepada harga asal sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai Jumaat.

Khazali berkata, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berkuatkuasa 1 Mei dalam satu surat semalam (28 April).

"Apabila arahan diberikan, syarikat telekomunikasi perlu akur kepada arahan Ketua Pengarah Kastam. Tidak ada alasan sama ada kad prabayar itu stok baharu atau stok lama," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Menurutnya, jika isian semula itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

SKMM pula dalam kenyataannya menyebut, kad isian semula akan terus dijual dengan GST.

Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Seri Halim Shafie, jika isian semula itu bernilai RM10, ia akan dijual dengan harga RM10.60

Pengguna juga boleh beli dengan harga RM10 bagi mendapatkan isian semula bernilai RM9.43, katanya.

Halim berkata langkah untuk meminda harga agar kembali ke paras sebelum GST "agak mustahil".

Beliau antara lainnya memberi alasan, pihak penjual akan mengalami kerumitan kerana perlu membuat konfigurasi semula ke atas sistem.

"Bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektroini, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang kesemuanya berjumlah lebih kurang 30,000.

“Kos untuk melaksanakannya juga besar, baik bagi pembekal perkhidmatan mahupun ejen pihak ketiga.

“Tambahan lagi, stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara,” katanya lagi dalam kenyataan.

Tinjauan awal bulan ini mendapati, ada di kalangan peruncit menghentikan jualan selepas pelaksanaan GST kerana keliru dan bimbang akan mengalami kerugian.

Kalau peringkat bos tertinggi Jabatan dan Agensi Kerajaan boleh keliru dan bercelaru dengan memberikan kenyatan bercanggah cuba bayangkan rakyat dibawah terutamanya di luar bandar, kampong-kampong tradisional dan rancangan-rancangan Felda .. apakah mereka lebih arif??

Membuktikan kurang persediaan dan maklumat dikalangan pelaksana GST ini .. yang gebang kencang perasaan diri itu amat bagus hanya Ahmad Maslan dan Hasan Malek .. hakikatnya pelaksanaan GST sehingga kini banyak menimbulkan kelam kabut dan berkecamuk sana sini.

Wednesday, 29 April 2015

AHKIRNYA SUDAH NAMPAK KEBENARAN AKAN KATA-KATA PRESIDEN PERANCIS PERTAMA CHARLES DE GAULLE.


Ahli politik tak pernah percaya kata2 mereka sendiri. Sebab itu mereka terkejut bila rakyat mempercayainya. -Charles de Gaulle (Presiden Perancis Pertama).

Kalau dilihat akan perkembangan mutakhir politik negara kita memang jelas apa yang diucapkan oleh Presiden Prancis yang pertama ada kebenarannya.

Ahli-ahli politik dari mana jua kelompok sering bila berucap kadangkala langsung tidak masuk akal .. gelagatnya kadang kala dilihat melakukan suatu lakonan sandiwara murahan ... bila berucap didepan audien penyokong tegarnya bukan main kencang sembangnya ... tergamak mengeluarkan kata-kata yang tidak logik dan berpijak dibumi yang nyata.

Bercakap sebagai memberi hiburan demi mengisi jiwa para pendokong dan penyokong tegarnya yang sedang kehausan cerita-cerita dan ucapan sensasi walaupun jelas mereka tahu ianya langsung tidak realistik sama sekali. Asalkan ianya suatu halwa telinga sudah memadai walaupun suatu ilusi syok sendiri.

Inilah yang berlaku sejak kebelakangan ini ... melaungkan akan rempuh pagar jika Anwar Ibrahim dihumban kepenjara dan tidak akan membenarkan walaupun sehari Anwar merengkuk dalam penjara sebagai suatu contoh terbaik sebagai bukti .. Tidak termasuk melakunkan watak bersih dan gali longkang besar tersumbat secara solo dengan menggunakan kudrat tulang empat kerat.

Bab mencipta slogan memang diakui antara terhebat dan terbaik didunia ... mampu meruntuhkan jiwa musuh politiknya sedangkan hakikatnya, dia sendiri pun sedar tidak mampu tunaikan.

Tiada kawan dan lawan yang kekal hanya kepentingan diri sahaja yang kekal sudah menjadi dakapan abadi  majoriti ahli politik di dunia selain matlamat menghalalkan cara dianggap sudah menjadi lumrah yang langsung tidak ada rasa malu untuk diamalkan.

Sebab itu rakyat yang berfikiran waras akan pilih pemimpin politik yang kurang berpolitik dalam membuat dasar dan gerak kerjanya selain dari takut kepada Allah dari manusia yang berkuasa dan berpengaruh.

Sanggup tewas pilihanraya asalkan matlamat asas perjuangan parti dipertahankan ... tidak kerap membuat dasar populis .. tidak pula bersikap oportunis .. rakyat sentiasa di utamakan .. janji mesti ditepati .. pembelaan mesti berterusan dan bukan bermusim dan ikut situasi serta keadaan .. dengar apa yang rakyat mau bukannya mau rakyat dengar dan patuh suruhan pemimpin .. tidak mengamalkan pendakwaan terpilih ... lontar jauh sifat berkelompok dan politik kekitaan.

AKHIRNYA UMNO BERTINDAK BIJAK DAN TEPAT .... AHMAD MASLAN DIARAH TUTUP MULUT CERITA PASAL GST?????



UMNO memberi amaran kepada Datuk Ahmad Maslan supaya berhenti membuat kenyataan mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST), terutamanya di Rompin dan Permatang Pauh yang sedang menghadapi pilihan raya kecil (PRK), sepanjang tempoh berkempen ini, kerana khuatir akan akibat daripadanya, lapor Astro Awani hari ini.

Memetik sumber parti, portal saluran berita itu berkata, timbalan menteri kewangan itu diminta tidak mengetengahkan isu GST, terutamanya selepas beliau dikritik di media sosial kerana kenyataan yang dibuatnya sebelum ini mengenai cukai tersebut.

"Beberapa pemimpin atasan UMNO memberi amaran kepada Ahmad yang terlebih lantang bersuara mengenai isu berkaitan GST ini. Ia boleh menyebabkan kita mendapat majoriti yang lebih kecil di PRK Rompin yang akan mengakibatkan kita tewas pula di PRK Permatang Pauh .

"Niatnya baik tetapi kenyataannya sering dimanipulasi oleh pembangkang sehingga banyak isu yang timbul, yang akan memberi kesan kepada parti," sumber itu dilaporkan berkata kepada Awani .

Satu sumber lain mengatakan, Ahmad diarahkan tidak bercakap lagi mengenai GST.

MOHON PENJELASAN AHMAD MASLAN CGPA 3.85 YANG SANGGUP KENA BALING DENGAN BATU.


Tidak perlu ada ulasan .. sekadar biar gambar berbicara mohon penjelasan dari Dato' Ahmad Maslan CGPA 3.85 yang beritahu bahawa harga barang-barang akan turun apabila dilaksanakan tetapi realitinya tidak sebaliknya semakin memuncak naik.

Kalau sampai sanggup kena baling dengan batu demi mempertahankan niat murni suci bersih pelaksanaan GST mana mungkin isu semudah seperti gambar diatas tidak mampu dijawab.

Tetapi mohon satu jer .. jangan pula minta bantuan dari Ketua UMNO Bahagian Langkawi merangkap Ahli Parlimen Langkawi yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjawab, sebab pasti dihambatnya warga emas yang malang dan kurang bernasib baik ini supaya duduk dibulan sebab tanpa GST negara boleh mampos.

POLIS BERJAYA CEKUP 3 REMAJA MELAYU MEROMPAK PEMANDU TEKSI SETELAH BERLAKU KEJAR MENGEJAR SEHINGGA TEKSI YANG DIBAWA LARI REMAJA BERKENAAN LANGGAR PEMBAHAGI JALAN DAN TERUS TERBALIK




Pada 27/04/15 jam lebih kurang 9.30 malam seorang pemandu teksi telah mengambil penumpang 2 lelaki Melayu dan seorang perempuan Melayu,di Stesen LRT Ampang, Selangor.

Penumpang berkenaan meminta pemandu teksi berkenaan hantar mereka ke Banting,Kuala Langat. Setibanya di tanah perkuburan Islam Kampung Sg.Buaya,Banting penumpang perempuan yang duduk di bahagian belakang pemandu telah mengeluarkan pisau dan meletakkan di bahagian tengkuknya.semenyata ,kedua-dua penumpang lelaki lain yang duduk di bahagian pemandu hadapan dan belakang turut mengeluarkan pisau dan letakkan di perut dan tengkuk pemandu.

Salah seorang dari penumpang tersebut telah mengarahkan pengadu berhentikan teksi dan keluar daripada teksi. Penyamun berkenaan telah periksa badan pemandu teksi yang dalam keadaan tertiarap di rumput dan ambil wang beliau berjumlah RM 115.00.

Kesemua penyamun kemudiannya bawa lari teksi jenis Proton Saga BLM No.pendaftaran HBA 3705 menghala ke arah Telok Panglima Garang ketika pemandu teksi berkenaan masih dalam keadaan tertiarap.

Pemandu teksi itu kemudianya telah minta bantuan dari orang awam yang lalu lalang dan buat panggilan kepada Bilik Gerakan IPD Kuala Langat.

Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat buat hebahan awal yang mana sebuah kereta peronda  telah lihat Teksi yang di pandu oleh penyamun berkenaan  di hadapan Maybank Banting.

Hasil tindakan pantas polis satu sekatan jalanraya dengan menggunakan sebuah kereta peronda telah dilakukan di hadapan The Store Banting namun demikian penyamun berkenaan  bertindak merempuh pintu kereta peronda tersebut.

Kereta peronda yang dipandu oleh dua anggota polis itu kemudiannya mengejar teksi tersebut sehingga ke Telok Panglima Garang dimana teksi tersebut terbabas setelah merempuh beberapa buah kereta dan juga motosikal seterusnya melanggar pembahagi jalan mengakibatkan tayar teksi pecah. Kesemua suspek berjaya ditahan.


Butir-butir suspek yang berjaya ditahan adalah seperti berikut:

A)  Nama :Muhammad Muqri bin Zainudin
       KPT :970306-04-5533
       Umur :18 Tahun
       Pekerjaan: penjual minyak wangi

Alamat :No.751,Semarak 12, Taman Panchor Jaya,Seremban 70400,Seremban,Negeri Sembilan.


B)   Nama :Siti Azahliza bt Bakri
       KPT :930131-01-5116
       Umur :22 Tahun
       Pekerjaan: Penternak kambing
       Alamat :No.5 3/4 Jln Parit Betak 82000,Benut,Pontian,Johor.


C)   Nama : Muhammad Reidzuan Eishkhandar Bin Abdullah
       KPT : 980805-14-5589
      Alamat : No 16 Jln Persiaran Mawar 2, Tmn Sri Mawar 2, Senawang, Negeri Sembilan
      Umur ; 17 Tahun
      Pekerjaan: Tiada


Suspek Nama:Siti Azahliza dan Muhammad Muqri telah di hantar ke Hospitar Banting untuk buat pemeriksaan dan rawatan. Kedua-dua suspek mengalami kecederaan calar-calar pada lengan kaki dan muka.

Suspek yang bernama:Muhammad Reidzuan pula mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan masih belum sedarkan diri. Kini masih menungu hasil x-ray dan pemeriksaan.


Kesemua suspek dipercayai tidak mempunyai rekod lampau. Kini ditahan reman untuk bantu siasatan atas kesalahan melakukan samun bersenjata.

DEMI GST AHMAD MASLAN CGPA 3.85 TIDAK GENTAR DIBALING DENGAN BATU.


Datuk Ahmad Maslan CGPA 3.85 tidak gentar untuk meneruskan penerangan tentang kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun dirinya berisiko dibaling batu.

Timbalan Menteri Kewangan 1 itu berkata, beliau tidak kisah dikutuk mahapun dibaling batu asalkan rakyat mendapat penerangan sebenar kebaikan GST.

Katanya, selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah beliau akan turun padang untuk memberi penerangan.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, GST merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengurangkan cukai daripada 10 peratus kepada enam peratus.

“GST mengurangkan cukai dari 10 peratus kepada enam peratus. Semua barang kita pakai, baju, seluar, songkok, kasut, meja, kerusi, segala pinggan mangkuk 10 peratus cukai, tetapi GST menurunkan cukai itu kepada enam peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Umum Penerangan GST dan Isu-isu semasa di Kampung Guar Perahu, Kubang Semak, Bukit Mertajam pada 25 April lalu kira-kira didepan 30 pendegar.

Ahmad Maslan berkata, beliau datang ke Permatang Pauh semata-mata untuk menerangkan kebaikan GST yang tidak membebankan rakyat.

Dalam ceramah itu, beliau turut menyentuh isu tandas di KLCC yang dikenakan GST dan menimbulkan tidak puas hati orang ramai.

Katanya, tandas itu untuk pelancong asing dan orang kaya yang tidak terkesan dengan GST.

Beliau berkata, rakyat sepatutnya menggunakan kuasa memilih untuk menggunakan tandas percuma yang banyak disediakan di pusat beli belah itu.

“Siapa suruh pergi tandas yang dibayar RM2, siapa suruh? Di KLCC ada banyak tandas yang tak berbayar, kenapa tak pergi tandas yang tak berbayar?

“Saudara saudari ada kuasa yang pertama, kuasa untuk memilih. Kenapa dipilih tandas yang berbayar? Tandas yang berbayar hanya untuk pelancong dan orang kaya yang tidak ada apa-apa kesan bila bayar,” katanya.

Dalam ceramah itu juga, Ahmad Maslan memberitahu beliau telah memaafkan bapa kepada seorang aktivis muda (Adam Adli) yang telah meninggal dunia kerana kemalangan.

Katanya, walaupun arwah pernah menghinanya di laman sosial namun beliau telah memafkan dan mendoakan rohnya dirahmati di alam kubur.

“Saya tidak doakan dia kemalangan tapi dia kemalangan dan meninggal dunia. Saya maafkan beliau semoga beliau dirahmati di dalam kubur.

“Saya ingin menurunkan cukai rakyat, tetapi mereka kata muka saya macam taik babi, ibu saya pun dia kata khinzir kerana saya nak turunkan cukai rakyat,” katanya
.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...