Monday, 4 May 2015

DEMO BANTAH GST .. MAT SABU KENA TANGKAP.


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung himpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berlangsung Jumaat lalu.

Mohamad berkata beliau menyerah diri kepada polis jam 11.30 pagi ini di Balai Polis Dang Wangi sebelum ditahan kira-kira setengah jam kemudian.

"Dua hari lepas saya di lapangan terbang nak pergi Sabah, polis kata nak datang tangkap saya. Saya kata kepada polis saya akan serah diri selepas dua hari kerana saya ingin pergi ke Sabah dahulu.

"Saya akan disiasat bawah Akta Hasutan, tetapi saya tidak tahu kesalahan saya lagi. Sekarang tunggu untuk merakamkan kenyataan," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi Zainol Samah mengesahkan bahawa Mohamad telah ditahan pagi ini.

Ditanya peruntukan undang-undang yang diguna untuk menyiasat Mohamad, beliau berkata: "Sama seperti yang lain".

Setakat ini seramai 36 pemimpin pembangkang dan aktivis ditahan telah ditahan berkaitan demonstrasi itu.

Ini termasuk bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Naib Presiden Tian Chua dan Setiausaha Organanisasi DAP Anthony Loke.

Mereka dibebaskan selepas semalaman ditahan.

Bagaimanapun 23 individu masih ditahan dan di antaranya disiasat kerana melanggar undang-undang berkaitan perhimpunan haram, hasutan, vandalisme dan melanggar peruntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

AZMIN SELAR KETUA POLIS NEGARA JANGAN JADI BARUA UMNO



Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Hj Mohamed Azmin Hj Ali, menyerang Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang didakwanya menjadi barua UMNO berbanding menjaga keselamatan masyarakat.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merujuk kepada tindakan polis menahan beberapa pemimpin politik dan peserta Bantah GST di ibu negara pada 1 Mei lalu.

“Tolong beritahu Ketua Polis Negara, mahu jadi Ketua Polis Negara yang menjaga keselamatan rakyat atau mahu jadi barua UMNO dan BN,” katanya di di Kubang Ulu pada Ahad, lapor bnbbc.com

Katanya, rakyat akan terus membenci jika Khalid tidak mempunyai prinsip dan rela membiarkan dirinya menjadi pencacai UMNO.

“Rakyat minta jadi Ketua Polis Negara yang ada maruah dan prinsip, baru kita hormat. Kalau tidak, rakyat akan benci pada kamu kerana kamu penjadi pencacai kepada UMNO dan BN,” katanya.

Azmin turut mencabar agar rakaman ucapannya itu diserahkan kepada Khalid.

Setiausaha Agung PSM, A Arutchlevan, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, Anthony Loke (DAP), Dr Hatta Ramli (Pas) dan Rafizi Ramli (PKR) ditahan selepas terlibat dalam perhimpunan itu.

Mereka dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman oleh polis dipercayai kerana tuduhan tidak munasabah.

Sehingga kini, lebih 20 peserta perhimpunan itu ditahn reman bagi membantu siasatan.

PUTERI UMNO TUTUP HIDUNG TIDAK TAHAN BAU BUSUK KETIKA MERAIH UNDI SEORANG WARGA EMAS DI PRK ROMPIN??????


Jika apa yang dikatakan ini benar sepertimana gambar diatas seorang Puteri UMNO menutup hidunya kerana tidak tahan bau busuk badan seorang wanita emas ketika melakukan kerja meraih undi disebuah kampong di Rompin sudah kira amat memalukan sekali.

Tidak tahan bau busuk warga mas berkenaan tapi nak juga satu undi darinya .... sepatutnya peraih undi seperti ini tidak wajar diberikan amanh untuk digalas.

Peraih undi yang bijak memiliki keperibadian yang baik .. penyabar, sentiasa tersenyum dan merendah diri .. tidak sesekali pandang hina dan rendah kepada setiap individu yang ditemuinya untuk raih undi dan sokongan kepada parti diwakilinya, sebab tahu betapa pengundi adalah raja ketika diadakan Pilhanraya Umum (PRU) atau Pilhanraya Kecil (PRK).

SELAWAT PERDANA KEMBALI LAGI



PROGRAM
Selawat Perdana memberikan impak luar biasa sekali gus menjadi fenomena dalam berdakwah sambil berhibur.

Tahun lalu, program Selawat Perdana 1435H - Malam Cinta ALLAH dan Rasul berjaya menghimpunkan lebih 500,000 umat Islam yang bertujuan  mengagungkan kebesaran ALLAH SWT dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikon.

Rentetan itu, Yayasan Perdana Ummah (YPU) sekali lagi menganjurkan program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436H di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya pada 8 Mei ini.

Malah, majlis ilmu yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu merupakan kemuncak kepada program induk, Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia Malaysia 2015 yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 6 hingga 8 Mei ini.

Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai program ini, Zass mendapatkan Pengerusi YPU, Datuk Rizal Mansor menerusi satu sidang media baru-baru ini.

Apakah tujuan utama program ini diadakan?

Berbekalkan konsep istiqamah dalam berdakwah, kami akhirnya mengambil keputusan menganjurkan program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436H. Ia merupakan kesinambungan dari program Selawat Perdana - Malam Cinta ALLAH SWT dan Rasul SAW yang berlangsung pada 21 Mac 2014. Tujuan utamanya memupuk ikatan persaudaraan sesama manusia yang berterusan, tidak kiralah daripada keturunan, darjat, warna kulit, bahasa, idealogi, fahaman politik dan sebagainya

Tambahan pula, program ini merupakan kemuncak kepada perhimpunan Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia Malaysia 2015. Sebagai penganjur, YPU bercita-cita menghimpunkan generasi muda seterusnya mendedahkan golongan ini dengan hiburan segar dan aktiviti sihat yang berteraskan akhlak yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung.

Kelainan yang cuba dibawa dalam program ini?

Program ini akan menampilkan lebih 25 ulama terkenal dari seluruh dunia. Bagi pengisian kali ini, ia akan memperdengarkan tausiyah atau tazkirah daripada ulama di seluruh dunia. Ia akan diketuai Al Habib Umar Ben Hafidz dari Yaman. Selain itu, tausiyah ini akan diselangi  bacaan Maulid dan qasidah yang akan disampaikan penyanyi, Mostafa Atef  dari Mesir bersama kumpulan tempatan iaitu Nur Ahli Badar, In Team, Al Maulid dan Syeikh Mahmoud Al Wasabi.

Keistimewaan yang cuba ditampilkan?

Program ini bakal dihadiri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Majlis ilmu turut diwarnai dengan kehadiran ulama dari serata negara seperti Habib Omar Al Gailani dari Arab Saudi, Habib Faisal Al Kaff ( Arab Saudi), Syeikh Tawfeeq Al Booti (Syria), Syeikh Yaser Al Qotmani (Syria), Syeikh Abu Bakar (India), Syeikh Sayyid Ibrahim (India), Habib Jindan Jindan (Indonesia), Kiyai Muhammad Muhyiddin (Indonesia), Syeikh Abdul Muez Al Nufti (Australia), Syeikh Yahya Rodus (Amerika Syarikat),

Syeikh Abdul Karim (Amerika Syarikat), Syeikh Afifudin Al Jailani (Arab Saudi), Habib Abu Bakar Al Masyhur (Arab Saudi) dan Syeikh Muhammad Yahya Al Ninowi (Amerika Syarikat).

Jika sebelum ini, program seumpama ini ada melibatkan golongan selebriti. Bagaimana dengan tahun ini?

Ya, pasti ada. Tidak hanya melibatkan masyarakat Islam di luar sana, beberapa barisan selebriti turut terlibat antaranya, Amy Search, Mawi, Bunckface, Adi Putra, Fizz Fairuz, Almy Nadia, Aizat Amdan, Yatt Hamzah, Siti Fazurina, Lufya Omar, Johan

As’ari, Hafreez Adam, Rita Rudaini, Bienda dan ramai lagi. Mereka ini akan membantu mempromosikan program ini menerusi media sosial.

Boleh ceritakan serba ringkas akan perjalanan program ini?

Acara akan bermula dengan alunan zikir, diikuti solat Maghrib berjemaah dan bacaan al-Quran. Seterusnya akan diadakan tazkirah agama yang membincangkan topik kesatuan, perpaduan dan persaudaraan dan kemudian diikuti solat Isyak. Program akan bermula jam 9 malam selama dua jam 30 minit dan akan disiarkan secara langsung di stesen RTM. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook, Instagram dan Twitter - Selawat Perdana.

Apakah objektif utama

Buat julung kalinya, negara kita menjadi tuan rumah bagi perhimpunan terbesar ulama dari Arab Saudi, Yaman, Syria, United Kingdom, India, Australia, Mesir, Amerika Syarikat, Indonesia, Thailand dan Singapura. Difahamkan, mereka akan membincangkan 10 topik penting yang sering dibangkitkan berkenaan Manhaj atau Perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Objektif utamanya memberi pencerahan mengenai pelbagai persoalan yang menjadi kekeliruan umat Islam selama ini. Malah, dalam muktamar ini akan merungkai sejarah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang wujud sejak 900 tahun lalu iaitu ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.

Harapan kepada program ini?

Program keagamaan berbentuk santai ini dapat menyatukan umat Islam di seluruh negara sekali gus memupuk perasaan Mahabbah iaitu cinta pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui qasidah dan pujian terhadap Baginda... SINAR HARIAN

"TANGKAP ORANG YANG LANGGAR AYAH SAYA" ... LUAHAN ADIK NUR FIRUZA AMIRA FAIRUZ NIZAM KEPADA ZAHID HAMIDI.




"Tangkap orang yang langgar ayah saya,"

Demikian luahan adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Zahid Hamidi pagi tadi melawat keluarga mangsa kemalangan yang berlaku di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), awal pagi Sabtu lalu mengorbankan Fairuz Nizam,35 bersama isterinya Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka yang berusia 7 bulan, Nur Firuza Annisa.

Zahid Hamidi memberi jaminan pihak yang terbabit pasti akan diheret kemuka pengadilan.

BERITA BURUK UNTUK PELINDUNG TRAGEDI DUKE ... ZAHID HAMIDI MEMBERI JAMINAN PIHAK YANG TERBABIT DALAM KEMALANGAN MERAGUT 3 NYAWA DALAM TRAGEDI DUKE AKAN DI HERET KEMUKA PENGADILAN



Dato' Seri Zahid Hamidi kerana memberi jaminan akan memastikan pihak yang terlibat ke muka pengadilan. INI BUKAN SOAL ORANG DALAM TAPI INI SOAL NYAWA!!!

Beliau memberi jaminan keramat itu ketika menziarah keluarga mangsa tragedi DUKE pagi ini.

Nampaknya kalau sekadar menjadi ahli biasa Puteri UMNO dan ada abang ipar berkerja sebagai anggota polis pangkat biasa juga di Bukit Aman atau JPJ jangan cuba nak berlagak sombong dan keret lebih-lebih lagi apabila kes ini sudah menjadi viral satu negara.

Kenyataan Zahid Hamidi memberi nafas lega kepada rakyat yang mau pastikan keadilan ditegakkan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk memastikan individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam satu kemalangan di Lebuhraya DUKE dihadapkan segera ke muka pengadilan.

Menurutnya, walaupun terdapat kenyataan di mana ahli kelab Familia MyVi Club (FMC) mempunyai orang dalam, beliau turut menjamin kes berkenaan akan diadili dengan telus.

"Jangat ingat ada orang dalam, individu terbabit boleh terlepas. Polis tidak akan menutup kes ini dengan mudah walaupun terdapat keterangan yang bercanggah daripada suspek dan saksi utama.

"Kalau saya dapati ada penglibatan orang dalam sekalipun, orang itu juga akan diambil tindakan tegas," katanya semasa menziarahi keluarga mangsa di kediamannya di Taman Batu Muda, di sini, tadi.

Insiden pada 1 pagi pada Sabtu lalu itu dikaitkan dengan tindakan enam kereta Perodua Myvi yang berlumba di lebuh raya itu sebelum merempuh pacuan empat roda model Pajero dinaiki tiga mangsa itu.

PADAN MUKA?????? .... HIMPUNAN DERITA RAKYAT (HINDAR) DI ROMPIN, SURAM, MURAM, HAMBAR, DINGIN DAN LENGGANG???????


Kesiannnn sungguh kepada para pembenci ulama .... niat mereka untuk melihat suatu perhimpunan anjuran Dewan Ulama PAS Pusat Himpunan Derita Rakyat (HINDAR 2.0) di Bandar Muadzam Shah, Pahang malam tadi 3hb Mei 2015 bersamaan hari Ahad suram, muram, hambar, dingin dan lenggang tidak kesampaian, apabila ribuan warga Rompin turun beramai-ramai menyatakan sokongan bantah GST.

Walaupun notis pemberitahuan tukar lokasi dilakukan dalam masa yang amat singkat namun sambutan diberikan melebehi jangkaan.

Sebab tu rasa pelik bin hairan apabila Hasan Malek berkata penduduk Rompin menerima GST dengan hati terbuka sebab sudah faham.

AKHIRNYA DENGAN ADANYA PRK MAKA TEMBELANG SUDAH PECAH ... KEADAAN TASKA WARGA ORANG ASAL DIROMPIN YANG CUKUP DAIF.


Bayangkan sebuah Taska Kampung Orang Asli Kedaik dalam daerah Rompin dengan rumput rumpai dah berbulan tidak dipotong dan ditebas, siling pecah sana sini, tiada bekalan elektrik dan diding diconteng seperti kerja vandalisme.

Inikah pembangunan dan pembelaan yang dilaung-laungkan selama ini???

Nasib baik ada PRK maka rumput dipotong .. bayangkan jika tidak ada PRK ...sila-silap bangunan TASKA pun diselimuti dengan rumput rumpai.

Inikah dinamakan Tradisi Membela Rakyat???? .. Rakyat harus dibela sepanjang masa dan secara berterusan dan bukannya bermusim dan ikut keadaan serta situasi.


Sunday, 3 May 2015

SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA UMNO SUDI MEMBERI KHIDMAT NASIHAT KEPADA FAMILIA MYVI CLUB (FMC)


ANTARA WAJAH-WAJAH PENDEMO BANTAH GST YANG DITAHAN POLIS DENGAN BERPAKAIAN LENGKAP LOKAP.




As I walked out of the police office, at my background the police was escorting the detainees of May Day rally into the lockup. .. Begitulah ayat yang ditulis oleh YB Tian Chua ketika beliau berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Saya pun tak tahu (macam mana) dia boleh jadi bodoh sampai macam ni, saya pernah jadi ahli parlimen selama 3 penggal tapi tak pernah jumpa orang sebodoh Ahmad Maslan” - Mat Sabu




Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebagai orang yang bodoh.

Menurut Mohamad yang terkenal dengan jolokan Mat Sabu itu, beliau tidak pernah berjumpa orang sebodoh Ahmad Maslan sepanjang khidmatnya sebagai ahli parlimen selama tiga penggal.

“Yang paling teruk cakap sekarang, lagi dia cakap BN (Barisan Nasional) jatuh markah lagi (ialah) Ahmad"

Saya pun tak tahu (macam mana) dia boleh jadi bodoh sampai macam ni, saya pernah jadi ahli parlimen selama 3 penggal tapi tak pernah jumpa orang sebodoh Ahmad Maslan” katanya sambil disambut dengan gelak ketawa oleh hadirin yang mendengar celotehnya ketika ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat sempena pilihanraya kecil Permatang Pauh (PRK) di sini, baru-baru ini.

Ahmad Maslan sebelum ini dikritik kerana sering menjawab dan memberikan penerangan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dibangkitkan pimpinan pembangkang.

TRAGEDI DUKE ... POLIS BERI JAMINAN AKAN SIASAT TANPA PREJUDIS.



Pihak polis memberi jaminan bahawa proses siasatan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Duke pada awal pagi Sabtu lepas akan dijalankan secara telus dan tanpa prejudis.

Ketua Trafik Pasukan (KTP) Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff memberi jaminan itu dan pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan tersebut berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

"Berkaitan kes kemalangan di Lebuhraya Duke pada 2 Mei 2015 yang melibatkan tiga kematian. Cawangan Trafik Kuala Lumpur telah mulakan siasatan sebaik sahaja menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.

"Daripada siasatan awal mendapati sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sports dan dua buah kenderaan jenis Perodua MyVi terlibat dalam kemalangan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke  itu mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang perempuan berumur 35 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan.

kedua-duanya kenudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis juga merayu orang ramai yang saksikan kemalangan ini supaya tampil membantu dalam siasatan.

FITNAH KERAJAAN KELANTAN BERI TANAH KEPADA DUA PEMIMPIN DAP BAGI MEMUJUK MEREKA SETUJU LANTIK NIZAR SEBAGAI MB PERAK ... MAHKAMAH PERINTAHKAN NSTP, BERITA HARIAN DAN WARTAWANNYA BAYAR RM150,000 KEPADA NGA KOR MING DAN NGEH KOO HAM.


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan News Straits Times Press (M) Berhad, Berita Harian dan wartawannya Ramli Ibrahim membayar saman RM150,000 kerana memfitnah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.

Mahkamah dalam penghakiman 30 April lalu mendapati laporan bertajuk ‘Hutan Sungai Relai gondol, penduduk kesal tanah Kelantan diberi kepada pemimpin DAP’ yang disiarkan Berita Harian pada Disember 2012 ternyata tidak benar.

Laporan tersebut menuduh Ngeh dan Nga diberikan tanah oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi memujuk mereka bersetuju melantik Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008..

Laporan tersebut turut mendakwa bahawa mereka terlibat dalam pembalakan di Hutan Simpan Sungai Relai yang mengakibatkan pencemaran Sungai Relai selain mengangganu kehidupan penduduk setempat.

Penghakiman turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri Kelentan tidak pernah memberikan tanah kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak tersebut.

“Pengambilalihan Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang memiliki tanah usahasama seluar 10,526 ekar dilakukan bersama 100 pemegang saham, dan merupakan transaksi komersial dalam pasaran terbuka,” jelas Ngeh dalam satu kenyataan mengulas penghakiman terbabit.

Beliau turut menjelaskan bahawa mahkamah mengesahkan bahawa syarikat-syarikat mereka tidak terlibat dengan aktiviti pembalakan, dan hanya melakukan aktiviti penanaman semula.

“Upayapadu Plantation Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam melakukan penanaman semula di tanah terbabit.

“Malah Jabatan Alam Sekitar melalui surat pada September tahun lalu merakamkan penghargaan kepada syarikat tersebut kerana memenuhi kesemua syarat-syarat penilaian kesan alam sekitar (EIA)” jelas Ngeh lagi.

Tambah Ngeh, kebebasan media tidak bermakna media bebas untuk menyebarkan pembohongan.

“Sebagai wakil rakyat yang dilantik, kami bertanggungjawab memastikan orang ramai tidak dikelirukan dengan pembohongan,” ujar beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP.

HEBOH AHLI PARLIMEN DAP BRUAS MERANGKAP PENGERUSI DAP PERAK KENA BELASAH LUMAT LUNYAI GUNA GAMBAR EDIT UNTUK CERITAKAN DEMO BANTAH GST

“Aerial view of anor sectn of Hancur GST. BN media says turn up only 5,000. U believe?"
Begitulah ayat yang ditulis beliau di akaun laman sosial twitternya bagi mengambarkan tentang sambutan diberikan oleh rakyat terhadap demo bantah GST yang berlangsung kelmarin 1 hb Mei 2015 sempena Hari Pekerja oleh Ahli Parlimen Bruas merangkap Pengerusi DAP Perak YB Dato' Ngeh Koo Ham.

Memang ada sambutan dari rakyat .. itu tidak dinafikan ... tetapi tidaklah sampai begini sekali sambutan diberikan sampai melimpah ruah hingga keatas bumbung stesen LRT.

Apakah beliau tidak boleh nampak dengan jelas betapa gambar tersebut ternyata sudah diubah suai????  .. Sekali imbas pandang tidak memerlukan seorang genius nuklear untuk menangkap betapa gambar yang diguna oleh Ngeh Koo Ham itu adalah palsu dan diubah suai.

Berikut antara cemuhan dan kritikan yang dilemparkan kepada Nge Koo Ham kerana terlalu ghairah memuat naik gambar ubah suai ini.

"I’m not sure if you notice the repeated rectangulars ...,"

"As an MP, Adun, lawyer, church senior & father I’m surprised you didn't zoom in to check before using this photo? BIG fail la," kata  @rawnatawil

Sementara  @FaizalKasim kata, "Wahhhh, congratulations. That's almost half of the world population there."


"Over and under LRT tracks too!" tambah @saadbjohan.


EDISI KANTOI!!! .... MENGAPA SEJAK TAHUN 2011 SUDAH 5 KALI MENGISTIHARKAN ANGGOTA PKR DARI CABANG YANG BERLAINAN KELUAR PARTI MESTI ANGKANYA 300??????


Pelik sungguhlah .. mengapa setiap kali mau istiharkan anggota KeADILan keluar parti angkanya mesti 300 orang ... apa istimewanya angka 300 ni????

Bermula pada tahun 2011 sehinggalah sekarang ... angka yang sama masih diguna pakai .. apakah sudah ada arahan tertentu mewajibkan setiap kali pengistiharan dibuat mesti hebahkan jumlahnya 300 orang????

Kebetulan atau sememangnya dirancang????? .. Hanya yang tukang istihar sahaja yang dapat memberikan penjelasan.



300 Ahli Pkr Cabang Indera Mahkota Keluar Parti

KUANTAN, 20 Mac 2011 – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu di Pahang, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini.

Antara yang bertindak keluar parti itu ialah pemangku ketua cabangnya Ibrahim Sidek, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR, Fadizlah Abd Wahab.

Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ‘Sirih Pulang ke Gagang’ di sini. Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai oleh Datuk seri Anwar Ibrahim.

Katanya hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja.

Ibrahim memangku jawatan itu pada awal tahun ini selepas ketua cabangnya, Azan Ismail, yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota, dilantik sebagai Pengerusi PKR Terengganu.

Sementara itu, Mohd Hazmi berkata tindakan pemimpin dan ahli PKR itu menunjukkan parti tersebut kini menuju kehancuran.


300 ahli PKR Ampang Campuran keluar parti kerana telah tertipu

KUALA LUMPUR 23 Okt.2011 - Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.

Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan.

''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya.


300 ahli PKR Cabang Semporna keluar parti

SEMPORNA 26 APRIL 2013:- Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Semporna bertindak keluar parti selepas hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang didakwa gagal memperjuangkan konsep keadilan.


Timbalan Ketua Cabang PKR Semporna, Mohd. Jakarah Asmad mengisytiharkan mereka keluar PKR dan menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.


"Kami bertindak keluar kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang tidak mendukung konsep keadilan yang kononnya menjadi asas perjuangan mereka sejak ia ditubuhkan.


"Saya tidak nampak bagaimana ia boleh berlaku adil kerana dalam soal pemilihan calon pilihan raya pun mereka tidak berlaku adil kepada ahlinya sendiri dengan mengenepikannya dan meletakkan calon luar yang tidak pernah buat apa-apa.


"Kami juga keluar kerana manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjurus ke arah kebaikan dan memberi banyak manfaat kepada rakyat. Tiada sebab untuk kami menolaknya," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman keluar parti di sini hari ini.


Beliau turut mengumumkan beberapa ranting PKR dalam cabang Semporna turut dibubarkan.


"Ranting yang dibubarkan ialah ranting saya sendiri iaitu Kubang Pinang, Pukas Atas, Bait, Umadal, Terusan dan ada lagi beberapa ranting yang memaklumkan pada saya bahawa mereka akan bubar," katanya.


Sementara itu, Mohd. Shafie yang dicalonkan oleh Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Semporna menyambut baik tindakan keluar PKR itu.


"Rupanya PKR bukan mengamalkan keadilan. Mereka kurang konsisten dan tidak menepati janji sehingga ramai ahlinya keluar.


"Semakin ramai ahli PKR keluar daripada parti itu termasuk mereka yang mengasaskannya dan menyertai BN, bukan saja di Semporna tetapi di seluruh negara," katanya.


300 ahli PKR ugut keluar parti jika Rafizi menang

KEMAMAN 31 Mei 2014 - Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman menerima tamparan apabila kira-kira 300 ahlinya mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli.

Bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan timbalan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi iaitu Mohd. Ramlee Hamzah.

Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas selesai proses Pemilihan Cabang PKR Kemaman di sini hari ini.

Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP.

“Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus," tegasnya. - UTUSAN ONLINE


Terbaru 300 ahli dan penyokong PKR keluar parti kerana merajuk tidak dibekalkan 2 biji khemah.

2 Mei 2015:-   Kerana jauh hati permohonan bantuan dua biji khemah tidak diendahkan sejak sekian lama, seorang ahli bersama seorang penyokong PKR dari Taman Siakap, Seberang Jaya bertindak menyerahkan borang untuk menyertai Malaysian Indian United Party (MIUP), sebuah parti mesra Barisan Nasional (BN), malam ini.

S. Muneswaran, seorang pemandu lori berusia 33 tahun yang mendakwa sudah menjadi ahli PKR selama berbelas tahun, dan R Sivakumar, seorang penyelia kilang berusia 48 tahun menyerahkan borang keahlian bersama 300 helai borang yang didakwa merupakan penyokong dan ahli PKR dari Taman Siakap yang beralih arah kepada MIUP.

Borang mereka diterima Presiden MIUP Senator Datuk Seri S Nallakarupan, pada satu majlis ringkas di Taman Siakap malam ini dengan disaksikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Menurut Sivakumar, mereka sudah lama meminta bantuan 2 biji khemah itu dari Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.

"Kini, Datuk Seri Nallakaruppan menerusi Krishna Murthi (ketua pemuda MIUP Taman Siakap) setuju menyumbangan 2 biji khemah ini yang akan digunakan untuk kenduri kahwin atau kematian," kata Sivakumar.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan berapa ramai ahli PKR dari Taman Siakap berjaya dipujuk menyertai MIUP.

"Berapa banyak ahli (PKR) saya tak berapa tahu," katanya sewaktu ditanya tentang perkara itu.

Muneswaran pula sewaktu diminta membuktikan keahlian PKR beliau berkata beliau sudah membuang kad keahliannya.

"Kad semua saya sudah buang sebab saya marah," katanya.

Beliau juga bertekad untuk menyumbang sepenuh tenaga kepada kempen BN.

"Apa-apa bantuan kempen yang diperlukan saya akan bantu," katanya.

Sementara itu Nallakarupn yakin MIUP mampu menyumbang sekurang-kurangnya 300 undi dari 544 pengundi berdaftar di situ.

Hari membuang undi pilihan raya kecil Permatang Pauh jatuh pada 7 Mei 2015.

INGATKAN APABILA SHABERY CHEEK AMBIL ALIH TANGGUNG JAWAB ISU KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR AKAN MEMBAWA KEREDAAN KEPADA RAKYAT TETAPI HAMPEH!!!!!


SHAH ALAM  3 April 2015: Empat syarikat telekomunikasi (telco) utama negara sedia memberikan bonus kepada semua pengguna perkhidmatan prabayar sepanjang bulan ini, sebelum ia memperkenalkan harga baru kepada perkhidmatan tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, bonus terbabit melibatkan nilai antara RM1.20 dan RM1.30 yang akan ditambah ke dalam akaun pengguna.

Ahmad berkata empat syarikat telco berkenaan Maxis, Celcom, Digi dan U-Mobile bersetuju berbuat demikian selepas sesi perbincangan dengannya pada Jumaat.

Jelasnya lagi, tempoh sebulan tersebut dipersetujui untuk memberi masa kepada syarikat berkenaan mengubahsuai semula sistem mereka.

Selepas tempoh itu, pengguna akan dikenakan caj RM9.43 dicampur dengan RM0.57 GST untuk perkhidmatan prabayar bernilai RM10.00

"Semalam, syarikat telco telah memutuskan, setelah berbincang dengan kastam, untuk mengekalkan harga RM10.60 (contoh bagi kad prabayar RM10) tetapi mendapat bonus 'air time' bernilai hingga RM1.30.

"Namun setelah menerima bantahan daripada rakyat, saya mengadakan satu lagi mesyuarat bersama telco untuk mengubah keputusan tersebut kepada pengekalan harga RM10 ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Proton Holdings Bhd, di sini hari ini.

Beliau juga mengulangi bahawa kupon tambah nilai prabayar itu sememangnya dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar enam peratus sebelum ini.

Justeru katanya harga tidak sepatutnya berubah apabila GST dilaksanakan.

Tambah nilai prabayar yang dijual melalui kad atau kupon sebelum ini adalah antara barangan yang dikenakan GST apabila ia berkuatkuasa 1 April lalu.

Bagaimanapun ia tidak disambut baik pengguna yang kebanyakan mereka daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.


ROMPIN 1 Mei 2015
– Kerajaan bakal kehilangan hasil sebanyak RM800 juta setahun jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) kad prabayar dihapuskan.
Ahmad Shabery Cheek

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kehilangan besar hasil berkenaan disebabkan kebanyakan yang menggunakan perkhidmatan tersebut ialah pekerja asing.

“Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

“Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka,” katanya ketika ditemui selepas berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Felda Keratong Lima di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, dalam isu berkenaan, kerajaan bercadang mengenakan caj tambahan atau mengurangkan nilai panggilan pada kad prabayar.

Walau bagaimanapun kata beliau, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas tinjauan pengguna siap dilakukan pihaknya.

“Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, jabatan berkenaan mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan.

“Saya harus akui bahawa berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari,” ujarnya.


ULASAN OMAK KAU:-

Pendekkan cerita memang tiada niat langsung kerajaan nak hapuskan GST keatas tambah nilai prabayar sebab tahu ianya cukup menguntungkan iaitu RM 800 juta setahun.

Jika kerajaan bijak dan tajam bacaan politiknya maka Omak Ku saran dan nasihatkan agar GST keatas tambah nilai kad prabayar ini dihapuskan kerana mahoriti anak-anak muda melebehi 80% dinegara ini menggunakan kad tambah nilai prabayar.

PRU ke-14 adalah PRU anak-anak muda .. jika sentuh dan usik kocek mereka yang kini pun sudah agak terhimpit mereka maka tunggu sahaja balasan akan menimpa dimana kemarahan akan diterjemahkan dalam bentuk undi nanti.

Jika tidak masakan Pemuda UMNO sendiri pun berang dan bengang .. isu kad tambah nilai prabayar ini amat dekat sekali dihati anak-anak muda terutamanya para pelajar IPTA/S.

Saturday, 2 May 2015

CERAMAH MCA PRK PERMATANG PAUH MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA HEBATNYA????



Lokasi : Food Court Jalan Tenggiri Seberang Jaya.

Tarikh 1hb Mei 2015.

Kalau macam inilah sambutan yang diberikan oleh warga Permatang Pauh kepada ceramah MCA ... rasanya PRU 14 nanti MCA boleh tutup kedai... kehadiran penduduk tempatan boleh dikira dengan jari .. kalau tidak kerana beberapa petugas MCA rasanya ceramah MCA memang sahih bercakap depan makhluk halus dan bunian.

Jelas sudah hayat MCA sudah sampai kepengujungnya ... UMNO sudah tidak boleh mengharapkan bantuan MCA untuk meraih sokongan masyarakat Cina kepada BN .. MCA sudah menjadi beban dan liabiliti kepada BN.

CEK RM2.5 JUTA ADALAH FITNAH JAHAT KATA KETUA PEMUDA PAS PULAU PINANG.



Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Md Piah, hari ini menolak sebagai "pembohongan yang berniat jahat" tuduhan telah menerima bayaran RM2.5 juta sebagai balasan untuk pergerakan Pemuda PAS Pulau Pinang  memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail @ Kak Wan di PRK Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata bahawa jentera pilihan raya telah pun diaktifkan setelah mendapat arahan daripada kepimpinan tertinggi PAS.

Mohd Yusni berkata terdapat kesilapan nyatapada cek, dimana imejnya telah diedarkan di Internet  secara meluas.

Namanya telah salah tulis pada cek yang dikatakan sebagai Mohd Yusni Mohd Piah, dan tarikhnya pula pada 29 Mei, selepas pilihan raya, sedangkan pengundian yang berlaku pada hari Khamis ini 7 Mei .

"Ia hanya tidak masuk akal langsung. Ianya adalah satu pembohongan yang berniat jahat, "kata Mohd Yusni hari ini.

Cek itu kononnya dikeluarkan oleh syarikat bekalan air negeri, PBA Holdings Bhd, dan telah muncul di Internet selepas Yusni membuat pusingan U mengenai sokongan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kepada Kak Wan baru-baru ini.

Sebelum itu pergerakan pemuda PAS Pulau Pinang telah memutuskan untuk memboikot kempen pilihan raya Pakatan, tetapi kemudian mengisytiharkan sokongan penuh kepada Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Eksekutif Perbadanan Air, Jaseni Maidinsa dan pengurus kewangan yang asal Joyce Lee telah pun membuat laporan polis, menafikan mengeluarkan apa-apa cek atau membuat apa-apa bayaran kepada Yusni. Cek dikatakan terdapat tanda tangan mereka dan juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jaseni berkata Lee tidak lagi penandatangan sejak 1 Mac lalu kerana beliau telah dilantik ke- bahagian perkhidmatan korporat syarikat.

Yusni berkata beliau belum lagi membuat keputusan sama ada untuk membuat laporan polis, memikirkan bahawa laporan polis oleh Jaseni adalah lebih daripada mencukupi untuk membantu siasatan polis terhadap pertuduhan jahat dan palsu ini.

"Jika saya tahu yang orang itu atau dalang-dalang di belakang cek, ia akan menjadi lebih mudah untuk membuat laporan," kata Yusni.

Sokongan Pemuda PAS Pulau Pinang akan menjadi rangsangan utama kepada peluang Kak Wan mencapai kemenagnagn lebih cemerlang dan gemilang

Wan Azizah menghadapi cabaran daripada calon BN Suhaimi Sabudin Umno, Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia, dan calon Bebas Salleh Isahak.

Pengundian berlaku pada hari Khamis, manakala pengundian awal akan diadakan esok, Hari Wesak.

ANGGOTA RELA KALAU BERHAJAT NAK UNIFORM BARU KENA PASTIKAN CALON BN PRK ROMPIN MENANG .... SAMPAI TERUK BEGITU SEKALI ?????


Dulu semasa PRK Teluk Intan digunakan kaedah dan cara yang sama .. kini nak cuba pula di PRK Rompin ... apa punya budaya politik yang mau dibawa oleh Zahid Hamidi ketika rakyat semakin bijak berpolitik.

Adakah anggota RELA dikawasan dan negeri lain yang tidak ada PRK maka mereka masih menggunakan uniform lama dan usang???? Apakah nanti jika anggota RELA mengidamkan uniform baru maka terpaksa kawasan parlimen mereka diadakan PRK?????

Tidak hairan jika rakyat kini sentiasa mendoakan dikawasan mereka ada PRK kalau beginilah cara budaya politik yang mau diserapkan dalam pemikiran rakyat .. LOW CLASS PUNYA POLITIK.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjanjikan sepasang uniform baharu kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Rompin, Pahang sekiranya calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin memenangi kerusi Parlimen Rompin.

Zahid ketika berucap dalam program Bakti Rela, di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Rompin di sini berkata, peruntukan sejumlah RM200,000 juga akan disalurkan kepada Rela Rompin untuk membolehkan uniform baharu jabatan berkenaan diberikan kepada setiap anggota mereka.

"Ini bukan janji pilihan raya, ini ikhlas...maknanya, menangkan BN, dalam masa 60 hari, uniform itu akan diserahkan pada anak buah saya ini.

"Ini bukan janji, ini betul-betul, bukan cubaan," katanya, meniru gaya filem terkinal lakonan seniman agung tanah air, Tan Sri P Ramlee, dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.

Zahid berkata, beliau sudah pun menulis surat kepada semua ahli Parlimen untuk memberikan peruntukan berjumlah RM50,000 kepada pertubuhan Rela di kawasan mereka.

"Kalau Hasan menang, beliau akan keluar dana itu untuk uniform Rela Rompin.

"Saya yakin bukan setakat RM50,000 yang beliau akan berikan, saya akan buat susulan. Saya minta sekali ganda diberikan kepada anak buah saya di Rompin, saya minta Rela Rompin diberikan RM100,000," katanya, di hadapan hampir 4,000 anggota Rela dalam program tersebut.

"Saya berjanji, depan tuan-tuan, kalau Hasan beri RM100,000 saya tambah lagi RM100,000," katanya.

PRK Rompin diadakah susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada 4 April lalu, dalam insiden nahas helikopter terhempas di Semenyih selepas pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, di Pekan, Pahang.

Hasan akan berhadapan calon PAS, Nazri Ahmad mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam PRK Rompin.

"Bukan kita nak minta duit Hasan, salurkan sahaja peruntukan, cepat sedikit dapat uniform," kata Zahid.

"Ada syarat, bagi menang Hasan dulu," katanya.

PESERTA DEMO ANTI SALIB TAMAN MEDAN MESTI DIHERET KEMAHKAMAH DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948 TEGAS PRESIDEN MAJLIS WAKIL RAKYAT MALAYSIA (MUBARAK).


Pihak berkuasa perlu bertindak adil dengan menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap mereka yang merosakkan rumah ibadat, tidak kira pihak siapa yang bersalah, kata bekas Ahli Parlimen UMNO Temerloh merangkap Presiden Mubarak ( Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia ) Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Beliau telah merujuk kepada 50 penunjuk perasaan yang menuntut sebuah gereja di Taman Medan menurunkan salib dari gereja mereka.

"Sudah tentu, sudah tentu! Anda memijak institusi agama ... anda perlu berlaku adil, "kata beliau dalam hal kepada pihak berkuasa menggunakan sepenuhnya undang-undang terhadap mereka yang membantah di hadapan gereja di Taman Medan kira-kiradua minggu lalu.

"Malah, sekarang kita perlu mengambil tindakan serius terhadap mereka yang menyerang orang lain (bukan Islam) yang minoriti kerana ianya tertakluk kepada undang-undang," katanya.

Beliau berkata undang-undang itu perlu dilaksanakan secara adil dan bahawa tindakan segera perlu diambil terhadap 50, salah seorang daripada mereka adalah abang kandung kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

Beliau juga berkata beliau menyokong pengekalan Akta Hasutan hanya kerana ia membantu mencegah individu-individu tertentu daripada melakukan tindakan melampau dan memprovokasi isu-isu sensitif secara keterlaluan tanpa batasan.

Beliau menyebut permintaan untuk membuang salib dari muka bangunan gereja dan juga orang-orang yang mengadu tentang azan (panggilan Islam untuk sembahyang) sebagai contoh isu-isu sensitif yang menuntut penggunaan Akta Hasutan.

Penunjuk perasaan di Taman Medan mahu salib dibuang kerana mereka berkata ianya adalah satu cabaran kepada Islam dalam kawasan majoriti Islam dikhuatiri akan mempengaruhi muda Islam.

Seorang paderi gereja akhirnya menurunkan salib kerana takut akan memburukkan lagi keadaan jika dia menolak.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...