Friday, 8 May 2015
KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO PUSAT UCAP TERIMA KASIH KEPADA PEMBOCOR MAKLUMAT PEMBELIAN TANAH 1MDB DI TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) OLEH TABUNG HAJI.
"Sebagai pendeposit Tabung Haji saya ada hak nak tanya "kalau info tak bocor, confirm lah duit simpanan kami digunakan untuk beli tanah 1MDB di TRX"?
Terima kasih kpd yg bocorkan maklumat tersebut...."
Kisah Lembaga Tabung Haji beli tanah dari 1MDB menjadi kecuh, riuh rendah gegak gempita satu negara dengan anggapan ianya suatu langkah bailout 1MDB .. suatu jual beli dikatakan dilakukan dengan pantas dibawah pengetahuan dan mendapat restu dari Menteri yang bertanggung jawab menjaga kepentingan Tabung Haji itu sendiri.
Pendedahan dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir melalui blognya The Benchmark dengan memuat naik keseluruhan dokumen yang berkaitan, kemudiannya dikutip oleh beberapa blog.
Dinafikan pada awalnya ianya berlaku oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling dan juga Ketua Bahagian UMNO Baling YB Dato' Seri Abdul Azeez Rahim tetapi membuat pusingan U setelah dikantoi oleh CEO Tabung Haji sendiri, akui memang wujud jual beli tersebut dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam kerana membocorkan dokumen-dokumen rahsia syarikat kepada umum.
Tindakan pembocor rahsia itu telah mendapat pujian melangit dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pusat yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom, Sdr Jamawi Jaafar melalui laman sosial FB akaunnya dengan menyatakan, tanpa pembocor maklumat menyalur dan membocorkan maklumat maka sah duit TH yang beliau salah seorang pendepositnya akan digunakan untuk beli tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).
ANALISIS PANTAS PRK PERMATANG PAUH ... KEMENANGAN KAK WAN ANWAR KEKAL SEBAGAI DE FACTO KETUA PEMBANGKANG.
Kemenangan Presiden Parti KeADILan Rakyat , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail@ Kak Wan di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil semalam akan memastikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai de facto Ketua Pembangkang Parlimen.
Apabila timbul cakap-cakap mengenai siapa yang akan bertanding kerusi parlimen itu, ia pada mulanya, spekulasinya ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha akan dinamakan sebagai calon KeADILan.
Ini dikatakan tidak diterima baik oleh DAP, yang mengingatkan bahawa jika orang lain selain Wan Azizah bertanding kerusi itu, ia akan menuntut jawatan ketua pembangkang di Parlimen.
DAP berkata ia akan mencalonkan pemimpin veterannya Lim Kit Siang untuk jawatan itu, kerana parti itu memiliki jumlah kerusi paling banyak di blok Pakatan Rakyat.
Pemimpin veteran DAP itu pernah memegang jawatan tersebut tetapi ia sebelum pilihan raya umum 2008 mengubah landskap politik negara. Bagaimanapun, mengikut risikan DAP bersedia untuk mengalah jika Kak Wan kembali ke Parlimen dan memegang jawatan itu.
Dinamik dan realiti politik di Malaysia ialah ketua pembangkang bukan Melayu tidak akan mampu untuk meyakinkan pengundi Melayu sekiranya beliau menerajui kerajaan yang baru.
Ini kerana sentiasa ada kebimbangan bahawa tanpa UMNO, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam akan menipis jika tidak pun terhakis.
Sentimen sedemikian akan menggagalkan percubaan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.
DAP juga menyedarinya dan ia tahu PAS, yang sering berbalah dengannya, boleh juga menuntut jawatan itu.
Dengan sejarah dan alasan berikut, pendirian DAP mungkin lebih bertujuan untuk menyekat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada menjadi Ketua Pembangkang, sekiranya calon baru seperti Nurul Nuha bertanding di Permatang Pauh.
Jika TGHA mensasarkan jawatan itu, maka ia akan terus menghakis lagi situasi dalam Pakatan Rakyat, yang sudah bergoncang ekoran usaha presiden PAS itu mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
DAP telah pun memutuskan hubungan dengan TGHA, yang didakwanya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayainya.
Oleh itu, dengan memberi sokongan kepada Kak Wan, DAP berharap akan dapat menangani senario.tersebut.
Kini hasrat dan niat pertama kelangkah itu sudah tercapai.
Thursday, 7 May 2015
NAJIB AKAN JAWAB KRITIKAN TUN M ISNIN INI DALAM PERTEMUAN DENGAN KIRA-KIRA 160 KETUA BAHAGIAN UMNO KATA SUMBER.
Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kira-kira 160 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara Isnin depan dijangka membincangkan isu utama kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan beliau.
Menurut sumber dalaman UMNO, pertemuan itu sekali gus mencari penyelesaian terbaik untuk membetulkan persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan Najib yang juga presiden parti akhir-akhir ini.
"Semua maklum Najib kini mendapat tekanan selepas dikritik hebat di dalam blog dan di beberapa perjumpaan Dr Mahathir bersama rakyat.
"Ia melibatkan isu kepimpinan, banyak khabar angin terdapat perubahan pada peringkat kepimpinan tertinggi negara dalam masa terdekat. Najib akan menjelaskan segalanya pada Isnin depan," katanya hari ini.
Sumber berkata demikian ketika mengulas isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan ketiga Ketua Bahagian UMNO tahun ini bersama Najib pada Isnin depan.
Pertemuan sebelum ini dilaporkan tertumpu kepada isu jaminan Najib di dalam siasatan salah laku yang mungkin terjadi di dalam pengendalian 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik sebelum ini dilaporkan berkata, Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada hujung tahun bakal menjadi penentu tempoh Najib kekal menjadi presiden parti, sekali gus perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14 atau sebaliknya.
Katanya, cadangan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak menangguhkan pemilihan parti pada 2016 menguatkan hujahnya terhadap tempoh dan penilaian tahap kemampuan Najib mentadbir negara.
Sementara itu, sumber menjelaskan, Najib juga dijangka membincangkan isu dakwaan pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji seperti yang tersebar di media sosial sejak Rabu.
"Isu pembelian dua plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM772 juta, menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya wang kerajaan akan dibincang dan ia akan dimasukkan di dalam bab perbincangan 1MDB," kata sumber itu.
Jelas sumber itu lagi, pertemuan itu dijangka turut membincangkan penurunan majoriti pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin pada Selasa lepas terutama di kalangan pengundi Felda.
"Jelas kejatuhan majoriti terutama daripada pengundi Felda satu isu yang akan dibincangkan, walaupun menang, penurunan itu memberi sedikit sebanyak kesan kepada parti dan membuktikan ada perkara yang perlu dibaiki," jelasnya.
Dalam pada itu, satu sumber daripada Ketua Bahagian UMNO memberitahu, Najib diharap menjawab semua persoalan mengenai isu 1MDB pada Isnin depan.
"Selama ini Najib memberitahu ia masih di dalam siasatan, sampai bila siasatan itu akan selesai dan kami berterusan menerima tempias kritikan masyarakat dalam isu ini?
"Pertemuan Isnin depan diatur beberapa ketua bahagian 'otai' dan mereka meminta Najib memberi penyelesaian terhadap isu 1MDB yang dikatakan menjadi beban kepada parti hari ini.
"Ia juga menjadi platform Najib menjawab kritikan Dr Mahathir terutama mengenai 1MDB dan desas-desus pertukaran pimpinan tertinggi negara dalam masa terdekat," jelasnya.
Bagaimanapun, seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menafikan pertemuan itu diadakan bagi membincangkan isu kepimpinan tertinggi negara, sebaliknya menyifatkannya sebagai perjumpaan biasa presiden dengan ketua bahagian.
"Cuma makan-makan sempena hari ulang tahun UMNO," ujarnya.
Isnin depan juga merupakan ulang tahun ke-69 UMNO.
PRK PERMATANG PAUH ... KAK WAN MENANG DENGAN MAJORITI HAMPIR 10 RIBU.
ANALISIS KILAT:- Angka menunjukkan bahawa undi popular KeAdilan tetap sama seperti pilihan raya umum pada tahun 2013.
Terima hakikat bahawa terdapat kehadiran yang lebih rendah, adalah munasabah untuk meramalkan bahawa PKR akan menang dengan majoriti yang lebih besar sekiranya jumlah keluar mengundi adalah lebih tinggi.
Kehadiran dalam pilihan raya kecil ini adalah kira-kira 15 peratus lebih rendah berbanding pada pilihan raya umum 2013 (88.3 peratus pada tahun 2013, kira-kira 73 peratus pada pilihan raya kecil hari ini).
Majoriti sedikit lebih rendah daripada 11.721 diperolehi dua tahun lalu pada pilihan raya umum ke-13.
SASARAN MALAYSIA JULANG PIALA DUNIA SUDAH NAMPAK CAHAYANYA APABILA RANKING BOLASEPAK NEGARA TERUS MERUDUM KE-TANGGA 166 DALAM DUNIA.
Sembang kencang sampai gunung Kinabalu boleh tumbang betapa Malaysia mampu julang Piala Dunia akhir terjawab apabila ranking bolasepak negara terus merudum.
Bila bercakap benar agar Kementerian Belia Dan Sukan berpijak dibumi yang nyata dan terima realiti nanti dilempar dengan tuduhan tidak patriotik dan sayangkan negara dengan slogan Malaysia Boleh.
Kepada KJ selaku menteri diucapkan sejuta kalung tahniah kerana bijak bacaan meramal kemana arah tuju pasukan bolasepak negara kita .. seorang pemimpin yang memiliki keyakinan yang cukup tinggi melebihi langit ketujuh.
Ranking bola sepak negara jatuh dua anak tangga pada kedudukan 166 dunia dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bagi bulan April-Mei 2015.
Ini menjadikan kedudukan Malaysia setaraf dengan pasukan seperti Guyana (163), Bhutan (163), Dominica (165), Puerto Rico (167) dan Yemen (168).
Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Dollah Salleh berada pada ranking 154 pada Januari sebelum turun kepada ranking ke-164 pada April setelah kalah 0-6 kepada Oman dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.
Pasukan seperti Suriname melonjak 14 anak tangga kepada kedudukan 155 dan Dominica naik 12 anak tangga ke kedudukan 165.
Sementara itu Jerman selaku Juara Piala Dunia 2014 kekal di tangga teratas sebagai pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,687 mata, diikuti Argentina(1,494 mata) dan Belgium di tempat ketiga dengan 1,457 mata.
Ranking FIFA meliputi 209 negara.
DEDAH DOKUMEN JUAL BELI TANAH TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) ANTARA TABUNG HAJI DENGAN 1MDB .. CEO TABUNG HAJI BUAT LAPORAN POLIS.
Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis berhubung 'pembocoran' dokumen Tabung Haji dalam urusan pembelian tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).
Laporan dibuat Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah di Balai Polis Dang Wangi di sini pada petang Khamis.
Laporan itu antara lain menyatakan blog 'The Benchmark' didakwa memanipulasi fakta berkaitan pelaburan yang dilaksanakan TH untuk pembelian tanah di TRX.
"Pelaburan itu sudah melalui kesemua proses dalaman menurut peraturan TH dengan mendapat kelulusan yang betul dan teratur.
"Pembelian tanah tersebut adalah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai yang dinilai oleh penilai bebas profesional di dalam pengetahuan saya," katanya dalam laporan itu.
Laporan polis itu turut menafikan TH sedang di dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana dilaporkan di dalam blog berkenaan.
"Kebocoran kertas cadangan tersebut tidak membuktikan bahawa cadangan pelaburan tersebut telah diluluskan.
"TH tidak pernah sama sekali membenarkan perbuatan mendedahkan maklumat sulit kerana ia bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995 dan polisi dalaman TH," kata laporan itu.
Johan menunjukkan laporan polis yang dibuat di hadapan Balai Polis Dang Wangi.
Terdahulu, TH mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan TRX.
Jelas Johan langkah itu adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
TRX adalah projek yang dibangunkan 1MDB dan langkah membeli tanah oleh TH itu dilihat sebagai usaha menebus sebahagian hutang 1MDB yang bernilai RM42 bilion.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, 14 anggotanya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan siasatan ke atas 1MDB sebelum laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.
Jelasnya, pihak 1MDB juga diharap dapat memberi kerjasama penuh bagi melancarkan siasatan berkenaan.
Pengerusi Lembaga TH, Datuk Seri Azeez Rahim sebelum ini dilaporkan telah mengarahkan pihak pengurusan Tabung Haji untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pembelian tanah milik 1MDB seperti yang tersebar di media sosial sejak Rabu.
PRK PERMATANG PAUH .. PENYOKONG PR DIBELASAH SECARA BERJEMAAH OLEH PENYOKONG BN.
Berlaku pergaduhan antara penyokong BN dan PKR dan anggota polis terpaksa meleraikannya di sebuah sekolah di Permatang Pauh.
Ia menyaksikan terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital.
Susulan itu, kelihatan lapan buah trak polis berada di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat ditempatkan di kawasan itu menjelang jam 1 tengahari tadi.
Puluhan anggota polis antirusuhan berkawal di hadapan sekolah tersebut.
Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat.
Turut kelihatan exco Pemuda UMNO Arman Azha Abu Hanifah dan dan Ibdilillah Ishak dalam kalangan penyokong BN.
ISU TABUNG HAJI BAIL OUT 1MDB .. AZEEZ RAHIM MALU TERKANTOI ... CEO TABUNG HAJI SAHKAN MEMANG ADA PEMBELIAN TANAH UNTUK PROJEK TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) DARI 1MDB
Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji merangkap Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dana kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk projek Tun Razak Exchange (TRX).
Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.
"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.
Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.
“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.
Sebelum ini, Azeez menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.
"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.
Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta.
Pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.
Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.
PRK PERMATANG PAUH .. MAHATHIR MOHAMMAD CEDERA DIBALING DENGAN BATU
PERMATANG PAUH: Hari ini berlangsungnya PRK Parlimen Permatang Pauh. Bermula pada jam 7.00 pagi para pengundi mula berkumpul di beberapa buah pusat pengundian seperti SK Seri Penanti, SMK Permatang Tok Kandu, SMK Guar Perahu dan beberapa lokasi lain.
Menurut laporan mStar online, pada jam 9.15 pagi berlaku sedikit ketegangan apabila Penyokong PKR dan BN mula berperang mulut dan semakin tegang setelah terdapat penyokong parti membuat provokasi dengan membawa bungkusan seperti mayat diatas kereta.
Pada jam 12.58, Mahathir Mohammad yang merupakan seorang petugas media bagi KLXpress telah cedera selepas dipukul dalam kekecohan yang berlaku di SK Tanah Liat.
Bagaimanapun pada jam 1.00 tengah hari, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di SK Tanah Liat untuk mengawal keadaan yang kecoh.
SULTAN JOHOR BERTITAH PELAKSANAAN GST TERHADAP KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TIDAK MASUK AKAL.
Arahan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah sultan Johor.
"Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat," titah baginda.
Justeru, sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka.
Baginda juga bertitah supaya pihak itu mendapatkan pengecualian daripada kerajaan persekutuan.
Sultan Ibrahim bertitah demikian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.
GST dilaksanakan mulai 1 April lalu di tengah-tengah bantahan aktivis dan pembangkang.
ULASAN OMAK KAU:-
Daulat Tuanku atas keperitahan merasai denyutan degupan nadi rakyat yang kian terhimpit .. semoga pihak kerajaan ambil iktibar dan tindakan susulan.
PASCA TRAGEDI DUKE ... KERETA MYVI MANGSA VANDALISME
Tidak diketahui kejadian malang ini ada kaitan dan hubung kait dengan tragedi DUKE tempuh hari .. mohon tidak ada kaitan langsung dengan perbuatan jenayah yang tidak berhati perut dan bertanggung jawab ini.
SEORANG LELAKI REBAH RAKAAT KEDUA KETIKA MENGIMAMKAN SOLAT ISYAK DI SURAU
Seorang lelaki yang mengimamkan solat Isyak di Surau Abu Osman Ali Basha di Bukit Beruntung rebah dan dipercayai meninggal dunia kelmarin.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Pak Mat merupakan seorang peniaga roti canai berhampiran Apatment Teratai Bukit Beruntung telah rebah pada rakaat kedua.
Menurut saksi kejadian beliau bukanlah merupakan Imam surau tersebut tetapi pada malam itu rezekinya menjadi imam dan mungkin itu adalah satu anugerah yang hebat untuknya.
Menurut Ketua Balai Polis Komuniti Bukit Beruntung, Sarjan Rosli, mengesahkan kejadian ini ketika dihubungi.
"Lelaki tersebut telah dikejarkan ke pusat perubatan terdekat menaiki ambulans."
Menurut beliau punca kematian masih dalam siasatan dan tidak menolak mungkin kerana sakit jantung dan penyakit-penyakit lain yang sememangnya dihidapi oleh beliau.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Pak Mat merupakan seorang peniaga roti canai berhampiran Apatment Teratai Bukit Beruntung telah rebah pada rakaat kedua.
Menurut saksi kejadian beliau bukanlah merupakan Imam surau tersebut tetapi pada malam itu rezekinya menjadi imam dan mungkin itu adalah satu anugerah yang hebat untuknya.
Menurut Ketua Balai Polis Komuniti Bukit Beruntung, Sarjan Rosli, mengesahkan kejadian ini ketika dihubungi.
"Lelaki tersebut telah dikejarkan ke pusat perubatan terdekat menaiki ambulans."
Menurut beliau punca kematian masih dalam siasatan dan tidak menolak mungkin kerana sakit jantung dan penyakit-penyakit lain yang sememangnya dihidapi oleh beliau.
PRK PERMATANG PAUH 2015 TIDAK SEMERIAH DAN SERIUH PRK 2008 LALU.
Bila disebut ada lagi PRK Permatang Pauh, ramai yang terbayang keseronokan melihat suasana di sekitar kawasan itu seperti sebelumnya.
Segala-galanya berubah, dari sunyi sepi bertukar menjadi riuh rendah dengan pelbagai keadaan dan masalah sementara yang jarang ditemui.
Belum pun bermula, semuanya sudah naik - poster dan bendera parti yang dominan iaitu BN dan PKR. Ada juga parti lain yang tumpang sekaki seperti PAS dan DAP sebagai sokongan kepada PKR iaitu rakan dalam gabungan PR.
Satu lagi yang naik ialah harga rumah sewa, homestay dan ruang pejabat kosong - letak berapa pun pasti dibayar untuk dijadikan bilik operasi dan penginapan.
Ramai yang jadi orang kaya baharu jika ada rumah atau pejabat kosong. Pada masa itu, satu ruang pejabat di Bandar Sunway disewa antara RM12,000 hingga RM15,000 untuk tempoh dua minggu atau sehingga tempoh sebulan.
Rumah yang biasanya disewa antara RM300 hingga RM450 tiba-tiba melonjak menjadi RM3,000 hingga RM4,000. Macam goreng pisang panas kalau ada rumah sewa walaupun di dalam kampung.
Kalau lambat buat pengesahan atau bayar cengkeram, melepaslah jawabnya sebab orang lain ramai lagi yang menunggu.
Itu suasana pada PRK Permatang Pauh pada 2008 apabila berlaku pertembungan antara calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan calon BN, Datuk Ariff Shah Omar Shah, yang juga Adun Seberang Jaya ketika itu.
Tetapi PRK Permatang Pauh 2015 tidak seperti yang dijangkakan malah di luar dugaan dan ternyata meleset sama sekali untuk melihat suasana riuh rendah, kemeriahan dan kerancakan yang sama.
Menunjukkan personaliti memainkan peranan utama dalam menyemarakkan sesuatu pilihanraya.
EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI .... WANG TABUNG HAJI DIGUNAKAN UNTUK BAIL OUT 1MDB??????
Dana Tabung Haji yang menguruskan berbilion-bilion ringgit pendeposit bakal Jemaah Haji diberitakan telah di salah gunakan untuk menyelamat hutang 1MDB .. perkara ini didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir menerusi laman blognya.
Pendedahan dibuat dengan memuat naik beberapa dokumen perjanjian 2 lot tanah TRX berjumlah RM772 juta antara Lembaga Tabung Haji dengan 1MDB.
Cara perjanjian dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dalam tempuh kurang 2 minggu dengan pengetahuan dan kelulusan Menteri yang bertanggung jawab, menimbulkan persoalan seolah-olah wang penyimpan warga miskin di Tabung Haji telah disalah gunakan untuk menyelamatkan 1MDB yang terbelenggu dengan hutang piutang kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.
Menurut dokumen-dokumen yang di muat naik dilaman blog http://thebenchmark0.blogspot.co.uk , Tabung Haji dipercayai telah membayar RM2,860 satu kaki persegi (RM194million) untuk plot tanah yang pertama. Pemberi maklumat dalaman di Tabung Haji mengesahkan ia adalah satu perjanjian pantas yang mendapat kelulusan Menteri dalam masa kurang daripada dua minggu dan wang itu telah dibayar kepada 1MDB sepenuhnya, seperti yang dituntut. (Lihat dokumen-dokumen diatas untuk maklumat lanjut dan rujukan)
Untuk plot tanah kedua di sekitar TRX yang sama, Tabung Haji telah bersetuju untuk membayar RM3,900 satu kaki persegi (RM578million) secara tunai.
Dalam kedua-dua tawaran laporan dari pakar- pakar penganalisis risiko mengesahkan bahawa jual beli kedua-dua tanah berkenaan berisiko tinggi memandangkan Kuala Lumpur kini sedang dilanda hartanah dan ruang pejabat yang berlebihan, namun pihak Tabung Haji seakan-akan dipaksa untuk melakukan jual beri yang berisiko tinggi ini. ( Dokumen-dokumen untuk menyokong andaian ini turut dimuat naikkan)
Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, telah mendedahkan 1MDB dianugerahkan sebidang tanah yang luas TRX milik Kerajaan di Jalan Tun Razak pada kadar amat murah sekali sebanyak RM60 sekaki persegi.
1MDB juga dipercayai telah membayar kadar yang lebih tinggi sedikit daripada kira-kira RM90 satu kaki persegi untuk tanah lapangan terbang Sungai Besi TUDM.
Persoalan yang dibangkitkan ialah mengapa Tabung Haji kini membayar purata antara 48-65 kali lebih untuk sekeping yang sama tanah Kerajaan dengan wang pendeposit miskin?
Pada dasarnya 1MDB mendapat 1 plot tanah untuk RM4 juta daripada Kerajaan dan kini Tabung Haji terpaksa membayar RM194million untuk sebidang tanah yang sama.
Untuk sebidang tanah yang ke-2 pula, 1MDB mendapatnya dengan harga RM8.9 juta sebaliknya Tabung Haji membelinya pada harga RM578 juta.
Adakah transaksi jual beli ini halal atau haram?
Difahamkan penyelewengan dan penyalahan guna kuasa berskala besar ini dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan Dato' Seri Najib Razak.
Pendedahan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir ini adalah amat serius sekali, kerana melibat wang milik warga miskin dikumpul secara beransur-ansur untuk mereka mengerjakan ibadah haji telah disalah gunakan.
Perlunya pihak terlibat tampil untuk memberikan penjelasan dan respon demi pencerahan dan kebenaran pembongkaran yang didedahkan ini.
PEGAWAI KHAS NAJIB TEMPELAK BEKAS BOS NSTP SEBAGAI BLOGGER NIKAH KAHWIN.
Menerusi laman blog The Scribe, bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk Kadir Jasin telah membidas Pegawai Khas Najib Razak,Rizal Mansor yang melabel dirinya sebagai tidak tahu adat budaya masyarakat Melayu dalam urusan perbelanjaan perkahwinan.
Sebagai orang lama yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan, mungkin ‘terasa’dan tersinggung dengan jawapan balas pegawai terbabit menerusi laman sosial, A Kadir, 68 tahun; menyindir Rizal, 41 tahun; dalam tulisan terbaharu pada semalam 6 Mei yang bertajuk "Pejabat PM Kata Saya Tak Tahu Adat".
Isu asalnya hanyalah berkisar melibatkan majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nordayana Najwa dengan pengantin lelaki, Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan baru-baru ini.
A Kadir jelas cuba mencipta banyak spekulasi apabila mempersoalkan beberapa perkara sehingga ada antaranya terlalu bersifat peribadi dengan mengambil kira kedudukkan dirinya dalam masyarakat terutamanya kalangan pengamal media sosial dan penggiat blog adalah dianggap kurang sesuai untuk diperdebatkan menerusi alam siber dalam laman blog miliknya itu.
Kesal dengan dakwaan artikel berkenaan yang dianggap terlalu berbaur peribadi, Rizal menegur A Kadir sebagai keterlaluan serta menggelarkan penulis blog tersebut hanya layak disebut sebagai ‘Blogger Nikah Kahwin‘.
Dalam e-mel kepada Omak Kau, beliau turut menjawab beberapa pertanyaan A Kadir antaranya berhubung isu berapakah kos hantaran yang pada dirinya disifatkan adalah urusan peribadi keluarga Perdana Menteri.
Justeru, meskipun dia bertugas secara langsung dengan pemimpin negara tersebut, hakikatnya ujar Rizal lagi, dia sendiri tidak tahu dan mengambil pendirian tidak mahu tahu kerana itu adalah nyata urusan peribadi.
“Saya sendiri tidak tahu dan tidak mahu tahu. Itu urusan peribadi. Ada perkara yang boleh diceritakan dan ada perkara yang tidak perlu dikongsikan,” katanya dalam kenyataan berkenaan bagi menjawab tuduhan A Kadir.
Dia kemudian memberi contoh umum, kita memang perlu tahu bahawa seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita agar tidak timbul fitnah terhadap pasangan tersebut sebagai bersekedudukan.
“Begitu juga kita tidak mahu tahu sekiranya seseorang itu kahwin lebih. Itu urusan peribadi mereka,” tambah Rizal yang menempelak A Kadir sekali gus menyarankan penulis tersebut agar lebih berhati-hati apabila menulis agar tidak sampai bertindak terlalu peribadi.
Amat diharapkan isu ini dapat diselesaikan secara harmoni dan gelaran Blogger Nikah Kahwin terhadap A Kadir itu mungkin sekadar gurauan Rizal secara nada sindiran penghormatan.
Wednesday, 6 May 2015
PASCA TRAGEDI DUKE ... KERETA MYVI MILIK WANITA MENGANDUNG 8 BULAN KENA KETUK TANPA SEBAB.
"Saya seorg wanita hamil 8 bulan.saya menggunakan kereta myvi untuk pergi kerja setiap hari. Tapi semenjak kejadian kemalangan di atas DUKE melibatkan 6 buah Myvi yang berlumba haram hari itu, saya rasa tidak selamat memandu kereta myvi saya lagi. Semalam ada 1 kereta 4x4 himpit kereta saya di tol Serdang semasa saya balik dari kerja. Dan sebentar tadi pula kereta saya kemek bonet depan mcm di ketuk dgn benda keras..emosi saya sangat terganggu.. saya mohon rakyat malaysia jangan la bertindak sesuka hati. Saya sendri marah pada pelumba2 haram tu..tapi knp saya yang dipersalah kan..itu kereta saya nak mencari rezeki.. sampaikan saya fikir apa salah saya pada org ramai. Saya tidak dapat lagi menahan emosi. So please rakyat malaysia jangan aniaya org yang tidak bersalah. Saya harap Allah balas pada org yg aniaya saya ni.."
Begitulah luahan hati merayu ehsan dan belas kasihan dari seorang pengguna dan pemilik kereta jenama MyVi
Janganlah disebabkan orang lain orang yang tidak berdosa menjadi mangsa kemarahan tanpa batasan.
Rasionallah sikit .. jangan diikutkan bisikan emosi.
APAKAH KERANA PINTAR METEMATIK MAKA PELAJAR PESALAH DISABIT JENAYAH PEDOFILIA WAJAR DIBERIKAN PELUANG KEDUA OLEH MARA?????
Pada Omak Kau ianya merupakan suatu kerja oleh individu otang senteng lagi mereng tentang percubaan membela pelajar tajaan MARA Nur Fitri Azmeer Nordin yang kini menjalani hukuman penjara 9 bulan bersabit kesalahan pedofilia kerana memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London.
Susulan dari itu pihak MARA membuat respon denya membuat kenyaatn dan jaminan memberikan betapa pelajar berkenaan akan diberi peluang meneruskan pengajian di mana-mana institusi MARA dalam negara sejurus selesai menjalani hukuman dan kembali ke tanah air.
Adakah bertindak rasional kepada pesalah pedofilia yang berhasrat mau diberikan peluang kedua hanya kerana pelajar tersebut adalah pelajar pintar Matematik. Jika ditanya pandangan peribadi Omak Kau, Omak Kau berpendapat Nur Fitri patut dihukum seberat-beratnya, kerana apa yang dilakukan itu adalah satu jenayah yang berat sama ada dari pelakuan maupun mencalar imej negara.
Ini bukan soal pelajar itu 'genius' pintar bistari atau sebagainya. Ini soal jenayah dan salah laku. Orang seperti Nur Fitri harus diteruskan hukumannya agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Soal penganiayaan terhadap kanak-kanak ini tidak boleh kompromi, jika itu perbuatan jenayah, maka MARA atau mana-mana agensi kerajaan tidak patut beri peluang kedua atas alasan apa sekalipun.
Mengambil satu contoh mudah dan didepan mata Jika di negara kita sekiranya mana-mana pelajar institut pengajian tinggi menyertai demonstrasi jalanan akan pasti berdepan dibuang universiti dan sebagainya, mengapa tidak diberi peluang kedua untuk mereka? Tiada siapa yang menawarkan peluang kepada mereka.
Apakah kesalahan hadir diri luahkan rasa marah dan bantah itu suatu kesalahan yang tidak ada perkataan maaf dalam kamus universiti sedangkan ada dikalangan mereka yang turut serta berdemo dan berhimpun tidak kurang juga genius bergeliga otak mereka .. Jika tidak masakan ada itu dipilih sebagai pemimpin gerakan mahasiswa .. sudah tentu mereka dianggap terbaik kalangan yang terbaik
Peserta demo jalanan melakukan kesalahan jauh lebih berat tanpa ada maaf dari penjenayah yang disabitkan kesalahan? Adakah itu justifikasi dan alasan yang mau diguna pakai oleh pihak MARA?
Omak Kau tidak berniat mau menghukum tanpa ehsan pelajar genius tajaan MARA pesalah pedofilia ini tanpa memberikan ruang dan peluang kedua, tetapi perlu berlaku adil dengan mengambil kira sentimen dan tahap kesalahan dan langgar tata disiplin yang dilakukan.
Menyimpan koleksi besar video lucah kanak-kanak ini adalah suatu perangai yang amat tidak sihat buat negara dan masyarakat umum.
Nur Fitri perlu dibawa pulang ke Malaysia untuk menjalani hukumannya di sini agar rakyat Malaysia sentiasa sedar bahawa kes seperti ini adalah kes yang berat.
MARA seolah-olah memperlihatkan mereka membela seorang yang terlibat dengan kes pedofilia ini.
Jika mau berikan peluang kedua biarlah sekadar tidak memberi tajaan oleh MARA tetapi sekadar memberi dia peluang untuk meneruskan pengajian dimana-mana pusat pengajian tinggi tanpa ada layanan istimewa dihamparkan
Sila berlaku adil dan bijak agar jangan sampai MARA terpalit sebagai pembela penjenayah pedofilia yang disabitkan oleh mahkamah pelajar yang melakukan kesalahan ringan dihukum dengan seberat hukuman.
Dalam masa yang sama jangan pula pandang hina dan meluat melampau kepada pelajar genius ini . Jika artis yang disabitkan kesalahan dadah boleh diberi peluang bukan sahaja kedua malahan ketiga dan keempat.
MASANYA SUDAH MASAK RANUM UNTUK NAJIB TUKAR AHMAD MASLAN
Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berjaya menarik perhatian sekali lagi atas kenyataannya dalam isu harga kad tambah nilai telefon prabayar.
Kenyataannya minggu lalu bercanggah dengan pendirian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek hinggakan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak terpaksa masuk campur dan meminta isu itu hanya diputuskan oleh Ahmad Shabery sahaja.
Najib membuat arahan itu minggu lalu secara terbuka di Twitter.
Dari satu segi, ia boleh dilihat sebagai teguran terbuka yang mencalar imej dan integriti Ahmad Maslan.
Dari situ, sosek-sosek dan perbualan kalangan akar umbi timbul dengan mempersoalkan jika perdana menteri sudah tidak lagi percaya dan yakin kepada timbalan menterinya yang mungkin paling gigih, kental dan rajin mempromosi agenda cukai barangan dan perkhidmatan (GST)?
Keadaan ini tidak membantu Ahmad Maslan kerana beliau sememangnya menjadi sasaran kemarahan pengguna – semenjak sebelum penguatkuasaan GST lagi.
Akibat asakan dan desakan ramai itu, Ahmad Maslan terpaksa mempertahankan dirinya bahawa beliau tidaklah “sebodoh” yang disangka pihak tertentu.
Beliau turut mengumumkan keputusan yang dicapainya di universiti dimana beliau memperolehi sarjananya, bagi menguatkan lagi hujah berkenaan.
Malangnya, pencapaian CGPA 3.85 Ahmad Maslan itu tidak meyakinkan para pengguna, malah menjadi modal lawak jenaka yang lebih nakal dan menggila.
Apatah lagi, penguatkuasaan GST kini sudah masuk bulan yang kedua namun isu harga yang patut dikenakan ke atas jualan kad tambah nilai itu masih juga belum nampak sinar penyelesaiannya.
Selain teguran terbuka daripada perdana menteri, Ahmad Maslan juga terpaksa menanggung malu kerana penjelasannya mengenai GST mengundang cemuhan dari bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Itulah padahnya kerana Ahmad Maslan berkata, kebimbangan yang disuarakan Mahathir ke atas GST mungkin timbul kerana bekas PMselama 22 tahun itu tidak faham mengenai cukai tersebut.
Jawab Mahathir dalam nada sinis dan selamba, beliau sememangnya tidak faham dengan penjelasan Ahmad Maslan, dan timbalan menteri itu menurutnya “tidak tahu apa-apa mengenai hal kewangan”.
Ahmad Maslan amat kekurangan dalam skil komunikasi apabila berdepan dengan isu-isu besar .. bila terhimpit dan tersandar dengan asakan bertubi-tubi maka mudah melatah dan hilang kawalan emosi, sehinggakan kata-katanya menjadi bahan untuk menyerang kembali pemerintah.
Memang Ahmad Maslan ini orang yang bijak dengan kelulusan akademik yang agak mengkagumkan tetapi cara beliau memberikan penjelasan dan mengawal Biro Publisiti dan Penerangan UMNO/BN yang beliau sendiri pengerusikan dilihat gagal seperti diharapkan.
Biro ini amat penting dalam menyampaikan maklumat demi memberi keyakinan kepada rakyat agar segala polisi dan dasar yang dirangka pemerintah boleh difahami dengan baik dan seterusnya menerima dengan hati yang lega.
Ambil keputusan PRK Rompin sebagai kayu ukur ... kutip dan hadam keputusan tersebut .. lakukan bedah siasat terperinci dengan menerima kebenaran walaupun sepahit mana.
Gelagatnya menunjukkan beliau sedang menoreh pokok getah tua tidak menyumbang kepada peningkatan undi dan kepercayaan rakyat kepada calon UMNO/BN malahan memberi modal untuk dijadikan bahan serangan.
Cara beliau melakukan sesuatu aksi dilihat diikhlas dan kaku walaupun tujuannya baik dan molek.
UMNO/BN masih lemah dan ketinggalan dimedia sosial jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat .. para penggiat sekadar tenggelam timbul .. hanya wujud ketika ada PRK dan PRU .. tidak konsisten dalam menyumbang.
Peluang dan ruang sudah cukup banyak dan lebar diberikan, namun kemampaun jelas tidak memihak kepada Ahmad Maslan .. maka dengan itu masanya sudah cukup masak ranum untuk Dato' Seri Najib Razak lakukan perubahan drastik dengan mengggantikan jawatan-jawatan yang sedang disandang Ahmad Maslan dan serahkan kepada pemimpin atau pemimpin-pemimpin yang lebih layak.
ANALISA AWAL PRK ROMPIN .. PAS MENANG DALAM KALAH
Walaupun PAS kalah namun hakikatnya PAS berjaya menurunkan majoriti BN dengan drastik sekali sambil mengekalkan jumlah undi diperolehi pada PRU 13 lalu dalam keadaan jumlah turun mengundi turut menurun dan dengan kurangnya sokongan dan dokongan dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
PAS masuk gelanggang PRK Rompin kali ini dilihat sebagai bertarung secara solo dengan sedikit amat bantuan dan sokongan dari rakan Parti KeADILan dan tiada langsung dari DAP.
Analisa awal PAS terhadap pilihan raya kecil (PRK) Rompin, menunjukkan berlaku peningkatan undi terhadap parti itu bagi semua peti undi di Parlimen Rompin.
Ekoran itu, PAS itu telah berjaya tingkatkan sebanyak 10.2 peratus undi popular terhadap PAS.
PAS juga mencatatkan kemenangan bagi peti undi Felda Keratong 4 dan Keratong 2, yang sebelum ini milik BN. Malah berjaya tingkatkan jumlah undi di Felda Keratong 5 walaupun tewas di kawasan tersebut.
Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 8,895 undi apabila calonnya Datuk Hasan Arifin memperolehi 23,796 undi.
Manakala calon PAS Nazri Ahmad mendapatkan 14,901 undi.
Walaupun PAS tewas di peti undi Felda Keratong 5, yang merupakan kampung calon PAS dengan hanya 13 undi, parti itu bagaimanapun berjaya meningkatkan bilangan undi generasi muda.
Calon PAS dapat mengurangkan banyak majoriti di Keratong 5 dan saluran tiga dan empat (yang merupakan saluran untuk pengundi di bawah 39 tahun) menunjukkan peningkatan sokongan terhadap PAS.
Insya-Allah dengan pergolakan politik sekarang ini dengan PAS bekerja lebih keras lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-14 akan datang, tidak nampak sebarang sebab dan alasan PAS tidak boleh merampas kerusi Parlimen Rompin.
Paling ketara sekali ialah isu hudud yang digembar gemburkan serta perjalanan pemilihan PAS di Muktamarnya pada Jun ini memberi impak yang besar .. mengambarkan betapa corak dan gaya kepimpinan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang yang tegas dan tidak mudah dibuli rakan-rakan dalam PR terutamanya DAP diterima oleh masyarakat Melayu/Islam.
Rahmatnya ... sudah boleh menerima betapa PAS bukannya parti yang boleh diperbudak dan diperkotak katikkan sewenang-wenangnya .. PAS masih memerlukan kempinan ulama untuk menerajui parti tersebut.
PRK PERMATANG PAUH ... APA JUA KEPUTUSANNYA NANTI YANG UNTUNG PASTI JUA AZMIN ALI???????
Dalam apa juga keadaan, nampaknya Timbalan Presiden PKR, merangkap Dato' Menteri Besar Selangor YAB Hj Mohamed Azmin Hj Ali yang juga selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PKR Permatang Pauh berada di kedudukan paling selesa dan menguntungkan.
Bacaan terkini oleh hampir semua penganalisis dan pemerhati politik tanah air sepakat sekata dan seirama ialah, di Permatang Pauh menunjukkan akan berlaku penurunan jumlah majoriti yang ketara.
Susulan daripada itu, salah satu situasi yang terlihat ialah cerminan ‘kemenangan’ buat Azmin di dalam keadaan yang jelas tidak memihak kepada pengukuhan parti KeADILan tersebut.
Majoriti akan berkurangan dilihat amat ketara, cuma tidak pasti berapa banyak pengurangan itu.
Selain ia menjadi satu isyarat dan mesej amat jelas kepada KeADILan untuk menyelesaikan permasalahan mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, ini juga memperlihatkan sisi kemenangan buat Azmin Ali secara tidak langsung.
Sekiranya calon KeADILan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail @ Kak Wan gagal mengekalkan majoriti tinggi di Permatang Pauh, beliau akan dilihat gagal dalam memastikan kedudukan kubu kuat KeADILan itu berada dalam keadaan selamat dan utuh.
Ekoran daripada itu, beliau akan dilihat sebagai calon yang jelas tidak layak untuk terus mempertahankan kerusi yang pada asalnya milik, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Dan keadaan itu akan menggoyahkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke-14.
KeADILan mau tidak mau suka atau pun tidak, mesti ubah keadaan sekarang ini, jadikan Permatang Pauh sebagai kubu kuat KeADILan bukan kubu kuat Anwar Ibrahim. Dari awal para penganalisis politik berpendapat sudah memperlihatkan KeADILan buat silap dengan pemilihan Kak Wan sebagai calon.
Omak Kau berpendapat Permatang Pauh, akan dianggap satu petanda sikap rakyat terhadap Pakatan Rakyat umumnya dan KeADILan khasnya. Jadi kalau sekiranya keputusan menunjukkan rakyat mula protes sama ada tidak balik mengundi atau undi calon lain, ini sepatutnya memaksa mereka untuk menyelesaikan masalah yang ada di dalam gabungan parti itu.
Situasi dan keadaan terkini memperlihatkan kelebihan buat Azmin, dan sekiranya Kak Wan gagal menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, ini akan memberi kesan besar buat KeADILan.
Pertamanya, Kak Wan sebagai Presiden KeADILan gagal mempertahankan kerusi tradisi Anwar dan ini akan menzahirkan lagi kredibiliti Kak Wan yang semakin diragui rakyat dari aspek sokongan dan dokongan sebagai sahih dan benar.
Sementara bagi cerita di Dewan Rakyat pula, Azmin pernah diwar-warkan oleh segelintir pemerhati politik sebagai calon yang paling layak untuk memegang kedudukan sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.
Jika sebelum ini percaturannya adalah bagi meletakkan Kak Wan sebagai Ketua Pembangkang, namun jika beliau gagal mempertahankan Permatang Pauh sudah pasti jawatan itu akan menjadi perebutan antara Azmin dan Rafizi Ramli, namun kelebihan masih berpihak kepada Azmin Ali memandangkan senioritinya dalam hiraki KeADILan walaupun dari segi track record sebagai Ahli Parlimen memihak kepada Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden dan Setiausaha Agung KeADILan,YB Rafizi Ramli yang memperlihatkan kemampuan beliau berdebat dengan fakta dan hujah-hujah yang relevan.
Secara konvensyen dan amalan jika mendapat restu dan persetujuan secara konsensus komponen-komponen parti dalam gagasan Pakatan Rakyat, sudah pasti jawatan itu akan ditawarkan kepada Azmin Ali.
Konklusinya .. menang bergaya sebagai Pengarah PRK Permatang Pauh KeADILan, sudah pasti dilihat sebagai memberi sumbangan yang besar ... gagal mempertahankan majoriti yang besar, anggota parti peringkat akar umbi diyakini akan mulai mendesak agar berlaku perubahan pucuk pimpinan tertinggi KeADILan dengan menyerahkan jawatan Presidennya kepada Azmin Ali dan akhir sekali jika gagal pertahan kerusi Permatang Pauh bukan sahaja mendapat jawatan Presiden KeADILan malahan kerusi Ketua Pembangkang pun dalam gengaman.
Dalam apa jua situasi dan keputusan ... Azmin Ali masih berada dalam kedudukan menang menang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...



















