Monday, 24 June 2013
KERAJAAN PR PULAU PINANG PIMPINAN KETUA MENTERI LIM GUAN ENG ANTI ISLAM????????
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 22hb Jun 2013 yang lalu bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang, telah menganjurkan Kursus Pemantapan Imam dan Pengijazahan Sanad Fatihah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2013.
Y.Bhg. Tan Sri Dato' Syeikh Haji Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara Malaysia turut diundang sebagai tetamu kehormat untuk memberikan ceramah.
Ingat betul sungguhlah kerajaan PR Pulau Pinang dibawah YAB Sdr Lim Guan Eng ini benar-benar anti Islam sepertimana digembar gemburkan selama ini oleh juak-juak UMNO/BN dalam blog maupun di laman sosial.
Jelas sekali segala aktiviti berkaitan dengan Agama Islam di Pulau Pinang cukup subur tanpa ada halangan sedikit pun dari kerajaan PR Pulau Pinang malahan mendapat galakan yang cukup baik dan hebat.
Sunday, 23 June 2013
RAKAMAN GAMBAR RAKYAT BERDEMO DEPAN IBU PEJABAT POLIS KOTA BHARU, DESAK PEMBEBASAN DATO' HUSAM MUSA SEGERA!!!!
Malam tadi beberapa rakyat Kelantan telah berkumpul depan Ibu Pejabat Polis Kota Bharu secara aman bantah penahanan Naib Presiden PAS, YB Dato' Paduka Husam Musa atas siasatan dibawah Sek 4(1) Akta Hasutan 1948.
Husam dipercayai ditahan di bawah Akta Hasutan difahamkan ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan himpunan aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.
Beliau kini sedang ditahan di lokap polis Kota Bharu dan dipercayai akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk tahanan reman dibawah Sek 117 Kanun Acara Jenayah hari ini.
Abdul Latiff yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, sekiranya Naib Presiden PAS itu tidak dibebaskan segera selepas siasatan dilakukan, kemungkinan lebih ramai pemuda akan berhimpun di pekarangan IPD.
Saturday, 22 June 2013
MUKA DEPAN MEDIA ARUS PERDANA ESOK YANG BUKAN MILIK UMNO MELAPORKAN PERHIMPUNAN BLACK 505 PADANG MERBOK!!!
Inilah muka depan akhbar Sinar Harian terbitan esok. dengan tajuk ' TIDAK AKAN BERGANJAK"
Walaupun sudah dikategorikan sebagai akhbar arus perdana namun ada jua berpendirian neutral dalam membuat laporan aktiviti yang dianjurkan Pakatan Rakyat.
Amat berbeza sekali kalau ianya akhbar arus perdana milik UMNO seperti Utusan, Berita harian, Kosmo dan Harian Metro.
Tidak hairan mengapa Ibrahim Ali cukup daki dengan Sinar Harian.
Akhbar arus perdana tidak perlu melaporkan secara meriah apa jua aktiviti anjuran PR tetapi jangan keterlaluan membuat putaran sehingga memadam dan memesongkan fakta.
Walaupun sudah dikategorikan sebagai akhbar arus perdana namun ada jua berpendirian neutral dalam membuat laporan aktiviti yang dianjurkan Pakatan Rakyat.
Amat berbeza sekali kalau ianya akhbar arus perdana milik UMNO seperti Utusan, Berita harian, Kosmo dan Harian Metro.
Tidak hairan mengapa Ibrahim Ali cukup daki dengan Sinar Harian.
Akhbar arus perdana tidak perlu melaporkan secara meriah apa jua aktiviti anjuran PR tetapi jangan keterlaluan membuat putaran sehingga memadam dan memesongkan fakta.
HIMPUNAN BLACK 505 PADANG MERBOK 22/06/13... EDISI KANTOI TERBURAI SAMPAI TERLONDEH TERBARAI!!!!
Bukan main suka lagi beberapa blogger pro UMNO buat cerita dengan muat naikkan rakaman gambar A dengan putra fakta kononnya Himpunan Black 505 di Padang Merbok petang tadi tidak mendapat sambutan langsung dari rakyat terutamanya dari anak-anak muda.
Rakaman gambar (A) sebenarnya ialah dirakam dari udara waktu jam lebih kurang 1.00 ptg, ketika orang ramai yang bergerak dari 7 lokasi yang ditetapkan untuk berkumpul belum lagi sampai.
Bermodal dan bersenjatakan rakaman gambar (A) maka para pendokong dan penyokong UMNO pun bukan main lagi riang ria perli, caci dan maki para penganjur terutamanya para pemimpin PR kononnya Himpunan hambar tidak mendapat sokongan dan sambutan.
Ada dikalangan mereka itu yang jenis taksub membuta tuli terus percaya tanpa disedari ianya lebih kepada cara nak sejukkan hati yang sudang gundah gelanah dan panik resah sebab walaupun sudah 1 bulan lebih PRU berlangsung namun momentum kebangkitan rakyat masih membara tidak reda.
Realitinya Himpunan Black 5050 Padang Merbok adalah seperti rakaman gambar (B)...Sambutan cukup hangat lagi memberangsangkan.
Diugut untuk diambil tindakan sehingga kalau perlu bantuan tentera dipinta, namun rakyat terutamanya anak-anak muda dari pelbagai keturunan dan status turun beramai-ramai memberikan sokongan padu lagi jitu.
TIPU PILIHANRAYA RAKYAT TURUN DI JALAN RAYA!!!!!
KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR YANG DIANGGAP TERBAIK SEPANJANG HIMPUNAN BLACK 505 PADANG MERBOK 22HB JUN 2013.
Bagi Omak Kau ini adalah diantara rakaman gambar yang dianggap terbaik sepanjang Himpunan Black 505 Padang Merbok hari ini.
Kalau diikutkan sungguh banyak tetapi ini saja yang boleh dimuat naik sebagai kenangan yang cukup manis dan berharga atas keberanian rakyat berhimpun untuk menyuarakan hak dan bantah cara SPR mengendalikan PRU 13 yang lalu.
Mungkin selepas ini nak tunggu lagi satu himpunan aman mega tarikhnya belum tentu lagi.
Momentum kebangkitan rakyat harus sentiasa dihidupkan agar sentiasa berdenyut dan bernafas.
Ribuan tahniah kepada para pengajur dan jutaan terima kasih kepada PDRM dan DBKL atas kerjasama dihulurkan.
Tak lupa juga tahniah dan setinggi-tinggi syabas kepada semua peserta, penyokong dan pendokong himpunan aman black 505 ini atas sikap berdigin kepala dan sentiasa berlapang dada serta berdisiplin sepanjang himpunan.
EDISI BODEK!!!!!... TIDAK SAMPAI 100 ORANG YANG DATANG BERHIMPUN DI PADANG MERBOK SEMPENA BLACK 505 HARI INI!!!!... PADAN MUKA PENGANJUR!!!!
Sebagai rakyat yang cuba nak ambil hati para pemimpin UMNO agar mereka tidak melenting naik angin satu badan maka menjadi kewajipan untuk menyejukkan mereka dengan memberi khabar yang indah-indah untuk didengar serta berita yang mau didengar.
Perhimpunan Black 505 Padang Merbok dianggap gagal kerana langsung tiada sambutan...habis semua blog pro UMNO buat kisah di blog mereka dengan merakamkan gambar ketika waktu pagi dimana lokasi-lokasi berkumpul masih lenggang dan Padang Merbok masih belum diisi dengan peserta.
Blogger-blogger UMNO ini ingat rakyat jenis bahalol macam penyokong partinya.
Sebab itu tidak hairan mengapa para blogger UMNO gagal nak tawan jiwa dan hati anak-anak muda serta kilas apa jua fakta yang dikemukakan oleh para pejuang siber Pakatan Rakyat.
Nak lawan blogger PR kena dengan fakta bukannya dengan fitnah auta.
RAKAMAN GAMBAR NAIB PRESIDEN PAS, DATO' HUSAM MUSA DITAHAN POLIS DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948!!!
Naib Presiden PAS merangkap ADUN Salor, YB Dato Husam Musa telah ditahan oleh pihak polis atas siasatan dibawah Sek: 4(1) Akta Hasutan 1948 dan kini sedang berada di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.
Beliau diberitakan ditahan semasa berada di Desa Pandan oleh dua orang pegawai polis yang berpakaian pereman baju T warna hitam.
Semasa Dato' Husam Musa ditahan beliau tidak digari serta tidak membantah.
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!!.. AKHIRNYA PIHAK POLIS DAN DBKL MENGALAH DENGAN KEHENDAK RAKYAT DENGAN MEMBENARKAN PERHIMPUNAN AMAN BLACK 505 TERUS DIADAKAN DI PADANG MERBOK!!!!!
Pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akhirnya mengalah apabila membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan Black 505 di padang Merbok.
Menurut Datuk Johari Abdul dari PKR, polis dan DBKL memberitahu penganjur perhimpunan Black 505 boleh diadakan di Padang Merbok.
“Pihak polis dan DBKL telah beri kerjasama,” kata ahli Parlimen Sungai Petani itu dalam ucapannya di Padang Merbok sebentar tadi.“Terima kasih kerajaan kerana berikan kami ruang untuk berkumpul,” tambahnya.
Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan sendiri merayu kepada penganjur untuk ubah lokasi namun pihak pengajur tetap bertegas mau menggunakan Padang Merbok.
RAKAMAN GAMBAR SETIAUSAHA AGUNG UMNO MERANGKAP MENTERI WILAYAH TURUN PADANG NAK PUJUK PENGANJUR BLACK 505 PADANG MERBOK UBAH LOKASI TERSEBAR LIGAT DI DI INTERNET!!!
Teuku Adnan Teuku Mansor Setiausaha Agung UMNO merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dikatakan cuba merayu pujuk penganjur Black 505 agar ubah lokasi Himpunan Aman Black 505 dari Padang Merbok ke Stadium merdeka namun gagal.
Penganjur tetap mau Himpunan Aman diadakan di Padang Merbok juga.
Kelihatan KPD Dang Wangi sedang berkatakan sesuatu kepada Teuku Adnan Teuku Mansor.
RAKAMAN-RAKAMAN GAMBAR PARA PESERTA BLACK 505 SUDAH MULA BERARAK MENUJU KE PADANG MERBOK!!!!!.. MASYARAKAT KAUM ASAL PUN TURUT SERTA!!!!!
Para peserta Himpunan Aman Black 505 sudah mula berarak dari pelbagai lokasi berkumpul menuju ke Padang Merbok...
Berjalan dengan cukup aman, tertib dan disisiplin tinggi.
Paling Omak Kau kagum ialah penyertaan kaum orang asal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...
































































