Kalau dilihat dan dibaca serta di canagkan melalui media propaganda pihak yang anti dan benci PAS dan kaki penghina ulama seolah-olah selepas berkuburnya Pakatan Rakyat PAS sudah ditolak secara mutlak dan total oleh kaum bukan Melayu terutamanya masyarakat Tionghua gara-gara pergeseran dengan DAP.
Digambarkan yang kaum Tionghua akan patuh dan sentiasa akur akan seruan DAP kemana hala tuju sokongan bakal diberikan pada PRU ke-14 nanti.
Kononnya siapa yang tidak sependapat dengan DAP maka jangan nak mimpi akan dapat sokongan dan undi kaum Tionghua. Begitu sekali ditanam dan dipasak diminda rakyat oleh para pengampu melangit DAP kini.
Realitinya diakar umbi????????
Sambutan Tahun
Baru Cina 2016 yang dianjurkan oleh PAS Negeri Selangor semalam
menyaksikan sambutan yang luar biasa diluar jangkaan sama sekali daripada masyarakat kaum Tionghua.
Program yang dihadiri sekitar 1500 orang daripada pelbagai kaum,
termasuk kaum Melayu dan India, dirasmikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Selangor mengambil falsafah kelembutan seperti sutera dalam usaha mendekati golongan bukan Islam sebagai sasaran dakwah dan menarik undi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor Dr. Halimah Ali berkata sebuah jamuan makan malam tadi di Dewan Hokkien Klang diberi nama Selangor Green Silk.
Dato' Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kanan Negeri Selangor YB Dato' Iskandar Abdul Samad telah membentangkan tawaran PAS Selangor kepada golongan bukan Islam.
Antara aktiviti menarik malam tadi ialah tayangan khas pencapaian PAS Selangor selama menjadi rakan parti pemerintah di negeri Selangor.
Program tersebut bertambah meriah apabila
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Ulama’ PAS Negeri Selangor,
Ustaz Muhammad Ibrahim mendendangkan
lagu Bulan Dihatiku di dalam bahasa Mandarin.
Ucapan Alu-Aluan Dato’
Iskandar Samad mendapat tepukan gemuruh dan sorakan riuh apabila ucapan
beliau disulami bahasa Mandarin.
Ucapan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden dengan jelas melakarkan
kepentingan perpaduan dengan menyokong sebuah kerajaan yang dibentuk dan
ditadbir bersama oleh kesemua kaum di Malaysia. Beliau sekali lagi menekankan
bahawa semangat perkauman dan politik rasis tidak wujud di dalam Islam.
Malah, beliau
menegaskan kewajipan individu untuk memelihara budaya dan bahasa kaum
masing-masing.
Jelas sekali, program semalam merupakan satu
indikasi dan petunjuk bahawa PAS Selangor masih mendapat sokongan yang padu daripada
akar umbi bukan Islam. PAS kini telah menjadi sebuah parti yang pendapat
sokongan dan dokongan dari segenap masyarakat tanpa mengira kaum,
jantina, umur dan fahaman agama.
Dengan sambutan hangat dan hebat malam tadi semacam menyuntik dan memberi suatu semangat baru kepada PAS Selangor untuk terus mengorak langkah
ke dalam komuniti bukan Islam dan memecahkan agenda Islamophobia yang
ditanam oleh pihak-pihak berkepentingan.
Pelancaran Program Green
Silk malam tadi adalah permulaan bagi projek perintis, yang akan
dipimpin oleh Yang Berhormat Dr Halimah Ali, untuk meningkatkan lagi
sokongan rakyat bukan Islam kepada PAS.
Melalui projek tersebut, PAS
Selangor akan memperkemaskan serta memperkasakan jentera parti sehingga ke akar umbi untuk
menerangkan gagasan yang dibawa PAS kepada rakyat bukan Islam.
Dengan
hati yang tekad dan keimanan yang utuh, tegap dan padu PAS Selangor akan berusaha
merealisasikan impian dan harapan segenap rakyat untuk masa depan negeri
Selangor dan negara amnya.
PAS FOR ALL ... ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN.